Pagi itu kota Kaherah kelihatan cerah. Fajar mentari mula memercikkan cahaya menyimbah bumi Hayyu Asyir. Dari kejauhan kabus putih kelihatan masih menempek permukaan sutuh bangunan.

Hening dan mendamaikan. Semakin tinggi fajar, semakin banyak kenderaan mula memenuhi petak pasar jualan kereta atau lebih dikenali Suq Sayyarat oleh masyarakat tempatan. Dataran Suq Sayyarat menjadi tempat jualan kereta secara bersemuka antara pembeli dan penjual semenjak dulu hingga kini.

Saya berdiri memerhati di beranda rumah Pahang setinggi 5 tingkat. Sengaja melihat suasana pagi sambil menyedut udara segar. Kesunyian itu menyebabkan fikiran melayang terkenang sewaktu mula menjejakkan kaki ke Hayyu Asyir suatu ketika dahulu.

Di sinilah saya mengenali perkataan Ambubah, Bikia, To’miyyah, Asir Asob, Aruz billaban dan bermacam istilah ammiyyah yang lainnya. Di sini juga saya mula berkenalan dengan serangga bernama pepijat. Sekali gigit meninggalkan bekas merah di serata badan.

Jam masih menunjukkan waktu solat jumaat masih terlalu jauh. Untuk mengisi kekosangan yang ada, saya mencapai sebuah buku yang tersusun kemas di rak bilik Fuad. Fuad dan Hassan menginap di asrama Pahang itu semenjak setahun yang lalu. Mereka sudah pun Berjaya menamatkan Ijazah Syariah. Hassan pula sedang menyambung M.A dalam bidang Fiqh Muqarran di Universiti Al-Azhar Kaherah. Manakala Fuad menyambung kursus Bahasa Arab di Markaz Nil Hayyu Sabi’.

Buku bertajuk Persoalan Tauhid & Tasbih itu saya belek muka depan dan belakangnya. Menjadi kebiasaan sebelum membaca sesuatu buku, saya akan meneliti sinopsis apa yang ingin disampaikan penulis.

“Pandangan seorang ahli politik British yang anti-Turki: “Kita tidak boleh menguasai orang Islam selagi kita tidak memisahkan al-Quran daripada mereka” beliau bersumpah dan akan membuktikan al-Quran merupakan matahari kerohanian dan tidak boleh dimusnahkan,” Risalahnya bukan sahaja untuk memberi nafas dan tafsiran baru kepada agama kaum Muslimin, malah untuk mencergaskan semula masyarakat yang mengamalkan agama itu. Matlamat akhirnya menghapuskan sikap memecah-belahkan masyarakat dan menggemari materialisme.”

Kata buku itu.

pagi

Penulis Yang  Sinonim

Bila membaca biodata penulis, fikiran tertancap ke suatu sudut memori lama. Kenangan bersama Ustaz Zaidin, salah seorang pensyarah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang kini dikenali Universiti Darul Iman (UDM), Terengganu. Beliau ketika itu adalah bekas Ketua Program Diploma Sejarah Tamadun Islam dan mengajar kami Subjek Pengantar Sejarah Tamadun Islam.

“Badiuzzaman Said Nursi adalah salah seorang penulis yang berada di era pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyyah..” Kata Ustaz Zaidin sewaktu mengajar.

Buku itu juga memuatkan biodata penulis di belakangnya.

Pemimpin agama pada akhir pemerintahan Uthmaniyyah dan republic Turki. Menjadi pengarang Risae-yi Nur yang berjaya melahirkan suatu gerakan cendiakawan dan agamawan yang dikenal sebagai “Nurculuk”. Kerana keistimewaannya, pada tahun 1894 beliau digelar Bediuzzaman (keindahan masa).

Beliau meninggal pada 23 Mac 1960 dan dikebumikan di tempat yang masih dirahsiakan di Pergunungan Isparta.

Saya terus menyelak muka hadapan buku dihalaman pertama dan bab yang pertama. Terjemahan buku itu tertulis tajuk “Risalah kedua puluh”.

Bab pertama itu penulis membahaskan berkenaan bacaan yang selalu diucapkan oleh kita selepas menunaikan solat. Perkara ini juga adalah menjadi sunnah baginda SAW.

لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد يحيي ويميت، وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شئ قدير، وإليه المصير

Hadis dikeluarkan oleh Ahmad dan Abu Daud.

Penulis telah mentafsirkan kalam itu dengan membawa kata-kata yang boleh menyuburkan jiwa pembaca. Kalimah pentauhidan kepada Azza Wajjalla yang Maha Agung iaitu ‘Lailahaillah’ menafikan segala-galanya tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah SWT.

Ia juga memaknakan kepada kita bahawa siapa yang meyakini selain Allah, dan mengakui kehebatan nizom selain-Nya maka nescaya kufurlah ia lalu menempah tujuh pintu di neraka kelak. Nauzubillahhi minzalik.

Saya tertarik dengan penulisan beliau menyebut bahawa kita seharusnya tidak perlu takut dengan kematian. Kerena kematian itu adalah suatu nikmat yang diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang beriman agar mendapat kerehatan. Kubur itu menjadi tempat rehat bagi setiap hamba yang disayangi-Nya.

Sungguh, sangat menyedarkan dari kelenaan dan kelekaan. Moga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita.

Ternyata, tazkirah pagi Jumaat oleh penulis Badiuzzaman Said Nursi itu begitu mempersonakan!

12:56 AM, 2 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.

Tagged with:
 

34 Responses to “Secebis Tazkirah Badiuzzaman Said Nursi”

  1. isma says:

    Salam,
    Badiuzzaman Said Nursi itu antara idola saya.Harap tuan dapat membuat ulasan lagi pada tulisan beliau yang lain-lain.Saya suka.  (Quote)

    ReplyReply
    • Salam,

      Insya’Allah jika diizinkan. Buku karya beliau yang lain belum sempat saya baca dengan ketelitian.

      Mungkin perlu memiliki dahulu baru senang menghuraikan. Anda boleh berbahasa Thai?  (Quote)

      ReplyReply
  2. isma says:

    Iya. Kan saya warga Thai yang setia.:)Cuma di blog saya suka menulis dalam Bahasa Melayu. Tapi saya ini seperti orang Malaysia.Bukan pemegang dua IC, ya.  (Quote)

    ReplyReply
  3. isma says:

    Pelajaran pertama; สวัสดี ia disebut ”sà-wàt-dee” maksudnya ”hello”:)

    Sebenarnya saya suka bahasa dan sastera.  (Quote)

    ReplyReply
    • isma: Pelajaran pertama; สวัสดี ia disebut ‘’sà-wàt-dee” maksudnya ”hello”

      Wah, nampaknya beruntung ada guru sanggup mengajar :) teruskan dengan pelajaran yang lain pula nanti ya. Terima kasih.

      Cuma saya ingin tahu, tulisan Thai itu berbentuk simbol atau gabungan macammana?  (Quote)

      ReplyReply
  4. Iliana says:

    bak kata saidina ali, kita hidup apabila mati..dan hayat yang paling berharga adalah apabila kita mati..

    jika ke kedai buku, pasti ada ruang ‘best seller’..tapi, mengapa tidak meletakkan al-quran di situ? bukankah al-quran merupakan kitab terlaris sepanjang zaman? malangnya, ramai yang membaca, bertajuid..tapi, tak mengerti..itu pun antara suntikan mereka yang anti-Islam..agar al-quran dekat di bibir, jauh di hati..  (Quote)

    ReplyReply
    • Iliana: tapi, mengapa tidak meletakkan al-quran di situ? bukankah al-quran merupakan kitab terlaris sepanjang zaman?

      Bagaimana mahu letakkan di tempat best seller jika manusia sudah tidak menganggap Al-Quran sumber terpenting. Hanya sekadar dijadikan pertandingan tilawah setiap tahun tidak memungkinkan sesuatu yang hebat.  (Quote)

      ReplyReply
  5. nohas says:

    Salam..mati itu permulaan hidup alam yg lain.

    Belum pernah baca karya Badiuzzaman Said Nursi, baru tadi search di internet..penulis Risalah An-Nur..byk dlm Bahasa Turki, ada juga dlm BI..syukran for the info..  (Quote)

    ReplyReply
    • nohas: Belum pernah baca karya Badiuzzaman Said Nursi, baru tadi search di internet..penulis Risalah An-Nur..byk dlm Bahasa Turki, ada juga dlm BI..syukran for the info..

      Alhamdulillah, misi berjaya. Memperkenalkan sesuatu kepada kalian dengan harapan akan dipanjang-panjangkan lagi. Afwan. Teruskan mengkaji :)   (Quote)

      ReplyReply
  6. maiyah says:

    salam.. saya akan bik info tu nak cari kat tenet  (Quote)

    ReplyReply
  7. abuyon says:

    Andainya seorang manusia, lebih-lebih lagi para wakil sesebuah negara, tidak mahu tunduk kepala mereka kepada Allah, maka siapakah yang akan menahan mereka daripada sujud kepada pihak-pihak lain?

    - Badiuzzaman Said Nursi

    Salam syeikh, tidak mahukah menyahut kempen saya :)   (Quote)

    ReplyReply
    • Kata-kata yang menusuk kalbu bagi siapa yang mahu berfikir. Kalau yang tak mahu berfikir, pasti akan mengabaikan apa jua kata-kata nasihat.

      abuyon: Salam syeikh, tidak mahukah menyahut kempen saya

      Oh, kempen itukah. Boleh saja. Insya’Allah :)   (Quote)

      ReplyReply
  8. abu aiman says:

    Salaam,
    teringat asrama yg diserang pijat masa form 4. Naik for 5 katil kayu ditukar ke katil besi.

    Sentiasa berdoa moga dipanjangkan umur dalam beribadat… amalan belum cukup untuk bawa mati..  (Quote)

    ReplyReply
    • abu aiman: teringat asrama yg diserang pijat masa form 4. Naik for 5 katil kayu ditukar ke katil besi.

      Salam,

      Hehe.. itulah, pepijat ni jenis suka duduk di katil kayu dan tilam yang agak gebu-gebu. Jadi hendaklah selalu jemur. Biasanya musim panaslah dia mudah beroperasi untuk menggigit manusia.

      Amin.  (Quote)

      ReplyReply
  9. salam..
    teringin pula untuk membaca buku tersebut. akan saya cuba untuk memilikinya nanti. sekarang pun banyak buku2 yang tergendala bacaannya. ada juga buku2 baru yang belum sempat disentuh. terpaksa menghadap buku pelajaran sahaja.  (Quote)

    ReplyReply
    • pencinta bahasa: ada juga buku2 baru yang belum sempat disentuh. terpaksa menghadap buku pelajaran sahaja.

      Sila khatamkan buku pelajaran terlebih dahulu, jika kelapangan barulah cuba untuk meluaskan pembacaan dengan membaca buku ilmiah yang lainnya. SELAMAT MEMBACA YA!  (Quote)

      ReplyReply
  10. abuyon says:

    Untuk Syeikh Badiuzzaman dan mereka yang mati dan masih di jalan-Nya. Sepatah kata dari hamba-Nya buat membangunkan jiwa dan semangat serta hiburan sejenak di kala keletihan -

    Api dan Duri
    Di depan api di belakang duri
    Panasnya membakar tajamnya meluka
    Hey kawan, apa saja kita tidak peduli
    Mari bersama kita hadapi

    Atas nama perjuangan dan Tuhan
    Kalau tak mati, hidup mulia
    Kalau mati, mati
    syahid

    “Isyq kariiman au mutsyahiidan

    Barang yang teguh di langit
    Tegaklah ia di bumi

    Dari tarikan nafas,
    abuyon
    Madrasah Sains
    26 Julai 2009 12.30 tgh  (Quote)

    ReplyReply
  11. Tronx013 says:

    salam..

    .. mmm.. banyaknya yang saya tak tahu perihal tokoh Islam dan sejarah Islam…. kena banyak study lagi soal ISlam..
    al-quran dipisahkan dengan hiburan dan permainan yang melalaikan antaranya FACEBOOK..huh. terasa juga diri ini yang kerap bermain Facebook… :)

    Walau apapun, syukran ada blog ustaz yang boleh beri peringatan kepada kami.. inshaAllah.

    P/s-..
    Lama juga tak ke sini… nak kata busy, xbusy sangat, cuma lebih prefer melayan (facebook buatan israel)..

    Majalah kampus tu boleh dibaca secara online ke?  (Quote)

    ReplyReply
    • Tronx013: terasa juga diri ini yang kerap bermain Facebook…

      Salam,

      Saya nampak akhi selalu ada di Facebook sekarang :)

      Tronx013: Lama juga tak ke sini… nak kata busy, xbusy sangat, cuma lebih prefer melayan (facebook buatan israel)..
      Majalah kampus tu boleh dibaca secara online ke?

      Kalau begitu, ayuh bina sempadan agar tidak terbabas.

      Majalah Suara Kampus itu untuk dijual, sumbangan duitnya akan disalurkan buat persatuan di sini.. tempahlah, nanti akan dipos ke alamat rumah.  (Quote)

      ReplyReply
      • Tronx013 says:

        Salam…

        InshaAllah.. actuali, saya memang selalu online, google talk,Ym, and facebook skali.. saya jarang sms,jimat duit dengan menggunakan internet… inshaAllah, sekarang ni tengah mengawal waktu berinternet..

        Nak komen pasal H1N1- penyakit ini mudah merebak tetapi tidak mudah menyebabkan kematian.. berbanding dengan selsema burung yang lambat merebak tetapi kadar kematiannya tinggi. Jangan terlalu panik atau cemas, kuatkan semangat.. H1N1 ni macam selesema yang biasa kita kena tetapi berbeza virus sahaja. Virus H1N1 ni mudah mati bila terdedah pada persekitaran,jadinya selalulah basuh tangan dan jaga kebersihan…

        p/s- macamana nak tempah majalah tersebut??bayaran macamana pula ustaz?  (Quote)

        ReplyReply
        • Baguslah, mengawal waktu merebak penyakit ketagihan internet yang berlebihan..

          Virus H1N1 mudah mati bila terdedah dengan persekitaran bagaimana tu?

          Untuk menempah sila isi borang hubungi dan nyatakan berapa yang mahu ditempah. Urusan surat menyurat dan bayaran akan dibincangkan selepas itu.  (Quote)

          ReplyReply
  12. ikan emas says:

    Salam,
    buku yg hebat..mana nak cari?  (Quote)

    ReplyReply
  13. Salam ziarah ya akhi fil mesir.. Merujuk kpd entri akhi, ana berasa sungguh risau tatkala masyarakat muslim di Malaysia khususnya masih lagi lalai. Misi musuh2 Islam untuk menghancurkan Islam melalui pemisahan Al-Quran dgn individu muslim hampir tercapai melalui pemikiran sekularisme.

    Secara realitinya skrg, perlaksanaan agama Islam telah disempitkan hanya khusus untuk ibadah di masjid dan majlis2 keagamaan sahaja. Bahkan perkara2 yg wajib spt solat dan tutup aurat pun dianggap remeh temeh. Musuh Islam pernah berkata, “Aku tak akan gerun kepada Islam selagi mereka tidak bersolat fardhu Subuh seramai mana seperti ketika mereka mengerjakan solat fardhu Jumaat di masjid”. Ini merupakan satu ungkapan musuh Islam.

    Syeikh Badiuzzaman Said Nursi bagi ana secara peribadi bukan sahaja penulis kitab2, tapi merupakan ulama’ Islam di mana kupasan beliau mengenai ilmu2 islam dan pemikiran beliau sgt hebat. Artikel yang baik, selamat menuntut ilmu dan berdampingan dgn para ulam’ di bumi anbiya’..  (Quote)

    ReplyReply
  14. sinar says:

    salam ustaz
    pernh dgr nama Sheikh badiuzzaman Said Nursi..tpi tk pernh membca bahan2 dari beliau..mga lepas ni laman ust ni blh jadi rujukan ana..

    ps:: Alhamdulillah ana sdh berada di malaysia.  (Quote)

    ReplyReply
    • sinar: mga lepas ni laman ust ni blh jadi rujukan ana..

      Insya’Allah, boleh saja ambil yang mana dirasakan bermanfaat. Yang tidak memberi faedah boleh lemparkan saja ke dalam lautan.

      Oh, baguslah. Hati-hati H1N1 ya!  (Quote)

      ReplyReply
  15. nur_syahadah says:

    salam…saya tak banyak mengetahui pasal tokoh2 islam (macam kata Tronx013)..kena banyak baca dan cari kisah tokoh2 Islam lagi.. apa2 pun perkongsian di sini banyak memberi manfaat..terima kasih ust..  (Quote)

    ReplyReply
  16. Rshila says:

    Tahniah krn anda tergolong dalam mereka yang mendapat hidayah, menelusuri penulisan Said Nursi melalui makalah-makalah Risale-iNur yang memimpin jalan kepada mereka yang hampir tersasar cabang iman mrk di bumi Turki pada 1800-an. Dari Anatolia ke Isparta lantas akhirnya di Bursa, Said Nursi bersemadi dengan memberi manfaat ilmu yang tidak ternilai untuk umat Islam sejagat. Teruskan usaha murni sdr, pastinya sdr akan mendapat ketenangan dan kebahagiaan dengan memahami dan meneliti kandungan Risale-i Nur.  (Quote)

    ReplyReply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled