“Bila musim panas ja lalat bukan main banyak lagi ya..” Saya membuka cerita petang itu. Mata kami memerhati sekumpulan lalat yang liar hinggap di permukaan tikar plastik. Sengaja kami hamparkan tikar di atas sutuh rumah baru Hasbul Nizal usai membantu proses perpindahan.
Beliau dah zaujahnya baru sahaja mendirikan rumah tangga. Lalu imarah kosong tinggalan arab itu disewakan buat tumpangan mereka berdua melayari bahtera.
“Tula, banyak ya lalat..” Balas Sulaiman.
“Ana pelik juga ya, waktu musim sejuk lalat pi mana habis..tak dak pulak.” Saya menyambung.
“Lalat dia simpan benih siap-siap kot..”
“Ka pakat lari dok dalam selimut sebab sejuk..hehe.” Sambung saya serentak suara Sulaiman dihujung. Kami ketawa memecah sunyi hening petang. Sesekali bayu senja berputar menerobos celah rekahan bangunan berbatu.
Hikmah Pertama
Pernahkah kita berfikir sejenak hikmah penciptaan seekor lalat yang dianggap jijik oleh manusia?
Cerita lalat bukan suatu hikayat baru, lalat pernah mewarnai kisah sejarah yang tercatit dalam lembaran Al-Quran mulia. Buktinya? Ayuh perhatikan kalam Agung ini:
“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.” (Al-Hajj: 73)
Gambaran yang dilukis dalam ayat Al-Quran ini menunjukkan pengajaran yang berguna untuk difikirkan secara teliti. Ini kerana, Allah SWT telah mendatangkan perbandingan yang ringkas tetapi kesannya cukup besar kepada manusia khususnya kepada golongan kafir.
Kesan besar yang dimaksudkan ialah kerana ia melibatkan soal Aqidah. Dakwaan golongan kafir yang mengatakan patung-patung ukiran tangan mereka adalah Tuhan harus disembah telah dijawab oleh Allah SWT dengan sindiran tajam yang menyucuk jiwa-jiwa mereka. Allah SWT telah menghina golongan yang menyembah patung dengan suatu penghinaan yang melumpuhkan daya fikir mereka secara logikal.
Dalam membicarakan berkenaan konsep ketuhanan ianya tidak dapat lari daripada membincangkan konsep penciptaan. Oleh yang demikian itu, Allah SWT telah menyuruh golongan ini menciptakan seekor lalat seandainya mereka mengaku mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang diberikan patung sembahan mereka.
Lalu, kehinaan ini terus menerus menusuk ke ulu hati mereka memandangkan patung keras tidak bernyawa itu mana mungkin mampu menciptakan serangga sekecil lalat bahkan tidak memberikan sebarang kelebihan apapun kepada mereka yang menyembah.
Tidak cukup dengan itu, Allah SWT mendatangkan lagi suruhan dengan gaya bahasa dan uslub yang cukup berbekas iaitu seandainya patung itu berkuasa maka halaulah lalat yang hinggap dihidung ukiran itu tanpa bantuan sesiapapun.
Ternyata patung itu tidak berkemampuan. Malah tidak langsung memberikan sebarang reaksi tindak balas.
Begitu juga Allah SWT turut menyuruh agar golongan kafir memohon kepada patung mereka menghapuskan segala macam penyakit berbahaya yang dibawa oleh lalat. Juga tidak mampu!
Uslub Balaghah
Di dalam ayat di atas, Allah SWT menyeru kepada manusia dengan seruan يا أيها الناس bermaksud “Wahai sekalian manusia!” dan ia adalah seruan berbentuk umum. Menurut pengertian bahasa arab, seruan itu seolah-olah suatu panggilan yang jauh. Apa yang dimaksudkan dengan suatu panggilan jauh pula? Maksud firman Allah SWT dalam ayat ini adalah suatu seruan kepada semua manusia semenjak dahulu sehinggalah datangnya hari pengakhiran iaitu hari kiamat.

Apakah rahsia Allah SWT menyebut perkataan lalat, bukan gajah atau unta?
Ini kerana ayat ini seolah-seolah menempelak orang kafir yang berkata Tuhan mereka mampu melakukan segala-galanya. Oleh itu didatang suruhan untuk mencipta lalat yang jijik agar mereka berfikir dan terus berfikir. Hatta mencipta benda sekecil lalat juga tidak mampu inikan pula haiwan sebesar gajah dan unta.
Apakah pula hikmah Allah SWT memilih lalat untuk dijadikan contoh?
Seperti yang manusia sedia maklum bahawa lalat merupakan serangga yang kecil, lemah dan hina bahkan mampu memberi kemudharatan kepada manusia dengan di datangkan bermacam penyakit yang berbahaya sehingga membawa kepada hilangnya nyawa manusia.
Menurut Kitab Jaulah fi Dauhah Al-Adab, di antara penyakit berbahaya yang dibawa oleh lalat ialah jangkitan Tuberculosis (Jarsumah As-sel), Salmonella typhi (At-Taifud), Amebiasis (Ad-Dusnataria) dan Pink Eye (Ar-Ramd).
Selain itu, saya juga terbaca info yang ditulis oleh seorang pelajar perubatan Kaherah berkenaan penyakit bawaan lalat. Anda boleh terus klik untuk ke blognya.
Hikmah Kedua
“Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” (Hadis riwayat Bukhari, Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)
Betapa hebat mukjizat kurniaan Allah SWT kepada kekasihnya Nabi Muhammad SAW yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Sedangkan jikalau menurut logik akal tidak relevan untuk mencelup lalat yang kotor kali kedua di dalam bekas air minuman. Namun kajian saintifik kini membuktikan kebenaran kata-kata baginda Rasulullah SAW. Menurut Dr Danial Zainal Abidin dari petikan buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden:
Secara dasarnya, hadis ini memperkenalkan konsep vektor dalam penyebaran penyakit. Vektor ialah haiwan dan serangga tertentu, contohnya lalat yang membawa kuman-kuman keapda makhluk lain, contohnya manusia. Dalam konteks lalat, konsep vektor ini hanya baru difahami pada abad kesembilan belas sedangkan Nabi Muhammmad menyebut mengenainya pada abad ketujuh lagi.
Hikmah Ketiga
Saya tertarik bila membaca artikel sebuah blog mengatakan bahawa di negara-negara Eropah serangga-serangga kecil misalnya seperti lalat jarang ditemui. Ini berbeza jika mahu dibandingkan dengan negara-negara timur tengah dan beriklim khatulistiwa.
Seperti yang saya sebutkan di permulaan artikel, apabila iklim bertukar ke musim panas maka kehadiran lalat yang beribu-ribu itu akan memenuhi ruang udara negara Mesir.
Umumnya masyarakat mengetahui lalat ialah sejenis serangga yang hidup di persekitaran kotor dan menjijikkan. Malah lalat terus aktif membiak jika kawasan tersebut dibiarkan tanpa seliaan yang bersistematik.
Justeru, saya melihat ini adalah merupakan hikmah mengapa Allah SWT mendatangkan serangga lalat kepada manusia. Bukankah Islam mengajar bahawa menjaga kebersihan itu adalah suatu perkara yang dituntut oleh umatnya? Nah, lihat dan fikirlah hikmahnya.
Masakan lalat mahu hidup ditempat yang bersih dan tiada sebarang pencemaran yang menjijikkan bukan?
SubhanALLAH!
Rujukan:
Jaulah Fi Dauhah Al-Adab, Tahun 3, Doktor Muhammad Ahmad Abu Alufa.
9:21 AM, 12 Jun 2009,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



lalat yang ku sayangi kini kembali menziarahi aku setiap hari malam dan siang..dialah teman istimewa ku sewaktu tidor dan juga teman yang tlg kejutku dari tdoq lelama..hehe syukran lalat..sayang sangat2 kt lalat..hehehe
Farhan rais(Quote)
Macam kenal saja?
Lepas ni boleh kawan dengan lalat lama-lama ya
Farid Rashidi(Quote)
salam..
wahh, penjelasan yang cukup menarik sekali..:D
akhi pun baca hasil penulisan Dr Danial Zainal Abidin ya?
yup, setiap ciptaan tuhan ada hikmahnya. Kalau kita faham hikmahnya, pasti kita akan semakin kagum dengan kebesaran Allah swt.
pencinta bahasa’s menulis entri terkini..buku, buku dan buku
pencinta bahasa(Quote)
Salam,
Kebetulan masa ziarah teman, dia ada buku tu. Jadi saya pinjam dan baca. Bagus bukunya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam…. kak tie pernah dengar tentang sayap lalat tu…
Kebetulan masa kak tie balik kampung di kelantan, musim lalat.. rasa tak selesa betul.
Tie’s menulis entri terkini..Ulangtahun pertama sebagai blogger
Tie(Quote)
Salam,
Baguslah. Lalat sinonim dengan tempat kotor. Jadi perhatikan sekeliling mengapa ia ada.
Farid Rashidi(Quote)
salam… Allah menciptakan setiap sesuatu itu ada fungsinya dan tidak sia2..walaupun ianya sekadar serangga…
p/s: lalat banyak tak selesa kan..
nur_syahadah(Quote)
Salam,
Bakteria yang tidak nampak dek mata kasar juga ada fungsinya. Sebagai manusia yang berakal kita perlu berfikir selalu tentangnya, agar mendapat pengajaran.
P/S: Redha dengan segala-galanya. Alhamdulillah kerana lalat juga mampu memberikan pengajaran.
Farid Rashidi(Quote)
masya Allah..subha nallah
terima kasih atas perkongsian ini..huh
esanstudio.net(Quote)
Afwan, Jazakallahu khairan kasira.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
tau je pasal celup lalat punya sayap..
tapi tak pernah buat..hehe
tambah2 sejak belajar medic taun 3 ni,bila dah tau lalat transmit bnyak penyakit,terutamnya kat bahagian kaki, tangan n mulut dia tu..lebih kurang 100 pathogens termasukla,virus,bacteria,protozoa,cacing..
takut~~
tapi berguna jugak lalat ni,bila terlebih tidur,dia kejut..
bila kotor sikit dia datang,so peringatan,jaga kebersihan~~
sirru ala barakatillah~
uraihan(Quote)
Salam,
Saya pernah juga try buat, tapi itulah antara lalu teguk dengan tak. Boleh keracunan kalau silap cara.
Mungkin boleh ceritakan sedikit penyakitnya itu?
Farid Rashidi(Quote)
salam..
betul tu..antara lalu atau tak..
kalau dalam hadis tu,berkenaan dengan kepak,pasti ade kebenrannya..
tpi biasanya lalat ni,kalau hinggap kat makanan ke,minuman ke,dia hulur
kaki dia..bukan main banyak bakteria tu..
lalat ni transmit banyak penyakit..
virus..eg: polio, hepatitis A.
bakteria..eg : bacillary dysentry (bloody stool with mucus), cholera (ta’un)
protozoa..eg : ameobic dysentry, giardisia (cirit-birit)..
n banyak lagi..
maka,behati-hatilah~~
uraihan(Quote)
Saya rasa penyakit ni saya pernah kena. Sebabnya ubat yang saya ambil di Soidaliah ada ditulis perkataan ‘protozoa’. 5 hari juga simptom pelik menyerang. Mujurlah dekat imtihan ianya sembuh.
Terpulanglah mahu minum atau tidak.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
menarik artikel nih. betapa signifikannya lalat tu..wlu bawa penyakit & kecil tp dah disebut dalam Quran 1400 tahun dulu…
nahmy(Quote)
Salam,
Bukan sahaja lalat, banyak perkara lagi yang telah Al-Quran dan Rasulullah SAW sebutkan. Lagi mengkaji, lagi banyak yang kita tak tahu. Subahanallah!
Farid Rashidi(Quote)
Salam…Didalam Al-Quran, Allah S.W.T. banyak menggunakan alam maya sebagai perumpamaan2 dan contoh2 untuk hambaNya supaya berfikir & mengkaji. Al-Quran mungkin dah banyak kali dikhatam, tapi terjemahannya & tadabburnya tak habis2 lagi dibaca & dipelajari. Terasa ruginya tak menguasai Bahasa Arab..
Hikmah dari mencelup lalat yg jatuh kedlm air minuman tu, supaya tak membazir, boleh diminum tapi rasanya tak tergamak nak minum..
Org Melayu lagi kreatif..buat jahitan mata lalat kat leher baju kurung, hehe..
nohas’s menulis entri terkini..Rindu Andalusia
nohas(Quote)
Salam,
Alam maya atau alam persekitaran? Cara paling mudah, baca Al-Quran bersama terjemahannya. Sekurang-kurang boleh juga dua, tiga patah perkataan bahasa arab.
Bagi saya kalau tak nampak lalat jatuh tak ada masalah, kalau nampak depan mata itu yang bermasalah
Apa itu?
Farid Rashidi(Quote)
Jahitan mata lalat itu satu bentuk sulaman kat leher baju kurung, sebagai hiasan dan utk mengemaskan jahitan. Yang popular, jahitan tulang belut. Jahitannya halus dan berseni, agak rumit juga. Nampaknya semakin dilupakan sebab golongan muda kurang berminat utk mempelajarinya, yg veteran pula, mata dah kabur utk buat sulaman..
nohas’s menulis entri terkini..Rindu Andalusia
nohas(Quote)
Bermacam jenis jahitan ya..apapun, saya masih tak dapat bayangkan jahitan lalat dan belut itu macammana..hehe.
Golongan muda nak tahu jahit macammana, mereka asyik pakai baju yang tak berjahit dan tak cukup benang. Itu yang masalah tu.
Farid Rashidi(Quote)
Salam. Nak tambah lagi rahsia dan hikmah lalat. Dipetik dari buku Kekeramatan Cucu-cucu Rasulullah SAW karangan Syeikh Mukmin B. Hasan Mukmin Asy-Syablanji (antara buku yang sangat saya hargai dan baca).
Ahmad B. Umar B. Miqdam Ar-Razi menceritakan bahawa pada suatu hari seekor lalat telah hinggap di muka Khalifah Al-Mansur, maka diapun menghalaunya. Namun lalat itu hinggap lagi lalu dihalau lagi dan hinggap lagi sehingga Al-Mansur menjadi kesal dan bosan kerana ketenangan dan kerja-kerjanya terganggu hanya kerana lalat.
Lalu Khalifah bertanya kepada Jaafar As-Shadiq yang ketika itu kebetulan berada di situ : “Wahai Abu Abdullah! Untuk apa Allah menciptakan lalat?”.
Jaafar As-Shadiq menjawab : “Agar dengan lalat itu, Allah dapat menunjukkan kehinaan orang-orang yang sombong”.
Mendengar jawapan yang tegas itu, Al-Mansur diam. Ia sedar bahawa jawapan itu mengena juga kepada dirinya.
Allah …
abuyon’s menulis entri terkini..Tundukkan Pandanganmu
abuyon(Quote)
Salam,
Alfu syukran atas penambahan info rahsianya. Moga Allah SWT memberkati kita.
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Benar, dalam artikel karangan Abu Atiyah – Hadith Lalat dan Sains ada menerangkan dengan mendalam tentang sayap lalat. Secara ringkasnya sebelah sayap lalat dan bahagian luarannya didapati mengandungi lebih kurang
3,683,000 kuman bakteria dan dalamannya mengandungi 6-8 kali ganda
kuman berbanding luarannya. (Hal ini disebutkan dalam buku Insect
Immunology oleh Edward A. Steinhaus terbitan New York) Antaranya seperti yang ustaz sebutkan di atas.
Sementara sebelah lagi sayap yang mengandungi penawar pula sebenarnya mengandungi banyak virus bacteriophage yang mampu membunuh kuman-kuman Staphylococcus muscae, Escherichia coli, Salmonella Paratyphi dan Eberthella Typhosa yang menjadi penyebab kepada penyakit cirit birit dan demam kepialu. Inilah penemuan virus bacteriophage yang pertama di dalam serangga dan ia merangsang kepada penemuan-penemuan yang lain.
Yang bestnya, kajian mendapati lalat mampu mengubah kuman taun vibrio cholera kepada bentuk yang lain yang tidak berbahaya. Pergh, hadith Nabi dah berkurun lama dah, tapi mereka-mereka ini baru terjumpakan buktinya. Islam memang hebat! Best tak best, dekat puluhan (ratusan mungkin, sejak hadith ini diriwayatkan) buku jugalah terhasil untuk bincangkan pasal lalat, penyakit bawaan dan penawar dia sahaja. Betapa benarlah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Seekor lalat sahaja sudah boleh menjadi bukti mudah kenyataan itu.
Lagi bestnya (berapa banyak best da…), katakan kita ambil seekor lalat dan kita mahukan penawarnya sahaja? Bagaimana? Tidak tahu yang mana satukan? (Hehe… kecuali kalau dibawa ke makmal dan dianalisa) =)
Oh ya, sebagai tambahan. Lalat juga amat berguna dalam bidang forensik. Apabila berlaku sesuatu kes kematian, pembunuhan misalnya, pakar forensik biasanya merujuk lalat jenis mana yang sedang mendatangi mayat itu. Melihat jenis mayat yang menghurung mangsa, mereka dapat mengesan sudah berapa hari usia mayat itu, tempat pembunuhan yang sebenar dan banyak lagi yang bersifat klinikal yang penting dalam hal-hal penyiasatan mereka. Cth lalat; Calliphoridae, Muscidae atau Piophilidae.
Lepas ini peperiksaan Infectious Disease, jadi memang ada kaitan dengan lalat dan entri ini. Rasa lucu pula bila nama-nama penyakit ini disebut dalam Bahasa Arab. Oh, ya. Ophthalmology di sana juga disebut Ar-Ramd kan? Kerana banyaknya Trachomatous Pannus (sejenis penyakit mata disebabkan oleh Chlamyida Trachomatis) di Mesir, jadi diambil Trachoma = Ar-Ramd terus diambil sebagai Ophthalmology dalam bahasa Arab. Wallahua’lam. Junior saya di Mesir yang khabarkan. =)
Akhir sekali, dalam buku Dr Danial Zainal Abidin kan ada disebut “Selain itu, tidak ada sebarang riwayat daripada Nabi Muhammad SAW yang menyuruh
kita meminum air yang dimasuki lalat”
Uhuhu, selama ini memang ingat dah kalau termasuk tu kenalah minum (walaupun tak berapa nak lalu). Jadi macam mana pula tu ustaz?
Wallahua’lam.
Balqis(Quote)
Maaf, buku Dr Danial yang saya ada versi PDF, jadi saya rasa tak banyak terangkan. Semua ringkasan sahaja. Huhuhu…
Balqis(Quote)
Sangat menakjubkan! bagaimana seekor lalat kecil mampu membawa kuman yang begitu banyak. Ha, ini yang kita tak tahu. Allahhul Azim!
Bila sudah banyak best, maka akan berbest-best jadinya. Ada tak pengkaji ambil kepak lalat yang sebelah penawar buat ubat?
Ini lagi satu point penting yang saya dapat hari ini. Info beginilah kalau bercerita umpama makan nasi berlaukkan ayam masak merah. Ada penyedap rasa. Syukran atas komentarnya.
Ar-Ramd? ya betullah tu. Orang bertanya lebih tahu mungkin.
Itu dalam kes pembaziran sebenarnya. Jangan paksa diri kalau sudah tak lalu. Kalau airnya satu kolah mungkin tidak ada masalah. Tapi sekadar separuh cawan terpulanglah kepada anda untuk menilainya.
Terima kasih atas perkongsian buku versi PDF.
Farid Rashidi(Quote)
salam,
Banyak juga cerita pasal lalat terutamanya perubatan, agama, forensik, zoologi, dan sebagainya. sehinggakan lalat ini juga menjadi sesuatu yang merimaskan jika berterbangan di hadapan kita yang tengah berehat ataupun menghadap makanan. Seperti ujian kesabaran menduga kita yang ‘diserang’ lalat.
Kalau tak silap,kitar hidup lalat ni menjadi semakin pendek(cepat) bila musim panas. Ini termasuklah nyamuk dan serangga lain. Pada musim panas,kita dapat perhatikan nyamuk dan lalat bertambah banyak kerana kadar kitar hidupnya(life cycle ) makin cepat. (pernah terbaca dalam ruangan kesihatan UTUSAN MALAYSIA, kalau tersilap,betulkan) . Ditambah pula, di Malaysia yang mengumumkan bahawa kempen perangi Denggi telah gagal kerana kes denggi menunjukkan tiada pengurangan. Kempen pun gagal. Kerana apa gagal? katanya sikap penduduk malaysia yang malas menjaga kebersihan persekitaran. Betul juga tuduhan itu. Kena berubah ni. Tapi kalau nak difikirkan kenapa kita kurang menjaga kebersihan? sebabnya kita ini sangat bergantung pada agama Islam. Islamlah yang mampu merubah kita ke arah kebaikan. Jadi, kekuatan pegangan agama di Malaysia ini semakin goyah, lantas menerangkan mengapa kebanyakan kita malas menjaga kebersihan dan persekitaran. Kalau buat pun macam tak ikhlas,kenapa? bila ada kempen je buat2 nak jaga kebersihan. tiada istiqamah dan kejujuran.
orang kata lalat ni tak berguna, rupanya lalat ini sangat berguna dalam bidang forensik sepertimana ulasan Balqis. Dan memang tak sia-sia kejadian tuhan ini bak kata nur_syuhadah serta sebagai renungan buat sang pemikir bak kata Ustaz abuyon.
(termasuk topik nyamuk pula,sebenarnya nak cerita pasal lalat, tapi dah kering otak,entri ustaz pun dah melambak fakta dan penjelasan ditambah pula komen daripada cerdik pandai..
)
Tronx013(Quote)
Saya rasa mungkin atas faktor inilah muncul banyak lalat ketika musim panas di sini.
Islam didatangkan sangat sesuai dengan fitrah manusia. Sehingga bab kesihatan dan kebersihan juga ada tatacara perlu diikuti. Tetapi masih ramai yang sengaja membuang sampah, mengotori tempat awam dan pelbagai etika yang merosakkan.
Otak kering pun komennya boleh tahan ya
Farid Rashidi(Quote)
Salam Farid…
Cerita ttg lalat ya. Teringat masa kak su kat Makkah hari tu… Ustaz Ridzuan, salah seorang mutawif kat sana berceramah ttg kisah-kisah Rasulullah. Walaupun dlm keadaan musim panas yg mmg banyak lalat, Rasul kita tak pernah dihinggapi lalat walaupun sekali. Itu salah satu kelebihan Nabi…
suara’s menulis entri terkini..Rindu Ayah…
suara(Quote)
Salam,
Ya tentang lalat.
Bukan sahaja tidak pernah dihinggapi lalat, malah badan Rasulullah SAW sentiasa berwangi seharum misk, selalu dinaungi awan, malah tunggul juga pernah bersedih kerana baginda. Sollu alan Nabii! Subhanallah!! Aziim.
Farid Rashidi(Quote)
Oh..panjang lebar huraian penulis dan juga pengomentar berkenaan makhluk lalat yg kecil ini. Kagum pula pada lalat
.
K Kin’s menulis entri terkini..Minggu tat lemon
K Kin(Quote)
Terpanjang tulis sejak dua menjak ni. Bila panjang orang tak reti nak komen, bila pendek orang kurang faham isi nak disampaikan. Tak mengapa saya cuba tulis sederhana.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum…
hehee…comelnyer lalat tu..tapi sayang ia dipandang hina oleh manusia..
srikandi kasih suci(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Setiap ciptaan Allah itu cantik-cantik belaka, namun ada hikmah tersurat dan tersirat. Apakata setiap kejadiaan Allah cuba kita renung dan fikirkan kehebatan Tuhan. Moga menambah keimanan.
Farid Rashidi(Quote)
lalat 000 lalat.di sebalik kekotoronmu ada juga kebaikan.setiap makhluk di muka bumi ini ada pro n kontra.terpulang kepada kita bagaimana hendak menghargainya…
annurhuda(Quote)
salam,
baru jumpa artikel ni jadi barulah sempat nak join.
kes lalat ni macam kes ular jugak ya, sebab bisa patukan ular boleh menyebabkan kematian, tapi di sebaliknya, bisa ular juga boleh dijadikan penawar.
tapi satu perkara yg saya musykil tentang satu makhluk Allah ni iaitu
c i c a k..
kalau diberi izin untuk menghapus satu benda di atas dunia ni, saya nak hapuskan cicak..bukanlah saya zalim sangat tapi tak tahan dengan najisnya, bahkan kadang-kadang buat kamikaze dalam mesin basuh..
maafla dah lari topik tapi boleh sesiapa terangkan hikmat Allah jadikan cicak..
wan salmah’s menulis entri terkini..Cerita2 tentang kerjaya, hobi..
wan salmah(Quote)
Boleh join bila-bila masa, tak perlu risau.
Oh ya, berkenaan cicak tidak ada masalah untuk membunuhnya. Saya belum kaji lagi bab cicak buat masa ni. Mungkin ada yang lebih tahu boleh ceritakan.
Farid Rashidi(Quote)
Terima kasih untuk perkongsian ini. Cukup menarik untuk sama2 kite berfikir tentang lalat dan kekuasaannya..Subhanallah..
p/s – teringat musim lalat mase zaman2 sekolah dulu..sampai nak makan nasi pun still ‘berebut’ dgn lalat..
hafizmd(Quote)
Sama-sama.
Itu juga salah satu masalah yang membimbangkan. Biasanya di sekolah berasrama misalnya, tahap kebersihan tidak dijaga. Bukan saja penyakit bawaan lalat, penyakit seperti gatal-gatal (scabies), kurap dan taun juga mudah merebak.
Perlu ada kesedaran dari kecil. Warden dan ketua pelajar itu sendiri sepatutnya bertegas dalam hal ini.
Farid Rashidi(Quote)
ustaz.. saya pernah terlihat bahawa hadith tentang lalat ni hadith muskil. tapi kalau ustaz dah sebut sahih bukhari, saya dah terlepas ckp ngan kwn2. hrp Allah ampunkan..
zaidi(Quote)
tertarik dgn bab lalat ni…tak silap lalat/langau dlm picture di atas tu dikenali sebagai Chrysomya megasephala, dlm order Diptera , famili : Calliphoridae.
Memang betul..lalat antara vektor penyakit kpd manusia dan haiwan.
Selain itu, ia juga berguna dalam forensik (seperti yg dinyatakan oleh saudara Tronxo13), khususnya bidang entomologi forensik. Ianya kerap digunakan dlm penentuan Post-mortem interval (PMI) (tetapi hanya berguna selepas 72 jam). Selain itu ia digunakan utk mengetahui keadaan mayat tersebut (lokasi sebenar mayat sekiranya berlaku pemindahan mayat, cara kematian, salah guna dadah).
Di negara kita, antara lalat yang kerap menjadi the first lalat yang mengunjungi mayat ialah lalat dlm famili Calliphoridae, seperti C.megasephala, C. rufifacies dan lain2.
p/s : PMI = Duration between death and corpse discovery.
“Who saw him die? I, said the fly, with my little eyes, I saw him die.”
.-= supriyani´s last blog ..Dalam Kenangan =-.
supriyani(Quote)
pas ni kutip lalat wat sop…:P…
memang kuat berfikir la ustat ni..sampai tengok lalat pon boleh wat entri..Allah3x..pasni wat entri semut plak..xpon kebaikan lipas..Hehe
Bintu Cumil´s last [type] ..Perlu Lebih Berhati-hati….
Bintu Cumil(Quote)
Cerita kisah lalat ini dikisahkan dalam kitab Lughah tahun 3 yang lalu. Kisah lalat mempunyai nilai sastera yang tinggi, ia diadun bersama kisah al-Quran.
Insha’Allah.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
info terbaru maggot lalat boleh ubat luka pesakit diabetes…ALLAHUAKBAR!!
-orang baru-
=)
nina zahari(Quote)
assalamu’alaikum.
alhamdulillah, masih banyak orang muslim di dunia ini yang peduli qur’an dan hadits.
saya baru saja membaca situs debat antara islam dan ilmu pengetahuan, intinya mereka mencaci maki nabi Muhammad SAW yang menyuruh memasukkan seluruh tubuh lalat ke dalam minuman dan meminumnya.
karena saya juga tidak tahu apa rahasia di balik itu, saya hanya dapat ber-istighfar saja, tidak dapat berkomentar.
semoga Allah memberi hidayah pada mereka.
sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
rezi(Quote)
Pingback: Hikmah penciptaan serangga|lalat | hafizmohd.com
byk sungguh info pasal lalat ni.
tp sy pernah alami d rumah sdn, lalat yg tetiba memenuhi ruang dapur.itupn slps maghrib.walaupun tingkap dibuka, lalat tak mahu keluar.yg merebak ke ruang tamu saya bg ridsect..rimas sgt. nk kata sampah atau ada haiwan/serangga mati tak de pulak..slps pulang dr sekolah keesokan hari, barulah semua lalat2 tu tak ada.confius jgk sbb jiran2 kata takde pulak lalat d rumah mrk..
hanya Allah maha mengetahui..
Qysh(Quote)
sbagai umat islam…………knela braseeeeeeeee takjub atas ciptaan Ilai………ingtla styap pnyakit ade pnyembuhnye…
aziziSMTAQ(Quote)
SERONOK DAPAT TAHU INFO PASAL LALAT..DAPAT AMIK PENGAJARAN
AISYAH(Quote)