Header image

Reaksi Bila Mengalami Gangguan Seksual

Posted by Farid Rashidi in Akhlak | Bicara Semasa | Tazkirah

“Hari tu ada seorang akhawat kita naik bas kat Kaherah, lepas tu ada laki arab mark dia.. Tiba-tiba waktu nak ganggu tu tersilap target, terkena kepada seorang ustaz melayu yang kebetulan ada dalam bas tu..” Cerita Sulaiman membuatkan kami rasa geli hati.

Saya tersenyum. Zuhdi dan Ibrahim turut mendengar bersama.

“Kawan ana hari masa nak mai Tanta, dia naik bas lepas tu berhimpit-himpitlah.. Kebetulan ada Makcik arab nak dekatnya, waktu lalu dia tak pusingkan badan mengadap tempat lain, jadi bergeserlah. Makcik tadi langsung marah dia sampai malu, satu bas dengaq!..” Sulaiman menambah lagi, ceritanya membuatkan kami tak mampu menahan ketawa.

Astaghfirullahal Azim.

Sememangnya wanita Mesir sifatnya mudah berang terutamanya jika melibatkan soal gangguan seksual. Saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri seorang wanita Mesir menengking lelaki yang tidak sengaja tersentuh kepalanya.

Namun, ada sesuatu yang lebih merunsingkan saya berbanding cerita itu.

Realiti berlaku di sini, mahasiswi Malaysia samaada dalam bidang Pengajian Islam ataupun Perubatan seringkali menjadi sasaran gangguan seksual lelaki tidak bertanggungjawab. Perkara ini bukanlah sesuatu khabaran yang baik untuk telinga menghadamnya. Ya, maruah dan emosi seharusnya menjadi topik untuk dianjakkan ke hadapan meja bulat perbincangan.

lelaki1

Naluri Seksual

Hakikat kejadian manusia itu semenjak azali mempunyai naluri untuk berpasangan dan seksual. Dalam bahasa arabnya ia dipanggil gharizah an-nau’ iaitu suatu bentuk naluri manusia untuk melestarikan jenis dan keturunan yang manifestasinya berupa dorongan seksual. Firman Allah SWT menguatkan lagi fakta:

“Segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kalian mengingat akan kebesaran Allah. Allah menciptakan kalian dari tanah, lalu dari air mani, kemudian Dia menjadikan kalian berpasangan (laki-laki dan perempuan).”  (Fathir: 11).

Begitulah penciptaannya, rasa cinta dan dorongan untuk berpasangan itu adalah fitrah dan lumrah kejadian manusia. Nabi Adam a.s merasa kesunyian di syurga kerana bersendiri, Allah SWT Maha mengetahui lalu diciptakan Hawa dari tulang rusuk kirinya agar menjadi pendamping menenangkan jiwa dan sanubari.

Namun begitu sewajarnya kita mengetahui akan sesuatu aturan. Bagaimana keadaan jika seorang rakyat jelata apabila mengadap pemerintah di Istana? Tentu sekali pelbagai protokol dan aturan menjadi guide linenya. Begitu juga halnya dalam memiliki seseorang wanita, dan wanita ingin mendampingi seorang lelaki. Tetap sahaja ada aturan dan syariat untuk membatasi pergaulan itu.

Seorang lelaki yang waras dan bijak tidak akan redah Istana dengan lagak gaya manusia yang sakit jiwa. Begitu juga seorang pembeli permata berlian tidak akan merampas barangan itu dengan kekerasan melainkan membayar harga barangan itu dengan ketetapan akad jual beli.

Seorang wanita yang mengerti juga tidak akan merelakan tangan-tangan durjana sesuka hati menyentuh dirinya tanpa ikatan yang jelas.

Ar-Rijal Qawwamuna Alan Nisa’

Hati terkadang merasa kecewa teramat sangat bila kaum sejenis melanggari fitrah ini. Di manakah maruah kelakian anda jika kelakuan anda seperti pondan dahagakan pelanggan? Sungguh, mengetap gigi kegeraman bila mendengar cerita-cerita sumbang seperti itu!

Kedahsyatan apa yang menimpa lelaki sehingga wanita baik juga menjadi sasaran tak bermata? Apakah itu suatu hobi yang waras bagi kamu wahai lelaki? Mahu saja menghadiahkan segegenggam buku lima percuma agar lelaki begitu mengerti tingginya langit, dalamnya dasar lautan.

Kata Allah SWT dengan kalimah yang agung:

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)..” (An-Nisa’: 34)

Lelaki dijadikan oleh Allah SWT dengan tanggungjawab memimpin rumahtangga, masyarakat, negara dan dunia. Ini termasuklah menjaga wanita dan anak-anak kecil. Lelaki bukan dijadikan untuk mencabul wanita dijalanan, bukan dijadikan untuk meng’skodeng’ anak dara bermandian, bukan jua dijadikan untuk merogol wanita sesuka hati persis bintang karnivor kelaparan daging selama berbulan-bulan.

Bila membicarakan hal ini, saya langsung teringat pada lembaran sejarah terlakar. Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik kepada kita bagaimana baginda telah membela nasib wanita muslimah yang dimalukan oleh kaum Yahudi Bani Qainuqa’. Dikhabarkan bahawa seluruh Bani ini telah dihalau dari Madinah oleh Rasulullah SAW setelah dikepung selama 15 hari.

Begitu juga apabila seorang muslimah di kota Amuria di sempadan Iraq dan Syam, menjerit meminta pertolongan kerana kehormatannya dinodai oleh seorang pemimpin Rom. Jeritannya didengari oleh Khalifah Mu’tasim yang terus memerintahkan angkatan tenteranya. Sumber sejarah menceritakan bahawa panjangnya bala tentera itu terlihat bila kepalanya terletak di Amuria dan ekornya masih di Baghdad. Mereka menyerang bukan sahaja pelakunya tetapi kerajaan Rom sekaligus. Akhirnya, kemenangan diraih oleh pihak umat Islam dan pihak Rom tumpas dengan penuh kehinaan.

Nah, ini lelaki sejati wahai kawan!

Lampiran sejarah silam dan syariat Islam tidak sama sekali meletakkan taraf wanita sebagai bahan gangguan seksual dan tempat melempias maksiat. Apakah mereka tidak sedar yang ibu mereka seorang wanita yang melahirkan manusia? Nenek mereka juga seorang wanita?

Kesan Emosi Wanita Dan Cara Mengelak

Ternyata disebabkan stereotaip yang negatif ini mengundang emosi yang begitu mendalam terhadapa para wanita. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengalami sexual harassment akan memendam perasaan tersebut dan menyembunyikan pengalaman dahsyat itu sehingga menyebabkan terjejasnya kualiti hidup.

Bagi mengelakkan perkara ini berpanjangan, sentuhan kaunseling dari hati ke hati menjadi pengubat duka yang membarah di dalam jiwa. Tetapi bagi saya ianya tidak memadai hanya sekadar kaunseling sahaja seandainya pihak lelaki jahat itu masih bergentayangan.

Kerana dasar usikan nakal begitu tetap sahaja akan berterusan memandangkan naluri seksual lelaki tidak akan terpadam selagi mana tidak ‘mati pucuk’ dan mati jasad.

Sebagai langkah berjaga-jaga, dinasihatkan kepada para wanita harus melaksanakan apa yang di dasari oleh syarak sebaik mungkin. Garis panduannya mudah, hindarkan tempat yang mencurigakan, elakkan bersendirian, hendaklah menutup auratelakkan berpakaian menjolok mata, hindarkan keluar bila mentari menghampiri senja dan yang paling penting berikan tindak balik reflek apabila wujud anasir-anasir durjana.

Pokok pangkalnya, langkah MENCEGAH lebih baik daripada MENGUBATI.

8:10 PM, 22 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

72 Responses

  • abuyon says:

    Salam syeikh. Wah ini tajuk menggoda ni, serampang banyak mata ni :) . Banyaklah yang beri komen nanti.

    Sebagai lelaki, kita tidaklah ‘kenal’ seorang muslimah. Lantaran itu, mata kita terpelihara, maruah dia selamat.

    Justeru, sebagai lelaki, seorang muslimah adalah saudara seagama kita. Sebab itulah, apabila berlaku hal-hal yang mencalarkan maruah dia, maka kitalah yang lebih dulu akan mengangkatnya, meski harganya nyawa! ke guane.

    Muslimah semua.. kena belajarlah menumbuk menendang, bersilat.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      abuyon: Wah ini tajuk menggoda ni, serampang banyak mata ni

      Salam,

      Bukan setakat mata, tapi hati juga. Apa yang paling utama, pembaca faham fokus yang dibawa dalam entri ini.

      abuyon: Justeru, sebagai lelaki, seorang muslimah adalah saudara seagama kita. Sebab itulah, apabila berlaku hal-hal yang mencalarkan maruah dia, maka kitalah yang lebih dulu akan mengangkatnya, meski harganya nyawa! ke guane.

      Betul doh tu.. dok kabo pung pahang doh. oOOK? :)

      Belajarlah mengawal situasi. Itu lebih penting, kadang-kadang kalau panik yang belajar silat juga boleh kecundang.

        (Quote)

  • leenoh says:

    Salam Farid.
    Sekarang di mana-manapun ada gangguan dan ianya berbagai pula, masyarakat sentiasa memerlukan peringatan.
    Rompak. rogol, pecah rumah dan ragut sudah menjadi lumrah, beritanya tidak lagi menjadi kejutan, demikianlah berlaku hakisan akhlak yang sangat ketara.
    Keadaan sangat memerlukan kegiatan dakwah diatur dan digerakkan.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      leenoh: Sekarang di mana-manapun ada gangguan dan ianya berbagai pula, masyarakat sentiasa memerlukan peringatan.

      Benar Encik Leenoh, peringatan ini sangat perlu dari semasa ke semasa supaya kita selalu ingat mengingat. Ini juga salah satu cara untuk menggerakkan dakwah.

      Entri di atas difokuskan kepada Mencegah lebih baik dari Mengubati.

        (Quote)

  • Tronx013 says:

    Salam,

    Belajar di universiti especially dalam bidang profesional di mana pelajarnya berebut menuntut ilmu di samping mengambil perhatian lecturernya, sungguhlah dahsyat.. Manakan tidak, bila semuanya berhimpit-himpit mengelilingi lecturernya. bagi mereka yang bukan Islam, lagilah suka menyelit tanpa ada malu, namun ada juga si Islam yang buat tak tau pasal hukum… Bila kami 2-3 orang bertanya dengan lecturer,secara tiba-tiba, muncul 2-3 orang bukan islam dan juga si islam muncul dan menyelit disebelah kami, biasanya perempuanlah. waduh…terpaksalah berundur menjauhi . Sudah berkali diingatkan, tetapi mereka seolah tidak memahami.. disebabkan mahu menuntut ilmu, kami menunggu sehingga mereka habis bertanya …

    Berbicara soal kaum sejenis yang suka mentransformerkan dirinya… memang agak sukar untuk menyedarkan mereka kerana biasanya mereka ini mempunyai puak tersendiri dan sangat sami’na wa ato’na(dengar dan taat) pada member sejenisnya. berdasarkan permerhatian saya, mereka mempunyai kwan sejenis begitu ramai dan mereka juga ada yang solat berjamaah.. walaupun kadang kala suka ponteng dengan sengaja… Mereka juga tahu hukum agama,ada kala sangat mendalam ilmunya, tetapi umpama dikulit naskhahnya sahaja,bila ajaran islam itu,belum tersemat di hati.. bahaya kaum ini apabila suka mengumpat dan menabur fitnah dengan sesuka hati… sebab itu kena berjaga dalam bertemu dengan mereka kerana mereka ibarat wartawan ‘Melodi versi mereka’. bahan bacaan mereka seperti bahan bacaan wanita… tiada batas..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Tronx013: Sudah berkali diingatkan, tetapi mereka seolah tidak memahami.. disebabkan mahu menuntut ilmu, kami menunggu sehingga mereka habis bertanya …

      Salam,

      Ini juga salah satu masalah. Membiarkan diri terdedah kepada perkara yang tidak sepatutnya, nampaknya enta perlu sedarkan mereka dengan komunikasi yang baik. Supaya cara langgar itu tidak mengundang parah.

      Tronx013: Berbicara soal kaum sejenis yang suka mentransformerkan dirinya…

      Haha.. maafkan saya kerana tergelak. :D

      Walaupun sedikit lari tajuk, tetapi ia tidak mengapa. Katakan pada mereka, menjadi wanita itu sangat sukar sekali! Mengapa? kajilah apa sebabnya. Harap enta juga faham.

        (Quote)

      • Tronx013 says:

        salam…

        mmmm… terlari dari tajuk rupanya..

        p/s- gambar kat atas tu rekaan ustaz ke?? :)

          (Quote)

        • abuyon says:

          patutlah saya terkial-kial nak faham :)

            (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Tronx013: maaf kalau buat pembaca pening..hehe … kalau exam, buat karangan terpesong dapat markah borderline atau tak lulus terus…. tapi, selamat komen sahaja..huh..

          Tidaklah lari tajuk jauh sangat. Ana rasa enta salah faham pada perenggan ini:

          “Hati terkadang merasa kecewa teramat sangat bila kaum sejenis melanggari fitrah ini. Di manakah maruah kelakian anda jika kelakuan anda seperti pondan dahagakan pelanggan?”

          Itu ayat sini dan perlian kepada lelaki yang melanggari fitrah yakni menjadi pencabul, perogol bersiri dll. Maksudnya tidak menjadi lelaki sebenar yang menghormati kaum wanita. Mereka diumpakan pondan yang gersang pelanggan. Moga sedikit faham :)

          Tapi sekarang lain pula, ana pernah hadapi begini. Maksudnya siapa yang rapat dengan pensyarah maka mudahlah nak dapat A+.

          Tronx013: gambar kat atas tu rekaan ustaz ke??

          Gambar kartun asalnya ana lukis untuk Majalah Suara Kampus, kemudian ana cut dan design jadi seperti atas. Biasa-biasa saja, baru belajar katakan.

            (Quote)

  • Tirana says:

    Wanita zaman sekarang agaknya perlu belajar seni mempertahankan diri seperti silat atau karate atau taekwando. Bila lelaki yang ada penyakit dalam hatinya mengganggu, mudah bagi wanita tersebut untuk mempertahankan diri. Dulu2 masa di Adelaide, kak tirana bawak spray dalam handbag. Kalau ada orang nak kacau spray aje kat mata..hehehe..tapi alhamdulillah sepanjang berada di sana tiada yang mengganggu.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Tirana: Wanita zaman sekarang agaknya perlu belajar seni mempertahankan diri seperti silat atau karate atau taekwando.

      Belajar taekwando juga membahayakan kesihatan wanita sebenarnya. Minta maaf, ini bukan untuk memburukkan mana-mana senibela diri.

      Tirana: Kalau ada orang nak kacau spray aje kat mata..hehehe..

      Ha, ini mungkin boleh diamalkan. Dengar ya nasihat Kak Tirana wahai wanita sekalian. :)

        (Quote)

  • Tie says:

    Dulu, masa kak tie kerja…(masa tu single lagi), pernah gak sengaja digesel (di bahu) oleh seorang pokcik (tak ingat bangsa apa)

    Kak tie masa tu blur laa… jenis tak ambil peduli. Bila dah sampai rumah, barulah kak tie teringat dan perasan… Rupa2nya pokcik tu sengaja mengesel ‘anunya’ ke bahu Kak tie (kak tie duduk, dia berdiri, orang pun ramai, sesak)…. Uwek!! Kenapalah kaktie langsung tak terfikir gitu…. Tapi, kak tie jenis pemalu, kalau kak tie perasan pun mesti diam je, hu hu..tak berani nak pekik dan marah2!

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Tie: Dulu, masa kak tie kerja…(masa tu single lagi), pernah gak sengaja digesel (di bahu) oleh seorang pokcik (tak ingat bangsa apa)

      Nah, seorang mangsa sudah mengaku apa yang berlaku. Ini yang saya maksudkan dengan entri kali ini. Kita tidak mahu perkara begitu berlaku akibat hilangnya rasa malu seorang lelaki dan diam membisunya seorang wanita.

      Sepatutnya Kak Tie tak boleh berdiam diri begitu, nanti ianya berlarutan. Bukankah begitu?

        (Quote)

      • arnamee says:

        Farid Rashidi:
        Nah, seorang mangsa sudah mengaku apa yang berlaku. Ini yang saya maksudkan dengan entri kali ini. Kita tidak mahu perkara begitu berlaku akibat hilangnya rasa malu seorang lelaki dan diam membisunya seorang wanita.Sepatutnya Kak Tie tak boleh berdiam diri begitu, nanti ianya berlarutan. Bukankah begitu?

        salam..

        betul. kita kena lawan. tapi sebelum lawan, kita belajar elak dlu. sebab jika ketakutan , semuanya tak thu. syukran ustaz atas info ni:)

          (Quote)

  • cikna says:

    hmmm
    nasib baik xpernah kena
    mudahan xkan lah..

      (Quote)

  • izan says:

    cuba mengelak dari memandang atau dipandang, melainkan kerana ilmu.

      (Quote)

  • Afandi says:

    Salam,

    Posting yang bermanfaat. Kat mana-mana sekarang ini wanita lebih ramai daripada lelaki, termasuk di universiti. Elakkan bersendirian bila keluar ke mana-mana, pastikan ada muslimah-muslimah lain turut serta, lagi ramai lagi bagus.
    Jangan berdua-duan dengan bukan muhrim, itu resepi mengundang padah.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Afandi: Kat mana-mana sekarang ini wanita lebih ramai daripada lelaki, termasuk di universiti.

      Jadi kita perlu berhati-hati lebih supaya menjadi pemimpin yang sejati. Bukan yang merosakkan. Nauzubillah.

        (Quote)

  • salam…berguna sngt info ni tuk sume org…wanita kena lbih berhati2 skrg ni…mende2 ni dh xmngira usia dah…sgalanya2 dh buta bg pemangsa…mudah2an ALLAH sentiasa melindungi kta tiap masa…insya’ALLAH…

      (Quote)

  • asyiq says:

    Farid…akak hantar anak akak yg sulung dua tahun belajar tek won do. Dapat dah tali pinggang biru. Naik form 3 akak mintak skip dulu kelab tu sbb jadualnya byk bertembung ngan kelas tuisyen. Hasrat akak sekurang2nya dia ada panduan juga utk bela diri bila menghadapi saat gangguan seksual ni.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      asyiq: akak hantar anak akak yg sulung dua tahun belajar tek won do.

      Kalau anak lelaki tidak ada masalah yang timbul, jika perempuan mungkin kurang sesuai belajar Taek Wando. Lebih sesuai Silat Cekak/Silat Cekak Hanafi sebab banyak mengunakan tangan berbanding kaki.

        (Quote)

  • syahidah says:

    Mencegah ya?

    Hmmm, perempuan ni dari kecil harus diajar dan dididik maksud MALU. Barulah biasa dengan menjaga dan menutup aurat. Persekitaran dan peranan ibu bapa yang juga mesti tahu menjaga dan menutup aurat.

    Seni pertahankan diri ni payah juga kalau tidak minat. Dipaksa masuk nanti berhabis duit tapi tak guna. Rugi. Tak relevan dah mencegah sebelum terlambat tu.

    Nak mengubat si mangsa, pengetahuan psikologi lah jawabnya. Sifat semulajadi yang suka memendam perasaan boleh membawa parah bila masuk alam perkahwinan. Kes memang wujud cuma kita tak tahu sebab mangsa mana mungkin memberitahu rakan-rakan cerita begini. Trauma, fobia dan takut menghadapi situasi silam berulang. Bimbang keadaan semasa dan mendatang yang dikhuatiri lebih teruk.

    Apa solusi terbaik. Aduh pening. Masalah. Masalah.

      (Quote)

    • abuyon says:

      Salam. Caranya macam yang Allah sebut dalam Al-Quran. Kita pelihara diri kita dengan hijab-Nya. Nanti Dia peliharalah kita.

      Soal malu, aurat, maruah pendidikanlah caranya. Dah dididik, tahulah bagaimana, nak elak, nak lari, nak tunduk, nak lawan, nak diam. Tapi yang paling ampuh yang saya tulis yang atas itulah.

      Soal gangguan pula, amar ma’ruf nahi mungkarlah caranya. Kalau berlaku depan mata, saya sepak (baca e pepet ke apa, sepat) je, ke guane.

      Silat tu, elok juga. Belajar yang patut-patut saja. Tahu jugalah nak genggam penumbuk ke apa. Silap-silap boleh buta penjahat dan siapa. Wacha.

        (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Solusi terbaik itu yang saya harapkan dari fikiran kalian.

      Bagi saya, perempuan yang belum kahwin dengan kata lain masih bujang sewajarnya ikuti nasihat saya di atas. Manakala yang sudah berkahwin menjadi tanggungjawab suaminya.

      Suami tak terdaya? Dayuslah jawabnya.

        (Quote)

  • Bb Hussain says:

    Salam..Saya pun pernah mengalami gangguan seperti Kak Tie..Errkk..menjijikkan rasanya.. ini tak termasuk dengan gangguan flasher..Tak faham apa yang flasher ini dapat dengan berbuat demikian..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Bb Hussain: Saya pun pernah mengalami gangguan seperti Kak Tie..Errkk..menjijikkan rasanya..

      Salam,

      Dua orang mangsa sudah tampil ke depan. Nampak bukan, masalah ini bukan masalah yang kecil? Ia melibatkan soal maruah lelaki dan wanita itu sendiri.

      Bb Hussain: ini tak termasuk dengan gangguan flasher..

      Saya kurang jelas. Maafkan saya, apa maksudnya?

        (Quote)

      • Bb Hussain says:

        Flasher ialah orang lelaki yang menunjukkan “anunya”. Teringat semasa sekolah dahulu, di belakang asrama ialah ladang kelapa sawit. Waktu petang, kadang-kadang muncul flasher ini.

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Ada pula gelarannya ya. Tidak tahulah apakah pekerjaan yang dilakukan itu sangat memberi manfaat kepadanya atau membahagiakan hatinya yang gersang itu. Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya. Memalukan!

          Flasher di sini juga ramai.

            (Quote)

        • abuyon says:

          Fuh, nasib baik saudari jelaskan. Kalau tidak, saya ingat saya masuk juga dalam listnya. Sebab, flasher tu kalau dalam Multimedia, adalah designer yang menggunakan software Flash untuk animasi dan lain-lain.

          Justeru kawan-kawan, penting ya – kalau tak faham, tanya!

            (Quote)

          • Farid Rashidi says:

            abuyon: Kalau tidak, saya ingat saya masuk juga dalam listnya. Sebab, flasher tu kalau dalam Multimedia, adalah designer yang menggunakan software Flash untuk animasi dan lain-lain.

            Benar Syeikh Abuyon.. saya juga hampir-hampir tertipu. Dalam lahjah ammiyyah ia disebut Flashah bermaksud USB Flash.. hehe.

              (Quote)

  • maiyah says:

    kekadang ada yang melibatkan keluarga sendiri, ayah atau abang yang sepatutnya membimbing tapi telah mencemarkan maruah satu keadaan yang pasti jadi trauma pada sesapa yg mngalaminya.

      (Quote)

  • Salam kunjungan balas buat tuan rumah. Juga diharapkan tuan rumah dlm keadaan sejahtera & di bawah lindungan rahmatNya slalu.. Hmm nak mula dari mana ye? Dah ramai yg beri pandangan, semuanya bernas2 belaka.

    Apapun inilah hakikat dunia. Pasti ada cacat & cela. Semuanya utk kita fikir & renung2kan buat pedoman di akhirat sana. Hari ini, jantan lebih ramai daripada lelaki sama seperti betina lebih ramai berbanding wanita. Nak kata tak terdidik dari kecil, dlm keluarga yg baik2 pun si anak masih tersusur jauh.

    Mungkin masih ramai di antara kita yg hanya Islam pada nama & anutan namun belum cukup terkesan di dalam hati & jiwa. Sekadar renungan bersama, juga peringatan buat diri sendiri. Harap tak lari dari tajuk.. :)

    *Tertarik dgn cara didikan saudara Abuyon terhadap anak2nya yg tertulis di dalam entry2 blognya. Moga ramai yg menjadikannya ikutan & guideline.

      (Quote)

    • abuyon says:

      “Jantan lebih ramai daripada lelaki sama seperti betina lebih ramai berbanding wanita.

      Aduh, tajamnya pena. Tetapi benar pula.

      Dua dalam satu ya just-me. Inilah yang dikatakan tajam mata pedang, tajam lagi mata pena. Dan, tajamnya kerana berdasarkan hadis Nabi, Berkatalah benar meskipun pahit.

        (Quote)

    • - just me -: Salam kunjungan balas buat tuan rumah. Juga diharapkan tuan rumah dlm keadaan sejahtera & di bawah lindungan rahmatNya slalu.. Hmm nak mula dari mana ye? Dah ramai yg beri pandangan, semuanya bernas2 belaka.

      Alhamdulillah, saya sihat sejahtera. Cuma musim panas perlukan minum air yang lebih untuk metobalisme badan.

      Kata orang, “Tidak semua wanita itu adalah Muslimah, dan Muslimah itu adalah wanita.. begitu juga lelaki”

      - just me -: *Tertarik dgn cara didikan saudara Abuyon terhadap anak2nya yg tertulis di dalam entry2 blognya. Moga ramai yg menjadikannya ikutan & guideline.

      Saya harapkan anaknya menjadi salah seorang pejuang Islam nanti. :)

        (Quote)

  • abuyon says:

    Salam syeikh. Apa benar template ini jadi pilihan. Adapun template yang lepas, sistem komen replynya sangat efektif. Bukan kita punya, syeikh yang punya.. hehe

    Sekadar persoalan :)

      (Quote)

  • abuyon says:

    Tak, pagi tadi buka template blog enta berubah jadi lain. Sebab itu saya komen di atas. Abaikan dia ya, maaf :)

    Sistem komen reply yang inilah yang efektif. Kita boleh reply pada tiap komen, tak macam blogspot (yalah, free punya). Lagi ada paparan tajuk entry siapa yang beri komentar, tapi enta dah disable kot, :)

    Cuma, avatar atau gra tak keluar kalau kita blogspor user, keluar gambar alien ke bakteri ke (nampak jahat je) hehe.

      (Quote)

    • abuyon: Sistem komen reply yang inilah yang efektif. Kita boleh reply pada tiap komen, tak macam blogspot (yalah, free punya). Lagi ada paparan tajuk entry siapa yang beri komentar, tapi enta dah disable kot

      Iya, lebih efektif. Ayuh bertukar. :) Paparan tajuk entri di bawah komen sudah hilang, saya juga tidak pasti kenapa dan apa sebabnya. Setelah upgrade langsung tidak berfungsi.

      Gravatar yang baik boleh kita ubah di http://www.gravatar.com

        (Quote)

  • NoRuLLiSzA says:

    yg pelik nyer… kebanyakkan lelaki mesir begitu sifat nya… org mesir di Jordan ni pun, begitu sifat nyer… penah dgr cerita n nampak dgn mata sendiri…

    kemanakah nilai2 kesopanan dalam diri… hmm.. manusia akhir zaman… pelbagai masalah yg timbul…

    moga ditetapkan kita semua dalam mentaati perintahNya, dan menjauhi larangannya… Ameen ya Rabb

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      NoRuLLiSzA: yg pelik nyer… kebanyakkan lelaki mesir begitu sifat nya… org mesir di Jordan ni pun, begitu sifat nyer… penah dgr cerita n nampak dgn mata sendiri…

      Iya? lelaki Jordan tak begitukah?

        (Quote)

  • hana says:

    wah..artikel yg menarik! bagai menyambung coretan ‘sekeping hati lelaki’ dlm misi mencari lelaki hebat! =)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      hana: wah..artikel yg menarik! bagai menyambung coretan ’sekeping hati lelaki’ dlm misi mencari lelaki hebat!

      Jika anda belum berjumpa, teruskan mencari dengan bijaksana!

        (Quote)

  • azmamusa says:

    assalamualaikum,
    lama x ke sini. masih dalam tajuk gangguan seksual. malu nak ingat.. masa kak keje kl lepas grad sekitar tahun 1994/5, zaman tu masih guna bas mini di kl.. pernah sekali dalam keadaan berhimpit naik kat chow kit (keje research kat IMR), nak balik ke segambut dalam.. masa tu ramai indon dok keje kontrak kat segambut tu… punya la bersesak dan berhimpit.. naik le juga sebab lagi lambat balik lagi takut.. berdiri dekat tpt injin dekat ngan pemandu..x mo nak berhimpit ke dalam. ntah kat mana tau-tau ntah mat mana himpit belakang kak…eeee!!! x yah citer lanjut.. memang benci btul. disikukan pun x jd ape… dalam hati menyumpah2… tu yg paling teruk kene rasanya.
    nak kata pakai seksi ke, saja menggatal ke, sorryla..jauh sekali. pakai baju kurung, tudung labuh, x de nak pandang orang pun, tapi dlm keadaan bersesak yg x dapat elak tu, jd mangsa gak.. memang benci betul!! bila sampai je, turun cepat2, x toleh2. tapi isau gak mat tu mark umah.. takut.

    dalam banyak keadaan, kak dok ingat usrah masa skolah dulu, ttg perogol bersiri yg disoal siasat. bila ditanya kenapa dia x menjadikan seorang gadis X yg lalu tu mangsanya, dia kata dia nampak X ditemani oleh kawan2nya sedangkan sebenarnya X keseorangan. tp disebabkan X seorang yg taat dan patuh pd Allah, maka yg dilihat ‘kawan2′ tu sebenarnya adalah malaikat2 yg Allah utus menemani X..walaupon sorang, tapi perogol nampak ramai.

    gerun mengingatkan kes arwah yg kene rogol dan bunuh satu ketika dulu… black belt pun klu dah binatang yg dah gila, x terbuat gak..

    Allah saja tempat utk berlindung dan memohon pertolongan.. dalam keadaan kak berulang alik drive sesorang ni, kak cuba elak drive waktu malam.. takut.. biarlah kita mengelak dari keadaan yg x dijangka..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      azmamusa: assalamualaikum,
      lama x ke sini. masih dalam tajuk gangguan seksual. malu nak ingat.. masa kak keje kl lepas grad sekitar tahun 1994/5, zaman tu masih guna bas mini di kl.. pernah sekali dalam keadaan berhimpit naik kat chow kit (keje research kat IMR), nak balik ke segambut dalam.. masa tu ramai indon dok keje kontrak kat segambut tu… punya la bersesak dan berhimpit.. naik le juga sebab lagi lambat balik lagi takut.. berdiri dekat tpt injin dekat ngan pemandu..x mo nak berhimpit ke dalam. ntah kat mana tau-tau ntah mat mana himpit belakang kak…eeee!!! x yah citer lanjut.. memang benci btul. disikukan pun x jd ape… dalam hati menyumpah2… tu yg paling teruk kene rasanya.

      Wa’alaikumsalam, tak apa. Mungkin cikgu/kak/puan boleh teruskan membuat assigment yang lebih penting itu. Nanti kelapangan boleh berkunjung semula ke sini.

      Apa akan jadi kalau tiba-tiba kak jerit dengan sekuat hati waktu itu? :)

      azmamusa: nak kata pakai seksi ke, saja menggatal ke, sorryla..jauh sekali. pakai baju kurung, tudung labuh, x de nak pandang orang pun,

      Masalah lelaki dia tak akan pandang lagi siapa yang diganggunya jika kepala telah diracuni pemikiran tidak sihat. Maksud saya, bila hari-hari pandang wanita telanjang, maka fikirannya menganggap semua perempuan sama. Itu teori sayalah. Atau ada bangkangan?

      azmamusa: maka yg dilihat ‘kawan2′ tu sebenarnya adalah malaikat2 yg Allah utus menemani X..walaupon sorang, tapi perogol nampak ramai.

      Wahh, ini suatu nusrah dari Allah SWT. Beruntunglah ia.

      azmamusa: gerun mengingatkan kes arwah yg kene rogol dan bunuh satu ketika dulu… black belt pun klu dah binatang yg dah gila, x terbuat gak..

      Biar black belt atau apa, lelaki tetap saja melebihi kudratnya dari wanita.

      Ya, mohonlah pertolongan Allah selalu dan berusaha mengelaknya.

        (Quote)

  • abunur says:

    salam kehidupan,

    alangkah bahagianya jika wanita juga tahu batas-batas dalam menjaga diri. kelemahan juga kekuatan.

      (Quote)

  • Farid Rashidi says:

    abunur: salam kehidupan,alangkah bahagianya jika wanita juga tahu batas-batas dalam menjaga diri. kelemahan juga kekuatan.

    Itu sebetulnya. Salam kehidupan juga anda.

      (Quote)

  • marriya says:

    salam..
    terima kasih atas sgl info2 yg dberi. sgt2 bguna bg kaum ppuan spt sy. alangkah selamatnya seseorg wanita tu,jika llaki juga tahu mjaga n mletakkn akal n nfsu mereka dtmpt yg spatutnya.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      marriya: alangkah selamatnya seseorg wanita tu,jika llaki juga tahu mjaga n mletakkn akal n nfsu mereka dtmpt yg spatutnya.

      Bukan sahaja selamat, malah mampu menyelamatkan bumi yang sudah kucar-kacir dengan dahsyatnya ini. Sebagai langkah berjaga, wanita juga harus sedar agar tidak bertambah parah bumi.

        (Quote)

  • Nurul says:

    I’m luvin this post. :) Sangat tepat. :)

      (Quote)

  • Aykay says:

    salam Ust.

    saya baru pindah tapak kesebelah sini dan baru baca n3 ini.
    memang benar wanita sebelah sana cepat naik angin bila berlaku bab2 yg bersangkutan.
    saya pernah melihat wanita dari sana yg menengking seorang jemaah dari sana juga semasa tawaf. kecoh sebentar suasana sehinggalah dileraikan oleh muttawir berhampiran.

      (Quote)

  • amirhakim says:

    kawin arab..hehe

      (Quote)

  • ‘berikan tindak balik reflek apabila wujud anasir-anasir durjana’

    mcm mana tu ustaz? tindakan refleks?
    .-= ore-biasa jah´s last blog ..Belajar dan beramal =-.

      (Quote)

  • MaizaC'Joe says:

    Salam

    pernah juga di ekori 2 lelaki yg tak kenal.. masa tue dr office nak keluar ada hal.. ikut jalan belakang. mula tue ingat tak da pa2 lama2 mcm “semakin lama semakin dekat di ekori” buat2 tenang tapi teruskan jalan dng laju.. sambil fon rakan, kebetulan rakan ada di luar. dng pantas rakan datang. kemudian 2 orang tue menuju arah lain.. Alhamdulillah. sejak tue tak berani nak jalan sorang ikut jalan belakang…..

    sampai sekarang terus amalkan keluar rumah ja baca ayat kursi..
    .-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Sekufu, Darjat atau keturunan ~*~ =-.

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge