Pulang Mengejut
“Ihsan dah bertolak balik Malaysia..” Cerita Akmal kepada saya.
“Hahh? awat dia balik Malaysia?’ Soal saya kehairanan. Terkejut juga, tiba-tiba saja teman seperjuangan di sini pulang ke Malaysia mengejut.
“Ayah dia masuk hospital masa dia balik tu..kemudian meninggal dunia akibat sakit stroke..jadi Ihsan dalam perjalanan balik masa tu.” Jawab Akmal memberitahu perkara sebenar terjadi.
“Innalillahhi wainna ilahi rajiun..” Terpaku sebentar. Bayang-bayang kelibat Ayah Ihsan bermain di kotak fikiran saya. Apa tidaknya, Ayahnya adalah rakan baik Ayah saya sendiri. Sebelum saya berangkat ke Mesir, sudah beberapa kali kami duduk bersembang dan makan semeja. Malah Ayahnya juga antara naqib dan guru saya sebelum ini.
Ya, seseorang yang berkaliber dan punya karisma kepimpinan apabila pergi buat selama-lamanya mengundang rundung nestapa yang tidak ternafikan lagi. Terpadam sebutir kilauan Lu’ lu’ yang bergemerlapan bagai jalan tiada bercahaya. Bagai pengembara haus di gersang sahara.
Saya termenung jauh mengenang segala memori itu. Mengenangkan bagaimana perasaan seorang anak yang jauh diperantauan untuk tabah menerima segala kemungkinan. Ihsan seorang Mahasiswa Al-Azhar Tanta akhirnya pulang ke kampung halaman tanpa segulung ijazah yang diimpikan. Saya dapat rasakan garisan-garisan kesedihannya menyelinap ke seluruh urat rasa.
Terkandas dipersimpangan jalan berliku.

Detik Manis Bersulam Duka
Semalam saya sempat berbual dengan beberapa orang rakan seusai pertandingan Debat MMKT ’09. Diakhir majlis penutup para hadirin di jemput bersama-sama menikmati juadah tersedia.
“Malam ni Wan O nak balik Malaysia…” Baharom bersuara ketika sedang kami terleka menjamah makarona goreng.
“Oo..dia balik sebab maknya sakit..” Sambung seorang rakan. Kami duduk lingkung bulat mengadap wajah dalam bentuk halaqah.
Saya diam seketika. Jari jemari terus menyuap makorana perlahan sambil telinga mendengar butir bicara rakan-rakan.
“Sakit apa?” Saya cuba menyoal.
“Sakit diabetis..” Jawab Najib ringkas.
“Maknanya dia balik habis teruslah ya..tiket one way?” Tanya saya lagi.
“Taklah, dia ambil tiket return. Nanti datang balik urus untuk tamat pengajian.” Jawab Baharom.
Hari ini, saya dikhabarkan bahawa ibunya sudah kembali ke rahmatullah. Sedangkan teman saya tadi baru sahaja bertolak pulang. Jikalau mengikut kiraan jam, beliau tidak sempat berjumpa ibunya kali terakhir kerana ketika itu kapal terbang masih dilangit membiru.
“Innalillahhi wainnailahi rajiun..” Hati kembali berbisik syahdu tiada bernoktah.
Dua Tahun Baru Tahu
“Demo nak buat tahlil esokke? make gapo? makarona ko?” Soal saya kepada teman serumah ketika sedang menjamu juadah tengahari. Sesekali saya menceduk kuah sambal ikan tuna ke dalam pinggan. Cukup ringkas bersama hidangan ulam timun. Alhamdulillah.
“Hoo..buat kenduri esok. Buat bandung..” Perlahan Syauqi bersuara.
Tersentak juga dia mendengar khabar berita bahawa Ayahnya sudah lama meninggal dunia dua tahun yang lalu, sedangkan kini baru tahu cerita sebenar. Selama ini dia menyangka Ayahnya mengidap penyakit lumpuh. Rupa-rupanya sangkaan itu meleset.
“Kawe tahu lamo doh, maso Ustaz Milin balik Malaysia haritu lagi..” Saya membuka cerita bila kisah itu sudah diketahui rakan.
“Lamo doh tuu..” Balas teman serumah saya.
“Hoola, tapi Ustaz Milin tak leh cerito dekat dio sebab abenyo tok bewi oyak ka dio..jago amanohh..” Terang saya. Sesekali menggeleng kepala juga.
Bingung. Soal kematian ini jikalau berahsia sekalipun, tetap akan diketahui juga akhirnya.
Segugus untaian Al-Fatihah buat mereka, semoga haruman barokah mewangi menyambut mereka ke alam yang tak kelihatan.
Sebagai konklusi, marilah sama-sama kita merenung hakikat diri. Berbaktilah pada tiap titik persinggahan, nescaya ada kemanisan dipenghujung kembara kerana manusia itu adalah sang pengembara.
Mari hayati pesanan berhikmah Saidina Ali Bin Abi Talib KWH:
![]()
“Sesiapa yang banyak mengingati mati akan redha dengan dunia yang sedikit.”
Begitu juga Allah SWT mengingatkan kita tentang kematian dalam surah Az-Zumar ayat ke 30:

“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).” (Az-Zumar: 30)
4:18 AM, 2 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


salam,
merantau di negeri orang pastinya mengundang berjuta pengorbanan. Dan mereka yang berada di kejauhan itu juga pastinya bukanlah orang yang lemah…
Semoga Allah menguatkan kita dalam menghadapi kehidupan yang penuh cabaran ini.
Tronx013(Quote)
Salam,
Begitu juga orang yang berada berdekatan juga bukan orang yang lemah bukan? kalau lemah, ayuh ‘transformers’kan diri anda. Pinjam ayat akhi.
Persoalannya, adakah wajar sekirang pihak keluarga beritahu atau tidak kepada waris yang jauh-jauh?
Farid Rashidi(Quote)
salam,
…mmm.. (thinking).. Kelemahan dalam kelebihan. Kelebihan dalam kelemahan. Yang mana menonjol, pastinya memberi impak pada pemiliknya.. Pokok lada,cili dan timun tak akan mampu hidup di gersang sahara,tetapi kaktus mampu hidup.. melainkan dalam situasi tertentu, pokok cili, lada dan timun boleh hidup di gersang sahara jika gersang sahara di’transformer’kan kepada penanaman secara fertigasi(kaedah penanaman secara moden siap dengan tangki air,penyiraman secara automatik dan menjadi minat petani sekarang ini)..
Persoalan yang sukar difahami dan susah untuk dijawab, bergantung pada situasi dan kesesuaian. Masing-masing ada alasan yang tersendiri. Bioethic ni, saya pun masih lemah subjek ni. InshaAllah, setiap yang berlaku, tenangkan hati dulu baru hadapinya.. Yang membawa maksud, redha atas ketentuan Ilahi.
Tronx013(Quote)
Perumpamaan yang baik, membuatkan saya merenung sejenak. Bila enta menyebut tentang penanaman, suka saya berkongsi cerita mengenai kesuburan tanah di sini.
Mesir terkenal dengan gelaran tanah hitam. Dan sepanjang sungai nil boleh dikatakan mempunyai kawasan penanaman yang subur membiak tumbuh melata. Pelbagai tumbuhan samaada sayuran ataupun buah-buahan.
Apa yang pelik, kata orang anggur tumbuh bila cuaca sejuk. Tetapi di sini ia berbuah ketika musim panas. Nah, lihat kebesaran Allah! Subhanallah! itu belum masuk bab kobis yang sebesar monitor pc 21 inci lagi. Besar!
Dan di sini juga ada pelajar dari Asia tenggara menanam serai, daun kari, kangkung dan pokok limau purut. Alhamdulillah.
Enta pernah dengar cerita sungai Nil yang kering?
Nampaknya, sudah lari tajuk 90 darjah.
Farid Rashidi(Quote)
salam,
perumpamaan yang biasa didengar untuk mengingatkan kita bahawa tak semuanya akan hadapi masalah yang sama.. dan tak semua akan dapat hadapi dengan jayanya.. bukan yang kuat akan menang, tetapi yang mampu berfikir menyelesaikan masalah secara bijak akan terus berdiri tenang… inshaAllah.
Saya pernah nampak kobis yang besar-besar dalam Tv dalam rancangan jejak rasul. Kagum juga tengok buah-buahan dan sayuran yag besar. Tapi, logik juga nikmat tu,kerana katanya orang arab ni, besar-besar.. sesuai dgn mereka. hehe..
Sekarang ini juga, ramai juga orang luar bandar yang menceburi bidang pertanian moden(fertigasi).Kesedaran berbakti pada tanah kian muncul perlahan-lahan.
Cerita sungai Nil kering? ketika zaman saidina Umar tu ke? rasanya ada terbaca dalam buku. Kalau tak silap, itu kali terakhir sungai Nil kering. Saidina Umar menulis sepucuk surat kepada Sungai Nil, sebelum itu, penduduk sekitar akan mengadakan upacara korban anak gadis yang paling cantik.Perkara itu,akhirnya diketahui oleh saidina umar,dan mereka dilarang kerana perbuiatan syirik tersebut..sekarang ni pernah terjadi lagi ke(sungai Nil kering)?
Berlari 90 darjah untuk mencari idea dan mengenali nikmat yang Maha Kuasa..
Tronx013(Quote)
Tidak semestinya yang besar itu menang, dan tidak semestinya yang ramai itu kuat. Sebanyak 313 orang membuktikannya dulu!
Mungkin juga benar, memang arab badannya besar-besar. Jadi sesuailah dengan sayuran dan buah-buahan yang besar-besar itu.
Ya, itu kisahnya. Sekarang ni alhamdulillah, belum pernah kering lagi. Moga-moga ianya tidak kering memandangkan kadar taburan hujan tahunan adalah sedikit. Hanya ketika musim sejuk sahaja.
Di kampung enta ada menanam sayur jugakah?
Farid Rashidi(Quote)
salam,
Yup, betul kata ustaz.
Di kampung saya dan di rumah saya pun ada tanam sayur,lada,cili dan timun.. hehe sayur yg saya sebut pada komentar sebelum ini…baru nak start tanam.. moga dimurahkan rezeki..dan mendapat rahmat ilahi..
Tronx013’s menulis entri terkini..Catatan 3 – Tahun 4 Sesuatu Yang Pasti (monolog)
Tronx013(Quote)
Wahh, bagus sekali. Teruskan berkebun ya, semoga nanti boleh jadi tokei penjual sayuran pula? mana tahukan.
Mengimbangi pasaran masyarakat cina yang menguasai.
Farid Rashidi(Quote)
Hidup ini byk cabaran. Redhalah kita dgn ketentuan Allah sebagaimana kita mengharapkan redha daripadaNya.
afzan(Quote)
Tidak bernama manusia jika tidak ada cabaran. Atau ada manusia yang hidup senang lenang sehingga ke akhirnya tanpa cabaran?
Ya, itulah yang terbaik diantara yang terbaik.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ziarah,
Mendengar berita pemergian orang tersayang,tambahan pula jika pemergiannya secara mengejut memang memerlukan kekuatan. Namun semuanya perlu dihadapi kerana begitulah ketentuanNya. Semoga teman saudara itu masih berpeluang meneruskan pengajiannya.
Kak Long’s menulis entri terkini..Gurindam Kasihnya Ibu
Kak Long(Quote)
Salam,
Untuk cerita yang kedua dan ketiga, mereka masih meneruskan perjuangan sehingga ke tahun 4. Manakala yang pertama tamat sehingga tahun 3. Moga dia sambung di Malaysia pula.
Apa pandangan jika keluarga tidak menceritakan perihal kematian?
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Mengapa Ihsan tidak pulang untuk meneruskan perjuangan nya kembali di mesir?
Nur’s menulis entri terkini..SPORTS AND AVENHAM AND WINCKLEY PARKS – ENGLISH SUMMER
Nur(Quote)
Salam,
Ihsan sebagaimana yang saya kenal, dia adalah anak sulung. Tambahan pula anak lelaki. Jadi adalah agak berat tanggungjawab anak sulung ini. Apapun, saya harapkan dia terus belajar walau di mana berada. Kerana ilmu Allah itu luas.
Tak kira ianya ilmu apapun. Termasuk juga ilmu dalam bidang B.A, M.A, PhD.
Farid Rashidi(Quote)
Semoga yang menerima berita kematian dari kejauhan, tabah menghadapinya. Jika boleh, kita ingin bertemu buat kali terakhir tapi Allah merancang segala-galanya..
Tirana(Quote)
Ya, ibu teman saya sudah berpesan kepadanya supaya pulang segera ke kampung. Dia juga sedang menunggu keputusan seperti saya. Moga dia tabah walau tak sempat bertemu kali terakhir.
Moga mereka bertemu di syurga kelak.
Farid Rashidi(Quote)
Bukan mudah nak terima pemergian orang tersayang, walaupun tahu kita harus bersabar, tapi perasaan memang tak boleh di tahan lagi. Cuma harap2 kesedihan tak berpanjangan kerana masing2 kita ada amanah yang lain pula minta diselesaikan.
iza(Quote)
Ya, harus tabah dalam segenap kerahan tenaga luar dan dalam.
Farid Rashidi(Quote)
Salam saudara Farid..
semoga Ihsan terus tabah
kamu juga semoga berjaya
srisufi’s menulis entri terkini..♥ CARILAH TITIK SAMA ♥
srisufi(Quote)
Salam,
Ya, sudah lama saya tidak bertanya khabar keadaannya di sana. Harapan saya segalanya berjalan lancar.
Ameen.
Farid Rashidi(Quote)
salam,
rasanya jauh dekat tak de masalahnya, yg pergi tetap perlu kita uruskan, yang masih hidup kita ambil i’tibar dari kematian dan tak lupa doakan utk yg telah pergi.
dan secara peribadi saya rasa tak wajar sembunyikan berita kematian… kerana akhirnya akan dapat tahu juga, rasanya lebh perit lewat mengetahuinya..
ummumishkah’s menulis entri terkini..Erti Hidup dan Mati
ummumishkah(Quote)
Selepas dua tahun baru mengetahui berita kematian adalah amat menyakitkan. Semoga sahabat saudara tabah menghadapi segala dugaan.
Bb Hussain’s menulis entri terkini..New member in the family
Bb Hussain(Quote)
Itu yang saya sedang fikirkan. Samaada terus bagitahu atau berahsia yang mana lebih mengecewakan. Perihal kematian tidak elok dirahsiakan, kerana ianya adalah terakhir diantara yang akhir.
Farid Rashidi(Quote)
Sedihnya entry ni..kenapa Ihsan tak sambung balik pengajian? Dari Allah SWT kita datang dan kepadaNya jua kita kembali…
“Sesiapa yang banyak mengingati mati akan redha dengan dunia yang sedikit.”
Tidak ramai yang mahu mengikut nasihat Saidina Ali KWH tersebut, ramai yg berkeluh-kesah..
nohas’s menulis entri terkini..#50 : Cerita-Cerita Panas
nohas(Quote)
Bila menyelami apa yang dirasakan, kita pasti dapat tahu isi hati yang berduka. Saya juga tidak pasti. Namun, saya doakan dia terus dapat menyambung pelajarannya di Malaysia pula.
Mungkin terkesan dengan sebuah kehilangan agaknya.
Jangankan hal yang besar, digigit semut juga manusia sudah berkeluh kesah.
Farid Rashidi(Quote)
salam takziah pada keluarganya..
terima kasih kerana sudi menjenguk blog sy…
akan sy link kan blog en pada blog sy…
salam perkenalan jua…
sumijelly’s menulis entri terkini..Puteri Cafe, Jalan Kuching…
sumijelly(Quote)
Silakanlah jikalau blog ini bermanfaat. Jemputlah datang lagi. Kalau berfaedah, sebarkan pada rakan.
Farid Rashidi(Quote)
takziah, berita kematian selalu mengingatkan jalan hidup ini bukan panjang mana pun…
asal’s menulis entri terkini..Out Loud
asal(Quote)
Memang, jalan dalam kehidupan sekelip masa berlalu sahaja. Manusia biasa, pemimpin, pembesar, artis popular, ulama’ semuanya akan pergi jua.
Farid Rashidi(Quote)
salam.
sudah hakikat sebuah kehidupan pasti berakhir dengan kematian. bak kata sorang sahabat, dalam apa jua keadaan seharusnya kita bersedia dalam tidak bersedia.
wallahu’alam.wassalam.
munadhia(Quote)
Salam,
Benar. Apa akan terjadi jika sebuah pasukan bola sepak jarang berlatih, jarang pula mengadakan perlawanan pemanas badan lalu turun bermain dengan pasukan handalan seperti Brazil?
Kamu pasti dapat menjangkakan hal itu bukan?
Farid Rashidi(Quote)
salam… sungguh kesyahduan bila melibatkan orang tersayang..nak2 lagi bila pergi tak kembali..cukup terasa…apa pun semoga rakan2 ust tabah sentiasa… al-fatihah untuk semua…
nur_syahadah(Quote)
Salam,
Bayangkan..ketika itu sahabat tersebut dalam kapal terbang sedang menuju ke kampung untuk pulang. Tiba-tiba masuk SMS berbunyi..”Ibunya sudah cukup hukum..”
Apakah perasaan si anak mendengar berita itu?
Sesampai di pintu rumah, orang ramai sudah memenuhi ruang inci rumah. Kedengaran suara bacaan Yassin beralun syahdu. Apakah perasaan anak itu?
Farid Rashidi(Quote)
kalau saya sangatttt sedih.. jiwa ini mudah tersentuh…
nur_syahadah(Quote)
Normal, manusia sangat mudah untuk tersentuh. Lebih-lebih lagi wanita.
Farid Rashidi(Quote)
innalillah.. mcm2 cerita dgr pd thn ni.. benrlah, kematian tu sgt hampir.. tringt amal2 sendiri yg entah bgmn..
awrapurnama(Quote)
Avatar ungu itu nampak begitu segak sekali.
Ya, sangat-sangat hampir. Cerita apa lagi yang kedengaran? H1N1/swine flukah?
Farid Rashidi(Quote)
alhamdulillah.. siapalah yg memilih avatar.. =)
berita2 kematian, H1N1 di melaka.. bila2 masa je kematian menjemput.. (!)
owh bru igt.. baru2 ni, brhampiran markaz, ada sorg india kna bunuh kepala trbelah.. aduh.. dekt jer ngn kg sy..
awrapurnama(Quote)
Oleh itu tingkatkan langkah keselamatan dan penjagaan kesihatan.
Kena bunuh kepala terbelah? Masya’Allah! apa cerita sampai begitu sekali teknik membunuhnya. Sungguh murah harga nyawa manusia ya.
Farid Rashidi(Quote)
inshaallah.. mg dipermudh oleh Allah..
entahla.. xsgka prkara2 pelik2 jd d sni.. slps ni ape je plk.. kalau drpd pemerintah atasan kat mlaka sdh cm huru hara, inikn hal2 rakyat..
mg saudara2 seagama di sana sentiasa tabah dn sabar mghadapi ujian drpd Nya..
awrapurnama(Quote)
Sebenarnya ini bukan sahaja soal pemerintah dekat Melaka sahaja, tetapi seluruh dunia Islam menghadapi masalah yang sama.
Harapannya begitu.
Farid Rashidi(Quote)
salam bang,
Bila orang yang rapat dan kita sanyangi ‘pergi’ kita amat terasa kehilangannya….
sy ada satu musykil, masa berdoa sy tengok org2 tua terbalikkan tangan bila tiba part ‘dijauhkan bala’. Adakah amalan ini ada sunnahnya atau saja ikut2. terima kasih atas penjelasan abang.
adeq(Quote)
Salam,
Naluri manusia sememangnya begitu. Ada perasaan sedih, gembira, duka nestapa dan lain-lain lagi.
Tentang orang-orang tua yang terbalikkan tangan bila tiba part ‘dijauhkan bala’ itu ialah sebagai suatu tanda menolak bala. Ia menjadi amalan para salafussoleh.
Nak buat tak ada masalah, tak mahu pun tak ada masalah.
Farid Rashidi(Quote)
bang, awat gambak saya tu teruk..
adeq(Quote)
Salam,
Terima Kasih di atas kunjungan anda…
CT(Quote)
Gambar itu kamu boleh tukarkannya di laman web http://www.gravatar.com
Sign-up dulu ya!
Farid Rashidi(Quote)
betapa kekadang kala terasa ajal itu sgt hampiirrr…
nahmy(Quote)
Perlu begitu agar selalu hampir pada Pencipta.
Farid Rashidi(Quote)
salam,
tolong la jawab kemusykilan saya tentang doa tu bang…
adeq(Quote)
Sudah saya jawabkan, semoga berpuas hati ya adeq.
Farid Rashidi(Quote)
aduh..sayu sekali. jika saya ditempat itu, adakah masih teguh kaki untuk menongkat diri? apa pun, jarak bukanlah satu alasan bukan. kerana masih ramai yang rumahnya hanya disebelah atau serumah, tapi tidak juga dapat menemani di saat hebusan nafasnya yang terakhir.
tabahlah
Iliana(Quote)
Kamu perlu cari tongkat selain kaki untuk meneguhkannya. Ataupun terus rebah tidak bertongkat lagi? itu terpulang kepada kekuatan masing-masing.
Memang, cuma menjadi permasalahan di sini ialah bila berada jauh tentu sekali sukar untuk menjenguk kampung halaman. Tambahan pula sudah lama tidak berjumpa, tiba-tiba meninggal. Mahu pulang juga tiketnya sudah ribuan ringgit.
Itu maksud saya.
Farid Rashidi(Quote)
owh~
itulah, dulu, sebelum saya sambung peringkat ijazah pun, saya berfikir panjang. pensyarah suruh saya ke luar nun. saya hanya ada ibu di sisi dan kesihatannya bukanlah baik sangat. adakah saya sanggup untuk berjauhan dan menghadapi sebarang kemungkinan? keinginan itu semestinya ada. tapi….
jadi, ringkasnya, saya hanya ke sempadan negara hehe. berdekatan pun jadi la~
Iliana(Quote)
Al-fatihah..
srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Bagai Air di Tandus Sahara
srikandi kasih suci(Quote)