Meraih Nur Ramadhan
Category : Bicara Semasa, Tazkirah
“Agar ramadhan kita diterima, maka kenalah jaga hubungan silaturrahim..” Kata Khatib memberi khutbah jumaat serta mengingatkan para jemaah yang hadir.
“Yang pertamanya, kita perlu ikhlas dalam beribadat, seterusnya menjaga solat, membaca al-Quran, menjaga hubungan silaturrahim dan hubungan antara kedua ibu bapa..” Sambung Khatib lagi membuat kesimpulan di khutbah yang kedua.
Berapi-api kata-kata Khatib melontarkan khutbah kepada para hadirin. Body language jelas terpancar pada setiap gerak-gerik Khatib menunjukkan bahawa mereka golongan yang petah berpidato. Lancar ucapan, kuat hafalan.
Tidak ada hadirin yang berteleku menahan kantuk. Masing-masing seakan diinjek suntikan motivasi hebat.
Sirah baginda Rasulullah SAW terus menerpa ke relung jiwa. Saat baginda berkhutbah suaranya lantang dan lancar, matanya menzahirkan semangat yang berkobar-kobar.
Jarang kita mempraktikkannya bukan?

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
“Sanatu tayyib..” Ucap masyarakat Mesir apabila muncul Ramadhan yang mulia.
“Enta tayyib, Ramadhan kareem, Allahu Akram.” Ucapan balas demi mendoakan kesejahteraan dunia akhirat.
Ada yang mendoakan supaya dapat berjumpa dan beribadat di bulan Ramadhan, namun tidak kesampaian. Kerana mereka telah ‘pergi tak kembali’. Ada yang diberi peluang Allah SWT menemui Ramadhan sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya, malah mencecah ratus. Tetapi dilepaskan sia-sia.
Waktu muda beralasan sibuk bekerja, bila tua beralasan sakit urat sana sini. Akhirnya ianya pergi. Pergi bersama masa-masa lampau yang rugi.
Bersyukurlah, bersyukurlah andai Allah SWT menemukan kita dengan Ramadhan. Bersyukurlah jika bertemu Lailatul Qadar yang dijanjikan Pencipta.
Menghadirkan Rasa Ikhlas
Ikhlas itu tonggaknya dalam beribadah. Niat dan amal yang ikhlas walaupun sekadar menyebut ‘Alhamdulillah, Subhanallah dan Allahu Akbar’ sudah mampu memberatkan timbangan mizan. Apatah lagi jika beribadah dengan amal-amal yang menggunung tinggi.
“Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, (iaitu) surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan (yang ikhlas keimanannya).” (Al-Maidah: 85)
Apabila hadirnya rasa ikhlas dalam diri, nescaya segala peribadatan kita di bulan Ramadhan dan 11 bulan sebelumnya akan dihisab oleh Allah SWT dengan nilaian yang tak terhitung pada pandangan manusia.
Di kesempatan yang ada, saya Mohd Farid Bin Md Rashidi pemilik blog ini ingin mengucapkan ‘Selamat Menyambut dan Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan’ kepada semua pengunjung teratak Faridrashidi.Com dan semua umat Islam seluruh dunia. Salam kemaafan andai ada tersilap kata.
Malam-malam yang kelam,
Terpancar cahaya,
Pada ufuk timur dan barat,
Alam bertasbih memuja,
Sayu bersahutan memanggil Ramadhan,
Agar neraca itu penuh amal kebajikan,
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak!
4:07PM, 21 Ogos 2009,
Siberbay, Tanta.





Masuk Ke Daerah-Nya
Ramadhan ini, adalah
pintu
Masuklah kau dan aku ke
dalam daerah-Nya
Bersama sembah — rukuk
dan sujud-sujud
Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
20 Ogos 09 5.38 petang
_______
Salam Ramadhan, salam kita-kita
moga dibersihkan zahir dan
batin kita
Sana, puasa dan raya sama tak
sini
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Terima kasih atas siaran puisi itu. Sesungguhnya apabila pintu-pintu itu terbuka maka bersegeralah mengambil peluang. Jangan hanya menunggu pintu rumah terbuka Aidilfitri saja.
Sini puasanya tarikh sama, cuma waktu berbeza.
Persoalannya, sekarang seperti tidak perlu melihat anak bulan lagi.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam..salam ramadhan juga wat ust dan kawan2 juga keluarga..bersam2 kita menyemarakkan kecintaan bulan mulia ini…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Terima kasih cikgu. Moga kita dikurniakan taufiq untuk beribadah dengan sehebat-hebatnya.
Di sini, Subhanallah! Solat subuhnya seperti solat jumaat bila ramadhan menjelma. Manusia tiba-tiba berubah menjadi baik serta-merta. Di sana bagaimana?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
solat subuh seperti solat jumaat..begitu meriah sekali ye..dekat sini?erm..bergantung pada tempat juga sebenarnya..da tempat keinsafan yang datang pada penduduknya bertali arus..da tempat tak begitu.. baik ust tengok sendiri..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam – selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramdhan yang mulia….
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Begitu juga buat cikgu sekeluarga. Puasa di mana?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam ramadhan ya ustaz.:)
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Teruskan beribadah.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA… BUAT FARID RASHIDI JG… SEMOGA IBADAH KITA 100% DITERIMA OLEHNYA,YANG KITA CINTAI..
Shima´s last blog ..DAMAIKANLAH HATIKU YANG RAWAN.. USAH BERSEDIH, KESABARAN ITU PENAWAR HATI..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Terima kasih atas pemberian kad yang cantik itu. Ya, semoga amal ibadat kita diterima Allah SWT Insya’Allah.
Terimalah lagu untuk didengari semua.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Ramadhan al-Mubarak.
ALhamdulillah, boleh qado post2 lalu.
Selamat beribadah.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Berjaya juga kamu ke sini ya. Terima kasih kerana tak jemu bertandang.
Moga keimanan dipertingkat ke tahap turbo.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Ramadhan dari Kak Tie di Terengganu…..
Kak Tie´s last blog ..Intai sekejap!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Ramadhan,
Terengganu di mana? Bolehlah tumpang singgah beraya ya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Saya berdoa agar diampunkan segala dosa & diberi kekuatan untuk memperbanyakkan amal soleh di Ramadhan ini.
sot´s last blog ..Selamat Datang Ramadhan
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Aminn, saya tumpang mengaminkan doa anda. Moga tempiasnya terkena pada kami juga.
Dengar cerita ada juga perokok yang tak tahan terus sedut asapnya selepas subuh.. haisyy.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Selamat beribadah di bulan al-mubarak ini, selamat berpuasa
iza~de~bintang´s last blog ..Pegang Erat Cinta Ini…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Ya, selamat beribadah juga buat kamu dan kalian.
Moga bukan kuih yang menjadi rebutan
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam eid mubarak ya ustaz..semoga ramadhan kali ini membawa kita ke satu tempat baru yang lebih selamat. amin~
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam ramadhan,
Terbina puasa di tapak Iman,
Dilaksanakan puasa dengan peraturan islam,
Dengan harapan tercapai Ihsan
Maksud lahirnya terserlah sudah,
Maksud batinnya jauh indah,
Dengan Iman kita menyemainya,
Dengan Islam kita membelainya,
Pada taqwa yang menjadi matlamat.
Berpuasa di UUMkah?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
nampaknya begitulah..berpuasa di perkampungan Sintok..antara letih dan iman..huhu..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Ramadan ustaz…moga kita semua diredai Allah
muhammad fakhruddin´s last blog ..Hayati Merdeka Dalam Madrasah Ramadan
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Ramadhan Fakhruddin,
Ya, semoga begitu. Puasa di mana?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
ramadhan el kareem ya akhi..
kullu ‘aam wa ent bikher..
kef ramadhan fi misr??
amat payah menghadirkan rasa ikhlas, melainkan dgn mujahadah yg berterusan
NoRuLLiSzA´s last blog ..…SaLaM MeNyaMBuT RaMadHaN…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Enti Aidhan.
Alhamdulillah, quwais. Kullu tamam, miyah miyah. Asykuru ala ni’matih.
Ya, ikhlas itu perlukan kekuatan. Sangat menakutkan jika kekuatan itu semakin lenyap. Nauzubillah.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
masih di Malaysia
di tempat belajar saya yg baru,Cheras
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Oh masih belajar rupanya. Universitikah?
Apapun, selamat berpuasa dan berbuka.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Alhamdulillah, bertemu lagi dgn bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga sampai ke akhirnya..salam kemaafan di alam maya..
nohas´s last blog ..Balik kampung
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Semoga dapat beramal ibadah sehingga sebulan ramadhan kali ini dan mendatang.
Begitu juga saya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Wahai tetamu ramadhan, utkmu rahmat dan maghfirah,dendangan tadarus,selimut tarawih & bantal taahaajud, moga mewarisi jannah. Salam ramadhan dr tulip putih
Tulip putih´s last blog .." Ughh..cemburunya saya.."
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam …
selamat menyambut ramadhan juga…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Ya, begitu juga buat akhi. Tak balik Johorkah? Dengar kata Johor juga teruk H1N1?
P/S: Saya juga risau sebenarnya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salamm..
saya balik bulan september nanti, hmpir raya.. inshaAllah… ingin pulang ke kmpung juga.. tapi,ada banyak tugasan..
…
H1N1 di johor,.. sangat membimbangkan..ramai juga yang telah terkorban…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Ramadhan. Semoga kita bertemu Lailatul Qadr
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Saudara Farid…ya Ramadhan datang kembali. Alhamdulillah…umur kita masih mencecah Ramadhan yg Mubarak di tahun ini. Semoga segala amal ibadah kita mendapat barakah dari-Nya.
wardah´s last blog ..Chiffon Idaman Sutera Yang Bukan Lagi Idaman (Rasa Tertipu)
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
ikhlas..benda susah tp sekali dpt berHARGA selamanya amalan kita..
saffmukmin´s last blog ..Jihad~Ramadhan dan Semuanya..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Ramadhan Al-Mubarak..
Keep posting, mabruk ya akh..
MyIkhtiar´s last blog ..Koleksi Artikel MyIkhtiar
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam Ramadhan….
fatimahthahirah´s last blog ..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0