Sifat Malu Ibarat Menguncupnya Daun Semalu

On July 12, 2009, in Akhlak, Suhuf Sejarah, Tazkirah, by Farid Rashidi

Menurut Sirah, Saidina Ali Karramallahuwajhah tidak pernah melihat auratnya sendiri, apatah lagi melihat aurat manusia lain. Diriwayatkan dalam sebuah kisah ketika peperangan Uhud, sebagaimana tradisi peperangan dahulu mereka akan berlawan secara berdepan. Biasanya akan dimulai dengan perlawanan satu lawan satu di antara panglima kedua-dua belah pihak.

Maka dalam peperangan Uhud itu, pihak musuh telah menghantar wakilnya Talhah bin Uthman sebagai panglima yang akan mara kehadapan. Mankala pihak Islam pula diwakili oleh Sadina Ali KWH. Di awal perlawanan panglima kafir Quraisy telah mencabar tentera Islam.

“Wahai pengikut-pengikut Muhammad, kamu mendakwa bahawa pedang kamu akan membawa kami semua ke neraka, manakala pedang kami akan membawa kamu ke syurga. Adakah ada dari kalangan kamu yang mahu mencabar aku sehingga pedangku ini akan membawanya ke syurga atau pedangnya yang akan membawa aku ke neraka?!” Laung panglima itu.

Tanpa berlengah Saidina Ali KWH dengan berani menyahut cabaran itu.

“Demi Allah, aku tidak akan melepaskan kau sehinggalah pedangku ini menghantarmu ke neraka atau pedangmu menghantarku ke syurga!” Balas Saidina Ali KWH dengan lantang.

Sejurus kemudian, maka berlakulah pertempuran sengit di antara kedua panglima gagah yang mewakili kedua belah pihak. Jika mahu menilai dari segi usia, Saidina Ali KWH ketika itu masih muda berbanding panglima si Kafir. Namun, berkat kesungguhan dan semangat beliau untuk membela agama tercinta, dia akhirnya berjaya menumpaskan Talhah bin Uthman dengan memancung kakinya.

Serentak itu, Rasulullah SAW serta para sahabat bertakbir apabila melihat Talhah bin Uthman tersungkur ke bumi bersama keangkuhannya.

Akan tetapi, Saidina Ali KWH tidak jadi membunah panglima Quraisy yang menyembah bumi itu. Beliau lantas bertemu Rasulullah SAW. Maka berlakulah dialog antara baginda Rasulullah SAW dan Saidina Ali KHW.

“Kenapa engkau tidak membunuhnya wahai Ali?” Tanya Rasulullah SAW.

“Ya Rasulullah SAW, sewaktu aku ingin membunuhnya, aku ternampak auratnya terbuka. Lantas aku berpaling darinya dan aku malu untuk mendatanginya buat kali kedua.” Jawab Saidina Ali KHW merungkai persoalan.

Terpaku sejenak saya membaca kisah itu. Diam membisu.

Betapa hebatnya tarbiyyah yang Rasulullah SAW ajarkan kepada para sahabat dalam melahirkan generasi yang mempunyai akhlak yang mulia sehinggakan ketika bertempur di medan perang juga masih faham harga diri dan erti apa itu rasa malu. Mereka itu lebih berani dari kita dan lebih malu dari kita bagai langit dengan bumi jaraknya!

Turut tercatat dalam kanvas sirah, ketika mana musuh mahu menyelamatkan diri daripada dilibas mudah oleh Saidina Ali KHW, mereka akan menyelak aurat masing-masing agar tidak jadi dibunuh. Begitu juga kisah mengenai Amru bin Al-‘As r.a membuka auratnya semasa berlaku peperangan Siffin untuk mengelak dirinya daripada dibunuh oleh Saidina Ali KHW.

Ibnu Ishak menceritakan bahawa ketika mana Saidina Ali KHW memandikan jenazah baginda Rasulullah SAW, dia meletakkan jenazah baginda di atas ribaanya tanpa menanggalkan pakaian Rasulullah SAW. Kemudian Saidina Ali KWH mengosok tubuh badan jenazah Rasulullah SAW melalui bahagian luar pakaian tanpa menyentuhnya dengan menggunakan tangan. Saidina Ali KHW juga dibantu oleh Al-Abbas r.a, Al-Fadhal r.a dan Qasam r.a untuk mengangkat jenazah baginda SAW. Manakalah Usamah bin Zaid r.a dan Syaqran r.a ditugaskan untuk menjirus air.

Bunga

Sifat Malu Sudah Terhakis

Mari kita terbalikkan kisah di atas dengan realiti semasa. Maksud saya begini, jika Saidina Ali KHW sangat malu melihat aurat manusia, umat Islam kini pula tidaklah sangat malu untuk mendedahkan aurat merata-rata.

“Eh, tolong sikit ye.. sapa cakap saya tak tutup aurat ni?” Marah seorang gadis bila ditegur tidak menutup aurat.

“Tutup aurat itu hanya dengan sehelai tudung sahajakah? Badan kamu itu bukan aurat ya?” Balas pula rakannya spontan.

Cuba kita renung sejenak di atas kerusi masing-masing. Hadirkan rasa insaf dan sedih dalam merenungi penulisan ini. Bagaimana kini kita begitu mudah tanpa rasa bersalah walau secubit pun melondehkan seluar baju semata-mata ingin mendedahkan khazanah tubuh badan?

Tepuklah minda yang tepu itu. Apakah kita mahu menjadi insan yang rendah maruah diri? Yang rela tubuh dibakar api Jahannam? Jangankan api neraka, api mancis juga sudah menggelupur kesakitan. Nauzubillahhi minzalik.

Di sana sini gadis-gadis seronok membogelkan diri. Mereka merasa megah untuk menayangkan tubuh badan sambil melenggokkan pinggul umpama itik pulang petang. Bahkan ramai menyangka sudah menutup aurat dengan sehelai tudung nipis lagi jarang.

Apakah lengan dan bahu wanita itu bukan aurat untuk ditutupi dengan kain?Apakah pakaian ketat dan nipis itu sangat dianjurkan oleh agama?

“Alaa, rilexlah Broo… kubur masing-masingkan..” Beralasan mudah mahu lari daripada dipersalah.

“Kamu lompatlah sendiri masuk dalam kubur tu kalau dah mati nanti ya..” Jawab saya mudah.

Bukan sahaja golongan hawa, malah golongan lelaki juga tidak terlepas dari dihujum sama. Lihat saja setiap kali tiupan wisel permainan bola sepak dibunyikan. Berduyun-duyun lelaki dengan bangganya mempamerkan betis dan peha masing-masing. Sudah menjadi trend berseluar pendek. Mungkin kerana masih mengharapkan supaya Allah SWT menurunkan bala kepanasan global tahap maksimum agaknya.

Bila hilang rasa MALU, apa sahaja kemaksiatan ‘boleh’ dilakukan tanpa perlu berselindung lagi.

Jauh lagi kita rupanya dengan sifat MALU yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW dan Saidina Ali KHW!

11:52 PM, 12 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.

Tagged with:
 

70 Responses to “Sifat Malu Ibarat Menguncupnya Daun Semalu”

  1. abu aiman says:

    Assalamualaikum akhi, first time ana komen kat sini. Seronok bila baca bab sirah. Begitu indah akhlak Rasulullah dan para sahabat kan.

    Bagi yang tak malu dok bukak sana sini tu, yang heran bila orang tengok ‘aset’ depa, depa marah jugak. Sapa suruh bukak, tutup la! hehe.. Yang lelaki pulak dok galak pakai seluar terlondeh, tapi semayang jugak kat masjid. Bila sujud abih terdedah segala lurah dendam. Hmmph, haru sungguh!

    Takut memikirkan bgmn akhlak generasi anak2 masa depan.  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Ahlan wasahlan. Moga dibukakan pintu ilmu buat anda.

      “Depa tak tau yang kita sayang kat depa..” hehe.  (Quote)

      ReplyReply
  2. Assalamualaikum…

    Sifat malu ibarat menguncup sifat pemalu…
    bagai umpama pohon semalu

    sekarang arena pakaian yang bagai tidak cukup kain..kasihan anak-anak sekarang.

    hakikatnya malu itu terbit dari diri sendiri..

    srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Bagai Air di Tandus Sahara  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Mungkin kita perlu selidiki puncanya.. agaknya kilang kain sudah kehabisan sumber untuk memproses kain.. :)

      Bagaimana mahu terbit rasa malu jika tidak mengenal hakikat diri.  (Quote)

      ReplyReply
      • Nak salahkan pereka atau nak salahkan gedung kain?

        srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Bagai Air di Tandus Sahara  (Quote)

        ReplyReply
      • Nak salahkan pereka atau nak salahkan gedung kain?

        srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Bagai Air di Tandus Sahara  (Quote)

        ReplyReply
        • Farid Rashidi says:

          Dua-dua harus sedar sebenarnya. Gedung kain itu sepatutnya mengeluarkan kain yang tidak terlalu nipis tetapi selesa.

          Pereka pula harus meletakkan syariat dihadapan ketika mencipta fesyen baju.

          Pembeli? bijaklah memilih. Jangan pula skirt dan jeans ketat menjadi pilihan hati. Boleh?  (Quote)

          ReplyReply
          • Betul3…

            Pemilihan pakaian dari peringkat umur bawahan(kanak-kanak) perlu dijaga contohnya…ramai ibu bapa(tak semua) suka membelikan anak-anak mereka pakaian yang tidak sesuai(skirt dan mcm2, apa salahnya belikan baju kurung dan tudung untuk memdidik anak-anak dari kecill. Ini kerana jika mereka sudah dewasa nanti, mereka sudah di asuh dengan cara pemakaian yang sopan. Kan manis jika pemakaian dikekalkan hingga dewasa.

            srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Bagai Air di Tandus Sahara  (Quote)

            ReplyReply
          • Betul…

            Kalau di fikir-fikir semula, peranan ibu bapa yang penting. Sekarang pun boleh kita lihat, ramai ibu bapa yang belikan anak-anak mereka dengan pakaian yang kurang sesuai ketika di peringkat kanak-kanak. Sedangkan ibu bapa boleh belikan anak-anak mereka dengan pakaian yang sopan cothnya baju kurung.

            Ini kerana, fesyen baju itu tidak dipraktikkan apabila kanak-kanak itu sudah dewasa.
            Kalau ramai ibu bapa yang mengasuh anak-anak mereka dari kecik..tentu masalah aurat tidak menhjadi isu.
            betul x?

            srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Bagai Air di Tandus Sahara  (Quote)

            ReplyReply
            • Farid Rashidi says:

              srikandi kasih suci: Kalau ramai ibu bapa yang mengasuh anak-anak mereka dari kecik..tentu masalah aurat tidak menhjadi isu.
              betul x?

              Itu adalah antara faktornya. Namun perlu kita ingat, ada yang belajar sekolah agama.. dididik semenjak kecil dengan kehidupan Islam namun bila usia mencecah umur dewasa segalanya dilondehkan begitu sahaja.

              Malah ada yang sudah lupa untuk bertudung. Jadi?  (Quote)

              ReplyReply
  3. sot says:

    rasanya gambar kat atas tu bukan pohon semalu, tapi pohon setawa gurun sahara yang sedang ketawa pada pohon semalu yang tak tau malu dari dulu..  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Haha, pandai kamu ini ya. Sebenarnya saya tahu itu bukan pohon semalu, tapi tak tahu pula itu pohon setawa. Saja letakkan buat perhiasan. Maksudnya akhlak dan sifat malu itu bunga diri.

      Di Malaysia pun ada pohon tu rasanya.  (Quote)

      ReplyReply
  4. Permata says:

    Assalamualaikum…

    MALU…ramai yg pertikaikan dedah sana sini tak malu ke?
    persoalannya disini…
    mari kita tanya diri masing2:-
    1.sejauh mana kita malu pada Allah?
    2.sejauh mana kita malu pada baginda Rasulullah?
    3.Sejauh mana kita dah memalukan Ibubapa kita..?
    4.Sejauh mana kita dah memalukan guru2 kita?

    Pernah dengar org kata “ish2..anak sapa la tu? tak cukup kain ke?”

    atau “hmm, bukan dia dulu sekolah agama ke?”

    Astaghfirullah….

    hmmm…siapa yg malu? yg tuan punya badan tu tak malu tapi yg kena tempias dia siapa???

    dan jangan lupa ty pd diri…

    sejauh mana aku dah memalukan diri sendiri??? TAK TAHU MALUKAH AKU??

    Pernah tanya tak sebelum ni???

    fikir2lah…
    Sesungguhnya Malu itu adalah separuh daripada iman..

    Permata’s menulis entri terkini..MeNangiS…MeNangis…dan MeNanGislaH..!  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Persoalan di atas sewajarnya kita jawab bersama.

      Tanyalah diri, tanyalah sebelum orang bertanya kepada kita.  (Quote)

      ReplyReply
  5. NoRuLLiSzA says:

    begitula tarbiyyah di zaman awal kedatangan Islam… nilai2 kesucian, ketaqwaan dan sebagainya terpancar dalam setiap perlakuan umat Islam.

    manakala pd zaman ini… nilai2 suci sudah jauh ditinggalkan… malah yg di agung2kan sifat tercela… na’uzubillah min zalik

    moga diberi hidayah & petunjuk… moga ditetapkan iman di hati

    NoRuLLiSzA’s menulis entri terkini..…eNti SaBaB…  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Amiin Ya Rabb. Moga yang mengerti cuba baiki diri dan sampaikan kepada orang lain. Mohon taubat jika menyimpang laluan.  (Quote)

      ReplyReply
  6. nohas says:

    Begitu tinggi sekali akhlak Saidina Ali KHW, bertepatan dgn gelarannya, KHW..berbanding dgn kebanyakan dari kita, bukan malu, malah seronok, gembira melihat aurat org lain dlm filem, drama, sukan..sedih tengok bangsa melayu dlm acara gimrama, renang, dll..

    Biarlah MALU itu sebagai filter untuk kita mendekatkan diri kepadaNya..malu utk melakukan maksiat & dosa..malu kita sebagai hambaNya yg byk mengecapi nikmatNya..

    nohas’s menulis entri terkini..Terkenang Semasa Dulu..  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      nohas: Biarlah MALU itu sebagai filter untuk kita mendekatkan diri kepadaNya..malu utk melakukan maksiat & dosa

      Agar Allah memberkati hidup kita, dan mengampuni dosa-dosa. Allahhummaghfirlana warhamna wa’fu’anna.  (Quote)

      ReplyReply
  7. nur_syahadah says:

    salam… tingginya sifat malu baginda Rasullah dan sahabat.. sangat jauh dari kita sekarang…. keinsafan membaluti diri..  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Yang jauh dan tinggi.. tempatnya bintang dilangit. Moga keinsafan yang membaluti itu menerbitkan kandil di perdu jiwa.  (Quote)

      ReplyReply
  8. yEm^^ says:

    Assalamualaikum…

    sifat malu menggerakkan hati seseorang itu supaya meninggalkan kejahatan. malu juga akan menghalang diri daripada menyusahkan orang lain… =)

    jika ingin melakukan kejahatan, fikirkanlah, ‘ tidak malukah aku? banyak memohon hajat itu dan ini, namun pada masa yang sama banyak perintahNya yang ditinggalkan…’

    jika sudah tiada rasa malu pada Allah, malulah pada diri sendiri. setiap anggota yang melakukan kejahatan akan menjadi saksi dihari akhirat kelak  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Biasanya orang yang tidak malu dia tidak merasa menyusahkan orang lain. Orang melihatnya pula merasa susah hati. Ini menyusahkan orang sekeliling.

      Sedang saya membaca beberapa web, tiba terlihat artikel tentang gadis terengganu minum arak. Siap berbangga lagi. Aduhh..  (Quote)

      ReplyReply
  9. salam, lama tak ke sini…ajar anak murid jadi malu…balik rumah, ibu tidak menunjukkan jadi malu…mendedahkan **malu** ! macam mana nih? anak jadi kontradik…bersyukur sekurang2nya dalam sekolah anak2 murid ni menutup **malu** nya!!!

    sonata anak kancil’s menulis entri terkini..kawan + kawan = kawin  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Baguslah cikgu jika ajar anak murid rasa malu.

      Sangat susahlah kalau ibu sendiri tidak tahu malu. Hakikat yang berlaku. Saya doakan supaya anaknya menjadi orang yang tahu malu dan menegur kelakuan mereka yang tak tahu malu.  (Quote)

      ReplyReply
  10. Tronx013 says:

    salam,

    …. malu ? ibarat ubat untuk pesakit hati, tapi bila overdose… merugikan diri, macam saya sendiri yang sangat pemalu dan tak bertempat.. memang banyak kelemahan tidak dapat diperbaiki. akan tetapi, sifat pemalu ini jugalah yang menjaga saya dari menjadi insan yang xber”function’..

    :)   (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Sebenarnya malu itu sifat yang baik, cuma atas diri kita bagaimana mahu diaplikasikan dalam kehidupan. Perkara yang hak dan batil tidak perlu rasa untuk terlebih malu untuk melakukannya.

      Bagus, teruskan dengan sifat malu itu ya. Malu juga ada banyak jenis. Malu-malu kucing pun ada :)   (Quote)

      ReplyReply
  11. Tirana says:

    Perempuan sekarang kebanyakannya tak tahu konsep menutup aurat..samada sengaja tak mau ambil tahu atau sengaja buat-buat tak tahu. Bagi setengah mereka, asal bertudung saja, itu sudah termasuk dalam kategori menutup aurat padahal masih nampak jambul sejemput kat depan, masih nampak lengan yang montok, masih nampak susuk badan dengan pakaian yang jarang dan ketat, masih nampak muka yang bermake up tebal seinci (muka yang tak bermake up boleh di zahirkan), masih nampak kaki yang bergelang loceng yang berbunyi bila berjalan. Itulah dia kebanyakan perempuan sekarang. Mungkin ilmu itu tidak sampai kepada mereka atau boleh jadi juga sikap mereka yang tak suka mendengar dan mencari ilmu untuk berubah ke arah kebaikan. Atau mungkin belum dapat hidayah dari tuhan atau sesungguhnya mereka degil.. Kena tanya pada mereka sendiri apa sebabnya mereka tidak menutup aurat yang sepatutnya ditutup.  (Quote)

    ReplyReply
    • abuyon says:

      Tak tahu satu hal. Tahu, tapi tak tutup, satu hal. Dan ini masalah besar. Justeru, biar apapun ulasan dan alasan yang diberi, biar saya isytiharkan masalah besar umat akhir zaman, masalah utama dan punca segala ialah ….

      masalah IMAN!

      abuyon’s menulis entri terkini..Selsema Yang Impaknya Maksima [1]  (Quote)

      ReplyReply
      • Farid Rashidi says:

        Macam nak isytihar nampak anak bulan pula ya :)

        Ya, masalah IMAN dan TAQWA.  (Quote)

        ReplyReply
        • abuyon says:

          yup, orang dulu salafusoleh, kalau bertanya apa khabar, maknanya sihat tak iman. Orang sekarang, kalau apa khabar, maknanya sihat tak badan, atau lain-lain hal.

          Pernah dulu saya, masa sekolah menengah, masa tu semangat kuat. Bila saya tegur atau sapa kawan, soalannya,

          “Dah solat?”

          Respon mereka, “Allah, belum.” Sampai ada yang memuji kerana lain benar bicara dan selalu meniti atas agama Tuhan. Yalah, sebab biasa orang kalau menyapa akan tanya, “Dah makan?”

          abuyon’s menulis entri terkini..Selsema Yang Impaknya Maksima [1]  (Quote)

          ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Tirana: nampak jambul sejemput kat depan

      Macam kenal saja style tudung jenis tu? :)

      Dan sebab Syaitan, Yahudi dan Nasrani sudah bertekad yang akan terus menerus memesongkan umat Islam. Ramai musuh Islam. Sekeliling kita ada.  (Quote)

      ReplyReply
  12. abuyon says:

    Salam.

    Teringat nasyid ini, yang dinyanyikan pada waktu-waktunya. Bersama anak-anak, bila mengelamun atau kadang-kadang menyindir kawan-kawan,anak-anak buah.

    Tutup aurat, tutup aurat
    Jangan lagi dilihat …
    Maruah tinggi peribadi mulia
    Itulah tuntutan agama ….

    Berpakaian sopan … menurut perintah Tuhan …
    Jadi anak yang soleh …. bukan anak yang toleh …..

    abuyon’s menulis entri terkini..Selsema Yang Impaknya Maksima [1]  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Kumpulan nasyid mana tu ya? nadamurnikah?

      Itulah, anak-anak ini akan memerhati ayahnya. Pernah satu ketika, ana tanya seorang budak.

      “Bapa kamu tak solatkah?” dia jawab.. “Tak”  (Quote)

      ReplyReply
      • abuyon says:

        Nasyid nyanyian anak-anak Al-Arqam dolu-dolu.

        Yup, bagaimana ayah begitu anak. Dan anak-anak adalah copycat yang hebat. Peniru yang agung, kata zaujah saya.

        Kalau ibunya tak tutup aurat, begitulah anaknya. Siap suruh berdandan, bergincu lagi kalau ada majlis ke apa meski masih kecil lagi.

        Ada pula ibu, bila kita menegur anaknya pakai tudung, dia pun membela,

        “Ala kecil lagi, besar nanti pakai la.”

        “Dia panas la.”

        “Dia pun nak fesyen juga.”

        Padahal orang tua-tua dulu kata, kalau nak menlentur buluh, biarlah dari rebungnya.

        abuyon’s menulis entri terkini..Selsema Yang Impaknya Maksima [1]  (Quote)

        ReplyReply
  13. nur_syahadah says:

    Farid Rashidi: Moga keinsafan yang membaluti itu menerbitkan kandil di perdu jiwa.

    Insyaallah ust…  (Quote)

    ReplyReply
  14. atulasca says:

    saya suka dengan posting ttg sirah ni… nnt perbanyakkan lg ya…

    moga-moga kita semua dapat menjaga sifat malu itu…bukan hanya pada “malunya untuk membuka aurat di khalayak ramai”, namun, dalam melayari dunia siber yang tanpa sempadan skarang ni….perhubungan lelaki n wanita kian mudah skrg…sms, mms, ym, fs, facebook,bla3…moga2 perkongsian ilmu sebegini dapat mendidik hati-hati kite ke arah yang diredhoiNya….amin…

    atulasca’s menulis entri terkini..Berehat….  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Insya’Allah.. berkebetulan memang saya gemar selitkan kisah sejarah.

      Semoga begitu hendaknya. Sekadar menyebarkan perkara baik tidak masalah kepada sesiapapun.  (Quote)

      ReplyReply
  15. abuyon says:

    Salam. Ada riwayat menyatakan, malunya Sayyidina Usman menyebabkan malu Rasulullah SAW kepada beliau. Kisah ini tentang bagaimana Sayyidina Usman apabila masuk menemui Rasulullah, Baginda menutup apa yang patut ditutup. Allah, lupa pula cerita, ce ustaz sambung, boleh :)

    Maaflah ya tak ingat.

    abuyon’s menulis entri terkini..Selsema Yang Impaknya Maksima [1]  (Quote)

    ReplyReply
    • Memang ada.

      Suatu ketika Saidina Umar meminta izin untuk masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu Baginda sedang berbaring di atas tilam memakai kain Aisyah. Lalu Saidina Umar mengutarakan hajatnya, setelah Abu Bakr meminta izin yang juga mengutarakan hajatnya.

      Ketika Saidina Uthman masuk pula, Rasulullah merapikan pakaian dan menyuruh isterinya ke belakang, lalu Aisyah r.a bertanya:

      “Wahai Rasulullah, kenapa aku tidak melihatmu terkejut ketika Abu Bakr dan Umar datang, seperti halnya engkau terkejut ketika Uthman r.a datang?”

      Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Uthman r.a adalah seorang yang pemalu, aku khuatir jika aku mengizinkannya masuk dalam suasana seperti itu, ia tidak menyampaikan hajatnya kepadaku.”

      P/S: Tak ingatke buat-buat tak ingat Abuyon? hehe.  (Quote)

      ReplyReply
  16. K Kin says:

    Subhanallah..begitu sekali sifat malu saidina Ali KWH..tak pernah tahu kisah nih..

    K Kin’s menulis entri terkini..Yang datang dan yang pergi  (Quote)

    ReplyReply
  17. salam…

    syukur alhamdulillah krana sudi singgah sebentar ke teratak ana yg serba kekurangan tu…bgus ape yg ante critakan kisah2 ni…leh menambahkan pengetahuan ana n sebarkan kpd anak2 murid ana nti…insya’Allah…terima kasih bnyk2…

    ~salam perkenalan dr ustazah dyLLa, PERAK…

    ustazah dyLLa’s menulis entri terkini..mak n abah aku jatuh dr moto…  (Quote)

    ReplyReply
  18. abuyon says:

    Salam.

    Lanjutan dari isu malu dan aurat ini, jemputlah baca tentang Tutup Muka, ala Zorro atau agama di blog saya ya Syeikh Farid dan rakan-rakan. http://abuyon.blogspot.com  (Quote)

    ReplyReply
  19. ilina says:

    Sirah yang menjadi ibrah…Tak MALU satu isu yang hebat untuk ditangani oleh pendidik di sekolah. pernah selepas kelas malam..selalunya ustazah akan pastikan semua pelajar balik dan dengan siapa mereka balik..seorang pelajar perempuan memberi tahu dia akan membonceng motor bersama pelajar lelaki..so “x pe ustazah hantar kamu jangan naik motor dia”..dlm perjalanan ke rumahnya ustazah cuba menasihatinya dan kaitkan dengan sifat MALU…ini yg depan mata kita…yang lain?….esoknya pula ustazah berjumpa pelajar lelaki pula supaya mereka faham mengapa sebenarnya kita tegah…

    ilina’s menulis entri terkini..Ikatan hati di masjid As Salam…  (Quote)

    ReplyReply
  20. Iliana says:

    salam ustaz…

    kagum sekali saya dengan entri kali ini. sungguh memukul akal untuk bergerak. teringat saya satu peristiwa lalu (dengan izin), seorang pelajar sem 1, suka menayang diri di hadapan kelas. kepala bertutup, berselendang nipis. sama macam tak bertutup. sem ni, saya tengok, hilang terus semua. malah makin ceria!

    mengapalah masih ramai yang tak mampu merasai kehebatan dan keselesaan berpakaian menutup aurat? saya juga sedang belajar ke arah itu..  (Quote)

    ReplyReply
    • Wa’alaikummussalam,

      Aurat ini melibatkan hati, jika hatinya bersih sebening air di kali – usahkan bertudung, malah segalanya aurat mahu ditutupnya. Hatta berbicara dengan para lelaki juga selalu berlapik. Tiada tawa memecah suasana atau tepuk tampar yang menggoda atma.  (Quote)

      ReplyReply
  21. suara says:

    Entah kenapa, bila membaca artikel ini dan komen-komen para pembaca, ia buat kak su teringat satu bab kecil dalam penulisan Ustaz Hasrizal… ‘ajar dengan sikap, bukan cakap.’ Kalau ibubapa tak tunjukkan contoh yg baik sedari awal, payah jugak nak menegur bab-bab aurat ni. Aduhai….

    suara’s menulis entri terkini..Ikhlas Yang Dibalas.  (Quote)

    ReplyReply
    • Memang payah Kak Su, sebab bila lagi besar seorang manusia dan menjengah dewasa bertambah sukar untuk ditegur. Barangkali akan dilawan pula cakap kita.

      Lebih baik cegah sebelum parah. Jangan bila tergadah baru nak gelabah.  (Quote)

      ReplyReply
  22. usayma says:

    betul tu….bak kata pepath arab “lisanulhal afsoh min lisanul maqal”
    - bicara yang terzahir melalui perbuatan lbh terkesn dari bicara lidah-

    Ya Allah kurniakanlah sifat malu kepada ummat nabi saw,malu yang dapat menghindarkan kami dr terjebak k kench maksiat terhadapMu dan malu yang dapat menarik kami melakukan amal-amal soleh yng meredhoi Mu……AMEEEEn Ya rabb  (Quote)

    ReplyReply
  23. Tulip putih says:

    Jangan disentuh daun semalu
    aku jadi malu melihat daun itu malu..
    sama-sama merasa malu
    malu dengan akhlakku
    tak sama dengan semalu
    Tulip putih´s last blog ..Taman RINDU dalam hati..~ My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  24. Tulip putih says:

    Semoga Allah kurniakan kita sifat malu yang menjadi benteng diri..ameen
    Tulip putih´s last blog ..Taman RINDU dalam hati..~ My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  25. rabiah al adawiyah says:

    salam..mohon copy artikel ustaz tuk d muatkn dlm risalah..syukrn  (Quote)

    ReplyReply
  26. Cikgu Roha says:

    Salam ustaz.
    N3 ini menarik perhatian saya.
    Izinkan copy paste ilmu manfaat ini di blog saya.
    Semoga ustaz diberkati Allah swt setiap masa n ceria selalu. Terima kasih ustaz.
    Cikgu Roha´s last blog ..Belajar melalui kesilapan My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  27. Cikgu Roha says:

    Salam ustaz.
    Terima kasih yea.
    Semoga diberkati Allah swt sentiasa n ceria selalu.
    Cikgu Roha´s last blog ..Sifat Malu Ibarat Menguncupnya Daun Semalu My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  28. Al-Falah says:

    Salam…

    Sekarang susah nak cari fabrik yang tak jarang macam plastik di pasaran. Tudung pun jarang2 belaka… Hmm…

    Yang cantik2 kebanyakannya jarang. Diharap adalah orang2 yang mahu berbakti dan membantu kaum wanita terus menutup sempurna aurat mereka… Dan, saya cukup tak bersetuju dengan fesyen tudung “tergantung” sekarang ni. Adakah mereka tidak faham cara-cara menutup aurat? Sudah jelas tertulis, labuhkanlah tudung melebihi paras dada…

    Sekarang sedang berfikir adakah mahu bertudung labuh semula (seperti zaman2 sekolah dulu) kerana hanya fabrik tudung labuh saja yang tak jarang. Saya selesa bertudung lerang 60 sekarang, tapi nampaknya kelabuhannya saja yang cukup tapi ciri-ciri lain, hampir sama terdedah dengan tidak pakai tudung… Kecewa betul… (Sekarang hanya pakai tudung lerang 60 stail lama yang tidak jarang)

    Maaf atas bebelan dan leteran panjang lebar… Hanya ingin luahkan perasaan =)  (Quote)

    ReplyReply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled