Header image

Kami Terlibat Kemalangan Di Suez

Posted by Farid Rashidi in Bicara Semasa | Diari Penulis | Tazkirah

Selama saya tinggal di Siberbay, Tanta bermula tahun 2006 sehingga kini boleh dibilang dengan jari kadar kemalangan jalan raya yang berlalu bermula Suq Gumlah/Agizi/Mahattah Keretapi sehingga ke penghujung Mahattah Siberbay.

Seingat saya kemalangan yang pernah berlaku di depan mata ialah sewaktu saya menaiki bas beberapa ketika dahulu pulang ke Siberbay. Di suatu persimpangan jalan, kelihatan sebuah lori membawa muatan buah limau terbabas ke gigi jalan sehingga menyebabkan muatan bertaburan di atas jalan raya. Ada pula kelibat manusia yang mengambil kesempatan merasa limau percuma.

Berkelanalah ke serata pelusuk daerah Mesir, hakikatnya anda sukar untuk menemui tiang lampu isyarat di persimpangan jalan raya. Mereka lebih gemar menggunakan bunyi hon dan lampu sebagai wasilah komunikasi di atas jalan raya. Jangan tak percaya, bunyi hon yang pelbagai itu juga mempunyai makna tersendiri.

Ia juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Kemalangan Di Sempadan Suez

Usai menunaikan solat subuh di sebuah perhentian, kami seramai lebih kurang 40 mahasiswa Al-Azhar, Tanta terus bergerak untuk meneruskan perjalanan ke selatan Sinai. Kabus begitu tebal menyelubungi udara. Putih dan sejuk.

Sehinggakan saya perlu menanggalkan cermin mata kerana kabus yang mengaburkan pandangan mata.

Kelihatan deretan lori trailer muatan berat turut berhenti di perhentian itu. Sempat saya bergambar sebelum bas mula bergerak ke destinasi.

“Qudus, enta tolong ambil gambar ana kejap..” Pinta saya.

“Okeh.. boleh.”

Saya terus membetulkan selendang tebal di bahu dan baju sejuk tebal. Hawa dingin terasa mencucuk-cucuk ke tulang hitam.

“Uih gambar nampak bintik-bintik putih..” Qudus melihat semula gambar yang diambil.

“Sebab kamera pixel tinggi, jadi sharp nampak kabus bintik-bintik..” Kata saya. Kamera digital jenama Olympus itu saya pinjam dari seorang sahabat. Waktu itu belum miliki kamera digital Canon.

“Ohh, kamera pixel poweer..” Sambungnya sambil tersengih menampakkan gigi yang tersusun kemas. Semenangnya beliau pemurah dengan senyuman.

Kami terus segera naik ke atas bas semula. Perjalanan diteruskan.

Melihat suasana yang begitu kabur itu hati saya jadi tidak tenteram. Bimbang berlaku sesuatu diluar sangkaan. Tambahan pula bas yang dipandu Ammu arab begitu laju membelah manik-manik kabus putih. Samar berbalam-balam apabila melihat lorong highway yang merentasi padang pasir gersang di hadapan.

Saudara Firdaus, selaku Pengarah program Jejak Ke Selatan Sinai 2007 berdiri berhampiran pemandu bas. Beliau bersuara dengan corong mikrofon yang telah disediakan.

“Ok, di kesempatan ini kita nak ta’aruf sorang-sorang sahabat supaya lebih mengenali..” Kata beliau ketika memberi ucapan muqadimmah.

Tiba-tibaa…

“Strrreeeetttt!!!” Bunyi geseran brek yang begitu kuat kedengaran.

Firdaus terpelanting ke hadapan sedikit.

Saya cuba memanjangkan leher dan mendongak apa yang berlaku di hadapan. Kelihatan sebuah lorong panjang berhenti secara tiba-tiba di hadapan. Dada saya kencang berdebar.

“Ah sudahh!”

Pemandu cuba menekan brek mengejut. Tayar tidak kuat untuk mencengkam tar jalan raya kerana diselaputi kabus basah. Bas terus membelok ke kanan jalan.

“Dummm!!!” Bunyi dentuman kuat meremukkan objek di hadapan. Rakan-rakan ada yang menjerit bila mendengar dentuman itu. Ada yang terjaga dari tidur dan terpinga-terpinga kepeningan.

kembara

Sebuah kereta Hyundai berwarna biru lembut sedikit remuk akibat hentaman dari belakang. Bas diberhentikan segera. Pemandu bergegas turun sambil menjerit-jerit kemarahan. Begitu juga pemandu kereta Hyundai itu turut keluar dan berlaku pertelingkahan antara kedua pihak.

Saya terkesima sebentar. Terkejut. Jeda.

Sedang diam tanpa bicara, tiba-tiba kawan di belakang menjerit menyuruh agar kami memandang ke sebelah jendela kiri. Sebuah lori panjang turut terbabas ke kiri jalan kerana mengelak dari merempuh kenderaan di hadapan. Lori itu terperosok masuk ke pepasir sahara.

Saya mengurut dada tanda terkejut kali kedua.

Akibat kerana terlalu lama mereka berbalah, saya dan beberapa orang rakan cuba turun daripada bas. Mujurlah campur tangan polis meredakan suasana yang genting.

Kesempatan yang ada saya terus mengambil beberapa keping gambar kenangan. Rupa-rupanya peristiwa kemalangan hari itu melakar sejarah pahit kerana beratus-ratus kenderaan termasuk beberapa buah ambulan terlibat sama.

Akhbar keesokan harinya menyiarkan laporan bahawa lebih kurang 800 buah kenderaan terlibat dalam kecelakaan ngeri itu.

sinai

Selesai pertelingkahan, kami terpaksa berpatah balik ke Tanta kerana lesen pemandu dirampas polis. Hampa dan memenatkan.

Tujuh jam perjalanan tetapi akhirnya berpatah balik begitu saja. Namun syukur kerana Allah menjaga kami daripada terlibat kemalangan jalan raya pada hari itu.

Sungguh, memori itu sudah saya bungkus kemas di kantung jiwa selama-lamanya.

Apa yang pasti semenjak peristiwa hari itu, hati selalu tidak tenang bias-bias fobia bila duduk dibahagian hadapan berdekatan pemandu. Ya, arab bangsanya sangat berani hatta ketika memandu laju masih mampu menyelit di celah-celah kesesakan.

Statistik Kemalangan Jalan Raya Malaysia

Saya terasa loya bila terlihat keadaan mangsa kemalangan. Ianya begitu ngeri itu ditafsirkan ke dimensi fikir.

Saban tahun bermacam ops yang telah dijalankan oleh pihak JPJ dan Polis Traffik. Namun peningkatan kematian dari semasa ke semasa langsung tidak melihatkan kadar penurunan mendadak. Tambahan pula semenjak munculnya makhluk bernama ‘Mat Rempit’ di persada lalu lintas negara menyukarkan lagi statistik ini diturunkan.

statistik

Sumber statistik kemalangan jalan raya di Malaysia.

“Kalau jumpa mat rempit excident tak payang tolong dia.. biar!” Marah seorang Pak Cik suatu ketika seolah-olah geram melihat kelibat anak-anak muda yang tak sayang nyawa.

Saya selalu merenung realiti yang berlaku ditanahair. Termasuklah hal ehwal kemalangan yang meruncing dewasa ini.

Apakah ini berpunca sikap dan cara fikir masyarakat melayu ketika memandu?

Persoalan ini membuatkan daya fikir terus menaakul sebuah induksi. Fikiran menerawang ke pelusuk negara-negara maju dunia kini. Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Eropah.. Adakah mereka mengalami masalah yang sama seperti Malaysia?

Mahu mengatakan bahawa Malaysia tidak mempraktikkan sistem pembelajaran ketika mengambil lesen adalah tidak relevan. Saya sendiri mengakui untuk mendapatkan sebuah lesen kenderaan seperti motosikal dan kereta adalah sukar. Rasa berdesing telinga akibat kata-kata panas pegawai JPJ sewaktu ujian jalan raya lesen D dulu masih segar diingatan.

Pokok pangkalnya ia adalah berpunca daripada sikap kita. Buktinya, berapa kerat pemandu yang mampu mengikut teori secara bizzab di dalam kaedah pemanduan berhemah?

Belajar pusing stereng mengikut teori buku hendaklah menggunakan dua belah tangan, tetapi bila praktikal setelah mendapat lesen di jalan raya hanya sebelah sahaja tangan memutar stereng. Sebelah lagi pegang puntung rokok sambil mata mengenyit anak dara!

Kata iklan televisyen, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.

Kata Allah SWT pula dalam firman-Nya:

“Janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.” (An-Nisa’: 29)

12:32 AM, 16 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

73 Responses

  • Alhamdullilah semuanya selamat…semoga fobia itu semakin menghilang…

    sonata anak kancil’s menulis entri terkini..Sebatang Roti Lilit

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Ya, Alhamdulillah… semuanya selamat. Tentang fobia itu ya, sudah beransur hilang. Tapi jika duduk di bahagian sebelah penumpang depan saya jadi tak dapat lelapkan mata. Laju pemandu arab bawa! kalah pemandu Malaysia.

        (Quote)

  • Tirana says:

    Pemandu Arab lebihkurang sama macam sesetengah pemandu di Malaysia agaknya, tidak begitu berhemah di jalan raya. Kak tirana pernah tinggal selama beberapa tahun di Adelaide.. Pemandu-pemandu di sana cukup berhemah, menghormati di antara satu sama lain, even dengan pejalan kaki or penunggang motor. Di sini, kat zebra crossing, sepatutnya slow, lagi laju diorang pecut. Betul la kata Farid, ia bergantung kepada sikap dan kesedaran.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Mungkin, walaupun mereka (arab Mesir) pandu tak berhemah tapi mereka sangat cekap memandu. Konklusinya mereka jarang kemalangan, tapi sekali kemalangan teruk juga. Malaysia kerap kemalangan.

      Saya dah agak, negara barat mereka agak berhemah di jalan raya. Kawan di UK juga beritahu perkara yang sama.

      Adelaide US kan? bahagian mana ya?

        (Quote)

  • kenari says:

    assalam…pengalaman menjadi pengajaran kpd kita kan. Sikap sabar tu penting dlm setiap perlakuan. Tapi kadang2 kenari pun hilang sabar dgn sikap pemandu2 lain yg pentingkan diri sendiri, membahayakan pemandu lain yg berhemah mcm kenari ni :p

    kenari’s menulis entri terkini..Nona jambu manis jentik rambutan di pasar tani

      (Quote)

  • iza says:

    Alhamdulillah ustz selamat. Dasyatnya kemalangan tu sampai ratusan kenderaan terlibat.

    Pernah juga terlihat kemalangan berlaku betul-betul depan mata. Macam silap mata jer, tiba-tiba si penunggang motor tu dah tergolek atas jalan dan saya terpaksa cepat2 break, kalau tak mahu saya pulak yg tambahkan cedera dia tuu.

    Orang kat sini drive laju tapi tak berhati-hati, sudahlah sistem keselamatan kereta tak secanggih kereta eropah. sekali break terkejut sikit jer dah melayang.

    iza’s menulis entri terkini..Tanpa Gandum, Tiada Sarapan Terindah =^_^=

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Ya, syukur. Memang dahsyat, sebab itu saya masih ingat peristiwa itu. Siap rakam dalam kamera hanset.

      Oh, dah kena lagi siap boleh bangun lagi? tak tuntut sebarang ganti rugikah?

      Itulah maksud saya, nak bawa laju tapi tak cekap. Nak jadi berhemah tapi tak pandai. Bukan sahaya sistem keselamatan jalan raya, kereta buatan Malaysia juga mudah remuk dan rosak.

        (Quote)

  • azmamusa says:

    suspen baca tajuk… sejarah lama rupanya… moga fobianya makin menghilang…

    skil memandu dah mula kak belajar masa umur 12 tahun… arwah ayah ‘paksa’ kerana itulah ilmu yg dpt dia turunkan kpd anak2.. selaku dirinya bekerja sebagai pemandu syarikat dulu…

    bila memandu ulang-alik berseorangan..mesti terkenang dan rindu menusuk kalbu pada arwah ayah… ilmu memandunya sangat berguna dan memberi kayakinan yg kuat pada kak… walaupun kak memandu 110km/h, tapi insyaAllah kak hati2 dan sentiasa berwaspada… mohon Allah jauhkan kita dari kecelakaan jalanraya..

    azmamusa’s menulis entri terkini..tUGasAn seMeSteR iNi – rUjuKanKu…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Suspen ya? :)

      Saya pula belajar kereta dengan ayah sewaktu lepas SPM. Ambil lesen jadi tak terlalu kekok. Cuma panas telinga kena marah, maklumlah ambil lesen perlu skema.

      Ilmu memandu bagaimana tu kak? mungkin boleh kongsikan.

        (Quote)

  • Assalamualaikum ..

    Keadaan di sana hampir sama situasi di sini..pakcik-pakcik arab dan makcik-makcik arab di sini menggunakan jalan raya seolah-olah mereka yang punya kuasa.. tidak tahu peraturan..sifat itu mungkin terbawa-bawa dari negara mereka agaknya. hmmm…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumussalam,

      Sebab itu saya dan rakan hampir dilanggar pak cik arab walaupun kami pandu kereta secara berhikmah ketika itu. Nak memandu di sini? kita kena buat jalan raya macam hak kita. Itu petuasnya.

      Rakyat Malaysia juga apa kurangnya bukan? Sampai ada gelaran samseng jalanan.

        (Quote)

  • iskandar says:

    Salam ziarah kembali akhi. Artikel blog yang mengajak berfikir dan merenung buat iktibar bersama. Moga dpt terus berhubung

    iskandar’s menulis entri terkini..Iktibar Kehidupan II

      (Quote)

  • Tronx013 says:

    salam…

    2 tahun berlalu rupanya kejadian tersebut… Kemalangan untuk yang terleka dan terlena…

    Seingat saya, saya yang tengah berbasikal ketika itu,berhenti seketika di tepi jalan untuk melintas,hampir dilanggar bas yang terbabas ke tepi. Saya hanya terperasan sesuatu kenderaan besar dari sisi dan saya mengambil mengundur ke belakang dalam 1 meter dan bas tersebut selamat lalu betul2 dihadapan saya dan melanggar tiang elektrik.. penumpang semua terkejut dan tengok keluar apa yang berlaku.. huhhhh.. rasa macam nyawa dihujung tandung je.. Allah selamatkan saya lagi.. :)

    p/s- gambar di blog saya tu diambil di TELUK WAWASAN(nama asal TELUK BAKUNG), BATU PAHAT, JOHOR… syukran atas nasihat dan peringatan…

    Tronx013’s menulis entri terkini..Catatan 5 – Fasa Perubahan Silih Bertukar

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Berlalu dengan sebuah kenangan.

      Aduhh, akhi juga ada cerita yang menggerunkan ya. Mujurlah masih selamat dan panjang umur. Dapat saya baca blog Teruna Teluk Wawasan lagi.

      Bila baca pengalaman akhi, teringat adik saya yang hampir-hampir dilanggar kereta.

      Patutlah cantik semacam je, kampung sendiri rupanya.

        (Quote)

      • Tronx013 says:

        Salam,

        :) ,InshaAllah, sampai bila nyawa ini pun tiada diketahui lamanya…
        Kembar saya selalu sahaja kemalangan, dah dekat 4 atau 5 kali rasanya, sebab terlanggar sesuatu di tengah jalan atau pun dilanggar. InshaAllah,semuanya ok. Dah ketetapan,ia pasti berlaku..

        Gambar yang ada di blog tu semuanya dah di’edit’.. so x ori, heheh.. Kampung saya seindah biasa sahaja.. Terima kasih lawat blog saya.. InshaAllah, semuanya dari Allah.
        Lautan Teluk Wawasan bukanlah sebersih laut cina selatan, airnya agak berlumpur dan tidak jernih… :)

        Tronx013’s menulis entri terkini..Catatan 5 – Fasa Perubahan Silih Bertukar

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Tronx013: Kembar saya selalu sahaja kemalangan, dah dekat 4 atau 5 kali rasanya, sebab terlanggar sesuatu di tengah jalan atau pun dilanggar.

          Allah, akhi ada kembar rupanya. Ini juga mengingatkan kedua-dua adik kembar lelaki saya yang pernah beberapa kali mengalami peristiwa yang sama. Hampir dirempuh kereta dan hampir lemas. Moga mereka selamat dan berjaya menamatkan pengajian di Universiti Insaniah.

          Tronx013: Lautan Teluk Wawasan bukanlah sebersih laut cina selatan, airnya agak berlumpur dan tidak jernih…

          Ya samalah dengan lautan yang ada di kuala kedah. Berlumpur dan berpaya bakau. Terkenang sewaktu melihat matahari jatuh di sana dahulu. Walaupun kotor, ianya indah bila terkena pantulan mentari.

          Guna teknik apa untuk mengedit?

            (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Tronx013: Teknik mengedit??? …rrr?? xtau la, saya hentam sahaja guna microsoft office manager dan power point je.. kalau nak filter guna photoshop(xtau guna sepenuhnya,susah).. Saya xda basic, mengedit mengikut gambar orang lain dan cita rasa sendiri..heheh)
          Ustaz guna teknik apa mengedit gambar?

          Ish, tak pernah pula saya guna power point untuk mengedit gambar. Untuk tujuan mengedit gambar saya gunakan Adobe Photoshop CS3.

          Kat situ boleh guna bermacam-macam teknik mengedit, bergantung kepada kekreatifan.

            (Quote)

          • Tronx013 says:

            salam..

            saya memang tahu kehebatan photoshop,tapi xtau nak guna.. jadi,terpaksa menggunakan apa yang ada untuk mencipta sesuatu yang setanding dengan photoshop…. :)

            kena masuk kelas adobe photoshop ni..hehe

              (Quote)

            • Farid Rashidi says:

              Insya’Allah mudah saja, ibarat mengimbas pesakit mata :)

              Tak perlu, hanya perlu sedikit kesabaran untuk menggeledah tutorialnya. Tak faham tanya pada yang pakar.. semoga berjaya!

                (Quote)

  • izan says:

    Assalamualaikum,

    fobia jika terserempak dengan kes kemalangan, pernah demam seminggu gara-gara ternampak depan mata.

      (Quote)

  • Tie says:

    Assalamualaikum dek,

    Ooo…..teruk juga kereta tu, kak tie tengok rasa takut pulak.

    Kak tie selalu juga ternampak kemalangan ni, rasa ngeri tengok darah tu. Mujurlah semuanya selamat. Alhamdulillah…

    Tie’s menulis entri terkini..Sarang burung walet

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Itu baru tengok kereta dah rasa takut.

      Tengok kemalangan ya, terlibat pernah? jatuh basikal zaman kanak-kanak itu tak termasuk dalam kisah ngerilah. :)

        (Quote)

  • sab2 says:

    assalamu’alaikum,

    teruskan menulis dan berkongsi imu dan pengalaman kembara

    hjSab2
    http://www.MDESJ.net
    http://www.facebook.com/sabtu

      (Quote)

  • nohas says:

    Kita merancang, Allah SWT juga merancang & Allah SWT adalah sebaik-baik perancang..hmm, nampaknya,tak sempat nak bertaa’ruf..

    Memang kalau jalan lurus selalu sangat accident, kadang2 kita berhati-hati, pemandu lain yg buat onar..terkena di dalam berjaga-jaga..

    nohas’s menulis entri terkini..Teka-teki

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Hehe, ya tak sempat nak berta’aruf jadi sesi lain pula. Tapi perjalanan kami ditunda dua hari lepas itu. Maknanya destinasi Jaulah tetap sampai, alhamdulillah.

      Jalan lurus selalu accidentke? sebabnya?

        (Quote)

      • nohas says:

        Selalunya pemandu suka memandu laju di jalan lurus + rasa mengantuk juga (boring)..sebab tu bila satu accident, yang lain tak sempat nak buat apa2, brek pun terkena juga..

        p/s: Kajian rambang shj..ikut psikologi manusia, no statistic to back up..apa2 pun, kemalangan dimana2 jua berlaku..

        nohas’s menulis entri terkini..Buah Zaitun : Warisan AlQuran yg dilupakan Umat Islam

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Ya, betul. Biasanya begitu, tapi kalau di sini jarang berlaku kemalangan di jalan yang lurus. Kecuali atas sebab-sebab ditakdirkan untuk berkabus. Maka jadilah kisah seperti yang saya tuliskan.

          Selekoh juga bahaya, contoh jalan lebuhraya Grik, Jeli. Sangat menakutkan.

            (Quote)

  • insyirah says:

    Salam.

    Cerita mengenai tingkah Arab memandu, wah imbas semula kenangan di Mekah yang sangat bingit dengan bunyi hon! :) Masa nak ke miqad pun rasa kecut perut naik van arab. Tapi ‘tak kisah’ sangat, sebab masa tu hati nampak kaabah je.

    Susah nak hilangkan fobia kemalangan. Dek kerana pernah jatuh motor (menjadi pembonceng) hampir 6 tahun yang lalu tetapi ana masih TAK BOLEH hilangkan fobia. Setiap kali emergency break, ana mesti menggeletar satu badan. Itu yang ‘telan air liur’ setiap kali tengok sahabat-sahabat yang lain memandu kereta ke sana sini. Bukan terliur nak bawa kereta tapi terliur nak kan semangat tu… :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Tak mengapa, dalam beribadat pahalanya besar. Tak perlu takut.

      Nampaknya kamu telah mengingatkan saya satu peristiwa silam. Saya juga pernah menjadi pembonceng motosikal dan dilanggar oleh rakan yang menunggang motor lain.

      Waktu itu kami pulang dari kuliah di sebuah IPT, jalanraya licin dan gelap, hujan lebat. Oleh kerana nak elak kena hujan maka kawan pecut motor laju. Waktu nak belok, ada seorang kawan lagi merempuh kami berdua. Saya stunt ke hadapan sehingga menyebabkan tangan luka. Pedih terkena hujan! berdarah-darah.

      Kawan saya agak parah, kakinya luka teruk sehingga menampakkan tulang putih akibat tercucuk besi motor. Dan selama bertahun-tahun barulah fobis membonceng hilang.

        (Quote)

  • Kakak says:

    Assalamualaikum Farid,
    Alhamdulillah Farid dan kawan-kawan terselamat dalam kemalangan tu.
    Dulu lama kakak tak memandu kerana fobia bila terlibat dalam kemalangan kecil saja. Masa tu baru dapat lesen. Susah juga kalau tak boleh memandu. Sekarang terpaksa juga memandu terutama bila ada anak.Cuma rasa malas nak memandu bila berjumpa dengan pemandu yang susah nak bersabar di jalan raya dan suka sangat mencelah-celah seperti mereka sahaja yang perlu cepat.Doakan mereka lebih bertimbang rasa.

    Kakak’s menulis entri terkini..Siapa yang menanam?

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Ya, bukan setakat mencelah. Tetapi baran, sebagaimana asyiq sebutkan dalam komentarnya.

      Sikap tak bertimbang rasa yang menyusahkan manusia lain.

        (Quote)

  • asyiq says:

    Kadang2 sy terfikir kenapa pemandu di Malaysia bersikap ‘baran’ sewaktu memandu. Sikit2 nak marah…kita beri signal nk masuk pun tak dipedulikan. Apa sebabnya??

    Nak kata tak ada pelajaran…org2 berpelajaran pun mcm tu. Mungkin sebab kita ada budaya ‘amuk’ yg tak ada pd bangsa lain….tapi kenapa pula org cina dan india pun sama….ni petunjuk kita belum maju ke?

    Teringin nak buat kajian…..farid tolong la buat research!!

    asyiq’s menulis entri terkini..Kapak yang tumpul

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Satu isu yang menarik diperkembangkan.

      Baran ataupun samseng jalanan ni biasanya akan muncul hanya di atas jalanraya sahaja. Nak tunjuk hebat dan mendabik dada jalan raya. Sebabnya? ubahlah mentaliti, barulah layak untuk memiliki sebuah lesen.

      Melanggar orang tanpa tujuan sehingga mati boleh disabitkan sebagai membunuh juga. Jadi berhati-hatilah.

      Itu menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia adalah berfahaman 1Malaysia, mendokong mentaliti yang sama ke arah merosakkan negara dan rakyat sendiri.

      Saya? berat juga tu. Tunggulah saya genggam sebuah PhD dulu. :)

        (Quote)

  • arnamee says:

    Salam ~

    Alhamdulillah, selamat dan fobia ustaz pun dah makin kurang kan?^^
    erm, begitulah, ada saudara saya di sana, kata nya pertama kali menjejak ke negara arab, mereka takut dengan pemandunya^^

    ^^semoga rakyat malaysia lebih berhati2.insyaallah:)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Alhamdulillah dah semakin hilang.

      Sebenarnya kita harus lebih berani bila berdepan dengan manusia berani. Jika kita lembik, mudah ditindas nanti.

        (Quote)

  • Evi LoLyta says:

    salam.. nice blog.. slalu gak bce2 artikel sblum ni cma x drop comment je.. u r my fren nye senior la kt tanta :)

      (Quote)

  • abu aiman says:

    salaam,

    kat sini kalau depa nampak kita nak lintas jalan dari jauh depa dah slow down, bagi kita lintas. aktiviti mencilok pun tak banyak sebab depa mmg bagi jalan dulu. Kalau yang laju2 tu mesti muka tok arab, tak pun org asia. nak kata apa…

    Masa balik Msia kejap haritu sakit jiwa juga la bawak kereta kat KL, kena adjust balik.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Maksud ‘depa’ untuk siapa? arabkah atau melayu?

      Di sini walaupun arab Mesir laju-laju bawanya, tapi mereka mampu berhenti jika kita berikan isyarat mahu melintas. Insya’ALLAH akan diberi laluan.

        (Quote)

      • abu aiman says:

        salaam,
        By ‘sini’ saya maksudkan Sydney. Sori syeikh, terlupa kita di alam maya, jasad berada di lain benua…

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Oh, baru saya tahu bila klik ke blog saudara. Rupanya di Sydney. Maksudnya memang ‘mat saleh’ berhemah di jalan raya. Sudah saya agak.

          Depa bukan orang Islam, depa kapiaq tapi depa tau jaga dan adab-adab bermuamalat. Lagu mana tu?

            (Quote)

          • abu aiman says:

            Banyak faktor yang mempengaruhi. Antaranya:
            1. Faktor sikap dan budaya, mmg susah nak ubah.
            2. Suasana sekitar. Contohnya kat Sydney susah nak jumpa motosikal, di Malaysia bawak kereta terasa gayat sebab mat2 rempit berdesing lalu tepi kita. Manusia merata2, populasi padat.
            3. Penguatkuasaan undang2. Kat sini takdak ‘lubang’ nak mengelat dr bayar saman. Cthnya, langgar red light kena $300 (RM800++)(tobat tak buat dah, hehe). Bayar kat post office. Its either bayar full atau tunggu surat court. Kat malaysia polis siap suruh isi borang rayuan, pastu boleh kurang sikit. Agak2 berani buat dosa, ‘suap’ sikit, lepasss.
            Wallahu A’lam

              (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          abu aiman: Contohnya kat Sydney susah nak jumpa motosikal, di Malaysia bawak kereta terasa gayat sebab mat2 rempit berdesing lalu tepi kita.

          Banyaknya motosikal juga mengundang bahaya. Kemalangan yang melibatkan motosikal kebanyakkannya ngeri-ngeri dan membawa maut. Sangat berisiko tinggi.

          Asapnya juga mengundang pencemaran.

          abu aiman: Agak2 berani buat dosa, ’suap’ sikit, lepasss.

          Ha, ini masalahnya. Suap ikut belakang (rasuah). Kasihan sungguh.. Tanggunglah nanti siapa yang terlibat.

            (Quote)

  • NoRuLLiSzA says:

    sompek laie b’gambar :D

    alhamdulillah, selamat sume..time sejuk mmg best berjalan…xsabar nak tggu musim sejuk..

    NoRuLLiSzA’s menulis entri terkini..…Isra’ wal Mi’raj…

      (Quote)

  • Az says:

    Alhamdulillah…selamat.
    Saya cuma nak tambah, gambar tu cantik.
    Ada teknik tertentu kot amik gambar kabus2 macam tu.

    Az’s menulis entri terkini..Rasa…

      (Quote)

  • nahmy says:

    alahamdulillah syeikh & sahabat selamat. di malaysia, susah juga nak kata…tapi 70-80% kemalangan (pandangan bagi saya sbg pemandu)adalah disebabkan kecuaian. kalau nak kata ‘malfunction’ kenderaan pun masih tidak tepat kerana masih juga sebab utama pada ‘kecuaian’ pemandu (utk buat pemeriksaan pada kenderaannya itu). lebih-lebih lagi utk mat rempit – mereka bukan cuai, mereka alpa sebenarnya…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Ya, itu yang saya katakan. Ianya adalah berdasarkan sikap dan mentaliti si pemandu. Letaklah sign board memandu secara berhemat besar mana pun, selagi tidak ubah persepsi cara fikir.. maka, tidak ada apa-apa boleh diperkatakan lagi.

        (Quote)

  • Masy says:

    syukur semuanya selamat :)

    Masy’s menulis entri terkini..419: Kita kene jujur walau apapun, faham?

      (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam… ngeri tengok gambar kete..teruk jugakk.. Alhamdulilah ust selamat.. kat tempat saya kerja ni banyak lori2.. kadang gerun je bila pandu kat highway.. sbb pakcik2 ‘lori’ ni ada kala main celah je kat jalan orang.. dia besar,kita kena mengelakla.. kan susah jadi..
    pendek kata dalam memandu ats jalan raya nie kena banyak2 bersabar dan berhemah..

    p/s: manusia banyak ragamnya..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      nur_syahadah: pendek kata dalam memandu ats jalan raya nie kena banyak2 bersabar dan berhemah..

      Salam,

      Hati-hatilah berhadapan dengan lori. Seeloknya mengelak dahulu ya.

      Kadang-kadang kita sudah bersabar dan berhemah, orang pula yang kurang ajar. Itu masalahnya.

      Banyak ragam tetapi boleh diseragamkan.

        (Quote)

  • ilina says:

    Alhamdulillah semua selamat dan alhamdulillah x pernah alami saat mencabar ini…moga Allah jauhkan…dapat rasakan kebingitannya sama seperti semasa musim haji di Mekah…teringat kata-kata ustaz Wan Sohor dalam radio..sikap seseorang dapat dilihat sewaktu dia memandu…sabar, gopoh,toleransi…nasihat beliau amalkan apa yang rasul ajar bila berkenderaan iaitu SENYUM selepas membaca doa naik kenderaan (ia mewujudkan “aura” atau energy yang harmoni dan positif dalam diri)

    ilina’s menulis entri terkini..Ikatan hati di masjid As Salam…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      ilina: sikap seseorang dapat dilihat sewaktu dia memandu…sabar, gopoh,toleransi…nasihat beliau amalkan apa yang rasul ajar bila berkenderaan iaitu SENYUM selepas membaca doa naik kenderaan (ia mewujudkan “aura” atau energy yang harmoni dan positif dalam diri)

      Saya rasa ada benarnya kenyataan itu. Sebabnya ada yang nampak sopan sebelum memandu, bila atas jalanraya tiba-tiba berubah menjadi samseng. Tak gitu?

        (Quote)

  • suara says:

    Salam Farid,
    Erm… Kemalangan pertama kak su yang agak teruk… baru 2 bulan lepas berlaku. Masa balik kg, langgar lembu yg dah terbaring. Kereta kak su adalah yang ketiga langgar. Sampai sekarang kereta tu masih dlm ICU. Tuan punya kereta dan penumpangnya tercalar pun tidak.

    Teringat pengalaman masa naik van nak pergi miqat… huhu… pemandu Arab ni memang tak begitu penyabar. Asyik hon je kejenya… tension kak su. Setakat ni, kat Malaysia, walau jem teruk macam mana sekalipun, tak delah org membunyikan hon macam ambulan, bising tak berhenti-henti…

    suara’s menulis entri terkini..Ikhlas Yang Dibalas.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      suara: langgar lembu yg dah terbaring. Kereta kak su adalah yang ketiga langgar. Sampai sekarang kereta tu masih dlm ICU. Tuan punya kereta dan penumpangnya tercalar pun tidak.

      Salam,

      Alhamdulillahla selamat, agaknya lembu itu dah mati ya.

      Hon kat sini adalah perkara normal, senyap itu yang tidak normal :)

        (Quote)

  • hdup umapama memandu kenderaan…jika tersasarnye masa memandu, bgitu juga tersasarnya dlm hidup kta…

      (Quote)

  • nsb baik selamat
    .-= ore-biasa jah´s last blog ..Belajar dan beramal =-.

      (Quote)

  • Pingback: Jejak Thursina: Merentasi Terusan Suez @ Faridrashidi.Com

  • MaizaC'Joe says:

    Salam

    Alhamdulillah.. semuanya selamat.. pemandu arab lebih kurang dengan pemandu malaysia juga.. tambah2 pagi nak ke pejabat, Q sepanjang jalan.. masing2 nak cepat akibat tak berhati-hati kemalangan berlaku. Sudah la tue parking pun di rebut.. maiza dah banyak kali kena.. kita punya sabar menunggu nak parking kereta.. dng mudahnya, pemandu yg tak beretika.. rampas parking, di tambah geram bila kita ada hal penting.. terganggu di sebabkan itu…

    moga fobia cepat2 beransur pergi..
    .-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Perigi Mencari Timba?? ~*~ =-.

      (Quote)

  • hafizmd says:

    Alhamdulillah selamat semuanya. Saye baru saja usai bace post ni. Maklumlah, baru kenalkan. Pemandu arab dgr-dgrnya memang berani. Mungkin jiwa seperti makhluk bernama mat rempit di sini agaknye.
    .-= hafizmd´s last blog ..Madu oh! madu =-.

      (Quote)

  • Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Ulangtahun Pertama Faridrashidi.Com!

  • http://super-new-s.info
    I think, that you are not right. Let’s discuss. Write to me in PM, we will communicate.

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge