“Dah dot com dah lani..mantap-mantap.” Muncul satu mesej yang dihantar melalui interaksi maya Yahoo Massenger.
“Syukran..” Jawab saya ringkas.
“Berapa bayaq sebulan?” Tanya Zulfahmi lagi. Beliau merupakan di antara pelajar perubatan yang menuntut di Universiti Tanta.
“RM40 setahun.” Sambut saya.
“Ada apa-apa maintanence lagi tak?” Tanya beliau seolah berminat.
“Perlukan hosting..” Saya menjawab pertanyaan beliau.
“Hosting tu apa?”
“Hosting ni kita nak beli sendiri pun boleh, atau nak kongsi..ana punya ni kongsi. Hosting ni macam server..semacam hardisk, simpan segala maklumat.” Terang saya agar lebih jelas.
Itulah diantara reaksi rakan-rakan bila saya bertukar ke weblog domain berbayar lebih kurang sebulan setengah yang lalu. Ada yang bertanya untuk tahu dan ada juga yang bertanya untuk minta mengajar. Sebenarnya tidaklah layak untuk saya mengajar kalian tentang website mahupun blog berbayar kerana saya diibaratkan seorang kanak-kanak yang sedang diajar bertatih.
Pada sisi berbeza, umpama setahun jagung.
Untuk entri kali ini, saya seharusnya menyatakan ucapan jutaan terima kasih kepada seorang rakan yang begitu banyak membantu dalam pembinaan blog Faridrashidi.Com ini. Di sebalik kerangka belakang tabir ini, beliau juga telah meng’sponsor‘ hosting percuma selama 8 bulan untuk kelancaran perjalanan blog saya.
Sungguh terhutang budi! Terima kasih Ahmadrushdi.Com.
Apa Beza Blog Berbayar dan Percuma?
Menjawab persoalan ini tidaklah sesukar membina sebuah bangunan pencakar langit. Seperti yang diketahui umum, istilah membayar dan percuma itu sendiri sudah memberi makna berbeza. Maka tidak dapat tidak tentu sekali dalam menikmati perkhidmatan berbayar dan percuma mempunyai perbezaannya.
Terdapat pelbagai perkhidmatan dalam aplikasi sebuah penggunaan website samaada menggunakan tapak wordpress.org, joomla, phpnuke dan sebagainya. Saya lebih selesa menggunakan wordpress.org kini, mungkin kerana saya masih baru serta amatur dalam lapangan aplikasi website.
Berbanding blogspot dahulu, wordpress.org berbayar versi 2.8 yang saya gunakan kini menawarkan pelbagai kemudahan istimewa terutamanya dalam mereka bentuk serta menambah ciri-ciri kehebatan sebuah laman web.
Ciri istimewa ini termasuklah menambah plugin-plugin menarik yang sudah tersedia. Cubalah, anda pasti merasai kehebatannya!
Kadar Pengunjung dan Pelawat Yang Setia
Selain tunjuk ajar Ahmadrushdi.Com, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang tidak pernah putus dari kalian pembaca budiman dan pelawat rahsia. Alfu syukran kepada mereka yang sudi meninggalkan jejak di halaman komentar walau sebaris cuma kata-kata. Percayalah, kata-kata yang sebaris itu dalam kondisi mencatas masa anda adalah amat saya hargai. Manifestasi tindak balas itu menghasilkan percambahan idea dan info yang mengundang rasa untuk FAHAM dan MENGERTI bahkan menghasilkan KENDIRI dalam mencari ERTI.


Sesungguhnya, saya tidak mampu membalas jasa kalian melainkan hamparan kata berupa entri buat pengganti ucapan terima kasih. Terima dan bacalah, moga untaian-untaian yang berjuntai itu menyerap ke dalam minda segar, mencerna lumat walaupun pada hakikatnya ianya hanya sekadar picisan pada benak kalian.


Selama sebulan lebih saya mengemudi bahtera baru ini, saya cuba untuk menganalisis kehadiran kalian pada statistik tersedia di dalam hosting. Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT dengan respon positif yang diterima walaupun saya tidak dapat menebak matlamat sebenar kalian dalam melayari Faridrashidi.Com.
Mengakhiri tulisan untuk kali ini, sekali lagi ingin saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan tindak balas pada setiap helaian kolum yang saya bentangkan buat kalian.
Carilah sebuah FAHAM demi mencari nilai ERTI agar terus bergerak memberi BAKTI.
1:20 AM, 5 Julai 2009
Siberbay, Tanta.



salam… dah bertambah pengunjung ye ust..bermakna hasil idea ust di terima di sini… terima kasih jugak kerana memberikan segala info untuk dijadikan panduan dalam hidup walaupun hanya sekadar berkongsi pengalaman… saya suka membaca pengalaman sesiapa je yang berada di perantauan.. rase bererti..
p/s: statistik tinggi je,cam statistik polis trafik kat jalan raya lak..hehee.. tapi saya xtermasuk carta la nampaknye.. coz blognye belum lagi dilahirkan..
teruskan usaha anda!! nur_syahadah(Quote)
Salam,
Moga-moga begitulah keadaannya. Sampai dan sampaikanlah walau satu ayat. Kadangkala pengalaman itu lebih dekat dengan hati manusia kerana ianya melibatkan kisah benar yang berlaku disekeliling kita. Teruskan membaca, kerana membaca itu kunci kejayaan.
Jangan risau, statistik kat sini tak kena saman macam polis trafik
lawatlah banyak mana pun, surat saman tak akan ada. Ha, mungkin lepas ini mana tahu boleh menulis pula. Mana tahukan? ke guane? atau guane gamok? Farid Rashidi(Quote)
menulis? utk buku laporan mengajar dan buku budak boleh la kot..hehhe… utk menulis kat blog nie rasenya belum mampu la ust… takpela..saya jadi pembaca dulu la ye.. nur_syahadah(Quote)
Tak mengapa, tulislah kat mana pun. Asalkan jangan menconteng dinding tanpa faedah sudah
Bacalah sebanyak-banyaknya, tak rugi Insya’Allah. Selamat membaca! Farid Rashidi(Quote)
Alhamdulillah Ustaz. Sebuah laman web yang popular dan minat dikunjungi nampaknya, kalau di lihat pada statistik yg dipaparkan. Semoga ada nilaian di sisi Allah sebagai ilmu yg bemanafaat yg sahamnya hingga ke akhirat, insyaAllah.
sot’s menulis entri terkini..Antara Fatwa Dan Taqwa sot(Quote)
Ya, Alhamdulillah di atas segala kebaikan dan kesukaran.
Statistik pahala Allah Ta’ala lebih besar nilaiannya. Ameen, moga termakbul doa akhi itu. Farid Rashidi(Quote)
Faridrashidi.com semakin hari semakin canggih nampaknya..semakin ramai peminat dan semakin ramai pengunjung.. Mungkin itu boleh dijadikan pembakar semangat untuk terus berdakwah melalui penulisan. Kak Tirana do’akan semoga Allah sentiasa merahmati dan memberi kemudahan buat Farid dalam menyampaikan ilmu-ilmu yang berguna ke arah membentuk generasi Islam yang sempurna. Tirana(Quote)
Tidaklah canggih mana lagi. Masih tahap permulaan untuk belajar. Pesan saya, jadilah peminat pada apa yang disampaikan. Bukan pada siapa yang menyampaikan. Tak gitu kak?
Terima kasih ya atas doa yang baik itu. Semoga kak sekeluarga juga adalah di antara mereka yang membentuk generasi Islam yang sempurna. Farid Rashidi(Quote)
Salam syeikh. Info yang bermanafaat. Kalau begitu, nak jadi dot com jugalah
abuyon(Quote)
Salam,
Biasa-biasa saja. Tu belum details maklumatnya, biasanya pakar IT lebih tahu.
Ye, dipersilakan jadi dot com. Perlu sedikit melabur untuk saham akhirat
Farid Rashidi(Quote)
Tapi itulah, saya menulis sekali-sekala, bukan prolifik (ke profilik) blogger. Menulis hanya bila ada gerak hati. Ada tips ke apa kalau nak jadi dot.com. Sebab tengok kat sini memang banyak kemudahan. Macam reply komen ni, blogspot tak boleh komen pada komen.
abuyon’s menulis entri terkini..Sakitnya ya Allah Mata Ini abuyon(Quote)
Kadang-kadang itu juga antara punca kehilangan pengunjung. Maksudnya mereka akan selalu datang ke blog kita. Tetapi kalau tidak berupdates selama berhari-hari menyebabkan mereka kurang datang.
Tips untuk pertamanya, perlu rajin + istiqamah.
Ya, sebab wordpress ada sediakan kemudahan reply komen dan bermacam-macam jenis lagi. Saya pun belum sempat geledah beratus-ratus plugin yang disediakan.
Buat yang mana penting dulu. Farid Rashidi(Quote)
assalammualaikum ustaz.insyaallah,walaupun sebulan dah byk pencapaiannya.teruskan yang terbaik lagi ustaz!!!lepas ni blh belajar lagi la saya cara2 ust nih,hehe..
saffmukmin’s menulis entri terkini..Mulakan Hidup…Baru??? saffmukmin(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Oh, dipersilakan. Boleh sangat. Kata orang Korea ke Jepun..chaiyok, chaiyok! saya juga tak tahu apa maknanya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Saya baru saja mengenal blog ini tetapi saya suka dengan cara penyampaian ilmu disini. Tahniah ya.
Bb Hussain’s menulis entri terkini..Last Weekend Activity – Pontian again Bb Hussain(Quote)
Salam,
Kadangkala dalam penyampaian ilmu itu jangan terlalu serius. Kerana apa? sebabnya manusia itukan pelbagai. Tak semua orang sukakan terlalu serius, sampaikan secara santai tetapi terselit cerita dan pengajaran.
Semacam mengajar di sekolah juga, anak murid susah nak tidur kalau cikgu pandai selitkan cerita menarikkan? Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Saya pun baru mengenal blog ni. Semoga berjaya, teruskan usaha anda. mardhiyah(Quote)
Teruskan untuk mengenali dan membacanya. Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Saya pun baru mengenali blog ni.Menarik sangat isi-isinya. Semoga berjaya dalam bidang ini. mardhiyah(Quote)
Salam,
Harapnya kalian juga begitu..berjaya dunia dan akhirat. Farid Rashidi(Quote)
ehem…saya sering mencari langkah untuk menyembunyikan diri dari diketahui mana-mana tuan rumah bahawa saya berkunjung ke sana. tapi, tak tahu la teknologi yang ustaz gunakan ni, dapat kenalpasti ke tak. macam dapat je. huuuu~
canggih betul, sesuai dengan isi di dalamnya juga. kalaulah Lukisan Alam nak berbuat begitu, dengan kemalasan tuan rumahnya ni, isk isk isk macam tak berbaloi je hehe
semoga terus sukses faridrashidi.com ^^ Iliana(Quote)
salam..luculah kak yana ni..hihi..
buat ustaz tahniah ya!..saya jarang komen entri tetapi saya baca..boleh kan..
syahidah’s menulis entri terkini..Malam sunyi syahidah(Quote)
Terpulanglah, saya tahu kamu membacanya.
Farid Rashidi(Quote)
Ini dah macam kes baling batu sembunyi tangan..atau main sembunyi-sembunyi sampai maghrib lepas tu mak tarik telinga balik rumah sebab dah lewat..
macam tak kena topik je kiasan tu ya.
Boleh, sebab blog kamu juga ada dalam senarai pelawat.
Lukisan Alam perlu kerap melukis supaya pelangi indah kan selalu berwarna-warni. Farid Rashidi(Quote)
erkkk nampaknya Sang Lelabah sudah mula menganyam sawang. alamak alamak hehe Iliana(Quote)
Lumrah labah-labah menganyam sawang untuk memerangkap serangga bukan?
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz.
Insyaallah, saya akan mengikuti jejak langkahmu~
terima kasih ya, sudi berkunjung ke laman web anem^^
may ALLAH BLESS you:)
insyaalla.
arnamee’s menulis entri terkini..TAK TINGGI SANGAT arnamee(Quote)
Salam,
Baguslah..teruskan perjuangan itu. Allah yu Khalliq! Farid Rashidi(Quote)
Salam
Teruskan memberi
sinar’s menulis entri terkini..Projek Musim Saifi 2009 sinar(Quote)
Teruskan memberi sokongan
Farid Rashidi(Quote)
sokong sentiasa utk para daie..
sinar’s menulis entri terkini..Projek Musim Saifi 2009 sinar(Quote)
Jazakallahhu khairan kasira…Allahhu Akbar!! Farid Rashidi(Quote)
Salam… Kak Jie ucapkan tahniah.
Blog yang bagus akan mudah tersebar kewangiannya…:)
Arkib belum jadi ye..tak pasti step mana yang tertinggal kerana sepatnya lepas install, aktifkan, open new page dan copy code tersebut. Publish
selesai.
Kujie’s menulis entri terkini..Duta kambing Kujie(Quote)
Salam,
Terima kasih Kak Jie. Blog yang berpengalaman juga apa kurangnyakan?
Apapun terima kasih atas tunjuk ajar. Farid Rashidi(Quote)
salam,
Teruskan perjuangan ya Ustaz..
Tronx013(Quote)
May Allah bless us..
Salam,
Insya’Allah. Saya rasa inilah antara komen terpendek dari akhi..agaknya homesick belum pulih lagi kot?
Farid Rashidi(Quote)
salam,
inshaAllah, semuanya berjalan lancar,homesick?rasanya dalam julat yang normal..
Tronx013(Quote)
Mungkin agaknya.
Sabar-sabar, biasanya tahun empat ini lebih berdaya saing dan memberi ketumbukan yang berbeza berbanding tahun-tahun lain bukan?
Lebih baik ‘jem’ dari ‘jam’. Alhamdulillah kalau kadar statistiknya masih normal.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
yup, agak mencabar juga tahun 4.. Tu yg kena seriUSS banyak… tak leh memain banyak lagi.. heheh
InshaAllah,ok semuanya..jem?hehe.. tetiba sahaja lapar..
Tronx013(Quote)
Oh, alhamdulillah. Dah tahun 4 rupanya. Hanya beberapa langkah sahaja lagi untuk meninggalkan alam kampus ya.
Serius? mungkin fokus lebih tepat.
Jem buah mish mish dan faraulah sedap sekali! Farid Rashidi(Quote)
Alhamdulillah dah boleh berkunjung dengan mudah mungkin sebelum ni ada masalah talian…Tahniah diucapkan kpd akhi farid…ustazahlina suka dengan gaya penulisan, isu dan pendekatan yang digunakan…bnyk ilmu dikongsikan di sini….moga Allah berikan kesihatan dan bimbingan kpd akh farid utk terus menulis…
kemudahan teknologi yg perlu kita manfaatkan….moga ada kebaikannya
ilina’s menulis entri terkini..Komik Perjanjian Hudaibiyah (1) ilina(Quote)
Patutlah saya nampak ada respon di chatbox Barukisu tempohari.
Ameen ya Rabb! ambil peluang untuk kemanfaatan umat Islam Insya’Allah.
Semoga Ustazahlina juga terus dapat menulis untuk kebaikan umum. Farid Rashidi(Quote)
salam..
blog ini banyak memberi pengetahuan dan menambahkan ilmu saya..insyaAllah..semoga dapat saya aplikasikan dengan sebaiknya.
terima kasih juga kerana sudi menjawab pertanyaan2 saya selama ni.
semoga terus maju hendaknya..:D
pencinta bahasa’s menulis entri terkini..Takziah pencinta bahasa(Quote)
Insya’Allah, kalau kelapangan saya cuba jawab yang mana patut. Farid Rashidi(Quote)
Salam..rasanya belum terlambat ana nk ucap tahniah pada ustaz..mabruk ya ustaz..semoga segala yg dicurahkan melalui web ini mendapat redha dan rahmatNya..amin..
Permata’s menulis entri terkini..* SeiNdah MawaR BerDuri * Permata(Quote)
Salam,
Syukran, moga termakbul doanya. Farid Rashidi(Quote)
salam..
mabruk ‘alaik atas peningkatan kualiti web faridrashidi.com ni. semakin membaca tulisan ustaz daripada ibnurashidi.blogspot.com lagi malah sudah lama rasanya saya mengenali ustaz melalui tulisan-tulisan ustaz. dan semakin saya rasakan kekuatan tulisan ustaz yang semakin berilmu dan berpengetahuan yang membanggakan para dai’e lainnya. semoga terus thabat, semoga terus dan terus menulis dalam erti kata menularkan dakwah di kalangan umat Islam lainnya. sirru ‘ala barakatillah..
salam perjuangan
Wardatul Shaukah’s menulis entri terkini..Nisa Wa Rijal Wardatul Shaukah(Quote)
Salam,
Saya anggap kata-katamu itu sebagai ujian buat saya. Apapun, syukur tak terkira pada Ilahi atas secebis pemberian-NYA.
Saya rasa blog kamu juga ada kekuatannya tersendiri. Teruskan menitip sesuatu berharga di sana dan di sini ya! Farid Rashidi(Quote)
sangat menyesakkan ustaz
terima kasih singgah ke laman emansipasi syima(Quote)
SEPI..andainya begitu menyesakkan, carilah ketenangan. Terkadang ketenangan itu sukar dicapai dek hijab yang menebal antara kita dan PENCIPTA..carilah, agar sesak itu melapangkan. Farid Rashidi(Quote)
salam singgah…
tahniah
chaiyok tu bahasa cina…membawa maksud ‘berusahalah’…Allahu a’lam
damai’s menulis entri terkini..I officially have it now…. damai(Quote)
Silakanlah singgah.
Baru saya tahu..ingatkan bahasa korea. Susah juga bercakap tanpa tahu asal usul ni ya. Ala kullihal, syukran. Moga berjaya mencapai cita-cita. Farid Rashidi(Quote)
Alhamdulillah….. kak tie tumpang bangga…
Tie’s menulis entri terkini..Cerita dari hospital Tie(Quote)
Tumpang bangga? resepi baru tak adake?
Farid Rashidi(Quote)
chayok2 org korea yg selalu guna manakala kalau org jepun, mereka selalu guna gambate…
ok. never(Quote)
*mandarin never(Quote)
Ustaz, terima kasih lawat blog saya.
Moga Allah mudahkan urusan ustaz kat sana. ukhwahforever.blogspot.com(Quote)
Ameen, moga termakbul doanya. Farid Rashidi(Quote)
Baru sebulan lebih rupanya..rasa macam dah lama,:)
Semoga terus istiqamah utk menulis & berdakwah.
nohas’s menulis entri terkini..#50 : Cerita-Cerita Panas nohas(Quote)
Sebenarnya dah masuk 3 bulan. Kalau siapa baca betul-betul fahamlah. Melangkaui itu bermakna melempasi. Jadi 3 bulan itu sudah melempasi 1 bulan. Saja masukkan statistik 2 bulan pertama.
Syukran. Farid Rashidi(Quote)
Tahniah kerana Blog Farid semakin rancak. Semoga banyak lagi yang dapat dikongsikan bersama.
Kak Long’s menulis entri terkini..Biarkan aku menangis.. Kak Long(Quote)
Ya teruskan membaca entri baru dan bertukar pendapat. Farid Rashidi(Quote)
moga blog farid kekal memberikan inspirasi dan perkongsian ilmu buat semua…
azmamusa’s menulis entri terkini..mAsYaALLah… terkene demam denggi…. azmamusa(Quote)
Terima kasih Kak.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ziarah ustaz,
First time visit.
Laman yang bagus. Dengan hits yang banyak, dah boleh buka ruang iklan tu ustaz. Boleh cover kos hosting & sebagainya.
Teruskan memberi!
Afandi’s menulis entri terkini..Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta Afandi(Quote)
Salam ukhuwwah,
Ahlan.. teruskan berziarah. Ya, saya fikir juga begitu. Dipersilakan siapa mahu beriklan. Farid Rashidi(Quote)