Header image

SATU

Malam itu saya bersama beberapa orang rakan menjejakkan kaki ke rumah Ustaz Aiman yang terletak berhampiran jalan utama ke Mahattah Siberbay. Ustaz Aiman merupakan rakan dikalangan arab Mesir yang saya kenali melalui perantaraan sepupunya Ahmad. Beliau sudah pun mendirikan beberapa tahun yang lalu.

“Berapa jumlah kos enta kahwin semuanya?” Saya cuba mengutarakan soalan setelah beberapa detik berbual dengannya.

Halim dan Fadhil yang turut bersama saya berziarah pada malam itu kelihatan seolah-olah memikirkan sesuatu. Mungkin cuba menyusun persoalan dan ayat barangkali.

“60 ribu semuanya, dan kos ini termasuklah segala barangan yang dibeli untuk melangsungkan majlis perkahwinan..” Jawabnya dengan bahasa fushah yang lancar dan sedap didengari. Mustahil beliau tidak boleh berbahasa arab fushah memandangkan beliau seorang guru lughatul arabiah dalam bidang adab (sastera) dan nahu saraf. Beliau juga berkemahiran mengajar subjek Al-Quran bertajwid.

Beliau pernah menyuarakan hasrat kepada saya dan bercita-cita mahu menabur bakti di Malaysia jika ada peluang pekerjaan dalam bidang pengajaran bahasa Arab dan Al-Quran bertajwid.

“Sittuna alfan genih??!” Saya tersentak sebentar.

Serasa begitu kelat mahu menelan air liur, terhenti dikerongkongan. Kerut dahi tanda menerima kejutan.

“Maknanya setiap kali pembelian apa jua barang untuk perkahwinan mesti senaraikan dalam resit, kemudian diserahkan kepada pihak perempuan sebagai kos mas kahwin..” Tambahnya.

“Oh, macam tu rupanya..” Balas saya seperti tiada sebarang reaksi terkejut.

“Adeeh, kalaulah mas kahwin kena LE60 ribu alamat bujang terlajak sampai tualah saya..” Saya berfikir sendiri. Minda ligat berputar mahu mengaitkan adat perkahwinan Mesir dan Malaysia.

“Ini termasuklah perkara yang wajib dimiliki seperti sebuah rumah, almari besar, perkakasan dapur, katil serta barangan yang lain..” Tegas beliau merancakkan lagi bual bicara.

Saya meneguk segelas air oren yang tersedia dimeja sambil memerhati setiap jihat rumahnya yang sederhana besar itu. Kemas dan rapi susunannya.

“Kalau almari besar tu pihak lelaki perlu beli dan segala barangan di dalamnya akan diisi oleh pihak perempuan..” Ustaz Aiman mengisyaratkan tangan kearah sebuah almari besar yang berada diruang tamu rumah. Di dalamnya indah diisi deretan pinggan mangkuk seramik bercorak kerawang.

Bebola mata tertancap ke arah almari itu.

Dapur

DUA

Suatu malam di sebuah perkampungan terpencil di Atash, Damanhur. Perkampungan yang terletak di tengah-tengah ladang gandum itu sungguh menyamankan deria rasa. Kisah kembara saya dan beberapa orang rakan ketika menghadiri majlis perkahwinan abang Mithad sebenarnya pernah saya nukilkan dalam entri lepas.

Selepas sahaja berbual-bual di atas sutuh rumah pengantin, kami dibawa turun untuk menyambut pengantin yang akan tiba sejurus kemudiannya. Sedang berjalan melangkah ke halaman rumah, sempat saya mengajukan beberapa persoalan kepada abang Mithad.

ruang tamu

“Berapa kos abang (abang sulungnya) enta kahwin?” Tanya saya menduga.

“Semuanya dalam LE54,ooo..” Jawabnya.

“Fuss..muflis lelaki kalau kat Malaysia macamni..” Fikir saya.

Patutlah ramai lelaki arab masyarakat Mesir hidup membujang sehingga tua. Malah ada yang berkahwin lewat usia 40-an dan 50-an ekoran sewaktu muda tidak berkesempatan untuk berkahwin. Sibuk mencari ongkas buat melunaskan bayaran yang berangka puluhan ribu itu.

Kasihan. Saya hulurkan rasa simpati buat mereka.

Katil

Antara Adat dan Ibadat

Firman Allah Azzawajalla di dalam surah An-Nisa’ menjadi dalil wajib memberikan mas kahwin di dalam pernikahan:

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.” (An-Nisa’: 4)

“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah mas kahwin mereka (dengan sempurna), sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah.” (An-Nisa’: 24)

Begitu juga terdapat dalil hadis Nabi Muhammad SAW menyebut tentang hal ini:

“Sahal bin Saad r.a berkata: Seorang perempuan datang menemui Nabi SAW dan menyatakan bahawa dia telah menyerahkan urusan dirinya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Nabi bersabda: Aku tidak mempunyai keperluan terhadap perempuan. Seorang lelaki berkata: Kahwinkanlah aku dengannya. Rasulullah SAW menjawab: Berikanlah kepadanya pakaian. Lelaki itu berkata: Aku tidak memilikinya. Rasulullah SAW berkata: Berikanlah kepadanya walau sebentuk cincin besi. Beliau memberitahu bahawa dia juga tidak memiliki sebentuk cincin besi. Nabi bersabda: Adakah engkau mempunyai Al-Quran? Lelaki itu menjawab: Ada ini dan ini. Rasulullah SAW bersabda: Aku kahwinkan engkau dengan perempuan ini dengan mas kahwinnya Al-Quran yang ada pada engkau.”  (Hadis riwayat Bukhari dalam kitab fadilat-fadilat Al-Quran bernombor 4741)

Begitu juga terdapat sebuah hadis lain menyebut bahawa:

Amir bin Rabiah berkata: Seorang perempuan bani Fazarah berkahwin dengan mas kahwin hanya sepasang kasut. Nabi bertanya: Adakah kamu setuju dengan hanya sepasang kasut? Perempuan itu menjawab: Ya. Maka Nabi mengharuskannya.” (Hadis riwayatTirmizi dalam kitab nikah bernombor 1113)

Ramai menyangka bahawa keutamaan dalam meletakkan harga yang tinggi untuk kos mas kahwin adalah perkara utama perlu difikirkan. Mereka seolah-olah melihat mas kahwin merupakan nilai harga bagi seorang perempuan. Ada sesetengah waris seakan merasa hilang maruah bila anaknya mempunyai nilai mas kahwin yang rendah. Tambahan pula jika anak jiran lebih tinggi mas kahwin maka berkobar-kobar lagilah nafsu untuk berlumba. Muncul pula sifat berbangga-bangga akibat mahu mencari publisiti murahan dan mempertahankan kemuliaan keluarga sendiri.

Sedangkan maksud dalam pengertian memberi mas kahwin itu langsung tidak ada kena mengena dengan sifat berbangga dan bermegah-megah mempertahankan adat. Islam meletakkan supaya dengan pemberian mas kahwin oleh golongan lelaki buat para wanita adalah sebagai lambang keinginan untuk berkahwin serta sebagai sebuah pemberian tanda memuliakan wanita itu. Mas kahwin juga menjadi simbolik kepada sebuah ikatan percintaan suci demi membina rumah-tangga yang harmoni.

“Abang ana dulu kahwin mudah ja, tak mahal mana pun..” Cerita kawan saya.

“Yakah? lagumana tu?” Terus saya menyoal tanda berminat untuk mendengar.

“Yalah, abang ana masa tu dia nak pi minang ja..pastu tiba-tiba orang tua suruh pi kahwin terus..selesai macam tu ja..mudah. Bayaq hantaran pun murah ja.”

“Hehehe..” Senyum saya sendiri.

Faktor yang kedua ialah adat. Kata orang biar mati anak jangan mati adat. Wah, sanggup mati anak kerana mempertahankan adat? Andainya adat menyimpang daripada kesyumulan agama bagaimana pula halnya? Islam hampir nazak kini tidak pula mahu mempertahankan. Andai diletakkan anak dan Islam, saya yakin mereka lebih memilih anak dan adat dahulu daripada memilih Islam.

Membicarakan soal adat bukanlah bererti saya menghukum keseluruhannya. Malah, kewujudan adat yang tidak menyimpang dari agama itu tidak menjadi kesalahan besar. Sudah saya jelaskan hal ini dalam entri lepas.

Mahu menjadikannya ibadat atau sekadar pelengkap adat?

Kesan Keterlaluan Dalam Menetapkan Mas Kahwin Yang Tinggi

Manusia tidak pernah fikir tentang kesan baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan. Pernahkah golongan ibu bapa dan wanita berfikir kesannya bila mas kahwin diletakkan pada kadar yang terlalu tinggi?

Saya sengaja bawakan kisah yang terjadi di dalam masyarakat arab Mesir di atas kerana ianya boleh dijadikan batu loncatan dalam bermuhasabah. Apabila sesuatu perkara yang menyimpang daripada agama dan menyusahkan menjadi adat tegar dalam sesebuah masyarakat maka ia pasti mengundang kemudaratan kepada kita. Bukan sahaja menyesakkan dada pihak lelaki, malah wanita itu sendiri akan turut mengalaminya.

Kesan jelas boleh dilihat pada pengamatan mata kasar kini ialah menyebabkan golongan pemuda yang dikategorikan sebagai tidak berkemampuan terhalang daripada mendirikan perkahwinan. Justeru, apabila ini berlaku masyarakat akan melihat bahawa percintaan yang bertunjangkan nafsu semata-mata akan tumbuh melata. Hasilnya, perzinaan berlaku dimana-mana sahaja akibat sukarnya membina rumahtangga. Tidakkah kita celik dengan keadaan yang berlaku kini?

Begitu juga kesan buruk yang berlaku dikalangan wanita akibat penetapan mas kahwin yang terlalu tinggi. Hasilnya, muncul ramai wanita berstatus andartu yang kesepian. Pada bibir mengatakan kesepian itu membawa kedamaian walhal mengundang kedukaan yang berpanjangan. Hati merasa kekosongan kerana berlawanan fitrah insan. Apakah ini memberikan suatu kesan yang positif sedangkan wanita-wanita ini bergolak jiwa dalaman sehingga tidak dapat tidur malam?

Nah, fikirlah ibu bapa yang budiman. Kalian lebih tahu menilai masinnya garam dan manisnya gula!

Dengar dan fahamilah bicara indah Rasulullah SAW dalam memahami naluri kemanusiaan:

“Sesungguhnya perkahwinan yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah mas kahwinnya.” (Hadis riwayat Ahmad 6/82 daripada Saidatina Aisyah r.a)

“Sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah.” (Hadis riwayat Abu Daud dalam kitab nikah.”

Keberkatan yang dikurniakan Allah SWT dalam sesebuah perkahwinan tidak akan muncul jika niatnya hanya semata-mata untuk mendapatkan kekayaan hasil meletakkan harga yang tinggi dan bertujuan untuk berbangga kepada sahabat handai dan masyarakat kampung. Mendirikan masjid itu sunnah, namun jika ada unsur-unsur mengundang kemurkaan bagaimana mahu merasai hakikat sunnah yang diberkati.

Dalam hal ini, adalah makruh menurut perspektif syara’ jika meletakkan kadar mas kahwin yang terlalu tinggi.

“Saidina Umar bin Al-Khattab r.a berkata: Janganlah kamu melampau dalam meletakkan mas kahwin. Sekalipun mereka (perempuan) adalah orang yang dipandang tinggi di dunia, ataupun bertaqwa. Orang yang paling layak kamu contohi ialah Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah memberikan mas kahwin kepada isteri-isterinya dan meminta mas kahwin untuk anak-anak perempuannya lebih daripada 12 auqiah (480 dirham).” (Hadis riwayat lima orang pengarang kitab sunan dan disahihkan oleh Tarmizi)

Apakah kita merestui percumanya mendapat zina yang haram sedangkan nikah yang halal begitu tinggi bayaran?

Hati begitu cemburu pada kemungkaran itu.

8:29 AM, 7 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

78 Responses

  • nur_syahadah says:

    salam… bbetul tu ust…harga seseorang perempuan seolah2 terletak pada mas kahwin…sebab tula semua pakat sibuk meletakkan harga tinggi.. saya pernah berkata pada seorang kawan, sebaik2 perempuan adalah yang rendah maharnya..tapi cuma ketawa yang saya terima sebagai balasan..

    disebabkan hantaran yang tinggi jugak kadang2 mereka mengambil jalan mudah untuk ‘bercinta’ selagi mane yang boleh… sambil mengumpul duit banyak benda yang telah ‘dihalalkan’ secara sendiri.. kemanisan dalam berkahwin agaknye ‘hanya manis2 buah’ jela nanti.. maksiat pulak yang bermaharajalela..

    bagi saya benda yang baik nape nak disusahkan.. kenapa perlu disekat niat baik (untuk berkahwin) hanya dengan halangan duit semata.. tidak tahukah semua duit yang ada boleh habis sekelip mata.. sanggupkan penilaian itu sampai pada diri gadis2 juga.. nilainya ‘tinggi’ seketika sahaja..dan bila habis duit habislah nilai diri..

    p/s: inginkan kesederhanaan dalam membina mahligai impian..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Saya bimbang jika umat Islam seolah-olah cuba mempermainkan agama sendiri. Semoga ketawa itu bukan niatnya begitu.

      Ya, itu maksud saya dipenghujung entri. Lihatlah kini, manusia mudah berbeza tanpa sebarang bayaran dikenakan.. tapi bila bab kahwin berkiranya bukan main lagi. Sedangkan berkahwin itu maksudnya mahu hidup bersama seiring keredhaan ilahi.

      Manis-manis buah ye, tambah-tambah musim duriankan. :)

      Berkahwin kerana hartan tidak akan ke mana. Masalah berkat ini masalah benda yang manusia tidak nampak, bila mana tidak nampak manusia menganggap enteng. Begitu juga dalam masalah dosa pahala, ianya tidak nampak. Kalaulah manusia nampak bulat-bulat sudah tentu berebut-rebut mahu mendapatkan berkat itu.

      Sangat malang perkahwinan terhalang kerana duit!

        (Quote)

  • insyirah says:

    Salam :)

    Ana tersenyum membaca entri kali ni (jarang ana komen di blog ustaz ni, selalu jadi silent reader). Melihat masyarakat Arab yang ‘ghairah’ meletak hantaran yang tinggi, memang banyak yang membujang. Ana tak pernah ke Mesir tetapi kesempatan ziarah ke Mekah dan Madinah, mendengar bicara sang mutawwif yang akrab dengan keluarga ana sepanjang ziarah banyak bercerita perihal arab, sosio budaya dsb.

    Mutawwif juga mengingatkan jemaah terutamanya bagi kaum wanita untuk tidak terlalu ‘mesra’ dengan lelaki (tukang cuci sekitar masjid) sama ada pekerja asing mahupun arab. Ana juga di WARNING oleh seorang pencuci lantai Masjidil Haram sewaktu sendirian di ruangan Masjidil Haram, sewaktu itu memang abi ada di sebelah sana dan ana suka untuk duduk di ruangan wanita sebab ada juga lelaki lalu lalang walaupun ketika itu sangat sedikit orang. Memberi ruang untuk merehatkan fikiran dengan iktikaf setelah penat di bawa bersiar oleh abi sekitar masjidil haram. Terkejut bila pencuci lantai wanita (indonesia) dengan keras bertanya:

    “Malaysia?”

    Ana angguk saja.

    “Oh, dik jangan duduk sendirian di sini.”

    “Tak, ada abi di sebelah sana.” Sambil tunjuk ke arah abi. (Abi kelihatan seperti muka arab) :D

    “Kalau ada lelaki datang ajak ikut. JANGAN IKUT.”

    Terbeliak mata ana. Tak terfikir pula ada yang menghampiri. Kemudian bersembang dengan warga Indonesia yang mencari rezeki di sana, kakak tu cerita sesuatu yang mencemaskan hati. Banyak perempuan yang hilang kehormatannya kerana sukarnya orang-orang Arab (mahupun warga asing) berkahwin, jadi mereka melempiaskan keinginan tersebut kepada pekerja asing indonesia. [i]Key word[/i]nya; HATI-HATI.

    Terdiam. Natijahnya menyusahkan perkara mudah… :(

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      insyirah: Ana tersenyum membaca entri kali ni (jarang ana komen di blog ustaz ni, selalu jadi silent reader).

      Saya juga tersenyum bila silent reader sudah mula bersuara. Ahlan!

      insyirah: Banyak perempuan yang hilang kehormatannya kerana sukarnya orang-orang Arab (mahupun warga asing) berkahwin, jadi mereka melempiaskan keinginan tersebut kepada pekerja asing indonesia.

      Ya, seperti yang ana sebutkan. Bila munculnya mudharat maka lihatlah kesannya.

      Firman Allah SWT bermaksud: “Dan tidak dijadikan kesukaran ke atas kamu di dalam agamamu” (Al-Hajj: 78)

      Sebagaimana kaedah dalam ilmu Qawaid fiqhiyyah menyebut bahawa ‘La Darar wala Dirar’ yakni tidak mudharat dan tidak memudharatkan. Contohnya jika ada pokok menghalang laluan atau boleh menyebabkan bahaya kepada orang, maka mesti ditebang.

      Begitu juga dalam kaedah seterusnya berbunyi درء المفاسد أولي من جلب المصالح iaitu maksudnya ‘Menolak kerosakkan lebih utama daripada menarik kemaslahatan’. Apabila ada pertembungan antara kerosakan dan kemaslahatan, maka hendaklah diutamakan menolak kerosakan kerana syara’ lebih mengambil berat terhadap perkara-perkara tegahan daripada suruhan.

      Maka perkara yang menjadi sunnah ialah meringankan mas kahwin, dan menjadi makruh jika membebankan dan mendatangkan mudharat kerana mudharat meletakkan harga yang mahal lebih besar (berleluasanya zina dan andartu serta bermegah) berbanding kemaslahatan (yakni menjaga adat dan bimbang dimarahi keluarga).

      Moga faham maksud ana.

        (Quote)

  • nahmy says:

    assalamualaikum…

    akhir zaman tuan…mereka suka meletakkan ‘nilai’ pada sesuatu yg setakat penting shj dan bukan pada yg lebih penting (atau mungkin pd mereka ini dah tersgt pentingnya). alhamdulillah kita kat sini tak begitu…klu tak lagi ramailah andartu kat sini..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Ya, begitulah gamaknya.

      Walaupun kat sana masih tidak begitu, tetapi bibit-bibit ke arah itu sudah pun banyak muncul. Menggeleng dibuatnya.

        (Quote)

  • arryani says:

    Saya selaku silent reader ni tergerak pula nak bersuara…

    Kalau kat Mesia ni, segelintirnya pula memandang dari status..

    maksudnya, lebih tnggi kedudukan si besan tu dan si anaknya , makanya makin nak ditinggikan lagi hantaran tu..

    Dan akhirnya, perkara yang sepatutnya menjadik wajib tu pun bertukar pada majlis yang semata2 menunjukkan riak sahaja…

    p/s diulangi segelintir..tak semua..

    arryani’s menulis entri terkini..Kadangkala, sesuatu yang hilang akan digantikan..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Baguslah, teruskan bersuara. Moga ada manfaatnya.

      Seperti yang saya sebutkan di atas, bila riak muncul maka fahamlah sendiri bagaimana akan terjadi.

      Anda faham apa itu wang hangus?

        (Quote)

  • azmamusa says:

    bimbangnya nak mengahwinkan adik2 lelaki dan anak2 lelaki….

    azmamusa’s menulis entri terkini..mAsYaALLah… terkene demam denggi….

      (Quote)

  • abuyon says:

    Salam. Bab-bab nikah kahwin memang ramai nak respon ya :) . Rasa saya, mahar atau mas kahwin di Malaysia murah, sangat rendah. Yang problemonya ialah hantaran yang terlalu tinggi, serba satu, serba biru pula :) . Trend ini meski sudah berakar lama di alam Melayu, menekan pihak lelaki. Kalau pihak lelaki orang berada, tiada masalah. Pun begitu, molek bersederhana.

    Banyak lagi idea ni, tetapi cukuplah dulu ya syeikh.

    abuyon’s menulis entri terkini..Sakitnya ya Allah Mata Ini

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Maklumlah.. manusia suka kahwin :) kalau dalam kuliah, asal ada perkataan munakahat pasti ramai yang mendengarnya. Yang tido pun boleh celik.. hehe.

      Sebenarnya di Malaysia adat ia disebut hantaran. Kalau di sini, mas kahwin itulah hantaran dan hantaran itulah mas kahwin. Jadi serupa sahaja maknanya. Cuma yang wajib itu ialah mahar misil.

      Ye, bersederhana.

      Dipersilakan memberi idea.

        (Quote)

  • Bb Hussain says:

    Memang payah untuk menghindari apa yg telah dilakukan secara tradisi.
    Walaupun kesannya begitu menggusarkan..

    Bb Hussain’s menulis entri terkini..Ke Bu Ke Yi Ai Wo

      (Quote)

  • Iliana says:

    aduhai ustaz..

    satu fenomena kini agaknya, kahwinkan anak juga sama seperti mahu bermegah-megah.

    yang penting hasrat dalam hati saya, kalau boleh saya tak nak letakkan harga yang terlalu tinggi. yang penting, lelaki itu baik dan sudah mempunyai aset yang cukup.

    lain manusia, lain caranya.

      (Quote)

  • Permata says:

    Assalamualaikum…hmmm, mas kahwin…di malaysia kini menjadi trend agaknya dlm meletakkan mas kahwin yg tinggi dan mempunyai angka yg unik (unik ke…?hee tak tahu nk guna istilah apa..)contohnya: artis di Malaysia yg berlumba-lumba meletakkan harga yg tinggi dengan angka yg sama seperti Rm66666.66 dan yg seumpamanya atau mengikut sesuatu tarikh atau angka berkenaan dengan bakal pengantin tersebut…

    itu yg kita tahu dan nampak kerana tersebar di dada akhbar dan di kaca tv, namun, persoalannya disini..yg turut menanggung kesannya adalah mereka yg ingin meniru atau mencontohi artis2 ini. tidak mampu tapi terpaksa buat2 mampu..padahal kita sedia maklum bahawa kebahagian sesebuah perkahwinan itu bukanlah dinilai atau bergantung akan ketinggian harga mas kahwin itu.

    ~sekadar mahu berkongsi~

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Unik dan memudaratkan.

      Kata orang kini, “hipokrit namanya”.

      Kata orang dulu-dulu, “Biar papa, asal bergaya”

      Ukur baju di badan sendiri itu lebih elok dari mengukur baju sendiri di badan orang lain bukan?

        (Quote)

  • salam.

    masa kahwin RM 60,000? pergh. itu nak jual anak ke nak bagi anak kawin? hehe. saya memang tahu perempuan keluarga perempuan Mesir memang minta mahal (sebab baca kat novel Ketika Cinta Bertasbih :D ) tapi tak sangka pula mahal sampai macam tu. dahsyat gila. kalah mas kahwin dan hantaran artis-artis kat malaysia ni. haha.. saya respect kakak saya, kerana dia cuma minta RM 5,000 sahaja untuk perbelanjaan perkahwinan walaupun ramai di antara keluarga yang tidak bersetuju dan mengatakan bahwa harga yang ditawarkan terlalu murah, tlagi pula kakak saya graduate lulusan degree (tambahan mereka) tetapi kakak saya hanya berkata: “aku mahu berkah..” alhamdulillah, akhirnya keluargapun menyetujui. semoga Allah melimpahkan berkah ke atasnya :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Wardatul Shaukah: masa kahwin RM 60,000?

      Bukan ringgit, tetapi pound Mesir. Entahlah, tak reti nak menjawabnya. Kalau nak bandingkan rupa paras, memanglah sangat menawan. Tapi pernah saya tanya kawan arab, katanya bukan sebab itu. Tetapi masalah adat setempat. Menggeleng juga dibuatnya.

      Wardatul Shaukah: kerana dia cuma minta RM 5,000 sahaja untuk perbelanjaan perkahwinan walaupun ramai di antara keluarga yang tidak bersetuju dan mengatakan bahwa harga yang ditawarkan terlalu murah, tlagi pula kakak saya graduate lulusan degree (tambahan mereka) tetapi kakak saya hanya berkata: “aku mahu berkah..”

      Alhamdulillah, masih ada lagi yang tahu menilai erti barakah. MOga-moga rumahtangganya diberkati sehingga akhir hayat. Malah ke syurga. Ameen.

        (Quote)

  • fuh! 60 ribu..kalau 60 ribu rupiah lain crita..

      (Quote)

  • asyiq says:

    Mujur la kita kat Malaysia perkara ini tidak berlaku…maksud saya tidak berlaku di kalangan orang biasa macam kita. Tapi sekarang ni pun…paling murah belanja pun maunya dekat RM15 ribu juga.

    Hantaran utk isteri….koman2 pun RM10000. Then campur tolak belanja kenduri di rumah lelaki pun dah dekat RM5000. Itu pun yang paling rendah la. Kalau nak lebih besar bajet tu lain cerita la kan….

    Satu lagi budaya org Melayu skrg ialah nak kawin pi buat pinjaman peribadi kat Bank Rakyat. Org kata RM20000 pun bayar lebih kurang RM300++ sebulan…tanggung la sampai 10 tahun. Ada yg buat pinjaman utk bajet cari rumah sewa dan beli perkakas rumah sekali.

    Ibu bapa pun kalau dah anak perempuannya ada ijazah takkan nak letak hantaran RM5000. Apa nak dibeli dengan duit banyak tu. Budak yang kerja kilang pun skrg hantarannya RM10000. Inilah budaya baru yang sedang menular dalam masyarakat kita…

    Itulah sebabnya…bila dah sakit kepala fikir bajet…bawak je lari kawin kat Thailand. Habis cerita.

    asyiq’s menulis entri terkini..Bukan Salah Saya

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      asyiq: Mujur la kita kat Malaysia perkara ini tidak berlaku…maksud saya tidak berlaku di kalangan orang biasa macam kita.

      Dah berlaku. Minah kilang saja di kedah paling kurang RM10,000. Menggeleng dibuatnya.

      asyiq: Satu lagi budaya org Melayu skrg ialah nak kawin pi buat pinjaman peribadi kat Bank Rakyat. Org kata RM20000 pun bayar lebih kurang RM300++ sebulan…tanggung la sampai 10 tahun. Ada yg buat pinjaman utk bajet cari rumah sewa dan beli perkakas rumah sekali.

      Itu baru kos pinjam untuk hantaran. Bagaimana pula dengan kereta, bil-bil, sewa rumah, makan minum?

      Poning dibueknyo. Jadi berpado-padolah nak letak mahal-mahal. Nak berkongsi hidup jugakan.

      Ada lagi satu kes, kahwin lari ke Thailand sebab nak poligami.. hehe. Apakata kalian?

        (Quote)

  • yEm^^ says:

    salam…

    bab mas kahwin @ hantaran yang tinggi ini memeng menjadi topik hangat yer.. hehe..

    sebagai pihak perempuan, memang la seronok apabila nak dapat hantaran yang tinggi2.. tapi saya lebih kepada perasaan kasihan apabila pihak lelaki seperti terlalu bersusah payah menyediakan jumlah yg terlalu besar. sampaikan ade yang sanggup berhutang! pada hemat saya, biarlah hantaran diberi mengikut kemampuan. tumpukan lebih perhatian kepada kehidupan selepas berkahwin. bukankah lebih elok begitu?
    majlis yang ‘grand’ kan cume sementara sahaja… =)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Hangatlah juga.. maklumlah, yang dah lama tak komen pun tiba-tiba muncul berkomentar juga :)

      Iya, oleh itu jangan memudharatkan diri dan orang lain. Cukup Allah menilai segalanya.

        (Quote)

  • afzan says:

    nice post utk muslimin dan muslimat.

    carilah barakah dalam segenap tindakan. :)

    afzan’s menulis entri terkini..Berita Terkini di azansubuhkhamis.blogspot.com

      (Quote)

  • salam…

    huh, macam ne ek, mahal nyer…

    saya baru menghadiri satu majlis walimah orang kampung saya…

    berfikir saya sejenak, tatkala orang sibuk dengan majlis yang besar2, pak cik ni rileks jea buat majlis yang ringkas lagi sempoi…

    saya pun azam nak buat majlis yang ringkas2, duit tu boleh buat belanja selepas nikah nanti…

    ***

    sepohonkayu’s menulis entri terkini..Revolusi (Perhimpunan Ummat Islam Dunia di Malaysia 2009)

      (Quote)

  • damai says:

    salam ibnurashidi….

    membaca entri ini membuatkan damai tertanya2 apakah yang cuba disampaikan…mahalnya mas kahwin atau hantaran?…kerana sepanjang yang damai tahu,mas kahwin di malaysia tidaklah tinggi…nilainya ditentukan ikut negeri…dan kalau damai tidak silap ianya antara rm80-rm120…tak tahulah sekarang berapa…jadi,jangan tersilap ya,antara hantaran dan mas kahwin… :)

    tidak dinafikan memang masyarakat memandang pada tingginya nilai hantaran seseorang wanita…rm8000 itu adalah yang paling minimum rasanya sekarang…lagi2 kalau si gadis itu berkelulusan agak tinggi,maka tinggi jugalah nilainya…

    namun,ada baik buruknya juga….yang buruknya sudah pun kamu terangkan di atas…tetapi,yang baiknya,bila sesuatu itu agak sukar untuk dimiliki,maka manusia itu akan lebih menghargai…biarlah lelaki itu rasa susah sedikit agar dia tidak menganggap perkara perkahwinan ini suatu kerja mudah…sedangkan dengan hantaran yang beribu itu,sekarang ini ramai wanita menjadi ibu tunggal,apatah lagi jika hantarannya rendah….sekurang2nya,dengan pemberian hantaran itu,dapatlah ia membantu wanita itu andai apa2 berlaku…sekadar pandangan dari seorang insan bergelar gadis….hakikatnya,panjang pendek jodoh itu Allah juga yang tentukan :)

    lagipun,tujuan sebenar diadakan hantaran di malaysia adalah untuk majlis kenduri…( ini yang ibu damai beritahu lah )…bayangkan sekarang ini untuk kenduri sahaja satu kepala boleh mencecah dari rm8-rm11…kalau yang ada saudara ramai tu,nak kena jemput untuk 2000 kepala,sudah menjangkau rm22000…memang masak beramai2 (rewang) itu adalah yang terbaik dan menjimatkan,namun tidak semua mampu mengerjakannya…jadi,dengan duit hantaran itu,dapatlah sedikit sebanyak memulangkan kembali duit yang wanita itu keluarkan untuk kenduri itu tadi…Allahu a’lam… :)

    kesimpulannya,pandangan kamu tidak salah…dan damai sendiri tidak bersetuju kalau hantaran melebihi rm15000…bagi damai,rm9000-rm10000 itu sudah memadai…sebagai lelaki,pandanglah ianya dengan pandangan yang positif…fikirkanlah kepayahan isteri itu nanti yang akan bertarung nyawa melahirkan zuriat yang baik2 untuk keluarga itu…hiduplah untuk memberi sebanyak2nya (tetapi haruslah berpatutan kadarnya ya…~ingatan untuk wanita ~ ) :)

    wah,pjg pulak komen damai ni…dah boleh buat entri hehe

    apa2 pun,kamu tertinggal perkataan di perenggan satu ayat terakhir…

    ~~Beliau sudah pun mendirikan beberapa tahun yang lalu~~

    damai’s menulis entri terkini..I officially have it now….

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      damai: membaca entri ini membuatkan damai tertanya2 apakah yang cuba disampaikan…mahalnya mas kahwin atau hantaran?

      Pertama sekali ingin saya meminta maaf kepada pembaca semua. Pada sangkaan saya entri yang panjang ini sudah mampu memberi faham kepada pembaca, rupanya masih ada yang tertanya-tanya apa yang cuba disampaikan.

      Baiklah, sebagai info. Sengaja saya tidak tulis perkataan hantara di atas kerana masyarakat arab tiada istilah hantaran. Hantaran hanyalah menjadi adat masyarakat melayu. Mas kahwin, mahar kahwin itu sudah termasuk apa yang dipanggil hantaran. Jelas?

      damai: dan kalau damai tidak silap ianya antara rm80-rm120…tak tahulah sekarang berapa…jadi,jangan tersilap ya,antara hantaran dan mas kahwin…

      Jangan risau, saya tidak tersilap. Sebab itu diwajibkan mahar misil jika pihak perempuan tak mahu bayar mas kahwin/hantaran. Mahar misil wajib. Jadi, kalau mahu baca dalam konteks hantaran di Malaysia juga tidak ada masalah sebenarnya. Pokok pangkalnya tidak boleh melampau-lampau.

      damai: bila sesuatu itu agak sukar untuk dimiliki,maka manusia itu akan lebih menghargai…biarlah lelaki itu rasa susah sedikit agar dia tidak menganggap perkara perkahwinan ini suatu kerja mudah…sedangkan dengan hantaran yang beribu itu,sekarang ini ramai wanita menjadi ibu tunggal,apatah lagi jika hantarannya rendah….sekurang2nya,dengan pemberian hantaran itu,dapatlah ia membantu wanita itu andai apa2 berlaku…

      Damai, jika dalam agama kita banyak menggunakan logik akal. Maka sudah tentu manusia akan fikir kenapa perlu menyapu khuf di atas, bukan di bawah. Begitu juga dengan soal begini. Kata kamu ianya lebih menghargai. Ini bukan soal menghargai atau tidak, kalau begitu mengapa wujudnya hadis yang saya sebutkan di atas? mengapa Saidina Umar Al-Khattab menyarankan seperti yang saya tuliskan di atas kalau ini menjadi dalilnya?

      Berkat itu perkara yang tidak nampak. Kalaulah berkat itu nampak seperti memandang sebuah wang dan harta, pasti manusia lebih fahami erti menghargai. Perkahwinan bukan asas dasarnya untuk memberi bebanan.

      Sudah kahwin nanti, kata isteri dengan nada arahan “Abang perlu kerja banyak-banyak tanggung kami!” Suaminya sudah separuh mati mencari harta kononnya demi membahagiakan isteri. Isteri pula mengoyangkan kaki persis lady bos.

      Jadi, sudut manakah perkahwinan itu disebut perkongsian?

      Berbalik kepada topik. Menghargai itu tidak perlu kepada segunung emas, cukuplah sebentuk cincin besi sudah memadai jika ianya benar-benar IKHLAS.

      Seperti yang saya terangkan, entri ini berkisar soal mudharat. Itu point saya.Firman Allah SWT bermaksud: “Dan tidak dijadikan kesukaran ke atas kamu di dalam agamamu” (Al-Hajj: 78)

      Sebagaimana kaedah dalam ilmu Qawaid fiqhiyyah menyebut bahawa ‘La Darar wala Dirar’ yakni tidak mudharat dan tidak memudharatkan. Contohnya jika ada pokok menghalang laluan atau boleh menyebabkan bahaya kepada orang, maka mesti ditebang.

      Begitu juga dalam kaedah seterusnya berbunyi درء المفاسد أولي من جلب المصالح iaitu maksudnya ‘Menolak kerosakkan lebih utama daripada menarik kemaslahatan’. Apabila ada pertembungan antara kerosakan dan kemaslahatan, maka hendaklah diutamakan menolak kerosakan kerana syara’ lebih mengambil berat terhadap perkara-perkara tegahan daripada suruhan.

      Maka perkara yang menjadi sunnah ialah meringankan mas kahwin, dan menjadi makruh jika membebankan dan mendatangkan mudharat kerana mudharat meletakkan harga yang mahal lebih besar (berleluasanya zina dan andartu serta bermegah) berbanding kemaslahatan (yakni menjaga adat dan bimbang dimarahi keluarga).

      Kemudian kamu mengatakan tentang ibu tunggal. Puncanya apa? berkahwin dan kemudian cerai, mana tak menjadi ibu tunggal. Itu masalahnya, BERKAT. Sudah saya katakan, bila Allah meredhai rumahtangga itu dengan BERKAT, RAHMAH, saya percaya nusrah ALLAH lebih bernilai dari segunung emas dan mutiara.

      damai: tujuan sebenar diadakan hantaran di malaysia adalah untuk majlis kenduri

      Tak semua begitu, ada negeri yang tidak begitu. Contoh Terengganu dan Kelantan. Itu menurut sumber rakan-rakan saya.

      damai: enduri sahaja satu kepala boleh mencecah dari rm8-rm11…kalau yang ada saudara ramai tu,nak kena jemput untuk 2000 kepala,sudah menjangkau rm22000…

      Adakah kamu juga berfikir keadaan sebelah pihak lelaki? Apakah lelaki mahu mengadakan kenduri hanya sekadar pulut kuning atau ikan masin sahaja?

      Mana taknya sampai berpuluh ribu, jemputnya sampai 2000 kepala. Buatlah ala kadar dan bersederhana, ukur baju dibadan sendiri lebih baik bukan?

      damai: sebagai lelaki,pandanglah ianya dengan pandangan yang positif…fikirkanlah kepayahan isteri itu nanti yang akan bertarung nyawa melahirkan zuriat yang baik2 untuk keluarga itu…hiduplah untuk memberi sebanyak2nya

      Aduh, tersangatlah jauh anda berfikir sehingga mengandung. Mahu saya bertanya lagi. Apa si suami itu duduknya tidur makan sahajakah bila berkahwin? Apa tidak ada suami yang membantu isterinya bersalinkah? Nafkah itu wajib ukhti. WAJIB beri. Hantaran/mas kahwin permulaan kahwin. NAFKAH itu penerus kepada kesinambungan ‘Memberi sebanyak-banyaknya itu’.

      Isteri juga harus faham apa itu kerjasama dan tanggungjawab.

      Maaf, tiba-tiba jari terlebih menaip. :)

        (Quote)

  • adeq says:

    Itu lah heran betul perempuan zaman sekarang, berlumba2 utk dapat maskawin mahal. Kononnya mas kawin mahal baru ada kelas…

      (Quote)

  • Kujie says:

    Salam…

    Kak Jie nk tanya satu soalan

    Adakah betul/ tepat mas kahwin ditetapkan oleh pemerintah , contoh mcm skrg Selangor rm 80, Johor, Pahang ada sekian-kian harganya.

    Tetapi bagi Kedah, Kelantan – mas kahwinnya ditetapkan oleh pihak keluarga,maksudnya tidak dicatatkan mesti ikut nilai tertentu.

    Kujie’s menulis entri terkini..Warning : This site may harm your computer

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Menurut yang saya pelajari dan sumber yang saya dapati ianya telah ditetapkan. Pensyarah saya dulu juga ada sebutkan perihal itu.

      Saya tahu, Kak Jie asalnya orang Baling Kedah bukan? :)

      Kalau dalam Islam ianya disebut mahar misil. Iaitu bermakna harta yang diberikan kepada pengantin perempuan dengan kadar pada kebiasaan dan sepadan dengannya.

        (Quote)

  • zareda says:

    Dunia akhir zaman, perkahwinan sekarang sesuatu yang dimegah megahkan. kengkadang rasa sayang tengok banyak hiasan yang dibazir bazirkan sedangkan kosnya bukan main mahal.

    Anak saya seorang, perempuan pula. Sekiranya sampai jodoh dia, saya juga inginkan menantu yang mampu menanggung dunia dan akhirat anak saya.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      zareda: Anak saya seorang, perempuan pula. Sekiranya sampai jodoh dia, saya juga inginkan menantu yang mampu menanggung dunia dan akhirat anak saya.

      Alhamdulillah, saya doakan semoga anak Puan menjadi solehah dan mendapat jodoh dengan lelaki baik kelak. Sejuk perut ibu mengandung, percayalah!

        (Quote)

  • Tronx013 says:

    salam,

    cerita soal kahwin, mas kahwin.. pengorbanan yang memerlukan seseorang itu terkorban tika agenda utama itu diselaputi dengan tujuan yang remeh dan tidak penting. Bermewahan untuk jaga status dan nama. Akhirnya terpaksa berhutang, selepas kahwin, hutang pula yang ditanggung bukannya isteri.. waduh, ada juga manusia sebegini di dunia… sanggup berhutang banyak untuk kemegahan dalam majlis kahwinnya..

    P/s- arigatogozaimas atas nasihat dalam komentar lalu.. result ujian dalam entry sebelum ini dah keluar. akur atas kejahilan diri dalam bab fiqh dan dakwah.. :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Tronx013: Bermewahan untuk jaga status dan nama. Akhirnya terpaksa berhutang, selepas kahwin, hutang pula yang ditanggung bukannya isteri..

      Lihat sahaja artis, contoh terdekat kita. Kahwinnya Masya’Allah tabarakallah! hantaran saja mahu mencecah sejuta. Tapi usia perkahwinan sebulan, dua bulan, setahun cerai berai. Apa sudah jadi?

      Tronx013: arigatogozaimas atas nasihat dalam komentar lalu.. result ujian dalam entry sebelum ini dah keluar. akur atas kejahilan diri dalam bab fiqh dan dakwah..

      Tak mengapa akhi, kamu sudah mencuba dan berani mencuba. Jadi saya ucapkan tahniah untuk itu. Teruskan mencari ilmu yang tak pernah kering.

        (Quote)

  • nohas says:

    Begitu lengkap sekali rumah pengantin tu ye, sampai 5 set periuk pelbagai saiz..

    Memang susah nak mengubah adat yg sudah lama ni, apatah lagi perkara nikah kahwin ni melibatkan ibubapa, saudara-mara, jiran tetangga, org kpg, dll. Ramai benar yg memberi pendapat, buah fikiran..Sampai ada peribahasa: Biar mati anak, jangan mati adat.

    Teringat kawan yg kahwin masa belajar kat oversea, sgt simple..ambil yg wajib shj, kenduri pun share dgn akikah anak post-graduate..

    nohas’s menulis entri terkini..Terkenang Semasa Dulu..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      nohas: sampai 5 set periuk pelbagai saiz..

      Sempat lagi kira set pinggang mangkunya. :)

      nohas: Teringat kawan yg kahwin masa belajar kat oversea, sgt simple..ambil yg wajib shj, kenduri pun share dgn akikah anak post-graduate..

      Sini juga begitu, sebab itulah ramai ustaz dan ustazah kahwin sini. Mudah, simple dan cepat. Dua ekor kambing sudah memadai :)

        (Quote)

  • Kakak says:

    Salam Farid,
    Memang bersederhana itulah yang terbaik dalam apa pun yang dilakukan.
    Pada pendapat Kakak, mas kahwin yang perlu dibayar kepada pengantin perempuan di kebanyakan negeri di Malaysia yang disebut mahar misil itu memang rendah. Kebanyakannya tak sampai seratus ringgit pun, tapi apabila sekarang ini seolah-olah satu ‘tred’, masing-masing mahu berlebih-lebih dalam sesuatu yang bukannya wajib pun, hasilnya, belanja perkahwinan tu menjadi sangat tinggi. Bukan setakat menyediakan makan dan minum kepada tetamu, tetapi buah tangan dan bunga telurpun kadang-kala mencecah berpuluh-puluh ringgit untuk seorang tetamu, padahal, ada antara barangan tersebut hanya diletakkan ke tepi selepas majlis tersebut. Lebih malang, jika untuk menyediakannya ibu bapa dan pengantin tersebut perlu berhutang. Kalaulah belanja tadi digunakan untuk sesuatu yang memberikan faedah kepada kedua-dua pasangan baru itu untuk melayari kehidupan berumahtangga nati, kan lebih bermanfaat.

    Kakak’s menulis entri terkini..Maaf ya.. (Wajah Manusia II)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Kakak: Bukan setakat menyediakan makan dan minum kepada tetamu, tetapi buah tangan dan bunga telurpun kadang-kala mencecah berpuluh-puluh ringgit untuk seorang tetamu,

      Betul tu Kakak. Saya setuju benar! inilah antara punca pembaziran yang tak sepatutnya dilakukan.

      Ada lagi style, beli rokok untuk diberi kepada mentara. Aduhh.. apalah sampai nak bodek mentara bagi rokok pula. Hisap rokok juga hukumnya sudah HARAM.

        (Quote)

  • suhaila says:

    Salam ziarah kembali..

    Rasulullah memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik yang terendah. Sabda Rasulullah saw:

    “Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

    Sabda Rasulullah saw lagi:

    “Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sediki mas kahwinnya.”

    Bersabda Baginda lagi:

    “Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

    Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumahnya.

    Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham)

    Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

    Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya:

    “Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

    Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

    Sebaik2 wanita adalah yang rendah mas kahwinnya..
    Ajaran Islam itu mudah dan tidak menyusahkan hambaNya..

    Syukran..
    sebelum tu, ana mohon keizinan enta untuk mengambil beberapa artikel untuk perkongsian bersama.. Mudahan dapat penambahan ilmu untuk semua..
    Salam perjuangan..
    Jazakalllah..

    suhaila’s menulis entri terkini..GERAKAN AL-AHBASH:

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      suhaila: Syukran..
      sebelum tu, ana mohon keizinan enta untuk mengambil beberapa artikel untuk perkongsian bersama.. Mudahan dapat penambahan ilmu untuk semua..
      Salam perjuangan..
      Jazakalllah..

      Terima kasih atas ulang siar. Dan saya izinkan untuk menyebarkan artikel di blog ini kemana sahaja kamu suka asalkan letak link supaya memudahkan orang membuat rujukan nanti.

        (Quote)

  • suara says:

    Salam Farid…
    Erm… Isu hantaran kawin ye?
    Kalau Kelantan, hantaran itulah mas kawin… iaitu yang Farid katakan mahar misil wajib. Maknanya kalau pihak lelaki bagi 5 ribu, ianya adalah milik pengantin perempuan sepenuhnya, dan ibubapa tak akan usik pun duit tu. Untuk belanja kenduri, keluarga yg akan uruskan, samada itu belanja yg pengantin ppuan keluarkan (macam kak su… sbb mak ayah dah tak de masa kawin) ataupun yg ibubapa si pengantin ppuan yg sediakan. Tanggungjawab terakhir ibubapa sebelum menyerahkan anak pd seorang lelaki.

    Sebaiknya, keluarga ppuan jangan tetapkan jumlah. Biarlah pengantin lelaki tentukan, mengikut kemampuan. Paling baik, biarkan mrk berbincang sesama pasangan. Jangan timbul ungkit mengungkit di hari depan.

    Sekarang ni, yg kak su perhatikan, ada satu wabak lain yg berkaitan… yg kak su rasakan kurang sihat untuk memulakan satu kehidupan rumahtangga.

    Disebabkan nak kawin, ada pasangan yg sanggup berhutang. Buat pinjaman peribadi. Terlintas di fikiran kak su… ‘Mulakan hidup berumahtangga dgn hutang ditangan?’ Ish… Bahaya tu… Sesekali, rasa macam sbnrnya mrk tu belum layak lg untuk kawin, sbb nak kawin pun kena berhutang. Macammana nak tanggung kehidupan lepas kawin nanti… tanggungjawab bertambah, bilangan keluarga juga akan bertambah.

    Kalau diimbau hadis nabi yg Farid sertakan, menunjukkan persetujuan si lelaki mengikut kemampuan, dan kesanggupan ppuan menerima sekadarnya. Hatta sebuah Quran atau sepasang kasut, itu lebih baik dari berhutang.

    Kenduri juga sama. Buatlah ikut kemampuan. Kalau kat Kelantan (masa kecik dulu la… skrg ni tak tahulah), kalau sekadar nak menyambut menantu, makan laksa pun dah ok. Sekadar nak mengumumkan ikatan pd kaum kerabat, dan hidangan itu lebih kepada nak meraikan tetamu yg datang, supaya mrk pulang dgn perut yg kenyang. Bukan menjamu sbb nak duit… apa tu, sstgh org panggil… salam keruk..? Tak pastilah pulak. Yang pasti, bukan nak bermegah dan bermewah… Ehh… makan laksa punn kenyang tau… Sedap lagi. Belanja pun tak mahal, tak membazir, tak banyak tenaga kerja yg diperlukan. Nak basuh pinggan pun tak berminyak… hehehe

    Fuh… panjangnya komentar kak su…
    alah… sesekali. tak pe kan…? :D

    suara’s menulis entri terkini..Temu Tanpa Janji.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      suara: ianya adalah milik pengantin perempuan sepenuhnya, dan ibubapa tak akan usik pun duit tu

      Ya, tetang hantaran. Itulah yang terbaik sebenarnya.

      suara: Paling baik, biarkan mrk berbincang sesama pasangan. Jangan timbul ungkit mengungkit di hari depan.

      Ada juga kes anak dah 2,3 orang tapi wang mas kahwin belum juga selesai.. macammana tu?

      suara: da pasangan yg sanggup berhutang. Buat pinjaman peribadi.

      Back to puncanya.. itu yang saya katakan, bila hantaran/mas kahwin mahal, maka mudharatnya lebih banyak akan dihadapi. Salah satunya terpaksa pinjam di bank. Walhal mereka sememangnya tahap wajib kahwin. Sebab itulah Rasulullah dan para sahabat tidak membebankan hal ini kepada mereka yang mahu berkahwin. Permudahkanlah.

      suara: kalau sekadar nak menyambut menantu, makan laksa pun dah ok.

      Makan laksa? :D kalau di sini biasanya pulut kuning sambil bilis atau ayam kampung panggang. Paling koman pun, daging import dibuat gulai kawah.

      Salam keruk itu apa ya?

      Silakan, ruangan sangat luas untuk terus menaip.

        (Quote)

  • Tie says:

    Salam Farid,

    Adoi….mahalnya……

    Kak tie baru tahu ni. Kak tie dulu, 17 tahun lepas, mas kahwin cuma RM22.50 dan hantaran RM4 ribu. Tapi, sekarang paling kurang hantaran RM7 ribu..agaknya lah. Barang sekarang dah mahal, tu yang nilai hantaran naik. Tapi bergantung kepada status keluarga perempuan agaknya. Namun biarlah bersederhana dan tidak membebankan semua pihak. Yang penting Allah memberkatinya.

    Cuma, kekadang kak tie tak puas hati, bila pihak perempuan minta hantaran ribuan RM sedangkan anak perempuannya tu tak pandai masak dan urus rumah tangga. Lembab je. Si suami pulak kena sediakan pembantu rumah kerana rumah macam tongkang pecah.

    Apa gunanya hantaran tinggi2… elok kahwin dengan pembantu rumah je..hi hi… Terlebih emo pulak. Sebenarnya dah terkena kat saudara sendiri. Geram rasanya. Belanja hantaran tak sepadan dengan keupayaannya sebagai seorang isteri.

    Cantik pun tidak, malah nak urus diri sendiri pun malas, rupa dah macam bibik pulak. Err…harap2 ini tidak dikategori sebagai mengumpat, sebab kak tie nak sedarkan para ibubapa di luar sana.

    Mak suaminya (mentua) rasa amat terkilan melihat menantunya yang malas, sampaikan si suami macam kelaparan je , setiap kali balik rumah maknya , macam2 disuruh maknya masak. Kalau sesiapa yang nak nikahkan anak perempuan mereka tu, sediakanlah anak masing2 dengan ilmu2 rumah tangga ni. Bukan setakat buat anak je.

    Sekian dari makcik emo….

    Tie’s menulis entri terkini..Siput oh siput

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Tie: Kak tie dulu, 17 tahun lepas, mas kahwin cuma RM22.50 dan hantaran RM4 ribu

      Alhamdulillah, moga ada keberkatannya.

      Tie: kekadang kak tie tak puas hati, bila pihak perempuan minta hantaran ribuan RM sedangkan anak perempuannya tu tak pandai masak dan urus rumah tangga. Lembab je. Si suami pulak kena sediakan pembantu rumah kerana rumah macam tongkang pecah.

      Hahaha.. ada ye macam tu? islah nafsak.. perbaiki diri dulu. Sebab itu kena bekalkan ilmu rumahtangga sebelum kahwin. Nak pakai pembantu rumah? tak bahayake?

      Kalau zaman dulu ada hamba, mengikut hukum Islam lelaki selaku tuan hamba (hamba perempuan) boleh berjimak’ dengannya. Dan status anak itu dikira anak lelaki dan hamba itu. Lebih kurang macam isteri juga. Tapi sekarang tak boleh praktik, sebab tak ada hamba.

      Buat juga, maknanya berzina!

      Makan durian juga boleh terlebih emo. Jadi berhati-hatilah. :)

        (Quote)

  • sinar says:

    ya Allah..mahal sungguh..patutla..
    erm..pasal biar mati anak jangan mati adat tu..
    rasanya ana pernh terbca kontek adat yg dimksudkan oleh org dahulu lain dari apa yg kita faham skrg. Maka kita sebenarnya kena memahami pepatah ini mengikut org lama.Orang Melayu membungkus agama dan adat, di dalam satu peti emas yang dianggap sebagai jati dan harga diri. Begitulah..Mungkin boleh buat carian di saiful.islam.com. Kat situlah ana bca..Betulkan ana kalau slh ya..
    Alhamdulillah perkongsian yang sangat berguna dari blog ini dan blog2 yang lain..Syukran..

    monolog diri..kesian kaum adam dibuatnya…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Sebenarnya saya sudah pun membaca buku ATN itu dan cerita adat ada terkait di dalamnya.

      Benar, itu dulu. Tapi kini? semakin pelik-pelik pula adatnya. Maksud saya banyak yang bertentangan dengan syarak secara terang-terangan. Bungkuslah bersama syarak, barulah diberkati.

      Monolog yang baik. :)

        (Quote)

  • suhaila says:

    salam ziarah kembali..

    Nice entry..
    Teruskan usaha dalam perjuangan menuntut ilmu Allah..

    ana nak minta izin enta untuk ambil beberapa artikel untuk dikongsi bersama..
    Ana mohon keizinan enta..
    Mudahan boleh berkongsi ilmu dan dijadikan tarbiah pada semua..

    Syukran..
    Jazakallah..

      (Quote)

  • assalamualaikum…singgah kejap..

    banyak-banyak gambar…periuk bertingkat tu menarik perhatian..hehee

    srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Bagai Air di Tandus Sahara

      (Quote)

  • sebab menarik….kat sini selalu org jual..panggil periuk 3 beradik la..4 beradik la..hehee..

    kan senang nak masak-masak(nyumm..nyumm). sebab bila beli ada saiz kecik hingga besar.

    srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Bagai Air di Tandus Sahara

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Macam-macam gelaran ya. Adik beradiklah, saudaralah… maknanya kalau nak beli periuk begitu kena beli satu set adik beradiklah ya?

      Penat-penat..

        (Quote)

  • FarhahNur says:

    Salam saudara.
    Ya.
    Tak perlu berlebih-lebih dalam menjalankan urusan perkahwinan. Biarlah sekadar yang termampu dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.Namun jika pihak suami mampu dan berniat untuk memberi lebih, tiada masalah rasanya.Asalkan jangan sulamkan riak dan menunjuk-nunjuk dalam berbelanja.Gunakan ia untuk menjalankan kenduri-kendara buat sanak saudara dan masyarakat sekeliling.
    Bagi wanita,jagalah pekerti kita sebelum berkahwin.
    Apabila seorang lelaki membayar mas kahwin sebagai tanda memiliki,bukankah dia inginkan ‘barang’ yang sememangnya istimewa dan dia menjadi yang pertama untuk memiliki?
    Sama seperti kita, bila membeli barang, apa perasaan kita apabila barang yang dibeli rosak dan kurang kualitinya?
    Jadi,peliharalah diri dan pekerti agar segala-galanya pada kita tidak akan pernah dimiliki yang lain kecuali suami.
    Pesanan untuk diri sendiri dan kalian semua.
    Insyaallah.
    :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      FarhahNur: Bagi wanita,jagalah pekerti kita sebelum berkahwin.
      Apabila seorang lelaki membayar mas kahwin sebagai tanda memiliki,bukankah dia inginkan ‘barang’ yang sememangnya istimewa dan dia menjadi yang pertama untuk memiliki?

      Komen ini saya setuju 100%.. soal membeli masing-masing nakkan kualiti. Kenapa soal manusia tidak menitikberatkannya bukan?

      Moga kata-kata kamu itu didengari oleh semua pihak. Biar terang lagi bersuluh.

      Teruskan memberi pandangan bernas.

        (Quote)

  • FarhahNur says:

    Salam saudara.
    Ya.
    Tak perlu berlebih-lebih dalam menjalankan urusan perkahwinan. Biarlah sekadar yang termampu dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.Namun jika pihak suami mampu dan berniat untuk memberi lebih, tiada masalah rasanya.Asalkan jangan sulamkan riak dan menunjuk-nunjuk dalam berbelanja.Gunakan ia untuk menjalankan kenduri-kendara buat sanak saudara dan masyarakat sekeliling.
    Bagi wanita,jagalah pekerti kita sebelum berkahwin.
    Apabila seorang lelaki membayar mas kahwin sebagai tanda memiliki,bukankah dia inginkan ‘barang’ yang sememangnya istimewa dan dia menjadi yang pertama untuk memiliki?
    Sama seperti kita, bila membeli barang, apa perasaan kita apabila barang yang dibeli rosak dan kurang kualitinya?
    Jadi,peliharalah diri dan pekerti agar segala-galanya pada kita tidak akan pernah dimiliki yang lain kecuali suami.
    Pesanan untuk diri sendiri dan kalian semua.
    Insyaallah.

    FarhahNur’s menulis entri terkini..Cikgu Tak Berani Pandang Belakang!

      (Quote)

  • sal says:

    salam,
    ala ketinggalan keretapi nampaknya ana ni..harap akhi baca dan respons jugaklah ya..
    maskahwin tinggi? hmm, memang menyusahkan. tapi prnah tak akhi mendengar cerita sebegini.
    seorang gadis dan keluarganya meletakkan kadar maskahwin yg rendah kerana merujuk pada hadis Rasulullah s.a.w., juga mengenangkan lelaki serta keluarganya pula org yg susah.
    dijadikan cerita, lelaki itu dalam susahnya dia masih nak ‘pasang dua’..
    ditakdirkan mereka berpisah, setelah berpisahpun lelaki tersebut bermasalah nak berikan nafkah.
    sekarang wanita tu jagalah anak dia yg berdert sengsorang dgn mslh kewangan dll, jika diminta duit, adalah bekas suami beri sedikit, tak cukup pun, alasannya; dah tak ada duit nak buat mcmn?
    boleh akhi bagi ulasan?
    .-= sal´s last blog ..Selamat Menyambut Ramadan al Mubarak =-.

      (Quote)

  • inamohamed says:

    Salam tuan,

    1st time masuk blog nie. Interesting topic. Nak share pendapat nih. Akak nie ada 2 anak perempuan. Selalu akak cakap kat hubby, kalau nak buat kenduri kawin anak nanti tak payah besar2, cukup yang wajib aje dan kenduri kesyukuran sikit. Ikut macam Saidina Ali & Saidatina Fatimah.

    Tapi suami macam tak setuju aje, macam terkeluar dari adat kebiasaan. Susah betul lah nak ubah adat nie kan.

      (Quote)

  • kakminn says:

    Semua sepupu lelaki saya membayar wang hantaran melebihi RM24k sebab kahwin dengan wanita bukan seagama. Yang tu termasuk mas kawin RM100. Kenapa mahal macam tu? Alasan keluarga wanita tu, anak mereka akan meninggalkan agama asal dan perlu menebus kos membesar dan menyekolahkan anak.
    .-= kakminn´s last blog ..Juadah Sungkai 1 =-.

      (Quote)

  • bersyukurlah enta lelaki malaysia. haha
    .-= ore-biasa jah´s last blog ..Belajar dan beramal =-.

      (Quote)

  • salam,

    mmg setuju dgn entry ni. ana yg keje kt riyadh ni pun mmg selalu dgr orang arab sini klu nk kawin kena ada rumah, kereta, driver, org gaji. mas kawin dlm nilai 1kg emas, tak ingat brapa, tapi puluh ribu gak la. ana yg single ni pun, rasa2 dah malas nk pikir dah….sedang menghabiskan sisa2 hidup di bumi ambia ni je lah.

      (Quote)

  • Pingback: “Saya Mahu Kahwin” @ Faridrashidi.Com

  • Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Ulangtahun Pertama Faridrashidi.Com!

  • Pingback: Kahwin Semasa Belajar: Dari Sisi Dua Persepsi » Faridrashidi.Com

  • salam ustaz….
    cuma nak berkongsi cerita tentang kenalan saya yang mengatakan zaujahnya hanya meminta hafalan surah Ar-Rahman sebagai mas kahwinnya menerbitkan rasa kagum saya pada zaujahnya. InsyaAllah, saya pun ada keinginan untuk berbuat seperti itu bila sudah bertemu jodoh nanti. Amin.

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge