Ilmu Persilatan Yang Mengundang Kesyirikkan

Category : Diari Penulis, Fiqh Islami

Syair malam memekik syahdu. Kelibat sang cengkerik mula menampakkan diri di celahan dedaunan hijau muda dan tua.  Ralit berzikir memuja Ilahi. Suaranya hanya alam mengerti.

Kawasan petak bersegi itu hampir lunyai dibantai kami berpasukan, rerumputnya seakan sudah segan untuk tumbuh kerana kekerapan dihinjak kaki berterusan. Jamung moden berkelip-kelip menyimbah cahaya kekuningan hasil sumber tenaga rumah Pak Malik. Keliling gelanggang dipagari buluh agar ma’ruf manusia itu adalah tempat berpencak silat.

Tanah hutan belukar itu dahulunya hanya menjadi tempat babi tunggal bermain-main, menjadi tempat nyamuk menyedut darah mangsa, bahkan menjadi laluan manusia ke sungai di seberang sana. Sebelum tanah itu dibeli oleh Pak Su untuk dijadikan kawasan penanaman sayur-sayuran, kami telah ratakan menjadi medan untuk bertempur di sebelah malamnya.

“Hah, berjantan (kekuda) molek!!” Jerit Tok Che Wachik memecah hening malam.

“Yaa, heeakk..” Kami menyambung suara bersama pukulan padu buah yang tujuh.

Saya dipasangkan berpasangan dengan abang sulung sendiri berdasarkan kesesuaian watak. Dahulu, saya dan abang sulung tidak pernah diam tanpa pertelingkahan. Kami sering menjadi pergaduhan sebagai kemuncak episod pertelingkahan. Emak pening memikirkan anak lelakinya yang dua ini sehingga pernah berbicara agar kami lekas dewasa.

Hikmah selepas menjadi pasangan dalam berguru silat membuatkan tabiat bertumbuk tidak rasmi ditukar kepada rasmi. Semenjak umur saya mencecah usia 15 tahun, saya dan abang sulung jarang sekali bergaduh.

“Kita sesama ahli silat tidak boleh bergaduh..” Pesanan itulah yang kami sematkan dalam nubari sehingga kini.

Hari Penamat Gelanggang

Gendang dipalu menggegar jantung. Gancang memeluk atma. Serunai mainan lagu rakyat tidak henti-henti ditiup beralun-alun. Penonton juga semakin ramai melingkungi gelanggang bagi melihat aksi penamat gelanggang.

Upacara mandi beramai-ramai dijalankan secara serentak. Sebaldi air disimbah ke atas setiap pesilat. Basah kuyup jadinya.

Saya tidak dapat menebak apakah tujuan aktiviti mandi ini dijalankan. Adakah untuk mencapai tahap kebal? Wallahhu a’lam.

Usai bertempur bersama golongan vetaran, kami dikehendaki menyediakan seekor ayam kampung setiap seorang.

“Ayam akan disembelih, kemudian kita akan tengok yang mana mati hampir dengan lubang yang dikorek ianya bakal menjadi tok guru silat..” Kata salah seorang penganjur yang terdiri dari golongan ‘lama’.

Dalam usia 15 tahun, saya tidak mengerti apa-apa. Akur sahaja setiap langkah yang diperturunkan.

Ayam itu juga kemudiannya dibuat jamuan makan (kenduri) beramai-ramai. Ayah saya ketika itu tidak campur tangan apa yang saya dan abang lakukan. Saya kepelikan.

Menginjak kaki ke alam universiti saya mula terfikir apakah benar dan sohih setiap perkara yang telah kami turuti itu.

“Tak cuba tanya sebab apa mereka sembelih ayam dekat lubang?” Tanya saya kepada abang sulung lewat talian internet.

“Hari tu ada tanya Tok Che Wachik, katanya ayam tu nak berjamulah sikit kat tuan tanah itu (merujuk kepada sesuatu di alam lain)..” Jawab abang ringkas. Seakan sesal dihujung perbualan.

“Nah, dah agak dah!” Bisik sendiri.

Silat Dan Unsur Khurafat

Sedar atau tidak, banyak perlakuan dan pengamalan kita seharian seringkali terjebak dengan perkara khurafat yang mengundang syirik kepada Allah SWT. Perkara ini sukar dibendung memandangkan golongan lama menganggap ianya sebagai satu adat yang perlu dipertahankan.

Lebih mengundang bahaya apabila ianya semakin membarah lalu dipraktikkan pula oleh golongan yang jahil dan tidak tahu hakikat kebenarannya. Kebanyakkan unsur khurafat ini hasil tempias budaya dan agama hindu yang menapak sebelum kedatangan Islam.

Ternyata bila diselidiki, masih ramai pengamal ilmu silat memasukkan unsur-unsur ilmu kebal, pemujaan, pertapaan dan unsur khurafat di setiap akhir pembelajaran silat.

Syirik Sebesar-besar Dosa

Tidak kira apa jua perbuatan samaada bersilat atau perubatan seandainya wujud unsur-unsur kepercayaan khurafat pada sesuatu selain Allah SWT maka jelas ianya boleh mengundang tergelincirnya iktikad pada Allah Yang Satu. Firman Allah SWT mengingatkan kita:

“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (Surah an-Nisa’: 48)

Berbicara soal syirik, ia sebenarnya mempunyai beberapa cabang yang utama antaranya ialah:-

1. Syirik khafi (tersembunyi)

Syirik khafi (tersembunyi) ini adalah bermaksud sesuatu perbuatan yang boleh menghilangkan pahala seseorang. Misalnya si fulan telah melakukan ibadah atau amal kebajikan, namun ianya disertai dengan riak dan takbur. Maka secara halusnya ia mengikis pahala yang dicari.

1. Syirik jali (terang dan nyata).

Syirik jali (terang dan nyata) adalah amat berbahaya jika menjadi amalan umat Islam kerana ianya boleh menghumban manusia ke lembah kekufuran yang nyata. Nauzubillahhiminzalik. Di antara keadaan yang boleh berlaku apabila syirik ini membarah ialah:

  1. Apabila hati dan jiwanya telah beriktikad menafikan kewujudan Allah SWT maka ianya telah mengundang syirik jali dan menyebabkan dirinya terkeluar dari agama Islam. Jika terlihat fahaman-fahaman yang berpendapat sedemikian rupanya maka jelaslah golongan ini telah terkeluar dari agama Islam.
  2. Syirik Jali akan terjadi melalui perbuatan dan amalan seseorang di dalam kehidupan. Misalnya apabila individu itu telah melakukan aktiviti penyembahan kubur, berhala, patung-patung, memuja nombor ekor, memohon pertolongan jin dan syaitan dan lain-lain perkara yang melibatkan kepercayaan selain Allah SWT. Terdapat sesetengah pendapat ulama’ mengatakan bahawa terlalu memuja-muja pemimpin dan mengagungkannya juga termasuk dalam kategori ini.
  3. Dengan jelas menuturkan kata-kata menghalalkan apa yang diharam dan mengaku keluar daripada agama Islam. Maka ianya boleh mengundang jatuhnya Syahadah ketauhidan.

Andai tergelincir diri pada perkara kesyirikan, maka adalah wajib kembali bertaubat dan mengucap syahadah semula, katakanlah Allah itu SATU. Lailahaillah MuhammadurRasulullah!


11:03 PM, 18 Ogos 2009,
Siberbay, Tanta.

Comments (24)

Salam syeikh,

Silat itu kaedah mempertahan dan menyerang khas orang Melayu. Silapnya, begitulah. Saya pun ada belajar, masa sekolah dulu-dulu. Tapi tak ada benda-benda tu.

Saya ada kawan, yang bersilat dengan menyeru jin, datuk katanya. Kalau seru Hang Tuah, Hang Tuahlah yang datang.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam Abuyon,

Belajar silat atau seni beladiri tidak ada masalah. Malah ianya adalah suatu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan.

Pernah dengar silat abjad?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam Farid..

