Header image

Unsur Feminisme Dalam Filem ‘Perempuan Berkalung Sorban’

Posted by Farid Rashidi in Bicara Semasa | Fiqh Islami | Tazkirah

Ketika terkuak jendela, fajar Islam terbit membebaskan belenggu kejahilan di kalangan manusia.

Hadir gah menghapuskan segala bentuk perkara kesyirikan, penyembahan Latta Uzza (patung sembahan), penindasan kepada kaum wanita dan pelbagai kesesatan lain bermula sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar urusan pemerintahan.

Ingatkah kita kisah Saidina Umar r.a di zaman Jahiliyyahnya? Akhirnya beliau sujud taubat tenggelam dalam linangan penyelesan tak terhingga.

Setelah sekian lama Islam berjaya membersihkan karat-karat kefasidan, kini muncul lagi slogan-slogan indah menari-nari di minda para wanita Islam. Penubuhan SIS pada 1988 dilihat antara usaha-usaha memartabatkan kembali slogan itu. Feminisme, Liberal, kebebasan, kesamarataan.  Untuk apa idea itu?

Objektif utama kami (SIS) adalah:
* Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita;
* Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki; dan
* Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.

Filem ‘Perempuan Berkalung Sorban’ (Woman With A Turban)

Melihat tajuknya sahaja sudah jelas menampakkan makna tersirat. Serban adalah pakaian bagi kaum lelaki mengikut adat kebiasaan masyarakat arab lalu ianya menjadi sunnah Rasulullah SAW. Bahkan ia juga menjadi pakaian bagi ulama’ dulu dan kini. Apa yang kita boleh tafsirkan jika wanita yang memakai serban di kepalanya?

Menonton filem itu di awal babak sudah membuatkan jiwa tersentak. Babak bagaimana si gadis kecil bernama Anissa memberontak di hadapan ayahnya agar dia dapat bersama-sama abang menunggang kuda.

“Kenapa nisa ngak boleh?” Tanya Anissa sewaktu sedang makan malam bersama keluarga.

“Kerana kamu itu perempuan..” Jawab abangnya.

“Puteri budur..mereka perempuan, mereka naik kuda sama memimpin pasukan..”

“Berarti mereka juga ngak pantas..”

“Mereka bukan anak abi..” Jawab Ayah gadis itu lalu menepuk meja makan.

Begitu juga babak yang berlaku ketika sessi pemilihan ketua kelas di antara Anissa dan Farid (Ternyata nama penulis juga tiba-tiba termasuk dalam senarai. Saya senyum sahaja kali ini). Lalu akhirnya guru kelas memilih Farid sebagai ketua kelas beralasankan lelaki pemimpin kaum wanita. Kesannya menyebabkan Anissa terus memendam rasa yang mendalam.

Adegan lain yang boleh menimbulkan kontroversi ialah perbualan Anissa ketika bersama rakannya membasuh kain di tepi sungai.

“Islam ngak adil sama perempuan!” Kata Anissa tambah rasa bersalah selepas kecewa dengan pengajaran Pak Kiyai.

Jalan cerita filem itu mengisahkan kehidupan di sebuah pusat pengajian pondok (pesantren) dan situasi-situasi yang berlaku di dalamnya melalui penyampaian daripada babak ke babak.

Mesej Filem

Setelah menonton filem tersebut, saya dapat rumuskan beberapa perkara mengenai mesej yang hendak disampaikan. Mari kita teliti satu persatu-satu:

1.Sekolah Pondok Islam (Pesantren) mengongkong kebebasan.

Meletakkan Institusi pusat pengajian Islam sebagai sebuah tempat menyekat kebebesan adalah suatu tindakan yang tidak wajar. Gambaran sebegini menunjukkan kepada penonton bahawa Islam adalah agama yang sempit dan tidak memberikan layanan adil kepada kaum wanita sehinggakan muncul fahaman feminisme. Justeru, golongan yang memperjuangkan fahaman feminisme terus mencucuk jarum tajam dan menghukum Islam adalah agama penindasan dan zalim.

Ia dilihat seolah-olah wanita telah terpenjara dengan Islam.

Akibat dari kesan kecil ini, golongan tersebut lalu membawa fitnah lebih besar dan berani sehingga menuntut sebuah kebebasan yang tidak masuk akal. Bahkan mahu sama taraf pula dengan kaum lelaki dalam semua hal serta tidak melihat sebagai fitrah manusiawi sebagai landasan. Licik bukan propagandanya?

2.Wanita tidak boleh jadi pemimpin?

Saya mengakui di dalam agama Islam tidak semua perkara kaum wanita boleh melakukannya seiring lelaki. Namun tidaklah bermakna itu adalah suatu kongkongan hebat ke atas wanita. Islam hadir meletakkan fitrah wanita di dalam landasan sebenar. Ini bukanlah atas bersifat kokongan. Tetapi lebih kepada didikan berbentuk pengawasan, penjagaan dan kasih sayang.

Islam sememangnya tidak menganjurkan wanita menjadi ketua negara ataupun Khalifah di dalam empayar Islam atas sebab-sebab tertentu. Walaupun begitu, Islam tidaklah begitu sempit sehinggakan selama-lamanya wanita itu tidak boleh menjadi pemimpin. Dipersilakan wanita menjadi pemimpin untuk kaum hawa dan hal ehwal wanita. Kerana itu lebih dekat dengan hati-hati mereka malah bersesuaian dengan fitrah wanita yang fikirannya ada kehebatan tersendiri. Firman Allah SWT bermaksud:

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)..” (An-Nisa’: 34)

Di dalam kitab Fatawa Wa Ahkam Lil Mar’aatil Muslimah oleh Syeikh Athiah Saqr ada menyebut hal berkenaan masalah ini. Beliau menyatakan bahawa tidak harus bagi wanita menjadi pemimpin dalam wilayah umum samaada menjadi ketua negara, Presiden, Perdana Menteri dan sebagainya.

Menurut padangan Jumhur ulama’ di kalangan Malikiah, Syafie’yyah dan Imam Hanbali sesungguhnya tidak harus wanita menjawat jawatan dalam perundangan berdasarkan dalil hadis baginda SAW bermaksud:

Dikeluarkan oleh Bukhari, Ahmad, Nasaie’, Tarmizi daripada Abi Bukrah: Kata Rasulullah SAW: “Tidak berjaya sesuatu kaum sekiranya wanita menjadi pemimpin di kalangan mereka”

Kepada mereka yang masih memperjuangkan hak ini saya syorkan mereka ‘panjat pokok kelapa’ dulu dan tinggalkan aktiviti beranak, mengandung dan menyusu anak agar setanding lelaki.

3. ‘Dating’ dan berdua-duaan lelaki wanita.

Filem ini seolah-olah mengenepikan soal berduan-duan antara lelaki dan wanita samaada di tempat sunyi seperti kandang kuda, ataupun pantai yang terbuka. Walaupun hakikatnya ia adalah sebuah lakonan tetapi kesan kepada penonton memperlihatkan unsur negatif. Tambahan pula terdapat satu adegan yang mana Anissa mengajak bekas kekasihnya supaya melakukan zina dan mendedahkan aurat. Adakah ini sesuatu yang baik?

“Aku sudah berkali-kali istighfar tetapi Tuhan tidak pernah dengar Istighfar aku.” Kata-kata Anissa di dalam kandang kuda seakan-akan mempersendakan agama.

4. Jima’ yang ganas.

Islam menggalakkan umatnya berkahwin antara lain agar landasan menyalurkan fitrah naluri bersama antara lelaki dan wanita itu diberikan secara betul berdasarkan kasih sayang dan nilai hubungan yang baik. Tidak hanya mementingkan kepuasan dan layanan sebelah pihak semata-mata.

Apa yang ditonjolkan oleh filem ini ialah keganasan dan kekasaran dalam melayan si isteri terutamanya ketika mahu bersama. Sedangkan lelaki itu berwatak seorang yang terpelajar dalam agama serta tahu hukum hakamnya. Jadi, mesej apakah yang mahu disampaikan oleh mereka yang membuat filem?

5. Ketidakadilan dalam poligami.

Selepas sahaja berlaku keganasan seks dalam rumah tangga, maka si lelaki yang kononnya beragama melakukan poligami pula. Alasan yang sangat dangkal! Mahukan kepuasan seks semata-mata kerana Isteri tidak memberikan layanan.

Lalu apabila berlaku poligami, si suami pula tidak berlaku adil kepada isteri yang pertama. Nah, di sinilah antara lubang untuk golongan SIS dan Feminisme mengambil kesempatan merosakkan erti poligami sebenar. Walhal sunnah Rasulullah SAW membenarkan berpoligami sekiranya berlaku adil antara kesemua isteri yang dikahwini lelaki itu.

Suatu tamparan hebat hinggap di emosi-emosi kaum wanita dan akhirnya berjaya melabelkan poligami tidak wajar! monogami digalakkan!

muslimah

6. Wanita tidak boleh belajar setaraf lelaki.

Hujjah dangkal apakah yang diguna pakai mengatakan Islam tidak memberikan ruang untuk kaum wanita belajar? Belajarlah asalkan tidak melanggar syariat dan tidak menyalahgunakan ilmu untuk mencabar agama sendiri.

7. Hukuman Hudud dan Rejam yang salah.

Setelah Anissa dan Alek ditangkap kerana tuduhan berzina, langsung hukuman rejam mahu dilaksanakan ke atas kedua-dua mereka tanpa bukti, 4 orang saksi dan penyiasatan terperinci.

Watak Anissa ketika itu ialah seorang wanita janda, manakala Alek lelaki yang masih bujang. Di dalam kaedah hukuman hudud, lelaki atau wanita yang belum berkahwin jika benar dia berzina maka hukuman 100 kali sebatan dan buang daerah akan dilaksanakan.

Bukan rejam.

Rejam sehingga mati adalah disabitkan bagi mereka yang sudah berkahwin dan berzina. Itupun setelah selesai penyiasatan rapi dan bukti yang kukuh atas dakwaan. Hudud bukan undang-undang yang tahu berhukum tanpa penghakiman detail.

8. Tidak boleh menulis.

Sebagaimana yang saya jelaskan, Islam sama sekali tidak melarang kaum wanita menulis atau terjun dalam apa jua bidang yang sesuai mengikut syariat asalkan ianya tidak melanggar fitrah dan agama.

Silalah sampaikan apa jua idea, pandangan, tulisan agar memberi faedah kepada Islam.

Tulisan di atas adalah sedikit sedutan lakaran dan huraian setelah saya menonton filem tersebut.

Justeru, hati-hatilah kita sebelum menonton sesebuah filem samaada berunsur agama ataupun tidak. Bimbang tersalah pertimbangan akal mengundang fitnah lebih besar pula.

Atau, kalian masih mahu berkalung serban wahai wanita?

Saya perlu menekan brek dahulu untuk entri agar tidak menjadi sebuah buku yang berjela-jela.

Rujukan:
Kitab Fatawa Wa Ahkam Lil Mar’aatil Muslimah
oleh Syeikh Athiah Saqr.

6:43 PM, 23 Jun 2009,
Siberbay,Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

110 Responses

  • Tirana says:

    Bila golongan yang tidak memahami Islam secara menyeluruh, kemudian ingin menuntut persamaan di antara lelaki dan perempuan, begitulah jadinya.. akan timbul pelbagai kepincangan dan yang lebih malang tuntutan itu jelas bertentangan dengan Islam. Wahai golongan wanita…Islam tidak memenjarakan kita sebaliknya memerdekakan kita sambil menjaga kesucian dan martabat kita sebagai Muslimah.

      (Quote)

  • Tirana says:

    Salam Farid..

    Semoga Allah permudahkan segala urusan dan mudah-mudahan mendapat kejayaan dalam oral speaking hari ini..InsyaAllah

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Begitulah kak..manusia mahu melawan fitrah insani. Sejauh mana mereka boleh bergerak..buatlah apa saja sebelum Allah SWT membuat perhitungan.

      Tirana: Semoga Allah permudahkan segala urusan dan mudah-mudahan mendapat kejayaan dalam oral speaking hari ini..InsyaAllah

      Alhamdulillah baru sahaja selesai..moga segalanya beroleh kecemerlangan. Ameen. Syukran.

        (Quote)

  • al-Kurauwi says:

    Assalamualaikum,
    Salam ziarah Farid. Teruskan menulis.

    al-Kurauwi’s menulis entri terkini..BATU-BATU DI JALANAN

      (Quote)

  • kakpah says:

    salam ziarah. banyak entry yang menarik di sini

      (Quote)

  • iza says:

    Salam ziarah juga wahai tuan rumah. banyak yang menarik di blog ni, saya akan datang lagi untuk baca baca :)

    iza’s menulis entri terkini..Tanah Besar Yang Istimewa…

      (Quote)

  • Tie says:

    Salam, Hmmm… tak pernah tahu cerita ni..

    Rasa2nya filem ini sengaja diterbitkan untuk mempersendakan Islam. Filem Indonesia ke?

    Setahu kak tie, ada golongon bukan Islam yang sengaja buat cerita begini (sinetron pun ada), dengan tujuan untuk memesongkan akidah seseorang muslim.Kadang2 diselitkan watak2 kepercayaan kristian umpamanya, pari2, bila mati naik ke langit dan macam2 lagi.

    Psst- Tentang nasi briayani tu,

    1. Tumbuk 2-3 ulas bawang putih dan sedikit halia.
    2. Tumisnya bersama hirisan bawang, kulit kayu manis, bunga lawang dll dengan minyak dan sedikit mentega (atau minyak sapi)
    3. Basuh beras (2 cawan untuk 3 orang makan),
    4. Masukkan beras dalam tumisan tadi…. kacau rata, masukkan 2 cawan air dan 1 cawan susu, serta sedikit garam. (sukatan air ikut jenis beras)
    5. Tanak macam biasa, bila dah masak, masukkan saffron yang direndam dengan sedikit air… kacau sedikit bersama nasi. Biarkan nasi benar2 masak, dan bolehlah makan. (boleh tabur kismis dan gajus)

    Lauk tu, ayam masak pedas….macam masak sambal tumis je, cuma goreng ayam tu separuh masak. Boleh makan dengan kurma, kari atau kerutuk….dalca pun sedap, he he…

    Tie’s menulis entri terkini..Saffron

      (Quote)

    • Muhammadsayyid says:

      Assalamualaikum..Hehe..Kak tie..Bkn main kasi tau resepi..He..Salam ziarah farid..Nice post..Sy pn dah pernah menyentuh ttg filem wanita berkalung sorban ni..Dan pernah berbagi pndapat dgn kawan sy yg puji film ni..Sy akan add link awak d blog sy..

        (Quote)

      • Farid Rashidi says:

        Wa’alaikumsalam,

        Oh begitukah? nanti saya ke blognya. Tapi alangkah molek kalau saudara letakkan link ke sana agar senang kami ke sana lagi.

        Apa pendapat kamu ttgnya?

          (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Lepas ni kena tahu dan berhati-hati ya. Bimbang anak-anak yang jadi mangsa nanti.

      Tie: Filem Indonesia ke?

      Ya, filem Indonesia.

      Kalau filem Mat Saleh itu kita sudah tahu kesesetan yang mereka tonjolkan, tapi kalau filem bertopengkan Islam sangat susah. Ideanya licik dan halus sekali.

      Wahh, sempat lagi menaip dan berikan resepinya ya. Terima kasih! nanti saya cuba buat.

      Ada resepi Dalca tak kak? hehe.

        (Quote)

      • Tie says:

        Dalca ? Senang je… kalau tahu masak kari, sama je walaupun ada rempah dalca berasingan dijual di pasaran…..

        Kalau suka bubuh kacang dal, rendam dulu segenggam semalaman. Kemudian rebus hingga empuk. Lepas tu masukkan dalam lauk kari. Sayur2 dalam dalca tu seperti terung (potong kecil), karrot, kentang, kacang panjang dll. Bila masak, masukkan yang lambat empuk dulu seperti kentang dan karrot.

        Bila bubuh kacang dal, dalca jadi pekat. Tapi setengah orang tak suka bubuh kacang dal… Kalau farid tak pasti nak masak, nanti kak tie bagi resepi yang ada sukatan….

        Tie’s menulis entri terkini..Entry dalam kelambu: Bila suami terlebih romantik

          (Quote)

        • Tie says:

          Ooo….lupa pulak, lauk dalca ni guna daging atau ayam. Ikan tak boleh tau…

          Tie’s menulis entri terkini..Entry dalam kelambu: Bila suami terlebih romantik

            (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Oh begitu ya…

          Kacal dal tu kacang yang mamak buat kari cicah roti canaikan?

          Kalau tak silap saya di sini arab panggil Full.

          Saya ada tengok gambar nasi minyak tu berwarna warni. Macammana cara nak buat tu ya?

          Alaaamak! haisyh, jadi topik masak-masak bersama chefla pula. :)

          Ya, yang sukatan lebih bagus.

          Tie: (sinetron pun ada)

          Sinetron itu cerita apa?

            (Quote)

          • Tie says:

            Haa…. kacang dal tu laa… Kalau kat sana mungkin rupanya lain sikit kot..ada beberapa jenis ni…

            Nasi warna warni?? Bila dah masak, titik kan je pewarna, kemudian kacau sikit. Kalau nak semua satu color, masa sebelum tanak tu bubuh color dulu..(air tu jadi berwarna ,misalnya kuning) Jangan lupa bubuh garam sikit, kalau tak tawarlah nasi tu…

            Sukatan tu nantilah… kak tie kena check dulu. Takut tersilap, kesian pulak Farid nanti, he he…

              (Quote)

            • Farid Rashidi says:

              Makna kata style titik warna-warni tu macam nasi hujan panas jugakah? atau ada cara lain nak membuatnya?

              Mungkin Kak Tie boleh ceritakan skill, tips, dan petua masakan dalam blog resepi tu di samping resepi lain. Ok idea?

              Ok, kalau dah ada sukatan don’t forget to sharing ya. :)

                (Quote)

  • Assalamualaikum sahabat…

    1.Kebebasan itu ada hadnya..tak perlu bebas sangat agar tidak rapuh. Diberi sedikit kelonggaran sudah mencukupi :) sebab tu jika tidak diberi kebebasan jiwa akan memberontak dan akan timbul perkara-perkara yang tak masuk akal.

    2. Yer..sekarang ni banyak filem dan cerita yang mengisahkan kesamarataan taraf lelaki dan perempuan(seperti cerita di atas).

    macam mana la keadaaan dalam 10 tahun akan datang…

    3. Sebab tu kita semua kena jaga ikhtilat.

    4. Wanita bukan untuk dikasari tetapi dilayan dengan baik.

    5. Poligami??alahai…kalau ada seorang zaujah pun tidak mampu menjaga hatinya dengan baik..tak perlu la hendak berpoligami jika semata-mata menurut kata hati. yang penting hargai dan jaga apa ada.

    6. Belajar sehingga liang lahad..wanita juga ada hak untuk belajar dan selagi tidak melanggar syariatnya.betul kata penulis..:)

    7. Undang-undang sudah tertulis dari manusia yang mencorakkannya.

    8. Tidak boleh menulis?why?..no idea..

    harap-harap semua dalam lembahyung rahmat Illahi..take care .
    wassalam.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Nampaknya seperti menyenaraikan kembali point-pointnya :)

      Bagaimana jika suami itu mampu menjaga isterinya dengan baik dan mahu berpoligami pula? apa pandangan kamu?

        (Quote)

      • Kunjungan kembali..

        Amboi…hendak berpoligami?
        Sebab ape?habaq sikit alasalannye sebelum soalan anda dijawab..heheee

        srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Bagai Air di Tandus Sahara

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Alasannya sebab mampu memberi keadilan dengan baiklah. Di samping dapat meluaskan empayar pemerintahan :)

          Ya, sila jawab soalan saya.

            (Quote)

          • soalan: Bagaimana jika suami itu mampu menjaga isterinya dengan baik dan mahu berpoligami pula? apa pandangan kamu?

            jawapan: Bagi yang berfikir secara rasional..jika sudah mempunyai seorang isteri yang baik dan anak-anak yang comel..buat apa nak tambah masalah dengan meluaskan empayar pemerintahan?bertambah masalah ada lah..tidak kah suami itu patut bersyukur kerana diamanahkan dengan seorang isteri yang taat, baik dan jelita.

            Islam itu mudah…dan tidak membebankan umatnya. jika jiwa memberontak mahu “meluaskan pemerintahan” atas sebab-sebab yang munahsabah tidak mengapa contohnya isteri tidak mendapat zuriat atau sudah tidak serasi lagi atau pun ada masalah-masalah lain.ahlan..

            Tapi percaya la..bagi insan yang berpegang pada agama dia seharusnya bersyukur dengan apa yang diperolehi.

            “Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja.” (An-Nisa: 3)

            masak pau sampai wap…(nyum..nyum..)
            soalan anda sudah dijawab
            :)

            srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Bagai Air di Tandus Sahara

              (Quote)

  • salam ya ustaz. terima kasih kerana tak jemu bertandang ke rumah saya, saya seringkali lupa mahu menziarah dan menghadam ‘lauk-pauk’ di sini. ustaz berikan komen di rumah saya, baru saya teringat rupanya saya sudah lama tak berkunjung ke sini! :D

    oh sudah ditontonkah filem itu? saya mendengar tajuknya saja, saya kata dalam hati “entah apa-apa” dan tak ada selera untuk membeli cd dan menontonnya. hmm.. kalau filem indonesia, harus berhati-hati sebelum menonton terlebih dahulu. memang filem-filem mereka agak pelik. kalau saya, saya harus tanya rakan-rakan indonesia tentang objektif filem tersebut, kalau rakan indonesia kata ok, baru saya tengok :)

    saya pernah dengar 1 ceramah sewaktu di Medan, dan ustaz tersebut katakan perempuan boleh saja menjadi pemimpin kecuali dlm 3 keadaan. wanita tidak boleh memimpin;

    1. dalam peperangan
    2. dalam pemerintahan khilafah
    3. dalam solat

    dan selebihnya, silakan saja kalau mahu jadi pemimpin. apa benar ya ustaz? saya pun agak pelik juga dengan penubuhan SIS ni. mereka ini kenapa?

    Wardatul Shaukah’s menulis entri terkini..Qasidah Burdah dan Seorang Nik Nur Madihah

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Oh, tak mengapa. Saya memang suka menulis. Asal ada ruang maka saya akan menulis memberikan pendapat serba kekurangan ini.

      Ya, banyak yang bertanya saya sudah menontonnya atau tidak. Memang saya sudah menontonya. Itupun kebetulan copy dari kawan.

      Satu lagi unsur ketara ialah pelakonnya seksi dan 18SX dlm filemnya agak menonjol. Malah sahabat Indonesia di sini juga mengakui hakikat itu.

      Benarlah tu, cuma dalam solat boleh jadi pemimpin tetapi hanya untuk wanita sahaja.

      Mereka ini pertubuhan NGO. Cuba klik link yang saya letakkan dan baca Visi dan Misi mereka. Jika masih belum faham, silakan tanya kembali.

        (Quote)

  • Ayu says:

    Assalamualaikum..

    Bahaya cerita mcm ni.Kalau yg tak kenal Islam,terus menerus anti-Islam.Moga kita sentiasa dlm bimbinganNya..

    Terima kasih kerana berkongsi ilmu ^^

    Ayu’s menulis entri terkini..:: Lagi hadiah giveaway dari Cik As ::

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Itu yang saya bimbang sebenarnya..saya merasa terpanggil untuk menulis bila ada anak-anak gadis yang memuji setelah menonton. Fikir dulu sebelum berkata itu lebih baik.

      Sama-sama.

        (Quote)

  • hajar says:

    salam wbt ustaz..

    saya juga baru menonton cd nya semalam =)..walaupun memang sudah agak lama filem ini ditayangkan dan teman2 juga sudah ramai yang mempunyai cd nya..
    memang dari tajuknya sahaja seperti ada sesuatu yang mahu digembar gemburkan. namun apabila memikirkan apa yang mahu dijawab ketika ditanya teman2 yang sudah menonton, saya mengambil keputusan menonton..hasilnya, kalau tidak menonton lebih baik dari menonton..banyak perkara2 yang diputar belitkan. bagaimana pak kiyai yang begitu hebat mengajar di pesantren beberapa dekad tidak mampu memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan annisa dan hanya menjawab “tiada dalilnya!”..seoah-olah filem ini ‘membenarkan’ apa yang sering diperkatakan oleh orang2 barat tentang penganut islam yang hanya terlalu keras menurut hukum tanpa diperbolehkan berhujah menganai hukum tersebut. sedangkan setiap hukum yang diturunkan mempunyai alasan2 yang sangat kukuh dan munasabah yang kadang2 membuat kita terjawab “patutlah islam suruh buat macamtu..” kenapa pak kiyai diberi dialog seperti itu? sedangkan pak kiyai yang terpelajar dan berpengalaman seharusnya membuatkan annisa faham dan yakin mengenai hukum tersebut..dan setiap hukum yang diturunkan mempunyai dalil2nya kan ustaz?

    pernah sewaktu kecil saya bertanya kepada ibu saya “kenapa perempuan kena bertudung, tak boleh ke Allah suruh perempuan tak bertudung dan jangan bagi lelaki kacau perempuan”..sampai ibu tak mampu lagi menjawab sehingga akhirnya jawapan ibu “jangan terlalu banyak bertanya, tak baik”..ok, mungkin itu jawapan yang paling final kerana tidak lagi mampu menjawab soalan bertubi2 dari anaknya..dan setelah besar, jawapan2 tersebut dikutip sendiri dari pelajaran2 agama di sekolah dan pengalaman2 ketika bersosial. setiap sesuatu pasti mempunyai alasannya. baik dari segi agama, sosial, kesehatan, psychology, dll..semua ada jawapan untuk itu..dari pelbagai sudut dan posisi, subhanallah! semua ada hujahnya..bukankah itu yang seharusnya diperjelaskan. islam itu indah, dan sangat indah.

    wallahu a’lam

    hajar’s menulis entri terkini..PENANTIAN

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      hajar: setiap hukum yang diturunkan mempunyai dalil2nya kan ustaz?

      Benar. Sebab itu dalam pengajian Islam diajar ilmu Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah bertujuan untuk tahu bagaimana mengistinbatkan hukum, mengetahui maqasid syar’iyyah, kaedah-kaedahnya, sumber hukum dan pelbagai cabang lagi.

      Pembelajaran itu perlukan penerangan untuk lebih faham. Bukan bertindak meletakkan sesuatu hukum tanpa tahu apa-apa dalil. Ilmu Islam itu sifatnya berkembang, bukan tertutup.

      Walaupun ianya hukum qot’ei, yakni yang dah ditetapkan tak boleh berubah lagi, kita mesti belajar tentangnya. Bukan bermaksud melawan tetapi untuk menjadi manusia yang tahu hakikat ilmu.

      hajar: sampai ibu tak mampu lagi menjawab sehingga akhirnya jawapan ibu “jangan terlalu banyak bertanya, tak baik”..ok, mungkin itu jawapan yang paling final kerana tidak lagi mampu menjawab soalan bertubi2 dari anaknya..

      Syukur Alhamdulillah dan Tahniah saya ucapkan kerana enti sudah pun memahami dengan belajar.

      Secara umumnya, ibu bapa perlu tahu paling kurang asas fardhu ain. Kenapa? kerana begitulah. Bila mana tiada penjelasan terperinci, anak-anak mungkin mengambil jalan mudah dan kemungkinan juga tak mampu untuk kekal dengan menutup aurat.

      Kerana kefahamannya tiada tambahan pula persekitaran yang tak membangun jiwa.

      Apapun, enti jadikan pengajaran buat diri agar kelak ada suatu anjakan dalam hidup.

      Teruskan istiqamah ya!

        (Quote)

  • Byk sumber sekarang yang sebenarnya mengelirukan.. sebab itu kita kena berilmu… terima kasih ibn rashidi, nampaknya saya ketinggalan tentang filem ini..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Sekarang inikan zaman fitnah, maka berhati-hatilah jika terkeliru..rujuk pada yg tahu atau teruskan belajar dan belajar.

      Tengok untuk ibrah tidak masalahnya. :)

        (Quote)

  • Assalamualaikum ustaz,
    jauh sungguh ustaz blogwalking,dari mesir ke blog ustaz saya di malaysia;)
    Saya pernah menonton trailer dan lagu temanya di youtube.Nyata sekali ulama Indonesia sendiri memboikot filem tersebut,kerana memberikan gambaran yang salah mengenai peranan wanita dalam Islam.
    Melihat trailernya sahaja berdetik juga hati saya,betul ke filem ni?(maaf sebab saya belum berkesempatan menonton filem tersebut)
    Dari sudut ruh filem,saya bersetuju bahawa filem ini jelas tersasar dalam menonjolkan peranan wanita dalam Islam.

    muhammad fakhruddin’s menulis entri terkini..Siri 1 : Doa ,pahala dan bahagiannya

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Kalau dulu mungkin ya jauh. Kini dunia lebih mudah dengan satu KLIK. :)

      Oh begitukah? saya pun tak tahu yang ulama’ Indonesia memboikotnya. Tak tengok pun tak apa. Tengok nanti jadi pening-pening pula.

      Nak tengok untuk pengajaran dipersilakan.

        (Quote)

  • K Kin says:

    Penah dengar tajuk filem nih, tapi tak penah tengok. Indon byk keluarkan filem yg dikatakan bermesej islamik, tapi, ye lah..kena tengok2 dan nilai jugak ye, msj yg bagaimana sebenarnya mahu ditonjolkan.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Indonesiakan sistemnya lebih liberal dan bebas. Lihat saja pada perkahwinan campur antara pelbagai agama dalam satu keluarga. Filem-filemnya juga boleh tahan dahsyat.

      Negara umat Islam teramai, ulama’ kuat mesti akan ada musuhnya yang kuat dan setanding. Nak tak nak mesti hapuskan dulu saki bakinya.

      Hati-hati…

        (Quote)

  • cikgu math says:

    golongan yg menentang islam sentiasa mencari helah untuk mempengaruhi umat islam…mungkin ini di antaranya…dan tugas kita semua untuk bangkit & memberi kesedaran…

    salam kenal… blog yg sangat imformatif!

    cikgu math’s menulis entri terkini..betulkan niat anda sekarang!!

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Benar cikgu math, firman Allah bermaksud:

      “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah: 120)

      Aiwah, soh keda. Ingatkan saya semula untuk link.

        (Quote)

  • Tie says:

    Subahanallah…..terlupa lagi….

    Sinetron tu cerita bersiri… kat sini yang kak tie perhatikan dalam cerita bawang putih bawang merah, mutiara hati… dan banyak lagi.. Cerita2 dari Indonesia ni nampak je berunsur keIslaman… tapi jalan cerita dan watak pelakun tu kak tie tak senang tengok. Selalu kena perjelaskan pada anak2.

    Contohnya ada pari2 dalam bawang putih bawang merah, suasana ketika kematian… dan macam2 lagi. Kak tie tak suka tengok cerita cereka dari Indonesia ni, kecuali yang benar2 memberi manfaat.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Oh, saya dah lama tak tahu pasal Malaysia yang real. Maklumlah tengok berita dekat Internet ja.

      Yes, terangkan sebaik mungkin ya. Tak faham boleh sesat jalan. Pelakonnya yang seksi itu juga perlu dijelaskan elok-elok pakaiannya bagaimana.

      Satu lagi, perasan tak kalau cerita Indon ke Malay ke bila ada kematian mesti pakai baju hitam semua. Perasan? itu kalau anggap wajib begitu bahaya. Menyerupai golongan Kristian.

      Perkataan DEWA DEWI juga bahaya maknanya. Ada unsur syirik.

        (Quote)

      • Tie says:

        Eh..tentang pakaian hitam tu kaktie dah lama perasan.. memang selalu menegur kerana dulu kita berpakaian serba putih bila menziarah tatkala ada kematian (kecuali pakaian anggota keselamatan ketika kematian sultan). Sekarang ni,dah menjadi2.Orang2 terhormat pun buat begini..pelik betul , dah macam kristian pulak!

        Err… resepi dalca tu ada di (http://kayteeze2.wordpress.com/) Kalau ada apa2 lagi, beritahu laa… kak tie akan tulis resepinya di situ…

        Tie’s menulis entri terkini..Makanan untuk mewujudkan kemesraan dan awet muda

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Memang pada asalnya berpakaian hitam ketika kematian amalan orang kristian. Putih adalah digalakkan.

          Oh, terima kasih resepinya yang best itu! Nanti bolehlah rujuk masakannya lagi ya. Saya juga ada bertanya sesuatu di sana. Harap boleh jawab :)

            (Quote)

        • abuyon says:

          Salam Tie, since dah ada chef kat sini, nak ambil peluang nak tanyalah (mohon approval ya tuan rumah):)

          Gini, saya sekarang makan ayam organik HPA. Jadi, selalu buat ayam goreng dengan tepung RFC HPA. Jadinya, kalau ada resipi macam coleslaw dan kentang putar, mohon diberitahu ya.

          abuyon’s menulis entri terkini..Michael Jackson : Adakah Al-Fatehah Untuknya

            (Quote)

          • Tie says:

            Salam…

            Coleslaw tu senang je. Cari sos coleslaw di supermarket. Kalau tak ada boleh gantikan dengan cream atau mayonaise . Potong kecil kobis, carrot, lada banggala (kalau suka). Gaul rata dengan sos coleslaw tu… cubalah… Boleh tambah garam, gula atau cuka ikut rasa. Biasa kak tie tak tambah apa2 pun, rasanya dah cukup.

            Kentang putar tu senang juga. Kupas kulit kentang, potong 4 supaya senang empuk, rebus hingga empuk. Kemudian buang air rebusan tu. Lecek kentang bersama sedikit butter, susu segar (sikit je kalau tak cair pulak kentang tu), garam. Kena lecek sampai rasa halus dan creamy.

            Kuahnya, kak tie guna kiub ayam, bersama secawan atau lebih sikit air…masakkan hingga kuib ayam hancur dan sebati…tambah sikit serbuk 5 spices (rempah yang dikisar halus..biasa dijual dalam botol kecil).

            Kemudian pekatkan dengan campuran sesudu tepung gandum/tepung jagung bersama sedikit air) Kacau rata hingga pekat. Kalau terlalu masin, tambahkan air . Kalau terlalu cair, tambahkan campuran tepung gandum dan air tu… pandai2lah adjust…

            Selamat mencuba, ekekeke….

            Tie’s menulis entri terkini..e-Book

              (Quote)

            • Farid Rashidi says:

              Terima kasih atas resepinya. Dapat saya tumpang sekaki.

              Sebenarnya pernah saya buat kentang lenyek. Namun sekadar lenyek dan letak sedikit garam dimakan bersama ayam goreng bertepung.

              Ha, sudah terlajak kata. Tahu tak apakah bahan untuk tepung ayam goreng yang rangup itu?

                (Quote)

              • Tie says:

                Alamak..!! he he.. kak tie bukannya tahu sangat ni.. biasa masak untuk anak2 je.

                Kak tie biasa guna tepung naik sendiri untuk menggoreng ayam, pisang, keledek atau kentang (versi celup tepung) , tambahkan sedikit serbuk paprika (lada), kunyit , garam atau lain2).

                Nanti kak tie cuba buat resepinya.. tepung naik sendiri (self raising flour)tu akan menggaringkan skit,tapi taklah sempurna macam KFC tu… Kak tie tak pandai guna ramuan tepung beras, selalu jadi terlalu keras pulak, hi hi..

                Kalau nak mudah beli je tepung khas untuk menggoreng ayam (boleh guna untuk buat potato wedges gak!) Nanti senang kak tie ajar caranya di Kayteeze’s Kitchen… sekarang ni sibuk sikit.

                Tie’s menulis entri terkini..e-Book

                  (Quote)

          • Farid Rashidi says:

            Ya, sudah diapprovedkan. Syukran.

              (Quote)

  • klcitizen says:

    tq menziarah ke blog saya yang jauh kurang baik dari blog farid..

    saya jarang sekali menonton filem indonesia… walau pun diakui daya kreatif mereka dalam seni wayang ini jauh meninggalkan kita

    tq di atas info

    klcitizen’s menulis entri terkini..maaf

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Jangan begitu merendah diri…apapun yang paling baik ialah hamba yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

      Ya, saya juga akui. Dari segi teknologi filem dan muzik mereka jauh meninggalkan Malaysia. Lebih berkualiti. Namun kita perlu lebih berhati-hati. Yahudi juga ramai di Indonesia.

        (Quote)

  • saffmukmin says:

    pengarah yg sama dr film Ayat2 cinta..huh!!!

    saffmukmin’s menulis entri terkini..Cerita Tentang Adik

      (Quote)

  • Assalamualaikum wrmth wbrkth akhi Farid, pertamanya ustazah ucap terima kasih kerana singgah di blog ustazah yg x seberapa tu dan bertanya khabar, Alhamdulillah ustazah sihat cuma sejak akhir2 ini kesibukan agak luar biasa..hu3

    Filem negara kita juga tidak sunyi dari unsur liberalisme ini seperti dalam cerita Qubro (kalau x silap tajuk). Ini lah yang akan berlaku jika segala hukum dan syariat di lihat dan dinilai dengan logika akal semata. Dan yang membimbangkan lagi kebelakangan ini apabila filem2 seram pula yang menjadi-jadi. harap2 boleh baca pandangan akhi Farid ttg cerita seram pulak ye … :)

    ustazahlina’s menulis entri terkini..Perkongsian Ilmu

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Biasalah, hidup dalam perjuangan itukan seharusnya sibuk. Tak begitu Ustazah?

      Cerita Qubro? saya tak pernah tengok dan dengar lagi ceritanya. Bermain dengan logik akal semata-mata menjerumuskan ke daerah was-was.

      Entri berkenaan seram pernah saya tulis tetapi bukan mengenai cerita seram. Boleh search di blog ini.

        (Quote)

  • atulasca says:

    tersentak saya membaca posting ust klai ni…sbb baru2 ni ad sorang sahabat syorkan saya menonton filem ini…beria-iya dia menyatakan “best cerita ni…islamic! tengokla!” sambil melampirkan link filem ini di youtube…namun, dek kesibukan kuliah, saya masih belum berpeluang untuk menontonnya….

    jika benar apa yang ust sampaikan ini,nyata mereka telah berjaya menyuntik virus2 waswas kepada hukum2 Islam di kalangan penonton Islamik!!~nyata mereka tertipu dengan suasana islamik filem ini tanpa memahami intipatinya…. astarghfirullah…. selayaknya produksi filem ni perlu disaman kerana mempersendakan Islam! atau bagaimana???

    atulasca’s menulis entri terkini..Selamat Datang REJAB! ~ 24/06/09

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      atulasca: beria-iya dia menyatakan “best cerita ni…islamic! tengokla!” sambil melampirkan link filem ini di youtube

      Ini yang saya bimbang sebenarnya. Menyangka Islamic tanpa penelitian terperinci. Hati-hati wahai gadis.

      Saya membawakan mesejnya, anda boleh menilai bagaimana.

        (Quote)

  • Tronx013 says:

    SALAM,

    Masalah filem,cerita sebeginilah yang dah meracuni dan men’tranformers’kan (musim transformer sekarang ni) rakyat Malaysia. Ibarat lalang juga kebanyakan kita ni.. Tapi, apa yang saya perhatikan, perubahan yang berlaku mengikut rentak cerita,atau filem kerana seseorang itu mahukan keseronokan dan belaian.. huh… last2, agama pun dikorbankan(ibadah korban yang dilarang dan tidak boleh wujud )..

    Susah juga kalau yang tahu,sengaja melakukan kesalahan… memang kejam. inikan pula, yang ilmu agamanya masih tahap rendah, memang hanyut. Umpama orang yang tidak tahu berenang terjun ke sungai yang deras airnya.. orang yang pandai berenang pun susah nak seberangi apatah lagi yang memang tak tau berenang… :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Kaifahaluka Ya Akhi? Lama juga menyepi :)

      Waduh, ada juga istilah begitu ya. Jangan pula pakat bertukar jadi robot :) punah bandaraya kena serang.

      Jadilah seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi. Kalau ada lalang, cepat-cepat tebas.

      Katakan pada orang yang tak reti berenang itu.

      “Membunuh diri itu kecelakaan, nah gunakan pelampung keselamatan ini!”

      Sebut pasal lemas, saya punya detik hitam bersamanya. Akhi?

        (Quote)

      • Tronx013 says:

        salam,

        alhamdulillah,anabikhair.. :)
        (menyepi untuk berkomentar sebab line tak ‘clear’, tapi inshaAllah sentiasa ada bersama kalian.. :) )
        inshaAllah, saya nak jadi resmi yang lebih baik daripada resmi padi..

        pelampung diberi pun tak akan dapat membantu kalau mereka tak nak,atau tak tau guna atau arus terlalu mengganas…
        Nak beri peringatan bagi pihak diri ini, umpama suara sepi yang kian lama kian membisu…

        Lemas? huh.. prepare for trouble ,make it double.. saya ni sebelum melakukan apa-apa,mesti dah kaji selidik tiap penjuru sebelum menceburkan diri.. (tapi tak semuanya dapat dilakukan sebegitu..) dan saya sebenarnya penakut sikit bila nak terjun dalam air, tak tau berenang sangat,tapi sekarang ni dah mahir sikit… Jadi, belum lemas lagi setakat ni . hehe sebabnya saya yakin tempat selamat baru saya mandi… tengok kawan hampir lemas pernah juga, beberapa bulan lepas masa pergi air terjun latar belatan, terengganu. huh,naik seram juga.Maklumlah,mandi tengah musim hujan ..saya jarang dapat mandi kawasan dalam, kampung saya jauh dengan sungai..

        ustaz?macam nak kongsi cerita… :)

        p/s- nak tanya : langgan artikel percuma di atas tu apa sebenarnya? boleh saya dpatkan penjelasan.. macam best je..(maaf kalau dah ada penerangan sebelum ini). terima kasih..

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Resmi apa yang lebih baik dari resmi padi tu? resmi gandumkah? :)

          Lata belantan? Alhamdulillah, saya sudah pernah ke sana sebelum ini. Tempatnya menarik, namun dicemari dengan gejala yang tidak sihat.

          Cerita agak sedih. Saya juga hampir-hampir kelemasan di sungai yang berputar-putar. Airnya seperti puting beliung. Mujur rakan sempat menarik ke tepian.

          Oh, dipersilakan langgan. Maksudnya jikalau enta tak berkesempatan buka blog saya artikel itu akan masuk ke kotak emel dengan percuma bila didaftarkan. Silakanlah mendaftarnya ya.

            (Quote)

          • Tronx013 says:

            salam,

            Dah jadi perkara biasa gejala tak sihat tu dilakukan di tempat seperti itu.. ketenangan itu pastinya menjadi agenda utama..

            InshaAllah, ustaz diselamatkan agar dapat berblog sampai sekarang.. perjuangan belum selesai.. rezeki ustaz pun masih banyak lagi tu.. :)

            inshaAllah, saya langgan… arigatogozaimas..

              (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Ketenangan yang dikecapi itu hanyalah sementara jika mahu dibandingkan dengan azab Allah SWT yang menanti.

          Alhamdulillah, Allah SWT masih memanjangkan usia saya sehingga kini. Syukur.

          Pada hemat saya isu ini sudah selesai, rupanya masih ada yang memberikan ulasannya menurut perspektif berlainan. Saya sudah jangkakan hal ini.

            (Quote)

  • salam,

    wah satu huraian yang mantap!

    perkara ini sangat penting untuk dihebahkan kepada masyarakat kita, supaya mereka tidak memiliki tanggapan yang salah terhadap Islam…

    terdapat banyak kesilapan dalam menggamalkan hukum di sini… malangnya dipamerkan di halayak umum…

    filem adaptasi dari novel abidah el khaliqy…hmm siapakah beliau? ada siapa2 tau latar belakang beliau?

    ***

    sepohonkayu’s menulis entri terkini..Di-tag!

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Saya juga baru tahu filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel..mungkin ada sesiapa yang pernah membaca novelnya akan tahu siapa abidah el khaliqy.

      P/S: Kalau sesiapa tahu sila khabarkan ya.

        (Quote)

  • sekarang ni banyak cerita2 indonesia yang dibawa masuk dari indonesia dan kebanyakan ceritanya menggalakkan sosial dan menonjolkan imej2 negatif yang menyumbang kepada keruntuhan moral…

    yang paling parah, merosakkan akidah ummat!… contoh; berharap kepada selain Allah (paling ketara bagi sesetengah drama di kaca TV)

    apakah tiada tapisan dalam hal ini?

    ***

    sepohonkayu’s menulis entri terkini..Di-tag!

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Boleh saya tahu cerita apa yang mengatakan berharap selain Allah itu?

      Penapisnya ada, tetapi itu itu sudah carik dan koyak rabak. Bagaimana mahu menapis dengan baik bukan?

        (Quote)

      • berdasarkan pemerhatian saya…

        Sinetron drama Jinny Oh Jinny

        berkisarkan seorang perempun cantek (pada hemat saya, itu jin) yang mempunyai kuasa hikmat yang dapat membantu ramai orang… apabila berlaku musibah, pengarah drama menjuruskan pengharapan terus kepada bantuan jinny si jin cantek… perkembangan ini pada perkiraan saya tidak sihat kerana kanak2 yang menontonnya akan terpengaruh dan terpanggil berharap untuk jinny berada disamping untuk membantunya… sedangkan kita perlu mendidik anak2 khasnya dan umumnya masyarakat untuk takut dan harap hanya pada Allah = IMAN yang soheh…

        drama sinetron lain pada hemat saya adalah Anak Ajaib …
        *sinopsisnya lebih kurang… cuma anak ajaib ni adalah robot pintar yang menggantikan ‘jinny’

        Bagaimana mahu menapis dengan baik?

        tiada jalan singkat dalam hal ini… maknanya tiada cara lain selain mendidik masyarakat untuk mengetahui dan sedar akan hakikat kita di dunia ini… dalam kata lain, ajar Iman kepada masyarakat perlu didahulukan dan diutamakan…

        wallahu’alam…

        ***

        sepohonkayu’s menulis entri terkini..Sepohon Kayu

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Oh, Sinetron. Terima kasih atas penerangan. Kelihatan filemnya nampak seperti ada unsur-unsur syirik di situ. Oleh itu, hati-hati kepada siapa yang menonton.

          sepohonkayu: tiada jalan singkat dalam hal ini… maknanya tiada cara lain selain mendidik masyarakat untuk mengetahui dan sedar akan hakikat kita di dunia ini…

          Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Mahu jalan singkat tetapi tidak berkualiti apa gunanya bukan?

            (Quote)

  • Ingin menonton cerita ini, tetapi tidak pernah secara fully.Apa kata kalau kita katakan yang Annisa itu adalah contoh seorang hamba yang beranggapan salah kepada Allah dan melaksanakan tuntuan atas nama keterpaksaan bukannya kehendak. Maka itulah akibatnya kerana pencariannya tidak berlandaskan keinginan beragama.
    Sekalipun ia dikelilingi kondisi yang silap kefahaman agamanya, namun tidak sewajarnya harga dirinya rapuh ketika peristiwa di kandang dan menyalahkan takdir demi pemprotesan yang didokong nafsu.
    Jadi ini contoh hamba yang tiada keikhlasan dan begitulah kesudahannya.
    Annisa bukan heroin yang boleh diangkat dalam cerita ini, tetapi contoh karekter yang lemah dalaman dan kefahamannya. Klau slah tolong betulkan.

    tintataghyir’s menulis entri terkini..Siri 1:Secebis Diari Bersama Abati

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Kita boleh beranggapan begitu pada sudut pandang yang lain. Namun kita tidak dapat lari daripada menilai karektor dan watak mereka. Ya, mereka berlakon. Tetapi lakonan itu ada orang menontonnya. Kalau semua yang menonton itu alim-alim belaka tidaklah perlu dirunsing sangat.

      Pada saya, Annisa sememangnya diangkat menjadi heroin filem tersebut. Tajuk sudah membuktikan hal ini. Iaitu ‘Perempuan’ bukan lelaki.

        (Quote)

  • Buat sepohon kayu, jangan diharap penapisan sedangkan drama kita juga sedemikian. Nampaknya kita sendiri perlu buat alternatif untuk mengurangkannya. Sokongan buat Ustaz Hasrizal ( rujuk http://saifulislam.com/?p=5785 ) yang terbabit dalam satu penerbitan drama. Sekarang ini siapa yang berani mengesankan maka dialah yang akan berpengaruh. Jika tidak, Tom-tom Bak dan Pondok-pondok yang sentiasa mengambil tempat.

    tintataghyir’s menulis entri terkini..Siri 1:Secebis Diari Bersama Abati

      (Quote)

  • imtiaz says:

    begitulah jadinya jika agama dijadikan bahan sandaran dalam merancakkan bidang perfileman.

    Mungkin itu yang mereka faham tentang islam

    However, yang salah akan tetap salah.

    Mungkin juga ada agenda disebaliknya kerana dunia sekarang semakin rakus dalam menjatuhkan sesama sendiri walaupun agama yang dipertaruhkan

    =)

    imtiaz’s menulis entri terkini..Diary kematian : well prepared !

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Agama Islam ibarat barang gadaian. Itu sebab manusia berani mempermainkan agama Islam.

      Haq dan Bathil itu tidak akan bercampur antara keduanya. Percayalah.

        (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Haq dan bathil tak dapat bercampur bersama.

      Agenda menjatuhkan agama sememangnya sudah lama berlaku, semenjak zaman Rasulullah SAW lagi. Tetapi mungkin saja watak, jalan cerita, dan cara penentangannya berbeza. Matlamat utama tetap satu, iaitu Islam terhapus di muka bumi.

      Benar atau tidak, umat Islam sudah pun mengikut jejak barat sedikit demi sedikit?

        (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam..saya dah tonton filem tu setelah diberitahu sorang teman…. mula2 tgk macam best..tapi setelah lama makin betul pandangan ust tu..makin banyak pulak nak mempertikaikan islam..ish bahaya gak kalau orang yang agak ‘kurang ilmu islam’ tengok..sebabnya filem ni seperti filem islamic..tapi banyak pulak yang bercanggah.. kena fikir dulu sebelum terima…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Apa yang lebih berbahaya ialah orang Islam yang bertopeng.

      Antara tujuan saya menulis entri ini ialah sebagai langkah berjaga-jaga agar kita di atas landasan yang betul. Melihat dan berfikir sebelum menerima bulat-bulat itu yang terbaik.

      Biasanya penonton lebih tertarik kepada pelakon-pelakonnya, hero heroin, kecanggihan filem..jarang ada yang fikir tentang mesej apa yang hendak di sampaikan. Betul atau tidak?

      Lihatlah ada sebilangan gadis-gadis melayu terpikat pada Mamat Karpet kerana terbayangkan hero hindustan. Haishh..

      Zaman sekarang ialah zaman fitnah.

      Sebenarnya banyak lagi filem begitu. Hati-hati ya menonton!

        (Quote)

  • setahu saya, pondok atau pasentren beroperasi hasil daripada titik peluh ulama-ulama atau kiai-kiai di sana… bukan dengan berhutang! mereka saling berkorban diri, masa, dan harta sendiri bagi membela pondok/ pasentren itu…

    ‘Perempuan berkalung sorban’ sengaja mengada-adakan cerita bagi memburukkan nama baik pondok/ pasentren seterusnya Islam yang kita cintai.

    sebenarnya beliau (penulis novel dan pengarah filem) tidak tahu perkara sebenar yang berlaku dalam institusi berkenaan… (mungkin disebabkan ilmu dan pengalaman yang terbatas!)

    wallahu ‘alam…

    ***

    sepohonkayu’s menulis entri terkini..Sepohon Kayu

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Sejarah asal sememangnya begitu. Para ulama’ dahulukala berdakwah ke tanah melayu dan mendirikan pondok bertujuan menyebarkan agama Islam.

      Saya sebenarnya baru tahu bahawa wujud Novel cerita itu. Terima kasih memberitahu :)
      Penulisnya orang yang samakah?

        (Quote)

  • suara says:

    Salam Farid…
    Wahh… dah banyak komen yg ditinggalkan.

    Payah benar untuk melihat filem atau drama yg benar-benar Islam. Kadangkala, ianya filem yg terang-terang salah pun, didasarkan atas jalan dakwah… sedih betul… seperti kupasan yg dibuat diblog satuhala

    Tapi ‘kun fayakun’ berbeza. kak su suka…

    suara’s menulis entri terkini..Anugerah di Raudhah

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Alhamdulillah.

      Oh, terima kasih Kak Su. Saya sudah ke sana melihat kupasan yang dibuat. Menarik juga penulisannya ya.

      Ya, berbeza. Saya juga pernah menulis tentang filem ‘kun fayakun’. Mungkin Kak su dah pernah membacanya? :)

        (Quote)

  • sinar says:

    tak sangkas selicik itu tujuan filem ini diciptakan..
    melihat shja filem ini..naik pening apa motif sebenar..
    syukran ats kupasan dan pandangan ustz..
    at least tau jga apa agenda sebenarnya..

    sinar’s menulis entri terkini..It’s finally over!!

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Sudah menonton atau sekadar melihat sepintas lalu sahaja?

      Saya menilai berdasarkan apa yang disampaikan. Siapa yang tidak bersetuju, boleh lemparkan sahaja pandangan saya ke dinding. :)

        (Quote)

      • sinar says:

        sudah menonton dengan byk plot yg ana skip..
        byk benda ana rasa tak patut diketengahkan..
        geleng kepala la tgk cerita ni..

        tak wajar lempar pandangan ust ke dinding..ana smbut blk simpn kemas buat sempadan :) betui dah apa yg entri ini ingin smpikan..

        sinar’s menulis entri terkini..It’s finally over!!

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Mujur menggeleng kepala. Kalau menghangguk kepala lagilah susah :)

          Oh yakah, kalau begitu dipersilakan simpan kemas. Saya andaikan jika ada yang mahu menafikan pandangan saya. Moga segalanya diberkati Allah.

            (Quote)

  • abuyon says:

    Salam. Saya belum berpeluang melihat filem PBS. Tetapi saya percaya dengan komentarnya al-ustaz kita. Dan saya sudah melihat filem AAC, tetapi terkilan kerana lakon layarnya yang tidak menggambarkan kehendak syariat. Umpamanya, ketika permulaan filem tersebut, dipaparkan heronya, Fahri berjalan dua-duaan dengan heroin kristiannya, aduh.

    Sebelum melihat filem tersebut, saya membayangkan watak peribadi Fahri serupa dengan siapa ya, ha … serupa ustaz kita inilah, bermisai dan berjanggut. Barulah real sikit dengan peribadinya Fahri, tetapi tatkala melihat heronya, alahai. Ya syeikh, bolehlah offer (setelah hebatnya menjadi pembahas) pula kalau ada produksi Islami yang hendak menerbitkan filem berlandaskan syarak. Boleh tambah porfolio profesyen.. ke guane?

    Saya ada cadangan yang barangkali ada hamba-Nya sudi menjadikannya realiti. Kita tubuh satu produksi yang isinya, mahu kepada Islam. Pengarahnya, penulis skripnya, krew-krew dan pelakonnya. ya pelakonnya, kalau memang adegannya perempuan yang free-hair, kita carilah yang free-hair. Pokoknya, filem kita, hak kita dan wajah kita. Kita jadikan ia ibadah. Tak mahulah cerita kita, skrip kita tetapi filem orang dan wajah orang.

    abuyon’s menulis entri terkini..Michael Jackson : Adakah Al-Fatehah Untuknya

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      abuyon: Umpamanya, ketika permulaan filem tersebut, dipaparkan heronya, Fahri berjalan dua-duaan dengan heroin kristiannya, aduh.

      Ya, saya juga bersetuju. Sepatutnya filem islamik jangan menonjolkan unsur sebegitu. Bimbang ada yang berkata dibolehkan, dalilnya filem ACC.

      abuyon: Sebelum melihat filem tersebut, saya membayangkan watak peribadi Fahri serupa dengan siapa ya, ha … serupa ustaz kita inilah, bermisai dan berjanggut. Barulah real sikit dengan peribadinya Fahri, tetapi tatkala melihat heronya, alahai. Ya syeikh, bolehlah offer (setelah hebatnya menjadi pembahas) pula kalau ada produksi Islami yang hendak menerbitkan filem berlandaskan syarak. Boleh tambah porfolio profesyen.. ke guane?

      Waduh..waduhh..jadi kelu mahu berkata-kata. Agaknya pihak lawan bawa hujjah macamni boleh mati akal dibuatnya. Saya nak berlakon? alamatnya nanti filem yang box office jadi tak berapa box office pula..hehe.

      Pandangan yang bernas tu. Boleh dipanjang-panjangkan ke masa hadapan.

        (Quote)

  • Entah mengapa bila selesai menonton saya merasakan filem ini wajar juga ditonton.
    Namun ayat-ayat cinta masih tidak terdetik untuk menontonya.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Kita tidak ada masalah untuk berbeza pendapat dalam masalah ini. Terima kasih atas link yang diberi.

      Insya’Allah jikalau kelapangan, saya cuba jawab serba sedikit apa yang dituliskan.

      Rabbuna ma’ak.

        (Quote)

  • salam

    sayangnya saya terlepas peluang membeli novel Perempuan Berkalung Sorban. Ada sedikit kekhuatiran filem yang diangkat dari novel ini tidak dibikin dengan memberi keadilan sepenuhnya pada novelnya sepertimana terjadi pada Ayat-ayat cinta. Sementalah pengarahya sama.

    Jika serban dalam filem ini bermaksud lambang lelaki seperti tafsiran Farid, mari kita lihat ini. Di awal cerita Anissa mengenakan topeng serban, menuggang kuda dengan kacau bilau. Diakhir filem pula anissa dengan tenang memangku anaknya di atas kuda, melepaskan serban yang dikalungnya. Adakah ini bermaksud Anissa akhirnya faham maksud menjadi perempuan dan melepaskan prinsipnya yang mahu disamaratakan dengan lelaki?

    Filem dan sastera selamanya adalah selamanya hasil seni. Sesiapa yang menjadikan filem atau novel sebagai dalil agama adalah sejahil-jahil orang. Filem dan sastera kerjanya menggugah pemikiran. Lanjutan untuk hukum mesti merujuk terus pada Quran dan Sunnah dengan bantuan kitab dan guru. Masyarakat harus dididik supaya ‘pandai’ melihat filem dan menikmati sastera. Wajar diketahui, filem ini ialah filem berat malah lebih berat dari Ayat-ayat cinta yang polos.

    Filem dan sastera, tak mesti terus menyuap. Ia juga boleh jadi satu sinisan. Sepertimana novel Tok Guru olah Shahnon Ahmad. Sila rujuk -> http://bicarasastera.blogspot.com/2009/06/meyorot-novel-tok-guru-dari-perspektif.html

    Watak2 lelaki yang memperleceh perjuangan perempuan masih wujud hingga kini. Dalam filem ini diulang2kan bahawa ‘Syurga perempuan itu ada dalam rumahnya (rumahtangga) – tak perlu berjuang untuk mendapatkan syurga – walaupun perjuangan mendapatkan ilmu’. Zaman sekarang masih ramai yang beranggapan ‘Perempuan yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya maka akan lambat jodohnya’ Seolah2 ilmu dan perjuangan dalam kerjaya itulah penghalang kepada ‘syurga’ wanita iaitu dalam rumahtangga.

    Komen seperti ini biasa dilontarkan kepada saya, termasuk dari saudara-mara. Ada pula yang berkongklusi; nak sambung belajar (selepas ijazah) kahwinlah dulu, kalau tidak memang lambatlah kau kawin! – Lalu sayapun berfikir, adakah saya perlu jadikan diri saya dungu dan tidak kompetitif dalam kerjaya supaya saya cepat2 bersuami? Nampaknya takdir Allah belum memberi saya suami walau umur menginjak 30. kalaulah 7 tahun dulu saya menangguhkan master saya, adakah jaminan saya sekarang sudah berkeluarga?

    Di awal filem ini, banyak persolan tentang hak2 seorang perempuan. Yang sebenarnya ditangani dengan jelas dalam Islam tetapi cuma disalahanggap oleh segelintir ‘orang agama’. Sayangnya akhir filem ini tak menunjukkan Islam sebagai jawapan kepada persoalan2 tadi. Kalau adapon jawapannya tak sejelas soalannya. Anissa kelihatan terubat kerana cinta manusia (Hadori) bukan dari hidayah Tuhannya. Saya sangat berharap sekurang2nya ada satu baris dialog menyatakan – ‘Allah telah menjawab segala doa dan istigfarnya’.

    sitinurulhawa’s menulis entri terkini..UMAR BIN ABDUL AZIZ – Peribadi Zuhud Penegak Keadilan

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh,

      sitinurulhawa: Jika serban dalam filem ini bermaksud lambang lelaki seperti tafsiran Farid, mari kita lihat ini. Di awal cerita Anissa mengenakan topeng serban, menuggang kuda dengan kacau bilau. Diakhir filem pula anissa dengan tenang memangku anaknya di atas kuda, melepaskan serban yang dikalungnya. Adakah ini bermaksud Anissa akhirnya faham maksud menjadi perempuan dan melepaskan prinsipnya yang mahu disamaratakan dengan lelaki?

      Apa pula yang anda faham tentang perkara ini? Dan apa pula fahaman pengarah filem tentang perkara ini?

      sitinurulhawa: Filem dan sastera selamanya adalah selamanya hasil seni. Sesiapa yang menjadikan filem atau novel sebagai dalil agama adalah sejahil-jahil orang.

      Filem semestinya bukan dalil. Tetapi tahukah kita, apakah pandangan golongan awam? Letak duduknya pemikiran ahli sastera mungkin berbeza.

      Saya juga boleh menulis mengatakan bahawa “Kita mesti lihat filem (misalnya cerita mat rempit berzina dengan bohsia) dengan pandangan berbeza. Pandangan tanpa syak wasangka. Mungkin dia nak sampaikan apa yang berlaku dalam masyarakat.”

      Sedarkan kita kesannya pada masyarakat? Bukan pada yang faham sastera. Hal hukum tetap hukum. Perkara haram tetap haram. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

      Memang, siapa yang mahu didik? 100%kah masyarakat yang meminati sastera?

      Saya juga meminati sastera, sains dll. Tapi dalam konteks ini saya harus berfikiran seperti orang awam.

      Didik masyarakat sehingga faham sastera mungkin agak memakan masa, nak memandaikan mereka dengan sastera dengan melihat gejala tak sihat ini membarah dulukah atau dakwah itu berjalan dahulu?

      Selebihnya saya jawab dikomen Tulip putih di bawah. Sila baca.

      sitinurulhawa: Sayangnya akhir filem ini tak menunjukkan Islam sebagai jawapan kepada persoalan2 tadi.

      Nah, anda mengakuinya. Itu sebabnya lahir entri ini.

        (Quote)

  • nurdieya says:

    salam ya akhi… sy tertarik dgn artikel yg saudara ceritakn… mmg filem 2 ada pro n kontranya… jarang kta tonton filem2 yg benar2 mlambangkn islam yg sbenarnya.. Ayat2 Cinta misalnya. walaupn ceritanya hebat ttp masih ada yg tidak islamic (cthnya aisha yg xbtudung sdgkn dia bpurdah) dan di malaysia cerita islamic Nur Kasih yg mjadi kgemaran ramai masih juga ada anasir2 yg tidak elok… Islam itu indah ttp ktalah yg merosakkannya.. Wallahua’lam… =)

      (Quote)

  • krn yg buat cerita itu tak tahu agama betul2,ambil mudah perkara2 penting,maka jadi begitulah. tp since x ada yg kuat agamanya dlm bidang tersebut juga menyumbang perkara sebegini terjadi. conclusion, mungkin org agama perlu mempelbagaikan bidang.
    .-= ore-biasa jah´s last blog ..Belajar dan beramal =-.

      (Quote)

  • Pingback: “Saya Mahu Kahwin” @ Faridrashidi.Com

  • Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Yang Dikatakan Wanita Bertabarruj

  • salam..

    maafkan sy jika menyampuk setelah lama tdk singgah ke cni. Sy amat meminati sastera, dan bg sy filem perempn berkalong serban adalh salah satu filem sinikal, yg ada pro dan kontranya…dan kita perlu menilainya dengan adil. bg sy watak annisa, adlh watak wanita yg ditindas dan lemah, serta mencari keadilan yg mn perjuangannya akhirnya membawa dia menemui jawapan yg sebenarnya. Sy setuju dgn komen sitinurulhawa, filem dan sastera tidak semesti terus menyuap, kita perlu berfikir dgn hati terbuka dan ulasan ttg ini olh tinta taghyir lebih bersifat adil bg sy..

    maafkan sy, krn sy melihat byk komen2 yg bersfat trll prejudis terhadap filem ini tanpa memahami mesej yg ingin disampaikan..

    wallahualam..

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam warahmatullahhi wabarakatuh,

      Tahniah kerana berani! Sekian lama juga menanti komen-komen sebegini.

      Dalam dunia ini secara umumnya, ada manusia pelbagai. Perlu difahami secara jelas. Ada manusia sukakan sastera, sains, matematik, agama dll macam-macam lagi.

      Justeru, umumnya masyarakat dalam kondisi AWAM. Tak semua meminati sains, sastera dll.

      Filem. Sinikal atau tidak, apa jua konsepnya – golongan awam akan menerima dan menerima. Kena faham. Mereka terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Tak semua yang belajar tinggi seperti kita, tak semua yang tahu menilai sastera, tak semua yang mengerti apa itu sinis atau tidak.

      Jangankan hal lain, ramai juga yang fail Bahasa Melayu itu sendiri.

      Ya, filem dan sastera tidak seharusnya menyuap. Itu kata orang sastera. Bagaimana orang awam yang menelannya bulat-bulat? Apakah pendakwah harus berdiam diri? Jika berbicara dikatakan pula tipikal?

      Mungkin dalam konteks ini ada dikalangan kalian yang bijak pandai mengatakan saya bersifat tidak adil menilai filem ini. TIDAK! Bukan itu niat saya.

      Saya juga sudah membaca artikel tintataghyir. Dan bicara itu dari ruang lingkup ‘orang bijak’ tidak masalah.

      Ingat, NIAT saya bukan begitu. NIAT saya adalah kemaslahatan UMUM. Saya menulis berdasarkan respon dari blog-blog yang kebanyakkannya gadis remaja, dan mereka seolah-olah terima bulat-bulat secara zohir. Bukan seperti apa yang difikirkan oleh mereka yang ‘bijak pandai’.

      Apa akan terjadi jika tiada penerangan? Penjelasan?

      Medium dakwah luas. Harus menyampaikan sesuatu melihat sejauh mana pemikiran orang yang menerima. Dalam ilmu balaghah sekalipun ada membicarakan seperti ini. Ada tolabi, ada munkiri.

      Tak semua tahu seperti kita tahu.

        (Quote)

  • Terima kasih ustaz..

    tapi tiada niat saya walaupun sedetik untuk mengatakan bahawa ustaz tidak adil dalam membicarakannya, dan apa yang ustaz lakukan semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.

    http://www.faridrashidi.com/wp-content/themes/MiniMag/images/button_submit.gif
    .-= tulip putih´s last blog ..Cinta itu adalah pada memberi~ =-.

      (Quote)

    • Afwan.

      Wallahu a’lam. Apa yang pasti saya tidak tahu niat kamu bagaimana dan kamu juga tidak tahu niat saya bagaimana. Hanya Allah yang berhak untuk tahu niat masing-masing.

      Saya akui, saudari tujukan itu kepada mereka-mereka yang komen. Dan seperkera lagi, bukan saya mahu menegakkan benang yang basah atau tidak. Saya juga membaca komen mereka. Bahkan ada dikalangan mereka yang setuju seperti apa yang saya katakan.

      Saya berhak untuk menyetujuinya.

      Khilaf pada seseorang tidak bermakna terus membencinya, saya hormati. Cuma harus ada adab. Saya akui, saya khilaf hal ini dengan saudara tintataghyir. Itu pandangannya.

      Mahu ikut siapa terpulang. Iman, akal letaknya pada sudut yang paling tinggi dalam tubuh badan kita.

        (Quote)

  • Maafkan saya jika saya ini tiada adab..
    .-= tulip putih´s last blog ..Cinta itu adalah pada memberi~ =-.

      (Quote)

    • Asif jiddan,

      Wallahi, saya tak katakan kamu tiada adab. Saya mengisyaratkan kepada umum. Uslub begitu sangat meluas digunakan dalam dunia sastera arab.

      Menggunakan suatu peristiwa, tetapi cuba nasihat dalam bentuk umum.

      Rasulullah SAW selalu menggunakan kaedah ini jika kita perasaan.

      Maafkan saya jika kamu terguris.

        (Quote)

  • Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Filem: Antara Tersurat Dan Tersirat

  • Pingback: Wajarkah Wanita Menjadi Ketua? « Faridrashidi.Com



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge