Memilih Antara Tiga Pilihan
Posted by in Pemberitahuan“Pakai Celcom Broadbandla ustaz..” Beritahu seorang komentantor.
“Boleh je nak pakai yang mana satu, maxis atau pun celcom.. tapi maxis permulaanya murah bulanan agak mahal. Celcom mula-mula mahal, bulan-bulan murah..” Kata seorang rakan yang lain pula. Saya jadi sangsi.
“Kat rumah akhie ada telefon rumah?” Tanya seseorang pula. Beliau memberikan cadangan untuk memasang talian Streamyx TMnet.
“Dia ada dua pakej, satu RM66 sebulan dan satu lagi RM90 sebulan..” Penerangannya membuatkan saya bertambah taraddud antara beberapa pilihan.
Pemasangan internet kini adalah perlu memandangkan banyak keperluan dan kerja yang memerlukan saya menggunakannya. Faridrashidi.Com pasti tidak akan aktif jika Cyber Cafe menjadi medan untuk meluahkan pandangan dan menulis sebarang artikel. Menulis memerlukan ketenangan. Kelancaran perkhidmatan juga adalah penting dalam menghasilkan sesuatu.
Mengharapkan Buah Fikiran
Entri seringkas ini tidak lain hanyalah mengharapkan pandangan saudara-saudari yang sudah lama berkecimpung dalam dunia internet di Malaysia. Insya’Allah, setiap butir bicara pandangan kalian akan saya ambil kira untuk melakukan pemilihan.
Apakah PC Desktop itu selayaknya mengguna pakai Celcom Broadband atau Maxis, ataupun Streamyx?
12:40 PM, 5 September 2009,
09200, Simpang 3 Jerai.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


sy sokong gn celcom broadband.mudah dan ringkas.coverage pun luas.dan plg ptg,sbb sy pn sedang mggunakannya jgk,hehee
.-= saffmukmin´s last blog ..Inni Sooi’imm!!! =-.
saffmukmin(Quote)
Syukran, mungkin sebab enta guna laptopkan?
Farid Rashidi(Quote)
buat ms ini la..tp kalau mh sng blh digunakan mn2,sy cdgkan celcom broadband.tp kalau nk stay st tmpt dlm ms yg lama,bgs sgt streamyx.rumah sy pn gn streamyx,hehe..tp streamyx die ade kontrak.kontrak die sthn walaupun kt nk gn 2,3 bln je.nak tak nak,kn byr jg shngga hbs sthn..kesian jg gt,huhu..
saffmukmin(Quote)
Salam Farid..susah sikit kak tirana nak buat comparison yang mana bagus sebab kak tirana dari dulu hingga kini menggunakan Streamyx. Kak Tirana ambil package yang RM88..dari segi kelajuan – memang laju tapi kelajuan tu pun bergantung pada komputer kita jugak. Cuma Streamyx ni tak mobile..tak macam celcom broadband.
Ramai kawan yang guna celcom broadband mengeluh sebab slow walaupun dah ambil package yang paling mahal.Bagi kak tirana, kak tirana berpuas hati guna streamyx walaupun kadang2 dia buat hal jugak.
Maxis broadband langsung kak tirana tak tahu..hehehe..
Tirana(Quote)
Terima kasih utarakan pandangan. RM88 itu bayaran untuk internet sajakah? Bagaimana pula dengan sewa telefon bulanan?
Farid Rashidi(Quote)
Salam Ustaz,
kakcik pun guna streamyx, setakat ini nampaknya ok je…
.-= kakciks´s last blog ..Bingkisan Buat Nurul Ain =-.
kakciks(Quote)
Salam,
Baik, terima kasih.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
Kalau di rumah ustaz line untuk broadband 3G ada,ok la guna broadband.. macam kat rumah saya, line GPRS je,jdi broadband xla selaju mana pun.. lebih baik guna streamyx… Broadband maxis atau celcom terpulang pada ustaz.
Streamyx…
Maslah akan timbul kalau line telefon terputus disebabkan aktiviti mencuri kabel. Kat kampung ustaz selalu berlaku kecurian kabel? kalau xda.. better guna streamyx.. linenya lebih stable kot(kawan2 cakap la).. tapi xleh la bawa ke tempat kerja.. Maksudnya,dapat fokus dalam pekerjaan.
Tronx013(Quote)
Salam,
Oh, begitu ya. Info yang bagus. Terima kasih.
Pernah beberapa tahun lepas kabel kena curi mereka yang kelaparan kabel. Habis kabel dimamahnya tanpa belas kasihan. Di sana juga berlaku ya? Tak tahulah saya apa yang mereka fikirkan sewaktu memotong kabel bukan milik mereka itu.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
sekarang ni, dah jarang berlaku sebabnya kampung saya dah maju sikit, polis everywhere je…perumahan pula banyak la ni…
semoga dapat berWeblog kembali…
Tronx013(Quote)
salam…tjun n3 suspen je…mcm nk plih calon zaujah plak…kalo calon zaujah smpai 3 nk kena pilih, enta mmg hebat sungguh…~ngee…
ana dh stahun pkai streamyx..rasanya stakat ni xpenah prob…ana ambik pakej kombo…RM60 sbln + yuran tel umah free & pnggilan tempatan free…kalo broadband ikut naseb…kdg2 xok line nye…kelebihan broadband blh bwk kemana2 saje…kalo streamyx plak stempat je…apa2 pun ikutlaa yg mana sesuai…ana just bg pendapt je…
.-= ustazah dyLLa´s last blog ..ustazah nakal… =-.
ustazah dyLLa(Quote)
Salam,
Haha, kalau ana mengaku macammana?
Pandangan ini yang saya nantikan. Memang tak perlu bayar caj sewa telefon rumahkah? Atau kebetulan enti punya ada promosi? Harap penjelasan.
Farid Rashidi(Quote)
Sekarang saya pakai Celcom b/band memang laju walaupun pakej RM68/bulan. Tapi bila balik kampung (tak jauh dari Kuala Ketil, sebab tu tahu Kupang kat mana
) cuma ada GPRS saja, automatik sambungan jadi slow. Tapi masih boleh online, boleh blogging. Cuma nak download, upload fail besar-besar tu jenuh jugak lah menunggu.
Yang penting ia mobile, jadi senang nak bawak ke mana2. Streamix masih relevan kalau uztaz buat kerja setempat saja, tanpa perlu ke sana ke mari
iza(Quote)
Orang Kuala Ketil rupanya. Nampaknya kalau Kuala Ketil pun linenya slow maknya Kupang pun slow jugalah ya.
Terima kasih atas pandangan.
Farid Rashidi(Quote)
Kat umah sy pkai streamyx dan di usm sy pkai mxs broadband.
Sy rase kalo stkt nk guna pc n wat keje statik di umah, streamyx pilihan yg tpt. Tp kena pndai pilih plan jgk sbb streamyx byk pakej malah skrg dh ada wireless streamyx juga tp dgn modem yg agak besar.
Kalo broadband b’gntung pd line. Sy gunakan mxs broadband krn di bilik sy di cmpus xde line clcom 3g. Stkt ni puas ati dgn broadband ni. Balik umah di slangor jgk masih blh guna walaupun slow sket.
Clcom broadband dgn klajuan 384kbps xslh sy, harga 68 sbln dn yg pakej rm98, klajuan 3.6mbps. Mxs dgn klajuan 3.6mbps ialah rm68 sbln.
Tp klajuan ni pun b’gntung dgn line dan juga jumlah org yg guna p’khidmatan yg sama di sesuatu tmpt. Kalo rmai, ia akn jd slow sdikit.
Kalo ustz jnis yg suka download dr intrnet, broadband m’punyai limited capacity yg blh download. Clcom blh download 5GB manakala mxs blh download sbyk 2GB sbln. Mksdnye broadband ni ustz akn byr mngikut harga pakej scara constant walau sbyk mana ustz guna, ttp kelajuan akn disekat sekiranya ustz download lbh dr capacity yg ditetapkn.
Psnan sy, kalo nk guna broadband, makesure mase bli modem, pilih modem yg unlock incase kalo secara tibe2 nk tuka p’khidmatan masih m’gunakan modem yg sama.
Maaf xde byk mklumat psl streamyx krn di umah ayah yg uruskn sumenye..
w’salam
ifa(Quote)
Salam ustaz..
Saya pakai stremyx pakej combo + langganan bulanan free + panggilan tempatan pun free + wireless lagi. Sebln RM100. Laju jg…setakat ni x da masalah. Amat berpuas hati.
Sy pilih streamyx sbb semua kerja guna internet sy lakukan di rumah, x ada keperluan di luar rumah dan lg pun sy jarang2 travel.
Nk guna broadband kena tgk signal GPRS kt rumah kita samada Celcom atau Maxis…sama aje. Kalau tak kuat tak boleh guna jg. Kwn2 yg tukar ke broadband dan dulunya pernah melanggan streamyx ada yg merungut krn slownya broadband berbanding streamyx.
Line streamyx adakalanya breakdown jg…tp sy ckp mcm ni, dlm seminggu ada la sekali bermasalah….tempoh masa bermasalah kekadang cuma tiga atau empat jam je. So, perkhidmatannya boleh dianggap excellent!!
.-= asyiq´s last blog ..Dengan Rahmat Allah Dia ke Syurga =-.
asyiq(Quote)
Assalamualaikum ustaz…
Wah laman ini banyak berubah. Lebih presentable. Fi Maliziy al’an? Semoga dapat teruskan perjuangan di Malaysia, ya!
p/s: Di rumah, saya guna celcome broadband (kadang-kadang laju, kadang-kadang tiada coverage langsung pula). So far Alhamdulillah. Kalau guna PC Desktop, better Streamyx kot. Wallahua’lam.
.-= Balqis´s last blog ..Nota: Di manakah relevannya? =-.
Balqis(Quote)
saya tak pakai mana2 talian atau broad band pun lagi…
.-= imaazmira´s last blog ..BELIEVING WOMEN =-.
imaazmira(Quote)
Jadi kamu di CC lah ya?
Farid Rashidi(Quote)
salam.. ramai gak kata celcom bagus, tapi sy pakai maxis
.-= maiyah´s last blog ..Time Nih… Biarkan Aku Sorang2 =-.
maiyah(Quote)
Assalamualaikum Farid…
Wah, lama tunggu Farid muncul semula.
Syukurlah dah selamat sampai ke Malaysia dan dah mula menjelmakan diri.
Kak Long guna streamyx di rumah dan di luar guna celcom broadband.
tapi streamyx pun ada juga masanya meragam.
Streamyx lebih laju biasanya terutama jika kawasan kita tiada liputan 3G.
Tapi jika kawasan rumah Farid ada liputan 3G, Celcom broadbandpun okay juga…sebab boleh di bawa jika kita keluar rumah.
Selamat membuat pilihan.
.-= Kak Long´s last blog ..Cara Menyertai Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.
Kak Long(Quote)
gilirian sy pulak nk bg pandangan
sy gunakan talian umah utk wireless streamyx pakej RM77 sebulan. so far so good, takdak masalah
.-= kenari´s last blog ..Larat ke nak makan semuanya… =-.
kenari(Quote)
Kena istikharah ya syeikh
Ana pakai celcom Broadband,
dulu – GPRS sekali-sekala
3G, sekarang -3G sekali-sekala
GPRS
Terpulang pada kawasan, dan
waktu.
.-= abuyon´s last blog ..Zikir Anak-anakku =-.
abuyon(Quote)
ustaz, rasanya kalo broadband yang basic things, if banyak keje ustaz cam nak download2 amek streamyx. celcom n maxis broadband, ana suggest celcom much better.
pada pendapat ana la..kena tgk bajet ustaz juga.if nak yang jimat, ringkas n menepati tempat celcom broadband disesuaikan dengan laptop. if ustaz kat umah je prefer online, n pakai desktop pc,ana rasa streamyx..
kak yong(Quote)
Salam Farid,
Saya guna broadband sejak Ogos 2008. Area saya bukan 3G Celcom, jadi hanya ada liputan GPRS, poor service, tapi masih dapat baca berita dan balas mesej. Kalau dload movie, kirim salam lah jawabnya.
Tapi broadb mudah sebab mobile, kalau kursus di mana-mana, senang akses.
Jika guna setempat, baik amik steramix, sebab kurang gangguan.
Broadb Celcom hanya untuk 1 komputer shj pada satu-satu masa. Pakej bergantung kepada pilihan 384kb atau 512kb
Harap ini membantu anta buat pilihan..
brahimnyior(Quote)
streamyx, dlm 2 thn sy gna, xda byk mslh. =)
lain2, msh blm ad peglmn.
awrapurnama(Quote)
Salam ustaz,
Saya tersangat la nak cadangkan ustaz supaya pakai Streamyx, sebab line nya stabil… Kawan saya yang guna broadband cakap, dia selalu masalah nak online selepas pukul 12 malam, bermakna line nya tak cukup bagus..
Kalau kat umah ustaz ramai pengguna, yang juga ada laptop masing2, ustaz boleh buat wireless sendiri plak kat umah.. Syaratnya, kena masuk streamyx dulu, (yang saya punya, pakej rm60 tu je, laju sangat2 dah), pastu pasang lak satu lagi alat, iaitu “wireless router”.. Boleh letak paswod.. Murah dan menjimatkan, serta memudahkan ahli keluarga lain..
Pendek kata, streamyx is the best!!
.-= Dianah´s last blog ..Hilangkan sifat keakuan =-.
Dianah(Quote)
Salam …maxis broadband agak slow jugak sebenarnya. Semalam saya download satu video, lambatnye nak tunggu. So, saya cadangkan ikutlah kata2 mereka yg ada pengalaman pakai celcom broadband.
Nak lagi cepat, streamyx.
.-= az´s last blog ..Isteri pertama or kedua? =-.
az(Quote)
Terima kasih ya, nampaknya peminat streamyx sudah memenangi tempat pertama. Saya juga perlu berubah fikiran selepas membaca komen kalian.
Farid Rashidi(Quote)
salam…mmg xperlu bayar caj sewa tel rumah. apakata enta pi survey ke TMnet…tny ape lgi tawaran yg mereka bg skrg. bru2 ni kakak ana dftr streamyx juga, dpt free box wireless skali. better amik streamyx dr broadband.
ustazah dyLLa(Quote)
salam…saya guna broadband..celcom..tapi lembab sikit..erm..kalo ust better guna streamyx senang nak wat keje..
nur_syahadah(Quote)
emmm…bukan…saya tak pi cc tapi kat lab komputer di kolej kediaman saya… tp kedepan2 tak tahula…mungkin kena pakai juga kot streamyx atau broadband sebab insyaallah tahun depan dah masuk kerja
.-= imaazmira´s last blog ..BELIEVING WOMEN =-.
imaazmira(Quote)
salam,
pakai je la streamix..
firdaus(Quote)
Salam,
Streamyx memang laju, tetapi nak pasangnya sangat banyak songeh dan protokol.. entah apa yang susah sangat nak daftar sehingga berminggu-minggu lamanya..
Farid Rashidi(Quote)