Haruman Bawang Tumis

On September 10, 2009, in Diari Penulis, Fakta Umum, by Farid Rashidi

Memasak menjadi rutin harian buat kami diperantauan. Tidak mencuba untuk memasak bererti bakal menghabiskan wang di kedai-kedai firakh masywi (Ayam Bakar) atau mengikat perut saja seharian.

Petang itu saya sendirian di dapur untuk menyediakan juadah siang. Selepas sahaja menumis bawang besar yang dikisar, telah kedengaran laungan azan menandakan sudah masuk waktu asar. Saya mengecilkan api lalu biarkan ianya di atas dapur seketika.

Saya terus bergegas ke Masjid berdekatan. Lazimnya, masjid-masjid di bumi Mesir akan menunaikan solat jema’ah di awal waktu lalu mereka terus akan menutup pintu-pintu masjid sehingga bertemu waktu seterusnya.

Harum Bawang Atau Busuk?

Usai solat asar. Saya terus bangun untuk menyambung aktiviti masakan yang tertangguh. Tiba-tiba tangan saya ditarik oleh seorang lelaki arab untuk duduk sebentar di sebelahnya. Saya mengikuti kemahuannya.

“Esmak eh?” Tanya beliau.

“Muhammad..” Jawab saya ringkas.

Lantas ammu itu mengeluarkan sebotol minyak wangi. Dia mencalitkan minyak di pergelangan tangan saya. Saya terpaku.

Ammu itu bangkit menuju ke arah sahabat saya yang sedang duduk berwirid. Dia turut mencalitkan wangian di lengan sahabat. Perlakuannya membuatkan fikiran saya ligat berputar memikirkan sesuatu. Saya jadi teringat sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:

Hadis Anas r.a: Anas pernah ditanya mengenai bawang putih. Anas menjawab: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan jangan sembahyang bersama kami.” (Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 872)

Fikir punya fikir, barulah saya faham mengapa dia mencalitkan wangian di lengan saya.

Dan saya juga seakan memahami mengapa dia turut mencalitkan wangian atar di lengan sahabat saya.

Bau Bawang Menurut Saintifik

Apabila kita memasak sudah tentu akan bergelumang dengan bahan tumis seperti bawang mahupun rempas ratus. Hal ini berkait rapat seperti situasi yang saya coretkan di atas. Memasak terkadang membuatkan kita tidak perasan bau yang terhasil akibat percikan bau-bauan pelbagai.

Menurut kajian saintifik yang saya kutip melalui majalah Dewan Kosmik Mac 2006, seandainya kita memasak, kita kurang dapat mengesan bau tangan hasil tempekan bawang dan sebagainya. Ini kerana molekul yang menyebabkan bau berkenaan sudah mendiami rongga hidung kita. Bau bawang dan aneka bahan masakan itu sebenarnya telah menyerap ke dalam kulit.

Jika memegangnya sudah menyebabkan orang sebelah menutup hidung, apatah lagi jika memakan bawang, tentu solat rakan anda hilang khusyuknya!

Bagaimana menghilangkan bau bawang selain kaedah menyapu atar wangian?

Petikan artikel majalah itu menyebut:

Sekiranya kita menggosok tangan yang berbau itu di belakang pisau tahan karat. Sulfur daripada bawang merah, bawang putih ataupun ikan akan tertarik pada logam dan mengikat satu atau lebih ion logam dalam besi tahan karat tersebut.

Proses ini menyebabkan terbentuknya sebatian yang membuatkan besi tahan karat. Tambahan pula, bawang putih dan merah mengandungi asid amino sulfoksida yang membentuk asid sulfenik yang kemudiannya menjadi gas mudah meruap, iaitu gas propanetiol S-oksida. Gas yang mudah meruap ini akhir sekali akan membentuk asid sulfuric apabila terdedah pada air. Setelah menggosok beberapa lama suruh kawan anda sekali menghidu tangan sekali lagi. Sudah tentu bau masakan akan hilang. (Dewan Kosmik, Mac 2006)

Unik bukan?

Mungkin sesetengah dari kalangan kita merasakan haruman bawang dalam masakan menambah selera, dan saya turut mengakui hakikat itu. Tanpa bahan tumis bawang, kemungkinan besar masakan itu tidak akan dinamakan masakan melayu.

Namun, dalam konteks beribadat seharian ataupun bermuamalat bersama masyarakat umum ia memerlukan kita menterbalikkan persepsi begitu ke arah berlawanan.

Pesan Rasulullah SAW sudah cukup menggambarkan betapa beribadat bersama bauan bawang hukumnya makruh. Hikmah yang tak ternafikan lagi!

12:39 PM, 10 September 2009,
09200, Kupang.

Tagged with:
 

32 Responses to “Haruman Bawang Tumis”

  1. ikan emas says:

    Teringat enaknya kebab masa kat Mekah dulu..sampai skrg terasa-rasa mcm melambai -lambai je  (Quote)

    ReplyReply
  2. sinar says:

    Unik…
    dlm kebiasaan yang kita guna ade lagi keunikan..
    dlm kebiasaan kita guna juga perlu ade hadnya..
    sinar´s last blog ..Duhai adik-adikku My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  3. kakcikseroja says:

    sebab itulah, selalunya selepas memasak, terutama kalau menumis, kalau tak mandipun, kakcik akan segera menukar baju yang dipakai – tak tahan dengan bau bawang yang melekat di baju! :)
    kakcikseroja´s last blog ..Salam Aidil Fitri My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  4. Tirana says:

    Bawang putih boleh turunkan paras kolesterol dalam badan. Kak Tirana suka bau bawang putih.  (Quote)

    ReplyReply
  5. nur_syahadah says:

    salam…sudah jadi kebiasaan masyarakat kita tanpa bawang sapelah masakn....erm..kalau saya sendiri lepas masak mesti tukar baju dan basuh tangan guna sabun..sebab tak suke bau yang melekat..  (Quote)

    ReplyReply
  6. Tronx013 says:

    salam…

    Saya pernah bekerja di restoran sebelum masuk universiti.. memang bau baju selepas bekerja berbau rempah la… semacam je.. heheh.. Sebab tu kena pakai minyak wangi banyak sikit daripada biasa… Wap masakan menggunakan rempah agak menusuk ke seluruh …  (Quote)

    ReplyReply
  7. salam…bwg putih & merah adalah pengikat kasih syg dlm masakan…bgitu juga pasangn suami isteri…ibarat bwg putih & merah…dlm khidupan sharian kta, bwg2 ni lah yg mnjdi menu dlm masakan kta…sdgkan dlm meggi pun ada bwgnya…bgus jugak tips nk hilangkan bau bwg 2…urm…tumisan yg enta goreng td dh jdi hangit ke???
    ustazah dyLLa´s last blog ..kerana mata, dia meninggal dunia… My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • ustazah dyLLa: bwg putih & merah adalah pengikat kasih syg dlm masakan

      Andainya bawang putih dan merah pengikat kasih sayang. Bagaimana pula dengan bawang besar? adakah harus menjadi anak-anak yang besar?

      Oh, tak hangit sebab saya sudah campurkan bahan lain. Jadi hanya tunggu mendidih saja.  (Quote)

      ReplyReply
  8. abu aiman says:

    salaam,
    Saya pun peminat bawang. Kalau makan laksa mcm tak bermakna tanpa bawang. Saya pesan kat isteri, sebelum nak tido tu tukar la baju kalau dah guna masa masak2 kat dapur, ada bau. Memang tumis menumis tak dapat lari dari masakan melayu. Ada sahabat di Melbourne bergaduh dgn teman serumah (mat saleh) sebab bila dia masak bau semerbak.

    Sekarang ada jual ‘sabun stainless steel’, kesannya mcm yg anta describe lah. Nak save duit, tonyoh ja tangan kat sinki, stainless steel jugak tu.
    abu aiman´s last blog ..Selamat berUPSR My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • Salam,

      Bila sebut peminat bawang, saya jadi teringat masyarakat Mesir yang suka memakan bawang besar mentah-mentah. Bahkan setiap rumah pasti ada tergantung bawang besar, tujuannya untuk mengeringkan getah bawang tersebut sebelum dimakan.

      abu aiman: sebelum nak tido tu tukar la baju kalau dah guna masa masak2 kat dapur, ada bau.

      Hehe, itu perlu Syeikh.

      abu aiman: Ada sahabat di Melbourne bergaduh dgn teman serumah (mat saleh) sebab bila dia masak bau semerbak.

      Kalau di Mesir, ada sahabat saya siap bergaduh dengan arab kerana kes menumis rempah/menggoreng ikan kering dll.

      abu aiman: Nak save duit, tonyoh ja tangan kat sinki, stainless steel jugak tu.

      Idea bijak untuk jimatkan ekonomi.  (Quote)

      ReplyReply
  9. insyirah says:

    Assalamu’alaikum :)

    Syukran ustaz, buat orang yang sentiasa memasak setiap hari, tak sedar pun perkara ni. Sebelum keluar ke masjid, kena tukar baju duluk.  (Quote)

    ReplyReply
  10. cheryna says:

    teringat kisah adik solat tarawikh di sebelah pakcik yg berbuka dgn petai…hehehe….
    cheryna´s last blog ..finding orchid: raya catwalk My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  11. permata says:

    Assalamualaikum… Subhanallah, kadang2 benda kecik ni kita amik endah tak endah je…padahal ia memberi kesan dalam kehidupan kita apatah lagi berkait dengan muamalah dan ibadah kita seharian.

    Syukran ya Ustaz, ats peringatan dan maklumat yg diberikan.

    Pergi ke pasar membeli Bawang merah,
    Jangan dilupa akan halia,
    Mari kita sama2 jaga maruah,
    Demi agama Islam yg mulia.

    saja2 singgah..siap berpantun lagi..hee Ilal Liqa’. Wassalam.
    permata´s last blog ..~AmaLaN-aMalaN RasuLuLLaH di SePuLuH yaNG TerakHiR~ My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • Wa’alaikumsalam,

      Na’am, seharusnya kita peka. Afwan. Wah siap berpantun lagi. Sekejap,

      Membeli bawang merah bersama bawang besar,
      Buat menumis kari juadah berbuka,
      Janganlah menghabisi masa di bazar,
      Kerana Ramadhan datang sekali setahun cuma.  (Quote)

      ReplyReply
  12. suara says:

    Salam Farid…
    Memang kak su pun tak perasan bau bawang bila diri sendiri memasak…
    suara´s last blog ..Rezeki yang mana? My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  13. sot says:

    ni kisah bawang putih bawang merah la ye…
    masa teraweh dua tiga malam lepas, saya dok sebelah nazir masjid, dia pulak asyik sendawa…baunya adus lain macam…fenin, tapi ni bukan bau bawang.
    sot´s last blog ..Al-Qur’an Mula Di Turunkan – Nuzul Qur’an atau Lailatul Qadar? My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  14. Biasanya selepas masak, memang melekat bau tumisan ni…sebab tu kena pakai apron tutup bahagian depan bila memasak….tapi saya lepas masak – tukar aje baju…
    sonata anak kancil´s last blog ..Majlis di MPJ & AKCR My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  15. isma says:

    Saya juga ada pengalaman ini(pernah kerja dengan katering).

    *Persembahan semakin baik, naratif mengalir lancar dan bahasa pun segar. Teruskan menulis. Jangan kakukan penyampaian agama.
    isma´s last blog ..Rindu Sepuluh Malam Terakhir Ramadan di Patani My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  16. FarhahNur says:

    Salam aleik.
    Betul.
    Bagi yang perempuan, bila masuk ke dapur, mesti akan bertemu dengan encik bawang.
    Walau tangan hampir rengsa dibasuh untuk hilangkan bau, hakikatnya masih ada.
    Especially kalau tengah memasak dan mahu berhenti sebentar untuk bersolat, sah akan tertinggal bau bawang tadi pada telekung.
    Laginya,bau itu takkan hilang,sampai esok lusa pun masih ada..
    Tambahan lagi kalau dipakai pula telekung itu untuk ke masjid dan bersolat tarawih.
    Haih..
    Fikirkan balik wahai kita-kita kaum wanita..
    Niat memasak sudah baik, tapi kemaslahatan semua juga harus diambil kira..
    Ingat tu FarhahNur dan semua wanita..
    salin telekung sekerap mungkin ;)
    FarhahNur´s last blog ..Sakura Pun Kembang ;) My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  17. owh…pandai masak nih..bagus2..
    ore-biasa jah´s last blog ..Belajar dan beramal My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled