Kembara Semalaman Ke Shibin El-Kom

On July 10, 2009, in Diari Penulis, Jejak Kembara, by Farid Rashidi

Lebih kurang jam 11 malam, saya bersama Ibrahim bertolak ke Suq Gumlah. Suq Gumlah merupakan sebuah stesen perhentian untuk menuju ke destinasi luar daerah yang lainnya. Destinasi kami pada malam itu ialah untuk menuju ke Shibin El-Kom. Sebuah daerah seperti juga daerah-daerah lain republik Mesir.

“Rah fin?” Soal seorang pemandu ketika kami berjalan meninjau kenderaan yang akan bertolak ke Shibin El-Kom malam itu.

“Shibin..” Jawab saya.

“Musy maugud hena, entu gai ila agizi..” Lelaki tadi memberitahu bahawa supaya ke Agizi pula untuk mendapatkan kenderaan ke sana. Kami akur.

Lalu kami segera bergegas ke Agizi kerana malam sudah hampir kemuncaknya. Bimbang jika kelewatan tidak ada kenderaan yang mahu ke sana. Seperti biasa, malam-malam di musim saifi seolah-olah bercahaya. Hiruk pikuk suasana kota tak terhenti selagi fajar sadiq belum menampakkan diri. Selagi azan subuh tidak beralun kedengaran. Masing-masing kepanasan dan tidak tenteram untuk melelapkan mata walau sekejap. Lagipun masa putaran malamnya juga terlalu singkat.

Sesampai di perhentian berdekatan Mahattah keretapi, kami diturunkan. Kata pemandu, itulah perhentian terakhir untuk van. Maknanya kami perlu menaiki kenderaan lain pula untuk meneruskan perjalanan ke Agizi.

“Biasa tunggu sini bas akan lalu ke Agizi..” Ibrahim memberi cadangan untuk tunggu di kaki jalan berhampiran terowong jejambat menuju ke Agizi.

“Kita naik teksi jela Baim, nampak macam dah tak ada bas..” Saya memberi cadangan memandangkan malam semakin lewat.

Langkah kaki terhenti di persimpangan jalan yang bercabang. Kenderaan lalu-lalang sentiasa sibuk walaupun warna alam sudah berubah ke gelap. Kami melewati sekumpulan mahasiswi Mesir yang juga sedang menunggu teksi. Kelihatan mereka membimbit sehelai baju putih yang sering dipakai oleh pelajar perubatan.

padang pasir

Sedang ralit berbual di pinggiran jalan. Muncul kelibat dua orang lelaki arab di sebelah kami. Salah seorang daripadanya cuba mencucuh api ke puntung rokok kawannya. Tidak lama kemudian salah seorang dari mereka menghampiri kami. Saya sudah jangkakan hal itu.

“Assalamualaikum!” Lelaki bertubuh kurus tinggi lampai itu memberi salam.

“Wa’alaikummussalam..” Jawab kami serentak.

“Enta min shin?” Lelaki itu menyangka kami adalah rakyat negara China. Ya, saya juga tidak tahu kenapa masyarakat Mesir berfikiran begitu. Semenjak menjejakkan kami ke bumi seribu menara ini, persoalan tentang status warga negara menjadi pertanyaannya. Lihat sahaja kelibat pelajar asia, maka jawapannya ialah rakyat China. Kehebatan apakah yang ada pada warga China sehingga meresap ke demensi minda mereka sehingga susah mahu disental bersih. Tanyalah pada warga Mesir yang berada di perhentian Suez mahupun kepada seorang Pak Cik yang berniaga di Matruh. Mereka mengenali warga asia sebagai seorang China.

“Fi fulus? itnin genih?” Pinta lelaki muda itu.

“Mafish fulus dil wakti..” Jawab Ibrahim.

“La’a, mafish fulus..” Saya juga cuba menjawab lalu memalingkan wajah pada kenderaan yang lalu lalang.

Lelaki muda itu terus berlalu pergi menghilang diri di sebalik lorong yang kelam. Hanya tempias neon berbalam-balam menampakkan objek.

Sejurus kemudian, kami menahan sebuah teksi untuk ke Agizi. Alhamdulillah masih punya kekosongan.

Sepanjang perjalanan menaiki teksi menuju ke Agizi seolah-olah keterlihatan seperti sebuah stadium bola sepak yang bergema. Deretan kedai dipenuhi dengan suara manusia yang bersorak kuat. Sesekali berlaku kejutan, berdentum bunyi bagai guruh menyambar bumi.

“Patutlah ramai, rupanya malam ni ada perlawanan bola sepak rupanya.” Bisik saya sendiri sambil melempar pandangan keluar tingkap. Perlawanan bola sepak Piala Konfederasi FIFA 2009 antara Itali vs Mesir itu begitu mendapat sambutan hangat. Sehangat hawa yang membahang.

“Goaaall!!” Jeritan itu memantak tepat ke telinga.

“Ya rigaalllll!!” Pekik suara gemuruh penonton sepicing berlalu.

Kami hanya tersenyum melihat kelibat mereka. Teksi akhirnya berhenti tepat di Mahattah Agizi. Kami segera turun mencari van penumpang untuk ke Shibin El-Kom.

Perjalanan menuju ke Shibin El-Kom ditengah malam itu membuatkan saya beberapa kali terlena di bingkai cermin van. Terhantuk sesekali, terjaga beberapa kali.

shibin

Bermalam Di Kota Shibin El-Kom

Lebih kurang jam 45 minit perjalanan, akhirnya kami tiba di bandar Shibin El-Kom. Sebuah kota yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Hampir menyamai daerah Tanta Gharbiah juga. Kami terus bergerak menuju ke Awal Kubri.

Suasana malam itu begitu riuh dengan suara manusia. Berduyun-duyun kelibat mereka yang sedang bersuka ria. Bunyi ketukan gendang dipalu meriah. Berselang-seli letupan mercun. Lagu-lagu popular Mesir dinyanyikan beramai-ramai tanda sokongan kepada pasukan mereka yang menang.

“Uih ramai semacam ja malam ni..” Saya membuka suara. Kaki terus melangkah membelah keripuhan manusia.

“Ya, ramai..”

“Dah agak dah, depa menang bola tu yang seronok semacam ni.. maklumlah menang dengan juara dunia.” Sambung saya lagi.

“Kalaulah berkumpul dan bersemangat macam ni nak berperang dengan Israelkan bagus..” Monolog sendiri.

Akhirnya kami tiba di rumah Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El-Kom. Saya meminta izin untuk melelapkan diri untuk beradu tenaga sebentar.

Keesokannya sessi memasak gulai bermula.

5:47PM, 10 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.


36 Responses to “Kembara Semalaman Ke Shibin El-Kom”

  1. saufi says:

    salam, uztaz..
    ape khabar..

    bermusafir di waktu malam?
    serasanya enak begitu sbb di siang hari kini sgt panas..
    tak selesa utk ke sana ke mari..  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Alhamdulillah khair. Wenta?

      Sengaja kami pilih waktu begitu, sebab lebih nyaman dan sejuk berbanding siang hari yang terik.

      Akhi bagaimana, cuti berjalan ke mana? pulang Malaysiakah?  (Quote)

      ReplyReply
  2. Tronx013 says:

    salam,

    Berjalan malam itu pastinya memukau hati dalam ketenangan malam dan kesejukannya.. Kalau saya dan rakan,berjalan malam hanya untuk oncall pergi ward..hehe. Menuntut ilmu ini amat mencabar dan memerlukan kekuatan dalam semua aspek..
    ..tiada gambar ke untuk entry kali ini?… :)   (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Oh, baru saya teringat. Kamu bakal Doktor bukan? bersedialah selepas ini ya dengan dugaan yang bakal ditempuhi.

      Alhamdulillah, sudah diletak gambarnya. Semalam internet putus, jadi tak sempat upload. Boleh tengok dan ambil :)   (Quote)

      ReplyReply
      • Tronx013 says:

        salam,

        mmm… inshaAllah, bersedia bukan hanya untuk menjadi doktor, tetapi bersediauntuk menjadi manusia hamba Ilahi..

        Syukran ya ustaz, gambr yg ditunggu2kan dari bumi anbia pastinya menguatkan hati untuk ke sana..

        “may allah bless us” :)   (Quote)

        ReplyReply
        • Farid Rashidi says:

          Bagus, apa jua bidang yang diceburi kalau tidak lupa Allah nescaya Allah tak akan melupai kita. Jadi Doktor bahagian sakit apa ya?

          Banyak lagi gambarnya. Dah bergiga-giga simpanan dalam hardisk. Tak termampu rasanya saya nak cuci semuanya.

          Rabbuna ma’ak!  (Quote)

          ReplyReply
          • Tronx013 says:

            salam,

            Saya masih muda lagi untuk menjadi pakar dalam bidang perubatan.. Saya nanti inshaAllah jadi doktor umum lagi, then, baru pilih bidang….
            sekarang ini, saya dipostingkan dalam jabatan opthalmologi(bahagian mata) ,dan seterusnya dalam jabatan yang lain pula.

            Banyak gambar lagi rupanya.. boleh letak kat galeri.. :)   (Quote)

            ReplyReply
            • Farid Rashidi says:

              Salam,

              Pahlawan hebat zaman dulu semuanya muda-muda. Tetapi mereka sudah mampu menakluk dunia. :)

              Wah, boleh buka kedai spek matalah ya.

              Insya’Allah.  (Quote)

              ReplyReply
  3. nur_syahadah says:

    salam… tenangnya jiwa kalau dapat mengembara (sayala) di saat kekalutan membaluti jiwa.. kadang2 ketenangan perlukan suasana yang baru.. betul tak ust?

    p/s: da sambungan ke entri ni?cam tergantung :-)   (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Sememangnya mengembara memberikan kita suatu inspirasi dan ketenangan kalau kena caranya. Mungkin betul, suasana juga mudah menjadikan jiwa kita kusut masai.

      Oh, sebenarnya saya biarkan ia tergantung. Di akhir entri kalau perasan ada saya tulis sesuatu untuk hari esoknya. :)   (Quote)

      ReplyReply
      • nur_syahadah says:

        a’aa..memang..saya suke kenal tempat orang..teringinnya nak g melawat cam zaman sek dlu..ikut rombongan..tapi bila dah keje kena usaha sendiri..lagipun masih sendiri kena fikir gak la..  (Quote)

        ReplyReply
        • Farid Rashidi says:

          Rombongan agak sukar untuk dikawal sebenarnya, biasa kalau jalan dengan keluarga lebih senang. Maksudnya tak perlu kawal ramai.

          Pernah satu ketika saya ikut rombongan sekolah, ada pelajar perempuan sesat bila masuk dalam Mega Mall dekat KL. Nak keluar tak boleh. Bila ramai-ramai itulah kesannya.

          Ya, teruskan untuk berusaha. Apa kata mereka? chaiyok-chaiyok!  (Quote)

          ReplyReply
  4. sinar says:

    kalau akhwat sush la nak musafir malam..Bhayakan.. :)
    Tapi damai sebenarnya jalan malam ni..tgu balik msia la..baru ada family temankan..

    “Kalaulah berkumpul dan bersemangat macam ni nak berperang dengan Israelkan bagus..”

    :) terangguk-angguk ana tanda setuju..dh tido lewat esk pagi bgn lewat..kalau israel ambil peluang, nescaya mesir kelam kabut dibuatnya..Na3uzubillah..

    sinar’s menulis entri terkini..Laskar Pelangi  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Memang bahaya dan tak sesuai untuk akhawat. Jika bersama keluarga tidak ada masalah.

      Ingatkan terangguk-angguk mengantuk tadi. :)

      Itu antara point utama saya sebenarnya dalam entri di atas. Semangat Assobiyyah yang terlalu fanatik. Walhal hanya semata-mata BOLA. Mudahkan Yahudi merosakkan umat Islam?  (Quote)

      ReplyReply
      • sinar says:

        Aiwah Sangat mudah..manusia sendiri lena dlm tipu daya mereka..
        mga semua kembali sedar.. :) jangan ngantuk2 hadapi zionis

        sinar’s menulis entri terkini..Laskar Pelangi  (Quote)

        ReplyReply
        • Farid Rashidi says:

          Kata pembesar negara Kuffar, Umat Islam seperti gergasi yang sedang tidur.. jadi jangan kejutkan gergasi itu.

          Ya, dan selamat bercuti buat kalian juga! tak kiralah yang pulang ke Malaysia atau masih stay di sini.  (Quote)

          ReplyReply
  5. iza says:

    salam, wah seronok baca cerita tentang pengembaraan. teringinnnya nak jejakkan kaki ke mesir :)

    iza’s menulis entri terkini..Raikan Kasih Kita…  (Quote)

    ReplyReply
  6. nohas says:

    Mesir juga mengalami waktu malam yg singkat di musim panas, ye..Memasak gulai utk program apa pula?? syukur, selamat sampai ke destinasi..bila baca ada org minta duit malam2 di jalanan rasa suspens juga, nasib baik takde apa2 yg berlaku..

    nohas’s menulis entri terkini..Terkenang Semasa Dulu..  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Ye, kalau musim panas malam akan singkat. Maghrib jam 8 malam, Isya’ 9:30 malam. Siang akan jadi panjang.

      Memasak untuk majlis bacaan yassin untuk kawan dan isterinya yang kemalangan di Malaysia.

      Syukur, biasanya kalau arab minta duit tengah malam mereka akan acu pisau dan sebagainya. Ramai pelajar melayu yang kena samun dan rompak. Malah ada yang dicederakan.  (Quote)

      ReplyReply
  7. maiyah says:

    assalamualaikum  (Quote)

    ReplyReply
  8. awrapurnama says:

    salam wbt.

    gmbr di ats, gurun ssgh..

    sy hrp gmbrn suasana di sana spt suq gumlah, mahattah, dll disertakn perbandingn dgn Malaysia.

    :)   (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Gambar di atas ialah laluan keretapi di tengah padang pasir. Ianya terletak di SUEZ menuju ke SINAI.

      Maksud kamu nak tengok gambarkah atau bagaimana?  (Quote)

      ReplyReply
      • awrapurnama says:

        owh.. suez..mcm suasana filem hindustan pun ada..

        hm, mksd sy, tmpt yg ustaz lawati diberi perbandingan @ persamaan dgn di Msia.. ok?

        nk sertakn gmbr, ok ja.. =)  (Quote)

        ReplyReply
        • Farid Rashidi says:

          Budaya arab sangat hampir dengan budaya orang hindustan. Samaada dari segi pemakaian, cara hidup, dan pemikiran.

          Jadi maksud kamu perlu saya menulis lebih detailkah? bimbang jadi novel pula nanti. :)   (Quote)

          ReplyReply
  9. nahmy says:

    salam,
    menarik menatapi pengalaman pengembaraan camni..  (Quote)

    ReplyReply
  10. Tirana says:

    Salam Farid…

    Kak tirana tunggu gambar gulai yang dimasak… Mesti lazat kalau Farid yang masak..hehehe…  (Quote)

    ReplyReply
  11. K Kin says:

    Ni semacam pergi menghadiri satu program besar…ada sessi memasak gulai..gulai kawah ker? heheh…program apa tu ya?

    K Kin’s menulis entri terkini..Yang datang dan yang pergi  (Quote)

    ReplyReply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled