Mencari Titik Relevan Pada Jutaan Laman

Category : Bicara Semasa, Diari Penulis, Fakta Umum

“Ewah, ewah, ewahh…bicara manis menghiris kalbu, hujjah tuan sekadar picisan. Namun di hati ini tidak sekali  mempersetujuinya…” Saya bangun membuka bicara mewakili Ketua pembangkang dalam debat ala parlimen sempena MMKT ‘09 iaitu program tahunan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT).

Sedikit getaran muncul dihujung bicara.

“Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam perdebatan dari anak watan..sebelum saya meneruskan hujjah seterusnya ingin saya tegaskan bahawa kami tetap dengan pendirian bahawa ‘Rangkaian web sosial masih relevan dan tidak sekali mengundang kepada gejala sosial..” Menjadi adat dalam berdebat, mempertahankan benang yang basah walau terkadang hati tidak bersetuju dengannya. Kami selaku delegasi pembangkang tetap bertegas mempertahankan lontaran fakta kes bertubi-tubi.

Apa yang dimaksudkan dengan lama web sosial?

Rangkaian web sosial begitu pesat membiak kini. Jikalau mengikut pentakrifan makna web menurut kefahaman wikipedia ia bermaksud:

Jaringan Sejagat (Di dalam Bahasa InggerisWorld Wide Web), juga dikenali sebagai WWW atau web, ialah sebuah sistem jaringan dokumen hiperteks yang boleh diakses melalui Internet. Seseorang perlu menggunakan pelayar web untuk “meluncuri” Jaringan Sejagat. Dokumen dalam Jaringan Sejagat dikenali sebagai laman web, dan dikumpulkan dalam satu kawasan yang dikenali sebagai tapak web. Sesebuah laman web boleh mengandungi teks, imej, video, dan pautan kepada laman lain.

Laman web sosial umumnya bersifat sebuah komuniti, yakni di dalamnya wujud suatu perhubungan di antara sesama manusia saamada yang berada di penjuru timur dunia atau sebelah barat. Masing-masing  berhubungan dan bertukar pendapat setelah mendaftar menjadi ahli (kebanyakkannya percuma). Juga terdapat pelbagai kelebihan dan faedah-faedah di dalamnya untuk kegunaan ahli.

Di antara laman web sosial yang begitu popular kini ialah Facebook. Ia telah diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang bekas ahli kelas Harvard tahun 2006 dan seorang bekas pelajar Ardsley High School.

Selain itu, banyak lagi contoh laman web sosial yang diguna pakai seluruh dunia antaranya Friendster, Myspace, Tagged dan lain-lain lagi.

Debat

Rakyat Malaysia juga tidak dapat lari daripada menceburkan diri di dalam fenomena ini walaupun kemuculannya agak lewat. Namun begitu, angka menunjukkan ia sangat digemari warga Malaysia khususnya. Tidak dinafikan, memang wujud laman web sosial yang mempunyai unsur-unsur Islamik dan membawa ahli ke arah amalan berpesan-pesan dan tazkirah.

Fenomena yang sihat jika ia berlanjutan.

Adakah laman web sosial mengundang gejala sosial?

Pada saya sebenarnya setiap perkara ada positif dan negatifnya dalam era modenisasi kini. Cabaran globalisasi tidak pernah terhenti dan sentiasa maju serta terus maju. Soal penyumbang kepada gejala sosial mungkin ada, tetapi bukanlah merupakan faktor utama. Kenapa?

Ya, penyumbang gejala sosial jika mahu dihitung amat banyak sekali. Sudah banyak kali saya sebutkan mengenainya dalam entri yang lalu mengenai faktor-faktor gejala sosial.

Adalah amat mustahil jikalau kita mahu membasmi ribuan laman web social yang bergentayangan di alam dunia kini. Tambahan pula umat Islam tidak mempunyai ketumbukan sebagaimana empayar Islam dahulu.

Jadi sebagai langkah untuk mengimbangi perkara ini sepatutnya pihak berwajib terus berfikir bagaimana mengelakkan virus-virus perosak ini menyerap masuk ke dalam pemikiran masyarakat.

Manusia yang bijak dia akan menggunakan peluang untuk membina anjakan paradigma. Bukan duduk termenung bagai pungguk rindukan bulan. Bangkitlah, binalah suatu kekuatan untuk melawan web sosial yang bersosial itu. Barulah dikatakan adil.

Suka saya bawakan satu contoh, baru-baru ini terpampang di beberapa laman web menyenaraikan 39 blog lucah Malaysia. Lantas kerajaan bertindak mengumumkan bahawa laman-laman blog lucah itu tidak boleh dilayari oleh kakitangan kerajaan. Ternyata laporan yang dibuat oleh kolum penulis laman Tranungkite.net menyebut bahawa blog lucah tersebut ada yang masih aktif.

Nah, bagaimana pula dengan rakyat marhean bukan kakitangan kerajaan? Sedangkan blog itu sudah dipromosikan dan masih aktif.

Apakah ini bukan salah satu puncanya tuan-tuan dan puan-puan?

7:40 Am, 30 Jun 2009,
Siberbay, Tanta.


Comments (43)

pada saya tak sempat lagi nak bincangkan soal kewujudan web2 yang perlu disekat.. tetapi kebijaksanaan kita utk memanipulasikan ia sebagai satu medium yang bermanfaat utk kita.. dan saya tiada akaun facebook!

ummumishkah’s menulis entri terkini..Harga Sebuah Kedamaian  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Kebijaksaan adalah anugerah Allah SWT yang tak ternilai. Harus menggunakannya dengan bijaksana.

Pada yang tidak memandang Facebook sebuah laman tak mempunyai manfaat usahlah berdaftar.

Saya berdaftar kerana punya kerja. Bagaimana anda?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam. Bagus entry ini (sedang molek kata orang Terengganu). Sikit saya nak share dengan kawan-kawan. Pada beberapa bulan yang lepas, saya diberi tugas oleh ketua jabatan untuk buat web jabatan. Oleh kerana saya bukan pure in IT, jadi saya cuba-cubalah apa yang patut sehingga direkomenkan oleh seorang rakan, web social networking ini, ning.com

Ia platform untuk laman sosial, macam yang lain tetapi telah dimanipulasi oleh saya dengan sebaiknya. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan. Mula-mula,saya daftar untuk personal dan belajar memanipulasikannya. Selepas konfiden, baru saya daftar dan edit untuk web jabatan saya. Yang kelakarnya, selepas siap dan baru saja saya beritahu dalam meeting jabatan tentang web jabatan yang menggunakan platform ning ini, sebelah petangnya tiba-tiba saya kena ‘kutuk’ dengan kawan-kawan sebab tak boleh buka. Rupa-rupanya web ning tu kena ban atas nama social networking. O ada pekeliling baru dari kerajaan Malaysia rupanya, web-web sosial ni kena ban. Tapi sekarang dah OK.

Boleh cuba di http://abuyon.ning.com tapi tak siap sepenuhnya, sebab ia adalah eksperimen saja.

abuyon’s menulis entri terkini..Michael Jackson : Adakah Al-Fatehah Untuknya  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

abuyon: sedang molek kata orang Terengganu

Salam, sedang molek atau molek bedo’oh? maaf, dah lupa bahasa ganu. :)

abuyon: Ia platform untuk laman sosial, macam yang lain tetapi telah dimanipulasi oleh saya dengan sebaiknya. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan.

Alhamdulillah, inilah maksud saya dalam entri di atas. Kita melakukan sesuatu yang serupa untuk melawan musuh-musuh agar perkara baik terus menerus dapat di sampaikan. Itu antara tujuan WEBBLOG saya di tubuhkan.

Saya dah ke sana. Bagus, teruskan mengupgrade akan lebih smart ya!  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam ya syeikh. Silap pulak. Molek bedo’oh tu dah betul, ada satu lagi, molek bedo’oh lalu. Maknanya sangat bagus, bagus yang amat, bagus bangat. Sedang molek yang ana maksudkan tu artikel enta kena dan sesuai sangat kerana ana tengah buat web guna social networking.. hehe. Boleh la sign-up sana barulah ana semangat sikit nak upgrade… ke guane?

Bedo’oh tu diambil dari kata bida’ah. Maksudnya, perkara yang melampau. Kalau jahat bedo’oh, maksudnya jahat yang amat,sangat jahat.

“Bedo’oh mu ni.”

abuyon’s menulis entri terkini..Michael Jackson : Adakah Al-Fatehah Untuknya  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Erm… sempat selitkan pelajaran bahasa ye? :D

suara’s menulis entri terkini..Rajuk selipar…?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tak apa Kak Su, boleh saya ingat kembali vocabulary ‘Ganung Kite’. Dok dang nok ingat lening.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Ke guane boleh juga disebut sebagai, guane gamok? hehe. Guane gamok betulke dok?

Oh, nak kena sign-up dulu ya. Insya’Allah gaii ba’din.

Inilah pertama kali saya mendengar istilah bedo’oh pada kata akarnya adalah bid’ah. Dahsyat juga ya maknanya. :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Ni kira kuliah al-lughatul Tarengganuiyah :) . Ke guane = guane gamok, dua-dua boleh pakai. Sebenarnya, orang Melayu kita sangat akrab dengan Bahasa Arab.

Bahasa Melayu kita sebenarnya banyak dipengaruhi oleh Bahasa Arab. Kenapa Arab, sebab Islam kita datang dari Arab dan bangsa Nabi kita, Arab. Jadi, orang kita dulu memang mengaji dan faham sangat makna bid’ah tu.

Bid’ah itukan maknanya, yang diada-adakan, benda tak ada diada-adakan, benda tak disuruh diada-adakan, mengada-ngada pun ya juga :) . Jadi, orang yang buat itu dikira over, dah terlebih, sangat, amat, bangat (Indonesia), melampau. Jadi, kalau sesuatu perkara atau perbuatan itu dikira over atau terlebih atau melampau samada dari sudur +ve atau -ve disebut bedo’oh. Baik sangat, baik bedo’oh. Jahat sangat, jahat bedo’oh.

Macam juga istilah memberitahu, dalam loghat Terengganu boleh pakai royat dan kabo. Akarnya royat, riwayat. Akarnya kabo, khabar.

abuyon’s menulis entri terkini..Michael Jackson : Adakah Al-Fatehah Untuknya  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

yup…skrg zaman moden nh..byk keburukan n kebaikan..so..kite sbg umat Islam..kena la pndai2 jaga diri…pandai menilai mana yg baik..mana yg buruk..bgus2…semangat gak awak berbahas..hehe…congrate…(^,^)

atiqah’s menulis entri terkini..Air Conditioner  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Ada juga yang sudah tahu menilai buruk dan baik tapi masih lakukan, jadi bagaimana tu?

Mesti semangat, baru kuat.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam ustaz..mcm biasa,saya menarik dgn tulisan ini.hehe..apa2pn,jaringan sosial ke..apa2 ke,pandai guna utk agama,baik lah ia.kalau tak,apa2pn kita blh jadi rosak..

15200,kelate.

saffmukmin’s menulis entri terkini..Minta Maaf Pada Semua..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

saffmukmin: mcm biasa,saya menarik dgn tulisan ini.hehe

Salam,

Macam ada kesilapan menaip saja? :)
Sebab itu saya bersikap tidak terlalu menentang dalam hal ini. Terkadang perkara itu boleh dijadikan sejata makan tuan.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Err… macam mana nak huraikan, ekk. Kak tie ni tak cukup ilmu… ilmu bahasa, hu hu..

Tapi bagi kak tie, semuanya atas kita. Kita boleh jadikan sesuatu yang baik bertukar kepada buruk, begitulah sebaliknya.

Blog lucah tu..?? Tak tahu pulak.. bolehlah antor kisah2 yang menyedarkan ke blog tu… macam berdakwah jugak, mungkin ada sorang dua tersedar dan balik ke pangkal jalan…. boleh cuba, kan….(dengan hack laa….. untuk kebaikan apa salahnya, ekekeke………)

Tie’s menulis entri terkini..Bila hati terusik  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tie: bolehlah antor kisah2 yang menyedarkan ke blog tu… macam berdakwah jugak, mungkin ada sorang dua tersedar dan balik ke pangkal jalan…. boleh cuba, kan….

Maksud Kak Tie..saya perlu melawat ke sana dan hantarkan artikel untuk menyedarkan mereka. Begitu? fuh, bahaya tu Kak Tie. Fikir dua kali.

Kalau nak hack boleh saja. :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Kalau pandai hack, bagus gak, gantikan entry yang ada tu dengan post yang bermanfaat untuk semua… pastu tukar paswordnya, ekekeke…..

Tie’s menulis entri terkini..Nak aiskerim tak ?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam,

saya suka ayat pertama entry kali ini… Walau apa pun yang berlaku, pengalaman dan rezeki itu milik Allah, bersyukur dalam memiliki nikmat yag ada.. (memerhatikan artikal ustaz pun , inshaAllah, ramai boleh kenal kekuatan/kelebihan ustaz).. :) (pujian itu juga ada kala bahaya yang tidak nampak)

Berbalik pada topik asal, internet ini sebenarnya memudahkan untuk kita melakukan maksiat atau ibadat. terpulang pada penggunannya. Dah dapat komputer berinternet berkelajuan tinggi + ‘line’ sekitar pun ok = maka, tersasul plak menaip laman web yang ganjil(lucah).. Allah Maha Mengetahui, itu yang sering kita lupakan dan ambil mudah.. Hakikatnya, siapkan perisai diri sebelum berperang dalam jerangkap samar internet yang sungguh menggoda.

Moga kita beroleh manfaat daripada nikmat Ilahi..menjadi insan yang terus mensyukuri segala pemberianNya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Suka ayat yang mana tu?
Na’am, kullu haza min fadhli rabbi. Asykurullahu ala nikmatih..
Saya berpegang kepada prinsip ini, setiap manusia Allah jadikan mempunyai kelebihan. Namun sejauh mana kita mampu mencungkil kelebihan itu? bergantung kepada diri untuk menilainya. Saya yakin, kamu juga mempunyainya.

Gunalah server yang boleh menyekat akses laman-laman lucah. Saya tak pasti di Malaysia ada atau tidak. Kalau di sini, boleh saja. Link direct ke Islamic way. :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam,

:) ,RAsanya ada server tersebut di Malaysia, tapi saya xpasti la pasal tu. hehe..

Saya masih mengenali diri lagi, banyak lagi yg belum tahu pasal diri.hehe.. InshaAllah, semua ada kelebihan dan kekurangan. Apa yg penting, kita kena bekerjasama untuk saling melengkapi..

Teruskan menggilap kelebihan yang ada .. :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Kalau tak ada pun kita boleh buat sendiri. Di sini kami menggunakan line internet yang disambung terus ke syarikat Internet. Makna kata ibu line itulah yang dipecah-pecahkan kepada sesiapa yang nak sambung. Jimat sikit. Sebulan lebih kurang rm20-25 sahaja.

Jadi yang ibu itulah arab buat server, dia boleh sekat sebarang bentuk laman yang tidak elok.

Wah, nampaknya sesi mencari diri belum ditemui lagilah ya. Teruskan mencari diri, saya yakin ianya ada. Antaranya, kamu boleh menulis dengan baik di blog. Tak gitu? :)

Muslim qawi afdhal min muslim dhaif.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam,

semuanya berbayar sekarang ini..hehe merungut sikit. Jadinya, tak mustahil juga nak berdakwah pun kena berbayar, suara itu juga adalah bahan jualan. hei, pelik betul manusia sebegini..

Yup, inshaAllah operasi mencari diteruskan. Setakat ini, hanya kesan-kesan pemilik diri baru sahaja ditemui.Kedudukannya masih belum dapat dipastikan kerana gangguan persekitaran yang tidak mengizinkan(hehe, komen ala-ala operasi menyelamat kapal terhembas).. :) arigatogozaimas. Blog saya tu seindah biasa sahaja. Catatan perjalanan sahaja untuk back up memory saya yg agak lemah.. :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Assalamu’alaikum,

maaf, pertama-tama, ana kurang faham soalannya, kurang jelas di benak dek kerana kelemahan ana sendiri.

Ana sentiasa menyemat 2 rangkap pantun yang cikgu fizik bagi sewaktu di sekolah menengah;

“Bukan salah parang, salah besi
Bukan salah orang, salah sendiri”

Tetapi untuk kes ini, ’sendiri’ ini dapatlah jika kita perluaskan dalam konteks komuniti. Maksudnya apabila masuk kepada perihal komuniti, jadi 3 jentera perlulah bergerak seiring, iaitu pimpinan, individu dan orang ramai.

Bagi pimpinan, haruslah bertegas dan aktif dalam proses pencegahan. Pencegahan tidak terhad kepada mengharamkan, tetapi juga cara bagaimana untuk memberi kefahaman kenapa ia di haramkan, lalu ini melibatkan penerangan dari sudut syara’, hukum. Aktiviti ini seterusnya mendorong kepada kesedaran penduduk tentang peri pentingnya berakhlak dalam apa jua bentuk perkara yang kita sertai. Pendidikan, penerapan ilmu, penguatkuasaan sistem yang lebih syari’e. Itu yang penting.

Bagi jentera kedua, iaitu komuniti atau masyarakat. Dalam menangani suatu gejala, contoh sekarang kebejatan gejala cyber cafe/game sehingga membuatkan kanak-kanak mampu menghabiskan seharian mengulangi game tersebut, bukan mengulangkaji pelajaran. Jadi masyarakat perlu prihatin, menegur. Memberi nasihat, malah orang ramai perlu turut serta dalam budaya penerapan ilmu dan amal dalam organisasi komuniti. Tidak harus seseorang itu terus menyisih, bimbinglah tanpa jemu.

Bagi yang terakhir, adalah individu. Dunia di hujung jari, sedangkan orang sekeliling kita pasti tidak mampu menasihati jika kita menyalahgunakan teknologi secara rahsia. Tengok laman web lucah saat orang lain tiada di rumah, membuat kejahatan internet tersorok dan sebagainya. Semua itu mana mampu mata kasar manusia menangkap, tetapi diri harus ingat. Suatu perkara yang diberikan ni’mat oleh ALLAH swt adalah amanah. Yang perlu kita jujur menjaganya, laksana tanggungjawabnya. Dan sesungguhnya ALLAH tidak pernah leka melihat setiap inci gerakan kita, walau yang tersembunyi di hati.

‘Salah satu nikmat ALLAH swt yang tercicir dari golongan beriman (islam) adalah Ilmu.’

dan kita keciciran ilmu itu kepada mereka, yang tiada syahadah pada ALLAH swt. Lalu perlu kita faham, kalau memulaukan ilmu itu maknanya menidakkan ia hadir dari ALLAH swt. Lalu ambillah yang mana baik dan mampu menggerakkan da’wah seterusnya meninggikan daulah Islam. Seranglah mereka dengan apa jua senjata yang juga sebenarnya adalah dari ALLAH swt, tetapi sebagai muslim, yang membezakan kita dengan mereka adalah iman. Lalu buah-buah iman itu haruslah kita jaga sebaiknya.

Tetaplah berpegang kuat dalam syariat ALLAH swt, pasti Dia akan kuat memegang kita.

Wallahu’alam  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

nahwanNur: Lalu perlu kita faham, kalau memulaukan ilmu itu maknanya menidakkan ia hadir dari ALLAH swt.

Maaf ayat ini kurang tepat. Maksud ana, kalau kita memulaukan ilmu tersebut, maka kita telah melepaskan sesuatu ni’mat yang mungkin ada banyak kebaikan lalu teruslah kita menjadi golongan yang tercicir. Wallahu’alam.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Wa’alaikumsalam,

nahwanNur: maaf, pertama-tama, ana kurang faham soalannya, kurang jelas di benak dek kerana kelemahan ana sendiri.

Ana juga kurang faham soalan manakah yang enti maksudkan. Kerana ana sememangnya banyak menyelitkan persoalan. Mungkin boleh khususkannya.

Sedikit respon pada pemimpin. Sememangnya konsep dalam sistem Islam begitu, lebih kepada pencegahan sebelum berhukum. Islam menyedarkan manusia dengan dakwah barulah berhukum dengan syariat.

nahwanNur: Seranglah mereka dengan apa jua senjata yang juga sebenarnya adalah dari ALLAH swt, tetapi sebagai muslim, yang membezakan kita dengan mereka adalah iman. Lalu buah-buah iman itu haruslah kita jaga sebaiknya.

Itulah maksud entri ini. Jadi soalan apa yang enti masih belum faham?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tiada lagi. Terima kasih.

Wallahu’alan  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Oh, sudah tidak ada ya? bunyi pada pertama kalinya seperti ada. Sekejap ada dan sekejap tiada. Apapun, kalau ada silakanlah tulis, mana tahu ianya dapat memperjelaskan lagi penulisan saya. Mungkin itu kelemahan saya dalam memberi. Mohon Maaf.

Alfu syukran atas pandangan yang bernas lagi berhikmah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam… tahniah ust banyak perkara yang dapat ust buat ekk… erm..tentang laman web nie bagi saya sesiapa yang ambil positif maka positifla dapatnya but sapa yang ambik ‘kemaksiatannya’ maka dosa la dapatnya.. kita kena pandai kontrol sendiri..orang lain sekadar boleh menasihati.. bak kata pepatah ‘tepuk dada tanya iman’… betul tak?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Syukran. Alamak, nampaknya kumpulan saya kecundang diperingkat final. Hanya memenangi tempat kedua selaku Naib Johan debat. Apapun, Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk menyertainya.

Ya, jangan tepuk amai-amai belalang kupu-kupu pula ya cikgu :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam,

Tahniah juga walau di tempat kedua, yang penting bukan senang nak masuk final. Untuk seterusnya, boleh jadi juara pula..inshaAllah.. :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Bukan senang nak masuk juara dan final. Sebenarnya rakan saya last minit menarik diri atas sebab-sebab tertentu, maka kami mengganti ahli dengan orang lain.

Dan final juga kami berdebat dengan bekas pendebat IPT tempatan dan mewakili rumah Penang di sini. Jadi tak hairanlah kalau kalah pun :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Farid Rashidi:
Alhamdulillah, inilah maksud saya dalam entri di atas. Kita melakukan sesuatu yang serupa untuk melawan musuh-musuh agar perkara baik terus menerus dapat di sampaikan. Itu antara tujuan WEBBLOG saya di tubuhkan…

salam…

“katakan yang baik-baik, maka kebaikan akan tersebar…”

apabila najis yang berada dalam sebuah kolah air yang melebihi 2 kolah (yang tak menyebabkan warna, bau, dan rasa berubah), maka air itu suci…

semoga banyak lagi bloggers yang mengepos entri2 bermanafaat dalam segala bidang ‘perkataan’ yang boleh di’search’ dalam enjin pencarian seperti google atau yahoo dan seumpamanya…

contoh:

apabila orang taip ‘lucah’… maka entri ilmiah dan tarbiah beserta laranga dari Allah disisipkan keluar menduduki tangga teratas dalam google search. huhu… semua orang perlu main peranan dalam hal ini…

saifulilslam.com pernah sentuh mengenai generasi-Y (yang tak boleh berenggang dengan IT, komputer, internet, handphone dan sebagainya…) mengenai salina (gen-Y) yang sedang mencari identiti diri…;-)

wallahu ‘alam…

***

sepohonkayu’s menulis entri terkini..Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ke-28 (2009)  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

sepohonkayu: apabila najis yang berada dalam sebuah kolah air yang melebihi 2 kolah (yang tak menyebabkan warna, bau, dan rasa berubah), maka air itu suci…

Ianya menjadi berbeza kalau seseorang yang berpakaian wangi masuk ke dalam tong najis. :)

sepohonkayu: semoga banyak lagi bloggers yang mengepos entri2 bermanafaat dalam segala bidang ‘perkataan’ yang boleh di’search’ dalam enjin pencarian seperti google atau yahoo dan seumpamanya…

Dalam hal ini, baru saya sedar akan kepentingan TAG dalam satu-satu artikel. Ia sebenarnya dapat memudahkan orang ramai mencari sesuatu di internet. Bergantung kepada keyword mana yang dicarinya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

sebab tu lah saya tak berapa setuju blog yang ditulis dengan perkataan yang terlalu banyak singkatan. Walau bagus sekalipun penulisannya (berbentuk ilmiah dll) tetapi short form yang banyak, tak dapatlah lamannya ditemui orang. Dah rugi dah tu.

syahidah’s menulis entri terkini..They will curse us!  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

assalamualaikum…

inilah masanya utk kita buat ‘tepuk dada tanya iman’. pemantapan ‘core’ itu penting, sbb bila ‘core’ itu sudah mantap…maka dimanakah kita, diwaktu manakah kita, dikeadaan & situasi macamanapun kita pastinya tahu menilai yg mana haq & yg mana batil.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Wa’alaikumsalam,

Oleh sebab itu, pertama sekali dalam Islam kita hendaklah mengenal apa itu rukun Islam dan Iman. Apabila sudah mengenal intipatinya, maka pembinaan ‘core’ sangat mudah.

Jika ‘core’ tidak kukuh, kita boleh lihat ianya sangat mudah runtuh persis stadium Terengganu yang baru dibina tetapi setahun runtuh. :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Tetapi jangan lupa pula ya. Kuat mana pun core, kalau surrounding [biah] tak mantap, habis juga.

abuyon’s menulis entri terkini..Michael Jackson : Adakah Al-Fatehah Untuknya  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Ya, syukran mengingatkan. Itu juga antara pointnya, persekitaran menjamin bi’ah solehah.

Ramai juga remaja yang kuat Imannya luntur bila berada dalam satu barisan, sehingga belum sempat untuk sampai garisan penamatnya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam Farid,

Dapat tempat kedua dlm debat tempoh hari ye? Alhamdulillah…

Andai iman menyuluhi jalan, pasti buruk kesan jaringan web dapat di halang. Moga kita semua terjaga. InsyaAllah.

suara’s menulis entri terkini..Rajuk selipar…?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Ya, nombor dua sahaja Kak Su. Debat tu berlangsung 30 Jun 2009. Bolehlah hadiah cenderahati kenang-kenangan.

Andai Iman menerangi alam, pasti terang cahaya di dalam. Moga kita semua diampunkan dosa-dosa. Insya’Allah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Assalamualaikum ustaz,
cerita pasal bahas teringat pula pada analogi pisau,sama ada untuk menyembelih haiwan untuk makanan atau menikam manusia yang tak berdosa.

Laman web sosial pun begitu,sama ada mengumpul kawan beratus untuk tahu khabar berita atau cari sasaran jenayah sendiri…

ala kulli hal,tahniah juga dapat nombor thani ;)

muhammad fakhruddin’s menulis entri terkini..Puisi:Prolog Rejab  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Wa’alaikumsalam,

Anologi yang baik.

Terkadang kita perlu berhati-hati juga ketika mengumpul kawan yang beratus itu. Kerana ada kawan makan kawan. :)

Syukran atas ucapan. Saya jadi segan pula bercerita hal itu sedangkan ianya biasa-biasa saja.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

itulah…jika kita memanfaatkan sesuatu mengikut nafsu dan bukannya akal. walaupun sedia maklum akan tujuan utama barat dan yahudi berbuat demikian, kita masih boleh manfaatkannya. tetapi, dengan kebijaksanaan juga. bukannya dengan mengikut telunjuk mereka, malah kita pula membina arah telunjuk sendiri.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

wah sampai jutaan tu  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Post a comment

-Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh-

CommentLuv Enabled

Optionally add an image (JPEG only)

30 visitors online now
30 guests, 0 members
Max visitors today: 45 at 04:10 am UTC
This month: 70 at 03-05-2010 04:28 am UTC
This year: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC
All time: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC