Header image

1 Ramadhan Di Atabah

Posted by Farid Rashidi in Diari Penulis | Tazkirah

Azan zohor berkumandang di menara-menara masjid ibu kota Kaherah. Ada juga yang menggelarkan sebagai kota seribu menara. Penuh berceracak di setiap pelusuk tanah yang pernah dibuka oleh salah seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Amru Bin Asr r.a.

Masjidnya menjadi simbol kebanggaan bumi Afrika sehingga kini, bahkan selama-lamanya.

Kaki kami lemah melangkah di tengah kesesakan. Kesesakan yang tak pernah sunyi hatta di bulan Ramadhan sekalipun. Cuba menyelinap masuk ke celahan bazar. Kelihatan deretan gerai menjual pelbagai barangan termasuklah makanan. Atabah sememangnya sudah terkenal sebagai medan jual beli berkos rendah.

Pandai cakap, murahlah barangan.

“Dah tak ingat kat mana kedainya..” Jawab saya kepada Azilan.

Azilan dan Ibrahim terus masuk ke lorong mencari kedai yang dimaksudkan. Kedai dua tingkat itu menjual pelbagai jenis jubah dan pakaian.

“Dah bekam? Insya’Allah lau khamsin ana khudz arba’ah.” Kata saya sewaktu sessi tawar menawar membeli jubah. Akhirnya jubah berwarna putih berjaya dibeli dengan harga berpatutan.

Selesai membeli jubah, kami terus bergerak mencari masjid untuk menunaikan solat zohor dan berehat. Mencari masjid tidak sepayah mencari kedai jubah. Setiap celahan bangunan pasti ada sebuah masjid walaupun sebesar surau di kampung saya.

Seusai solat, kelihatan beberapa kelibat lelaki sedang berbual di suatu jihat. Salah seorangnya berkopiah al-Azhar.

“Jom kita jumpa syeikh dulu sebelum keluar.” Pelawa Azilan.

Saya menuruti.

Ibrahim dan Azilan memulakan bicara dalam ta’aruf sesaat. Syeikh mendoakan kesejahteraan kami bertiga. Alhamdulillah.. Adalah saat paling membahagiakan bila alim ulama’ mendoakan kebaikan. Mungkin doa mereka lebih mustajab tanpa hijab menghalang untuk terus ke hadrat Ilahi. Siapa tahu bukan? Allahu Rabbi.

“Insya’Allah, syeikh akan mendoakannya secara ghaib.. selepas solat fajar esok.” Kata seorang lelaki yang mendampingi Syeikh. Syeikh itu adalah salah seorang guru qiraat lulusan al-Azhar.

Bazar Minyak Atar

Hampir sejam berjalan, akhirnya kami ketemui deretan kedai menjual minyak atar/wangi di Atabah. Botol-botol tersusun rapi di kaki lima kedai. Bau wangian beraneka jenis menyusup masuk ke rongga deria bau.

Harum semerbak.

“Ana aiz asyara atar, ayyu syai.. ayyu hagah. Masyhur fi misr.” Terang saya kepada seorang penjual minyak wangi. Saya meminta beliau agar menyediakan beberapa botol minyak wangi pelbagai jenis bau yang masyhur di Mesir.

“Dah, Two One Two, dah Escilape..” Beliau menerangkan beberapa jenis wangian sambil mencalitkan wangian di lengan saya. Hidung saya seakan tidak mampu membezakan lagi jenis bauan. Semuanya wangi.

Mesir sememangnya terkenal dengan minyak wangi. Minyak wangi yang mereka gunakan kebanyakkannya diimport dari Perancis, sehinggakan begitu sukar untuk menyebut nama-nama wangian yang dipamerkan.

Kerana terpengaruh dengan keharuman wangian saya membelanjakan hampir LE150 hari itu!

Iftar Jam’ei Di Ma’idatul Rahman

“Jom pi masjid tu, nampak semacam ada sediakan makanan berbuka..” Ajak seorang rakan. Kami menjenguk-jenguk ke dalam masjid.

“Yaallah ta’aal! Silakan kan!” Beberapa orang lelaki arab yang sibuk menyediakan hidangan makanan memanggil kami masuk ke dalam dewan makan.

Kami bertiga terus duduk di meja yang telah tersedia. Hidangan nasi bersama kuah kacang dan daging rebus menjadi juadah berbuka kami. Kelihatan meja sudah separuh dipenuh orang ramai. Tua, muda, kanak-kanak juga turut memenuhi ruang.

“Pengalaman kita yang berharga berbuka puasa kat sini..” Bicara saya kepada Azilan. Beliau mengiyakan kata-kata saya. Kami terus leka menjamah juadah masakan yang enak itu.

Tarbiyyah Pautan Susah dan Senang

Berjalan dibawah terik mentari pada ramadhan yang bercahaya bukanlah sesuatu yang mudah. Namun sukar itu hilang apabila menjamah juadah Ma’idatul Rahman. Alhamdulillah, rezeki.

Tarbiyyah ramadhan bukannya semudah berbicara dilembaran kanvas bisu. Tarbiyyah akan lengkap terlaksana apabila berjaya diterjemahkan dalam hidup sehari-hari.

Entah mengapa, sewaktu hendak pulang ke daerah Tanta, van penumpang yang kami naiki ditahan polis. Bukan sahaja ditahan, malah perlu turun untuk berpindah van menuju ke Abut. Mahu ke Abut saja jaraknya tidaklah dekat. Akur.

“Menzalimi manusia di bulan Ramadhan, tahulah mereka menerima nasib nanti..” Kata saya sambil mengetap kegeraman.

“Mesir depa tak ada sistem, pakai ikut berasa.” Sambung Ibrahim meneruskan perbualan kami. Kaki letai melangkah ke perhentian, mencari kalau-kalau ada van lain yang akan menuju ke Tanta.

Jam di tangan menujukkan angka 1 pagi. Setelah sejam menunggu barulah kami bertolak pulang ke Tanta. Ini bermakna separuh hari 1 ramadhan kami bergerak di ibu kota Kaherah dengan pelbagai situasi.

Kawan, ramadhan itukan bulan tarbiyyah?

5:52 AM, 24 Ogos 2009,
Siberbay, Tanta.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

12 Responses

  • nur_syahadah says:

    salam.. pengalaman yang menarik..rajin ust berjalan bulan2 puasa ini..banyak ust borong minyak atar..mahu jualkah? tau da sape2 yang pesan mungkin…
    bulan penuh cabaran buat umatnya.. semoga ramadhan kali ini lebih baik buat kita semua.. aminn…

      (Quote)

  • nohas says:

    Salam. Shopping utk Ramadhan ke Eid Mubarak? Teringinnya nak pergi Kaherah.

    Ya, Ramadhan bulan tarbiyyah zahir & batin..

      (Quote)

  • Salam Ustaz…

    Seronok membaca pengalaman orang mengembara dengan pelbagai ragam yang dijumpa…:)
    .-= kakcikseroja´s last blog ..Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke 48 =-.

      (Quote)

  • Tronx013 says:

    salam…

    …. terbayang ingin mengembara… seolah mustahil buat masa terdekat ini,sebabnya, saya masih belajar lagi…. dan awal alam pekerjaan juga,sibuk memanjang… berlatih memahami tekanan dan cara menguruskan tekanan yang memanjang….

    semoga dipermudakan segala urusan kita.. :)

      (Quote)

  • salam ramadhan…masya’Allah…jiwa merasai saat2 berpuasa disana…berbeza disini…sini sjak ramadhan, hujan & mendung saja…bilakah ada rezqi mahu berpuasa disana pula…nikmat & rahmat Allah begitu luas…ramadhan mngajar kta erti kesabaran & penuh keberkatan…insya’Allah…salam ramadhan dr bumi Malaysia…
    .-= ustazah dyLLa´s last blog ..PUTIH itu SUCI =-.

      (Quote)

  • urm bulan tarbiyyah, saya akan ingat tu, sebab mulai esok akan melangkah ke negara non-muslim untuk tugasan selama seminggu. Tahun lepas ke sana saya mabuk mi melihat mereka hirup mi mangkuk besar. Hati bersabar sajalah, mustahillah nak join sekaki kan. Pulang ke tanah air seminggu setiap hari saya makan mi..huhu
    tahun ni, tugasan jatuh di bulan Ramadhan, tak terbayangkan bagaimana keadaannya nanti. Harap2 semuanya baik2 saja.
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Mentari Terik Tak Terasa… =-.

      (Quote)

  • insyirah says:

    Salam ‘alayk.

    Ustaz dah nak balik Malaysia ke borong macam-macam?
    Teringin nak ke Mesir, lihat siaran langsung terawih dr masjidil haram terasa rindu benar nak ke haramain. :)

    Selamat menikmati TARBIYYAH RAMADHAN. :)

    Ulama’ sufi meletakkan rejab dan syaaban sebagai madrasah tarbiyyah dan ramadhan pula adalah lapangan imtihan, kita pula… masih lagho walaupun ramadhan membuka tirai.

      (Quote)

  • NoRuLLiSzA says:

    ramadhan kareem ya akhi..
    ramadhan di pelbagai tempat.. menceritakan pelbagai pengalaman yg berharga buat insan.. menjadi tazkirah pd taulan.. jika dilihat bi ainil i’tibar..

    dah bekam? sekali bace, ingt org misr tanye dah bekam ke.. hehe.. bila bce ayat slpasnye.. bru tau tu ayat arab.. alhamdulillah faham la sikit2 ayat mesir.. klu kami.. tnye harge.. guna geddish..
    .-= NoRuLLiSzA´s last blog ..…RiNDu KeKaSiH-KeKaSiH HaTiKu… =-.

      (Quote)

  • salam ziarah. salam ramadhan!! (^_^)
    .-= NajihahFaizah´s last blog ..Ramadhan; bulan kemaafan & kesabaran =-.

      (Quote)

  • Tirana says:

    Salam Farid..

    Wahhh..dalam bulan puasa pun rajin berjalan. Kak Tirana ni kalau boleh. lebih suka duduk di rumah. Actually dalam bulan tak puasa pun, tak suka keluar juga tapi dah terpaksa keluar maklumlah jadi sopir..hehehe.. Alhamdulillah, sekolah tengah cuti sekarang jadi dapatlah berehat di rumah.

    Ahemmm…beli jubah raya ke? Tahun lepas warna biru, tahun ni warna putih.

      (Quote)

  • Inginnya nak ke Kota Seribu Menara tu…
    .-= sitinurulhawa´s last blog ..SALAM RAMADHAN =-.

      (Quote)

  • lifeofaku says:

    ramadhan kareem …

    attabah memang meninggalkan kenangan … ‘asir mangga di hadapan masjid dekat medan attaba mengingatkan memang laziz ….

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge