Header image

Roti: Khasiat Dan Mudharat

Posted by Farid Rashidi in Diari Penulis | Fakta Umum

Mudharat Roti Di Pasaran

Beberapa hari yang lalu sempat saya membaca beberapa laman blog ilmiah untuk mendapatkan cetusan idea menulis. Saya tertarik dengan sebuah laman blog resepi. Resepi bukan sebarang resepi tetapi mempunyai entri yang berguna untuk dihayati. Rasa terkejut bila membaca kajian yang dibuat ke atas kewujudan roti di pasaran khususnya Malaysia.

Kata tulisan blog itu:

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang. (Atau boleh terus ke link blog)

Membaca intro artikel blog itu membuatkan rasa tidak rugi untuk menghabisinya. Saya jadi teringat perbincangan bersama seorang rakan suatu malam.

“Ana tengok arab ni dia punya tenaga kudrat dia kuat sungguh..” Kata saya sewaktu berbincang beberapa topik.

“Padanlah dia makan apa.. roti ei’sh tu khasiat.” Sambung Azhan.

“Enta cuba tengok arab sebelah tu, dia buat kerja street dari pagi sampai malam dok ketuk dinding rumah tak berhenti.. fuss.” Cerita saya sambil menunjukkan jari ke arah rumah sebelah. Bunyi ketukan memecahkan batu-bata masih kedengaran ketika itu. Berkebetulan sebelah bangunan imarah kami terdapat sebuah bangunan rumah bertingkat sedang diperbaiki. Bumbung rumahnya diketuk berkecai oleh hanya beberapa orang lelaki arab sahaja.

“Yalah, makanan dia tu banyak yang khasiat.. bagi tenaga. Contoh macam roti gandum, sayur-sayuran, buah-buahan. Depa meratah sayur macam tu ja.. tak masak. Kita makan nasi, mata jadi mengantuk..” Ujarnya lagi.

“Tula, kita makan sayur masak sampai hilang khasiat..”

“Lagi satu roti depa tu letak benda-benda bagi tenaga dan khasiat, misalnya dalam roti ada habbatus sauda yang biji-biji hitam, letak kismis.” Saya menambah.

Roti

Khasiat Roti Dan Intipatinya

Menurut sumber kajian, 100 gram roti mampu memberikan energi, karbohidrat, protein, kalsium, fosfor dan besi yang lebih banyak berbanding 100 gram nasi putih atau mi basah. Jadi tidak hairanlah jika tekstur tubuh badan dan tenaga penduduk timur tengah dan barat lebih besar berbanding masyarakat asia tenggara yang mengamalkan memakan nasi.

Di Mesir sahaja kedapatan pelbagai jenis roti di pasaran bandar dan luar bandar.  Makanan ruji utama masyarakat Mesir ialah roti ei’sh ataupun dalam bahasa arab tinggi dipanggil Khubzun. Ianya diperbuat daripada bijirin gandum yang dikisar. Bentuk roti ei’sh seakan-akan kepingan roti canai dan capati. Cara memasaknya bukanlah menggunakan kaedah menggoreng tetapi membakar.

Hasil kreatif daripada sekeping roti ei’sh mereka menghasilkan pula beberapa jenis juadah lain antaranya ei’sh bil kibdah, ei’sh bil kuftah, ei’sh bil to’miyyah/to’miyyah bil baid, ei’sh bil lensyun dan ei’sh bil bathatis.

“Ana aiz itnin genih qasumat..” Pinta saya kepada penjaga roti. Biasanya roti panjang berbijan gemar saya beli sebagai snek ringan sewaktu malam. Selain qasumat, sejenis roti manisan berbijan juga kerap menjadi santapan. Ia dipanggil sim sim.

Buat Roti1

Selain itu, terdapat juga roti yang ditabur habbatus sauda’, berintikan gibnah (susu masam), kismis, tamar dan manisan. Sebagaimana umum mengetahui, khasiat habbatus sauda’, kismis, tamar dan susu tidak dinafikan lagi kehebatannya dalam bidang perubatan dan gizi makanan.

Antara khasiat Habbatus sauda’:

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Khasiat Kismis menurut laporan Kosmo!

Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.

Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural.

Khasiat susu pula mampu memberikan kesihatan kepada otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Malah Al-Quran juga turut membicarakan tentang susu di dalam firman Allah SWT bermaksud:

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebahagian darinya kamu makan..” (Al-Mukminun: 21)

Ternyata, akan berganda-gandalah khasiat roti jika bercampur pula dengan formula makanan genius-genius silam seperti yang saya nyatakan.

Buat Roti2

Alhamdulillah, keberadaan kami di bumi anbiya’ ini mampu menjadikan roti sebagai makanan kedua selepas nasi.

Walaubagaimana lazat dan khasiatnya sekeping roti itu, ia tidak memungkin saya melupai sepinggan nasi selagi mana bekalannya masih berterusan. Malah tetap sahaja merindui hidangan nasi bersama sambal petai atau ikan kering/masin khususnya masakan seseorang bergelar yang Emak.

“Menggeletar lutut jika tidak menjamah nasi..” Kata Emak.

1:15 AM, 21 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

37 Responses

  • Syahidah Roslam says:

    Salam,first time bg komen kat sini…Kalau bc buku halal haram terbitan CAP,memang banyak mende x leh makan..Skrang tgh tunggu HPA kluarkan produk roti[ada ke?]..Dulu ada ingat nak amik bidang teknologi mknn,buat R & D pasal mknn,tp hajat x kesampaian…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Ahlan Wasahlan Ya Aneesa.

      Oh, saya tak berapa pasti. Baru-baru ini HPA ada datang ke Mesir buat seminar. Nampak seperti menarik tetapi saya tak berkesempatan ke sana. Ya, harapnya HPA mampu mengeluarkan produk untuk orang ISLAM dan seluruhnya.

      Sepatutnya memang kena ada orang Islam khusus dalam mengkaji bidang pemakanan, banyak faedahnya kepada umat.

      P/S: Entah berapa banyak unsur khinzir sudah kita telan ye?

        (Quote)

  • k kin says:

    Kalau dah jiwa melayu, nasi mesti tak boleh tinggal, kan? Nasi juga mampu memberi tenaga, yg jadi mengantuk bila makan berlebihan, lebih daripada keperluan tenaga untuk badan :) .

    k kin’s menulis entri terkini..Pertama kali naik kapal terbang

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Bagi saya, sehari sekali makan nasi pun dah kira bersyukur.

      Kalau di sini, berasnya kadang-kadang campur dengan beras arab. Beras arab sifatnya semacam pulut. Bayangkan jika makan dua pinggang nasi beras arab, apa akan jadi pada mata? :)

        (Quote)

  • insyirah says:

    Salam.

    Lama sungguh ana tak dapat masuk Faridrashidi.Com.. Tak tahu la kenapa. Hari ni baru boleh, alhamdulillah. Rasanya kalau buat roti sendiri pun tak susah. Iya, roti arab… Padan la orang arab kuat + gagah perkasa walaupun jalan sudah terbongkok-bongkok berbanding dengan orang melayu yang masih jalan tegak tapi tak segagah arab :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      insyirah: Lama sungguh ana tak dapat masuk Faridrashidi.Com.. Tak tahu la kenapa.

      Salam,

      Komen begini boleh merunsingkan saya. Boleh saya tahu apa sebabnya? dan apa yang naik di skrin pc anda?

      insyirah: Rasanya kalau buat roti sendiri pun tak susah. Iya, roti arab… Padan la orang arab kuat + gagah perkasa walaupun jalan sudah terbongkok-bongkok berbanding dengan orang melayu yang masih jalan tegak tapi tak segagah arab

      Buat saja lempeng dengan tepung kalau tak pandai buat roti :)

      Yang paling saya respect, bukan setakat tua tapi gagah.. SOLAT SUBUH JEMAAH di masjid tak pernah miss kecuali uzur. Nampak perbezaannya bukan?

      Contoh solat terawikh nampak macam berat sangat. :)

        (Quote)

  • insyirah says:

    Cuma keluar header SAHAJA. Try reload banyak kali tetap juga sama dan sama dan sama. Tapi harini dah boleh baca (syukur) alhamdulillah.

    Iya, solat SUBUH jemaah. :) Kalau tak ‘larat’ pun masih ‘gagah’ menyusung kerusi untuk solat di masjid. Kagum juga tu. Walaupun dah tua-tua, kedutan di tangan nampak jelas namun masih juga gagah. Pernah juga tanya pada sahabat, “Macammana arab kuat ye?” (Sebab sahabat selalu cakap ‘badan melayu macam kita ni memang kena kuis ke tepi je’ :D ) Jawabnya “Roti ei’sh” :)

    p/s: Tak pernah makan roti ei’sh, kata sahabat keras… :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      insyirah: Cuma keluar header SAHAJA. Try reload banyak kali tetap juga sama dan sama dan sama. Tapi harini dah boleh baca (syukur) alhamdulillah.

      Ala kullihal, asyakirin awi. Kalau ada sebarang masalah sila kemukakan lagi agar saya boleh perbaiki.

      insyirah: Kalau tak ‘larat’ pun masih ‘gagah’ menyusung kerusi untuk solat di masjid. Kagum juga tu.

      Ya, itu benar.

      Selain roti ei’sh, kacang full juga sangat membantu. Mahu ke pasar juga perlu hati-hati agar tak dirempuh mama-mama arab yang gagah. :)

      insyirah: Tak pernah makan roti ei’sh, kata sahabat keras…

      Suatu fakta yang silap. Ei’sh akan mengeras jika tak makan, malah boleh dibuat kerepek pula. Jika makan waktu baru bakar, sangatlah lembut. Terutama roti ei’sh baladi. Lihat gambar roti ei’sh dan perut lembu. Itulah ei’sh baladi.

        (Quote)

  • suara says:

    Salam Farid…
    Teringat satu email yg kak su baca berkenaan dengan makanan dari gandum. Menurut email tu, bagi mereka yang makan gandum, memang pembesaran dan ketinggian melebihi dari mereka yang tak makan gandum, atau lebih tepat, suka makan nasi.

    Cara pemakanan orang Jepun yang sedikit bertukar sekarang ini, yg makan makanan dari gandum seperti roti dan pizza, membuatkan generasi baru lebih tinggi berbanding Jepun dulu yang seringkali digambarkan sebagai gemuk pendek.

    Dan kak su tengok anak buah kak su yg duduk asrama… lebih tinggi berbanding sepupu dan adik beradik yg lain, sbb masa dok asrama, asyik-asyik bantai biskut dan roti je…

    Satu kebetulan? :)

    Apapun, hakikatnya, kak su memang tak boleh tinggal nasi… malah siap bertambah kalau makan dgn ikan kering… berbanding dgn kalau berlaukkan kari… hehe

    suara’s menulis entri terkini..Ikhlas Yang Dibalas.

      (Quote)

  • Farid Rashidi says:

    suara: Cara pemakanan orang Jepun yang sedikit bertukar sekarang ini, yg makan makanan dari gandum seperti roti dan pizza, membuatkan generasi baru lebih tinggi berbanding Jepun dulu yang seringkali digambarkan sebagai gemuk pendek.

    Salam,

    Nampaknya fakta ini menguatkan lagi pemahaman saya sebelum ini tentang Jepun. Ya, sangat berbeza berbanding datok nenek moyang mereka yang menjajah tanah malaya dahulu. Kependekan itu sudah menjadi ketinggian.

    suara: Satu kebetulan?

    Itulah namanya kuasa Allah Ta’ala Yang Maha Hebat. Adapun asbabnya, mungkin saja keturunan ataupun cara pemakanan. Biasanya adik lebih tinggi dari abang. Adakah ini juga satu kebetulan?

    suara: malah siap bertambah kalau makan dgn ikan kering… berbanding dgn kalau berlaukkan kari

    Oh, kita serupa orang kampung. Nampaknya saya sudah jadi teringat kampung secara tiba-tiba. Alahai.. nasib badan.

      (Quote)

  • Bb Hussain says:

    Saya memang penggemar roti sejak dari kecil. Sekarang ini makan nasi pun hanya beberapa kali dalam sebulan. Nasib emak memahami kalau pulang sekali sekala tidak menjamah nasi. Sejak mengetahui makanan Yemen di Cyberjaya, kami sekeluarga gemar akannya walaupun terpaksa memandu sehingga 3 jam untuk ke sana. Makanan pilihan semestinya Aoukdh Lamb dan Kabsah Lamb. Akan pergi menikmatinya lagi hujung minggu ini. Insya Allah :)

    Bb Hussain’s menulis entri terkini..Kazakh’s Cuisine-Beshparmak

      (Quote)

  • asyiq says:

    Percaya tak bahawa ramai remaja skrg dah tak minat makan nasi….ada yang hanya mengambil roti sepanjang hari demi menjaga berat badan. Depa kata cepat turun berat badan kalau tak makan nasi.

    Saya pun sama farid, kalau tak makan nasi mengeletaq kepala lutut…hihi.

    asyiq’s menulis entri terkini..Kena pandai jawab…!

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      asyiq: ada yang hanya mengambil roti sepanjang hari demi menjaga berat badan.

      Begitukah? nak diet macammana kalau roti dah tercemar bahan kimia?

      asyiq: kalau tak makan nasi mengeletaq kepala lutut

      Mak saya ada sedikit penyakit darah rendah. Jadi dia perlukan nasi dan makanan penambah darah untuk mengelak dari pucat.

        (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam… saya penggemar roti…dari dulu,kini dan selamanya..suke makan roti.. mak selalu ckp ‘da saya da la roti’…hehe..
    ape2 pun kita patut bersyukur dapat makanan yang berkhasiat lagi lazat.. selamat menjamu selera!! :-)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      nur_syahadah: mak selalu ckp ‘da saya da la roti’

      Salam,

      Tapi perlu hati-hati ya makan roti, mungkin boleh baca link yang saya berikan di atas. Sebab roti sekarang kurang selamat.

      Alhamdulillah, kenyang :)

        (Quote)

  • arsaili says:

    salam…saya tak suka roti…kena gak makan nasi..ahahha tapi tu la kita kena tahu apa yg kita makan..halal, bersih dan selamat..tapi byk makanan yg menjadi ancaman pada hari ini

    arsaili’s menulis entri terkini..

      (Quote)

  • hurin says:

    salam…
    telah baca seperti disyorkan. sekarang saya nak buat pernyataan berciri cemburu. saya jeles betulla tengok roti2 yang nmpak sedap kat sana. Baru saja request kat kawan nak makan roti blueberry vanilla, tiba-tiba ada entry pasal roti kat msia tak begitu sihat:)

    encik penulis, ada tak roti yang dijemur kat lantai macam tu je? sebab dulu kalau xsilap, saya pernah baca salah sorang blogger yang duduk sana, and tunjuk cara arab ni jemur roti. dia lebih kurg mcm bentuk roti eish yg biasa tu.

    hurin’s menulis entri terkini..Rentak agung

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      hurin: telah baca seperti disyorkan. sekarang saya nak buat pernyataan berciri cemburu. saya jeles betulla tengok roti2 yang nmpak sedap kat sana.

      Sabar ya, mengapa harus cemburu pula. :)

      hurin: ada tak roti yang dijemur kat lantai macam tu je?

      Sebenarnya memang itu kebiasaan masyarakat arab awam, mereka akan dapatkan roti ei’sh yang panas-panas dari kedai, kemudian akan letak dimana sahaja termasuklah lantai untuk menjemur.

      Saya makan yang beli dari kedai, bukan yang letak atas lantai.

        (Quote)

  • Tirana says:

    Salam Farid…

    Sebelum balik ke Malaysia..belajar buat roti arab tu..nanti boleh ajar kak tirana pulak..hehehe..seram sejuk nak makan roti yang dibeli tu..macam2 bahan kimia diorang letak.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Tirana: Sebelum balik ke Malaysia..belajar buat roti arab tu..

      Salam,

      Oh, mudah sekali cara-cara membuatnya. Cuma perlu sediakan gandum berkualiti, kulit luar gandum/hampas, air, garam dan soda bikarbonat. Uli dan leperkan, kemudian tabur hampas gandum atasnya lalu bakar. Insya’Allah selamat :)

      Cubalah!

        (Quote)

  • iza says:

    Saya suka makan roti jugak tapi semestinya nasi nombor satu :)

    Teringat pesan cikgu masa form 4 dulu-dulu..jangan makan roti yg mahal- bikin di selangor, jual di Kedah tahan 3-4minggu – pasti banyak pengawet aaa. Senang analogi dia hehe.

    iza’s menulis entri terkini..Di Horizon Nan Biru…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      iza: Teringat pesan cikgu masa form 4 dulu-dulu..jangan makan roti yg mahal- bikin di selangor, jual di Kedah tahan 3-4minggu – pasti banyak pengawet aaa.

      Bukan sahaja mahal, mengundang masalah pula pada perut. Lagipun pemalsuan logo halal tersangatlah banyak sekarang.

        (Quote)

  • Tronx013 says:

    salam,

    Roti dan nasi.. anatara nyawa dan selera. Mana-mana pun saya layan, asalkan hilang lapar. Tapi, yang membuatkan saya tak suka nasi bila mudah rasa mengantuk selepas makan.

    Roti pak Arab yang ustaz tunjukkan tu memang pelik tetapi menyelerakan. Di kampung(rumah sendiri), saya suka buat lempeng guna tepung,air dan garam walaupun biasanya emak saya yang tolong masakan … memang berselera makan dengan susu pekat manis atau sardin sebagai makan malam menggantikan nasi. Kadang-kadang muak juga tengok nasi. hehe, Lempeng adalah masakan yang boleh saya hidangkan selain masak air dan goreng telur. :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Kerana kedua-duanya itu menyumbang karbohidrat. Itu yang menjadi sedikit tanda tanya, mengapa nasi lepas makan akan rasa mengantuk? tidak ada pakar pemakanan mengkaji hal ini kah? Nassi dalam bahasa arab ialah transkrip asal/kitab matan lama.

      Tronx013: Roti pak Arab yang ustaz tunjukkan tu memang pelik tetapi menyelerakan

      Walaupun pelik, rasanya lazat juga. Pasti kamu mahu merasa dua kali selepas makannya.

      Tronx013: Lempeng adalah masakan yang boleh saya hidangkan selain masak air dan goreng telur.

      Alhamdulillah, dapat juga memegang senduk ye walaupun bakal menjadi Dr.Mata. Apapun, teruskan untuk memasak benda lain yang lebih advance jika berminat.

        (Quote)

  • kadang2 saya rindukan nasi putih panas, ikan kembung goreng dan kicap – itu saja. apa sangatlah yang sedap dalam menu tu kan? tapi sebenarnya ‘nostalgia’lah yang membuatnya selalu dirindui

    sitinurulhawa’s menulis entri terkini..MONEY CAN’T BUY

      (Quote)

  • yEm^^ says:

    pasti tak bosan makan roti disana. pilihannya pelbagai!

    tapi nasi tetap menjadi pilihan.. hehe

      (Quote)

  • hoho… makan roti pom leh sakit… ekekeke…

    tapi pisyek suke makan butterscotch… hehehe…
    .-= p.I.S.y.E.k´s last blog ..H1N1 – Satu konspirasi kapitalis =-.

      (Quote)

  • Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Kacang Bukan Sebarang Kacang

  • cik sakdi says:

    thanks for info khasiat roti..
    nak buat assignment la =D
    tq

      (Quote)

  • sedara says:

    Salam beras yang diproses cara tradisional amat-amat berkhasiat, tetapi beras diproses dikilang amat menyedihkan sehingga kutu beras pun tak mahu makan rujuk juga http://www.ksdr.org.my/2008_11_01_archive.html

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge