Kenderaan pengangkutan jenis peugeot membawa kami terus bergerak laju menuju ke destinasi. Destinasi persinggahan pertama kami ialah Mansurah.
Memandangkan tidak sempat untuk melayari internet di rumah. Saya cuba ‘on’kan internet di telefon bimbit untuk mengakses ke laman web dan Yahoo Messengger. Lalu cuba untuk melayari laman sesawang sosial Facebook.
“Al-Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani yang telah meninggal dunia pagi ini..” Terpapar skrin di status beberapa orang teman mengejutkan kolong jiwa.
“Allahhu Rabbi!” Hati terkejut seakan tidak percaya.
“Ustaz Asri vokalis Rabbani dah meninggal dunia pagi tadi..” Saya cuba beritahu kepada Husni yang duduk di kerusi tengah kereta.
“Yakah?” Dia seakan tidak percaya. Saya juga begitu.
Saya cuba untuk mencari maklumat lain bagi mentakkidkan lagi berita tersebut. Namun tidak berjaya kerana simkad telefon bimbit saya diblock akibat tersalah tekan nombor PIN.
Fikiran terus menerus melayang mengenangkan lagu-lagu dan riwayat hidup beliau. Walaupun tidak mengenali secara dekat, namun lagu nyanyiannya semenjak era Nadamurni telah melekat di dalam nubari sedari kecil lagi.
Hati bertambah sedih apabila lagu mp3 munajat, ibu mithali dan bila nur melimpah di hati nyanyian beliau berputar menerobos ke ruang gegendang telinga. Syahdu. Perjalanan ke Mansurah dan Port Said itu mengembalikan nostalgia silam.
Pergi Tak Kembali
Pernah di suatu petang saya memainkan kaset lagu nyanyian Allahyarham Ustaz Asri bertajuk ‘Pergi tak kembali’ dan pada ketika itu ayah saya turut mendengarnya. Selang beberapa ketika, ayah menyuruh saya memberhentikan lagu itu. Katanya sedih.
“Kenapa ayah?” Saya cuba mencari kepastian.
“Tak boleh dengar, jadi sedih sebab penyanyinya dah meninggal.” Jawapan itu membuatkan saya kebingungan seketika.
“Eh, berita semalam tu bukan Ustaz Asri yang meninggal tapi ahli kumpulan Hijjaz yang meninggal dunia.” Rupa-rupanya ayah tersalah faham. Pada hemat beliau, Ustaz Asri yang meninggal dunia ketika itu.
Ayah saya turut mengenalinya kerana ketika berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dahulu, ayah pernah menghadiri konsert Rabbani secara live. Malah ayah turut membelikan album lagunya untuk dihadiahkan buat kami sekeluarga.
Pernah beberapa kali Rabbani datang membuat persembahan di daerah kampung saya dan ayah tidak segan membawa saya mendengar alunan merdu suara Ustaz Asri bersama percussionist yang begitu mempersonakan halwa telinga. Apa yang pasti, lagu kumpulan itu mampu memberikan sentuhan iman mengagungkan keesaan Allah SWT.
Terutamanya lagu ‘Munajat’ dan ‘Subuh yang terakhir’.
Namun kita segalanya sudah menjadi album kenangan. Kenangan yang tersusun di rak kaset dan CD koleksi peribadi saya dahulu dan kini. Paling terbaru ialah lagu berjudul Nostalgia Nadamurni 2009.
“Lepas ni Rabbani terkubur dahla.. takpun dia cari pengganti lain.” Kata seorang sahabat ketika dalam perjalanan kembara.
“Susah nak cari pengganti macam dia terutamanya keunikan suaranya ala-ala taranum..” Sambung saya.
“Tapi di Kusza dulu ada seorang pelajar yang jadi vokalis nasyid.. Dia anak buah Rabbani.. Suara dia serupa macam Ustaz Asri, nama dia Is.” Balas beliau.
“Ya.. betul..” Saya cuba mengingat kembali konsert yang pernah berlangsung di Dewan Utama Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) beberapa tahun yang lalu.
Subuh Yang Terakhir
Subuh yang terakhir buat beliau. Lagu ini tersangat memberi kesan mendalam ke dalam lubuk hati para pendengar yang menghayati liriknya. Ianya memberi peringatan yang jelas bahawa manusia tidak mengira tua mahupun muda pasti akan kembali menghadap Pencipta.
Usianya baru menjejak 40, namun itu tidak menjamin akan terhalangnya aturan Allah SWT menghadirkan malaikat Izral mencabut nyawa.
“Astaghfirullahhal Azim. Allahhumma barikna fi syahri sya’ban, wa balighna Ramadhan..”
Ayuh teman, di bulan Sya’ban dan di ambang Ramadhan ini marilah sama-sama kita perbanyakkan taubat dan tafakur atas segala kesilapan lalu dan mendatang. Gandakan ibadat, sifarkan maksiat Insya’Allah.
Segugus Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri, semoga diberi ganjaran olehNYA sebagai salah seorang pejuang agama Allah SWT. Mari baca cebisan liriknya.
Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir.
4:52 Am, 14 Ogos 2009,
Siberbay, Tanta.



Salam
Al-Fatihah Buat Ustat Asri
Kak zar sendiri terkesan dengan pemergian beliau… zareda(Quote)
al-fatihah.. kejadian berlaki di kawasan angkasapuri.. akibat kekalutan, staff RTM tak dpt nk ‘handle’ situasi itu dgn baik..
Jard(Quote)
Jard´s last blog ..Aku demam.. MC
Oh, begitu. Saya juga ada menonton rakaman kejadian di youtube. Kelihatannya sangat menginsafkan.
Beliau meninggal di hospital atau di tempat kejadian? Farid Rashidi(Quote)
Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh..
nuaeman(Quote)
nuaeman´s last blog ..Ustaz Asri Ibrahim 1969 – 2009
Amin Ya Rabb. Farid Rashidi(Quote)
Al-Fatihah buat beliau…Allahummaghfirlahu warhamhu wa’fuanhu
muhammad fakhruddin(Quote)
muhammad fakhruddin´s last blog ..Siri 10 : Zaman perang
Kita semua membesar dengan mendengar alunan lunak merdu suara Ustaz Asri. Tak sangka dia dijemput begitu awal (walaupun kita tahu hakikat kematian itu pasti).
. Juga Kebesaran Allah yang selalu dinyanyikan bila jalan2 ke luar negara. Ceria lagu tu diiringi suara comel kanak2.
Banyak lagu dia yang diminati. Selain Munajat yang menyentuh hati, saya suka Bidadari yang saya rasa cukup romantis
Semoga semua itu dikira kebajikan untuk Ustz Asri. Alfatihah.
iza(Quote)
iza´s last blog ..Insyirah…
Lagu-lagunya tak bosan untuk didengar berulang kali.
Iya, itulah yang doa yang baik. Semoga amal kebajikan dan usaha beliau menyebarkan dakwah melalu nasyid dikira sebagai amalan yang berterusan. Terus menerus selama-lamanya dengan izin Allah. Farid Rashidi(Quote)
Suka sangat dengar lagu-lagu Ustaz Asri yang amat terkesan pada jiwa. Masih teringat kenangan sewaktu allahyarham sudi menerima jemputan kami memberikan ceramah di sekolah.
Kak Long(Quote)
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Kak Long´s last blog ..Mata terlepas mulut terkurung
Saya percaya, ramai yang mempunyai kenangan tersendiri bersamanya. Moga lagu-lagu kita ambil manfaat isi-isi yang ingin disampaikan agar pahala kebajikan terus kepadanya Insya’Allah. Farid Rashidi(Quote)
Menitis air mata membawa kisah seorang perjuang ISLAM sedang yang lain masih bercakaran….
denaihati(Quote)
denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia
Yang masih bercakaran itu masih tidak mengerti apa itu kesatuan. Farid Rashidi(Quote)
Memang agak mengejutkan.Tapi Nostalgia Nadamurni tetap terpahat dihati…. Cinta Agung(Quote)
Ya, itulah album terakhir beliau. Segar dan bersahaja tetapi punya mesej yang mendalam. Farid Rashidi(Quote)
tersentuh hati kakcik dengan coretan2 tentang Allahyarham..
kakcikseroja(Quote)
betapapun kita menyayangi beliau.. mungkin kasih Allah berlebih2 lagi, kerana itu dijemputnya beliau untuk kembali lebih awal…
kakcikseroja´s last blog ..Dulu dan sekarang…
Sesungguhnya hidup kita ini terlalu singkat.. Mari kita hayati lirik ini:
Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri
Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-merata
Rezkinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu
Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawannya merata
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang
Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Perjuangan tetap diingati Farid Rashidi(Quote)
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian.Kita semua hannya menunggu masa sahaja.Semoga kita sentiasa istiqomah dalam jalan kebenaran.insyaAllah.
Atif Gazali(Quote)
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.
Atif Gazali´s last blog ..Nasihat.
Benar. Mari bertafakur sebentar.. menilai diri yang hina di sisi Allah SWT. Farid Rashidi(Quote)
Salam alayk’.. takziah diucapkan buat ahli keluarga Allahyarham Ustaz Asri dan ahli kumpulan Rabbani.. Allahyarham merupakan seorang pahlawan dan pejuang Islam di medan seni dimana kurangnya para da’ie yang merintis ke jalan ini. Allahyarham cekal dan berjaya dalam dakwahnya melalui seni.. Sukarnya dicari ganti seorang pejuang sepertinya.. Suaranya yang sentiasa mengalunkan kalimat dakwah sewaktu bersama Nadamurni dan Rabbani sentiasa terpahat di hati.. Semoga roh Allayarham dicucuri rahmat dr ALlah dan dimasukkan ke dalam golongan para syuhada’.. Ameen..
zaiem al-hilmee(Quote)
zaiem al-hilmee´s last blog ..Semangat Membara!!
Menghasilkan manusia yang sama seperti beliau mungkin sukar, tetapi menggantikan dengan pejuang lain itu Insya’Allah akan ada. Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.
Aminn. Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali.
Hidup ini perlu diteruskan.
Al-Fatihah. pianz(Quote)
salam… Saya juga amat terkejut dengan berita kematian itu.. Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri. nur_syahadah(Quote)
Al-Fatihah… Al-Fatihah(Quote)
hMmm…dah ajal dia kot..mE sedih sgt..tp Allah sayang kan dia..al-fatihah..
sazwan57(Quote)
sazwan57´s last blog ..♥pErgINyA sEOrANg bINtANg♥
Allahuakbar.
Terbayang betapa satu detik yang sekejap itu mahu diucapkan segala kata ampun bagi segala dosa.
Takut yang teramat.
Semoga kita yang masih ada ini akan pergi kepadaNYA tanpa membawa penyesalan.
InsyaAllah.
Izinkan kami semua menghadapMu dengan iringa kasih sayangMu Ya Rabb.
Dan berkatilah roh Ustaz Asri serta ampunkan dosa-dosanya..
Amin.
p/s : sudah saya linkkan blog saudara
FarhahNur(Quote)
FarhahNur´s last blog ..Oh Friday..
salam..
syukran atas jemputan komen…
isu pmegian ust asri mjadi bualan ramai, dan byk yang mdoakan nya…
cemburu rasanya….
ntah dimana letaknya kte?
moga masih punya waktu dan kkuatan untuk bersaing merebut cintaNya… nhap(Quote)
Al-Fatihah utk arwah.Semoga dipermudahkan laluannya di sana…
Rasanya kerana Ustaz ni laa Rabbani wujud..kerana suara beliau laa Rabbani terkenal degn lagu-lagunya.Kerana ide arwahlah byk lagu-lagu Rabbani popular..genre yg merangkumi citarasa semua lapisan..rock bsama Amy Search tuu benar-benar menjadi!! ikan emas(Quote)