Fahami Makna Taufiq Dan Hidayah Dalam Doa

Category : Permata Al-Quran, Wacana Ilmiah

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada  mereka akan jalan-jalan kami.”  (Al-Ankabut: 69)

Seringkali kita berbicara soal taufiq dan hidayah kurniaan Allah SWT kepada manusia. Lancar bibir menitipkan doa ke hadrat Ilahi memohon agar selalu mendapat taufiq dan hidayah. Namun sedarkah kita apa maksud sebenar dua perkataan itu?

“Mereka tak dapat hidayah Allah SWT, sebab itulah buat maksiat (merujuk kepada muslim yang melakukan kemungkaran)..” Bicara seseorang seingat saya.

“Moga mereka mendapat hidayah Allah SWT.” Doakan rakannya menyambung ayat.

Pengertian Taufiq Dan Hidayah

Menyelami maksud sebenar antara kedua-dua perkataan adalah sewajarnya bagi seseorang bergelar muslim. Agar memanifestasikan makna sebenar kepada khalayak umum, lantas menyemai taufiq yang diharapkan.

Berdoa biarlah faham.

“Allahummahdini fiman hadait, wa’afini fiman ‘afait..” Doa seorang Imam dihadapan makmum dengan lafaz individu. Bukannya secara jamak (banyak/ramai). Bagaimana mungkin mengharapkan sesuatu dimakbulkan jika apa yang didoakan kita juga tidak mengerti maksudnya.

Begitu juga dengan pengertian taufiq dan hidayah.

HT

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut yangs saya catitkan di perenggan atas entri ini.

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

Kita terus kepada makna hidayah pula. Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Ayuh berdoa dengan kefahaman di hati mengekalkan hidayah dan disuntik rasa taufiq berpanjangan!

11:49 PM, 19 Ogos 2009,
Siberbay, Tanta.


Comments (29)

Ya Allah, berikanlah aku taufik dan hidayahMU.Semoga aku dapat mengerjakan kebaikan dan amal soleh !!

t.kasih..Moga Allah memberi rahmat kepada penulis ..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Amin.

Semoga Allah SWT memberkati kalian pula.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

assalamualaikum,betapa sukarnya mendapat taufik hidayah Allah.amat mahal harga sebuah taufik hidayah itu….  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0


alamak terkeluar muka orang marah pula kat atas tuh.sowy
ummumasyitah´s last blog ..Al fatihah   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Wa’alaikumsalam,

Kita sepatutnya bersyukur lebih kerana dilahirkan dalam keluarga Islam dan memperolehi hidayah Allah SWT. Mari berdoa dikekalkan hidayah dan selalu mendapat taufiq berpanjangan.

Muka tu automatik dah ada   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Assalamualaikum…

Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Maksudnya hidayah itu memang ada tapi taufiq hanya untuk mereka yang terpilih sahaja.

sebagai contoh kadang2 tu kita terjaga pada tengah malam (sebenarnya Allah telah memberi hidayah kepada kita dengan mengejutkan kita) tapi jika kita tidur balik itu bermakna kita masih belum mendapat taufiq dariNYa untuk melalkukan amal ibadah atau qiamullail…

tu je kot nak kongsi..contoh yg simple..

sekian, wassalam…
Permata´s last blog ..~TeRamaT RiNdU~   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Wa’alaikumsalam.

Permata: Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Maksudnya hidayah itu memang ada tapi taufiq hanya untuk mereka yang terpilih sahaja.

Ya, benar.

Permata: sebenarnya Allah telah memberi hidayah kepada kita dengan mengejutkan kita

Bukan saja dengan mengejutkan, tetapi dengan Lafaz Lailahaillallah MuhammadurRasulullah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Macm mana nak menegur kawan yang tdk solat itu secara berhikmah yer Farid? Agar mereka boleh terima nasihat kita? Pernah menasihatinya, tp saya pula ditegurnya balik, katanya, dia tau apa yang dia buat. Dia sedar diri dia jahat dan saya tidak perlu memandai2 menegurnya… sedih saya mengingatkan. skrang hanya doa jek yang mampu sy lakukan agar dia berubah. Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepadanya dan kepada semua..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Sebelum saya jawab, mohon agar saudari fahami perbezaan hidayah dan taufiq seperti yang saya tuliskan di atas.

Nak menegur orang bukan suatu perkara mudah, mahu merubah seseorang memerlukan kita punya kekuatan. Silap langkah jadi permusuhan pula.

Banyak caranya, mungkin saudari boleh menggunakan risalah tulisan yang menceritakan azab meninggalkan solat. Tampalkan tempat yang mudah dibaca, atau send emel kepadanya mengenai solat.

Lama kelamaan saya yakin taufiq untuk melakukan ibadah akan diberi Allah SWT. Mana tahu usaha anda berjaya, tentu sekali pahalanya besar. Ameen.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Assalamualaikum, akhi Farid… dah lain layout blog akhi ni, masyaalah..menarik…hanya bimbingan taufik dan hidayah Allah sahaja yang kita pohon dalam menyusuri kehidupan ni….semoga sertiap gerak hati,bicara,langkah dan tindakan di bawah naungan dan bimbingan taufiq dan hidayahNYA… Ramadhan Kareem… Kullu a’am wa antum toyyibun…  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Wa’alaikumsalam,

Tidaklah menarik mana, saya saja try menggunakan theme ini. Jika lambat loading atau punya masalah harapnya ada yang berikan komentar memberitahu.

Ameen, wa antum tayyibin.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Semoga di turunkan TaufiQ berpanjangan untuk meraikan Ramadhan kali ini aminnn.
p/s: cantik layout baru ini
iza´s last blog ..Ahlan Ya Ramadhan…   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Ya, semoga begitu. Ya Allah berikan kami taufiq untuk terus beribadat kepada MU, kekalkan hidayah kamu sehingga ke akhirnya.

Biasa-biasa saja. Saya rasa nampak agak serabut.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Ya, benar..berdoa dan juga solat akan lebih kusyuk jika tahu maknanya..Doa senjata orang mukmin. Berdoa antara harap dan takut, dengan rendah diri, tawadduk kepadaNya..
nohas´s last blog ..Balik kampung   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Apa akan terjadi jika kita temuduga kerja, tetapi bila berbicara majikan tidak faham apa yang ingin disampaikannya. Malah dia sendiri tidak faham apa yang dikatakannya. Tentu awal-awal lagi kena reject bukan?

Menangislah ketika memohon agar hati merasa rendah diri pada-NYA.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

assalamualaikum ya akhi..
ramadhan el kareem, kullu ‘aam wa entum bikher..
yislamu kihtir ala di entry..
ma’a taufiq wan najah fi hayatik..
Allah ma’ak
NoRuLLiSzA´s last blog ..…SaLaM MeNyaMBuT RaMadHaN…   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Wa’alaikumsalam,

Ramadhan kareem Allahu Akram, syukran ala ziaratik.. Rabbuna ma’ak wa yustur alaik.

Aina al’an? fi urdun aw malezia?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam.. a’aa hanya mereka yang terpilih olehNya akan diberi taufik dan hidayah… selamat berpuasa!  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Sesungguhnya selalulah kita memohon agar taufiq dan berkekalan hidayah itu menjadi milik kita selama-lamanya.

Selamat berpuasa juga.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam.. sya sentiasa bermohon taufik dan hidayah dariNya
maiyah´s last blog ..Muhasabah Dengan Perbandingan Ini   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Baguslah.. mohon lagi dan lagi.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

mudahan saya mendapat hidayah dan petunjuk …. Selamat Mengerjakan Ibadah puasa dengan sempurna dan jayanya untuk seisi keluarga… :)
izan´s last blog ..SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA KAWAN-KAWAN SEMUA   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Kita sudah mendapat hidayah Allah SWT Alhamdulillah, berdoa supaya hidayah itu kekal. Fahami dan baca kembali maksud saya dalam entri ini.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam Ramadhan Farid…
kak su teringat kata-kata seorang teman, “Hidayah itu perlu di minta dan di cari… bukan di tunggu.” Bila di hayati kembali kata-kata dia tu, rasa macam betul jugak.
Sepupu kak su pulak cakap; “Hidayah itu datang bagaikan kunang-kunang. Kalau tak cepat ditangkap, ia mungkin akan menghilang disebalik gelap malam.”
Kak su pulak nak cakap apa ye? Entahlah… Yang pasti kak su harap agar Allah sentiasa akan bekalkan kak su dgn hidayahNya.

~Ramadhan datang dan pergi… Ramadhan tak mungkin dan tak pernah kembali.~
suara´s last blog ..Ramadhan Kali Ini…   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam Ramadhan juga Kak Su,

Puasa di mana tahun ini? KL kah?

Hidayah itu sudah ada, cumanya teruskan pelihara dan berdoa agar hidayah tidak lari. Hidayah bagai kunang-kunang, usaha menangkap itu bagaikan taufiq. Jika tidak ada taufiq sudah tentu kunang-kunang itu terlepas begitu saja. Jelas.

Berdoa juga untuk taufiq. Biar berpasangan keduanya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Assalamualaikum..

Saya setuju benar dgn komen salah seorg pengunjung saudara yg menyatakan hidayah itu perlu diminta & dicari, bukannya ditunggu. Terang2an ada peribahasa, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Selebihnya saya simpulkan bahawa hidayah & taufiq ini adalah petunjuk drp Allah kepada hamba2Nya yg istimewa biarpun mereka tidak memintanya.

Entry saudara ini mengingatkan saya pada sepotong ayat yg berbunyi kurang lebihnya begini, “Ya Tuhan kami, janganlah dipesongkan hati kami setelah mendapat petunjuk, berilah kami rahmat, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”

Sayangnya hari ini ramai di antara kita yg mendapat petunjuk baik secara nyata mahupun sebaliknya, telah mensia2kan malah mengabaikannya lantaran asyik masyuknya mereka dgn panahan nafsu & kelekaan mereka merentas arus godaan duniawi.

Moga2 kita semua tergolong di kalangan hamba2Nya yg sentiasa mdapat petunjuk, menyedarinya, juga bisa memanfaatkannya sepanjang hayat.

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yg penuh keberkatan ini. Moga ibadah kita, hamba2Nya yg dhaif ini, diterima oleh Yang Maha Esa..
-just me-´s last blog ..Ramadhan al-Mubarak…   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Waalaikumsalam,

suara: kak su teringat kata-kata seorang teman, “Hidayah itu perlu di minta dan di cari… bukan di tunggu.” Bila di hayati kembali kata-kata dia tu, rasa macam betul jugak.

Kamu yang inikah? Sudah saya jawab di atas.

Ameen, dan Ameen. Saya setuju dengan doa kamu.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

hassa fi urdun.. alasyan dirosah..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Assalamualaikum ustaz.

thanks sebab perjelaskan lagi tentang taufik dan hidayah ni. saya nak ambil isi kandungan post ustaz ni untuk muat masukkan dalam blog saya, untuk dipanjang kepada kawan kawan penyinggah blog saya. boleh ya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Post a comment

-Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh-

CommentLuv Enabled

Optionally add an image (JPEG only)

37 visitors online now
37 guests, 0 members
Max visitors today: 57 at 08:24 am UTC
This month: 70 at 03-05-2010 04:28 am UTC
This year: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC
All time: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC