Header image

Mari Membina Reconquista Dengan Membaca Dan Menulis

Posted by Farid Rashidi in Bicara Semasa | Fakta Umum | Permata Al-Quran | Suhuf Sejarah

1) Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
2) Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3) Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
4) Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
5) Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
6) Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas..

(Surah Al-’Alaq: 1-6)

Apabila membicarakan soal membaca dan menulis, saya teringat akan kisah Rasulullah SAW ketika awal permulaan surah pertama di muka bumi. Peristiwa kedatangan Jibril a.s mengajarkan Nabi Muhammad SAW dengan ayat Allah itu menampakkan hikmah tersirat yang mendalam sifatnya.

Ianya berkait rapat dengan hikmah kekuasaan Allah SWT dan kunci bagi mengecapi sebuah kejayaan. Surah ini adalah merupakan salah satu surah Al-Makiyyah yakni yang diturunkan pertama kalinya di bumi Makkah. Peristiwa mashyur itu berlaku di dalam Gua Hira’ dan mencerminkan beberapa hikmah yang wajar kita selalu renungi buat muhasabah diri.

Kata Al-Fadhil Syeikh Dr. Wahbah Zuhaili penulis kitab Tafsir munir, surah ini mengandungi beberapa hikmah antaranya ialah sebagai penjelasan akan kehebatan Allah SWT dalam penciptaan. Allah SWT mampu menjadikan manusia dari sifat kelemahan kepada kekuatan hasil cernaan pembacaan dan penulisan. Manusia lantas memperolehi ilmu pengetahuan yang tidak ternilai berbanding seisi alam dunia.

Unsur-unsur ketauhidan dan keesaan Allah SWT jelas terpampang sebermula ayat pertama lagi. Allah SWT menyuruh agar manusia membulatkan kefahaman akidah hanya semata-mata menyembah Allahhu Ahad, bukan selainya. Bukan matahari yang disembah masyarakat Jepun, bukan Api yang disembah Majusi, bukan Latta Wa Uzza sembahan kaum Jahiliyyah dan bukan Triniti yang diimani Kristian. Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan! Itulah Allah Azza Wajjalla.

Ya, Allah Tuhan semesta alam yang menciptakan cakerawala yang berputar, yang menciptakan langit membiru, yang menciptakan manusia dari segumpal darah dan setitis mani.

Manakala pada ayat yang keenam pula, menurut penulis lagi asbab penurunannya adalah kerana terjadi suatu peristiwa antara Rasulullah SAW dan Abu Jahal. Penceritaan ini telah dikeluarkan oleh Ahmad, Muslim, Nasa’ei dan Ibnu Munzir serta diriwayatkan asalnya oleh Abu Hurairah. Katanya:

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Abu Jahal pernah berkata: “Apakah Muhammad meletakkan mukanya ke tanah (sujud) di hadapan kamu?” Ketika itu orang membenarkannya. Mereka berkata: “Ya.”

Selanjutnya Abu Jahal berkata: “Demi Lata dan ‘Uzza, sekiranya aku melihatnya demikian, akan aku injak batang lehernya dan aku benamkan mukanya ke dalam tanah.”

kitabb

Membaca Dan Menulis Adalah Kunci Kejayaan

Lihat saja para ulama’ silam dan kini, mata pena pasti tidak lekang dari genggaman tangan walaupun hanya berbekalkan neon minyak buat menerangi malam-malam gelita dikala jari jemari mencoretkan sesuatu. Saya jadi kagum melihat deretan kitab Hadiyu Sari Muqaddimah Fathul Bari’ hasil syarahan Al-Imam Abi Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari dan Imam Hafiz Ahmad Bin Ali Bin Hajar Asqalani (773H-852) yang setebal 13 jilid.

Kekaguman itu masih belum menghentikan hati untuk memuji para ulama’ hebat ini. Betapa tak terbayang bagaimana kemampuan Imam Abi Zakaria Mahyuddin Bin Syarf Nawawi (136-676H) mengarang kitab Minhajut Talibin dan kitab Al-Majmu’ Syarah Muhazzab Lisyirazi yang setebal 23 jilid itu.

Begitu juga ulama’ dari nusantara hasil didikan Jami’ah Al-Azhar iaitu Syeikh Muhammad Idris Abdul Ra’uf Al-Marbawi Al-Azhari dengan kitab syarahan jawinya Bahrul Mazi daripada kitab Mukhtasar Sahih Tirmizi.

Tidak ketinggalan ulama’ muasarrah yang masih hidup hingga kini iaitu Syeikh Al-Ustaz Dr.Wahbah Zuhaili dengan kitabnya yang mashyur Tafsir Munir dan Fiqh Islami Wa Adillatuh. Alhamdulillah, saya sempat menguncup tangannya walau sepicing lalu di Ma’arad Kutub. Moga Allah SWT merahmati beliau dan kehebatan ilmunya.

Kehebatan para ulama’ ini berjaya mengais debu-debu jahiliyyah yang menempek di permukaan dasar ke kedhaifan. Mereka berjaya menggenggam kunci sebuah kejayaan dunia dan akhirat. Mereka telah membuka jalan pencerahan bagi kesenangan umat terkemudian.

Kunci kejayaan itu tidak lain tidak bukan adalah melalui pembacaan dan penulisan!

Konsep Membaca Yang  Semakin Terpinggir

“Kau lihat masyarakat jepun, mereka tidak akan leka walau sesaat tidak mana sahaja.. Hatta berkelana dalam rangkaian keretapi terpantas di dunia juga masih mampu membaca buku..” Hussin (bukan nama sebenar) membuka cerita.

“Kata orang  masyarakat barat itu maju setelah banyak membaca, mengkaji dan menghasilkan sesuatu dari pembacaanya.. Malah mereka terus menulis kajian itu untuk kesenangan tamadun hadapan pula..” Pujinya lagi.

“Ahh, apa kurangnya umat Islam.. dahulu kita juga punya kelebihan itu. Lihat saja deretan pengkaji dan ilmuan terhebat silam.. Al-Kindi, Al-Jabir, Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd.. semua itu adalah kehebatan orang Islam..” Jamal (bukan nama sebenar) pula bersuara.

“Cuba kau lihat betapa hebatnya khazanah ilmu yang dimiliki, tatkala tentera Mongol menyerang Baghdad, timbunan buku yang dibakar menghasilkan abu yang menutupi permukaan sungai..” Sambung Jamal lagi.

Ternyata, perbualan di atas hanya mampu menghabiskan air liur dan masa sahaja. Mengapa? Ya, berbual memuji tetapi diri masih terbelenggu dengan zaman gelap gelita persis zaman kegelapan Eropah sebelum Renaissance.

Saya sangat tertarik dengan fokus utama majalah Suara Kampus Edisi Johor (Bilangan: 114) terbaru bertajuk ‘Transisi Dua Tamadun’. Ia juga menyelitkan sebuah artikel membicarakan hal membina semula reconquista untuk umat Islam.

Kata artikel itu di bawah tajuk ‘Membina Semula Reconquista Sebuah Penilaian Untuk Umat Islam’:

Istilah ‘Reconquista’ dalam erti kata mudah merujuk kepada sebuah gerakan pengambilalihan semula tanah Andalusia (Sepanyol) yang dikuasi umat Islam (Panglima Islam Thariq Bin Ziyad berjaya membawa tentera Islam menakluki Andalusia pada tahun 771M) oleh tentera salib pada zaman Medieval Eropah (zaman pertengahan). Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Arab sebagai gerakan (Istiradad Al-Aradi) sebagai bukti balas dendam terhadap penaklukan Islam di Sepanyol.

Hampir penghujung artikel itu ia menyebut:

Walaupun terdapat beberapa gerakan merancang untuk membina semula Khilafah selepas kejatuhannya, namun orang Islam tidak bersemangat sepertimana semangatnya tentera salib merancang Reconquista mereka. Hakikatnya umat Islam kini memerlukan sebuah medan untuk melakukan ‘New-Reconquista’ untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam yang telah berlalu dan hanya meninggalkan nama.

Cita-cita Yang Dituju

Saya baru sahaja berjaya menyiapkan layout dan design majalah Suara Kampus terbaru tetapi dalam bentuk ta’akhi bersama Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM).

Namun, ianya tidak terhenti begitu sahaja. Selepas ini, masih mempunyai visi dan matlamat lain yang perlu diselesaikan sebaik mungkin. Saya menghargai beberapa cadangan dan komentar dari pembaca budiman.

Hasil cetusan idea beberapa pengunjung saya tekadkan azam untuk menulis sebuah buku sulung yang dikumpulkan dan disunting daripada artikel-artikel perjalanan hidup diari di bumi Ardul Kinanah ini. Sememangnya saya sudah mempunyai perancangan semenjak awal lagi tentang perancangan untuk menerbitkan sebuah buku. Tetapi ianya terkandas beberapa ketika.

Untuk kali ini, saya harap ianya berjaya direalisasikan agar menjadi kenyataan. Doakan semoga ianya menemui kejayaan.

Sebelum mengakhiri, ingin saya tinggalkan suatu kesimpulan yang wajar kita fikirkan bersama.

Hakikatnya, seseorang yang berilmu pengetahuan bukanlah dilihat pada banyak dan tebalnya buku yang dibaca tetapi ianya dinilai berdasarkan apa yang dinatijahkan oleh pembacaanya..

Mari membaca dan menulis!

2:55 AM, 26 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

41 Responses

  • iza says:

    Wah elok sangat perancangan uztaz nak karang buku tu. Boleh jadi novel atau travellouge. Selamat berjaya :)

      (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam.. haa..nampaknya nak jadi kenyataan dah ye..ust boleh menulis ramai yang sedari..jangan sia2 kan bakat yang ada tau.. teruskan menulis..lahirkan buku sulung mesti ramai yang mennatii…

    semoga berjaya ye ust :-)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      nur_syahadah: teruskan menulis..lahirkan buku sulung mesti ramai yang mennatii…

      Salam,

      Aminn dan Amiin.. semoga diperkenankan dan dipermudahkan urusan. Perlukan sedikit masa juga untuk berfikir sesuatu yang menarik. Perlu berfantasi untuk menguasai dunia realiti dahulu.

      Oh ya, juga lupa beli ya! (belum siap sudah suruh orang beli pula :) )

        (Quote)

  • NoRuLLiSzA says:

    salam
    takhasus apa di mesir ye.. byk buku :D
    ma’a taufiq wan najah dalam cita2 juangmu

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      NoRuLLiSzA: salam
      takhasus apa di mesir ye.. byk buku

      Salam,

      Kuliah Syariah Islamiah. Buku itu pelbagai bidang, ada Tafsir, Hadis, Sejarah, Usuluddin, Fiqh dan lain-lain lagi. Kitab murah wajar diborong. Sana juga begitukan?

        (Quote)

  • Iliana says:

    buku~ buku~
    sungguh kagum dengan semangat dan istiqamah ustaz dalam menulis..padat berisi..aduhai..saya sudah semakin ketinggalan gerabak keretapi yang sedia sesak

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Saya merasa sungguh kerdil bila kamu memuji begitu. Terasa belum layak untuk memiliki gelaran hebat. Kamu harus naik keretapi api ekspress laju lepas ini. Kalau boleh jenis yang terlaju di dunia seperti Jepun. Boleh?

        (Quote)

  • Kak Long says:

    Salam,

    Tertarik sungguh dengan kesimpulan entri ini,
    “Hakikatnya, seseorang yang berilmu pengetahuan bukanlah dilihat pada banyak dan tebalnya buku yang dibaca tetapi ianya dinilai berdasarkan apa yang dinatijahkan oleh pembacaanya..”

    Sungguh kagum dengan manusia yang dikurniakan dapat menulis sesuatu untuk manfaat semua. Insya Allah Farid juga boleh menjadi penulis yang dikagumi. Semoga apa yang diusahakan akan terlaksana.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Kak Long: Sungguh kagum dengan manusia yang dikurniakan dapat menulis sesuatu untuk manfaat semua. Insya Allah Farid juga boleh menjadi penulis yang dikagumi. Semoga apa yang diusahakan akan terlaksana.

      Amin Ya Raabb! saya sungguh kagum manusia yang mampu menekuni pembacaan dan memberi manfaat kepada orang lain. :)

        (Quote)

  • Aslina says:

    Salam, Terima Kasih atas ziarah ke blog…

      (Quote)

  • nohas says:

    Semakin banyak ilmu yg diperolehi, sepatutnya seiring dgn ketinggian akhlak dgn Allah SWT, manusia & alam sekitar…

    Didoakan semoga usaha sdr dapat direalisasikan secepat mungkin…disaat ledakan internet yg semakin memudarkan semangat membaca/menelaah buku-buku ilmiah & novel ‘chick lit’ yg semakin berlambak di pasaran..

    “Reading without contemplating is like eating without digesting”

      (Quote)

  • nur_syahadah says:

    nohas: “Reading without contemplating is like eating without digesting”

    betol..betollll….

      (Quote)

  • maiyah says:

    Akak jarang keluar jadi nak beli buku tu susahlah sikit. Tapi alhamdulillah dapat jugak info dalam blog ini. terima kasih

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      maiyah: Akak jarang keluar jadi nak beli buku tu susahlah sikit. Tapi alhamdulillah dapat jugak info dalam blog ini. terima kasih

      Tak apa, sekarang menggunakan klik jari di papan keyboard sudah mampu membeli apa sahaja. Teruskan membaca ya!

        (Quote)

  • awrapurnama says:

    selamat melncarkn buku keluaran pertama.. =)
    inshaAllah, yg baik itu akn dimudahkn..

      (Quote)

  • abuyon says:

    Salam syeikh. Sekarang mudah saja syeikh, cari penerbit saja. PTS, Galeri Ilmu, Telaga Biru dan banyak lagi syarikat penerbitan yang lain yang pasti sudi melamar :)

    Apa-apapun saya juga sedang bangkit semula untuk menulis genre yang dah lama saya tinggal, sajak. Begitu, bolehlah cuba-cuba membacanya di blog baru saya yang ringkas saja http://hijau-tinta.blogspot.com atau masuk saja blog saya, ada link di situ.

    Sedikit,

    Untuk Marwa,
    anakmu dalam kandungan dan
    suami yang bermaruah

    Untuk etnik Uighur di China yang kalah
    Semoga kalian, syahid

    Dan ana tahu enta punya segudang pretasi selain menulis. Melukis, pendebat dan benda-benda kreatif. Justeru, sajak ini di subuh hari ini, ana hadiahkan untuk enta, seorang penulis – Kalam Penyair [baca kat sana deh :) ]

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      abuyon: Sekarang mudah saja syeikh, cari penerbit saja. PTS, Galeri Ilmu, Telaga Biru dan banyak lagi syarikat penerbitan yang lain yang pasti sudi melamar

      Salam,

      Ini suatu cadangan yang baik. Cuba ana masih belum tahu kondisi penerbit ini bagaimana, maksudnya protokolnya dan atau perlukan apa-apa bayaran. Maklumlah ana belum bekerja dan mempunyai kewangan tetap. Jadi bayaran beribu-ribu sudah tentu tidak mampu untuk mencetak nanti.

      Cuma sekarang perancangan terdekat mahu terbit dan pasarkan di Mesir dahulu.

      Saya sudah ke sana, bagus sekali karyanya. Ada bakat :)

      abuyon: Justeru, sajak ini di subuh hari ini, ana hadiahkan untuk enta, seorang penulis

      Sungguh, saya terharu dengan penghargaan ini.. rasa tak layak untuk menerima hadiah begini. Alfu syukran Ya Amm!

        (Quote)

  • Isma says:

    Salam,

    Teruskan menulis dan terbitkan, jangan tangguh-tangguh.

      (Quote)

  • KakChik says:

    Assalamualaikum Faridrashidi. ALhamdulillah… hari ni kakchik mendapat satu perkataan baru, RECONQUISTA. Berbelit juga lidah untuk menyebutnya. Bombastik sungguh bunyinya.
    Menyentuh pasal membacanya ni, kakchik sungguh terharu dengan orang-orang yang banyak membaca dan boleh pula menulis hasil dari pembacaan mereka. Kakchik masih jauh dari tabiat tersebut kecuali tabiat membaca yang sudah begitu sebati dengan diri. Ke mana saja wajib membawa bersama sebuah buku untuk mengisi mana-mana ruang kosong yang ada. Kadang-kadang apa yang dibaca semasa ruang-ruang itulah yang lebih mudah masuk dan lekat di kepala kakchik berbanding dengan jika kakchik duduk elok-elok dan membaca.
    Hajat untuk menulis berdasarkan pengalaman dan sedikit ilmu yang ada memang ada dan sudah pun dimulakan tapi begitu susah untuk komited seperti beberapa orang kawan yang lain.
    Kakchik yakin Faridrashidi boleh menjadi seorang penulis yang hebat suatu hari nanti berdasarkan apa yang kakchik baca di blog ini selama ini.
    Teruskan tabiat yang baik ini kerana ramai orang mendapat manfaatnya termasuk kakchik.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      KakChik: Assalamualaikum Faridrashidi. ALhamdulillah… hari ni kakchik mendapat satu perkataan baru, RECONQUISTA. Berbelit juga lidah untuk menyebutnya. Bombastik sungguh bunyinya.

      Wa’alaikumsalam,

      Berbelit lidah sikit tak apa, jangan berbelit fikiran ya :)

      KakChik: Kadang-kadang apa yang dibaca semasa ruang-ruang itulah yang lebih mudah masuk dan lekat di kepala kakchik berbanding dengan jika kakchik duduk elok-elok dan membaca.

      Tahniah sebab mampu baca dalam keadaan begitu. Tentu sambil jaga kedai MariBaca juga sedang membaca bukan?

      KakChik: Kakchik yakin Faridrashidi boleh menjadi seorang penulis yang hebat suatu hari nanti berdasarkan apa yang kakchik baca di blog ini selama ini.
      Teruskan tabiat yang baik ini kerana ramai orang mendapat manfaatnya termasuk kakchik.

      Saya tak harap menjadi orang hebat, tetapi sangat berharap dapat berbakti dengan secebis usaha ini. Terima kasih ya Kakchik sebab sudi komen di sini. Lama benar menyepi dari bertandang ke sini. Ke datang?

        (Quote)

  • suara says:

    Salam Farid…
    Bagus… Bagus… Kak su sokong Farid menulis dan membukukan pengalaman di sana. Selitkan ilmu antara kisah, menjadikan pembacaan lebih santai dan menarik. Bukan apa, utk org macam kak su nih, kalau terlalu ilmiah buku tu, lambat benar nak menghabiskannya. Memang kekurangan diri. Huhu…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      suara: Bagus… Bagus… Kak su sokong Farid menulis dan membukukan pengalaman di sana.

      Salam,

      Terima kasih atas sokongan yang diberikan :)

      Mengikut pengamatan dan survey, ramai yang suka baca pembacaan santai tapi ilmiah. Maksudnya tidaklah terlalu serius dan ada cerita-cerita terselit. Apapun terima kasih atas pandangan tu ya.

      Kekurangan boleh diperbaikikan? :)

        (Quote)

  • Isma says:

    Moga cepat diterbit buku tuan. Saya masih tertangguh, banyak yang tertangguh. Masih tiada keyakinan untuk terbit, nanti bila ada kekuatan, Insya-Allah.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Isma: Moga cepat diterbit buku tuan. Saya masih tertangguh, banyak yang tertangguh. Masih tiada keyakinan untuk terbit, nanti bila ada kekuatan, Insya-Allah.

      Apapun, jangan tangguh-tangguh juga ya. Nasihat untuk saya dan anda juga :)

      Saya gemar baca blog En.Isma. Tulisannya juga bagus. Teruskan berkaya ya!

      P/S: Bagaimana tentang pergolakan di Thailand?

        (Quote)

  • hariza says:

    assalamualaikum ustaz,

    terima kasih atas kesudian ustaz menjenguk blog saya..
    pertama kali melangkah ke gudang ilmu ustaz, rasa kerdil diri saya ni..terlalu jauh bezanya dgn ilmu yg sy ada..

    semoga usaha ustaz untuk membukukan penulisan ustaz diberi kemudahan oleh Allah swt..sy sukakan gaya penulisan ustaz, santai tapi berisi..padat..

    man jadda wa jada.. :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      hariza: assalamualaikum ustaz,
      terima kasih atas kesudian ustaz menjenguk blog saya..
      pertama kali melangkah ke gudang ilmu ustaz, rasa kerdil diri saya ni..terlalu jauh bezanya dgn ilmu yg sy ada..

      Wa’alaikumsalam,

      Tidak ada apa yang perlu dikerdilkan. Saya juga makhluk Allah yang lemah di sisiNYA juga. Mungkin di sini perlunya kita selalu mempertingkatkan ilmu pengetahuannya.

      Terima kasih ya, jemput bertandang lagi. Rumah saya tiada caj dikenakan jika 10 kali jenguk sehari pun :)

        (Quote)

  • Isma says:

    Konflik Selatan Thai,entahlah.Tapi yang saya tunggu, Najib dan Abhisit akan datang melawat bersama ke kg. saya hujung tahun ini. Tapi itu mungkin lawatan ”kosong” saja.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Isma: Tapi itu mungkin lawatan ”kosong” saja.

      Susah mahu membuat kesimpulan bukan. Lawatan sesiapa sahaja boleh melawat, namun penyelesaian susah manusia untuk melakukan hatta pembesar-pembesar juga. Saya doakan kampung dan orang Islam di sana selamat.

        (Quote)

  • arsaili says:

    salam..yea masih banyak perlu saya perbaiki…kena banyak membaca dan menulis

      (Quote)

  • Ahyana says:

    Assalamua’laikum.

    Alhamdulillah, syukran ustaz atas ziarah.

    memang cukup membina dan detail apa yang dinukilkan di atas.

    Mudah-mudahan lbh ramai lagi ‘penulis’ yang dapat dilahirkan, begitu juga si ‘pembaca’.

    Surah Iqra’ itu sudah memberi seribu erti untuk kita laksanakan dan hayati.bukan sekadar membaca seperti anak kecil membaca paper tapi x mengerti apa-apa, tapi ia jauh lebih daripada itu. membaca setiap perkara dengan pandangan mata hati dan kerana Allah,dan memandang segalanya dari pandangan yang tidak lepas mengaitkan segalanya kerana-Nya.

    Begitu juga dari surah Al-kalam sendiri.

    “Nun. Demi kalam dan apa yang mereka tuliskan…” =)

    Ayuh, Mudah-mudahan kita terinspirasi selalu kerana-Nya..

    p/s: mhn tunjuk ajar ni ustaz.insyaallah ana tumpang kutip ilmu dari org2 bljr kat mesir =)

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge