Atas Faktor Keselamatan Talaqqi Dibatalkan
Category : Bicara Semasa, Diari Penulis
“Ana nak minta izin rumah enta dijadikan tempat pengajian boleh?” Tanya Naufal. Beliau seorang graduan Al-Azhar berasal daripada Acheh, Indonesia.
“Oh, boleh-boleh.. bila tu? siapa mengajar?” Soal saya menginginkan kepastian.
“Nanti ana call ustaz balik ya.. Doktor Tohir kuliah syariah.. bagitahu sama ahli bait juga ya” Jawabnya.
“Ok, Insya’Allah. Saya bagitahu ahli bait yang lain.”
Seperti hari yang dijanjikan, kuliah talaqqi pertama telah dijalankan di rumah saya. Al-Fadhil Doktor Tahir bersama beberapa mahasiswa Indonesia yang lainnya turut bersama datang kerumah saya untuk memulakan sessi pengajian pertama.
“Pada pandangan kamu semua, apakah kita pengajian yang kamu semua nak belajar?” Tanya Doktor Tahir seusai sessi ta’aruf ringkas.
“Walakin nazara liwujudikum, fa tuhibbun an-naqra… lau fi kitab mua’yyan tuhibbun dirasatahum aw masyhura indakum fi maliziyya aw indonezia aw tasyrahuna ba’da zalikka tullab Insya’Allah.. laisa syarthan hinal kitab..” Al-Fadhil Doktor bertanyakan tentang kitab mana yang kami sukai serta masyhur di Malaysia dan Indonesia untuk dibacakan dan disyarah olehnya.
“Dia tanya ada tak kitab yang masyur untuk diguna dalam pembelajaran? Maksudnya tak semestinya kitab inilah..” Sambung Naufal menerangkan maksud Al-Fadhil Doktor lagi.
“Fathul Qarib aw Fathul Mu’in..” Jawab saya.
Masing-masing mengemukakan pandangan. Saudara Naufal menyarankan kami bertalaqqi kitab Fathul Qarib yang disyarahkan pula dalam kitab Hasyiah Baijuri.
Saya mengangguk tanda setuju.
Permulaan malam itu, Al-Fadhil Doktor menerangkan susur galur kitab Fathul Qarib senipis 72 muka surat. Manakala Hasyiahnya pula ialah setebal 409 muka surat.
“Fathul Qarib yashrah hazal matan, fathul qarib liman? Ibnu Qasim Al-Ghuzzi As-Syafie’ yasyrahahu fi hazal matna.. Ba’da ma syarahahu ja’at Syeikh Ibrahim Baijuri wasala hasyiatan.. ala syarhi min? ala fathul Qarib, yu alliq ala Ibu Qasim Al-Ghuzzi..”
Al-Fadhil Doktor menerangkan bahawa Matan (Transkrip asal) ialah hasil tulisan Al-Qadhi Ahmad Bin Hussain Al-Asfahani As-Syahir Bi Abi Syuja’ di dalam kitabnya Al-Kitab Al-Musamma bi Taqrib, kemudian Matan (Transkip asal) ini dibuat hurai oleh ulama’ lain yang bernama Muhammad bin Qasim Al-Ghuzzi As-Syafie’ di dalam kitabnya Fathul Qarib Al-Mujib. Lalu huraian itu (huraian kepada kitab Fathul Qarib Al-Mujib) diterangkan lagi secara terperinci oleh Imam Baijuri di dalam kitabnya Hasyiah Fathul Qarib.
Alhamdulillah, suatu ilmu baru saya perolehi walaupun seawal muqaddimah pengajian.
“Di dalam memahami agama, kita perlu belajar ilmu mengenal Allah.. ia termasuklah ilmu mengenal Pencipta alam ini.. di dalam ilmu Usuluddin, lalu hendaklah belajar ilmu syariat..” Al-Fadhil Doktor meneruskan lagi penerangannya berkenaan ilmu-ilmu di dalam Islam.
“Solat merupakan suruhan Allah SWT, jadi bila nak bersolat tidak dapat tidak akan ada syarat. Syaratnya ialah dengan Taharah (suci). Nak bersuci perlukan kepada air, jika tak ada air perlukan tanah.. kemudian kita perlukan niat untuk melakukannya.” Terang Doktor lagi berkenaan kitab yang akan dibacakan. Kitab Fathul Qarib adalah perbincangan ilmu mengenai ilmu Fiqh bermula bab Taharah (penyucian).
Kitab ini juga di ambil menjadi silibus dalam pengajian di Universiti Al-Azhar.
Pengajian malam itu berakhir hampir dua jam selepas penerangan secara jelas oleh Al-Fadhil Doktor. Namun begitu, bersangka panas sehingga ke petang rupanya suatu kesilapan kerana tengahari muncul hujan lebat memadamkan cahaya mentari yang bersinar.
Majlis talaqqi itu terpaksa diberhentikan kerana melanggar etika pihak keselamatan Mesir. Saya jadi bingung dan kecewa bila mendapat perkhabaran ini. Sedangkan mahasiswa Indonesia tidak ada masalah langsung dari segi penganjuran majlis ilmu melibatkan syeikh arab terutamanya di daerah Mesir.
Apa salah kami mahasiswa Malaysia sehingga begitu sukar untuk menghirup secebis manisan ilmu? Wallahhua’alam.
Beralasan Faktor Keselamatan Talaqqi Dibatalkan
Bila musim cuti tiba, jika tidak pulang ke Malaysia ramai mahasiswa Al-Azhar cawangan akan turun ke ibu kota Kaherah. Ada yang sibuk kerana aktiviti persatuan, ada pula yang menagih ilmu di pelusuk-pelusuk masjid dan ada juga kerana sebab urusan peribadi.
Ini kerana jika mahu bertalaqqi perlu mendapat permit dari pihak keselamatan, termasuklah jika menghadiri mana-mana masjid yang diajarkan oleh guru-guru di kalangan syeikh warga Mesir. Atas dasar apa sampai begitu sekali ketatnya dasar undang-undang mereka?
Mesir adalah sebuah negara Republik yang mengamalkan sistem darurat. Menurut sumber yang saya perolehi, sebagai ketua yang mewakili negara darurat maka sebarang bentuk usaha pihak pembangkang untuk menjatuhkan Presiden akan dicantas habis-habisan. Ini termasuklah majlis ilmu yang diajarkan oleh syeikh di kalangan parti Ikhwan Muslimin (IM) atau tidak.
Jadi adalah tidak mustahil anak emas Amerika Syarikat dan Israel ini mengamalkan sistem politik kuku besi dan menghalalkan apa sahaja cara bagi mempertahankan kedudukan. Nah, satu lagi pengamal politik Machiavelli yang tegar di kalangan negara umat Islam!
Sebelum ini kuliah Tafsir rancak yang berlangsung di Masjid Medan Sa’ah oleh Al-Fadhil Doktor Abdullah Syazili juga dibatalkan atas alasan yang sama!
Menggeleng hairan yang amat.
11:54 PM, 17 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.





Lebih kurang Malaysia jugak rupanya. Di Malaysia, ustaz2 yang ingin mengajar di masjid2 kena dapat permit. Kalau tak, timbul masalah. Aduhai..kenapa begitu payah untuk menyampaikan ilmu islam..Kak tirana rasa semua ni rancangan musuh-musuh islam yang takut melihat islam kembali tersebar dengan meluas..Bimbang kepada kebangkitan Islam agaknya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Mana-mana negara yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya, maka ianya tetap sama walaupun bersalut emas dan permata sekalipun di luarnya.
Biasanya Jabatana Agama Islam yang akan keluarkan.
Tidak ada alasan lain lagi untuk saya menafikan kata-kata ini.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Usaha menyebar dakwah dan menyeru kebaikan selalu banyak cabaran dan tentangan. Semoga terus istiqamah.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Semenjak zaman Nabi Adam a.s sehingga kini, zaman umat Nabi Muhammad SAW begitu keadaannya. Kalau kita menonton kisah-kisah hero, mesti ada musuh. Jahat dan baik itu tetap akan ada sampai kiamat.
Amin Ya Rabb.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam..
kegelapan muncul ditengahari memadamkan cahaya pagi untuk dibawa ke petang… Diharap malam penuh purnama menerangi perjalanan..
memang susah nak belajar agama dan mengajar agama… kena tenang menghadapinya… Apatah lagi jika mereka yang mahu berjinak memelihara diri dari keburukan.. pastinya sukar..
mungkin mereka khuatir pendidikan agama islam yang sebenar mampu memberi kesedaran akan hakikat sebenar.. menerangkan kegelapan yang dibawa olehnya.. menghancurkan harta dunia yang dikecapi.. semata-mata disebabkn kegelapan hatinya yang menebal..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Saya mendoakan agar Allah SWT berikan taufik dan hidayah buat mereka dan kita semua. Cintailah Islam, sayangilah ilmu Islam. Usah biarkan ianya terpadam dek kerana hakisan zaman.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Pernah berlaku di MALAYSIA.. Di kawasan perumahan ana.. Malam tu ada ceramah yang akan disampaikan oleh ustaz yang boleh dikatakan ‘dikenali ramai’.. Namun apa yang menyedihkan, bila tiba waktu penceramah datang, penceramah tersebut dihalau, khemah2 serta pentas dirobohkan.. Penonton yang hadir dihalau.. Begitu kejam sekali diperlakukan oleh pihak berkuasa. Sedangkan niat untuk menyampaikan ILMU ALLAH.. Untuk menyebarkan ILMU ALLAH.. Terasa begitu hina seorang ustaz ‘tokoh ulama’ diperlakukan sebegitu.. Namun kami tidak berptus asa.. Kami berpindah ke masjid.. Walaupun ada halangan sebegitu, penonton tetap setia menunggu sehingga ceramah tamat meskipun keadaan tidak selesa.. Itulah umat2 yang dahagakan ilmu agama..
Dalam memperjuangkan Ilmu Allah tu terdapat pelbagai rintangan dan cabaran.. Namun, kepada sesiapa yang menghayatinya akan merasai kenikmatan serta kemanisan.. Allah akan memelihara sesiapa sahaja yang berusaha untuk menyampaikan ilmuNya.. Itu janji Allah..
~Sangat kecewa dengan sikap pihak atasan yang menyekat pendakwahan~
-Sedangkan Malaysia adalah salah satu negara Islam dan berdemokrasi-
suhaila’s menulis entri terkini..LELAKI ACUAN AL-QUR’AN..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Sudah menjadi lumrah dunia… siapa yang mahukan Islam akan ada penentangnya. Rasulullah SAW pernah menghadapi kesengsaraan lebih dahsyat dari kita.. walhal baginda adalah utusan Allah SWT.
Ceramah politik atau majlis ilmu?
Mahu dengar perkataan demokrasi juga serasa jijik.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Faeid Rashidi:
Ceramah politik atau majlis ilmu?
yang dianjurkan adalah majlis ilmu.. diadakan secara besaran.. memandangkan penduduk ramai dan majoriti adalah ISLAM..
Jijik pd perkataan ‘demokrasi’? Perjelaskan sabab musabab..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam… macamane nak sebarkan ilmu Allah kalo dah penyampaiannya saje perlu disekat2.. tapi kalau konsert besar2an boleh pulak diadakan siap hantar ‘polis’ untuk jaga keselamatan lagi…
ish..sedih betul dengan dunnia akhir zaman ini..
p/s: muhasabahlah cinta padaNya..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Konsert ada keuntungan poket membuncitkan perut, majlis ilmu tak ada keuntungan wang ringgit malah menghancurkan hawa nafsu mereka.
Itulah kapitalisme.
Ya, semoga!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam
Politik keduniaan memainkan peranan penting dalam menghalang kebenaran diketahui semua. Mereka seolah-olah takut akan kejahilannya diketahui sehingga menghalang ilmu agama itu disebarkan.. Namun, sampai bila mereka akan bertahan, kerana desakan pastinya ada untuk mendapatkan kebenaran. sehingga memaksa mereka mengadakan kelas atau ceramah agama untuk memancing undi sebagai umpan melawan pihak pembangkang… sedangkan para ilmuan yang dipilih mestilah daripada kalangan yang hebat. sudah pasti, para ilmuan yang hebat datangnya daripada insan yang memahami islam sebenar. Akhirnya terperangkap atas kejahilan diri… Kebenaran itu akan datang… biarpun cahaya pagi untuk dibawa ke petang digelapkan oleh hujan ditengahari,pastinya purnama bakal muncul menerangi kegelapan malam…
Berdiri pada paksi yang benar itu pastinya mengundang nikmat yang tiada nilainya… bagi mereka yang sabar…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Dengan bahasa yang lebih tepat, politik kotor.. politik barat/sekular. Tetapi jika politik Islam tidak ada masalah.
Nampak semacam sudah masuk ke topik politik dah ni
Ya, walaupun mendung tetapi mentari akan muncul semula menerangi pagi dan bulan akan membiaskan cahaya menerangi malam gelita.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Masya Allah… macam ni rupanya sikap kerajaan Mesir.. Alhamdulillah, di Malaysia, walaupun ada sekatan ke atas2 penceramah2 tertentu, namun tidaklah seteruk ini rasanya, sehinggakan majlis ta’lim di rumah pun dihalang.. Di dalam kesenangan ada kesempitan, dan di dalam kesempitan, ada kesenangan.. Maka, bersyukurlah kita yang berada di Malaysia, kerana kita masih boleh menuntut ilmu daripada ustaz2 yang faqih dan sejemaah, saban hari, tanpa sekatan.. Mungkin sesetengah lokasinya sahaja yang disekat, namun tempat mencedok ilmu masih banyak untuk dipilih.. Walaupun hanya semut mengenal manisnya gula.. Sama2 kita hargai nikmat kita di Malaysia ini..
Anonymous’s menulis entri terkini..Mahu cuba ujian personaliti?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Jika nak bandingkan Malaysia dengan Mesir, mungkin dari segi ketatnya undang-undang Malaysia baik sikit daripada Mesir.
Dalam hal manis ini saya suka manisnya madu berbanding gula. Manis madu membawa banyak kebaikan, manis gula terlebih lain pula ceritanya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
setahu saya, madu asli yang manis tu, semut tak hinggap.. seriously, not joking.. hehe.. so, saudara tak leh pakai la ungkapan “walaupun hanya semut mengenal manisnya madu”.. hehe.. sori ye, komen ni dah terkeluar dari topiknya..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Setahu saya, saya tidak mengatakan ‘hanya semut’ yang mengenal manisnya madu.
Saya mengunakan kata ganti diri ’saya suka manisnya madu berbanding gula’. Jadi tiada ungkapan baru yang saya pakai di sini.
P/S: Adakah kerana faktor keselamatan anda menggunakan nama Anonymous?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
takdela… saje nak cover… tanak menampakkan perwatakan atau pendirian diri dalam hal ni..
saya ni baru je lagi join jemaah.. tapi, fikiran saya jenis tak berapa suka mengata, cari kelemahan pihak lawan, sbb tak byk faedahnya buat begitu.. saya lebih suka melihat jemaah dalam konteks tarbiyyah kepada ahlinya, dan usaha berdakwah, amar maaruf nahi mungkar… organisasi jemaah sebagai pasti politik, hanya yang terakhir, dalam pandangan saya..
p/s: Nipun tak dapat nak cover btol2, sebab ada COmmentLuv Enabled tu.. tak perasan sbelum ni.. hehe
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Saya hormati pendirian kamu untuk berahsian. Terpulang.
Sememangnya begitu, namun harus diingat. Menegur dan menasihati itu bukan dengan maksud mengata. Ad-dennu nasihah. Nasihat menasihatilah kamu dalam Islam agar saudaramu tidak tergelincir dalam mencari mardhatillah. Sedangkan tarbiyyah itu sendiri memerlukan tazkirah dan nasihat. Begitu juga untuk tujuan amar makruf nahi mungkar perlukan nasihat. Tarbiyyah dan nasihat tidak dapat dipisahkan.
Jadi perlu kita membezakan antara caci maki, mengatakan dan nasihat/kritikan membina.
Sunnah Rasulullah SAW sendiri meletakkan dakwah adalah yang utama, barulah politik. Jelas?
Jadi saya sudah tahu siapa anda
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
maafkan saya, acap pulak saya reply sini.. sekadar pandangan dari saya dalam hal ni..
niat hati kita, membezakan antara MENGATA daN MENEGUR.. Honestly, saya melihat tulisan saudara TEGURAN. Niatnya jelas, menggunakan gaya bhasa yang sesuai..
Namun, sayangnya, komen yang dicoret di sini, tidak menampakkan niat yang sama. Apa yg saya dapati, seolah2 niatnya untuk mengata.. Dan semakin menjadi2 dgn komen seterusnya..
Maafkan saya, kerana saya pernah merasai duduk di dalam kasut pihak lawan jemaah, saya dapati inilah KELEMAHAN yang amat ketara pada penyokong jemaah kita (allow me, coz i’ve just joined). ‘Ketidakcomelan’ pada akhlaq ahli jemaah, telah menambahkan lagi dalamnya penafian ‘pengundi atas pagar’ mahupun ‘penyokong pihak lawan’.
Contoh yang dapat dilihat, bukan hanya di sini.. MAlahan byk lagi.. Alangkah eloknya, jika akhlqa ini dapat diperbetulkan, mendekati masyarakat dan berdakwah penuh hikmah..
Mohon tunjuk ajar, andainya ada kesilapan dalam penafsiran saya dalam hal ini. Namun, pendekatan psikologi turut menjadi amalan Nabi S.A.W. Wallahu ‘ALam..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Tidak ada masalah.. kamu boleh teruskan mencoret apa-apa sahaja di sini asalkan tidak melanggar syara’.
Ya, kerana itu di dalam Islam mengutamakan niat dalam apa jua perkara agar ianya menjadi ibadat. Kaedah ilmu Qawaid Fiqhiyyah menyebut, Al-Umuru bimaqasidiha.. yakni setiap perkara itu bermula dengan niatnya. Niat untuk kebaikan maka dipersilakan.
Saya bersetuju dengan kamu dalam hal ini. Kebanyakkan penyokonglah lebih camca dari dari kuah. Maksudnya berlebih-lebihan dalam menimbulkan provakasi, tidak beradab dan berakhlak. Dan ini mengundang sikap negatif kepada musuh, dengan kata lain musuh akan lari dari mendekati kita walaupun kita berjuang atas nama Islam.
Kisah Rasulullah SAW dan wanita tua yahudi sepatutnya menjadi teladan buat kita dalam berdakwah. Baginda tidak membalas perbuatan hasad itu dengan kekerasan, tetapi secara berhikmah.
Dalam konteks ini kita tidak boleh menyamakan dengan aktiviti Jihad, kerana Jihad memang bertujuan untuk memerangi golongan kuffar yang menentang Islam. Moga kamu faham maksud saya.
Sebab itu Islam mengutamakan Aqidah, Syariat dan Akhlak. Jika kurang satu, pincanglah agamanya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
terima kaseh untuk penerangan saudara.. jazakillahi khoiron kasiero..
the end.. hehe..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Jadi tiada konklusi untuk perbincangan ini?
Pada saya, tidak kira siapa dia jika Islam agamanya mesti menjalankan aktiviti dakwah. Teruskan berdakwah ya.
P/S: Saya menanti keputusan maksud pilihan gambar itu.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Konklusinya, saya juga setuju dengan penutup oleh saudara. Berdakwah mengikut tahap ilmu yang ada pada diri sendiri. Wallahu ‘Alam..
p/s: Dah update penerangan gambo tu.. Insya Allah, ada kelebihan pada personaliti saudara untuk dimanfaatkan pada jalan dakwah..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
orang yang tak mahu Islam berjaya, itulah kerja mereka. Sampai bila tak sudah.
syahidah’s menulis entri terkini..Kebejatan Mengganas
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Sampai kiamat barulah selesai kerja mereka.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam..
teringat saya tentang buku yang telah saya baca lama dahulu. Kisah tentang seorang pemuda ketika waktu Singapura belum mencapai kemerdekaan tak silap saya. Dia ditangkap dan diseksa hanya kerana dia terlibat dalam satu kumpulan usrah.
sebaliknya, sekiranya ada majlis ilmu yang terbuka, tidak ramai pula yang berminat untuk hadir.
Saya setuju dengan nur_syahadaha.
pencinta bahasa’s menulis entri terkini..Takziah
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Perkataan usrah sangat berbahaya kepada penentang Islam. Mesir juga begitu, dan dalam interaksi kami tidak menggunakan perkataan usrah di tempat awam.
Sudah ada yang terjun dalam penjara bawah tanah kerana politik Mesir.
Saya setuju dengan kamu juga.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum..Alhamdulillah seronok dan indah ye bila berada dalam majlis ilmu, lebih-lebih lagi bersama para ulamak dengan kitab2 yg muktabar… (mungkin lps ni akhi Farid boleh sedia ruangan syarh kitab-kitab tersebut sebagai majlis ilmu maya kita, sebab terasa sangat kekurangan diri)… sedih bila majlis-majlis ini dipolitikkan sehingga menjejaskan syiar Islam…moga kita diberikan kekuatan dan istiqomah untuk terus amal kebaikan
ilina’s menulis entri terkini..Ikatan hati di masjid As Salam…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Wa’alaikumsalam,
Insya’Allah jika diizinkan.
Islam dan politik tidak boleh dipisahkan, namun jika politik itu bukan politik Islam maka perlu difikirkan. Kerana politik Islam tidak menghalau ilmu Islam.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
sedih dengan perlakuan golongan remaja di Malaysia ketika ini. Ajaran Islam bagai dipinggirkan. Aurat ditutup bukan takutkan amaran Allah kerana ia boleh ditanggalkan apabila tiba hujung minggu.Pergaulan lelaki prempuan tanpa batasa, Tiada lagi istilah mahram. Tiadak ubah seperti orang yang tiada pegangan agama.Sampai bila?…
Zayu Hisham’s menulis entri terkini..Belajar Berenang Dengan Buku?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Sampai Islam kembali tertegak di muka Allah semula.. Insya’Allah!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam. Kalau begitu, kita kena manafaatkan teknologi ICT ni. Kena buat video conferencing, satu dunia boleh belajar.
Ke guane?
abuyon’s menulis entri terkini..Tutup Muka, Ala Zorro Atau Agama
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Ya, boleh juga. Apakata kita lantik Mr.Abuyonlah jadi admin untuk aplikasi teknologi ICT itu. Ke guane?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Saki baki pengikut firaun pemerintah mesir sekarang, tak gitu ustaz?
Afandi’s menulis entri terkini..Melantik Wasi (Pemegang Amanah) atau Hibah?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Memang.. masih ada yang mengaku dan membanggakan firaun yang dilaknat Allah..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Farid…
Cabaran menyebarkan ilmu dan menuntut ilmu semakin bertambah. Moga ia tidak akan melemahkan, malah menjadikan diri semakin kuat. Bukankah dugaan itu diberikan Allah untuk menguji keimanan…?
suara’s menulis entri terkini..Ikhlas Yang Dibalas.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Saya tidak dapat menyangkal kata-kata itu kerana sememangnya ada benarnya. Ya, setiap manusia pasti akan diuji keimanannya. Tambahan dalam mencari ilmu.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam~
terima kasih kerana menziarahi blog sy sebentar td..
insyaAllah sy akn terus mengikuti website ini.
menarik~
byk info dan ilmu yg sy boleh d cni.
terima kasih ya
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Dipersilakan..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Lumrah alam barangkali, jalan menuju kebaikan penuh berliku…. dan begitulah sebaliknya…
k kin’s menulis entri terkini..Pertama kali naik kapal terbang
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Kata orang, kalau tak berliku tak ada cabaran pulakan
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam
Ini berlaku juga di tempat kami menuntut (sebuah universiti di UK), sehinggakan ada ugutan pada pelajar dan juga ustaz yang datang dihalau. Alasan mereka: agama tiada kena mengena dengan tujuan belajar di universiti. Tetapi, kami di universiti yang dipunyai oleh orang bukan islam di negara yang memang sekular.
Tidak sangka ini juga berlaku di Mesir dan Malaysia…
Moga Allah menerima segala amalan kita & memberkati segala ilmu yang kita dapati agar kita mendapat tempat di jannatul firdausi. Insya Allah.
fastaqim kama umirta…
wallahua’lam
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam…
biasanya ke arah kebaikan.. dakwah, selalu akan terhalang cukup susah nak menyampai.. pelbagai cabaran..
MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Perigi Mencari Timba?? ~*~
(Quote)
Like or Dislike:
0
0