Ahsannas Tetapi Seksi!
Category : Uncategorized
Kami tiba di Mator Kaherah (Lapangan terbang antarabangsa Cairo) lebih kurang jam 12:30 malam setelah bertolak daripada Tanta Gharbiah selama 2 jam perjalanan. Suasana lapangan terbang itu kelihatan masih lengang dari kesesakan pengunjung. Kebiasaanya ia penuh dan sesak.
“Luas dan cantik lapangan terbang baru ni..” Bisik saya sendiri.
Lapangan terbang baru itu baharu saja siap dibina menggantikan yang lama. Ianya lebih luas, selesa dan canggih berbanding sebelumnya. Nyaman hasil hembusan air-cond.
Seusai mengangkut barang ke atas troli, saya bersama ahli bait dan Zulkarnain memasuki ruang menunggu. Zulkarnain pulang bercuti setelah setahun setengah mendiami bumi Badhawi dan menjadi teman serumah. Atas kapisiti itu, saya bertanggungjawab untuk menghantarnya pulang.
Kami selesa menunggu di ruang kerusi yang disediakan. Kelibat pelbagai bangsa adalah pemandangan biasa jika statusnya international.
Sedang rancak berbual, saya terpandang ke arah segerombolan pelajar lelaki dan perempuan. Pada hemat saya, mereka adalah pelajar perubatan berdasarkan penampilan dan pakaian yang dipakai. Sedikit berbeza. Namun itu tidaklah mengejutkan saya.
Jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 2 pagi. Ketibaan pengunjung semakin ramai memenuhi ruang kosong. Papan litar elektronik memaparkan penerbangan Egypt Air yang akan dinaiki oleh Zulkarnain akan bertolak pada jam 4:30 pagi dan bakal transit di Mumbai India.
Selesai urusan penerbangan.
Ahsannas Tetapi Seksi
Ketibaan rombongan kedua pelajar lelaki dan perempuan kali ini menyesakkan mata saya. Tidak tahulah orang lain bagaimana perasaannya. Jikalau pemakaian berbaju blaus dan berseluar jeans bagi pelajar perubatan perempuan mungkin adalah perkara biasa. Tetapi jika tidak bertudung itu adalah luar biasa.
Dalam sekelompok rombongan itu, kelihatan salah seorang dari kalangan mereka tidak bertudung malah pakaiannya seksi mengalahkan wanita Arab. Seseksi Arab, mereka tidak akan mendedahkan lengan dan dada secara terbuka.
“Demo perasan dak ada seorang akhawat tadi tak pakai tudung dan dedah aurat..” Bisik saya kepada teman di sebelah.
Jadi rimas. Entah tak tahu mengapa.
Tambahan pula masyarakat Mesir kebiasaannya apabila menyebut tentang Malaysia, mereka akan melabelkan mahasiswa-mahasiwi yang menuntut di sini sebagai Ahsannas. Ahsannas membawa maksud ‘manusia baik’ bagi mereka. Bayangan wanita bertudung labuh, berniqab, lelaki berkopiah putih menjadi mainan di fikiran mereka pada hemat saya. Berbunga-bunga hati bila mendengar gelaran indah sebegitu.
Namun ianya cuma sementara. Dahulu mungkin, kini tidak lagi.
Terserempak Di Mansurah
Pernah suatu ketika saya ke Mansurah untuk menghadiri bazar Asean anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah. Bazar itu diadakan dalam perkarangan Jami’ah Azhar Banin cawangan Mansurah dan mereka menyewanya untuk program itu selama beberapa hari.
Seusai menjamah hidangan, saya bersama Majdan mengatur langkah keluar ke pintu utama untuk pulang ke rumahnya. Dari kejauhan saya terlihat sesuatu di hadapan kami. Kelihatan dua orang mahasiswi persis bintang filem korea sedang berjalan menghampiri. Salah seorangnya tidak bertudung, rambut berwarna keperangan, bajunya bagai sehelai kain membaluti cempedak masak. Rakannya pula memakai tudung tetapi berbaju ketat.
“Ish, orang cina kot.” Saya bersangka baik bila melihat dari kejauhan. Biasanya penjual wanita berbangsa cina yang datang berniaga di sekitar kota-kota Mesir berpakaian begitu. Saya tidak terkejut kerana dikalangan mereka adalah non-muslim.
Malah wanita Arab beragama Kristian juga tidak bertudung.
Apabila kedua-dua mahasiswa tadi melepasi kami, terdengar perbualan mereka dalam loghat Bahasa Melayu. Sah!
“Dan.. tu pelajar perubatankah?” Saya bertanya ingin kepastian.
“Ermm.. biasalah..” Jawab Majdan seolah-olah sudah jemu melihatnya.
Kasihan, mereka menjadi pakar perubatan tetapi mereka telah sakit. Tiada Doktor jiwa mengubati merekakah?

Kemana Perginya Doktor Hati?
Sangat sukar menjawab persoalan ini. Saya sendiri merasa malu untuk membicaraka hal ini. Namun, biarlah saya menjawab dalam bentuk sebuah jawapan membina dan nasihat menasihati demi kelangsungan agama.
Sungguh, saya berdukacita mengenangkan anasir-anasir begini sudah merebak di kalangan mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di Mesir.
Mahu letakkan sandaran mereka bersalah 100% adalah tidak memungkin sebuah penyelesaian. Kerana mereka sudahpun menapak di perlembahan Nil ini. Kemungkinan besar mereka lahir dari keluarga yang tidak berpengetahuan agama, ataupun terjebak dengan ajakan persekitaran yang tidak membina.
“Kita sepatutnya menganggap mereka (pelajar perubatan) sebagai mad’u kita, kita dah tak boleh halau mereka keluar sebab mereka sudah berada dan menjadi sebahagian dari kita. Di sinilah bermulanya medan dakwah kita sebelum terjun dalam masyarakat Malaysia yang sedang dilanda pelbagai masalah sosial.. jadi kalau kita tidak mampu mentarbiyyah mereka, bagaimana?” Saya memberi tazkirah subuh sewaktu diberi taklifan ketika menghadiri program muzakarah berkelompok di Baltiem.
Mahasiswa-mahasiswi Al-Azharlah yang sepatutnya menjadi Doktor hati dan jiwa buat mereka. Rapati, dekati mereka dan ajaklah secara perlahan-lahan untuk kembali ke jalan yang sebenar. Mana tahu dengan ajakan kita, Allah bukakan hati mereka menerima hidayah.
Mana mungkin pesakit H1N1 akan berjaya diubati jika Doktor juga mengalami penyakit yang sama bukan?
Semoga tidak menjadi seperti peribahasa, “Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi”.
12:19 AM, 30 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.





Salam. Laa begitu ke, ingat doktor kat sana tudung-tudung labuh belaka
Ke mana perginya doktor hati?
Jemput semua, baca n3
http://abuyon.blogspot.com/2009/02/gerak-hati-gerak-kita-gerak-kita-gerak.html
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Doktor Hati pun banyak yang tawar hati.. itu yang masalahnya. Haa, Abuyon siap promote entri lagi. Mari kita pakat baca dan komen blognya!
(Quote)
Like or Dislike:
1
0
ah, Farid. Kalau dikatakan promote malu saya. Yang benarnya, lebih kepada menjawab soalannya. Guru hati itulah. Kadang, memang ada depan mata kita, tapi tak nampak pula. Sebab hati terhijab kita tak rasa.
Sebab, barangkali cari dengan usaha sendiri. Lupa pula Allah yang maha Esa. Jadi, carilah dengan Dia.:)
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Tak mengapa, perkara baik seharusnya disebarkan ke serata pelusuk dunia. Jika ada makhluk di planet pluto sekalipun andai diizinkan Allah teruskan saja menyebarkannya. Dakwah wajib berjalan sentiasa.
Iya, Allah Tuhan Kita.
(Quote)
Like or Dislike:
1
0
salam..
Agak sukar juga untuk menegur orang yang merasa dirinya pandai dalam segala hal, sedangkan tiada bezanya antara kita melainkan ketaqwaan pada Ilahi…
Tempias sikap pelajar perubatan Malaysia di mesir terkena di Malaysia juga…
Biasanya, dalam psychology, mereka yang terlibat dalam menyembuhkan masalah sakit jiwa seperti depression,bipolar dan lain, adalah melibatkan juga ahli agama atau ustaz di samping psychologist. Bukan setakat Dr merawat pesakit, tetapi, ahli agama juga adalah penting dalam membantu Dr untuk menyembuhkan pesakit jiwa…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Sudah tentu. Menegur tanpa tindak balas kurang tekanan, menegur kemudian ada tindak balas drastik itu merunsingkan.
Tempiasnya terkena ya? Bukankah ianya dari Malaysia bawa ke Mesir?
Boleh jika sudah bersedia. Tapi kalau mahu bantu bahagian sakit mata mungkin saya serahkan dekat akhi saja kot.
Ana la a’rif hakaza..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam..mula2 bila saya dapat tahu da pelajar perubatan di mesir terus terbayang difikiran saya mereka juga bertudung labuh dan berkopiah(tak pun ala2 ust jugak)..tapi agak terkejut bila dapat tahu kedudukan sebenar.. kalau dah sampai tak bertudung rasenya agak melampau.. betul tu ust,doktor hati mesti bertindak.. masa nilah nak memulakan dakwah pada mereka yang kurang @ tak tahu pasal agama (walaupun mereka serba tahu dalam bidang lain)…
cabaran untuk golongan azharian.. semoga berjaya!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Itu yang saya fokuskan dalam entri ini. Tetapi sedikit terkilan kerana Doktor Hati itu tidaklah ramai untuk menawarkan perkhidmatan mereka. Sedangkan perkara ini semakin parah.
Golongan cikgu juga boleh berdakwah melalui pengajaran Insya’Allah. Teruskan berusaha ya!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
insyallah..saya pun perlukan kekuatan untuk itu..masih dalam proses belajar lagi..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Tak mengapa, belajar dan cuba berdakwah. Insya’Allah boleh.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Moga2 diberi hidayah dan cepat-cepat insaf.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Harapnya begitulah.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Dulu dan sebelum baca n3 syeikh yang ini, dalam hati dan minda saya – pelajar yang belajar doktor di sana, Mesir ke Arab ke sangat saya hargai, tabik. Sebab pada pandangan saya yang dhaif, hebatnya dia sebab sebelum belajar ilmu doktor, lebih dulu belajar ilmu agama, hafaz surah itu dan ini. [bukan begitu ke cara belajar doktor kat sana, ya syeikh. Kalau bukan, info yang ada salah rupanya]
Jadi, pastilah juga aurat terpelihara. Dan lagi hebat dia dari pelajar agama, fikir saya barangkali.
Tetapi, indah khabar dari rupa,
rupa-rupanya.
Orang tiap kali tanya, habis saya cerita, bagusnya belajar doktor di sana, sampai ada cita-cita nak hantar anak ke sana.
Doktor, tetapi ulama.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Bergantung kepada lulusan mana. Maksudnya tak semua begitu, terkadang ada yang datang dengan Baitulmal, Mara, JPA, dan ada yang datang lepas SPM melalui Agen. Maka berlaku percampuran pelbagai jenis pelajar yang bermacam perangainya.
Sebenarnya ada yang bagus, Alhamdulillah. Macam yang Abuyon cakapkan, jadi Doktor tetapi tahu selok belok agama. Cuma yang bermasalah itu memburukkan nama pelajar Malaysia.
Menggeleng dibuatnya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
OOo..begitu ke. Pandangan k kin tehadap pelajar di Mesir sama seperti kebanyakan orang. Kalau pun tidak berilmu seperti seorang ustaz/ustazah, sekurang2nya berpenampilan seperti org yg mahu membaiki diri. Apatah lagi sudah ada peluang untuk berada/belajar di bumi anbiya’ sana. Itulah, fitnah kini berada di mana2. K kin doakan, doktor2 hati di sana akan mampu menggembling tenaga dan ilmu untuk menjinakkan mereka. Semoga ada ruang dan dipermudahkan. Amiin.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Jikalau pelajar jurusan pengajian Islam Al-Azhar, buat masa ni tidak adalah yang tak bertudung. Cuma masalah ini melibatkan pelajar perubatan.
Semoga begitu, iyalahkan.. bagaimana mahu mengubati pesakit jika Doktornya juga sakit?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Satu lagi artikel bicara ‘masalah yang sama’, semakin ramai ustaz/ustazah mula runsing dengan kebanjiran pelajar medic di Mesir. Susahnya nak men’jaga’ mereka dan macam-macam lagi.
p/s: Setahu ana universiti selain Al-Azhar tidak mewajibkan students medic untuk hafaz Quran.
Tapi kini dah banyak universiti menawarkan aliran perubatan kepada pelajar Melaysia, Univ Cairo, Univ Zagaziq dsb. Cuma, yang mahu ana tekankan TIDAK SEMUA pelajar medic sebegitu, sebahagian saja tetapi tempiasnya kena pada semua. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ada juga pelajar perubatan yang memakai niqab dan sangat menjaga aurat.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Oo ingat kena hafaz Quran dulu, sebab ada dulu kawan cerita begitu.
Insyirah, sebab itu bijaknya orang tua Melayu dulu. Pepatah tu memang tepat sekali. Nila setitik, biru semua (pepatah saya pula
. Tapi zaman dah berubah, orang dah jarang pakai nila.. he. Namun, maknanya masih dan sangat relevan.
Tabik pada doktor menjaga.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum…
Ana agak terkejut apabila mengetahui kedudukan sebenar..No idea tuk komen..hilang kata2..rasa agak kecewa dan hampa…
Ana Setuju dengan ustaz. Ya..semoga tidak menjadi seperti Harapkan pagar, pagar makan padi..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Wa’alaikumsalam,
Saya lebih terkejut pada mulanya. Dahulu rasa kurang hati juga tindakan menghantar pelajar perubatan yang bermasalah sosial ke sini.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Terkejut baca artikel ustaz. Saya pun selama ini beranggapan kalau pergi Mesir tu mesti semua bertudung. Nampaknya dah jadi macam kat Malaysia pulak.
Adik ipar saya, lelaki, insyaAllah akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mansurah Oktober ini.
Moga terpelihara dan mendapat jagaan daripada ustaz-ustaz di sana.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Memang begitulah gamaknya. Pandangan positif masyarakat Mesir terhadap pelajar Malaysia juga sudah semakin terhakis. Dan yang paling utama ialah bimbang kemurkaan Allah SWT.
Dia datang melalui agen atau apa? Jika lelaki saya tidak terlalu bimbang sangat berbanding perempuan.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum..
sebenarnya, dh tahu tentang hal ni awal, sbb ada kawan di sana.. yang juga berubah setelah ke mesir. di Malaysia dia seorang yg bertudung labuh, bila balik bercuti, kami terkejut kerana dia dah lain. tapi bila betul2 bersembang, dari hati ke hati.. memang,mereka ni hajat suasana islami, dan hajat untuk jadi muslimah yg baik. cuma mereka tidak suka apabila dipaksa. mereka hajat dibentuk dengan lembut, bukan dgn keras. tu yg menyebabkan ramai lari dari islam, mungkin..
nasihat saya: teruskan mendekati mereka dgn cara berhikmah. moga Allah permudahkan buat antum di sana..
may Allah bless
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
setuju dengan Humayra, cara tegur perlu berhemah. Ini dah bab pendekatan menegur orang yang mungkin dah tahu/buat-buat tak tahu/tak mahu dianggap tahu/tak tahu yang dia serba tahu/tak tahu ramai orang anggap dia tahu. Parah!
Tapi ada satu perkara yang juga penting, kita mengajak sebab kita tidak berkuasa untuk mengubah. Secara asasnya kalau seseorang tu memang kuat pendiriannya, faham dan berpakaian yang layak digelar Muslim, letaklah beliau di mana sekalipun, UK, Mesir, AS, Ireland, Indonesia, Rusia, Jepun (sekadar beberapa tempat yang ada pelajar Malaysia). Insyaallah beliau tidak akan jadi lalang yang mudah ditiup angin. Perkara yang sama juga berlaku bagi pelajar kita di Malaysia. Semua pun maklum.
Mudah-mudahan kita semua teguh dengan pendirian, kadang-kadang orang tak sedar/tak mahu sedar nikmatnya Islam tu hanya dengan berpakaian elok/tutup aurat. Bagi yang perempuan mereka sendiri tak sedar apabila mereka menutup aurat tu sebenarnya lebih membuatkan diri mereka rasa lebih selamat. Jika sekadar buat sebab disuruh (kakak usrah y suruh/suami suruh/mak ayah suruh) tapi hati tak boleh terima, maknanya mesti selidik kenapa tak sampai lagi nikmat berpakaian menutup aurat tu. Hijab tu…hijab…Ya Allah bantulah hamba-hamba Mu ini…Teguhkanlah hati kami..teguhkanlah hati kami..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Ya, saya bersetuju dengan ini. Dan sudah pasti Doktor Hati tidak terlalu runsing untuk berfikir tentang ini secara mendalam kerana masing-masing sudah tahu kedudukan diri sendiri.
Inilah kesakitan yang wajar diubati segera!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Wa’alaikumsalam,
Sangat kecewa jika atas alasan itu mereka tinggalkan memakai tudung labuh. Mungkin kita terdidik dengan sifat manja yang berlebihan menyebabkan kita lupa sejarah Islam dahulukala. Ya, kita lupa sehingga segala-galanya mahu mudah dan selesa.
Muslimin/Muslimah betul-betul cintakan Islam, biar di mana dan apa jua dugaan yang mendatang dia tetap saja berada pada paksinya.
Berhikmah itu sebenarnya banyak caranya, bukan semata-mata bercakap lemah lembut.
Baiklah, sebagai pengajaran ingin saya letakkan beberapa tokoh Muslimah yang wajar dijadikan contoh.
Siti Fatimah
Anak Rasulullah S.A.W yang tinggi budi pekertinya. Seorang yang sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali walaupun Ali seorang yang miskin. Beliau tidur berkongsi bantal dengan suaminya dan kadang– kadang berbantalkan lengan Ali .
Siti Mariam
Seorang wanita suci yang pandai dalam menjaga kehormatan diri. Seorang yang mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah S.W.T dalam mengandungkan Nabi Isa.
Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan cekal di dalam menghadapi sebarang ujian.
Siti Muti’ah
Seorang isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan oleh Allah S.W.T jaminan syurga untuknya kerana setia kepada suami, menjaga makan minum suaminya dan menyediakan tongkat kepada suaminya untuk dipukul sekiranya layanannya tidak memuaskan hati suaminya. Seorang yang sentiasa berhias untuk tatapan suaminya.
Siti Zubaidah
Merupakan isteri Khalifah Harun Al- Rashid. Seorang wanita yang kaya dermawan. Membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam. erm, saya juga terkejut. nanti pespektif org arab pada malaysia juga semakin berubah . perlu segera mengubat Doktornya . secara hikmah, insyaallah
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Memang sudah serong pandangannya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam
wah, bestnya pelajar Malaysia kat sana digelar Ahasannas. alhamdulillah baguslah tu. hmm. kat mana2 memang sama keadaannya. yup, sangat mendukacitakan kalau yang berperangai sebegitu adalah pelajar perubatan, betul kata ustaz. seharusnya merekalah yang sihat tetapi hakikatnya mempunyai penyakit. tapi, mesir lebih bernasib baik. di sini, pelajar perubatan, dalam 1 batch adalah dalam sorang je bertudung labuh. hmm.. doakan saya..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
memang demikianlah ya shaukah. Disebut Tuhan dalam quran, golongan yang sedikit.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Saya jadi teringat lagu Ghuraba’. Saya doakan dia yang dimaksudkan terus istiqamah.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam ziarah kembali….
sedih mengenagkan hamba tuhan yang tidak tahu mensyukuri nikmat yang Allah berikan…sama-samalah kita doakan kita tidak tergolong dalam kelompok mereka yang mati hatinya
btw…saudara ini pelajar perubatan universiti Tanta ke?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Tidak, saya pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Tanta.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
insyaAllah..saya pelajar perubatan university Al-Azhar cawangan kaherah
saza s´s last blog ..-tentang Sya’aban
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam ust farid,
Semuanya berdasarkan kesedaran dan keimanan…saya pun dlm dunia pendidikan ni dah jenuh. Kekadang dlm kelas, dpn mata kita sejuk mata memandang anak murid yg elok bertudung seperti sudah biasa lagaknya…tetapi bila berjumpa di luar..masyaAllah, kekadang terpandang ibu dan kakaknya juga tidak menutup aurat.
Selalu bersembang dgn rakan2 mereka yg lebih faham rakan mereka sendiri, mcm2 maklumat yg kita dapat. Diri mereka terbentuk dgn dunia yang mereka terokai sendiri…kita sbg pendidik adalah juzuk kecil shj dlm kehidupan mereka.
Namun begitu usaha jgn berhenti…teruskan memberi teguran dan nasihat…yg penting penuh berhikmah, mereka dtg dari dunia yg pelbagai. Kita tidak boleh menganggap ilmu mereka, kefahaman mereka sama mcm kita. Yg lebih pentingnya……hati mereka bermacam2 jenis. Itu yg menjadi titik tolak…doa jgn putus.
Jgn bertindak agresif kerana akhirnya mereka akan lebih cepat larinya dari kita…..mesti penuh berhikmah. Saya amat memahami biah/suasana ini kerana sy sendiri dtg dr kelompok pelajar aliran agama. Pendapat humayra ada benarnya.Wallahua’lam.
p/s Saya dh sign up, tp blum dpt reply…so, akan keluar lagi gambar bintang bergigi kut.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Itu masalahnya. Bapa borek anak rintik.
Sebenarnya ada dikalangan mereka belum bersikap agresif lagi, mereka lebih dulu bersikap agresif dan lari.
Insya’Allah lepas ni mesti boleh
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam.. kalau kat malaysia ni lagi lah, nak perjuangkan akidah yang semakin hilang pun susah malah makin teruk situasi apa lagi nak perjuangkan dalam peperangan macam zaman2 nabi dulu, kalau ditakdirkan berperang dengan orang yahudi.. adakah umat Islam mampu pertahankan keimanan mereka, ada tapi sedikit hanya yang beriman.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Itulah sebabnya, mahu berjuang untuk menutup aurat juga sudah beribu-ribu manusia kecundang inikan pula nak ajak ke medan dakwah dan Jihad.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum , salam ukhwah daripada Kak Zureen..nanti akak add link ini setelah dapat keizinan dr hubby ye….Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Wa’alaikumsalam,
Alhamdulillah masih ada yang begitu.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam syeikh,
zaman skrg sakit yg diiktiraf sakit ialah bila secara fizikalnya seseorng itu sakit. tp bab tidak menjalankan hukum & perintahNya tidak pula dianggap sakit…sedangkan bila ‘pergi’ esok sakit inilah yg akan disoalkan kenapa tidak dicari penawarnya. kita suka melihat…tapi kerapkali kita ‘tak nampak’…wallahualam.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Sakit ini harus lekas mencari penawar sebelum lebih parah. Ramai menjangkakan sakitnya itu adalah jenis demam biasa-biasa, tetapi rupanya demam denggi maut.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam ziarah
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
sudah lama tidak meninggalkan jejak di sini. Perkara-perkara sebegini juga berlaku di Malaysia. Mungkin persepsi mesir adalah bumi anbiya yang menyebabkan kita merasakan semua yang pergi sana akan bertudung dan menutup aurat. saya tidak menyatakan ianya salah, cuma pada saya ianya sama saja dengan seseorang mengaku muslim tapi lagaknya kalah non muslim. kitalah yang sebenarnye yang telah menyempitkan persepsi kita.
Persoalan yang ditimbulkan ke mana perginya doktor hati? Malang sekali, sistem yang ada sekarang lebih mengutamakan pencapaian akademik pelajar. tidak dinafikan akademik itu sangat penting, namun pembangunan sahsiah pelajar juga perlulah dititikberatkan. Inilah yang semakin hari semakin terhakis dalam diri pelajar. Tugas pendidik semakin hari semakin mencabar, masakan tidak pelajar2 pun dah mula kurang ajar pada guru. kerana itu pada saya, saya merasakan pembangunan jatidiri dan nilai2 ketimuran perlulah juga diterapkan saat mengajar. mungkin akan ramai doktor hati yang terlahir suatu masa nanti. inilah yang cuba dilaksanakan di ukm ini dibwh silibus pembangunan jati diri dan professionalisme. hasilnya mungkin tidak sekarang, mana tahu 10-20 tahun lagi.
nasihat, tarbiyah semua itu penting. mungkin di sinilah tugas kita semua bermula. lakukan sesuatu. perabadan ini memerlukan rawatan intensif.
maaf,
komen ini agak berjela
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Tidak mengapa. Terima kasih atas perkongsian. Teruskan mengikuti.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam..
saya bukan seorang pelajar dari aliran agama. saya berpendapat, era umat Islam ‘multiplayer’ perlulah dibentuk dan diwujudkan kembali. multiplayer yang saya maksudkan ialah orang islam yang fleksibel, serba tahu. kalau seorang pelajar engineering,tak semestinya otaknya penuh teori engineering saja, tapi juga perlu arif selok belok agama. barulah boleh digelar ahsannas yang sebenarnya. berada di bumi anbiya’ dan perseitaran yang kondusif untuk menerima ilmu, ‘dokter2 ahsannas’ itu kalau didekati untuk ditarbiyah insya-Allah akan menjadi ahsannas serba-serbi. mudah-mudahan.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Saya setuju dengan pandangan ini. Sebenarnya hal begitu sudah lama wujud dalam dunia Islam. Cuma kita sahaja tidak mendalami dan menghayati sejarah. Lihat siapakah cendiakawan Islam dan di apakah ilmu yang mereka pelajari?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
setuju sgt dengan kenyataan pelajar perubatan kita yg pompuan rata-rata berseluar ketat, baju singkat tapi bertudung. Anak akak masa semester pertama di Medan, Indonesia (sekarang dah di kepala batas untuk sambung lagik 2 tahun)terjangkit penyakit yg sama walau sedari kecil udah diasuh dan dibekal dengan ajaran dan amalan islam , payah nak jaga anak pompuan. Alhamdulillah dalam usia 22 tahun dia makin matang dan mula menyayangi diri dengan berpakaian seperti sewajibnya dan menjaga ibadahnya. Semoga Allah memberi hidayah dan pertingkatkan keimanan mereka
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Pengakuan ikhlas seorang ibu yang mempunyai anak perempuan. Percayalah, jika anak perempuan yang didik itu kemudiannya membesar dan solehah lalu taat pula kepada ibu bapa, nescaya ibu bapa bakal menikmati syurga bersamanya Insya’Allah.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam.
saya bukan belajar di mesir jadi saya tak tahu sangat la perkembangan di sana…saya ada kawan buat medic di Alex.memang dia tak berjubah dan bertudung labuh tapi tak la pula berpakaian tak senonoh…kalau dekat malaysia ni dia macam kebanyakan orang.dia pernah cerita tentang perception pelajar2 agama tentang pelajar2 medic di sana.ya dia mengaku memang ramai yang tak tutup aurat tapi masalahnya pelajar2 agama dah seolah2 cop pelajar2 medic ni dengan benda2 yang tak elok.yang tak elok tu semua diorang yang buat.lebih kurang macam tu la.its something like kerana nila setitik rosak susu sebelanga.saya bukan nak membela sapa2 di sini cuma nak berikan pendapat sikit…manusia ni memang ramai yang suka mengkritik atau menceritakan kelemahan orang tapi tak ramai yang menghulurkan tangan untuk sama2 memperbaiki kelemahan tu…saya tak kata yang mengkritik tu tak jalankan dakwah cuma jangan pandang serong kepada diaorang…saya pun kadang2 kritik orang jugak.biasalah manusia semua buat silap tapi Allah jadikan orang macam tu untuk kita jugak.untuk berikan kita peluang berdakwah kepada mereka,untuk berikan kita pahala…ya,saya pun tak suka tengok kalau orang berpakaian seksi seksa tu.
maaf kalau saya silap cakap.saya bukan penceramah atau pelajar agama macam tuan rumah atau majoriti pengunjung blog ni.saya masih bertatih untuk mencari ilmu Allah.
semoga apa yang berlaku di sekeliling kita membolehkan kita berfikir tentang tujuan kita wujud di dunia ni…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Jika bukti sudah berada di depan mata adakah itu mengecop secara suka-suka?
Ada kes, wakil Bait Muslim telah cuba berdakwah kepada mereka. Tetapi apa yang dapat? Kata yang pedih bagai terhiris pisau tajam. Belum sempat beri nasihat sudah keras kepala melawan.
Itu yang saya persoalkan di sini, mahu menjadi Doktor kepada manusia tetapi diri sedang sakit.
Aminn.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam ya syeikh dan semua pembaca.
Maaf ya nak ajak semua
– satu kempen sempena Ramadhan, yang saya namakan Ramadhan Zero Defect, ringkasnya RDZ. Justeru, untuk info lanjut boleh baca di blog saya http://abuyon.blogspot.com/2009/07/ketika-rindu-bertasbih.html
Saya akan linkkan mana yang menerima tawaran istimewa ini di blog saya, Insya-Allah
Moga-moga beroleh rasa, sesiapa Insya-Allah ..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Dipersilakan Abuyon. Semoga diberkati hasil usaha.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
pernah saya nukilkan di blog satu ketika dulu..semakin saya kenal Islam, semakin pedih rasanya hati..melihat situasi sebegitu, terasa sebal..
tapi ustaz, mengapa pelajar perubatan ya sebagai persepsi pertama?
saya tiba-tiba teringat teguran sinis tapi menusuk pensyarah saya di dalam kelas :
“jika awak nak pakai yang nampak itu, nampak ini, saya tak kisah. tapi, kalau saya nak tengok, awak jangan la marah. jika awak nak tunjuk, saya lagi suka nak tengok. sebab saya lelaki”
malangnya, masih ada lagi yang tak faham..haishhh
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Entri ini betul-betul mengingatkan saya suatu ketika dulu, bila lihat beberapa pelajar Melayu asal Patani telah berubah cara hidup ketika belajar di universiti sekitar Bangkok.Lebih Siam dari Siam.Hati saya hancur.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam wbt..
huuUu..sy terpaku pada mulanya ketika membaca posting ustaz ini..maaf sebelumnya sy membaca agak terlewat..tetapi inilah realiti kehidupan mahasiswa apabila berjauhan..pasti ada yg terlepas pandang..tetapi jgnlah terus menyerang mereka dgn hati yg marah malah didiklah mereka dgn hati yg kasihan..kerana mereka sedang sakit..kebetulan sy sedang posting di bahagian psychiatry skrg, terkedu mendengar; kemanakah perginya doktor hati..tetapi hanya sekadar mengingatkan, cz mereka tahu tp blum faham, jadi fahamkanlah mereka scr lembut..(entah..rasa mcm kesian dgr posting ni)
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam wbt..
huuUu..sy terpaku pada mulanya ketika membaca posting ustaz ini..maaf sebelumnya sy membaca agak terlewat..tetapi inilah realiti kehidupan mahasiswa apabila berjauhan..pasti ada yg terlepas pandang..tetapi jgnlah terus menyerang mereka dgn hati yg marah malah didiklah mereka dgn hati yg kasihan..kerana mereka sedang sakit..kebetulan sy sedang posting di bahagian psychiatry skrg, terkedu mendengar; kemanakah perginya doktor hati..tetapi hanya sekadar mengingatkan, cz mereka tahu tp blum faham, jadi fahamkanlah mereka scr lembut..(entah..rasa mcm kesian dgr posting ni)disinilah perannye khalifah Allah..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam…
maaf agak lambat ana membca entri ni..
Jujurnya selaku warga perubatan sendiri..ana jga sgt risau keadaan ini..
dengan lambakan pelajar2 perubatan dari pelbagai lapisan dan kurang tapisan..segalanya boleh brubah..
doktor hati tu mungkin ramai yang ada..dan ramai yang mencuba tk merawati..tpi kunci hati tu tak jumpa..
Ana tidak la terkjut prubahan yang berlaku kerana di mana-mana shaja dgn sistem yang ada..manusia akan lahir dlm pelbagai bentuk dan ragam..
namun sentiasala mendoakn dan tak putus merawat golongn yg memerlukan..ustz mahupun doc bgi ana..kalau matlamat tak jelas..akan lahirlah sikap yang Allah tak suka kan..moga Allah jernihkan fikrah islamiyah yang ada dan berikan petnjuk..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
mungkin mereka ingat mereka bljr medik di negara Eropah kot!!!!~tapi begitulah kan..mana2 pun, bilah Hati sudah kering, pandangan mereka sudah tak nampak mana yang betul dari segi agama biarpun mereka berada di sekeliling Biah yang bagus dan baik..jgn nnt bila sudah yg mengerti AGAMA pun berbuat demikian, hanya menunggu saatNya sahaja!!!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
agak lambat membaca post ni..bukan agak tapi memang lambat pun..huhu..
bukan semua camtu kan..ade jugak yang ok,ade jugak yang lagi ustaz daripada ustaz sendiri..same jugak lah ape yang saye lihat dari kacamata saya..ade jugak ustaz2 yang tidak kelihatan seperti ustaz yang sepatutnya..tetapi saya tidak mengatakan semua ustaz2 begitu..sama jugak lah macam ustaz farid tulis tu..tidaklah merujuk kepada semua warga perubatan di mesir..ada juga yang sedikit terpesong..
ade hikmahnya kenape tibe2 laaaaa ramai pulak budak2 medic datang mai mesir kan..bulan 10 ni lagi ramai ustaz..pulak tu,skarang ni al azhar dah bukak buat medic takyah blajar agama..al azhar yang sepatutnya jadi benteng kita,dah pecah dek penangan not not berkepala Agong..
kalo budak medic macam saya ni,dah la kene cari sendiri,nak ngaji dgn sheikh tak reti,dengan ustaz2 kene cari..
ni benda agama yang dah memang ada depan mata,dihapuskan begitu je..*cam dah lari topik jek*
InsyaAllah ustaz..naik tahun baru ni,kite medic dgn ustaz same2 perkasakan bumi tanta dengan Islam..bi iznillah..allahumma amiin..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
sokong afiq..sama2 kita perkasakan bumi Tanta dgn Islam..=)
NourelHousna´s last blog ..Kisah lucu akhir zaman
(Quote)
Like or Dislike:
0
0