“Eh, yang mengaji Pengajian Islam tak boleh buat maksiat, kami tak apalah Pengajian Pengurusan..boleh buat.” Kata seorang rakan secara selamba tanpa rasa bersalah.
“Ohh, jadi kalau nak buat maksiat ni kena masuk Pengajian Pengurusanlah ye..” Hati saya terfikir begitu suatu ketika dahulu. Lalu pemikiran sebegitu menyerap masuk ke dalam minda saya. Mujur cepat-cepat dikais ketepi.
Sehingga kini saya masih teringat kata-kata tidak berasas dan menyimpang dari kaedah syara’ itu. Menggunakan dalil aqal bertunjang nafsu bagi membenarkan perlakuan tidak sihat. Saya akui, gejala membenarkan maksiat atas nama pengajian selain Pengajian Islam sangat berleluasa di IPTA/IPTS.
“Ehh, awak kenapa tak pakai tudung?” Tegur seorang muslimah.
“Ala, biasalahkan. Saya ni belajar Multimedia, lainlah awak. Pelajar pengajian Islam..” Jawabnya bagai melepaskan batuk ditangga.
Begitu juga seandainya diajak mengikuti program, aktiviti, kem, seminar yang berbentuk ilmiah dan dakwah pasti akan ada alasan menyerahkan tugas kepada golongan agamawan atau lebih dikenali sebagai ustaz atau ustazah.
“Karim, kau tak joinke program dakwah anjuran Biro Dakwah semalam?” Soal Jamaludin kepada rakannya.
“Err, aku ni biasa-biasa ja..bukan alim mana pun. Lainlah kalau aku Ustaz..biarlah bagi ustaz-ustaz jelah yang jadi pendakwah ye.” Karim menggaru kepala tidak gatal sambil mengelak dari dibebani tanggungjawab.

Setiap Muslim Mukallaf Adalah Da’ie
Saya percaya, ramai dikalangan kita hanya menganggap bahawa sebarang bentuk aktiviti berdakwah samaada secara terangan ataupun rahsia adalah menjadi beban tugas para agamawan, ustaz/ustazah, ulama’ semata-mata.
Tidak hairanlah muncul alasan-alasan seperti perbualan yang saya utarakan di atas.
Perlu kita sedari bahawa, seorang muslim sejati senantiasa bergerak dan bergiat cergas dalam lapangan serta hidupnya selalu berdakwah dalam apa jua lapangan kehidupan. Bahkan ia tidak menunggu berlaku sesuatu kejadian ataupun lontaran motivasi untuk menuju ke arah kebaikan, akan tetapi ianya dimulai oleh diri sendiri yakni selalu mengajak manusia ke arah kebenaran tanpa mengharap redha manusia. Hanya Lillahhi Ta’ala semata.
Rasulullah SAW telah berkata kepada Saidina Ali r.a di dalam sebuah hadis bermaksud:
“Demi Allah, kalau seandainya Allah SWT memberi petunjuk kepada seseorang kerana sebab engkau, maka itu lebih baik baginya daripada unta merah.” (Hadi riwayat Bukhari)
Maksud hadis ini ialah, apabila seorang da’ie menuturkan kata-kata baik secara jujur kepada orang yang tersesat jalan lalu dengan kata-kata tersebut mekar mewangi bibit-bibit cahaya hidayah pemberian Ilahi di dalam hatinya maka dia mendapat pahala yang melebihi seekor unta merah. Maksud unta merah pula ialah harta yang paling berharga yang diidam-idamkan oleh masyarakat Arab ketika itu.
Jikalau kita mahu samakan unta merah di zaman sekarang, mungkin ianya menyamai sebuah kereta BMW, Mercedes Benz, Ferrari, Skyline ataupun Toyota Camry yang selalu menjadi rebutan manusia kini.
Hidayah Allah SWT kita tidak tahu dimana ianya berada. Ada kemungkinan ianya terselit pada butir bicara ayat yang disampaikan oleh kita lalu menyentuh hatinya dan mengena pula pada tempat Iman yang tersembunyi sehingga percikan hidayah itu menerangi kamar hatinya yang dirundung malam berpanjangan. Maka jadilah ia indah bercahaya dengan hidayah Allah SWT.
“Barangsiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.” (Hadis riwayat Muslim)
Jikalaulah menyampaikan satu ayat juga sudah Allah SWT anugerahkan keistimewaan yang tidak terhingga, inikan pula berjaya mengislamkan beribu-ribu manusia dan menyelamatkan berjuta-juta umat Islam daripada jatuh ke lembah kehinaan. Inilah yang dikatakan perniagaan paling menguntungkan!
Atau, masih ada lagi yang mahu mengelat daripada aktiviti dakwah?
Muslim Itu Untuk Diri, Keluarga, Masyarakat dan Agama
Firman Allah Azzawajjala:
Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An-Nahl: 125)
Hal ini kerana di antara sifat seseorang da’ie ianya mampu menuturkan kata-kata yang baik serta mampu menusuk ke dalam hati-hati manusia secara berhikmah dan efisyen. Dalam memahami realiti ini, tanggungjawab seorang da’ie bukan sahaja untuk menjaga keelokan dirinya sahaja bahkan selalu berusaha untuk memberi petunjuk kepada keluarganya, menyebarkan pula kepada masyarakat umum demi Islam.
Ingatlah, syurga itu bukan hanya untuk diri sendiri malahan untuk keluarga dan umat Islam yang lain juga.
Rasulullah SAW berdoa dan memuji kepada para da’ie dalam hadisnya:
“Semoga Allah SWT mencerahkan wajah seseorang yang mendengar sesuatu dari kami, lalu ia menyampaikannya sebagaimana ia mendengarnya, ada kalanya orang yang menyampaikan lebih mengerti dari orang yang mendengar.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Umat Islam ialah sebuah masyarakat yang solid kerana rasa bertanggungjawab itu hidup subur dalam jiwa-jiwa para muslim dengan landasan yang jelas lagi tersuluh. Seandainya umat Islam keseluruhannya mengerti tanggungjawab yang terpundak dibahu-bahu, nescaya tidak akan berani walau seinci MEREKA-MEREKA meninjakkan kepala kita sehingga terbenam ke tujuh lapisan bumi!
Ancaman berat dari Allah SWT kepada mereka yang mempunyai potensi dakwah tetapi malas melaksanakan aktiviti berdakwah, atau menyimpan ilmunya tanpa menyebarkan kepada umat Islam yang lain. Begitu juga bagi mereka yang menggunakan ilmu semata-mata untuk mendapat kedudukan dan keuntungan dunia yang fana. Nauzubillahhiminzalik.
Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang ditanya tentang suatu ilmu, lalu ia menyembunyikannya, maka ia dikekang pada hari kiamat dengan kekangan daripada api.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Begitulah saudara saudariku sekalian, bukan senang mendapat kesenangan. Tiada kesenangan tanpa bersahabat dengan kesusahan.
Saya tinggalkan kalian dengan dengan sepuluh soalan dibawah. Hadiah menarik menanti anda jika berjaya mengumpul markah tertinggi.
Ayuh sertai!
SOALAN 1
Menurut Mazhab Syafie’ percakapan yang dikira membatalkan solat ialah percakapan yang….?
A) Senyap dan berkata-kata di dalam hati
B) Terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun kita tidak memahami maknanya.
C) Satu huruf sahaja
D) Tidak berdoa dalam bahasa Inggeris
SOALAN 2
Kadar yang di sunatkan oleh wali menyembelih aqiqah ialah?
A) Dua ekor kambing bagi anak perempuan
B) Dua ekor kambing bagi anak lelaki
C) Seekor kambing bagi anak lelaki
D) Empat ekor kambing bagi kedua-dua anak
SOALAN 3
Siapakah pengarang Kitab Minhajjut Thalibin?
A) Imam Abi Zakaria Mahyuddin Bin Syarfi Nawawi
B) Imam Jalaluddin Muhammad Bin Ahmad Mahalli
C) Imam Muhammad bin Idris As-Syafie’
D) Imam Abu Abdullah Ahmad Bin Muhammad Bin Hanbal
SOALAN 4
Siapakah Saiyyidah Zainab yang lahir pada tahun 6H..?
A) Anak Rasulullah SAW
B) Adik Saidina Hassan dan Hussein
C) Cicit Rasulullah SAW
D) Anak Saidina Abu Bakr r.a
SOALAN 5
Siapakah yang membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa pertama kalinya?
A) Salahuddin Al-Ayubi
B) Saidina Umar Al-Khattab r.a
C) Khaled Al-Waleed r.a
D) Amru bin Asr r.a
SOALAN 6
Berapa kalikah Rasulullah SAW menunaikan haji dan umrah?
A) Sekali Haji tiga kali Umrah
B) Sekali Haji empat kali Umrah
C) Dua kali Haji tiga kali Umrah
D) Dua kali Haji empat kali Umrah
SOALAN 7
Apakah hukuman zina bukan muhsan?
A) 100 kali sebatan dan pukulan
B) 100 kali sebatan dan buang daerah
C) Rejam sehingga mati
D) Rejam dan buang daerah
SOALAN 8
Zaman bilakah Alexander The Great memerintah Mesir?
A) Rom
B) Parsi
C) Hellenistic
D) Pharaonic
SOALAN 9
Firman Allah SWT: “ Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu subuh dan bagi-NYA segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan waktu zohor..” (Ar-Rum: 17-18)…Ayat ini dijadikan dalil apa?
A) Bertasbih dan berzikir
B) Berpuasa di bulan Sya’ban
C) Solat sunnat Rawatib
D) Solat 5 waktu
SOALAN 10
Harus bagi seorang wanita menggunakan alat solekan dengan syarat…?
A) Tidak mendatangkan mudharat dan hanya dipertontonkan kepada yang diizinkan syara’
B) Untuk kelihatan cantik
C) Untuk dipertontonkan kepada sepupu
D) Tidak memberi manfaat dan bertujuan agar lelaki ajnabi terbeliak biji mata
7:35 PM, 3 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


Tarikh tutup akan diberitahu selepas ini. Silakan menjawab dengan tenang.
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Memang benar apa yang dikatakan oleh saudara Farid bahawa ramai dikalangan kita hanya menganggap bahawa sebarang bentuk aktiviti berdakwah samaada secara terangan ataupun rahsia adalah menjadi beban tugas para agamawan, ustaz/ustazah, ulama’ semata-mata.
Saya pernah dihampiri oleh seorang sahabat yang baru memeluk Islam meminta bantuan mengajarnya tentang Islam. Saya tidak keruan kerana takut dengan tanggungjawab itu kerana saya tahu ilmu saya terlalu sedikit lantas saya mengelak dari menerimanya. Terasa diri ini kerdil dengan ilmu yang dimiliki.
Begitupun, saya teruja untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan di atas. Walaupun saya terpaksa meng ‘google’ untuk mencari jawapannya, sedikit sebanyak ia telah memberikan saya peluang menambah ilmu sambil mencari jawapan. Terima kasih.
Jawapan saya:
1.B 2.B 3.A 4.B 5.A 6.B 7.B 8.A 9.D 10.A
Bb Hussain’s menulis entri terkini..Last Weekend Activity – Pontian again
Bb Hussain(Quote)
Salam,
Oleh sebab kerana kita tidak menganggap diri kita sebagai seorang pendakwahlah menyebabkan kita tidak berani untuk berhadapan dengan mad’u. Apapun, semoga selepas ini perkara sebegitu tidak berulang kembali.
Belajar dan terus belajar ya.
Terima kasih atas jawapan.
Farid Rashidi(Quote)
Soalan yang kamu jawab dengan betul ialah 8/10. Terima kasih dan cuba lagi!
Farid Rashidi(Quote)
alhamdulillah mutakhir ini kita mempunyai pelbagai medium sebagai altenatif cara dakwah, blog ni salah satu jalannya. Jadi perlu kita manfaatkan medium sebegini dgn sebaik mungkin. Betullah tanggungjawab da’wah bukan untuk yang mempelajari ilmu agama semata sebaliknya tanggungjawab semua orang dengan sumbangan yang tersendiri…
ummumishkah(Quote)
Semuanya mahu diserahkan kepada agamawan, yang bukan agamawan tidak mahu masuk syurgakah? tidak mahu mendapat keredhaan Ilahikah? itu persoalan untuk mereka yang menafikannya.
Nampaknya ukhti tidak menjawab persoalannya. Tak mengapa. Syukran.
Farid Rashidi(Quote)
1. B
2. B
3. A (atau nama lain, Imam Nawawi)
4. A
5. B
6. A
7. B
8. C
9. D
10. A
sepohonkayu’s menulis entri terkini..Haq Menjadi Bathil, Bathil menjadi Haq
sepohonkayu(Quote)
Terima kasih, anda peserta nombor dua.
Farid Rashidi(Quote)
Nampaknnya mata kamu juga sama iaitu sebanyak 8/10. Terima kasih dan cuba lagi!
Farid Rashidi(Quote)
Teras dakwah ialah hati ke hati, face to feace, rumah ke rumah, lorong ke lorong, kabilah ke kabilah. DAkwah mesti bergerak. DAkwah moden (internet, tv, vdeo, kaset, blog dll) adalh sampingan. Pendakwah ialah yg tinggalkan sementara anak isteri, anak pinak, harta utk bergerak n berdakwah. Itulah sunnah nabi2, jalan2 sahabat.
parkchick’s menulis entri terkini..SuSoKo (ilusi sebuah perpaduan)
parkchick(Quote)
Bergerak dan terus bergerak dalam kepelbagaian pergerakan.
Farid Rashidi(Quote)
ustaz, saya tidak pandai menjawab soalan kuiz.
respon kepada da’wah: kita tidak boleh melabel hanya berkelulusan agama shj mempunyai tiket melakukan kerja2 daei. Saya setuju dgn ustaz yg mengatakan setiap org berkewajiban, meski kerja da’wah itu dengan mengekalkan sahsiah yang baik kalau dia tidak pandai berpidato/berucap.
Juga tidak perlu kita letak label dan rigid dengan kaedah da’wah, bagi saya ketika Ribery (ketika di Bayern Munich) mengapungkan tangan berdoa sebelum perlawanan bola bermula adalah satu dakwah juga.
Tidak gitu ustaz?
asal(Quote)
Tidak pandai bukan persoalannya saudara, yang penting berani. Mahu menjadi da’ie perlu berani mencuba sesuatu kebaikan.
Ya, tidak pandai berpidato, dipersilakan menolong dalam aspek yang lain pula. Semoga setiap apa yang dilakukan diberi ganjaran oleh Allah SWT.
Mengapung tangan berdoa sebelum perlawanan bola?
Bola, pada asal hukumnya adalah harus. Jika ada maksiat di dalamnya maka akan menjadi haram pula.
Farid Rashidi(Quote)
Jawapan saya:
1. B
2. B
3. A
4. A
5. A
6. A
7. B
8. B
9. D
10. A
huhu.. tak tahulah saya berapa banyak salah
Wardatul Shaukah’s menulis entri terkini..Nisa Wa Rijal
Wardatul Shaukah(Quote)
Syukran buat peserta nombor 3.
Saya menghargai kamu berani menjawab soalan, soal betul salah lumrah adat meneka.
Farid Rashidi(Quote)
Tak mengapa, cuba di lain waktu ya. Nak tahu jawapan kamu? ya, iaitu sebanyak 6/10. Terima kasih ya!
Farid Rashidi(Quote)
Tak mengapa, cuba di lain waktu ya. Nak tahu jawapan kamu? ya, iaitu sebanyak 6/10. Terima kasih!
Farid Rashidi(Quote)
Sudah beberapa kali Jaafar mengenakan saya dengan alasan saya ni AJK surau, contohnya:
1. “Syam hang ke depan la imamkan asar, hang kan AJK surau”.
2. “Eh hang tak pi kuliah zohor tadi, hang kan AJK surau?”.
Seolah2nya aku kena buat semua itu kerana aku ini AJK surau. Dan dia tidak perlu buat semua itu kerana dia bukan AJK surau. Maka itulah hakikatnya masih ramai manusia seumpama Jaafar.
Yang jelasnya kita semua ini yg bergelar muslim ini, punyai tanggungjawab yg sama untuk pesan memesan, ingat mengingat, mengajak kepada agama Allah. Berebut2 pada kebaikan. Jazakallah.
sot’s menulis entri terkini..Antara Fatwa Dan Taqwa
sot(Quote)
Benar akhi sot. Ikhlaskan diri kerana Allah Ta’ala, nescaya emas itu dipandang sebelah mata.
Farid Rashidi(Quote)
semua kertas jwpn trpampang kat ats.. tiru bult2 je la.. =)
awrapurnama(Quote)
Tak boleh tiru, ikhlaskan diri anda. Jika dalam menjawab soalan juga sudah tidak ikhlas, bagaimana mahu berdakwah? sedangkan dalam berdakwah memerlukan orang yang benar-benar ikhlas.
Farid Rashidi(Quote)
biasa sy dgr, soalan bocor.. kali ni ada jawapan bocor..
1.B 2.B 3.A 4.B 5.B 6.B 7.A 8.A 9.D 10.A
awrapurnama(Quote)
Ya, ini jawapan bocor. Siap boleh tiru-tiru ya. Bak kata orang kampung saya, buat ‘toyol’, ‘candit’ dalam exam.
Saya yakin kamu tidak tiru bukan?
Farid Rashidi(Quote)
owh peliknya istilah meniru kat sna..
inshaAllah.. cma trnmpk jwpn dlu sblm nmpk soalan.. ujian versi on9 ke ni
hdp yg xputus2 dgn peperiksaan.. =)
awrapurnama(Quote)
Nampaknya kamu juga mempunyai mata yang sama. Iaitu 8/10, apapun terima kasih kerana mencuba!
Farid Rashidi(Quote)
salam,
jawapan saya:
1)B
2)B
3)A
4)B
5)B
6)B
7)B
8)c
9)D
10)A
saya perasan,kebanyakan soalan di atas pernah disebut dalam entry2 yang terdahulu.
sepatutnya saya yang menjadi orang pertama menjawab kuiz ini.hehe. tapi sekarang baru ada masa nak tinggalkan jawapan.
berkaitan dengan dakwah pula. ramai juga penggiat dakwah yang saya kenali tidak berlatar belakangkan jurusan pengajian Islam. di alam maya pun ramai juga yang aktif dalam amal makruf dan nahi mungkar. antara yang kita kenal,kakak2 yang saya hormati, kak tini aka wardatul shaukah dan kak maya aka damai dari jurusan perubatan dan kak iliyana dari jurusan pemasaran.
(sambil mengangkat tangan)saya ada soalan.
macam mana pula kalau kita berdakwah kepada jantina yang berlainan??
pencinta bahasa’s menulis entri terkini..buku, buku dan buku
pencinta bahasa(Quote)
Nampaknya kamu begitu peka dengan tulisan-tulisan saya. Terima kasih. Ya, kebanyakkan soalan berkisar tentang apa yang pernah saya tulis sebelum ini.
Namun begitu, harus diingat..hendak berdakwah juga perlu ada ilmu. Bila mana kita menyebut tentang ilmu, maka seharusnya setiap dari kalangan kita terus menerus untuk mempelajari ilmu agama walaupun bukan dalam bidang pengajian Islam. Kerana ilmu agama bukan semata-mata pada sijil dan ijazah semata-mata.
Elakkan daripada menimbulkan fitnah. Seorang ustazah atau guru perempuan boleh sahaja mengajar pelajar lelaki asalkan aman dari fitnah. Jangan pula berdua-duaan.
Sekadar menyebarkan kalimat yang baik tidak ada masalah. Contoh: Menghantar kata-kata nasihat dari YM ke YM.
Farid Rashidi(Quote)
Saya sudah jangkakan hal ini.. terima kasih, tahniah dan mabruk kepada kamu kerana berjaya menjawab dengan tepat! 10/10. Insya’Allah, nantikan hadiahnya dikotak emel kamu.
Syukran Jazilan.
Farid Rashidi(Quote)
1) B
A
2) B
3) A
4) B
5) B
6) B
7) C
9) D
10)A
~~ berapa salah ni? hehe ~~
damai’s menulis entri terkini..I officially have it now….
damai(Quote)
Insya’Allah akan ada salah ni
betul pun ada juga. Apapun, terima kasih. Kamu peserta yang kelima. Alfu syukran atas penyertaan.
Farid Rashidi(Quote)
Terima kasih kerana mencuba. Oleh kerana kamu bertanya berapa salah, jadi jawapannya ialah kamu salah 2. Ini bermakna markah keseluruhan ialah 8/10. Cuba lagi!
Farid Rashidi(Quote)
Salam..
artikel yang baik..ana nak cuba jawab soalan la..
orang belajar mesir pon banyak tak tau..uwaaa…
harap perbetulkan…jawapan saya..
1.B 2.B 3.A 4.B 5.B 6.B 7.A 8.A 9.D 10.A
bintu™(Quote)
Salam,
Syukran atas percubaan berani. Sebenarnya ilmu ini tidak mengira sesiapa. Tak semestinya kepada pelajar pengajian Islam sahaja, malah kepada sesiapapun yang Allah SWT inginkan, tetap dia akan perolehi.
Ilmu bagai lautan yang luas.
Jawapan anda akan disemak.
Farid Rashidi(Quote)
Banyakkan membaca dan belajar. Insya’Allah ilmu bersama kita. Jadi kamu memperolehi markah 8/10. Asyakirin awi!
Farid Rashidi(Quote)
salam,,
tiada bersama tanpa bersahabat dengan kehilangan..
soalan yang mantap dan jawapan yang killer(membuat orang keliru).. belum terlintas nak jawab(macam tak leh jawab je), maaf.. baru daftar U. tak tenang pula hati ini yang dah menjauhi halaman..
Tronx013(Quote)
Salam,
Selamat kembali ke alam kampus saya ucapkan kepada akhi..semoga hati enta tetap teguh, dan yang paling penting ingatlah mereka-mereka yang lagi lama tak balik kampung halaman. Malah sampai bertahun-tahun lamanya, semata-mata mencari ilmu.
Bersahabatlah dengan kesabaran, ketabahan dan kekuatan.
Memang terkeliru, tetapi ada yang mampu menjawabnya. Kata orang, ‘Pantang dicabar terus tercabar’.
Satu lagi, jangan berputus asa sebelum mencuba. Sultan Muhammad Al-Fateh ketika membuka kota Konstantinople bukan sekali beliau mencuba. Malah berkali-kali sehingga berjaya. Kita?
Farid Rashidi(Quote)
salam,
inshaAllah , arigatogozaimas ustaz atas peringatan..(cuti terlalu lama biasanya ada side effect..Hehe..,inshaAllah pulih dlam beberapa hari)
..
JUST TRY:
1B,2B,3D,4D,5B,6B,7B,8B,9C,10A
(harap sempat lagi hantar..)
Tronx013’s menulis entri terkini..Catatan 3 – Tahun 4 Sesuatu Yang Pasti (monolog)
Tronx013(Quote)
Salam,
Syukran..bunyi macam anak manja je ni?
Alhamdulillah, berjaya juga menarik enta untuk join kuiz ni. Sempat lagi, tarikh akan diberitahu selepas ini.
Farid Rashidi(Quote)
salam,
Yup, saya sertai untuk menjadi orang yang berani menghadapi kenyataan..
InshaAllah..
Tronx013(Quote)
Tahniah atas keberanian kamu mencuba! Lelaki harus berani bukan?
Jadi mata yang kamu perolehi ialah 6/10. Cuba lagi di lain waktu!
Farid Rashidi(Quote)
Salam Farid….
kak su tak jawab soalan tu… banyak yg kak su tak tahu. Huhu… nak selongkar balik entry lama Farid, rasanya berpinar mata.
Apapun entry kali ini buat kak su teringat seruan ustaz kat masjid yg mahu lebih ramai orang mengambil langkah untuk berdakwah, mengajak orang ramai ke arah kebaikan. Jika tak mampu nak curahkan ilmu, paling tidak ajak kekawan dan jiran ke majlis ilmu.
Kak su dan suami masih berusaha menguatkan diri untuk membuka mulut, mengajak jiran sekeliling untuk ke majlis ilmu. Aduhai… lemahnya diri. Ya Allah… ampun.
Setakat ini, supupu dan anak-anak buah kak su yg jadi mangsa ‘bebelan’ kak su.
suara’s menulis entri terkini..Untukmu Wanita…
suara(Quote)
Salam Kak Su,
Tak mengapa, tiada paksaan. Justeru, itu pentingnya kita mengingat ilmu. Sekurang-kurangnya bila orang bertanya, on the spot boleh jawab.. Insya’Allah.
Ya, betul tu Kak Su. Berdakwah ini tak semestinya berceramah, dakwah juga boleh dilakukan dengan menunjukkan akhlak mulia, memberi sedekah, dan pelbagai cara lagi.
Bebelan untuk kebaikan tidak ada salahnya. Kalau anak buah mungkin sesuai, tapi jiran? kena fikir dua kali juga tu.
Farid Rashidi(Quote)
nie jawapan yang mampu saya jawab ye ust.. betul ke tidAk takpasti..ilmu masih kurang…
1. B
2. B
3. A
4. B
5. B
6. B
7. B
8. C
9. D
10. A
nur_syahadah(Quote)
Alhamdulillah, dan terima kasih kerana berani mencuba walau merasa diri kekurangan ilmu. Ilmu ada dimana-mana, teruskan mencari tanpa henti ya.
Dalam mencari ilmu, jangan malu dan segan untuk bertanya.
Jawapan anda akan disemak.
Farid Rashidi(Quote)
Nampaknya walaupun dalam kondisi tidak kepastian, kamu mampu menjawab dengan tepat kesemuanya. Tahniah kerana menjadi pemenang kedua yang berjaya mendapat mengumpul mata 10/10. Mabruk!
Nantikan hadiahnya dikotak emel ya!
Farid Rashidi(Quote)
salam… uikk..cam tak percaya je dapat semua betul.. penguat semangat nie nak tau pasal sejarah lagi…
terima kasih! saya nantikan hadiahnye..
nur_syahadah(Quote)
Haa, itu antara tujuan diadakan quiz ilmiah seperti ini. Sekurang-kurangnya orang yang tak tahu boleh jadi tahu. Nanti kalau ada apa-apa program remaja, serta kan modul begitu. Barulah mereka suka.
Nantikan!
Farid Rashidi(Quote)
salam…menariknya! siap ade tag lg….inshaAllah, sy pun nak cuba jawab soklan2 tu…but not now cz bz sikit lately…but i’ll recoming here for answering those Q…inshaAllah…
atulasca’s menulis entri terkini..Ada Apa Pada PPSMI??
atulasca(Quote)
Salam,
Alamak, tarikh tutupnya sudah habis. Tapi tak mengapa, kalau kamu mahu menjawab sekadar untuk ilmu dipersilakan. Ataupun boleh semak jawapan siapa yang berjaya menjawab dengan tepat.
Farid Rashidi(Quote)
alhamdulillah..dapat satu ilmu hari ni…
nak tukar2 link..boleh apa salahnya…
cik gadis manis(Quote)
Teruskan membaca entri terkini ya!
Farid Rashidi(Quote)
Salam ziarah syeikh,
Menarik artikel dan cetusan ni. Iallah ana akan cuba laksanakan program Who Wants To Be a Daie dgn kaedah pelaksanaan Who Wants To Be A Millionaire melalui Persatuan Siswazah Sabah nanti..
nurilhakim’s menulis entri terkini..Dari Sipitang ke Kionsom Kecil
nurilhakim(Quote)
Salam,
Haa, sebenarnya soalan ini saya sudah siarkan ketika pertandingan tempohari. Sangat sesuai untuk dibuat modul bagi kem dan sebagainya. Selamat berjaya!
Farid Rashidi(Quote)
wah..masakan ada yang berkata demikian. itulah, kadangkala, yang berada di menara gading itu lebih pendek akalnya dari mereka yang bertani di kampung. dan itulah yang membuatkan sesuatu yang stereotype atau generik. sebut sahaja, kita sudah terimbas bagaimana sifatnya.
eh, ada kuiz la. nak jawab. tapi, tak tahulah dah tutup ke belum. ermm jawab je la hehe..
1. B
2. B
3. A
4. A
5. A
6. B
7. B
8. A
9. D
10. A
ermm..kalau salah minta dibetulkan ya ustaz ^^
Iliana(Quote)
Jangan dihina setiap ciptaan Allah. Apakah yang dimenara gading itu tidak sedar bahaya petani disawah itulah yang menyumbangkan beras dan nasi untuknya makan? masing-masing punya peranan dalam setiap jihat tertentu. Lillahhita’ala itu yang paling penting.
Ya, oleh kerana kamu minta saya betulkan. Maka saya berikan markah mata yang berjaya dikumpul. Kamu mendapat 7/10. Terima kasih kerana berani mencuba!
Farid Rashidi(Quote)
jika dulu, orang berlumba-lumba mencari ilmu. tapi, kini orang ke menara gading hanya untuk glamor. itulah masalahnya.
alamak..ada 3 salah..yang mana yang salah tu ustaz?
p/s : maaf, pengetahuan agama dan dunia Islam saya tidaklah bagus mana.
Iliana(Quote)
nanti la nak jawab…xsempat skrg
never(Quote)
Insya’Allah, tarikh tutup menjawab soalan pada 9 Julai 2009. Siapa yang belum menjawab dipersilakanlah segera.
Farid Rashidi(Quote)
Pingback: Sejujurnya….apakah kita sudah melaksanakannya? | Dari Mata Seorang Muslimah