Header image

Bahasa Inggeris Syarat Kemajuan?

Posted by Farid Rashidi in Bicara Semasa | Kasus Politik

“Here is another report from Muhammad ibn ‘Amara: He sat in a company of the older companions of the Prophet (PBUH) in which there were over ten men. Abu Huraira began to relate a certain saying of the Prophet which some of them did not know, so they questioned him over and over again until they were satisfied. Again he related to them a saying in the same manner and he did this over and over again, and i was convinced that Abu Huraira had the best memory.”

Petikan artikel bertajuk The Transmission Of Hadith yang telah disediakan oleh Dr. Ahlam Fathy Hassan dan Dr. Mahira Al-Mallawany itu diterjemahkan kembali ke dalam bahasa Arab ketika kuliah bahasa Inggeris berlangsung. Kepekaan deria mendengar amat perlu untuk menangkap tutur kata beliau memandangkan saya agak jauh di belakang akibat kelewatan. Tambahan pula sebutan English di kalangan masyarakat arab agak kurang jelas bunyinya terutama huruf ‘P’ akan menjadi ‘B’.

Suasana kuliah sunyi seketika. Masing-masing tertumpu pada buku untuk menyalin terjemahan. Bagi kami penterjemahan ini merupakan sesuatu yang bermanfaat sekaligus menambah kosa kata bahasa Arab dan Inggeris.

Subjek bahasa Inggeris antara subjek yang perlu kami ambil ketika sessi kuliah fasal satu tahun empat dan merupakan syarat wajib lulus. Lazimnya warga mahasiswa melayu akan ‘score’ markah tertinggi untuk subjek bahasa Inggeris. Namun begitu, bagi warga arab subjek bahasa Inggeris adalah amat menggerunkan bagi mereka.

Ya, bagi mereka subjek itu merupakan subjek sukar untuk lulus. Akan tetapi kekuatan hafalan mereka mampu mengatasi kekurangan itu.“Hello..what is your name?” Soalan ini tersangat popular di kalangan budak-budak arab tepi jalan. Bila terpandangn wajah ‘orang luar’ pasti terpacul pertanyaan dalam bahasa Inggeris.

Pada hemat saya, mereka menyangka ‘orang luar’ itu semuanya berbahasa Inggeris termasuk mahasiswa Malaysia khususnya. Terkadang saya sengaja menjawab panjang lebar untuk menguji.

Langsung terdiam. Tersengih saya dibuatnya.

“Takallim arabi ya amm..” Pinta mereka.

Walaupun Bahasa Inggeris telah menjadi sebahagian silibus pengajian mereka, tidak bermakna penguasaan Bahasa Arab dipinggirkan ke tepi dan tidak pula perlu untuk menterjemahkan subjek Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris.

Kenyataan Demi Kenyataan

Sebermula cadangan melaksanakan Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah menunjukkan riak negatif di kalangan respondan. Kenyataan yang dikeluarkan mengundang seribu satu persoalan di kalangan rakyat marhean. Antara faktor ketidakrelevan idea ini diserapkan ialah kerana para pelajar di kalangan masyarakat melayu masih lemah menguasai bahasa Inggeris. Jadi mana mungkin untuk mencapai kecemerlangan jika asas utama bahasa itu masih tunggang-langgang.

Kesan daripada idea ini menyebabkan rakyat bangkit mengadakan perhimpunan agar perlaksanaannya tidak diteruskan dan bahasa Melayu kekal sebagai bahasa perantaraan kedua subjek tersebut.

Sementara itu, mengenai cadangan kementerian untuk mewajibkan calon lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan SPM, Muhyiddin berkata hampir 80 peratus daripada keseluruhan maklum balas bersetuju dengan cadangan itu. “Kita belum ada keputusan, masih mengumpul maklum balas, walaupun hampir 80 peratus setuju dengan pandangan yang saya suarakan, saya minta supaya ada respons dan kita akan buat kajian terperinci,” katanya. Sumber

Isu ini tidak terhenti begitu sahaja. Lihat kenyataan terbaru mengenai cadangan supaya calon SPM wajib lulus bahasa Inggeris sebagai syarat memperolehi sekeping sijil SPM. Sekali imbas cadangan ini seolah-olah memberikan impak positif kepada penguasaan bahasa Inggeris kepada para pelajar. Namun begitu, ianya tidak terlepas daripada sisi pandang negatif.

buku1

Bahasa Inggeris Itu Kemajuan?

Persoalan inilah yang sering dikaitkan dengan alasan pengambil alihan bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu  ke atas dua subjek seperti yang saya sebutkan di atas. Justeru, jika alasan ini menjadi hujjah utama maka ia tertolak mentah-mentah.

Perlu kita ketahui bahawa bahasa Inggeris itu hanyalah merupakan bahasa sahaja. Ia merupakan suatu alat untuk memahami sesuatu ilmu dan bukanlah suatu cabang daripada matapelajaran Sains dan Matematik. Jikalau benar bahasa Inggeris itu merupakan cabang daripada ilmu Sains dan Matematik, kenapa pula penjajah barat berusaha menceduk ilmu Sains, Matematik, Astronomi dari kalangan orang Islam ketika era peperangan Salib dan Daulah Andalusia? Kenapa mereka menterjemahkan ke bahasa Inggeris tidak mempelajarinya dalam bahasa Arab?

Nah, ini menujukkan bahawa bahasa Inggeris bukan perkara pokok untuk mencapai kemajuan. Dasarnya kita mempelajari sesuatu ilmu untuk FAHAM dan AMAL, bukan untuk menyusahkan ataupun sekadar menjadi syarat lulus peperiksaan. Lalu bila musim peperiksaan berlalu pergi, maka hilanglah apa yang dipelajari tanpa ada sebarang praktikal atau penyelidikan khusus terhadap ilmu itu. Konsep BELAJAR, FAHAM, KAJI, AMAL dan AJAR  seolah-olah bukan menjadi topik utama.

Apa guna sekeping sijil bisu tanpa kualiti ilmu?

Pada pandangan saya sekiranya kita mahu membina komuniti yang faham dan mahir berbahasa Inggeris, cukuplah sekadar mengambil serta menerima pelajar-pelajar yang benar-benar meminatinya. Jika diwajibkan secara umum kemungkinan besar masyarakat tidak mampu menerima dan tahap kecemerlangan yang diimpikan juga tidak kemana. Tiada guna kuantiti tanpa kualiti.

Negara India adalah merupakan antara negara yang mempunyai  ramai penduduk miskin sehingga mencecah 300 juta orang. Sedangkan di kalangan mereka terdapat ramai yang mahir berbahasa Inggeris dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran sains dan matematik. Adakah ini bukti menunjukkan mereka MAJU?

Kenapa tidak mewajibkan subjek agama sebagai syarat wajib lulus peperiksaan? Atau sengaja mahu lihat anak-anak tidak tahu mengucap? bersolat?

Penguasaan bahasa Inggeris di seluruh dunia dilihat antara propaganda kesinambungan siri peperangan salib dalam mengurangkan kefahaman terhadap bahasa Al-Quran.

3:41PM, 18 Jun 2009,
Siberbay, Tanta.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

42 Responses

  • atulasca says:

    PPSMI…peritnya amat terasa bg para pelajar di Kg…kesian, tertekan untuk belajar…apetah lagi untuk minat…jauh sekali…

    atulasca’s menulis entri terkini..KAI dalam kenangan

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Tambahan pula ianya akan diwajibkan untuk lulus lagilah bertambah kasihan dan tertekan ya.

      Pernah kita renung sejenak, semenjak darjah satu kita dah belajar BI sehinggalah Tingkatan 5. Berapa kerat yang betul-betul mahir berbahasa dan menulis BI?

        (Quote)

  • anasxz says:

    Banyak perkara yang menyumbang ke arah kemajuan. Cuma, setiap perkara ada prioritinya. Faktor bahasa benar membantu kemajuan. Ironinya, takrifan sebenar prioriti itu bagi setiap sektor itu berbeza.

    Pengaruh PPSMI kepada sistem pendidikan tanah air adakah benar seperti yang dinyatakan, peperangan salib dan menghilangkan bahasa arab?

    Sektor utama memasukkan elemen itu untuk kegunaan sektor ketiga. Itu masalahnya, bukan keputusan dari sektor ketiga untuk sektor ketiga.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Faktor bahasa Inggeris hanya sedikit tidak semua. Bergantung kepada fikrah seseorang pemerintah itu dalam menerapkan hukum-hakam dan idea. Namun jika dilihat pada sisi lain prioriti terhadap bahasa Arab itu lebih utama. Mengapa? ianya adalah bahasa Al-Quran dan sudah tentunya mengundang kemajuan dunia dan akhirat.

      Jepun mencipta rice cooker menggunakan bahasanya tanpa campur tangan orang barat. Maka hujjah tertolak kemajuan itu terletak pada bahasa Inggeris.

      Minda kita sudah di set pentingnya bahasa Inggeris dari bahasa Melayu menyebabkan kita terpaksa bergantung dan diberi tongkat selalu. Hilang tongkat menggelabah tak tahu punca.

      Pengaruhnya? enta boleh kaji dan survey pendapat sendiri.

      Ya, suatu masa dahulu bahasa Arab dilihat sebagai bahasa berpengaruh. Andalusia dan Abbasiyyah di antara gedung ilmuan yang menggunakan bahasa Arab. Akhirnya barat telah merampas semuanya lalu diterjemahkan ke dalam bahasanya. Kemudian mengaku pula itu hakciptanya.

      Apakah enta tak nampak kesan kepada bahasa Arab yang sudah terhakis? berapa ramai yang betul-betul faham dan menghayati Al-Quran Hadis berbanding falfasah barat?

      Bahasa Arab juga sudah terhakis bila penjajah Peranci masuk ke Mesir. Sila rujuk sejarah. Beratus-ratus bukti sejarah menceritakan hal itu.

      Apakah kerana sektor utama memasukkan, maka sektor ketiga tak mampu memberitahu kepada sektor pertama?

        (Quote)

  • Balqis says:

    Salam,

    Barangkali yang harus dimantapkan adalah sistem penterjemahan negara (terjemahlah buku-buku berbagai bahasa dan berbagai ilmu itu kepada BM dan beri rakyat baca macam Jepun, Perancis, German, Italy, Russia dan Sepanyol buat), kemudian berusaha melahirkan cendekia-cendekia Melayu yang bijaksana juga bijaksini. Kemudian cendekia-cendekia ini pula menyumbang kepada kemajuan negara menggunakan daya intelek mereka seperti adanya Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Biruni, Al-Khindi, Al-Razi, Ibnu Batuttah, Ibnu Khaldun atau another Al-Farabi versi Melayu.

    Finally, InsyaAllah akan terkenalnya Bahasa Melayu seperti zaman kegemilangan Melaka dahulu di mana semua pedagang pelbagai bangsa bertutur BM (bangga tu jadi orang Melayu time tu) Waktu ini, Bahasa Inggeris pun sudah tidak relevan lagi sebagai language of the knowledge bagi rakyat Malaysia.

    Malah mungkin juga akan lahir another Cordova, another Baghdad. Gedung ilmu terbesar di dunia! Malaysia? Tidak mustahil.

    Dan tidak mustahil juga, suatu hari nanti mereka pula yang menterjemahkan buku-buku para cendekia kita yang bijaksana dan bijaksini itu ke dalam bahasa Inggeris juga bahasa-bahasa asing lain di dunia. Tidak mustahilkan? Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?

    Sekadar pendapat. (Sebabnya asyik complain sahaja, cadangan tidak bagi tiada ertinya jugakan?)

    Sebenarnya kita tidak yakin dengan kebolehan bangsa kita sendiri dan kita tidak bangga dengan bahasa kita sendiri. Demi memajukan negara dengan cepat, kita sebenarnya telah melupakan kemajuan agama dan bangsa.

    Kesimpulannya, membaca buku dalam bahasa sendiri (i.e Bahasa Melayu) lagi mudah faham serta mudah belajar. Minat membaca pun bertambah-tambah dan seterusnya lahirlah ramai cendekia-cendekia Melayu. (balik pada perenggan atas tadilah)

    Er, saya tidak racist. =)

    Sebenarnya mahu kata, tanpa menggunakan Bahasa Inggeris pun kita boleh maju, hendak tidak hendak sahaja.

    Wallahua’lam.

    Balqis’s menulis entri terkini..Inilah dunia!

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Balqis: Barangkali yang harus dimantapkan adalah sistem penterjemahan negara (terjemahlah buku-buku berbagai bahasa dan berbagai ilmu itu kepada BM dan beri rakyat baca macam Jepun, Perancis, German, Italy, Russia dan Sepanyol buat)

      Ini baru namanya penyelesaian dan cadangan. Bagus!

      Balqis: Malah mungkin juga akan lahir another Cordova, another Baghdad. Gedung ilmu terbesar di dunia! Malaysia? Tidak mustahil.

      Boleh saja mahu jadi gedung terbesar sekalipun. Tapi bahasa Al-Quran jangan dilupakan. Bukankah dahulu kala tulisan Jawi menjadi tulis nenek moyang kita? itu buktinya masyarakat melayu dan Islam itu akrab.

      Balqis: Sekadar pendapat. (Sebabnya asyik complain sahaja, cadangan tidak bagi tiada ertinya jugakan?)

      Sengaja saya bawakan unsur-unsur complain agar keterbukaan berfikir lebih luas. Buktinya kamu sudah mampu berfikir. Bravo!

      Balqis: Sebenarnya kita tidak yakin dengan kebolehan bangsa kita sendiri dan kita tidak bangga dengan bahasa kita sendiri. Demi memajukan negara dengan cepat, kita sebenarnya telah melupakan kemajuan agama dan bangsa.

      Tidak masalah menggunakan bahasa Melayu untuk memahami ilmu. Namun jangan sampai terpalit assobiyyah.

        (Quote)

  • anjeruby says:

    ana optimis je dgn english…tp ana rasa, kita tidak perlu la mewajibkan ia..krn, nak kata english ni penting, x juga, sbb kalau ikut ranking dunia, english bukanla bahasa utama.

    utk peringkat sek ren, ana mmg membantah matematik dan sains dalam inggeris.

    anjeruby’s menulis entri terkini..Memanusiakan Manusia

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Ana juga optimis, tetapi ada pesimis pada perkara tertentu dalam BI.

      Jadi atas dasar apa perlu kepada mewajibkan BI? saya lihat isu BI ini semakin menjadi-jadi sekarang.

        (Quote)

  • azmamusa says:

    waaahhh…kagum ngan komen balqis….thumbs up!!! betul sangat…. malaysia juga tidak kurang hebatnya melahirkan bijaksana-bijaksini…dan mereka tu x lalu ppsmi pon…

    diri kak sendiri, macam rubi juga, optimis dan berpandangan positif ngan bi. itu diri sendiri… tapi kak juga punya pandangan dan pengalaman tentang bi ni… leh baca n3 pengalaman kak…

    pandangan kak pula…. bi bukanlah bahasa kemajuan.. setuju ngan komen farid dan juga balqis… kagum ngan rakyat jepun (ketepikan kisah mereka jajah dalam komen ni) mereka boleh bangkit dan menjadi begitu maju teknologinya selepas dibom dulu…semua dalam bahasa ibunda mereka… gitu juga jerman…klu kita nak belajar di sana, kita kena belajar bahasa mereka… x sebok pulak nak guna bi.. maju juga mereka..

    balik ke malaysia….
    dalam kursus-kursus bila cekgu2 serata negeri berpeluang bertemu, maka kami akan bertukar2 pendapat, berbincang dan bertanya…. boleh kak buat kesimpulan sendiri, ppsmi utk budak yg mahir atau boleh memahami bi, x kira bandar atau luar bandar, belajar sc n maths dlm bi x jd hal… malah advantage bg mereka memandangkan sumber rujukan termasuklah dari internet, rata2 dalam bi…. nak baca dalam jepun. dlm german, dlm arab, x tau le pulak…

    sebaliknya pula, bila pelajar lemah bi, x kira bandar atau luar bandar..kat bandar pun ramai melayu juga yg lemah bi… maka bukan setakat paper bi depa lingkup, malah sc n maths yg sedia x faham pon betambah2 x paham….

    tu x termasuk cekgu2 yg merangkak ngajo dlm bi…bg kak sendiri, kak slalu kata kat kelas yg kak ajo, depa bertuah dpt kak yg ‘terer’ sket bi (aje je naik bakul…), sambil ajo maths kak tolong betulkan bi depa, contoh singular plural x de s ngan ade s… bila berkomunikasi pun, kak tlg betulkan ayat yg x kena… remaja skarang ni, stakat guna bahasa pasar, english pop, english rock ramai le… kalo cikgu nak ngajo, nyampaikan pon dah seksa, apatah lagi le bebudak nak menerima ilmunya… kesian…

    bagi kak, klu nak guna ppsmi pon, x le masalah sangat kalo dimulakan pada peringkat awal… mula di skolah rendah, kak setuju… sebab anak2 kecik ni cepat belajar… x caya, tgk je anak2 yg baru balik dari dok oversea bertahun2… mesti cair cakap bahasa asing… tapi ni tetiba je budak 6 tahun kat skolah rendah belajo dlm bm, kena switch otak, tukar semua term belajo dulu ke dalam bi… mana x tejezut *** dibuatnya… anak kak sendiri pulak, generasi ppsmi, sebelum upsr dulu penah tanya kak, soalan dlm bm ke bi??? masa tu dah havoc nk tukar ke bm balik… kak tanya nape?? klu dlm bm jer, dia kata dia mungkin x tau nk jawab, sebab belajo dlm bi….

    ade masanya bila bantu dia study, term yg kita belajar dlm bm dulu, x tau nk sebut dlm bi nya… tentu ramai ibu bapa yg biasa ni ade kesukaran gak macam kak… sains dan maths tu banyak term yg sukar… maths tu sendiri adalah bahasa yg asing… penuh nombor dan simbol..

    dalam masa sibok ngan ppsmi, ada juga dasar 60:40 iaitu target 60% pelajar aliran sc dan 40% bukan sc.. tu yg turut menjadi beban, memaksa pelajar yg x brape minat sc tp dipaksa masuk kelas sc/sc teknikal… isu ppsmi ni kena ditengok dari bnyk sudut… mungkin ramai x aware pasal 60:40…

    tapi ape-apepon… sapalah kita… dan dasar serta polisi sentiasa berubah…. mengikut siapa di sana… kerana hanya Allah saja yg sempurna….

    panjang komen ni… walaupon belum dpt kak luahkan semuanya.. cukup dulu kot….

    azmamusa’s menulis entri terkini..alahai pembantu rumah

      (Quote)

    • azmamusa says:

      farid….;)

      azmamusa’s menulis entri terkini..tak terluah dengan perkataan…tafsirlah sendiri

        (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      azmamusa: mereka boleh bangkit dan menjadi begitu maju teknologinya selepas dibom dulu…semua dalam bahasa ibunda mereka… gitu juga jerman…klu kita nak belajar di sana, kita kena belajar bahasa mereka… x sebok pulak nak guna bi.. maju juga mereka..

      Betul betul betul.

      azmamusa: sebaliknya pula, bila pelajar lemah bi, x kira bandar atau luar bandar..kat bandar pun ramai melayu juga yg lemah bi… maka bukan setakat paper bi depa lingkup, malah sc n maths yg sedia x faham pon betambah2 x paham….

      Jangan kata depa..saya sendiri juga pening Matematik walau dalam bahasa Melayu.. :)

      azmamusa: tu x termasuk cekgu2 yg merangkak ngajo dlm bi…bg kak sendiri, kak slalu kata kat kelas yg kak ajo, depa bertuah dpt kak yg ‘terer’ sket bi (aje je naik bakul…), sambil ajo maths kak tolong betulkan bi depa, contoh singular plural x de s ngan ade s…

      Nampaknya nak kena belajar Bi dengan cikgulah ye..hehe. BI saya juga lintang pukang lagi.

      azmamusa: tapi ni tetiba je budak 6 tahun kat skolah rendah belajo dlm bm, kena switch otak, tukar semua term belajo dulu ke dalam bi… mana x tejezut ***

      Dari satu sudut yang lain cuba kita tengok. Sudahlah menyusahkan guru-guru, ibu bapa juga susah hati nak kena beli buku tambahan yang lain pula. Begitu juga kos pengeluaran buku teks dan lain-lain. Bukankah ini menyusahkan. Sekejap BI sekejap BM..last-last remaja ponteng sekolah. Alasannya? belajar susah. Hilang minat dan kemahuan.

      azmamusa: mungkin ramai x aware pasal 60:40…

      Tak terfikir kalau asyik berbalah pasal politik. Sampai bila-bila kerja tak jalan dan selesai.

        (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam… saya jugak tak setuju kalau mewajibkan BI bg syarat lulus SPM..yang PPSMI tu pun dah susah nak lalui,nikan pulak jadikan BI syarat wajib..erm..tak taula..

    tapi saya setuju sangat agama dijadikan syarat wajib lulus ..barulah boleh martabatkan agama!

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Itulah yang saya maksudkan. Sudahlah ianya diwajibkan, tak ada pula alternatif bagaimana mempertingkatkannya. Maka semakin lama semakin ramailah yang kecundang nanti.

      Begitu juga dalam masalah penguasaan bahasa Arab. Ianya seolah-olah dilihat syarat untuk mendapatkan sijil sahaja. Hakikat sebenar tak ramai yang betul-betul menguasai.

      Tentu cikgu lebih tahu bagaimana lemahnya anak-anak murid tentang agama bukan?

        (Quote)

      • nur_syahadah says:

        memang telah tersedia maklum…kalau lemahnya BI kita boleh didik, ajar slow2 sebab tak reti BI takde la sampai menyebabkan akhlak ‘bercelaru’..tapi bila dah melibatkan agama,tak faham, tak tau agama nampaknya makin bercelarula masa hadapan.. bukan sahaja di dunia akhirat juga terlibat.. sepatutnya itu yang perlu dirunsingkan…

        p/s: sekadar pendapat utk direnungkan…

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Betul cikgu. Bahasa Inggeris itu kalau dah punya basic bila-bila saja boleh ditambah-tambah vocub dan dipelajari grammarnya.

          Apakah mengajar BI dalam Sains dan Mate itu sangat sukar? Mungkin cikgu lebih berpengalaman.

          Tetapi agama kalau dari kecil sudah tidak diambil peduli maka besar nanti sangat sukar untuk disental sehingga berkilat.

          Ya, renungan yang baik. Syukran!

            (Quote)

          • nur_syahadah says:

            sukar atau tidak semua cikgu kena buat jugak.. maklumlah kami pelaksana.. untuk mencorakkan bakal pemimpin nie bukan senang.. silap corak jadi bhye.. tu la risiko bg kami ‘cikgu’

              (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          nur_syahadah: sukar atau tidak semua cikgu kena buat jugak.. maklumlah kami pelaksana.. untuk mencorakkan bakal pemimpin nie bukan senang.. silap corak jadi bhye.. tu la risiko bg kami ‘cikgu’

          Kata orang tua-tua, luah mati anak, telan mati bapa..begitukan?

          Itulah yang saya katakan, orang hanya tahu mengarah itu dan ini. Tetapi tidak menyelami arahan yang disampaikan.

          Nabi SAW selaku ketua pernah makan sama-sama orang miskin, pernah sama-sama bekerja dengan rakyat tanpa mengira darjat. Apakah kita merasa kita lebih mulia dari Nabi SAW?

            (Quote)

  • abuyon says:

    Salam. Pada saya,isu BI ini sebenarnya isu politik. Belum habis PPSMI, dilontarkan pula ISU BI SPM. Gali lubang dengan PPSMI, kambus pula dengan BI SPM. Belum selesai perjuangan PPSMI, kena pula perjuangkan isu BI SPM. Saya percaya, akan ada banyak lagi isu-isu sebegini yang lebih bersifat politik bukan kerana objektif ilmunya sangat. Nampak sangat orang-orang berkenaan memainkan isu ini.

    Tiap pegang jawatan, tiap itulah timbul isu yang menggegerkan.

    abuyon’s menulis entri terkini..Nama Dan Buku Besar Fathi Yakan

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Benar, apabila setiap perkara dipolitikkan maka beginlah kesannya. Saya lebih suka menggunakan perkataan ‘politik Malaysia’ bukan politik Islam.

      Sebabnya dalam Islam pendidikan adalah suatu kewajiban atas pundak pemerintah. Pemerintah wajib memberi pendidikan secukupnya terhadap umat bukan menyekat sebaran ilmu.

      Gempak je lebih. :)

        (Quote)

  • yang penting diri sendiri yang hendak menguasai bidang ilmu…ada murid BM pun fail – ni pulak BI?

    Ada pro & con…kemahiran berbahasa perlu dimulakan dari peingkat awal…bukan serta merta nak implement untuk terus lulus!

    sonata anak kancil’s menulis entri terkini..Chef Wan , Kem Modal Insan = Homestay

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Sebenarnya para pelajar tidak tahu menguasai dan memahami apa itu ilmu. Belajar hanya sekadar ‘main-main’, terpaksa itu dan ini maka wujud para pelajar yang berotak lembab. Kalau ada pun hanya dua tiga kerat sahaja yang cemerlang. Apakah kita sudah merasa bangga dengan 2,3 orang wakil untuk sebuah negara?

      Mahu kuasai bahasa perlu kepada teknik yang betul pengajarannya. Bukan lepas dan tinggal.

        (Quote)

  • missbusy says:

    perlu difikirkan juga kpentingannya~

    jgn biarkan org melayu ditakuk yang lama~
    bahasa inggeris bahasa dunia…

    tiada masalah jika ada kemahuan~!
    budak kecik, jgn diajar merungut,
    sebaliknya, tekankan lagi biar penguasaan mereka berganda~

    sekadar renungan..

    appreciate the differences~

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Bagaimana mahu fikirkan kepentingan kalau tekniknya salah? seperti yang saya sebutkan, begitu banyak bangsa di dunia tak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Adakah mereka itu hidup melarat dan miskin derita? Jepun? Jerman? Korea? China?

      Sebenarnya bukan masalah takuk lama atau tidak. British telah menjajah kita beberapa puluh tahun yang lalu. Mereka mengajarkan kita berbahasa Inggeris dan menggunakan perlembagaan mereka. Jadi kenapa masih tidak maju?

      Benar, mahukan sesuatu perlu ada kemahuan. Bagaimana mahu mendapatkan apa yang dimahukan jika penyerapan kaedah mendidik itu tersasar? Mahu pandu kereta. Tetapi tiada guru dan sistem pemanduan berhemah. Kamu boleh lihat sejauh mana pemanduannya.

      Budak kecil tidak diajar merungut tetapi ayah ibunya kerap merungut pula di depannya :)

        (Quote)

  • syahidah says:

    salam.

    saya ni dah lama tinggal di kawasan rumah guru,betul-betul dalam kawasan sekolah memandangkan ayah bertugas sebagai guru. Setakat ini belum pernah saya mendengar guru-guru mengajar anak murid mereka dengan penggunaan bahasa inggeris sepenuhnya. Guru terpaksa mencampuraduk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Guru tiada pilihan lain lagi. Mengajar bukan setakat melepas batuk di tangga, tentulah mahu anak murud faham dengan apa yang diajar. Aduhai pening juga memikirkan apa dasar pendidikan di negara kita. Hmm,betullah perlu digiatkan lagi proses penterjemahan tu. Siapa? Tak mungkin meletakkan tugas tersebut kepada Pusat terjemahan semata-mata.

    Sebab itu juga saya begitu senang sekali melihat blogger menggunakan Bahasa Melayu yang baik tulisan dan bahasanya. Itupun dah jadi suatu kelebihan kepada blogger untuk menyampaikan kepada masyarakat Bahasa Melayu di ruang maya juga tak kurang hebatnya. Bahasa Melayu boleh! Blogger boleh!

    dah jauh menyimpang pula..selamat berblog dengan bahasa ibunda! Itu antara peranan blogger..tak gitu!

    syahidah’s menulis entri terkini..Let’s be real!!

      (Quote)

    • Balqis says:

      syahidah: Sebab itu juga saya begitu senang sekali melihat blogger menggunakan Bahasa Melayu yang baik tulisan dan bahasanya. Itupun dah jadi suatu kelebihan kepada blogger untuk menyampaikan kepada masyarakat Bahasa Melayu di ruang maya juga tak kurang hebatnya. Bahasa Melayu boleh! Blogger boleh!

      Haha, sangat suka dengan semangat Syahidah. Jadi turut teruja. Ya Syahidah, Bahasa Melayu memang boleh! Penyampaian maklumat yang lebih berkesan! Belajar Bahasa Inggeris tidak salah tetapi tahu mengutamakan apa yang utama. Nilai bahasa ibunda itu sebenarnya lambang jatidiri bangsa itu sendirikan? Semakin hilang nilai bahasa, tidak mustahil terkikis jua jatidiri sesuatu bangsa itu. =)

      Balqis’s menulis entri terkini..Tidak Terbanding

        (Quote)

      • Farid Rashidi says:

        Itulah yang lebih elok. Mempelajari sesuatu ilmu untuk faham, bukan untuk merumitkan.(khusus buat yang masih lemah bi)

        Tetapi kalau yang sudah mantap berbahasa Inggeris itu tidak ada salahnya mahu belajar ilmu di dalamnya.

        Di Ukrine pembelajarannya dalam bahasa apa ya?

          (Quote)

  • nahmy says:

    assalamualaikum..

    saya mmg dari dulu (& mungkin sampai bila-bila) amat tidak setuju mengatakan bahasa Inggeris bahasa kemajuan termasuklah bab nak mengajar Sains & Matematik dlm bahasa Inggeris. professor dan doktor yg jadi pensyarah yg mengajar saya (juga guru-guru matematik & sains) dulu pun langsung tak belajar pun sains & matemati dlm bahasa Inggeris tapi jadi gak mereka orang cerdik-pandai. kpd org politik tinggalkan hal-hal bahasa pada pakar-pakar bahasa…itu aje!. klu free sila le ke artikel terdahulu saya yg dikomen oleh setiausaha GAPENA – Dato Baha Zain (saya pun tak tersangka yg dia baca artikel saya tuh)…wallahualam.

    http://haticeria.blogspot.com/2008/06/bahasa-jiwa-bangsa.html

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Ia, bila orang yang bukan bidangnya berlagak pandai lebih camca dari mangkuk maka inilah akan terjadi.

      Insya’Allah akan ke sana. Terima kasih ya link itu.

        (Quote)

  • Tirana says:

    Salam Farid…

    Betulkan niat masing2..belajar untuk mendapatkan ilmu bukan belajar untuk lulus peperiksaan semata. Jika belajar cuma untuk lulus periksa, lepas dapat sijil..semua lupa..tak kiralah samada belajar dalam BM atau dalam BI atau belajar dalam Arabic.

    Orang yang menguasai banyak bahasa tentu banyak advantagenya..itupun jika ilmu itu diamalkan. Jika tidak, ia akan jadi seperti sepohon pokok yang tidak berbuah. Ilmu tanpa amalan tidak akan membawa kita ke mana-mana..Biarpun kita mahir bahasa inggeris, kemajuan tidak akan dicapai jika tidak tidak beramal dengan ilmu yang kita ada…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Saya setuju dengan ‘niat’. Setiap apa jua perkara kalau mahu dijadikan ibadat serta mendapat keberkataan Ilahi. Nah, betuli dengan niat dahulu.

      Ilmu mesti amal. Itu kaedahnya. Belajar apapun begitu. Pada saya, sangat malang kalau kita bertaraf PHD sekalipun dalam bahasa Inggeris namun bahasa Al-Quran langsung tak dapat dibaca. Advantage akan diperolehi pada yang lebih utama walaupun pada pandangan kasar kita tak nampak jelas.

        (Quote)

  • salam..
    isu yang sudah semakin ‘senyap’ sejak kebelakangan ini. amat sesuai sekali untuk dibangkitkan semula. Saya juga tidak setuju dengan PPSMI. Mungkin tiada lagi harapan untuk bahasa melayu kembali menjadi ‘lingua franca’..:(

    Berkaitan dengan topik penggunaan bahasa inggeris, ada pengalaman yang ingin dikongsi (bakal dikongsi di dalam blog saya). Saya ada seorang kawan yang fasih berbahasa inggeris. Dia selalunya akan membetulkan ‘grammar’ saya dan membantu saya menambah kosa kata saya dalam bahasa inggeris dan sebaliknya untuk bahasa melayu. pada suatu hari ni, kami berjalan2 di pasar malam dan bersembang dengan menggunakan bahasa inggeris kerana saya ingin berlatih untuk peperiksaan lisan bi (oral english exam) saya. Selepas melepasi sebuah gerai, peniaga gerai tersebut mengherdik kami dengan mengatakan “hoi, tak reti cakap bahasa melayu ke??!!”. nasib baik kami sudah jauh di hadapan. tak tahu saya sekiranya diri sendiri yang harus dipersalahkan.

    selepas isu ppsmi timbul pula isu tentang had matapelajaran spm. seperti mahu menangis sahaja selepas mendengar berita itu..he~

    pencinta bahasa’s menulis entri terkini..buku, buku dan buku

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      pencinta bahasa: Selepas melepasi sebuah gerai, peniaga gerai tersebut mengherdik kami dengan mengatakan “hoi, tak reti cakap bahasa melayu ke??!!”. nasib baik kami sudah jauh di hadapan. tak tahu saya sekiranya diri sendiri yang harus dipersalahkan.

      Terima kasih atas perkongsian pengalaman.

      Itulah antara penghalang besar kepada kemajuan. Minda dan persepsi. Masalah untuk tidak bersetuju itu tak mengapa. Tetapi jangan pula kita menghalang orang yang berminat untuk belajar. Persoalan entri di atas ialah kepada mereka yang tidak mahir.

      Begitu juga ketika berbahasa arab. Bila berbahasa arab depan rakan melayu, diperlekehkan dan diperli. Ini berbeza jika bercakap dengan masyarakat arab. Walaupun salah, mereka tidak gelakkan kita. Tetapi cuba memperbetulkan.

      Saya baru sahaja selesai berdebat tentang 10 matapelajaran ketika final baru-baru ini. :)

        (Quote)

  • Kak Long says:

    Salam Farid,
    Terima kasih kerana mengunjungi blog Kak Long. Tertarik dengan isu yang dibincangkan di sini. Memang sedih mengenangkan nasib bahasa kita. Saya sangat berharap agar pihak yang berkenaan berfikir sedalam-dalamnya sebelum melaksanakan sesuatu dasar kerana apa yang kita buat pada masa ini sebenarnya memberikan impak yang besar pada masa akan datang.

    Kak Long’s menulis entri terkini..Siaran langsung dari kampung

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Sama-sama. Semoga selalulah melontarkan pandangan untuk kemanfaatan umum. Mana tahu ianya diberi ganjaran istimewa Allah SWT kelak.

      Dalam apa jua hal, berfikir itu amatlah penting. Tetapi apabila perkara itu dicalitkan dengan politik kotor tanpa suluh syariat. Lihatlah apa yang bakal terjadi. Betulkan?

        (Quote)

  • Tronx013 says:

    salam,

    Bahasa Inggeris, antara masalah dan cabaran…
    SPM, antara impian dan masa hadapan…

    nak komen panjang lebar pun, banyak yang saya tak faham akan selok belok alasan yang dah disediakan oleh pihak kerajaan sebelum mengumumkan arahan tersebut.. ibarat perdebatan selepas perdebatan, pastinya mudah menghadapinya kerana strategi ‘musuh’ hampir dikuasai… Walau apa pun yang berlaku, kita akan berada di takuk lama kalau kita tak nak berubah dan tidak melaksanakan apa yang telah kita rancang.. semuanya akan jadi susah jika kita rasa ianya menyusahkan.. tapi, kalau memang perkara itu susah, janganlah menyusahkan pula, cubalah memahami orang lain… permudahkan ia agar semuanya terbela… dengarlah suara yang kian lama kian terpadam(orang yang kurang kesedaran dan kemudahan terutamanya di luar bandar..)… :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Tronx013: Bahasa Inggeris, antara masalah dan cabaran…
      SPM, antara impian dan masa hadapan…

      Saya tertarik pada perenggan ini. :)

      Sememangnya tak ada alasan kukuh. Hanya pandai bercakap saja tanpa fikir masalah secara keseluruhan. Bagi arahan, buat.

      Tronx013: dengarlah suara yang kian lama kian terpadam(orang yang kurang kesedaran dan kemudahan terutamanya di luar bandar..)…

      Bila dah semakin lama semakin hilang dan terpadam. Agaknya ada tak lagi orang akan meneranginya semula? soalan cepu emas.

        (Quote)

  • nohas says:

    Kesiannya pelajar sekarang, dengan PPSMI, MUET lagi dan sekarang nak wajibkan lulus BI utk SPM pula..

    Realiti kehidupan di M’sia sekarang ni terutama di sektor swasta memang berteraskan Bahasa Inggeris. Dari sektor perbankan, perubatan, perniagaan, consultancy, dll. Saya melihat sendiri keciciran pekerja2 Melayu dlm office ranking kerana faktor bahasa ini.

    Menguasai pelbagai bahasa adalah satu bonus terutama Bahasa Arab, bonus dunia & akhirat, InsyaAllah.

    nohas’s menulis entri terkini..Wakaf Sementara

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Ujiannya banyakk, cara penyelesaian tak ada. Akibatnya terkontang kanting tak tentu hala jadinya.

      Itu masalahnya, bukan sahaja BI. Bahasa Arab juga ramai yang keciciran. Buktinya ketika temuduga J-QOF tak ramai mampu berbahasa arab dengan baik. Kesan dari pendidikan yang telah dipolitik kotorkan.

      Moga kita dapat menguasainya :)

        (Quote)

  • K Kin says:

    Bahasa jiwa bangsa. Kalau bahasa Melayu terus diperlakukan seperti hari ini,tidak mustahil akan semakin lenyap dan menjadi asing kepada generasi baru, malah akan menjadi bhn sejarah seperti bahasa jawi. Bangsa Melayu hilang identiti utamanya. Berjaya sungguh siri penjajahan di negara kita beberapa dekad yg lalu. Bukan kerana semangat asobiyyah kemelayuan, tapi kerana semangat cintakan negara dan bangsa (‘hubbul wathon minal iman’… bukan?)

    Telah berlaku perkara sebegitu kepada orang Ireland (Irish). Mereka mempunyai bahasa ibunda mereka sendiri (bahasa gaelic). Tapi kerana dasar mereka yg mengutamakan bahasa inggeris telah menenggelamkan bahasa ibunda mereka sendiri. Kini bahasa gaelic hanya diajar sebagai mengambil syarat sahaja di sekolah rendah. Dan sebagai langkah untuk tidak melenyapkan terus bahasa tersebut, ada usaha mengenengahkan bahasa mereka pada papan2 tanda di jalan raya(di samping bahasa inggeris),juga ada satu channel tv mereka yg menggunakan bahasa gaelic. Dan di sesetengah majlis rasmi, ada digunakan 2 bahasa. Tapi kalau ditanya kepada generasi muda mereka, hanya berapa kerat sahaja yg mampu berbahasa gaelic!

    Benar Bahasa inggeris salah satu bahasa dunia, tapi bukan bahasa utama, dan bukan syarat utama utk kemajuan. Pengalaman pernah berada di negara yg bukan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantara menguatkan lagi perasaan ‘apalah sgt nak dibanggakan dengan bahasa inggeris itu!!’

    K Kin’s menulis entri terkini..‘Hari Sukan’? atau hari bersukan?

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      K Kin: Tapi kalau ditanya kepada generasi muda mereka, hanya berapa kerat sahaja yg mampu berbahasa gaelic!

      Nampaknya berjaya juga Britian meluaskan empayar jajahannya sehingga lenyap bahasa lain.

      K Kin: Bukan kerana semangat asobiyyah kemelayuan, tapi kerana semangat cintakan negara dan bangsa (‘hubbul wathon minal iman’… bukan?)

      Ya, saya setuju dengan K Kin tentang ini. Semangat ini Rasulullah SAW larang kerana menghalang pergerakan Islam. Lainlah jika negara itu sebuah empayar Islam maka kita wajib mempertahankannya.

        (Quote)

  • awangku says:

    Munasabah dengan ‘satu agenda kesinambungan perang salib’ dengan mengurangkan kefahaman terhadap bahasa al-Quran.

      (Quote)

  • Pingback: Musim Kubis Besar! @ Faridrashidi.Com



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge