Selama sebulan saya membuat perancangan untuk pulang ke Malaysia. Serata furu’ dijelajah semata-mata mahu mencari barangan untuk dibawa pulang ke tanahair. Dari utara Mesir, Port Said menuju ke Zaqaziq, Zaqaziq ke Mansurah, Mansurah ke Kaherah. Setiap hari padat dengan jadual agar masa digunakan semaksimum mungkin.
“Enta dan balik bila? 24 ke 25?” Tanya rakan melalui talian telefon.
“Ana balik 25 pagi bertolak, kiranya 24 malam sudah ke lapangan terbang.. Insya’Allah” Jawab saya.
Saya juga membuka peluang kepada rakan-rakan di Malaysia untuk tempahan barangan Mesir beberapa minggu sebelum dijadualkan bertolak pulang. Alhamdulillah, permintaan memberangsangkan. Pelbagai jenis barangan yang sempat saya beli antaranya jubah lelaki dan wanita, tudung turki, tudung subarji, stokin, habbatus barakah, buah tin, kurma, kismis dan pelbagai jenis barangan lain lagi.
Setelah 3 Tahun Mengembara
Selama 3 tahun hidup di perantauan bersama rakan-rakan menyebabkan saya tidak dapat menggambarkan lagi bagaimana suasana keadaan di Malaysia kini. Adik-adik juga besar dan sudah menjejak alam dewasa. Kampung juga sudah berlainan. Yang tua sudah pergi menggantikan yang muda.
“Fi malezia dil wakti maugud H1N1 min khinzir..” Kata saya sewaktu membeli topeng tutup muka di farmasi. Atas dasar keselamatan, ramai rakan menyarankan agar memakai topeng muka ketika sampai di KLIA.
“Ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami, hindarkanlah dari penyakit yang berbahaya.. Amin Ya Rabbal Alamin.”
Tarikh dan Waktu Bertolak
Saya bertolak dari lapangan terbang Kaherah pada jam 3:50 pagi bersamaan 9:50 pagi waktu Malaysia. Menurut broker tiket Misr Thairan, kapal terbang kami akan tiba di KLIA pada jam 10:15 malam 25 Ogos. Insya’Allah.
Semoga perjalanan saya bersama dua orang rakan selamat tiba di tanahair, doakan bersama.
9:51 PM, 24 Ogos 2009,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


SALAM RAMADHAN – SELAMAT PULANG SAMPAI KE DESTINASI , SEMOGA DILINDUNGI ALLAH SWT…
.-= sonata anak kancil´s last blog ..Bloggers Pace Slow Down …. =-.
sonata anak kancil(Quote)
Alhamdulillah, segalannya selamat. Moga terus selamat di dunia dan akhirat. Kullu am waantum bikhair.
Farid Rashidi(Quote)
Salam buar Farid, moga dalam perlindungan Allah. Syukur dapat sambut Ramadhan di dua negara.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri… Kalau berdasarkan pengalaman di rantau orang, boleh ‘pakai’ ke pepatah tu?
brahimnyior(Quote)
Salam cikgu,
Semuan bumi Allah ada kelebihannya tersendiri. Bagi saya di tanah air ada keunikan dan pengalamn sendiri begitu juga di Mesir.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ya syeikh. Ana ucapkan selamat pulang, selamat berjuang. Bumi Malaya ini menunggu-nunggu tuan, untuk bergelanggang.
Moga pulangmu, membawa barakah
dari bumi Mesir
Moga pulangmu,
rahmat
abuyon(Quote)
salam… welcome home ust dan kawan2..semoga selamat sampai ke destinasi yang di mimpikan sebelum ini..
nur_syahadah(Quote)
Alhamdulillah, sudah selamat sampai. Perbezaan ketara dahulu dan sekarang.
Farid Rashidi(Quote)
salam sahabat ya ulama. Ana ucapkan selamat pulang, dan selamat berjuang. Bagai sireh pulang ke gagang layaknya, enta ya syeikh. Bumi Malaya menanti-nantikan kepulangan tuan, untuk bergelanggang.
Moga pulangmu, membawa barakah
dari bumi Mesir
Moga pulangmu, harum semerbak
alam Melayu
abuyon(Quote)
Terima kasih ya Abuyon. Terasa bagai tidak layak menerima ucapan hebat itu. Sungguh, saya hanyalah insan biasa.
Alfu syukran nukilannya.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum,
Saya sekarang dalam perjalanan ke Airport Kaherah.
Kepada pengunjung yang ingin menempah barangan boleh terus ke laman http://www.iklan.faridrashidi.com.
Hantarkan emel jika ingin tahu harga dan menempahnya.
Farid Rashidi(Quote)
Selamat pulang ke tanahair, ustaz…
Semoga dapat dikongsikan segala pengalaman pahit manis di rantauan untuk dijadikan panduan…..
.-= kakciks´s last blog ..Kek Keju Durian =-.
kakciks(Quote)
Insya’Allah Kakciks. Tak kering lidah berbicara tentang Mesir bersama keluarga
Farid Rashidi(Quote)
Salam Ramdhan.
Selamat pulang ke tanah air.Dapat bayangkan bagaimana perasaan org tua menunggu kepulangan jejak kesayangan..
ikan emas(Quote)
Menitis airmata ibu sewaktu saya sampai dimuka pintu. Begitu juga nenek dan makngah. Saya tahu mereka sedih dan gembira.
Farid Rashidi(Quote)
Ramadhan Kareem..
Moga selamat smpai ke tanah air
.-= sinar´s last blog ..Ramadhan disambut dengan pelbagai rasa =-.
sinar(Quote)
Berada di Malaysia bukan? Bila mahu ke Mesir?
Farid Rashidi(Quote)
Aiwah…masih di Malaysia…
akan pulang smula lepas raya.. insyaAllah 26 sept…
.-= sinar´s last blog ..Majlis Berbuka di Darul ‘Izzah =-.
sinar(Quote)
Selamat pulang ke Malaysia. Tentu gembira dapat bersama2 keluarga di bulan Ramadhan ni….
.-= Kak Tie´s last blog ..Mimpi lagi =-.
Kak Tie(Quote)
Pelbagai perasaan turut dirasai. Apa perasaan Kak Tie jika berpisah dengan anak bertahun-tahun?
Farid Rashidi(Quote)
assalamualaikum..
selamat pulang…dan selamat ber-Ramadhan di tanah air tercinta bersama keluarga tersayang.
nahmy(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Alhamdulillah, berkat doa kalian saya sudah selamat sampai.
Farid Rashidi(Quote)
slmt pulang ustaz!!!~hehe..
.-= saffmukmin´s last blog ..Jihad~Ramadhan dan Semuanya.. =-.
saffmukmin(Quote)
salam ziarah dan salam Ramadhan
.-= Kak ina´s last blog ..Marilah beramal di bulan Ramadhan =-.
Kak ina(Quote)
Salam Farid…
Huhu… kak su terlewat tahu ttg kepulangan Farid.
Kesibukan membataskan peluang untuk ziarah ke blog ni. Kadang tu masuk tapi tak sempat baca pun.
Anyway… selamat kembali dan selamat menjalani ibadah puasa kat kampung…
.-= suara´s last blog ..Ekau nok kayo tak? =-.
suara(Quote)
Salam,
Tak mengapa. Saya juga agak terhad untuk online. Maklumlah line belum ada dirumah sendiri. Ke CC juga sekejap-sekejap saja. Susah online di CC. Puasa di mana Kaksu?
Farid Rashidi(Quote)
Salam…
Seronoknya dapt berjumpa sanak saudara…terutama ibu bapa tercinta.
Jangan terkejut bila sampai ke KLIA…tengok2 tak ramai orang yang pakai mask…kesedaran di sini masih kurang walaupun hari ni kematian H1N1 sudah menjangkau 70 orang.
.-= asyiq´s last blog ..Pandangan Mata =-.
asyiq(Quote)
Salam,
Ya, benar. Tak ramai yang memakai topeng di mana-mana. Pelik juga ya. Perlu diperhatikan, kaum cina kurang diserang penyakit ini.
Farid Rashidi(Quote)
selamat berpuasa di Malaysia..bagus pakai mask tu, lebih bagus beli yg N95 sbb dia lagi kuat utk menghalang virus tu tersebar kat kita.
.-= nana´s last blog ..Cuti =-.
nana(Quote)
Selamat berpuasa juga.
Sudah saya beli ketika berada di Mesir lagi.
Farid Rashidi(Quote)
selamat kembali ke tanah air ya ustaz ^^
Iliana(Quote)
Terima kasih.
Berpuasa di UUMkah?
Farid Rashidi(Quote)
Akum Ustaz Farid,
Harap Ust dah sampai ke Malaysia dengan selamat. Oh ya, bagaimana dengan barang kiriman hati unta kering yang abg kirim tolong belikan? Ada ke barang tersebut? Abg memang amat mengharapkan barangan tersebut.
Ikhlas,
Rosli Samot
No. 92, Jalan SM 1D2/8, Fasa 1D2,
Seri Manjung, Perak DR, Malaysia
019-5743237
6056889337
rosley92@yahoo.com
Rosli Samot(Quote)
Wa’alaikumsalam Encik Rosli.
Alhamdulillah, sempat saya belikan. Sekarang dalam proses mengeringkannya. Dan saya akan pek. Nanti saya khabarkan kosnya via telefon. Terima kasih.
Farid Rashidi(Quote)
Salam, Farid Rashidi,
Thanks a lot. Abg tunggu saja telefon daripada Farid. Agaknya abg tension belajar kot sebab tu kerap kena astha, lebih2 lagi cuaca tak menentu di Manjung, Lumut ni, panas n berjerebu.
Macam mana setelah bertahun2 di bumi ambia? di Malaysia, tanah air sendiri?
Salam Ukhwah,
Rosli Samot
Rosli Samot(Quote)
Salam…farid, saya yang tumpang gembira bila dapat tahu awak pulang ke malysia..mungkin mewakili hati ibu yang sudah lama x dapat menatap wajah anakanda.. 3 tahun cukup lama farid..subhanallah, saya xpulang 2 bulan pun sudah mengeluh sampai kawan2 pun xsanggup nak dengar
semoga pjalanan awak selamat…
are u going back malaysia 4 good? bernafaslah puas2 dalam udara malaysia, bimbang nnti rindu dengan udaranya bila kembali ke sana:)
.-= hurin´s last blog ..Lorong – lorong di Canterbury =-.
hurin(Quote)
Salam,
Mengeluh sampai kawan tak sanggup nak dengar ya. Rasa kelakar juga bunyinya.
Ya, sedang bernafas dengan sebaik-baiknya.
Farid Rashidi(Quote)
salam.. selamat pulang nanti
.-= maiyah´s last blog ..Anak Sapa Ler Ni =-.
maiyah(Quote)
Sudah pulang.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ya akhi,
Seronok lah boleh berpuasa dan beraya di Malaysia. Semoga selamat semua.
.-= Abu Aiman´s last blog ..Hari Pertama Ramadhan =-.
Abu Aiman(Quote)
Salam,
Insya’Allah. Bukan saja seronok, malah berdebar dengan cabaran bakal dilalui.
Farid Rashidi(Quote)
Terima kasih sebab pulang ke tanahair.
Bagai camar yang pulang..
.-= srikandi kasih suci´s last blog ..PROMOSI…. =-.
srikandi kasih suci(Quote)
Terima kasih? apapun, terima kasih kerana menjadi agen penjual. Jasa yang pasti tak dilupakan.
Farid Rashidi(Quote)
selamat pulang
.-= sitinurulhawa´s last blog ..SALAM RAMADHAN =-.
sitinurulhawa(Quote)
Perjuangan belum selesai. Selamat pulang untuk terus berbakti pada ummat. Kuatkan semangat, nawaitu kerana Allah dalam segala hal. Selamat menyedut udara jerebu KL & virus2 H1N1 yg sudah meragut 71 nyawa setakat hari ini. Mintak dijauh segala bahaya. Dan tidak lupa bekalan gula yg payah nak beli. Oh ya BN kalah lagi, kalau tak silap scorenya 1-7 setakat ni, memang nazak.
.-= sot´s last blog ..Who are we trying to Fool? =-.
sot(Quote)
Ya, niatkan segalanya kerana ALLAH semata. Saya sempat menyedutnya namun menggunakan topeng. Bekalan gula itu ada, tetapi sengaja disimpan.
Moga Islam kembali tertegak!
Farid Rashidi(Quote)
selamat kembali ke malaysia, lama nyer tak balik…3 tahun.wah! mesti rindu sangat2 kat keluarga di Malaysia. Selamat berpuasa di Malaysia bersama keluarga tercinta. cuti berapa lama di Malaysia?
.-= miesha´s last blog ..PPIM, MEMBUAT ROTI LILIT =-.
miesha(Quote)
salam, trima kasih singgah blog sufy..apepown, smg slmt smpai ke tanah air..amin…dan slmt mengerjakan ibadah puasa….lg satu, info2 anda bagus skali…truskn pjuangan k..
.-= sufy´s last blog ..Sugar Daddy @ Sugar Babe =-.
sufy(Quote)
Selamat pulang ke malaysia Farid…selamat berpuasa bersama keluarga tercinta…
Musti dah ada kat kg halaman waktu ni….
Afida Anuar(Quote)
Semoga Farid gembira
di samping keluarga tercinta…
.-= wardah´s last blog ..Jemput-jemput Pun Sedap… =-.
wardah(Quote)
salam…alhamdulillah…agaknye masa ana bg komen ni enta dh smpai malaysia pun…insya’Allah mudah2an hidup kta dipenuhi keberkatan…SALAM…
ustazah dyLLa(Quote)
Salam,
Ya saya sudah selamat berada di Malaysia.
Farid Rashidi(Quote)
Salam Farid..
Selamat pulang ke tanah air…
Kakak(Quote)
Salam Farid,
Selamat pulang ke tanah air.
Semoga segala ilmu dan pengalaman di bumi Mesir dapat dimanfaatkan untuk bangsa dan agama.
.-= Kakak´s last blog ..Anda penghidap Polyscystic Ovaries? =-.
Kakak(Quote)
Salam,
Insya’Allah kakak. Bukan senang nak menyedarkan manusia yang terleka.
Farid Rashidi(Quote)
Salam.. Sudah beberapa hari di kampung halaman, belum berkesempatan berkongsi kegembiraan, ya?
Selamat pulang ke Malaysia… berpuasa, berhari raya dan meraikan hari kemerdekaan ke 52 di tanahair.. kadangkala pengalaman daripada cerita orang lain… sangat berbeza dengan pengalaman yang bersifat realiti…
Dalam tempoh 3 tahun tentu banyak yang berubah… teruskan berjihad di jalan ALLAH…dengan sesungguhnya..
.-= Yunimaha5´s last blog ..KELIRU…KE MANA HILANGNYA BLOG DAN CATATAN YANG AKU LAKARKAN? =-.
Yunimaha5(Quote)
Alhamdulillah, sudah saya coretkan sedikit cerita pada entri baru. Silakan baca ya.
Sememangnya ada yang berubah dan ada yang tidak.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum wr.wb.,
Alhamdulillah saya telah selamat tiba di kampung pada hari Rabu (petang), sekarang ni tak dapat nak online sebab ada masalah teknikal. InsyaAllah 2 atau 3 hari lagi saya cuba ke udara di sini.
Harap sabar menanti coretan-coretan terbaru
Saya juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.
wassalam
.-= Farid Rashidi´s last blog ..Bertolak Pulang Ke Malaysia =-.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
Sudah selamat tiba rupanya…. semoga dapat menikmati keindahan yang lama dijauhi untuk menimba ilmu..
Tronx013(Quote)
salam farid…slmt kembali ke tanah air di bulan kemerdekaan dan bulan ramadan yg penuh berkat ini. hargailah setiap detik dan masa bersama keluarga setelah lama terpisah. juadah berbuka pun tentu yg special ye
.-= kenari´s last blog ..Salam Ramadan =-.
kenari(Quote)
Salam,
Tentulah special walaupun sekadar ikan kering goreng. Semua itu tidak wujud dinegara orang.
Farid Rashidi(Quote)
salam farid…
salam ramadhan juga…
selamat pulang ke malaysia…
.-= miss teja´s last blog ..tawaku bukan kesenangan… =-.
miss teja(Quote)
assalamualaikum.. ana ust amir
mohon jasa baik enta untuk jelaskan pada ana silbus medic di mesir tu. ada parent minta tapi ana tak tahu nak citer. selengkap yg mampulah dari mula sampai akhir kot. info boleh emal ke aburushd70@yahoo.com.my atau
ke blog ana terus. syukran. selamat kembali ke tanah air.
terkenang satu masa dulu …nama2 port said, mansurah …
.-= ust amir´s last blog ..Majaz Mursal : Nota Balaghah Bahasa Arab Tinggi =-.
ust amir(Quote)
emmm….teringin nak pesan tudung subarji…tapi dah xsempat…
fatimahthahirah(Quote)
Sempat lagi, anda boleh ke link http://www.iklan.faridrashidi.com
Farid Rashidi(Quote)
suatu masa dulu…aku adalah penulis dan kamu adalah penerima… kini aku adalah pembaca pada hasil tulisanmu… anta dah berjaya ya sekarang… Tahniah..tahniah. semoga dapat mengunggulkan Islam dengan ilmu yang kita ada. sama-sama kita… INSHAALLAH
.-= fatimahthahirah´s last blog .. =-.
fatimahthahirah(Quote)
Bunyinya seperti guru-guru saya. Boleh saya tahu siapa pemilik nama ini?
Farid Rashidi(Quote)
eh….saya bukan guru awaklah… saya kenalan masa muda2 dulu. masa tu masih budak2 lg.. ingat x ustaz prnah letak nama dalam 1 english magz. QUEST… itula kisahnya…xtaula ustaz ingat lg ke x…..
fatimahthahirah(Quote)
.-= fatimahthahirah´s last blog .. =-.
fatimahthahirah(Quote)
nampaknya tuan rumah masih merasai keindahan kampung halaman ye..
nur_syahadah(Quote)
Saya sedang usahakan untuk dapatkan talian internet di rumah. Nampaknya menggunakan Cyber Cafe agak sukar mencari idea dalam menulis. Berserabut macam-macam gangguan.
Farid Rashidi(Quote)
ustaz….pakai Celcom Broadband la ustaz
.-= fatimahthahirah´s last blog ..mimpi semalam =-.
fatimahthahirah(Quote)
Sedang survey harganya. Berapa kosnya?
Farid Rashidi(Quote)
salam..
selamat pulang ke tanah air..
on9 di cyber cafe? saya sangat tidak suka cyber cafe. memang masa tak ada internet dulu pun tak pernah pergi.
.-= pencinta bahasa´s last blog ..superheroes vs supervillains =-.
pencinta bahasa(Quote)
Salam,
Ya, saya juga tidak suka CC walaupun dahulu pernah bekerja di sini. CC membingitkan telinga dengan bunyian games.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
Bila sampai di tanahair.. suasana pastinya berbeza.. bukan fizikal yg mnjadi bezanya sahaja, tetapi suasana dakwah dan islamnya juga mungkin berbeza.. Diharap kekuatan yang dibentuk di bumi anbiya, mampu meneguhkan diri ustaz untuk mnjadi seorang yang mampu berjihad pada jalan Ilahi….
Tronx013(Quote)
Salam Akhie,
Iya, segalanya berubah dan berbeza. Namun tak kurang juga masih ditakuk lama. Masih still dengan keadaannya. Moga Allah SWT memberikan mereka dan kita jalan yang lurus. Medan sebenar lebih sukar berbanding ilusi.
Enta berpuasa di Johor atau Kelantan?
Farid Rashidi(Quote)
salam..
saya berpuasa di Kelantan sehingga 17 September ini..huh.. homesick dulu dah kembali secara perlahan-lahan menghitung hari untuk pulang.
. tapi, naik cuti pula ada exam . xdapat nak cuti berlebihan.. heheh
Tronx013(Quote)
Oh, oklah tu dapat juga pulang ke Kampung bukan? Lelaki seharusnya kuat berbanding perempuan bukan? Anda lebih mengerti maksud saya.
Apapun, semoga berjaya dalam peperiksaan nanti ya.
Farid Rashidi(Quote)
saya pun tak tahu la ustaz berapa kosnya… saya pun x pernah pakai. tapi affordable la kot…
.-= fatimahthahirah´s last blog ..Dia bersamamu… =-.
fatimahthahirah(Quote)
Jadi enti pakai yang mana satu sekarang?
Farid Rashidi(Quote)
Salam..selamat berjuang pula di tanahair.
Saya ambil maxis broadband rm88 sebulan. Speednya 7.2Mbs.Apa perancangan selepas ni?
.-= Az´s last blog ..Tirai malam… =-.
Az(Quote)
Salam,
Perancangannya perlu melakukan ‘sesuatu’ untuk ‘sesuatu’. Maxis okkah?
Farid Rashidi(Quote)
Salam, alhamdulillah, smg k’pulangan ustaz m’imarahkan lagi Islam di sini.ustaz boleh tak huraikan tentang aspek pendidikan awal kanak-kanak dari aspek islam? terima kasih.
melati(Quote)
Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Ulangtahun Pertama Faridrashidi.Com!