“Kenapa enta bercakap ketika solat? bercakap ketika solat batal.” Tegur seorang makmun seusai solat subuh berjemaah.
“Ana terlupa..”
“Kalau enta nak, enta boleh solat lainla.. bagi ana ianya tidak batal!” Jawab Imam bersuara tinggi.
Cerita bermula bila mana Imam ditegur kerana terlupa ayat daripada surah Al-Quran. Lalu Imam itu seakan spontan menyebut perkataan “na’am”. Oleh sebab hal demikian maka Makmu tersebut cuba menegur.
Episod perbalahan antara Imam dan Makmun itu berterusan sehingga fajar mentari menampakkan diri. Masing-masing mempertahankan hujjah. Suara garang dan kuat itu menyebabkan hening pagi dan kicauan beburung hamamah tenggelam begitu saja.
Saya diam berteleku tidak bersuara. Sekadar memerhati gelagat mereka. Terkadang jiwa saya buntu memikirkan perbalahan di antara manusia. Jikalau perkara itu tiada nas atau dalil dari Nabi SAW atau qaul ulama’ mungkin agak sukar untuk diperdebatkan. Ini ternyata jelas terpampang pada halaman-halaman kitab hadis.
Kelihatan Muhammad, iaitu anak tuan rumah kami bergegas naik ke atas. Sebentar kemudian dia turun bersama sebuah kitab bertajuk ‘Fiqh Sunnah‘. Hagg Said dan anaknya lalu berusaha menenangkan perbalahan itu dengan membacakan beberapa keratan hujjah di kalangan ulama’ Mazhab fiqh.
Keadaan kembali tenang. Makmun tadi masih tetap dengan pendapatnya lalu dia dirikan semula solat subuh bersendiri.
Selesai. Hati saya kembali tenang. Saya terus pulang pagi itu dengan beberapa persoalan bermain di benak.

Cakap Yang Membatalkan
Sepakat ulama’ mengatakan bahawa kata-kata yang terkeluar dari mulut secara sengaja ia sememangnya terbatal melainkan butir kalimah itu adalah ayat Al-Quran, zikir dan doa.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Muawiyah bin Hakim Al-Sulami r.a:
Nabi SAW telah menegurnya setelah dia mendoakan kebaikan untuk orang yang bersin ketika sembahyang, dengan sabdanya: ”Sesungguhnya sembahyang ini, tidak sesuai dimasuki oleh sesuatupun daripada percakapan manusia, sesungguhnya ia hanyalah untuk tasbih, takbir dan bacaan Al-Quran.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
Menurut Mazhab Syafie’ percakapan yang dikira membatalkan solat ialah percakapan yang terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun kita tidak memahami maknanya. Begitu juga sekiranya satu-satu huruf yang boleh difahami maknanya seperti kalimah bahasa Arab huruf (ف) dengan makna tunaikan, (ق) bermaksud perintah supaya pelihara atau berjaga-jaga dan huruf (ع) membawa maksud sedarlah.
Namun berlainan pula hukumnya jika seseorang itu terlupa bahawa dia sedang bersolat atau kerana kejahilan membelenggu diri disebabkan baru memeluk dan mengenali Islam. Maka menurut ulama Mazhab Syafie’ perkara ini dimaafkan dengan syarat percakapan itu sebentar cuma serta tidak melebihi enam perkataan.
Begitu juga dalam Mazhab Imam Malikiah yang sekiranya seseorang itu terlupa ketika bercakap maka tidak terbatal solatnya.
Wallahua’lam.
Rujukan:
Kitab Fiqh Ala Mazahib Al-Arba’ah qismi ibadat, Abdul Rahman Juzairi.
Fiqh Manhaji, Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.
6:07PM, 21 Jun 2009,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


salam wbt..
syukran atas prkongsian ni..
sllu ke ad perbalahan versi ilmiah mcm ni?
awrapurnama(Quote)
Salam,
Afwan.. perbalahan begini biasa berlaku dikalangan masyarakat Mesir. Jikalau perbalahan masyarakat awam biasa ditepi-tepi jalan kadang-kadang perkataan tak sepatutnya terkeluar.
Tambah-tambah di musim panas begini
Siap sedia mental dan fizikal sebelum ke sini ya.
Farid Rashidi(Quote)
bru btul2 menguji kesabaran!
=)
awrapurnama(Quote)
Ya menguji segalanya. ‘Kejutan budaya’ itu juga akan berlaku di tahun-tahun pertama pengajian jika kita merantau.
Tanyalah senior yang lebih tahu agar tak tersesat jalan macam saya dulu.
Farid Rashidi(Quote)
iAllah.. dah trbayang2 mcm mn jejak kaki di sna nnt.. =)
awrapurnama(Quote)
Terbayang-bayang saja belum cukup melukis gambaran sebenar perjalanan sebuah kembara. Kerana saya pernah membayangkan Mesir bagaimana sebelum tiba ke sini.
Bila sampai sahaja baru saya tahu dan merasai pahit maung di negeri orang. Mungkin boleh bertanya pada pembeli SAK-T dulu.
Farid Rashidi(Quote)
owh lain dr gmbaran, tu la org sllu ckp trkejut beruk. jgn trlalu fkir indah2, jgn trlalu fkir truk2. gtu ye. iAllah, xtya, dia pun xcerita. shukran again.
awrapurnama(Quote)
Tidaklah sampai terkejut beruk. Beruk pun payah nak jumpa kat sini. Terkejut himar sesuai.
Banyakkan bertanya perkara yang kita taku semoga ianya memberi pengetahuan berguna nanti.
Farid Rashidi(Quote)
owh kira ad kejutan jgk la ye.
iAllah.. =)
awrapurnama(Quote)
Kejutan tetap ada. Namun jangan lupa bertanya senior kamu supaya lebih bersiap sedia.
“Fas’alu ahl zikri inkuntum la ta’lamun”
Farid Rashidi(Quote)
tima kasih utk hujah yg bernas.. boleh guna utk didik solat anak2 kak…
azmamusa’s menulis entri terkini..gURu oH GurU – mEngApa iNi yAnG tErjADi
azmamusa(Quote)
Afwan, dipersilakan ya Kak. Moga anak-anak itu bakal menjadi soleh solehah kelak. Semoga kain putih itu terus diwarnai dengan indahnya warna tujuh pelangi. Ameen.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum..
Hadis Zaid bin Arqam r.a katanya:
“Kami pernah bercakap-cakap di dalam sembahyang. Seseorang itu boleh bercakap-cakap dengan temannya yang berada di sisi semasa sembahyang. Akhirnya diturunkan ayat ( وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ)Hadis Dalam Sahih Muslim:838.
Yang bermaksud: Dirikanlah sembahyang kerana Allah dengan khusyuk. Jadi kami diperintahkan supaya diam dan tidak lagi bercakap-cakap semasa sembahyang”
Kita bukan sahaja MESTI kusyuk( tidak berkata-kata selain ayat Al-Quran, tasbih dan takbir) bahkan ketia azan juga kita perlu menghormati( tidak berkata-kata)dan menjawab azan. Selain itu, perbezaan mazhab juga boleh mendorong berlakunya pergerakan dalam solat. Ape pendapat syeikh..setuju ka?
syukran..
salam hormat
srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Bagai Air di Tandus Sahara
srikandi kasih suci(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Terima kasih ya atas Hadis.
Khusyuk? ini satu lagi persoalan besar. Sangat sukar menemui khusyuk. Mungkin kamu boleh terangkannya di sini?
Maksud kamu bergerak bagaimana? melompat-lompatkah, menggoyangkan badan atau bagaimana?
Saya bagi satu contoh untuk pergerakan kecil yang ada khilaf. Dalam mazhab Imam Maliki ketika tahiyyat awal & akhir jari telunjuknya akan bergerak. Manakala Imam Syafie kedudukan jari akan tunjuk bila bacaan syahadah dan akan statik sehingga akhir.
Itukah maksud kamu?
Farid Rashidi(Quote)
salam,
Pergerakan anggota besar yang melebihi 3 kali akan terbatal solat, namun, pergerakan yang tidak melebihi 3 kali juga boleh membatalkan jika perbuatannya itu seolah-olah menghina atau ‘keji’. Seperti melompat dengan sengaja.. Ini yang saya pernah dengar atau terbaca.. kalau salah betulkan…
Tronx013(Quote)
salam kunjungan balas..
ye..sukar menemui kusyuk dalam solat..saya setuju. sangat sukar..kita manusia yang sentiasa di kelilingi hal-hal dunia.kadang-kadang terlalu sibuk mengejar masa.Cuba hayati setiap lafaz kalimah yang terbit dari hati dan perbuatan.Kusyuk terbahagi kepada 3 iaitu kusyuk zahir(pekerjaan-pekerjaan dalam solat)..kusyuk rohani (kehadiran hati dalam solat) dan kusyuk kepada keseluruhan ibadah solat itu sendiri.
pergerakan dalam solat tu..rasanye ustaz lebih arif mengenai perkara ni..:)
srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Bagai Air di Tandus Sahara
srikandi kasih suci(Quote)
Ada petua dari guru mengatakan mahu solat khusyuk kita perlu dengar apa yang dibaca. Lalu dihayati makna agar sampai ke hati, maka khusyuk akan hadir. Namun dalam pada waktu itulah Syaitan akan ganggu.
Maksud kamu pergerakan besar atau kecil ya?
Farid Rashidi(Quote)
salam,
InshaAllah, dapat juga saya ke sini pada hari ini untuk mengomen..
lama juga tak dapat buka weblog ustaz ni kat kampung, hari ini rezeki ada. Alhamdulillah..
Sewaktu khutbah jumaat,kita dilarang bercakap,kalau SMS tu kira bercakap juga ke? mmm.. persoalan kawan-kawan saya yang saya tak tau nak komen apa.
Solat yang sukar mendapat khusyuknya,janganlah pula terbatal dengan perkara yang remeh..huh….. kerugian yang amat merugikan…
orang yang tidak tahu pula,sengaja tidak mahu mendalami ilmu agama agar kejahilan membenarkan segalanya.. kezaliman yang amat kejam..
Tronx013(Quote)
Salam,
Ahlan wasahlan. Lama ya tak nampak. Saya ingatkan akhi begitu sibuk berceramah motivasi
Bercakap adalah sesuatu perkataan yang dituturkan oleh mulut. Kita disuruh tak bercakap kerana dapat fokus pada khutbah dan bercakap ketika itu boleh menghilangkan pahala Jumaat. SMS juga boleh menghilangkan fokus bukan? tidak ada salahnya jawab SMS lepas solat selesai.
Begitu juga elakkan perkara makruh.
Ayat ini selalu saya dengar apabila seseorang mahu lepaskan diri dari hukum dan mahu melakukan maksiat. Alasannya “Jahil dan tak tahu..” Amat malang jika berkata begitu sehinggakan menafikan hakikat ilmu.
Farid Rashidi(Quote)
ada juga berlaku di bumi cairo ya…
atulasca’s menulis entri terkini..KAI dalam kenangan
atulasca(Quote)
Maksud kamu bagaimana?
Saya di bumi Tanta
Ibunya itu Cairo.
Farid Rashidi(Quote)
di bumi arab maksud saya…tak kira la di tanta, cairo, mekah, dll…
atulasca’s menulis entri terkini..Selamat Datang REJAB! ~ 24/06/09
atulasca(Quote)
Kadang-kadang ego seorang pemimpin itu melebihi segala-galanya. Teguran membina sepatutnya dialu-alukan apatah lagi melibatkan hal2 yg besar. Di surau di kawasan saya pun begini juga, imam dan seorang makmum tidak bertegur sapa kerana hal tegur-menegur bacaan dlm solat. Manusia itu tidak sempurna.
nohas’s menulis entri terkini..Alhamdulillah
nohas(Quote)
Aduuhh, kasihan sekali bila kisah begitu berlaku. Apakah akan wujud kekuatan kalaulah solat juga boleh menimbulkan perpecahan?
Benarlah apa yang dirasaukan oleh Junjungan besar SAW dahulu. Kini telah berlaku.
“Manusia itu tidak sempurna, menuju kesempurnaan itulah yang sebaiknya.”
Farid Rashidi(Quote)
assalamualaikum ustaz.
bagaimana kalau orang yang solat ‘berdehem’ dengan sengaja dengan niat menegur orang-orang yang bising di sekelilingnya?
tumpang belajar…
khairaummah(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Atas sebab sengaja dan mempunyai maksud maka ia termasuklah suatu perkataan yang punya makna. Bila ada makna dan sengaja hukumnya seperti yang saya jelaskan di atas.
Pernah baca kisah Saidina Ali, Rasulullah SAW dan solat?
Farid Rashidi(Quote)
Salam Farid…
Kak su nak dapatkan pengesahan… atau penegasan.
Kalau kita nak berdoa dlm sujud, ianya haruslah dlm bahasa Arab dan diambil dari ayat-ayat Al-Quran. Betulkan? Kalau ayat yg dibaca itu adalah doa dlm bahasa Arab, tapi bukan dari Al-Quran, boleh ke?
suara’s menulis entri terkini..Alhamdulillah….
suara(Quote)
Salam,
Ya begitulah caranya. Selain Al-Quran boleh juga diambil daripada Hadis Rasulullah SAW, selawat, zikir, tasbih, takbir. Doa dalam apa jua bentuk tidak ada masalah kerana ianya doa. Contoh ketika bacaan doa qunut, biasa di Malaysia qunutnya pendek sahaja. Di sini qunutnya ada penambahan bermacam doa. Asalkan doa tidak ada masalah. (bukan BM).
Itukah maksud kak Su? atau bagaimana?
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
saya pun pernah mengalami peristiwa sama, dan termasuk dalam yg membatalkan ialah ‘berdehem’ atau menghembus nafas kuat2 dengan sengaja…pernah saya tulis di blog : http://tangsibiru.blogspot.com/2009/06/b2b-nota-hal-hal-solat.html
Aykay’s menulis entri terkini..Dah Tumbuh Bulu ke?
Aykay(Quote)
Salam,
Jazakallahhu khairan kasira. Ayuh sesiapa yang belum membacanya boleh ke link itu. Terima kasih atas info tambahan.
Farid Rashidi(Quote)
salam saudara Farid…
saya kembali.
alhamdulillah semakin ‘cool’ wajah blog kamu. Semoga terus menulis.
=)
srisufi’s menulis entri terkini..♥ HATIMU TAHU ♥
srisufi(Quote)
Salam,
Moga kembali itu membawa suatu makna besar pada pembaca. Walaupun kamu katakan ini ‘cool’ namun saya dapat rasakan ada sedikit masalah teknikal berlaku.
Kamu juga teruskan menulis!
Farid Rashidi(Quote)
salam…. info yang bermakna..terima kasih..
nur_syahadah(Quote)
Salam,
Afwan..semoga beroleh manfaat dan faedah buat bekal ibadat sehari-hari.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum..Islam itu mudah, kalau akak mushkil tentang beberapa perkara contohnya adakah sembahyang akak sah walau baru lepas ganti catheter (alat ganti saluran air kecil), ia pasti akan terkena ke pampers yang diguna ibarat membawa najis, tapi akak tak mahu tinggal sembahyang, hati akak nak sangat berjumpa Allah. Kata seorang ustaz dalam keuzuran di kecualikan yang penting adalah niat dan sesungguhnya Allah maha mengetahui. Lakukan dengan yakin dan seikhlasnya kerana Allah. Sebarang kemushkilan dapat di leraikan menggunakan akal yang telah di beri pada setiap insan..
maiyah(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Ya, Islam itu mudah namun tidak terlalu mudah sehingga meremehkan perkara wajib.
Maafkan saya. Saya agak kurang jelas gambaran mengenai ini. Adakah ianya kerana penyakit kencing tak lawas? atau bagaimana? mohon sedikit penjelasan.
Contoh dalam masalah darah Istihadhah, ianya bukan Haid. Maka dibolehkan beribadat kerana darurat.
Farid Rashidi(Quote)
Salam taaruf akhi..salam ziarah…salam ukhuwah…
Iman’s menulis entri terkini..Kata-kata Yang Membatalkan
Iman(Quote)
Salam..
Ukhuwwah fillah. Insya’Allah nanti saya linkkannya.
Farid Rashidi(Quote)
Maaf akhi tersilap letak link akhi..
Iman(Quote)
salam ya ustaz. maaf, hanya ingin minta pencerahan. tak pasti pula kalau saya masih lambat tangkap ataupun memang dalam artikel ni tak jelas. saya cuma minta kepastian, dalam perbalahan ni, sebenarnya siapa yang betul? adakah solat imam itu sah dan solat makmum itu batal? ataupun solat kedua-duanya batal? maaf ya, sekadar minta pencerahan
Wardatul Shaukah’s menulis entri terkini..Qasidah Burdah dan Seorang Nik Nur Madihah
Wardatul Shaukah(Quote)
Saya sengaja membawakan kisah di atas dan penerangan di bawah agar sama-sama kita berfikir mengenainya. Mengenai siapa betul atau siapa salah itu saya tak berani untuk berkata apa-apa.
Bagi saya mungkin Imam itu tidak sengaja atau terlupa. Tidak ada masalah dalam hal ini jika berpegang kepada Mazhab Syafie’ atau Maliki. Wallahhu a’lam.
Jelas maksud saya?
Farid Rashidi(Quote)
salam ziarah…
terima kasih sudi menyinggah blog saya..
entry saudara begitu menarik dan sangat bermanfaat untuk semua.
keep it up!
nurul’s menulis entri terkini..Jemput La Deh 2~
nurul(Quote)
Salam,
Harap dapat membacanya agar lebih menarik lagi
Farid Rashidi(Quote)
Ooo..ma’mum berdebat dengan imam di masjid selesai saja solat ye… menarik jugak kalau dapat tengok depan mata..hehehe..
K Kin’s menulis entri terkini..‘Hari Sukan’? atau hari bersukan?
K Kin(Quote)
Sangat menarik. Banyak kali dah saya tengok. Ada yang satu lagi kes Imam marah sebab makmum biarkan budak-budak bermain-main dihadapan orang solat tanpa teguran.
Akhirnya sama-sama berbalah. Hot tamper katakan
Farid Rashidi(Quote)
Apa yang termaktub dalam kitab Matlaul Badrin dan kitab-kitab fiqh “kitab kuning” dimaafkan bagi bercakap 6 kalimah atau 6 patah perkataan dengan tidak sengaja. Sekian.
Editor’s menulis entri terkini..Wanita Haid Masuk Masjid
Editor(Quote)