Penghantar Makanan
“Enta rah fin, Awiz eh?” Tanya saya kepada seorang budak lelaki arab yang sedang berada di hadapan pintu rumah jiran saya. Beliau kelihatan membawa sesuatu di dalam bungkusan berbalut kemas.
“Saya nak cari Hafiz dari Malaysia. Dia ada memesan Nasi Mandi (Nasi Hadralmaut)..” Jawabnya.
“Cuba saya tengok alamatnya..” Kata saya kembali.
“Rumah Hafiz imarah atas rupanya.. Ok, enta naik ke tingkat paling atas imarah ni.. Nanti enta akan jumpa rumah Hafiz.” Saya cuba memberitahu kepada budak lelaki itu. Sekilas pandang usianya dalam lingkungan 13 tahun, seusia adik lelaki bongsu saya yang sedang belajar di tingkatan satu kini.
Bajunya kelihatan sedikit comot dan lusuh. Redup wajah menzahirkan rasa penat mengayuh basikal dan bekerja seharian.
Saya terus menuruni anak tangga untuk keluar daripada kawasan imarah melayu. Fikiran saya masih memikirkan perihal budak itu. Tambahan pula apabila terpandang basikal tua yang mempunyai raga di belakangnya.
“Eh, budak ni naik basikal tua ni agaknya.. Ish, biar betul.. punya jauh dia mengayuh semata-mata menghantar pesanan makanan.” Saya juga pernah ke Mat’am Nasi Mandi itu yang terletak di Awal Nuhas, jaraknya lebih kurang 10-15 KM daripada Imarah Melayu Siberbay.
“Tak belajarkah dia? Ke mana pergi ibu bapanya? Kenapa usia sekecil itu sudah terjebak di alam pekerjaan yang memenatkan?” Pelbagai persoalan menerpa benak minda bertubi-tubi.
Saya percaya, budak itu bekerja demi mendapatkan beberapa keping roti e’ish dan kuah kacang full buat mengalas perut sehari-hari.
Pembantu Pemandu
Seperti biasa apabila mahu ke Mansurah atau Zaqaziq kami akan menuju ke perhentian kenderaan di Mawaf Murasyahah. Jika saya menaiki bas atau van daripada Mahattah Siberbay, maka terpaksa turun di persimpangan Kubri Qahafah dan mengambil van menuju ke Mawaf Murasyahah pula.
“Hatti ugrah ya gama’ah..” Jerit seorang budak arab sambil tangannya kuat memaut tepi pintu van. Pintu van sengaja dibuka kerana van telah sesak dengan penumpang yang berhimpit.
“Enta esmak eh?” Tanya seorang lelaki arab kepada pembantu pemandu cilik itu.
Pada hemat saya, lelaki arab itu kagum melihat budak sekecil pelajar sekolah rendah tahun 3 sudah mampu bekerja dan berkomunikasi dengan penumpang persis lelaki dewasa. Saya juga jadi kagum melihat kelibatnya. Dia seakan tidak malu untuk menjadi lebih dewasa dari umurnya.
Ternyata soalan seperti di atas masih bermain di benak minda saya apabila melihat pembantu pemandu sekecil itu sedang bertungkus lumus mencari sesuap roti.
“Apakah tidak ada dana persekolahan untuk pelajar miskin di sini? Atau sebarang bentuk bantuan kewangan membolehkan mereka menumpukan pelajaran bukan pekerjaan?” Soalan tambahan untuk diri saya buat menilai sebuah negara yang mempunyai jutaan penduduk. Padat. Malah 90% lebih rakyatnya menganut agama Islam.
Apakah Islam mendiskriminasikan anak-anak kecil untuk menjadi buruh di Jalanan? Menagih simpati masyarakat?
Sebelum menjawab, mari kita teruskan membaca episod kisah di bawah pula.

Peminta Sedekah
Sedang rancak berbual di meja makan sebuah restoran yang terletak di Port Said, datang seorang remaja perempuan berpurdah menghulurkan tangan sambil terkumat-kamit berkata sesuatu. Kurang jelas kedengaran, namun saya pasti ianya adalah adalah rangkap doa.
Remaja itu beredar ke meja lain selepas kami menghulurkan beberapa keping duit untuknya. Jauh di lubuk hati, saya rasa begitu bersimpati melihat peminta sedekah menghulurkan tangan sebegitu.
Keadaan mereka membuatkan saya terkenang memori sewaktu berada di tingkatan empat sekolah menengah agama rakyat suatu ketika dahulu. Saya juga pernah tebalkan muka mengetuk pintu dari rumah ke rumah di kawasan Taiping dan Pulau Pinang semata-mata ingin menjual borang bacaan untuk arwah. Borang itu dikeluarkan pihak sekolah saya dan hasilnya akan dimasukkan ke dalam dana sekolah, selebihnya diberikan upah kepada kami yang meminta.
Terhina, malu, segan adalah lumrah biasa peminta sedekah. Pernah suatu petang ketika saya melalui sebuah rumah kawasan perumahan untuk menjual borang tilawah tersebut, belum pun sempat memasuki kawasan pagar rumah, saya terpaksa berpatah balik. Terasa sangat sedih dan malu dengan tindakan anak-anak mereka.
Anak-anak yang bermain di halaman rumah terus lari menutup pintu rumah sambil menjerit-jerit melihat saya.
Bayangkan, apa perasaan kalian seharian berjalan kaki menempuh panas terik mentari tiba-tiba diperlakukan sedemikian rupa?
“Ish, kesian tengok budak-budak tadi.. Mereka tak layan pun pengemis meminta sedekah tadi.” Husni menjuih bibir ke arah sekumpulan keluarga yang duduk di sebelah meja kami.
“Itulah, bila jadi kaya.. si miskin dilupa.” Saya cuba membuat konklusi sendiri.

Penjual Jubah Yang Dermawan
“Syarikat kami mengimport jubah buatan China terus ke sini (Port Said). Dulu bos (merujuk kepada bosnya) pernah ke China kemudian tertarik dengan pembuatan pakaian jubah di sana, lalu kami terus mengimport jubah siap dari sana. Nama syarikat kami Asy-Asyri.” Beliau mendongakkan kepala ke arah papan tanda kedai yang tertera tulisan Asy-Asyri.
Sedang kami bertiga rancak berbual dengannya datang beberapa orang warga emas menghulurkan tangan. Penjual itu pantas menghulurkan beberapa keping wang kertas kepada mereka. Bukannya seorang dua, tetapi berpuluh-puluh warga emas bertandang ke kedainya setiap masa. Hairan. Beliau tetap sahaja tersenyum sambil menghulurkan wang tanpa riak wajah resah gelisah.
“Keda bikam?” Saya bertanyakan harga jubah yang dibeli.
“Khamsa wa khamsin ba’da khos..” Jawabnya. Berbual dengan penjual itu membuatkan saya terlupa bahawa sedang berada di bumi Mesir. Lenggok bahasa fushahnya tanpa menggunakan loghat ammiyyah menyedapkan telinga mendengar.
Setelah berbual hampir sejam, kami meminta izin untuk bergambar dan beredar ke tempat lain pula.
Mereka Berjuang Untuk Hidup
Situasi di atas tidak dapat diselami sepenuh hati jika kita bukan berada di dalam kelompok mereka. Apatah lagi jika kita berjuang untuk menambah kemewahan hidup sedangkan mereka berjuang untuk hidup.
Bahkan Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menahan tangannya dari pemberian, baginda tidak pernah menolak pengemis yang meminta kepadanya.
Telah dikisahkan oleh Jabir r.a dengan katanya: “Tidaklah pernah Rasulullah SAW dimintai sesuatu lalu beliau berkata: “Tidak.” (Hadis Muttafaq ‘Alaihi)
Lihatlah betapa terserlahnya kebobrokan kapitalisme dan sosialisme dalam menanangi masalah umat sehingga menghasilkan berjuta-juta manusia dicelahan kota yang ‘Berjuang Untuk Hidup’.
1:02 AM, 15 Ogos 2009,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


InsyaAllah, jika kita ikhlas memberi, Allah akan tambah lagi rezeki kita… dan jika kita kedekut, satu sen pun nak berkira org kata, hidup pun takkan senang. Barakah tiada..asyik fikirkan harta..walhal harta yang ada, bukan semua milik kita. iye dak farid?
PS: tersentuh hati bila tengok budak-budak yang bekerja nak dapatkan sesuap nasi atau sekeping roti…betapa tabahnya mereka, kecil-kecil sudah pandai mencari rezeki.
Afida Anuar(Quote)
Betul dan tepat sekali. Kedekut untuk bersedekah mengundang resah jiwa yang tak berkesudahan.
Sebab itu Islam menyuruh kita mengeluarkan zakat dan sedekah. Bukan mengurangkan harta, tetapi menambah pahala dan harta.
Di Malaysia masih wujud suasana begitu sekarang?
Farid Rashidi(Quote)
Pengalaman kat india dulu, dan kita bagi duit kat sorang budak, tiba2 mai lagi ramai dok kerumun. Lepas pada tu, dah naik teksi, bukak tingkap sikit, baru bagi duit. Kemiskinan memang amat teruk di sana.
Tak kurang harta kita kalau kita bersedekah. semoga kita dijauhkan dari sifat cintakan dunia…
abu aiman(Quote)
Saya rasa India dan Mesir keadaannya hampir sama. Cuba yang membezakannya ialah rakyat Mesir hampir kesemuanya beragama Islam manakala India non-muslim. Ada muslim tetapi tidak semua. India adalah negara terkotor di dunia, Mesir menduduki tangga kedua.
Cuba kita renung sejenak, sebenarnya mereka ini atas tanggungjawab siapa? Mengapa mereka dibiarkan hidup berkasta dengan kemiskinan.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ziarah kembali. Sama-sama bertukar link. Semoga perkongsian membawa berkat dan rahmat.
.-= Masayu´s last blog ..Kematian akan menjemput bila-bila masa =-.
Masayu(Quote)
Salam,
Sudah saya linkkan blog anda. Boleh klik PAGE LINK di atas.
Farid Rashidi(Quote)
salam. baik hatinyer penjual jubah tu. kesian tengok kanak2 di malaysia nie yang menjadi peminta sedekah yang dipergunakan oleh sindiket2 tertentu. tp di sarawak peminta sedekah nie kurang sikit…
.-= miesha´s last blog ..SiApA BoTaK Nie? =-.
miesha(Quote)
Salam,
Itu yang menyebabkan saya kagum terhadap penjual jubah itu.
Sini bukan sindiket, tetapi memang realiti berlaku. Bayangkan satu ibukota Kaherah saja sudah menyamai angka penduduk satu Malaysia. Ramai bukan?
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum..
Akhie..apa khabar?..lama tak ke sini..wahh beli jubah ya..mesti di sana banyak menjual abaya..:)
Saya juga selalu bertemu dengan anak-anak kecil yang meminta simpati..dan tidak ketinggalan mereka mengutip derma mewakili sekolah atau institusi tempat mereka berteduh…sayu hati, anak sekecil itu meminta simpati sedangkan hanya segelintir saja yang membanti mereka..
Pernah satu hari, ketika dalam perjalanan blik ke kampus dan ayah saya singgah di R&R, terdapat sekumpulan anak-anak yang berpakaian seragam daripada rumah anak yatim di Kedah meminta simpati untuk memungut derma utk rumah anak yatim tersebut..sampai saja di situ, saya didatangi seorang adik kecil yang comel yang saya kira baru bersekolah dalam darjah 3, dia menghulurkan sekeping kertas sebagai bukti mereka daripada rumah anak yatim tersebut, sebaik saya menghulurkan derma ikhlas kepada adik kecil ini, dia terus mendoakan saya yang berbunyi “Terima kasih, semoga kakak beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat”…mengalir airmata saya..sedih sangat mengenangkan adik sekecil itu sudah pandai mengucapkan terima kasih sehingga mengucap doa buat yang memberi…mak cik saya yang ketika itu turut serta, membelikan adik-adik kecil ini minuman sebagai penghilang dahaga…
Cuma saya agak terkilan kerana terdapat segelintir rakyat yang tidak mahu membantu..kurang rasa simpati kepada anak-anak yang kurang bernasib baik, malah mereka tidak tunjuk rasa simpti apabila anak-anak ini memohon simpati…kita kena ingat bahawa sedikit yang kita sedekahkan, insyaAllah Allah akan menambahkan rezeki kita…bantulah mereka yang memerlukan supaya kita sama-sama dapat merasai kesusahan mereka…moga2 kita menjadi seperti penjual jubah yang dermawan itu..
nurhuda_cahayapetunjuk(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Alhamdulillah sihat. Bercakap soal Abaya, memang di sini lubuknya. Jika sesiapa mahu menempah dipersilakan.
Saya rasa, jika umat Islam tahu bahawa memberi sedekah dll itu adalah besar pahalanya, nescaya berduyun-duyun manusia menyumbang dan berbakti. Apa yang pasti, era Rasulullah SAW, Khulafa’ ar-Rasyidin dan Umar Abdul Aziz tentu akan berulang kembali.
Betul atau tidak?
Farid Rashidi(Quote)
berbeza betul budak2 kat arab sane, n kat malysia….
ble dari kecil dah berlimpah kemewahan mudah betul nak lupa jasa ummi n ayah…
budak2 zaman sekarang hanya tahu mintak itu n ini, tanpa memikiran jerih payah, ayah n ummi membanting tulang
.-= kentank91´s last blog ..sape nak Apple iPhone percuma? =-.
kentank91(Quote)
Memang berbeza. Di sini mereka berjuang untuk hidup. Di sana mereka berjuang untuk menambah kekayaan.
Farid Rashidi(Quote)
memberi lebih baik
sitie bum bum(Quote)
Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan nikmat Iman, Islam, rezeki, nafas dan segalanya buat kita hambanya yang hina lagi dhaif.
Namun manusia lupa dan alpa, manusia seringkali melanggar perintah larangannya. Manusia kini menganggap maksiat itu sebagai kemanisan, manusia tidak mengikut syariat aturan yang Allah SWT tetapkan.
Kenapa kita tidak memberi rasa kehambaan kita kepada Allah SWT sedangkan Allah SWT sentiasa memberikan kita bermacam-macam? Ayuh mari kita bermuhasabah.. Istighfar dan hindarkan kemungkaran.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
mmm.. mendidik hati biarlah dari sejak kecil.. tetapi kalau nak didik hati orang yang dah dewasa soal sedekah terutamanya, agak sukar juga..
Memberi sedekah atau sumbangan pastinya didahului dengan leteran atau ceramah pendek sebab meminta2. Ada juga pemberi sedekah atau sumbangan yang meminta resit. pelik betul.
melihat di sekeliling kita,pastinya kita sedar akan orang yang berkira dan yang pemurah… Sebagai manusia biasa,husnuzanlah…
sekadar pandangan oleh insan biasa…
Tronx013(Quote)
Teringat kata-kata orang tua kampung saya. Bila dah tua baru nak belajar mengaji jadi bebal dan dah keras lidah.
Ceramah pendek itu jika kena tajuknya tidak mengapa, tapi biasanya terkena pada yang meminta.
Begitu juga kini, bila nak bersedekah semua wartawan dipanggil untuk menyiarkan berita bahawa si fulan sedang bersedekah.
Oh ya, kena blog enta selalu susah nak masuk? Asyik ada warning malware saja.
Farid Rashidi(Quote)
Salam Farid…
Gembira tengok Farid dah muncul semula…
Di mana-mana pun ada orang yang tidak bernasib baik dan tidak berkemampuan. Semalam kak tirana tengok Oprah. Terkejut..ingatkan kat US tak ada orang susah sebab kita sudah maklum bahawa US tu kan negara maju tapi semakin hari semakin ramai rakyat US yang kehilangan tempat tinggal dan terpaksa hidup di dalam khemah yang di dirikan di padang. Untuk makanan, kadang-kadang mereka juga terpaksa mengemis.
Di Malaysia pun tak ada beza. Sepatutnya di negara yang ramai penduduk Islam, tentu kita tak perlu mengemis sebab kita kan ada baitul mal. Mungkin juga harta baitul mal itu tidak cukup untuk menampung ke semua orang-orang susah.
Tirana(Quote)
Salam,
Alhamdulillah, berkat sokongan semua pihak
US mengamalkan sistem kapitalis, dan sistem kapitalis ini akan down ekonominya lebih kurang dalam 10 tahun dan begitulah putarannya. Si kaya akan bertambah kaya dan si miskin terus melarat.
Menurut sumber, sebenarnya H1N1 juga berasal dari makmal Amerika Syarikat bertujuan untuk menyebarkan penyakit lalu golongan kapitalis ini akan menjual vaksin pencegahannya. Nah, lihat betapa tamaknya mereka pada dunia!
Baitul Mal akan cukup sekiranya wang tidak diseleweng dan zakat sentiasa diberi oleh golongan kaya.
Farid Rashidi(Quote)
salam.. sebab itulah saya bersyukur akan apa yang saya ada, ada lagi orang lain yang lebih menderita.. ya Allah permudahkanlah urusanku
.-= maiyah´s last blog ..Bleh Ker Aku Sembuh? =-.
maiyah(Quote)
Alhamdulillah, kata-kata itu sesungguhnya memberikan kita cahaya pada hati itu terus berjuang selagi hayat di kandung badan. Insya’Allah, semoga Allah mempermudahkan urusan kak maiyah.
Farid Rashidi(Quote)
salam… kesian kan..kat Malaysia yang mewah2 tu sampai xtau nak gune duit dgn betul..tapi da jugak yang macam budak tadi di malaysia..cuma kadang2 kita xtau..
nur_syahadah(Quote)
Salam,
Ye,kasihan.
Sebab itu apabila kita hidup senang, kita perlu ingat mereka yang susah. Saling paut memaut antara satu sama lain untuk meringankan bebanan.
Farid Rashidi(Quote)
Ustaz .. ayat2 bahasa arab tu kalau boleh terjemah’kan juga dlm bahasa melayu.Hehe
Mcm Saifulislam.com .
.-= Apeh´s last blog ..Kaji Selidik Seo Blog Melayu Boleh =-.
Apeh(Quote)
Insya’Allah, kalau enta kurang faham boleh terus tanya direct ya.
Farid Rashidi(Quote)
saya bnyk belajar ketika berkembara ke bali tempoh hari. walaupon hidup saya sederhana saja di sini, tetapi berbanding orang2 yang saya temui waktu itu, saya kira hidup saya sangat mewah. dan perlu juga saya akui, jarang saya melihat diri sendiri sangat bertuah – yg biasa difikirkan, cemburu lihat orang yang lebih beruntung.
ceritanya pada bahagian kedua en3 ini : http://limatahun.blogspot.com/2009/07/money-cant-buy.html
.-= sitinurulhawa´s last blog ..Buah Letop2 VS Gooseberry =-.
sitinurulhawa(Quote)
Kesedaran sebeginilah seharusnya kita pupuk di dalam jiwa. Apabila rasa simpati menyusup masuk ke dalam nubari maka dengan sendirinya kita terasa untuk berbakti kepada manusia.
Farid Rashidi(Quote)
kalau berbanding anak2 mereka, anak2 malaysia sangat manja – lagi2 budak2 sekarang terus2 disogok dengan yang indah2. hidup sentiasa indah di mata mereka – entah bila nak belajar tentang hidup
.-= sitinurulhawa´s last blog ..Buah Letop2 VS Gooseberry =-.
sitinurulhawa(Quote)
Manja itulah penyebab manusia alpa.. Sesekali perlu juga merasa rotan atau cubitan.
Farid Rashidi(Quote)
Salam
Ana baru dapat baca entri kalini (maksudnya sbelum ni tak berjaya). Di pagi 1 Ramadhan bersulamkan bacaan Syeikh Masyari Rashid yang mewarnai halwa telinga, terkedu baca entri ni. Diberikan kemewahan dan limpahan rezeki dr Allah, terkadang lupa bahawa ada di luar sana yang memerlukan apa yang kita buang-buangkan.
Baru-baru ini, ummi mengemas baju adik-adik, asingkan yang boleh pakai dan tidak. Ana menitiskan air mata sambil menyusun pakaian yang masih lagi cantik tetapi tidak dipakai adik-adik kerana badan mereka semakin tinggi. Jadi, bungkusan baju itu ana simpankan untuk diberikan kepada anak-anak yatim yang sangat dhaif. Bila diberikan pada mereka, dengan penuh teruja mereka buka bungkusan dan tengok baju-baju tersebut.
“Kak… Cantiknya! Terima kasih. Semoga Allah merahmati akak sekeluarga.”
Ana menahan sebak di hujung bicara, bertuah juga punya ‘penebat’ wajah dan melayan kerenah mereka bersulamkan air mata. Sedangkan melihat adik-adik yang hidup dalam kemewahan, terasa ingin sekali ‘menghantar’ mereka untuk merasa erti kesusahan.
Kebiasaannya, adik bongsu sangat empati pada golongan sebegini. Selalunya, bila ke pasar minggu atau pasar malam, disediakan RM1 dan dilipatkan sekali. Setiap kali jumpa peminta sedekah (yang duduk mahupun berjalan) tak lokek memberi hinggakan ada seorang peminta sedekah di kampung selalu menanti2 kehadiran adik.
Dan suatu ketika dulu ramai sangat anak-anak peminta sedekah, macam lambakan. Kebanyakannya dari sekolah agama, kesian sangat. Abi selalu cakap pada mereka;
“Pakcik nak bagi duit aje. Barang ni awak simpan, berikan pada orang lain ye.”
Selalunya kalender, key chain dan macam-macam lagi. Bila melihat budak-budak seusia adik yang meminta sedekah, tak sampai hati pula.
“Ini untuk kamu, pakcik belanja makan.”
Itu yang selalu abi buat. Melihat mereka sangat gembira, hati merintih sendiri. Dulu, ada membela seorang anak angkat (kematian ibu sedari kecil dan bapa sewaktu berusia 17 tahun) sedari beliau berusia 11 tahun sehingga tamat SPM tetapi secara jujurnya menjaga anak yatim ni sangat-sangat mencabar kesabaran. Wallahua’lam.
Syukran, entri yang sangat ‘membina’ jiwa hamba.
.-= insyirah´s last blog ..Tinta Hati =-.
insyirah(Quote)