Rupanya dalam seni silat melayu pun ada unsur syirik dan kurafat. Kalau macam tu baik belajar taekwando or karate..sebab seni mempertahankan diri asing ni tak ada main semah ayam itik. Kalau binatang yang disembelih bukan atas niat kerana Allah, halal ke dimakan?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Ada sesetengah sahaja, tidak semua. Bagi saya, lebih baik belajar seni silat kerana ia mempunyai seni tersendiri. Carilah yang tak bercampur khurafat, banyak. Antaranya Seni Sila Pusaka Gayung Malaysia, Cekak Hanafi dll.

Hukumnya HARAM.

P/S: Nampaknya ramai yang terkeliru mengenai tajuk saya kali ini   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Zaman belajar dulu, penah la belajar silat sekejap, tp tak didedahkan dengan upacara pelik2 tuh. Silat zaman sekarang ni masih ada unsur2 gitu ke?
Kak Kin´s last blog ..Laksam Limerick   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tidak semua. Mungkin segelintir Silat yang dipelajari di Kampung itu yang kebanyakkannya masih mempunyai unsur-unsur syirik.

Belajar silat apa Kak kin?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Silat gayung… dah lupa la jurus2 dia..hehhe..tak boleh nak praktik pun…hehhe..
Kak Kin´s last blog ..Laksam Limerick   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Silat Gayung juga banyak jenisnya.. ada Silat Gayung Pusaka, ada Silat Gayung Malaysia, dan Silat Gayung Harimau.

Masih tak dapat lupakan penangan penumbuk yang hinggap di pipi sewaktu kursus tamat latihan Gayung.

Jurusnya banyak sekali.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam akhi.. saya pernah juga tahu tentang beberapa amalan dalam persilatan ini, cuma soal yang menyentuh hingga kepada amalan berupa syirik ini memang saya amat tidak setuju dan sependapat sejak dari dulu. Moga yang lain-lain lekas sedar tentang perkara ini.
SangMentari´s last blog ..KUNJUNGAN RAMADHAN MENYAPA LAGI   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam Sangmentari,

Lama tak nampak enta, apa khabar? Pulang ke Malaysiake?

Ya, soal syirik dan khurafat tidak boleh dipandang enteng sama sekali.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam..akh, inilah persoalan yang masih selalu dan sentiasa saya cari jawapannya. tentang keraguan seni beladiri,terutama silat. ia menjadi punca saya tidak menyertai dan mengelakkan diri dari menyertai silat, walaupun sudah diyakinkan oleh sahibah.syukran ya akh.
ikin´s last blog ..sehari di Jitra   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Tajuk besar di atas saya tulis ‘Ilmu persilatan yang mengundang kesyirikkan’. Penerangannya ialah mana-mana ilmu silat yang mempunyai unsur mengundang kesyirikkan maka ianya tidak boleh diamalkan.

Namun ianya bukan semua, bukan tertolak kesemua silat begitu. Anda boleh juga masuk silat yang sesuai dengan wanita seperti Silat Cekak Hanafi. Insya’Allah tiada unsur-unsur begitu.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam…mempelajari ilmu persilatan memang baik…tapi saya tengok masa saya belajar di U dulu..kawan2 saya yang masuk silat tuu ada yang disuruh tido beralaskan kain kuning, mandi bunga laaa, hidang ayam laa..macam-macam lagi laa..saya pun pelik jugak tengok. Pernah jugak tanya kawan yang masuk silat tuu..kenapa mesti buat macam tuu..dia pun tak pasti just ikut jerr arahan.
miesha´s last blog ..PPIM, MEMBUAT ROTI LILIT   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Kalau ada melibatkan perkara pelik-pelik begitu saya syorkan selidiki dulu sebelum masuk.

Silat apa tu ya?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam ustaz.
erm, selalunya mereka yang taksub sampai ke tahap itu.
nauzubillah.

p/s: islam agamaku^_^
arnamee´s last blog ..15 MALAYSIA -NIK AZIZ , YASMIN   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Taksub itu mendapatkan sesuatu yang luar biasa katakan.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam…

Silat? macam best..saya datang satu dua hari je,lepas tu saya ponteng… lambat tangkap bunga2 silat yang macam zapin johor… pening juga dibuatnya.
Soal amalan syirik ni masih je berleluasa, bagi keluarga saya, dulunya pun wujud, tetapi disebabkan amalan nenek moyang tu menyusahkan,banyak dah dilupakan,disamping kesedaran ilmu agama dah bertambah menyedarkan kesesatan masa lampau….. Itulah pentingnya anak-anak masa depan diberi ajar ilmu agama.. biar anak pula yang berkongsi ilmu dengan keluarga…
pengalaman masa kecil, banyak sahaja perkara yang pelik dilakukan oleh keluarga sebagai adat.

Tapi, baru2 ni pernah ternampak jiran melakukan procedure membuang ’saka’ ,spesis hantu yang diwarisi.. siap bumung pun dibuka.. Dan saya dengar pun dah seram.. keadaan rumahnya juga agak seram sebelum saya tahu cerita tersebut.. hehe(termasuk line cerita hantu pula.. :) )  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Alhamdulillah sihat. Silat apa yang enta belajar? Bunga dan buah silat tak mengapa. Bagus untuk kesihatan badan.

Tronx013: Tapi, baru2 ni pernah ternampak jiran melakukan procedure membuang ’saka’ ,spesis hantu yang diwarisi.. siap bumung pun dibuka..

Membuang saka guna kaedah Islamkah? Bumbung rumahnya seram? Atau ada Jin yang bertenggek di bumbung rumah?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam..

saya pun xtau macamana buang saka ikut islam atau yang sesat.. sebabnya.. orang yang terlibat dengan procedure tu tak nak beritahu sesapa pun.. Jadinya, saya xdapat maklumat yang banyak..huh…
:)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam….er..xpenah da pengalamn belajar atau tengok org belajar silat.. tapi da dengar cerita pasal amalan semua tu.. ntah ape tujuan nye…manusiaa..xpenah cukup dengan pe yang da..Allah dah bagi kelebihan mintak pulak pada yang bukan tempatnya..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

nur_syahadah: manusiaa..xpenah cukup dengan pe yang da..Allah dah bagi kelebihan mintak pulak pada yang bukan tempatnya..

Itulah manusia. Begitu juga jika kita lihat tentang ilmu sihir dan santau, hasad dengki semata-mata. Biasanya silap pula untuk kekebalan dan ‘power’ lebih.

Saya juga insaf untuk terlibat perkara begitu.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam.. ada yang amalkan sekadar utk mempertahankan diri tapi yg tak bagus tu lah yg dah terpesong.. ingat kat kampung dulu ilmu silat ni bleh wat org tu terbang.. wallahualam
maiyah´s last blog ..Sahabat2 ku.. Makasih   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Terima kasih sebab tak jemu bertandang ke blog ini.

Wah wah, ilmu silat apa tu yang sampai terbang-terbang? Agaknya MAS dan Airasia boleh bankrup kalau pakat boleh terbang.   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Nampak macam remeh… tapi harus! itu adalah ilmu yg kita harus pelajari.. Ilmu pertahankan diri.. Diri zahir dan batin… demi bangsa, agama dan tanahair. Kita tidak harus menyerahkan kpd org lain dlm hal ini. Kita sendiri yg perlu mempertahankan. Setiap ilmu ini dari setiap bangsa pastinya lahir dr ketua agama dan dari rumah suci masing2. Shaolin, kung fu, tomoi, navagivan, teokwando dan silat semuanya terbit dari rumah suci masing2 untuk mempertahankan maruah agama. Yg jelas silat akan sentiasa ada hubungan dengan Islam…. demi bangsa dan agama… hanya yg mana satu… Seharusnya kita cari dan buat pilihan bukan biarkan terkubur kerana azam kelahiran silat itu adalah mempertahankan maruah bangsa, agama dan tanahair. Ini adalah tanggungjawab kita yg dituntut. Wajib kah?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Post a comment

-Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh-

CommentLuv Enabled

Optionally add an image (JPEG only)

38 visitors online now
38 guests, 0 members
Max visitors today: 38 at 10:19 am UTC
This month: 70 at 03-05-2010 04:28 am UTC
This year: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC
All time: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC