Menerima Di Maktabah Al-Andalus

Category : Diari Penulis, Fiqh Islami, Suhuf Sejarah, Tazkirah

“Enta pergilah ambil kitab dekat maktabah andalus.. dia ada bagi zakat..” Beritahu Fauzi sewaktu terserempak di anak tangga bangunan Imarah Melayu Siberbay.

“Yakah.. sempat lagika pergi?” Tanya saya. Sebenarnya saya sudah pun tahu akan hal itu melalui seorang rakan tempohari.

“Sempat lagi, baru ada 13 orang tadi..” Jawabnya ringkas.

Lebih kurang jam 9 malam, saya bersama seorang teman serumah terus menuju ke Medan Sa’ah untuk mendapatkan kitab percuma itu.

Suasana malam di Medan Sa’ah saat itu agak sesak dengan kelibat manusia yang berkeliaran. Malam-malam musim panas lebih sejuk berada di luar rumah berbanding di dalam rumah. Mungkin itu salah satu faktornya.

Maktabah Al-Andalus

Ianya adalah maktabah kedua yang menjadi kunjungan mahasiswa Malaysia selepas maktabah Qirbah yang terletak di Akhir Said. Kebiasaannya setiap tahun pemilik kedai buku itu pasti akan memberikan kitab percuma kepada penuntut Malaysia Al-Azhar yang berkunjung ke kedainya sebagai pemberian zakat. Ini adalah kali pertama sepanjang berada di sini saya memperolehi kitab ilmiah percuma itu.

Kitab-kitab

“Enta ismak eh?” Tanya pemilik kedai itu kepada saya dan Najib.

“Fi qerneh?” Beliau meminta kad pelajar sebagai bukti kami adalah mahasiswa Al-Azhar.

“Fil bait..” Jawab saya. Sememangnya saya tidak tahu menahu samaada perlu menunjukkan kad pelajar atau tidak. Mujurlah Najib membawa kad pelajar bersama.

“Enta sanah kam?” Tanya beliau lagi.

“Tahun empat dan kami sedang menunggu keputusan peperiksaan..” Jawab saya cuba menerangkan.

Lalu beliau meminta supaya nama dicatitkan sebagai bukti pemberian zakat. Menurut Najib, tahun-tahun lepas ketika menerima zakat kitab tidak pula perlu menyatakan nampak.

“Mungkin untuk tujuan semakin dan rujukan agaknya..” Saya mengagak.

Dua beg plastik putih tersedia di tepi rak kitab. Pemilik itu menghulurkan bungkusan beg plastik mengandungi kitab itu kepada kami berdua.

“Da kitab tafsir, kitab fiqh, kitab hadis wa da kitabbu sabr..” Terang beliau.

“Kitab akhlaq..” Saya menyampuk.

Alhamdulillah atas kurnia nikmat ini. Seumur hidup, jarang sekali menerima pemberian kitab percuma berjilid-jilid. Senarai kitab yang diperolehi antaranya ialah kitab Al-Wajiz fi Kitab As-Sunnah Wal Kitab Al-Aziz karangan Doktor Abdul Azim Bin Badawi, kitab Umdatu Tafsir An Al-Hafiz Ibnu Kasir Mukhtasar Tafsir Al-Qurannul Karim sebanyak  3 jilid, kitab Syarh Riyadhus Salihin Min Kalam Sayyidil Mursalin dari Imam Abi Zakaria Yahya Syarf  An-Nawawi sebanyak 4 jilid dan kitab Sabru Diya’ yang ditulis oleh Abduh Bin Ahmad Al-Aqra’.

Keluarkanlah Zakat Jika Cukup Syarat

Suhuf sejarah menceritakan bahawa selepas sahaja kewafatan Rasulullah SAW maka wujud sekelompok kaum yang mengingkari untuk memberikan zakat kepada pemerintah Islam, Saidina Abu Bakr As-Siddiq. Permasalahan itu mendorong Khalifah menghapuskan golongan kafir tersebut.

Akibat permasalahan itu, Saidina Umar r.a telah bertanya kepada Saidina Abu Bakr r.a.

“Bagaimana kamu mahu memerangi mereka sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku telah perintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan Lailahaillallah.”

Lalu setelah mendengar kata-kata Saidina Umar r.a. lantas Abu Bakr r.a seraya berkata:

“Demi Allah! Aku pasti akan memerangi orang yang membezakan di antara solat dan zakat. Sesungguhnya zakat itu adalah hak harta. Demi Allah! kalau mereka enggan menyerahkan seekor anak kambing (betina bawah setahun) sebagaimana yang telah mereka berikan dahulu kepada Rasulullah SAW, nescaya aku akan memerangi mereka atas keengganan itu.”

“Demi Allah! Ini tidak lain daripada kurniaan Allah ke dalam hati Abu Bakr r.a dan aku mengetahui bahawa itu adalah kebenaran (dengan dalil yang diberikan).” Jawab Saidina Umar r.a

Dialog di atas menunjukkan kepada kita bahawa perkara memberi zakat adalah bukan hal yang remeh-temeh untuk dipraktikkan di dalam agama Allah SWT. Ternyata, ijtihad Saidina Abu Bakr r.a yang memegang tampuk Khalifah Islam ketika itu adalah bertepatan dengan nas syara’ dan dipersetujui pula oleh Saidina Umar r.a.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a:

“Barangsiapa yang Allah kurniakan harta, kemudian dia tidak mengeluarkan zakatnya, akan didatangkan kepadanya pada hari kiamat seekor as-shuja’ al-aqra’ (ular yang tidak ada rambut disebabkan mempunyai terlalu banyak racun bisa dan umurnya yang panjang) yang memilik dua taring yang keluar daripada mulutnya (ataupun dua tanda hitam di atas matanya yang melambangkan ia adalah ular yang paling ganas dan buruk) ia akan melilitnya pada hari kiamat, kemudian akan mengigit kedua rahangnya sambil berkata: “Akulah harta kamu, akulah simpanan kamu.” Kemudian Baginda SAW membacakan firman Allah:

“Dan jangan sekali-kali orang-orang bakhil menyangka dengan apa yang Allah kurniakan kepada mereka dari kemurahan-Nya adalah baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (disiksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan langit dan bumi. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.” (Ali-Imran: 180)

Manakala Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah berkata: “Adapun mengenai dalil kefardhuan zakat, maka sesiapa yang mengingkarinya adalah kufur.” (Fathul Bari: 3/262)

TasikQarun


Memberi Dan Berbaktilah

Memberi zakat bukan setakat melepaskan batuk ditangga atau sekadar ikutan budaya, tetapi memahami erti memberi zakat itu sendiri sangat tinggi nilai kefahamannya.

Selain menyempurnakan rukun Islam yang kelima, zakat mampu membersihkan dan menyuburkan jiwa, menghilangkan sifat cintakan dunia berlebihan, lantas mengikis sifat bakhil yang membekas di dalam diri, mengikat nilai kasih sayang antara pemberi dan penerima dengan keterikatan yang kuat.

Percayalah, pemilik harta pasti tidak akan dikurangi setelah mengeluarkan zakat. Sabda Baginda SAW telah menyebutkannya:

“Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta.” (Muslim: 2588)

Bahkan makna zakat itu sendiri bermaksud menambahkan dan menyuburkan. Yakni menyuburkan harta dengan keberkatan dan apabila wujudnya keberkatan dari Allah SWT, maka sudah pasti Allah SWT akan terus menerus menambahkan hartanya.

Ayuh, marilah kita menjadi insan yang MEMBERI SEBANYAK-BANYAK laksana jutawan zaman Rasulullah SAW iaitu Abdul Rahman Bin Auf, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Abu Bakr r.a.

Apakah guna harta menggunung tinggi tetapi jiwa kosong, batin meracau tidak tahu punca, hidup seakan-akan ketakutan bertimpa-timpa.

Terkenang saya kisah Qarun tenggelam bersama hartanya. Serasa bau busuk tasik Qarun yang terletak di El-Fayyoum masih melekat di deria hidung bila membicarakan soal bakhil.

Cukuplah, cukuplah itu sebagai pengajarannya!

12:35 PM, 28 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.


Comments (21)

salam… alhamdulilah..murah rezeki pemberi ye.. tangan yang menghulur lebih baik dari yang menerima.. tapi satu amalan yang baru didengar.. memberi zakat kitab.. rasenya takde lagi kat Malaysia. Ke saya yang tak tahu?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

nur_syahadah: salam… alhamdulilah..murah rezeki pemberi ye..

Salam,

Insya’Allah, moga si pemberi akan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Soal zakat samaada diberi dalam bentuk barang ataupun nilainya ulama ada membahaskannya. Terdapat tiga pendapat di sini:

1.Wajib dikeluarkan nilai barangan dan tidak sah dikeluarkan dalam bentuk barangan perniagaan. Ini kerana barangan perniagaan pada asalnya bukanlah harta yang wajib dizakatkan. Tapi dikenakan zakat sebab ada niat perniagaan. Ini pendapat Al-Ashah.

2.Wajib dikeluarkan dalam bentuk barangan itu sendiri dan tidak sah dikeluarkan nilaiannya kerana barangan itu menjadi sebab wajibnya.

3.Diberi pilihan samaada mengeluarkannya dalam bentuk barangan atau nilaian.

Ketiga-tiga adalah pendapat mazhab Imam Syafie’.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

ooo..gituu..panjang lebar penerangan ust ye..mekasihh…  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tidaklah panjang lebar mana. Boleh faham? ke ada yang kurang jelas.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

betol2 faham ust :-) ..boleh saya tanye sikit..tasek Qarun tu busuk ke? saya tak tau..leh cite sedikit ekk..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Assalamualaikum us…apa respon us terhadap penjualan kitab melayu yang dicetak di sebuah maktabah di Tanta?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Cinta Agung: Assalamualaikum us…apa respon us terhadap penjualan kitab melayu yang dicetak di sebuah maktabah di Tanta?

Wa’alaikumsalam,

Saya teringat soalan yang sama ketika dibangkitkan dalam muktamar PMRAM baru-baru ini. Isu yang sama.

Dalam hal hukum hakcipta, ulama’ ada khilaf dalam isu ini. Namun begitu, untuk permasalahan maktabah di Tanta itu saya syorkan begini. Bagi siapa yang tak mahu karya itu diulang cetak dan dijual oleh pemilik kedai, maka janganlah fotokopi di sana. Jika tidak masalah ini tidak akan selesai. Itu puncanya.

Mahu marah si pemilik kedai juga sangat tidak relevan kerana salah berpunca dari kita sendiri.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam.

jika diizinkan, saya pun nak berbuat demikian (memberi), tapi masih lagi “gila” memiliki. erm, apa nak jadi lagi ni, masih syg apa di tgn :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Tidak salah untuk memiliki, namun memberi juga tidak boleh dilupakan. Bila memberi tentulah ada yang menerima bukan?

Perlahan-perlahan… saya yakin setiap manusia ada kelebihan. Tak begitu?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Oooo…ada juga zakat dlm bentuk buku ya? ni kali pertama dengar dan tahu. Alhamdulillah, ilmu bukan setakat akan diperolehi oleh penerima kitab, tapi juga akan disebarkan dan utk manfaat org lain juga, insyaAllah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

K Kin: Oooo…ada juga zakat dlm bentuk buku ya? ni kali pertama dengar dan tahu.

Saya ada catitkannya dalam komen di atas. Ya, barangkali mereka berpegang pada pendapat ulama’ yang membolehkan bayaran melalui barangan bukan wang.

Insya’Allah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam….seronok juga dpt buku free…berjilid2. Skrg pembayaran zakat pendapatan mengikut potongan gaji di Malaysia mendapat tentangan dr non muslim kerana org Islam yg dh buat potongan zakat tak perlu lagi bayar income tax (PCB)- Potongan Cukai Berjadual. Dia org pun kononnya kena bayar juga sejumlah dana ke gereja dan tokong secara bulanan….dan mereka juga nak pengecualian dari PCB juga.

Saya belum mendalami isu ni…menarik juga utk dibahaskan di sini.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

asyiq: Skrg pembayaran zakat pendapatan mengikut potongan gaji di Malaysia mendapat tentangan dr non muslim kerana org Islam yg dh buat potongan zakat tak perlu lagi bayar income tax (PCB)- Potongan Cukai Berjadual.

Baru saya tahu tentang itu. Itulah masalahnya bila cukai (income tax) dikenakan kepada rakyat Malaysia. Dalam Islam jikalau kita selediki undang-undangnya, umat Islam hanya perlu membayar zakat kepada pemerintah dan orang bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam wajib bayar Jizyah. Makna kata tiada unsur ketidakadilan di situ.

Lihat, semua masalah akan jadi celaru kalau tidak mengguna pakai aturan Islam.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Alamak…tak suka la bila submit comment keluar gambar hantu..hihi. Farid tolong ajar akak mcm mana nak beri keluar gambar akak…bukan gambar hantu!!

p/s tak malu tanya…tanda byk perkara yg akak tak tahu. Jenuh dah tgk sana tgk sini, x dpt jwban.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

asyiq: Farid tolong ajar akak mcm mana nak beri keluar gambar akak…bukan gambar hantu!!

Mudah saja, cuba sign-up dengan http://www.gravatar.com. Insya’ALLAH boleh. Bukan hantu, tapi bintang bergigi. :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Teringat kata-kata di dalam filem Indonesia, Laskar Pelangi. Jadilah orang yang memberi sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Bb Hussain: Jadilah orang yang memberi sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya.

Salam,

Filem itu ada unsur yang baik, namun tak kurang ada beberapa kelemahan di sisinya. Moga dapat cernaan sebaiknya.

P/S: Saya lihat diblog kamu ada lagunya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam. Bicara soal memberi, seorang sahabat pernah tanyakan, semasa ana menghadiahkan sebuah buku (koleksi) untuk beliau sempena ulang tahun kelahiran. Bagi sesetengah orang, kan lebih molek beli buku yang baru untuk dihadiahkan tetapi bagi ana buku yang disayangi juga nak dihulurkan untuk melihat sejauh mana ana koreksi diri mana lebih ana sayang, antara sahabat yang banyak berbakti mahupun nilai sebuah buku yang ana sayangi.

Ana memilih sahabat kerana buku itu buku kesayangan, korbankan saja. Mudah-mudahan sahabat akan turut sayang buku tersebut dan sekiranya mahu ‘memanjangkan’ pemberian buku tersebut, alhamdulillah :) Hingga la ana sendiri pernah dapat sebuah buku yang sangat-sangat ana sayang (buku la Tahzan karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni) yang dihadiahkan oleh guru ana, rupanya buku tersebut telah dimiliki oleh 3 ORANG sebelum ana. Subhanallah, panjang rupanya perjalanan buku tersebut. Bertukar-tukar tangan berserta kata-kata hikmah yang diselit sama. Hamdalah. :)

Erti Hidup pada MEMBERI :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

insyirah: Subhanallah, panjang rupanya perjalanan buku tersebut. Bertukar-tukar tangan berserta kata-kata hikmah yang diselit sama. Hamdalah.

Salam,

Alhamdulillah.. segala puji bagi ALLAH yang menjadikan sifat manusia dengan akhlak terpuji. Teruskan! ya teruskan begitu!

Agar kelak tanganmu berkata-kata yang sebenar-benarnya. Berterima kasihlah lalu BERBAKTI.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Seronoknya dapat kitab free…alhamdulillah rezeki. Kak tirana paling suka kalau dapat hadiah buku..tak kira samada buku terpakai atau buku baru.

Bercakap tentang zakat, agama Islam memang indah. Dalam buku-buku motivasi orang putih yang kak tirana baca, mereka mengakui bahawa “pemberian” dapat mententeramkan dan membersihkan jiwa serta menggandakan rezeki. Mereka buat kajian tentang itu sedangkan agama Islam sejak awal2 lagi telah memberitahu dan mengajar kita tentang kebaikan “memberi” malah agama kita mewajib sebahagian daripada pemberian iaitu zakat dan sunatkan sesetengah pemberian seperti sedekah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tirana: Kak tirana paling suka kalau dapat hadiah buku..tak kira samada buku terpakai atau buku baru.

Samalah dengan saya. Nak beli bukan senang, nak terima free adalah senang. :)

Tirana: Mereka buat kajian tentang itu sedangkan agama Islam sejak awal2 lagi telah memberitahu dan mengajar kita tentang kebaikan “memberi” malah agama kita mewajib sebahagian daripada pemberian iaitu zakat dan sunatkan sesetengah pemberian seperti sedekah.

Orang barat terutamanya orientalis mereka mengkaji segenap segi budaya Timur. Maksudnya agama Islam dan umatnya dari dulu lagi. Sebab itulah timbul falsafah dan teori serta kajian akan perkara-perkara begitu. Lihat saja solat, setelah dikaji banyak manfaatnya. Itu belum masuk sunnah yang lainnya.

Indah bukan, tetapi umat mengotorinya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Post a comment

-Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh-

CommentLuv Enabled

Optionally add an image (JPEG only)

20 visitors online now
20 guests, 0 members
Max visitors today: 27 at 12:27 am UTC
This month: 70 at 03-05-2010 04:28 am UTC
This year: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC
All time: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC