Header image

Binasa Diri Bila Berkata “Rosak”

Posted by Farid Rashidi in Akhlak | Mutiara Hadis | Tazkirah

“Apa sudah jadilah dengan masyarakat kita ni…rosak punah masyarakat!” Marah Zaid berapi-api.

“Kenapa ni Zaid? sabar, tak baik kau menuduh dan menuding jari begitu..” Izhar cuba menenangkan emosi sahabatnya.

“Ahh, masyarakat kita sudah punahla..dengan gejala dadah, rasuah, zina dan macam-macam lagi! apa nak jadi ni? B*****g betullah!!” Terhambur rasa yang membuak-buak di dada Zaid.

“Kau tahu Zaid, kalau tuduh begitu nanti empat jari kembali kepada diri. Satu jari ke hadapan..” Jawab Izhar mengguna pakai alasan biasa.

Sesekali pandang pada perbualan di atas seperti tiada apa yang berlaku.

Dua kali pandang terdapat beberapa point yang boleh kita kutip bersama.

Dikata Rosak Pada Mereka Atau Kita?

Jikalau anda seorang yang kuat mengkritik pada suatu kemungkaran, ternyata pasti ada yang melenting dan menghukum. Menghukum bahawa sering menuding jari pada sebuah kerosakan dengan lantang tanpa menyelidiki apa yang berlaku. Atau dengan kata mudahnya, tidak menyelami masalah.

Rasulullah SAW telah memberikan guideline kepada umatnya dalam sebuah hadis baginda berbunyi:

khat

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. (HR Muslim)

Maka sebagai penjelasan, Imam Nawawi r.a ketika menulis hadis ini di dalam kitabnya Riyadhus Salihin beliau memperjelaskan pengertian hadis tersebut. Kata beliau:

“Larangan seperti di atas itu adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram.”

“Adapun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidaka ada salahnya.”

“Demikianlah yang dijelaskan oleh para ulama’ dan begitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya. Di antara alim ulama’ yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, Al-Khattabi, Al-Humaidi dan lain-lain.”

Kesilapan ini yang sering terjadi di kalangan para daie’ apabila berbicara dan mengkritik sesuatu perkara. Kalaupun marahkan sesuatu usahlah biar sumpah seranah maki hamun menjadi amalan seharian kita. Mahu mendapatkan kebaikan tetapi akhirnya kecundang pula dengan jarum halus syaitan.

Rugi. Masyarakat lari, kita syok sendiri.

Pohon

Begitu juga halnya apabila ketika mengkritik tajam sesuatu kerosakan. Setting dahulu niat pada landasannya. Bila sudah segalanya siap sedia, maka hamburlah kata-kata dengan penuh berhikmah disulami benang-benang kasih sayang dan rasa cemburu pada agama.

Biar kata-kata itu menusuk ke jiwa paling dalam seiring peribadi seharum mawar berduri. Tajam durinya, tetapi harum wanginya.

Lantas kawallah hati kita agar rasa yang penuh kesedaran dan keinsafan tatkala melihat kemungkaran itu diterjemahkan dengan kata-kata kritikan membina. Hindarkan rasa ujub dan sombong bahawa kita lebih mulia dari kalangan mereka yang rosak.

Barulah jari yang empat itu menjadi telunjuk pahala.

Jelas.

Semoga hati-hati kita tetap tegar pada jalanNYA. Ingatlah, ALLAH SWT itu MAHA MEMBOLAK-BALIKKAN HATI manusia.

Ya Muqallibal qulub, sabbit qulubana ala dinik!


11:13 AM, 25 Jun 2009,
Siberbay, Tanta.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

59 Responses

  • Assalamualaikum..

    Binasa Diri Bila Berkata “Rosak”.

    Betul tu.. kalau nak kritik sesuatu..biarla ada basic yang kukuh dan padu. Kalau boleh, bimbinglah mereka yang memerlukan bimbingan. Kita sekarang umat akhir zaman..dah macam-macam berlaku sebab tidak ada kesedaran. Manusia mudah tergelincir dari landasannya jika “pemandunya” tidak berpegang pada agama.

    salam hormat.

    srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Bagai Air di Tandus Sahara

      (Quote)

  • awrapurnama says:

    salam wbt..
    -bgmn yg dikatakn ‘rs cemburu pd agama’?
    -bila trleps ckp dgn mad’u, burk padahny. nauzubillah..
    -sukarnya mmberhentikn seseorg yg fhm agama, ttp sllu mngunakan kata2 kesat & ‘rosak’. seolah sudah sebati kata2 itu dlm dri mrka. tmbh2 org melaka yg kononnya sgt lncang brbicara disertai kta2 ‘rosak’?
    -mn2 makhluk, kalau xmahu berubah, maka begitulah dia~
    =)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Rasa cemburu pada agama itu ialah suatu perasaan yang ada pada seorang muslim jika dia melihat kemungkaran. Contoh: Orang berdating, maka dia mencemburui perbuatan begitu kerana Allah SWT. Kerana Allah SWT larang.

      Faham dan jelas? Banyak lagi contoh lain.

      Itu yang jadi masalah, bila penceramah atau pendakwah biasa berkata-kata keji. Susahlah. Manusia ini pelbagai, terkadang dia tertarik pada akhlak dll.

      Benarkah orang Melaka itu begitu? kata orang, orang Kedah itu yang kasaq bahasanya.

      Atau contoh ini: Lahabau, Hawau. (contoh sahaja, jangan guna ya) Sehingga sekarang saya masih kabur maknanya. Atau ada sesiapa yang tahu?

        (Quote)

      • awrapurnama says:

        Alhamd.. faham dan jelas..

        bgsnya dlm Islam ada mengumpat yg dibenarkn. itu xmengapakn..
        kedah pun ‘konon’nya kasar bhsnye? mgkin mna2 org yg tak fhm agama, sllu keluar prkataan yg xsepatutny..

        yup, kabur dan tak tahu.. mgkin ad dlm kamus dwn bhs. iAllah sy cba cari. yg pasti, perkataan yg xenak didengar. sdah diberi peringatn spy jgn amalkn kata2 kesat, tp masih melakukn.. cmne plk tu..

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Bagus. Jadi bila lihat maksiat mesti rasa cemburu ya :) bukan cemburu untuk nak join sama-sama tapi cemburu untuk membanteras.

          Mengumpat yang dibenarkan itu ada caranya. Contoh mengkritik pemerintah, memberitahu kejahatan si pencuri supaya orang lain berhati-hati dll.

          Bukan ‘kononnya’ tapi memang pun orang kata kasaq.. :D

          Kalau dah tahu, masih lakukan juga maka jangan bersungut kelak.

          Beri peringatan dekat siapa tu? kawan-kawan ya?

            (Quote)

          • awrapurnama says:

            inshaAllah.. dah fhm knalah buat plk yeh..

            bukn ‘konon2′? wah, blm ad pengalamn lg dgr kata2 kasaq dr kwn2 dr kedah..

            yup, kwn2.. mcm xsah plk kalau xda selit2 kata2 kesat.. xth ap yg blh dibanggakn.. inshaAllah, slps bca entri ni, akn sy smpykn lg.. sy jg akn lbh brhati2..:)

            bknke drah kita akn merakam kata2 kita? memanjang kata2 kesat, mcm mnlah keadaan hati.. nauzubillah..

              (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          awrapurnama: inshaAllah.. dah fhm knalah buat plk yeh..
          bukn ‘konon2′? wah, blm ad pengalamn lg dgr kata2 kasaq dr kwn2 dr kedah..
          yup, kwn2.. mcm xsah plk kalau xda selit2 kata2 kesat.. xth ap yg blh dibanggakn.. inshaAllah, slps bca entri ni, akn sy smpykn lg.. sy jg akn lbh brhati2..:)
          bknke drah kita akn merakam kata2 kita? memanjang kata2 kesat, mcm mnlah keadaan hati.. nauzubillah..

          Semestinya kita perlu beramal untuk mendapat buah hasilnya yang manis dan lazat.

          Ya, kasaq..saya juga segan untuk sebutkannya di sini. Nanti salah faham pula orang mendengarnya.

          Ha, elok benor juga tu. Sampaikan kepada mereka dan syorkan juga ke blog ini ya :)

          Bukan sahaja darah, malah malaikat juga merakam kata-kata kita. Firman Allah SWT:

          “Ma yal fizu minqaulin illa ladaihi raqibun atid..”

          Pernah dengar kisah batu keras dan air? ha begitulah hati.

            (Quote)

  • nohas says:

    Kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang…kadang2 para da’ie itu disayangi atau dijauhi kerana kata2, berkatalah yang benar walaupun pahit..

    nohas’s menulis entri terkini..Wakaf Sementara

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Benar, orang berjuang musuhnya ramai dan pengikutnya juga ramai. Saya jadi teringat lagu nyanyian Ustaz Asri Rabbani (lirik adalah dari album baru beliau manakala video klip yang lama, ada perubahan sedikit pada lirik baru):

      Sunnah Orang Berjuang

      Sudah sunnah orang berjuang,
      Mengembara dan berkelana,
      Miskin dan papa jadi tradisi,
      Berenggang dengan anak dan isteri,
      Biasanya para pejuang,
      Rumah mereka merata-rata,
      Rezkinya tidak menentu,
      Tidur baringnya tak berwaktu,
      Orang lain membuat harta,
      Tapi dia membuangnya,
      Orang lain kawannya terbatas,
      Tapi pejuang kawannya merata,
      Orang lain musuhnya kurang,
      Pejuang musuh tidak terbilang,
      Tidak kurang yang sayang padanya,
      Orang lain mati dilupa,
      Para pejuang tetap dikenang,
      Sejarahnya ditulis orang,
      Maqamnya sentiasa diziarahi,
      Perjuangan tetap diingati.

        (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam… biasa kalau kemarahan meluap2 lupa segala..saya pun kadang2 da juga kalau dah berhadapan dengan pelajar yang tersangat kurang ajar.. kita dah cuba sabaar tapi kalau dah sampai mencabar tahap kesabaran seorang guru meletup jugak.. tapi lepas tu kena muhasabah diri balik supaya tenang..maklumlah nak mendidik bukan sehari..nak beri ilmu bukan setakat sepatah… sabar mainkan peranan..

    ape pun memang betul satu jari yang menunding pada orang perlu diingat yang 4 cari pada kita… semoga kita semua diampuni….

      (Quote)

    • awrapurnama says:

      a~miin..

        (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Ha, kalau mahu marah kepada anak murid itu tak ada masalah. Tapi jangan keji perkataan kesat sudahla. :)

      Benar, medan memberi dan mendidik ini boleh capai waktu bertahun-tahun. Sabar dan tabahlah menjadi teman diri.

      Tetapi 4 jari itu boleh mendatangkan pahala jika kena caranya. Seperti entri di atas. Betulkan?

        (Quote)

      • nur_syahadah says:

        a’aa…semoga perkataan yang diguna dapat memberi keinsafan pada anak muridku…

        betul tu 4 jari yang ada boleh mendtangkan banyak pahala jika digunakan secara baik..semoga semua itu dapat diraih oleh ku..

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Baguslah begitu, sebarkanlah apa-apa yang patut. Moga saya juga mendapat tempias pahalanya.

          Bayangkan kalau tunjuk satu jari dan 4 jari itu mengundang pahala bila diguna pada jalan yang betul tidakkah menguntungkan?

          Setting diri sambil setting orang lain. Biarkan seiring :)

            (Quote)

  • Tronx013 says:

    salam,

    Rasa macam terasa plak hati ini..heheh. maklumlah,saya ini tergolong dalam kumpulan Divergant,iaitu manusia yang suka melontarkan idea,pendapat dan tetapi susah nak buat kerja, banyak keputusan dibuat bersarkan perasaan atau gerak hati.. huh.. Apa yang penting, saya hampir mengenali diri.kalian pula dah kenal diri masing-masing? :)

    berbalik pada topik di atas, lafaz kata-kata juga bisa menusuk hati kalau kita melantak sahaja. Saya sendiri mengalaminya, kerana saya sudah dikenali sebagai orang yang kasar dan tajam ayatnya. Perkara yang sebenarnya, saya sendiri tidak sedar akan ayat yang saya hadiahkan itu rupanya duri-duri yang menusuk hati,sehingga saya perhatikan ramai yang tersinggung dan buat muka pada saya. Then, akhirnya, barulah saya faham, saya ada ‘power’ menyakitkan hati manusia dengan kata-kata tanpa perlu kekuatan fizikal.
    Islam pula, banyak membentuk kita agar menjadi manusia yang Allah sayangi. Perbuatan jahat, dipastikan dapat di’eliminate’.

    Untuk masa ini, alangkah baiknya jika peranan keluarga dapat dipulihkan dalam aspek agamanya. Memang jarang ibu bapa akan kata bahawa mereka tidak mendidik anak, malah mereka akan berkata telah memberi kasih sayangnya… Cuma, apabila keluarga yang faham Islam, mereka seolah telah ‘cover’ semua aspek,inshaAllah. Yang menjadi masalah bila keluarga tak faham Islam lagi,sudah merasa telah mendapat pHD. Walau apa pun yang mendatang, pastinya kita akan berusaha pulangkan kejahilan pada kamus sejarah masa silam agar masa depan penuh dengan keimanan. :)

    Memahami hakikat kehidupan demi matlamat menjadi hamba sehebat Rasulullah..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Tronx013: Rasa macam terasa plak hati ini..heheh. maklumlah,saya ini tergolong dalam kumpulan Divergant,iaitu manusia yang suka melontarkan idea,pendapat dan tetapi susah nak buat kerja, banyak keputusan dibuat bersarkan perasaan atau gerak hati.. huh.. Apa yang penting, saya hampir mengenali diri.kalian pula dah kenal diri masing-masing?

      Akhi, sebenarnya saya bukan tujukan kepada sesiapa. Malah mungkin juga peringatan buat diri. Tidak ada masalah, mahu berikan idea, pendapat dipersilakan. Maksud entri di atas ialah:

      Jikalau kita menegur atau berkata “rosak” atas perasaan ujub dan sombong maka itulah yang dilarang. Manakala kalau kita berkata “rosak” juga dan menegur tetapi niatnya kerana sayangkan Islam, mencegah kemungkaran, kerana cemburu agama dan atas sebab yang sihat. Nah, dipersila teruskan perjuangan.

      Dan maksud seterusnya ialah, bila menegur cubalah berkata dengan sopan dan elakkan makian dan cercaan berlebihan bimbang manusia salah faham serta menimbulkan fitnah pula.

      Moga sedikit jelas ya? :)

      Tronx013: saya ada ‘power’ menyakitkan hati manusia dengan kata-kata tanpa perlu kekuatan fizikal

      Waah, hebat ya..siap ada power berkata-kata lagi. Nampaknya saya perlu belajar tu teknik mempowerkan kata-kata. Boleh mungkin? (pakar motivasi kena ayat power ye tak?)

      Tak sempat nak berkasih sayang, asyik mencari wang saja. Nauzubillah.

        (Quote)

      • Tronx013 says:

        salam,

        yup, Arigatogozaimas beri lagi penjelasan. inshaAllah dah jelas artikal. Hehe.. cuma komen saya di atas tu agak sedikit keluar tajuk(dah semak tapi tetap nak send juga.. :) )..

        ‘Power’ yang saya ada ni tidak elok ada untuk para da’i. Tunggu saya men’transformer’kan kepada power yang baik.heheh (maaf, imaginasi saya ni terlalu tinggi+ xmatang lagi ).Pakar Motivasi?hehe lama lagi perjalanan tu..

        Mengenali sikap individu dan memahaminya juga penting bagi menyelesaikan masalah tuding-menuding ni. Biasanya, sebagai da’i,lontaran pendapat daripada golongan yang banyak cakap dan suka tuding-menuding ini penting agar segala kata-katanya dimanfaatkan untuk diperbaiki. Dalam masa yang sama, kenalah di’tarbiyah’kan mulut golongan ini agar mereka dapat menapis kata-kata dan tidak pula menyakitkan hati.Disamping,memupuk kesedaran dirinya. :)

        p/s- mesej yang saya nak sampaikan adalah masalah atau kelemahan juga boleh menjadi azimat jika kita memahami secara bijak. Bak kata orang, pokok tak akan bergoyang jika tiada ‘daya’ yang menggoyangkannya…
        Tapi, kalau selalu dan banyak buat masalah dan merasa dirinya MR/MRS Perfect, kenalah rujuk kepada pakar psychologi, harap-harap dia ada kesedaran yang baik(good insight).

          (Quote)

  • nur_syahadah says:

    betull… kena didik anak secara islam!

      (Quote)

  • nahmy says:

    assalamualaikum..

    siapala kita utk menghakimi sesuatu? tidakkah kita ‘masih’ tergolong dlm golongan yg kita kata rosak tu? tidakkah kita sebahagian darinya? benar sgt sabda Rasulullah tu. jika ada ‘kerosakkan’ pun jum le kita fokus kpd camna nak baikpulih…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Kita bukan siapa-siapa, hanyalah Allah SWT dan Rasul-NYA tahu perihal itu. Namun kita punya pedoman, maka dengan pedoman itulah kita berhukum.

      Mahu keluar dari sebahagian golongan itu? boleh. Settingkan hati dan jiwa agar tak terpesong dan sombong ketika menasihati. Insya’Allah ada pahalanya pula menjelma.

      Pertama sekali untuk membaiki sesuatu, perlu ada orang pakar untuk check. Selepas check, kita upgrade atau tukar barang yang rosak itu.. :) tak gitu Encik Nahmy?

        (Quote)

  • Tie says:

    Memang kena hati2 bila berbicara..blogging pun sama.. kadang2 tersasar dan berharap ada yang sudi menegur…

    Tie’s menulis entri terkini..Makanan untuk mewujudkan kemesraan dan awet muda

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Ya betul tu Kak Tie, sebab itu kita perlukan rakan membimbing agar atau menegur jika tersalah kata. Jangan pula kita melenting lebih nanti tak ada yang sudi menasihati. Betulkan?

      Nanti jangan lupa bagi tips menarik lagi ya :D

        (Quote)

  • adeq says:

    Salam bang,
    Saya ada dengar satu ceramah,kata nya: contoh: kita nak pergi meminang seseorang gadis, maka kita pun risik2la orang2 yang kenal dgn gadis tu ttg akhlaknya. Maka orang yg tahu ttg akhlak buruk gadis itu kena beritahu perkara yang sebenarnya kpd kita. Betul ke bang ? Tima kasih sudi singgah ke blog saya yang…..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Cukuplah sekadar memberitahu apa-apa yang perlu. Contohnya kalau si ibu yang beritahu bertujuan untuk memberi bahagia kepada anaknya tidak masalah.

      “Mad, kau jangalah kahwin perempuan tu. Dia tu GRO kaki disko..carilah yang solehah.”

      Tak mengapa.

        (Quote)

  • Nasihat-menasihati itu memang yang dianjurkan. Tegurlah bila mana perlu, namun sampai lari daripada yang dipandukan. Buatlah pada cara paling berhikmah.

    SangMentari’s menulis entri terkini..BERDOSAKAH SOLAT DI TEPI JALAN?

      (Quote)

  • azmamusa says:

    selalu ingat pesan orang tua…. jaga mulut tu… kerana mulut badan binasa… nak menegur orang kenalah berhemah dan penuh hikmah…..

    selalunya cuba guna psikologi utk tegur dan didik pelajar tapi kadangkala kalau students melampau sangat, terkeluar juga kemarahan hingga mengeluarkan kata-kata ‘lantak le kome…’ tapi tu kejap jer, x sampai hati biarkan depa x de bimbingan….

    azmamusa’s menulis entri terkini..CiNTa

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Sekejap ya kak. Saya sambungkan depannya.

      “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa..”

      Apakata kita tukarkannya:

      “Kerana pulut dan santan boleh makan dengan durian, kerana mulut berhikmah boleh masuk syurga..”

      Amacam? :)

      “Lantak le kome” itu dalam loghat Perak. Kalau standartnya, “Terpulanglah kalian” betulkan? Jadi tak ada unsur makian di situ. Apapun, teruskan berjuang cikgu.

      P/S: Marah tanda sayang bagaimana pula?

        (Quote)

  • sebab itu manusia berbeza dai makhlk lain.. kita bersama anugerah aqal, maka gunakalah anugerah ini secara maksima.. berfikir sebelum berbicara.. itu sebaiknya..

    ummumishkah’s menulis entri terkini..Di Usia 3

      (Quote)

  • salam ya ustaz. benar sungguh apa yang dikatakan oleh ustaz. kadang2 para dai’e ni kebanyakannya merasa diri terlalu bersih sehingga disekitarnya terlalu keji dan kita tak sedar sudah timbul titik-titik ujub dalam hati.. (na’uzubillah)…

    memang tak dinafikan kalau orang yang berkata ‘rosak’ pada masyarakat atas kejahilan dirinya, tetapi kalau yang tengah bercakap tu adalah yang mengaku dia adalah seorang da’ie, saya tak boleh terima dan dia sebenarnya bukanlah seorang da’ie yang berhikmah…

    ya Allah.. pimpin kami ke jalan yang lurus…

    Wardatul Shaukah’s menulis entri terkini..Jalan Cinta Para Pejuang (2)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Ya, itulah maksud entri. Moga ianya menjadi pedoman buat saya dan kalian.

      Ada perbezaan jika berkata:

      “Masyarakat sekarang dah rosak..itulah aku nasihat tak nak dengar, taknak bagi aku jadi pemimpin kan dan rosak!” Sambil mendabik dada.

      “Masyarakat sekarang dah rosak, kita harus kembali kepada Al-Quran dan Sunnah..kita harus kembalikan apa yang benar..” Sambil menginsafi diri.

      Pilihlah mahu berkata yang mana satu?

        (Quote)

  • abuyon says:

    Salam. Hey hey hey (kata-kata komersil break seorang motivasi yang pernah saya hadiri). Saya lihat ada kecenderungan di banyak blog untuk menyalahkan para da’ie. Dah macam trend pulak. Yup, seolah-olah kita yang memberi komen ini suci bersih dari apa yang kita katakan terhadap mereka padahal kita tidak berbuat apa-apa (berdakwah). Sekadar peringatan kepada diri, dan rakan-rakan.

    O satu lagi, sayidina Ali pernah berkata, jangan lihat orang yang bercakap, tapi lihatlah apa yang dicakap.

    Maknanya kalau orang tu jahat sekalipun, kalau dia tegur atau cakap perkara baik atau berkata benar, kita ambillah darinya, jadikan iktibar. Lebih-lebih lagilah, kalau orang tu baik.

    abuyon’s menulis entri terkini..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      He he he he…gelak seorang jika merasa lucu. :)

      Pertama, sememangnya sekarang hangat tentang isu sebegitu. Maksud saya melibatkan da’ie. Tetapi saya tidak mahu menyentuh tentang itu secara direct. Motif utama entri di atas berkisar mengenai apa yang saya hadapi.

      Jika dilihat sebelum ini, saya biasa menulis entri sebegitu yakni berkata tentang kerosakan masyarakat Malaysia. Namun feedback yang diterima bunyi seperti yang saya tulis di atas.

      “Jangan menuding jari pada orang..”
      “Jangan berkata begitu..satu jari tunjuk kat orang, empat jari kena kat kita balik”

      Maka saya cuba menjawab komentar yang diberi dengan menulis entri ini. Maksudnya jika mahu berkata begitu boleh asalkan setting niat elok-elok agar tidak terpesong jalan.

      abuyon: padahal kita tidak berbuat apa-apa (berdakwah).

      Perlu kita semua fahami bahawa Uslub dakwah itu pelbagai. Boleh menyampaikan dakwah dengan pelbagai cara samaada menggunakan lisan, perbuatan, berkata-kata, menulis, bernasyid, berceramah dll.

      abuyon: sayidina Ali pernah berkata, jangan lihat orang yang bercakap, tapi lihatlah apa yang dicakap.

      Ya, kerana itulah perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata.

      Kata-kata ulama’ itu hikmah.

        (Quote)

      • abuyon says:

        Salam ya syeikh. Hey hey hey .. hehe. Ana tidak menujukan komen di atas kepada syeikh atau sesiapa yang memang berhadapan dengan da’ie yang bersikap kasar, tidak berhikmah dan seumpamanya. Maksud komen itu ialah banyak antara kita tak pernah berhadapan dengan kejadian tersebut tetapi menggembar-gemburkan isu itu. Lebih kuah dari sudu. Tak pernah saksikan pun tetapi dia pula yang lebih-lebih beri komen.

        Semacam menjadi satu trend pula untuk menyalahkan para da’ie ini. Padahal kita ini tidaklah berbuat apa-apa jika dibandingkan dengan mereka. Mereka bekerja, meski ada salah dan silap tetapi kita duduk saja, asyik pula mengkritik mereka. Nak bagi contoh macamana ya, ha, macam tukang masak la. Dia letih-letih masak, kita sedap-sedap saja komen tak sedap, padahal rasa pun belum.

        Atau perkara kecil, diperbesar-besarkan. Atau perkara tidak berlaku, bila bercakap macam berlaku pula. Jadi, kita (yang berkenaan termasuk yang menulis inilah)tidak bersikap adil kepada mereka, kita pukul rata semua.

        Dah jadi trend pula. Itulah maksud ana ya.

        abuyon’s menulis entri terkini..Nama Dan Buku Besar Fathi Yakan

          (Quote)

  • suara says:

    Salam farid…

    Rosak… berdasarkan pd contoh ayat yg digunakan… mmgnya ada aura yg negatif… dan itu mmg tak elok untuk kita. Bukankah kata-kata itu mempengaruhi molekul air… dan badan kita ni penuh dgn air. yang berkata dan mendengar akan terkesan oleh negatifnya perkataan itu.

    Minimumkan bahasa negatif…

    suara’s menulis entri terkini..Anugerah di Raudhah

      (Quote)

  • Rantong says:

    Sekadar nasihat & peringatan sesama muslim.

    Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

    “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. ” (Al Hujurat ayat 12)

    View Profile: Rantong™

      (Quote)

  • Assalamualaikum akhi Farid..Alhamdulillah, mula-mula susah ustazah nak buka blog ni..hu3
    “Kata-kata yang ROSAK membawa lebih KEROSAKAN ” …lebih-lebih lagi guru juga dae, perlu hikmah dan bijak sana dalam kata-kata , melihat anak didik bukan sebagai masalah tetapi peluang dan ruang untuk membimbing mereka. Memang ada kaitan antara kata-kata yang kita hamburkan dengan personaliti orang yang dituju…boleh ziarah Rahsia Di Dalam Air dalam blog ustazah

    http://ustazahlina.blogspot.com/2009/04/rahsia-di-dalam-air.html

    ustazahlina’s menulis entri terkini..Komik Perjanjian Hudaibiyah (1)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Oh, saya ada ke blog Barukisu dan di sana Ustazah ada adukannya. Saya rasa mungkin Ustazah perlu refresh berulang kali kerana terkadang mungkin linknya seperti tersangkut begitu.

      Benar, tambahan yang berkata itu seorang yang disegani pula. Sudah tentu efeknya lebih besar bukan.

      Terima link itu, alhamdulillah saya sudah ke sana membacanya.

        (Quote)

  • damai says:

    salam dari kejauhan..

    wah..sudah 1,2,3,4,5,6,7…7 entri faridrashidi.com tidak damai baca…huhuhu

    ~~ tu je nak tulis ~~

    damai’s menulis entri terkini..3 dalam 1

      (Quote)

  • noorlara says:

    tanngunjawab semua ahli masyarakat untuk mengelak berlaku kerosakan itu. Ia bermula di rumah dan ayah sebagai ketua keluarga bertanggungjawab just like a nakhoda kapal bawa anak kapal dan krew ke pulau yg selamat dan mnakmur. Ibu pula jadi pembantu utama. kalau setiap rumah sejagtera tentu akhirnya seluruh isis negara berbahagia.

    noorlara’s menulis entri terkini..Kasihnya seorang bapa

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Nakhoda dan pembantunya harus bijak mengendali kapal dan anak kapal. Tidak semestinya sudah selamat sampai ke daratan itu bermakna anak kapalnya terselamat dari terkaman ikan jerung yang ganas.

        (Quote)

  • atulasca says:

    sesungguhnya RasuluLlah adalah qudwah hasanah… ayuh kita contohi akhlak RasuluLlah…tak luntur, tak goyah, tak tercarik walau ramai yang dengki, hinakan baginda…kerana bagi baginda, mereka adalah mad`u yang perlu ditunjukkan jalan…~

      (Quote)

  • salam…

    boleh x seorang kakak mencium adik kandung lelakinya sedangkan mereka telah berumur 30-an? si adik nya sudah berumah tangga…

    minta penjelasan ustadz ya.

    ustadz boleh reply kat sini atau email saya: pokok_upsi@yahoo.com.sg

    Minta jasa baik ustadz…

    Jazakallah…

    ***

    sepohonkayu’s menulis entri terkini..Haq Menjadi Bathil, Bathil menjadi Haq

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge