“Ana nak minta enta buat lirik nasyid untuk pertandingan EGP ’09 boleh?” Pinta Baharom sewaktu menelefon saya minggu lepas.
“Insya’Allah ana cuba buat.. lirik macammana tu?” Balas saya.
“Lagu tentang perjuangan.. enta pun masuk sekalilah ya.” Ajak Baharom.
“Ok Insya’Allah ana cuba.”
Mengikut perancangan asal, saya sudah hilang rentak untuk menyertai sebarang pertandingan mahupun acara pada tahun ini. Namun begitu, memandangkan masalah kekurangan anggota kumpulan maka saya cuba gagahi diri menyertai.
Bersama EGP ’09
Bermula tarikh 8 Ogos sehingga 11 Ogos 2009 telah berlangsungnya Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan dan Ekspo Gempak Pmram 2009 (PMHK EGP ’09). Saya bersama kontijen daripada cawangan Tanta tidak melepaskan peluang masa mengikutinya.
Pelbagai acara menarik sedang dan telah berlangsung seperti juga tahun-tahun sebelumnya. Segala aktiviti dan tentatif turut termuat dalam sebuah laman blog.

Semoga kebersamaan ini menghasilkan sesuatu yang berharga buat kami.
2.50 AM, 11 Ogos 2009,
Hayyu Asyir, Kaherah.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


Salam ustaz…
Memang menarik dan bermakna lirik nasyid tu.. Tahniah!
.-= kakcikseroja´s last blog ..Sisi diri kita yang lain… =-.
kakcikseroja(Quote)
Wa’alaikumsalam.
Terima kasih Kakcikseroja.
Farid Rashidi(Quote)
salam ust.. dalam kesibukan menyertai sempat lagi menulis ye.. tahniah dapat tulis lirik dengan baik..bagus sekali.. nanti bgtaula keputusannye pulak ye..semoga berjaya!
nur_syahadah(Quote)
Sengaja mencuri sedikit masa terluang, berkebetulan di rumah asrama kedah ada talian internet. Sempatlah update satu entri.
Alhamdulillah, keputusannya kami mendapat kedudukan naib johan.. hanya kalah tipis mata keselurahan dengan kumpulan yang menjuarai.
Syukran ya!
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum..
teruskan usaha ustaz..
Moga Allah redha dengan segala usaha kita..
.-= perjalanan´s last blog ..Sahabatku… =-.
perjalanan(Quote)
saya tumpang pastekan link ustaz ke link saya boleh?
untuk tatapan sahabat2 saya yang lain..
.-= perjalanan´s last blog ..Sahabatku… =-.
perjalanan(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Silakan untuk pastekan link blog saya.. Jazakallahhu khairan kasira. Moga Allah memberkati kalian.
Farid Rashidi(Quote)
Salam..bagus sekali liriknya..begitu bersemangat..
.-= nohas´s last blog ..Niat =-.
nohas(Quote)
Salam,
Kaki dan tangan tak duduk diam bila lagu dinyanyikan.. maklumlah asyik memukul gendang.
Farid Rashidi(Quote)
Terer ustaz buat lagu ye. Dlm proses buat lagu nasyid ni, kena buat lirik dulu ke melodi dulu? Cuba habaq mai ustaz…tq
.-= sot´s last blog ..Sebuah Weekend =-.
sot(Quote)
Uish, tak adalah terer mana. Ini pun saja try.
First enta nak buat perlu lihat pada tema, isi dan apa yang ingin disampaikan.
Kedua cuba karang lirik dahulu secara kasar dan diperincikan secara halus sambil mendengar melodi mana-mana lagu. Jika moodnya sedih, carilah lagu sedih untuk didengar.
Ketiga baru cari melodinya. Ini agak sukar berbanding menulis kerana perlu sesuaikan bunyi, chorus dan tempo.
Selamat berjaya!
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz.
indah liriknya. teruskan lagi – sye sntiasa sokong , insyaallah
.-= arnamee´s last blog ..BER- Kadang-kadang =-.
arnamee(Quote)
Salam,
Syukran
Farid Rashidi(Quote)
Bakal jadi penulis lirik yang baik ni…
moga pendengar dpt apa yg ingin disampaikn dari nasyeed tersebut..
.-= sinar´s last blog ..Saifi Malaysia 2009 =-.
sinar(Quote)
Tidaklah begitu. Siapalah saya berbanding mereka yang lebih hebat. Apapun, semoga ianya dikira ganjaran oleh Allah SWT.
Farid Rashidi(Quote)
ameen..insyaAllah..
moga redha Allah bersama ustaz
.-= sinar´s last blog ..Kembara Srikandi Raudhah =-.
sinar(Quote)
salam..

wahh, sudah jadi penulis lirik akhi farid kita. apa yang hendak dihairankan, untuk ayat dalam entry2 tentang pengalaman biasa pun menggunakan ayat yang gramatis lagi dramatik.
kalau boleh nanti sertakan dengan audio sekali ya..
.-= pencinta bahasa´s last blog ..superheroes vs supervillains =-.
pencinta bahasa(Quote)
Salam,
Belum jadi lagi. Cuba sekadar memenuhi ruang yang kekosongan sahaja.
Insya’Allah. Sedang diusahakan.
Farid Rashidi(Quote)
derap langkah perjuangan
mengintai kanvas mujahid zaman
mujahadah mereka dengan kekuatan iman
membebaskan diri dari minda tertawan
menggali ibrah di lubuk sirah
walau darah mewarna sejarah
tetap tidak tergadai janji syahadah
kerana perjuangan hanya untuk ALLAH
alkhadra’(Quote)
Terima kasih untuk lirik itu. Anda sedikit terlambat, jika tidak mungkin boleh saya gabungkan lirik ini. Apapun alfu syukran, teruskan menulis lirik yang bernas ya
Farid Rashidi(Quote)
Farid … Farid ….
ustaz Asri Rabbani dah meninggal .. tak tahan saya .. sebak saya ..ini mata ini masih mengalirkan airnya
Allah, Allah, Allah …
Perginya tak kembali …
abuyon(Quote)
Saya juga begitu. Boleh terus baca entri ‘Al-Fatihah Buat Ustaz Asri Rabbani’
Sabar ya Abuyon, saya percaya pasti ada pengganti walaupun tidak setara dengan Allahyarham.
Farid Rashidi(Quote)
salam.. fuwah, berbakat2..
pengganti ust asri mgkin..
owh da ada byk emoticon comel2..
awrapurnama(Quote)
Salam,
Allahhhu Rabbi.. Jauh bagai langit dan bumi saya nak mengganti tempatnya. Bagi orang lain sajalah
Farid Rashidi(Quote)
Salam alayk’.. MabruQ ana ucapkan terutamanya ahli2 PMRAM atas penganjuran EGP’09 sempena hari kemerdekaan biarpun mehnah yang melanda PMRAM semakin besar khususnya dari pihak kedutaan Malaysia.
Namun, pihak PMRAM begitu gigih dan komited menganjurkan program dan aktiviti utk komuniti melayu di kalangan pelajar al-azhar. Kepada akhi farid, tahniah juga atas menjayakan program2 PMRAM. Cuma lirik lagu tu macam ada sedikit persamaan dengan lirik lagu “Bingkai Kehidupan”..
.-= zaiem al-hilmee´s last blog ..Semangat Membara!! =-.
zaiem al-hilmee(Quote)
Terima kasih akhil kareem. Lagu tu sebenarnya saya cetuskan melalui idea sendiri tanpa meniru mana-mana lirik. Ya, benar bila diteliti ada satu rangkap nak sama dengan lagu Bingkai kehidupan. Syukran atas pemberitahuan.
Farid Rashidi(Quote)
Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Langkah Perjuangan