“Sebelum kita mulakan latihan, mari kita istighfar dan betulkan niat masing-masing untuk bernasyid.” Muawwidz mengingatkan anggota kumpulan lain setiap kali ingin memulakan latihan.
Sepanjang lebih kurang 5 hari kami melakukan latihan nasyid, dan seiring itu jugalah saya dan rakan-rakan mendapat ilmu baru dalam seni suara nasyid. Muawwidz adik kepada saudara Muaz (artis nasyid yang terkenal dengan lagu Amrullah Baitul Maqdis bersama Xifu & Al-Gebra) tidak lokek mencurahkan ilmu seni suara kepada kami tanpa jemu dan bosan. Syukran Ya Akhi.
“Ana tak percaya juga kita boleh nombor dua..” Kata saya setelah diberitahu bahawa kami mendapat tempat kedua.
Berkat usaha yang bersungguh-sungguh dan semangat ahli kumpulan, akhirnya kami memperolehi tangga kedua dalam pertandingan nasyid PMHK EGP ’09 walaupun diakhirnya wujud beberapa kontroversi melibatkan sedikit masalah. Namun akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik.
Pada saya, bukan hadiah yang mahu dijulang tetapi nilainya lebih dari itu. Itulah harapan yang patut kita sandarkan dalam setiap gerak kerja Islam. Lillahhi Ta’ala semata-mata. Kalah juga seharusnya bersyukur, jika menang lebih-lebih lagilah dipertingkatkan kesyukuran.

Halwa Telinga
Seperti yang dijanjikan, untuk entri kali ini ingin saya siarkan rakaman pertandingan kumpulan Al-Irsyad Tanta buat tatapan pembaca budiman. Bersama ini juga saya sertakan lirik nasyidnya. Semoga beroleh manfaat.
Merah darah dibias mentari
Debu berterbangan menutupi bumi
Langit kelam bagai tiada cahaya
Hanya kilau pedang bersinar
Hayunan langkah pahlawan gagah
Akhirnya musuh tersungkur rebah
Terhinanya mengalir darah
Dan akur menerima kalah
Ya Ummati Aina Shababi
Ya Ummati Aina Shababi
Kisah silam jadi tonggak perjuangan
Takkan sirna ditelan zaman
Kerana Islam agama perpaduan
Malaysia pasti gemilang
Kerana Malaysia negara perpaduan
Islam akan pasti gemilang
Wahai teman rakan taulan
Usah ragu teruskan berjuang
Biar keringat membasahi bumi
Takkan undur walau selangkah
Selamanya..
Tajuk: Langkah Perjuangan
Lirik: Mohd Farid bin Md Rashidi
Lagu: Muawwidz Al-Ansori bin Zulkefly
“Ukhuwwah yang kita bina, moga kekal hingga ke syurga.. Ukhuwwah yang kita bina, kekuatan menjadi satu, ujian.. Kan tiba.. Rahmat dan kasih sayang ikatan perpaduan, generasi bersatu itulah harapan.” Secebis lirik lagu pertama kami.
2:30 AM, 16 Ogos 2009,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


salam syeikh..
alhamdulillah…satu lagi ‘platform’ perjuangan…teruskan. benar! bukan anugerah yg dicari tapi ‘kesampaian’ dakwah yg diutamakan..
nahmy(Quote)
Salam,
Iya, kalau mahukan anugerah.. anugerah Allah SWT berikan lebih utama dari segala-galanya bukan.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
ok la tu no 2. syukur alhd..
.-= fajridil adha´s last blog ..Man United Berjaya Dapatkan Pengganti Ronaldo =-.
fajridil adha(Quote)
Alhamdulillah. Sebenarnya ada satu lagu lagi tapi ruang tidak mencukupi. Insya’Allah akan diletakkan semula selepas ini.
Farid Rashidi(Quote)
Tahniah atas semangat dan komitmen yang ditunjukkan terhadap perjuangan Islam. Semoga satu hari nanti akan lahir sebuah kumpulan nasyid dari bumi Tanta, Mesir
ainsakinah(Quote)
Wa’alaikumsalam, ya salam perjuangan juga.
Nampak seperti terlalu besar harapan, mungkin teman-teman saya yang lain lebih layak untuk itu barangkali.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ziarah….nice blog here!
.-= NInaBesT´s last blog ..Beautiful life…Are you Thankfull enough??? =-.
NInaBesT(Quote)
Assalamualaikum ustaz,
mabruk alaikum atas tempat ke-2…
.-= muhammad fakhruddin´s last blog ..H1N1 Membasuh Dosa =-.
muhammad fakhruddin(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Alhamdulillah dan terima kasih.
Farid Rashidi(Quote)
salam. alhamdulillah dan tahniah atas kemenangan mendapat tempat kedua pertandingan nasyid PMHK EGP ’09.
.-= miesha´s last blog ..Kursus Dalam Perkhidmatan =-.
miesha(Quote)
Salam,
Syukran
Farid Rashidi(Quote)
Tahniah…
InsyaAllah dapat melangkah lebih jauh..
Sronok mendgrnya…bersemangat pula
sinar(Quote)
Saya yang duduk mengetuk di belakang juga terangkat
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum..
Tahniah atas kejayaan..
Moga ianya tercatat sebagai satu ibadah di sisiNya..I.allah..
.-= Perjalanan´s last blog ..Kenangan..Satu Persinggahan.. =-.
Perjalanan(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Amin Ya Rabb!
Farid Rashidi(Quote)
salam… tahniah ust dan kawan2 berjaya mendapat naib johan..tahniah ust dah pandai tulis lirik..
..saya dah tengok video klip nya..tapi suaranya agak pecah..pe2 pun lagunya bagus..tahniah!
nur_syahadah(Quote)
Salam,
Alhamdulillah.. haza min fadhli rabbi.
Err, tidaklah pandai mana. Sekadar coret-coret saja. Oh, itu rakam guna kamera hp. Jadi agak kurang kualiti. Maaf ya.
Farid Rashidi(Quote)
tahniah…
moga terus melangkah dgn cemerlang…
tq visit my blog.
.-= kuina´s last blog ..Artis dan Politik ~ Jangan Kecoh-Kecoh… =-.
kuina(Quote)
Syukran.. Insya’Allah, moga langkah-langkah kita diredhai Allah.
Farid Rashidi(Quote)
salam.. tahniah.. satu ibadah
maiyah(Quote)
Insya’Allah. Moga kehidupan kita sehari-hari juga dikira ibadah kepada Allah SWT.
Farid Rashidi(Quote)
SALAM… FIRST TIME KE SINI. TAHNIAH, PENULISAN YANG BERMANFAAT. SEMOGA ISTIQOMAH
Zatil(Quote)
Ahlan Wasahlan Ya Zatil. Jemputlah datang lagi ya, mana tahu penangan pandangan kamu begitu bernas untuk dikongsi umum.
Syukran.
Farid Rashidi(Quote)
Tahniah! teruskan usaha memrtabatkan nasyid!
.-= Kak Kin´s last blog ..Laksam Limerick =-.
Kak Kin(Quote)
Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » ‘MANIS’ Berukhuwwah