Suatu ketika kota Constantinople pernah diduduki oleh empayar Byzantine bertahun-tahun lamanya. Begitu kebal dengan pertahanan kubu dan tentera yang berkawal disekitarnya menyebabkan ianya sukar ditembusi pihak lawan. Malah kerajaan Islam Uthmaniyyah sebelum Sultan Muhammad al-Fateh pernah beberapa kali mencuba untuk menguasai kota ini lantas ingin memegang gelaran yang disebut oleh baginda Rasulullah SAW.
Di antara operasi yang pernah dilakukan demi menakluk kota itu ialah kempen penaklukan sebanyak 5 kali di zaman Kerajaan Umayyah, manakala di zaman Kerajaan Abbasiyah pula 1 kempen dijalankan dan 2 kempen penaklukan di zaman Kerajaan Khilafah Uthmaniyyah. Namun ke semuanya gagal.
Usaha Demi Usaha
Akhirnya muncul anak muda kelahiran Adrianapolis berdiri mengibarkan liwa’ kegemilangan umat Islam diusia 19 tahun. Baginda merupakan anak kepada Khalifah Murad Thani yang memerintah daripada tahun 1421M-1421M hingga 825H-855H. Sejarah telah melakarkan kisah bahawa pemuda ini telah berjaya menguasai kota Constantinople selama 53 hari tanpa rasa jemu dan jauh sekali berperasaan putus asa.
Namun begitu, tahukah kita bahawa perancangan menakluk dan penaklukan kota itu bukan sesuatu yang mudah? Ya, semestinya sukar. Tetapi berkat kesabaran dan ketekunan ianya tidak mustahil.
Sebelum berjaya menaklukinya, Sultan Muhammad al-Fateh telah mengkaji terlebih dahulu plan kota, titik kelemahan, mengkaji kegagalan kempen terdahulu hampir setiap malam. Setelah itu, baginda berbincang strategi penaklukan dengan panglima-panglima perangnya dan bersama para ulama’.
Selepas itu Sultan Muhammad al-Fateh mengarahkan untuk membina peralatan perang moden dan meriam besar yang canggih dan mampu melontarkan peluru seberat 300 kg sehingga melangkaui 1 batu. Usaha penaklukan kota Constantinople terus menerus dilaksanakan tanpa henti sehinggalah terbina pula benteng Rumeli Hissari di sebelah Eropah. Pembinaan benteng itu bertujuan untuk memudahkan urusan pengawalan dan pemantauan agak penaklukannya lebih efektif.
Pertama kalinya baginda mengepung kota Constantinople bersama 150, 000 bala tentera menyebabkan musuh kecut perut dan ketakutan. Ketakutan dan kekalutan itu bertambah dahsyat apabila seruan azan dan takbir membesarkan Allah Azza Wajalla dilaungkan ke langit kota. Bergema-gema memberi isyarat bahawa hari kegelapan kerajaan Byzantine semakin hampir tiba.
Usaha penaklukan serangan kali pertama tidak menampakkan hasil kejayaan memandangkan kekuatan tembok pihak musuh begitu tebal dan kuat untuk ditembusi. Tambahan pula pihak Byzantine mendapat bantuan 5 buah kapal dan pasukan ketenteraan dari Pope Vatican menyebabkan usaha ini sedikit sukar.
Pihak Byzantine juga terus menerus berusaha mempertahankan kota Constantinople dengan merentangkan rantai besi penghalang kapal perang tentera Islam Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn.
Namun begitu, ianya tidak mematahkan semangat panglima perang Islam dan tenteranya untuk terus berusaha menakluki kota Constantinople. Baginda tidak putus berdoa kepada Allah SWT dan memberikan kata-kata semangat berupa hadis Rasululullah SAW kepada para tenteranya.
Akhirnya dunia dikejutkan dengan taktik peperangan yang sangat ajaib dan pelik!
Baginda dan para tenteranya telah mengangkut 72 buah kapal ke atas bukit dan meluncurkan ke perairan Teluk Golden Horn kembali lalu terus menggempur pihak musuh sehingga tunduk rebah menyerah bumi.
Islam menang! Man Jadda Wajada.
Mengapa Harus Berputus Asa?
Hidup manusia adakalanya membahagiakan, ada ketika mendukacitakan. Persis roda yang berputar, terkadang di atas terkadang gelunsur turun ke bawah pula. Tatkala senang itu tiba, hati serasa indah tak terkata. Namun bila ujian Allah tiba, terkadang kita tersungkur rebah menangisi sebuah kekecewaan.
Saat itu ujian Allah terus bertimpa menguji, adakah hambanya itu masih bersyukur walau jatuh rebah tersungkur? Apa yang pasti, senang atau susah kesyukuran tetap saja harus dipanjatkan agar paksi jiwa tak terkeluar daripada landasan walau secebis rasa.
Lalu redha adalah penawar terbaik untuk membina sebuah kesabaran. Kesabaran yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal bagi menghadapi segunung cabaran.
Mengapa harus berputus asa? Sebagai muslim, usahlah kita terlalu berdukacita dengan kesusahan sehingga menderita berpanjangan. Bangkitlah, bina kembali sebuah kekuatan. Usaha demi usaha yang berterusan disamping doa dan kesyukuran ke hadrat Ilahi secara berterusan.
Allah SWT itu Maha menguji. Terkadang DIA menguji kita dengan sebuah kesusahan, terkadang dengan sebuah kegembiraan. Semuanya itu adalah sebagai kayu ukur buat hamba-Nya sejauh mana kekuatan syukur yang kita praktikkan dalam kondisi kehambaan pada Azza Wajalla.
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut: 2-3)
Suka saya bawakan kisah Sultan Muhammad al-Fateh sebagai motivasi diri ketika menghadapi sebuah kekusutan dan ujian. Saat hati meruntun kesedihan, saya akan cuba membelek-belek sirah silam buat memasak tiang semangat yang roboh.
Allahu Rabii!
Bingkisan kata-kata motivasi firman Allah SWT adalah yang terbaik sebagai pengikat sebuah pengharapan.
“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: 12)
4:41 PM, 5 Ogos 2009,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


Salam…Banyak kisah dapat kita jadikan panduan..antaranya yg sgt hampir kekuatan Siti Hajar yg berulang alik antara Safa dan Marwah..bkorban utk anak tercinta, btapa payah..maka Allah mberikannya kebaikn bagi seisi alam…
Namun sbg makhluk yg byk kelemahan kita akn diuji..bukn sbenarnya kita berputus asa, tetapi menilai diri..sudut manakah yg menyebabkan kita tidak dpt btahan..maka apbila mendung menyembunyikn mentari, kita trasa sgt kehilngan sedgkan Allah hendak memberikan kita pelangi yg indah slps itu… InsyaALLAH, slagi kita berpesan2,kita pasti akn tersedar bhw Allah menyayangi kita, maka kita diuji…spy kita terus dekat kpdNYA..
.-= Shima´s last blog ..DAMAIKANLAH HATIKU YANG RAWAN.. USAH BERSEDIH, KESABARAN ITU PENAWAR HATI.. =-.
Shima(Quote)
Salam,
Sofa dan Marwa lagu nyanyian Nadamurni suatu ketika dulu juga mempunyai kekuatan tersendiri.
Begitulah hidup manusia, namun yang lebih membahayakan ketika diuji dengan kekayaan berbanding kefakiran.
Farid Rashidi(Quote)
salam.. redha adalah yg terbaik untuk menuju kesabaran, dgn kesabaran kita akan mampu menghadapi dugaan. Kesabaran akan membina kejayaan didunia dan akhirat
.-= maiyah´s last blog ..Ambikk.. Penangannya =-.
maiyah(Quote)
Salam,
Redha dengan ketentuan Ilahi adalah pintu menuju kebahagiaan. Terkadang kita merancang sesuatu, tetapi perancangan itu berlainan pula dengan perancangan Allah SWT. Mungkin ada hikmah lebih besar di sebaliknya.
Farid Rashidi(Quote)
Ujian untuk kuatkan hati. Takde ujian, takde jugaklah pengajaran dalam kehidupan.
.-= Izzahsakinah´s last blog ..Fish Cracker =-.
Izzahsakinah(Quote)
Tak ada ujian, bukan nama manusia
Farid Rashidi(Quote)
Pernah suatu ketika hati ini seakan berputus asa dan kecewa dengan ujian yang datang bertimpa-timpa. Namun, Alhamdulillah kini hati ini lebih tenang dan tabah dalam menghadapi setiap ujian dari Nya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Terasa hidup ini lebih ceria menghadapi hari-hari mendatang.
.-= Bb Hussain´s last blog ..Roses of Mine =-.
Bb Hussain(Quote)
Usahlah berputus asa bila ditimpa ujian berat. Percayalah, ada perancangan hebat oleh Allah SWT lepas itu. Berdoa dan berusaha lagi.
Farid Rashidi(Quote)
teruskan usaha.. teruskan perjuangan.. teruskan kehidupan
.-= NoRuLLiSzA´s last blog ..…MaaF & DoA… =-.
NoRuLLiSzA(Quote)
Segalanya perlu diteruskan.. kerana perjuangan itu belum selesai.
Farid Rashidi(Quote)
Berusaha……. seperti itu juga dalam menyampaikan kebenaran.
.-= Kujie´s last blog ..Apakah yang lelaki mahu? =-.
Kujie(Quote)
Menyampaikan kebenaran juga perlukan usaha.. hatta musuh Islam juga sentiasa berusaha untuk menjahanamkan umat Islam. Mereka tidak berputus asa.
Farid Rashidi(Quote)
salam… yer..ujian datang bertimpa.. manusia hanya merancang Dia yang menentukan… tatkala hati dirundum duka, hanya Dia yang mengetahui kenapa..hanya Dia yang mengetahui hikmah disebalinya.. ku cari apakah erti disebalik ujian yang diberi..namun akhirnya ku tahu..inilah ujian menguji kesabaran hambanya.. untuk menghapuskan dosa silam juga menguji keteguhan iman di hatii.. Ya Allah lindungiku dari putus asa…
nur_syahadah(Quote)
Itulah yang paling terbaik dalam hidup kita. Sentiasa bermuhasabah apabila diuji agar dapat mempertingkatkan keimanan di samping menambah pahala berganda.
Allah SWT menguji orang yang beriman kerana sayangkannya. Sedangkan Nabi SAW yang maksum juga menghadapi beratnya ujian, inikan kita manusia biasa yang penuh bergelumang dosa.
Insya’Allah Khair!
Farid Rashidi(Quote)
best kisah ni..penuh dgn detail yg menarik..looking forward to more seerah. thanks for sharing.
nollie(Quote)
Kisah pahlawan dan kehebatan manusia dahulu semuanya best dan terbaik. Tetapi kini manusia hambar dan hilang kekuatan.
Afwan.
Farid Rashidi(Quote)
Memang tidak jemu membelek sejarah penaklukan kota Constantinople ini. Banyak pengajaran yg boleh diperolehi.Ya, sikap & semangat yg tinggi seiring dengan ilmu, kemahiran & teknologi yg tepat.
Kita semua memang layak diuji. Bila diuji dgn kegembiraan,kita bersyukur dan bila diuji dengan kesedihan, kita beristigfar. La Tahzan!!
.-= nohas´s last blog ..Niat =-.
nohas(Quote)
Sejarah Islam sememangnya tidak wajar sama sekali untuk kita jemu membacanya. Bacalah dengan mata hati, nescaya terbuka hikmah.
Nabi Muhammad SAW bimbang akan umatnya bila diuji dengan kekayaan berbanding kefakiran. Kebiasaanya manusia kaya mudah cintakan dunia yang berlebihan berbanding yang miskin.
La Tahzan Wala Takhaf, Innallahha ma’ana!
Farid Rashidi(Quote)
Ujian dan cubaan akan sentiasa menghiasi hidup kita di dunia ini..Kita tidak boleh lari daripadanya. Apa yang penting ialah sikap kita sendiri. Sentiasa bersikap positif dan optimis. InsyaAllah langit tidak selalu mendung. Bila mendung berarak pergi, akan terserlah sinaran matahari yang memancar. Itu ganjaran bagi orang2 yang bersabar. Sesudah kepahitan akan datang kemanisan.
Tirana(Quote)
Benar.
Putaran alam ciptaan Allah itu sangat menarik. Ada siang dan malam dan ada semuanya melengkapi. Saya tidak dapat bayangkan jika perasaan manusia hanya satu, iaitu ceria memanjang tanpa duka dll.
Pasti orang menjerit… kamu sakit jiwa!
Farid Rashidi(Quote)
betul tk boleh putus asa..
byk point2 yg ana blh ambil..
kekadang rasa down tnpa punca yg jelas..erm..
segala-galanya adalah ujian daripadaNya..
Ujian adalah…tarbiyah dari Allah…
Serru 3la barakatillah
.-= sinar´s last blog ..Muhasabah Waktu =-.
sinar(Quote)
Rasa down tanpa bersebab juga bahaya. Terlalu sedih boleh mengundang hadirnya syaitan dalam diri kita. Itu sangat membahayakan diri jika tidak ada pencegahan.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
jgnlah berputus asa dgn rahmatNya…mmg pasti insyaAllah kita terhindar dari putus asa. cuma ada kalanya putus asa ni terjadi tanpa disengajakan…
nahmy(Quote)
Itulah yang paling penting untuk difikirkan semua.
Farid Rashidi(Quote)
salam sahabat..
setiap manusia pasti akan di uji..samada seronok atau bersedih..
apa ujian yg anta hadapi? macamna result anta?
mudah2an kita redha kpada allah n allah redha kpada kita..
wassalam
nurani(Quote)
hanis(Quote)
Dulu, ada kawan pernah cakap, ‘hidup itu sukar, tapi itulah sukma’… (Sukma tu apa maknanya agaknya ya? hmmm….
) Itulah kehidupan, penyerinya adalah ujian.
.-= K Kin´s last blog ..Nisfu Sya’ban 1430H =-.
K Kin(Quote)
Aslmkm
Mohon diperiksa kembali petikan ayat Al-Quran yang terakhir itu. Rasanya Surah Yusuf, ayat 87, bukannya Surah Yusuf ayat 12. Harap maaf jika silap.
insan(Quote)
Syukran, terima kasih ya. Saya suka pembaca yang seperti ini.
Farid Rashidi(Quote)
salam…mohon copy artikel ustaz. untuk dimuatkn dlm risalah.syukrn
rabiah al adawiyah(Quote)
salam,
Silakan. Tapi boleh saya tahu, risalah apa? Di mana?
Farid Rashidi(Quote)
risalah almunzir, risalah tuk pelajar2 perubatan di alex,mesir..syukrn yye ustaz
rabiah al adawiyah(Quote)