Header image

Saat Usia Melangkaui Sebulan

Posted by Farid Rashidi in Bicara Semasa | Pemberitahuan

“Dah dot com dah lani..mantap-mantap.” Muncul satu mesej yang dihantar melalui interaksi maya Yahoo Massenger.

“Syukran..” Jawab saya ringkas.

“Berapa bayaq sebulan?” Tanya Zulfahmi lagi. Beliau merupakan di antara pelajar perubatan yang menuntut di Universiti Tanta.

“RM40 setahun.” Sambut saya.

“Ada apa-apa maintanence lagi tak?” Tanya beliau seolah berminat.

“Perlukan hosting..” Saya menjawab pertanyaan beliau.

“Hosting tu apa?”

“Hosting ni kita nak beli sendiri pun boleh, atau nak kongsi..ana punya ni kongsi. Hosting ni macam server..semacam hardisk, simpan segala maklumat.” Terang saya agar lebih jelas.

Itulah diantara reaksi rakan-rakan bila saya bertukar ke weblog domain berbayar lebih kurang sebulan setengah yang lalu. Ada yang bertanya untuk tahu dan ada juga yang bertanya untuk minta mengajar. Sebenarnya tidaklah layak untuk saya mengajar kalian tentang website mahupun blog berbayar kerana saya diibaratkan seorang kanak-kanak yang sedang diajar bertatih.

Pada sisi berbeza, umpama setahun jagung.

Untuk entri kali ini, saya seharusnya menyatakan ucapan jutaan terima kasih kepada seorang rakan yang begitu banyak membantu dalam pembinaan blog Faridrashidi.Com ini. Di sebalik kerangka belakang tabir ini, beliau juga telah meng’sponsor‘ hosting percuma selama 8 bulan untuk kelancaran perjalanan blog saya.

Sungguh terhutang budi! Terima kasih Ahmadrushdi.Com.

Apa Beza Blog Berbayar dan Percuma?

Menjawab persoalan ini tidaklah sesukar membina sebuah bangunan pencakar langit. Seperti yang diketahui umum, istilah membayar dan percuma itu sendiri sudah memberi makna berbeza. Maka tidak dapat tidak tentu sekali dalam menikmati perkhidmatan berbayar dan percuma mempunyai perbezaannya.

Terdapat pelbagai perkhidmatan dalam aplikasi sebuah penggunaan website samaada menggunakan tapak wordpress.org, joomla, phpnuke dan sebagainya. Saya lebih selesa menggunakan wordpress.org kini, mungkin kerana saya masih baru serta amatur dalam lapangan aplikasi website.

Berbanding blogspot dahulu, wordpress.org berbayar versi 2.8 yang saya gunakan kini menawarkan pelbagai kemudahan istimewa terutamanya dalam mereka bentuk serta menambah ciri-ciri kehebatan sebuah laman web.

Ciri istimewa ini termasuklah menambah plugin-plugin menarik yang sudah tersedia. Cubalah, anda pasti merasai kehebatannya!

Kadar Pengunjung dan Pelawat Yang Setia

Selain tunjuk ajar Ahmadrushdi.Com, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang tidak pernah putus dari kalian pembaca budiman dan pelawat rahsia. Alfu syukran kepada mereka yang sudi meninggalkan jejak di halaman komentar walau sebaris cuma kata-kata. Percayalah, kata-kata yang sebaris itu dalam kondisi mencatas masa anda adalah amat saya hargai. Manifestasi tindak balas itu menghasilkan percambahan idea dan info yang mengundang rasa untuk FAHAM dan MENGERTI bahkan menghasilkan KENDIRI dalam mencari ERTI.

Statistik Mei

Statistik Jun

Sesungguhnya, saya tidak mampu membalas jasa kalian melainkan hamparan kata berupa entri buat pengganti ucapan terima kasih. Terima dan bacalah, moga untaian-untaian yang berjuntai itu menyerap ke dalam minda segar, mencerna lumat walaupun pada hakikatnya  ianya hanya sekadar picisan pada benak kalian.

Seluruh

link

Selama sebulan lebih saya mengemudi bahtera baru ini, saya cuba untuk menganalisis kehadiran kalian pada statistik tersedia di dalam hosting. Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT dengan respon positif yang diterima walaupun saya tidak dapat menebak matlamat sebenar kalian dalam melayari Faridrashidi.Com.

Mengakhiri tulisan untuk kali ini, sekali lagi ingin saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan tindak balas pada setiap helaian kolum yang saya bentangkan buat kalian.

Carilah sebuah FAHAM demi mencari nilai ERTI agar terus bergerak memberi BAKTI.

1:20 AM, 5 Julai 2009
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

66 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge