Pergaduhan Manek Urai Dan Dungun: Mengapa Begitu?

Category : Bicara Semasa, Kasus Politik, Tazkirah

Bila musim cuti persekolahan bermula, pasti menerima kita banyak jemputan kenduri kahwin. Masih segar di ingatan saya sewaktu menghadiri kenduri perkahwinan di kampung beberapa tahun yang lalu.

Sebagaimana biasa, kampung saya masih mengamalkan aktiviti gotong-royong ketika mengadakan kenduri perkahwinan dan amalan makan sehidang empat orang juga masih dipraktikkan. Saya dan adik duduk di bawah khemah menanti makanan sampai. Meja kami masih kekosongan tempat duduk. Mujurlah Pak Long Man (bukan nama sebenar) mengisi kekosongan yang ada. Beliau merupakan salah seorang teman ayah saya yang akrab.

Khemah beratapkan kanvas masih tidak mampu memantulkan pancaran pijar mentari. Peluh memercik di dahi menandakan hawa panas beriklim khatulistiwa itu membahang di pertengahan hari. Riuh rendah suara mentara tidak saya endahkan. Kami terus menanti, sesekali berbual mesra bersama Pak Long Man. Sejurus kemudian hidangan pun tiba.

Semangkuk gulai daging rias pisang, pajeri nenas nasi putih dan beberapa jenis lauk lagi. Juga terdapat bunga telur penyeri hidangan di sisi talam.

Sedang ralit kami menceduk nasi. Tiba-tiba kedengaran bunyi hentakan meja di sebelah kami.

“Traannggg!!!”

Serentak dengan itu meja diterbalikkan menyebabkan segala perkakasan tunggang terbalik. Seorang lelaki separuh umur menolak meja di sekeliling mengejar seorang lelaki lain. Suasana menjadi kelam kabut. Saya tersentak seketika. Tangan terhenti untuk menyuap. Penduduk kampung yang berada di sekitar khemah semuanya tercengang.

“Wooiii!!!” Bunyi jeritan sana-sini.

“Aku buat salah apa ni?? Aku buat salahh apa ni?!” Mangsa menepis sambil menjerit.

Lelaki tadi terus mengejar dan melepaskan tumbukan bertalu-talu. Namun mangsa kelihatan menepis tumbukan ke tepi. Tidak mengena. Orang ramai mula menghampiri lelaki bermisai yang menyerang itu dan cuba menangkapnya. Tetapi dia tetap saja melepaskan tumbukan dan tendangan. Sebiji tumbukan hinggap di lengan, lalu mangsa cuba menolak menyebabkan lelaki bermisai jatuh tersembam menyembah bumi. Bajunya diselaputi becak lumpur.

Orang ramai terus memaut kedua-dua lelaki tadi agar pertelingkahan diberhentikan segera. Sejurus kemudian, seorang Mak Cik keluar sambil menjerit-jerit memarahi mereka. Pada hemat saya Mak Cik itu adalah tuan rumah majlis perkahwinan. Masing-masing riuh rendah seakan kampung di landa burung garuda.

Pergaduhan itu selesai tanpa butir bicara konklusi yang baik. Lelaki bermisai tadi kelihatan meninggalkan majlis kenduri bersama isterinya.

Saya menghela nafas hairan yang amat. Menggeleng. Debaran dada masih berkocak kencang. Adik hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Pak Long Man juga turut hairan dengan peristiwa yang berlaku.

Walaupun begitu, selera menjamah nasi kenduri tidak terhenti di situ. Kami terus menjamah nasi yang tersedia dan pulang dengan 101 persoalan di benak minda.

Saya pulang ke rumah dan menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Datok dan Nenek.

“Normally, the elder people who fights with each others are senile, unintelligent and frankly speaking, really really dumb!!” Respon Datok saya spontan.

Ulu hati saya bergetar geli sehingga kini bila mengenang kata-katanya.

Budak Sekolah Bergaduh Lagi

Beberapa hari yang lepas laman berita tanahair menyiarkan lagi beberapa keratan berita siri pergaduhan ‘tidak cerdik’ di kalangan pelajar sekolah. Pergaduhan itu dikhabarkan berlaku setelah tersiarnya rakaman adegan bertinju dan buli secara berleluasa melalui laman Youtube dan Hanphone berkamera.

KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar perempuan tingkatan satu layak digelar ‘mafia betina’ ketika membelasah dan mendera dua rakan sebaya, baru-baru ini. Ini kerana mangsa bukan setakat ditampar dan diterajang, malah dipaksa bergusti sesama sendiri. Lebih mengejutkan, penderaan itu dilakukan di dalam surau di luar sekolah! Sumber Berita

“Pelajar lelaki buli dan bertumbuk adalah perkara biasa.. Tetapi pelajar perempuan bertumbuk luar biasa. Mengapa?” Itu adalah respon saya yang disiarkan dalam laman sosial Facebook.

Saya terdiam tanpa komen selanjutnya.

Secara ikhlasnya saya ingin bertanyakan kepada kalian kaum lelaki, adakah ciri-ciri wanita idaman anda adalah seperti mereka? Atau gadis-gadis kini sudah merasakan bahawa mempunyai watak ala-ala mafia dan berani bertumbuk sesuka hati merupakan pakej idaman muslimah yang sangat digilai kebanyakkan lelaki?

Jika ada yang berani mengangguk ya, saya mahu hadiahkannya kata-kata paling menarik tahun ini!

manek copy

Ini Juga ‘Bergaduh’!

Lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari ini. Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan, lapor laman web Utusan Malaysia. Susulan pergaduhan itu, beberapa orang penyokong kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan dan semuanya dihantar ke Hospital Kuala Krai. Sumber Berita

Akibat daripada pergaduhan di PRK Manek Urai itu, 5 orang telah dimasukkan ke dalam hospital dan mencederakan beberapa penyokong di kedua belah pihak parti.

Berita ini menyebabkan saya kembali menggeleng kepala. Ini mengingatkan saya kembali kepada peristiwa pergaduhan di rumah kenduri dan kata-kata Datok saya.

Sepatutnya sebagai dua buah parti politik yang berpengalaman dan paling berpengaruh di Malaysia menunjukkan sikap dan budaya yang baik. Sangat memalukan jika kita berstatus golongan berpengetahuan dan intelek terjebak dengan aktiviti membaling botol, caci maki tanpa akhlak dan bergaduh ala-ala pelajar sekolah.

Apakah tidak akan berlaku pilihanraya dan mencapai kemenangan jika perlakuan kebudak-budakkan itu tidak berlangsung? Gelak besar big boss Yahudi dan seangkatannya melihat umat Islam bertelagah dengan kelakuan seperti begitu. Muhasabahlah, be proffesional okey!

Firman Allah Azzawajalla:

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-An’am: 153)

Di dalam buku The Prince, yang ditulis Machiavelli tahun 1513, dia menyatakan bahawa:

“Semua pemimpin harus menggunakan penipuan dan akal licik, untuk mencapai tujuan mereka. Dengan lain perkataan, seorang pemimpin harus tahu bila ia harus berperanan sebagai singa, bila bertindak seperti musang, dan sebagainya. Perubahan karakter seorang pemimpin itu harus mengikuti keadaan.”

Faktanya, dalam sedar atau tidak kita sudah dan sedang terperangkap dengan teori politik Machiavelli! Bersama prinsipnya, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.

Mengapa begitu kawan?

11:52 PM, 14 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.


Comments (21)

EMosi kalau menangatasi manusia..camni la jadinya
kurang cerdik tindakannya walaupun segulung ijazah sudah dlm genggaman..
tak sangka smpi besar pun mahu bergaduh..
mahu menampilkn kebenaran tpi sikap bertentangan..
Masalah sikap dan cara sebenarnya..
sungguh matlamat tidak menghalalkn cara..
Mohon muhasabah semua..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

sinar: kurang cerdik tindakannya walaupun segulung ijazah sudah dlm genggaman..
tak sangka smpi besar pun mahu bergaduh..
mahu menampilkn kebenaran tpi sikap bertentangan..

Bukan sahaja ijazah, malah ada yang PHD dan MAster pun ada.

Tengok sajalah laman dan blog yang tulis tentang politik. Semua perkataan makian keluar seolah-olah umat Islam bukan jenis yang berahklak dan beradab.

Sungguh, saya sangat tidak menggemari perkara itu!  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

kekadang terduduk & termenung panjang..
bila la nk berubah..
kalau cmni gaya..kita byk kehilangan khudwah..
harapan, mga..kita terus sedar dan tidak mengulangi silap ya sama..
takut kerana kita kesyumulan Islam itu kian terhijab..
dan paling tak suka..si kuffar sana bergembira tgk kita di sini..
Moga Allah beri hidayah dan trus pelihara..
takut mengenangkn jika Allah gntikan kita dgn kaum yg lain..

sinar’s menulis entri terkini..Teka-teki Rimba  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Bukan sahaja duduk tapi saya jadi pening berfikir tentangnya.

Kita sebenarnya dah banyak kehilangan mad’u. Lari kerana bosan dengan sikap pendakwah yang bertelagah sesama sendiri. Tidak ada role-model. Sedangkan dakyah kristian siang malam bergerak.

Nabi Muhammad bukan sahaja ketua negera, malah ketua keluarga yang baik, berakhlak mulia, pahlawan dan bermacam lagi. Tidak langsung menghazafkan sesuatu dengan sesuatu.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Memang memalukan je.

Kak tie heran laa… kenapa mudah sangat naik angin ? Kan masing-masing dah cerdik dan dewasa. Tak boleh ke berfikir secara matang ?

Bagi kak tie, kedua2 pihak kenalah belajar mengawal perasaan. Kalau banyak sangat tenaga nak bergaduh tu, elok je pi ke Palestine, tolong sedara2 kita tu, lawan dengan yahudi laknat! Kalau setakat kerana pilihanraya, berebut-rebut nak pancing undi…err…apalah yang dapat. Badan sakit, malu lagi….. Buang masa dan tenaga je.

Bukan emo ni, cuma rasa terkilan…orang kita masih tak sedar-sedar lagi.

Tie’s menulis entri terkini..Pejamlah mata…..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tie: Kak tie heran laa… kenapa mudah sangat naik angin ? Kan masing-masing dah cerdik dan dewasa. Tak boleh ke berfikir secara matang ?

Emosional mengalahkan rasional… manusia jadi tak mengenal manusia. Lihat manusia bagai punch bag yang harus ditendang bertalu-talu.

Tie: kedua2 pihak kenalah belajar mengawal perasaan. Kalau banyak sangat tenaga nak bergaduh tu, elok je pi ke Palestine, tolong sedara2 kita tu, lawan dengan yahudi laknat! Kalau setakat kerana pilihanraya, berebut-rebut nak pancing undi…err…apalah yang dapat. Badan sakit, malu lagi….. Buang masa dan tenaga je.

Berani sesama sendiri je.. Ajak berjihad di Palestin semua memencilkan diri. Masing-masing tinggalkan beban atas orang lain.

Itulah yang saya katakan, Yahudi dan Obama tengah gelakkan umat Islam sekarang.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Agaknya bergaduh tu sistem pertahanan individu peringkat terbawah kot. Bila fikiran dah tak menjalankan fungsi dengan betul, hujah dah habis, tapi masih rasa nak menang dalam situasi tersebut, maka bergaduhlah mereka :(

iza’s menulis entri terkini..Award Dari Kartunis =)  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Orang kuat itu tak semestinya dia gagah melawan dengan bertumbuk, sedangkan seorang Pendekar juga diajar supaya mengawal emosi ketika melawan.. agar buah dan pukulannya tepat mengenai sasaran dan mampu menepis lawan.

Jadi, rasional sangat penting di sini.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Farid Rashidi: Orang kuat itu tak semestinya dia gagah melawan dengan bertumbuk, sedangkan seorang Pendekar juga diajar supaya mengawal emosi ketika melawan.. agar buah dan pukulannya tepat mengenai sasaran dan mampu menepis lawan.Jadi, rasional sangat penting di sini.

Salam ustaz.

benar. orang paling kuat kan yang paling bijak mgawal marah. sesungguhnya rasinal sgt membawa kebaikan – bagi saya semua berlaku kerana kepentingan diri.

p/s: sedang belajar dari hidangan2 encik Farid Rashidi;)

arnamee’s menulis entri terkini..SELAGI MEMILIKI  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

arnamee: benar. orang paling kuat kan yang paling bijak mgawal marah. sesungguhnya rasinal sgt membawa kebaikan – bagi saya semua berlaku kerana kepentingan diri.

Tidak ternafikan lagi.

Teruskan belajar ya.. tak faham silakan tanya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

emosi tidak akan berkocak jika tiada provokasi.
bak kata pepatah, jika tiada angin masakan pokok bergoyang

asal’s menulis entri terkini..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Yahudi berprovakasi umat Islam menyindiri, umat Islam berprovokasi umat Islam sendiri emosi.

Pokok yang terlalu bergoyang juga boleh tumpang walaupun sebesar pemeluk manusia.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Bagi mereka yg pernah turun padang, bertugas di ‘bangsal panas’, menjadi penyokong dibelakang tali sempadan semasa hari pilihanraya, cacian, kata-kata kesat, jerit-menjerit ni sudah perkara biasa,..memang panas hati, panas telinga..cuma kesabaran yg tinggi sahaja yg mampu menahannya..

Tetapi bila membalasnya dgn perkara yg sama, bermakna tiada beza dengan mereka yg berperangai buruk…berakhlak yg baik juga merupakan satu dakwah yg berkesan..

nohas’s menulis entri terkini..Terkenang Semasa Dulu..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

sayang sekali.. rakyat2 malaysia xakan bertindak demikian jk ada ilmu di dada..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Sayang seribu kali sayang… golongan berpengaruh jadi begitu.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Semakin dahsyat budak2 sek zaman sekrg. Kalau dulu, org kata, budak lelaki biasalh suka bergaduh, ni budak perempuan pun sama naik je sekrg. Kuat betul pengaruh kat luar sekrg. Eh, bukan pengaruh kat luar je…kat dalam rumah pon ada, tu wayang dalam rumah!

Yg bergaduh kat tempat kenduri tu apa kes? Kalau k kin, org bertumbuk sebelah meja, dah tentu tak lalu makan lepas tuh!

Yg bergaduh kat tempat mengundi tuh, mesti ada provokasi darpd satu pihak. kalau tak, takkan jadi seserius tuh…rasanya lah..

K Kin’s menulis entri terkini..Yang datang dan yang pergi  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

K Kin: Semakin dahsyat budak2 sek zaman sekrg. Kalau dulu, org kata, budak lelaki biasalh suka bergaduh, ni budak perempuan pun sama naik je sekrg. Kuat betul pengaruh kat luar sekrg. Eh, bukan pengaruh kat luar je…kat dalam rumah pon ada, tu wayang dalam rumah!

Kalau lelaki bergaduh saya tidaklah rasa itu sebagai suatu keaiban. Tetapi kalau perempuan yang bergaduh sehingga menampakkan aurat itu suatu kecelakaan.

Ya, kena pantau juga walau dalam rumah. Sebab wayang pun pelbagai sekarang.

K Kin: Yg bergaduh kat tempat kenduri tu apa kes? Kalau k kin, org bertumbuk sebelah meja, dah tentu tak lalu makan lepas tuh!

Itu kes lama, ada peristiwa dendam zaman dulu. Lapar tak kiralah siapa nak bergaduh pun.. saya tetap dengan niat saya untuk makan kenduri.. hehe.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam bang…saya umur remaja..sekolah lagi….  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Oh patutpun.. dah pandai berblogging ya? siapa ajarkan?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam.. tak sangka betol bila tgk berita kat tv3..terkejut! nak2 berlakunya di kampung sendiri.. ishh…terdiam sejenak..
pelajar sekarang tak kira la laki pmpuan nak masuk tahap sama dah..
tu cite yang budak..orang tua pun lebih kurang je..da yang lebih suke gunakan emosi dalam bertindak..

p/s: kadang2 diri ni pun beremosi lebih gak..takleh nak control..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

nur_syahadah: pelajar sekarang tak kira la laki pmpuan nak masuk tahap sama dah..
tu cite yang budak..orang tua pun lebih kurang je..da yang lebih suke gunakan emosi dalam bertindak..

Guna emosi sampai melibatkan kekerasan dan pergaduhan itu bukan penyelesaian. Emosi dalam diri manusia itu biasa.. tetapi perlu bijak menggunakannya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Post a comment

-Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh-

CommentLuv Enabled

Optionally add an image (JPEG only)

34 visitors online now
34 guests, 0 members
Max visitors today: 45 at 04:10 am UTC
This month: 70 at 03-05-2010 04:28 am UTC
This year: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC
All time: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC