Majlis Walimah Di Rumah Penulis
Category : Aktiviti, Diari Penulis, Tazkirah
Segala persiapan sudah pun disiapkan dua hari sebelum berlangsungnya majlis walimah. Perkakasan seperti periuk besar, dapur gas, pembakar roti, mesin menguli tepung dan pelbagai alatan lain turut diangkut bersama. Rumah saya telah dijadikan tempat pemprosesan makanan jamuan untuk para tetamu.
Mengimbau kenangan di tanahair, jika kenduri kahwin akan diadakan persiapannya sudah makan berbulan-bulan lamanya. Bermula mesyuarat bersama ahli keluarga dan orang besar kampung sehinggalah kepada aktiviti membuat kerisik serta gotong royong mendirikan balai ataupun khemah kenduri. Tidak kurang juga golongan hawa sibuk menyediakan bunga telur dan juga kuih muih. Baiklah, itu cerita versi melayu.
Berbalik kepada kisah versi arab pula.
Untuk pertanggunjawaban tugas memasak makanan, tiga pekerja di kalangan warga tempatan diamanahkan untuk melaksanakannya. Seorang lelaki berbadan agak besar kelihatan seperti seorang ketua chef masakan, manakala 2 orang lagi dilihat turut cergas membantu.
“Kawe tengok arab ni dah dua hari dok masok rilex jah, street masok dari pagi sapa pete..” Saya membuka cerita.
“Hoo, kawe sero gitu gok..tok letih pun. Dohla masok 3 ore jah.” Balas rakan. Mata kami asyik memandang gelagat aktif mereka bertiga ke hulur ke hilir.
Seorang lelaki bertubuh kurus tinggi sibuk memasak dan membersihkan daging juga turut dibantu rakannya. Manakala lelaki bertubuh besar itu ralit merebus daging dan menggoreng pasta untuk dicampurkan bersama nasi arab. Sambil memasak, mesin menguli terus berputar membingitkan suasana rumah.
Selesai urusun merebus, terus pula menyediakan puding beraneka warna yang sudah tentu rasanya sangat lazat.
“Demo amikla raso halawiyat (manisan) tu, arab bewi tadi..” Ahli bait saya mempelawa makan manisan yang diberi.
“Sedap tapi manis sangat, kawe tokleh make banyok takut sakit gigi pulok..” Jawab saya sambil tangan mencubit sedikit halawiyat untuk dirasa.
“Taffadhal ya sadiq..” Jemput Baba (tuan rumah) selaku ayah kepada pengantin lelaki keesokkan harinya. Jamuan diadakan di rumah saya sendiri memandangkan ianya memudahkan urusan untuk hidangan.
Meja empat segi memanjang dipenuhi makanan sedia terhidang. Antara masakan yang sehingga kini saya masih terbayang kelazatannya ialah Khudor bil lahmi (kuah dan daging empuk), Kuftah (ketulan daging hancur bakar), Nasi bercampur pasta, puding beraneka rasa, koktail dan beberapa jenis halawiyat dan kek. Lengkap semuanya.
Seandainya dijemput menghadiri jamuan makan masyarakat Mesir, anda perlu segera makan tanpa berlengah-lengah kerana setiap hidangan hanya diperuntukkan lebih kurang 10-20 orang sahaja dalam satu-satu masa. Jika tidak pasti tetamu di luar mengeluh panjang menanti sambil perut pula rancak berdendang.
Berlainan pula adat masyarakat melayu terutamanya di kawasan permukiman selatan Kedah iaitu kampung saya sendiri. Masyarakat kampung saya masih lagi mengamalkan amalan kenduri berlaukkan 4 atau 5 mata dalam satu hidangan talam. Khidmat ‘mentara’ ataupun dalam masyarakat timur memanggil gelaran ‘jurukaka’ masih dijadikan amalan tradisi. Saya melihat perkara ini suatu aktiviti yang baik dan harus dipertahankan kerana sikap bertanggungjawab, kerjasama dan tolong menolong sesama Ahli Qariah lebih terserlah berbanding sistem buffet.
Bila sebut tentang walimah, saya jadi rindu kelazatan ‘Gulai Daging Rias Pisang’.
Majlis Akad Nikah
Masjid sudah dipenuhi para jemaah yang hadir sebermula solat maghrib lagi. Ahli keluarga terdekat pengantin menjadi penyambut tetamu segak berpakaian sut kot lengkap dan tali leher. Kesan pengaruh penjajahan Perancis dan British telah berjaya mengubah tradisi sebahagian cara hidup masyarakat Mesir. Dari sudut pemakaian, baju kot menjadi pakaian rasmi utama bahkan menjadi simbol kemegahan dalam setiap majlis berprotokol.
Ripuh suara bersesakan jadi diam seketika.
Memberi peluang kepada lantunan suara merdu bacaan Al-Quran. Saya mengambil tempat jauh di penjuru belakang. Kelihatan seorang lelaki membacakan ayat suci Al-Quran dengan lenggok merdu persis Syeikh Masyari Rashid Al-Faasi.
Sejurus kemudian, alunan nasyid pula mengambil tempat. Seorang remaja lelaki bersuara halus mendendangkan beberapa nasyid menceritakan kelebihan dan keistimewaan berkahwin. Saya cuba menangkap butir-butir kata berangkai itu.
“Perkahwinan adalah suatu ibadah…ia boleh mengelakkan maksiat.” Kata penceramah jemputan usai dendangan nasyid.
Saya masih berteleku memerhati suasana. Sesekali mata memerhati gelagat teman arab mengambil gambar pengantin lelaki dan kaum kerabatnya menggunakan kamera digital Canon yang dipinjam dari saya.
“Bagus juga bagi depa pinjam, sekurang-kurangnya nanti boleh tengok gambar kenangan mereka..” Epilog saya sendirian.
Di akhirnya majlis, sebungkus air jus buah-buahan diagihkan kepada para tetamu yang hadir. Majlis selesai tanpa akad nikah.
“Aik, tak buat akad nikahke?” Soal saya sendirian. Saya memandang sebelah bertanyakan seorang teman Malaysia.
“Depa tak buat majlis akad nikah ke?” Tanya saya kehairanan.
“Entah, tak tahu pula..”
Kelihatan para tetamu berpusu-pusu keluar seakan menuju ke suatu destinasi lain pula. Saya bergegas keluar masjid untuk melihat apa yang berlaku.
“Emta majlis aqdun nikah?” Saya cuba bertanya adik kepada pengantin lelaki yang berkebetulan selisih jalan dengan saya.
“Dil waqti, fi masgid thani..” Jawabnya ringkas. Rupa-rupanya majlis akad nikah diadakan di masjid kedua bukan yang pertama.
Terlepas peluang pula.
Namun bersyukur, tuan rumah kami tidak meraikan perkahwinan anaknya dengan majlis tari menari dan muzik yang membingitkan telinga.
Perbezaan Adat
Beberapa tahun sebelumnya, saya pernah menghadiri majlis perkahwinan yang dijemput oleh pemilik kedai Cyber Cafe Siberbay. Menurut Solah ia bersempena meraikan perkahwinan abangnya yang juga manager kedai tersebut.
Saya bersama seorang rakan menerima jemputannya dengan senyuman mesra. Memandangkan ketika itu saya menjadi pelanggan ishtiraq syabakah melalui kedainya. Oleh itu, Solah dengan senang hati menjemput kami untuk ke majlis perkahwinan abangnya.
Majlis perkahwinan itu diadakan di dalam kampus Universiti Sukan Siberbay. Mereka telah menyewa pentas dan tempat untuk meraikannya. Saya dan rakan pada mulanya agak segan memandangkan kami saja tetamu yang berwajah melayu asia.
“Baru startke?” Saya bertanya kepada seorang lagi rakan yang sudah sampai awal dan mengambil tempat duduk melepaskan lelah.
“Ya, baru je..ana pun baru sampai.” Jawabnya.
Lampu pentas berkelipan terang. Sinar silauannya menembus kornea mata. Permulaan yang baik dengan alunan bacaan Asma Allah. Sejurus kemudian sound speaker berdentum kuat, lampu rancak menari persis disko di Bukit Bintang.
“Ahh sudah..dah start dah.” Saya berbisik sendiri tidak keruan. Masing-masing mata tertancap tajam ke arah pentas.
“Ya inab ya inab ya inabb..ahmar, asfar, akhdar!” Lagu nyanyian popular Mesir yang sering diputarkan di Majlis kenduri memenuhi ruang angkasa pekat malam itu. Pengantin dan kaum kerabatnya mula menari menggoyangkan badan bertepuk tangan.
“lululululuuluuu..uuii!!” Bunyi biasa hasil lolongan wanita arab berselang-seli menerjah telinga.
Sejurus kemudian sekumpulan lelaki separuh umur naik ke pentas membawa beberapa batang kayu. Lantas mempamerkan seni permainan tongkat tradisi mereka. Menurut maklumat yang saya terima, pada asalnya ialah permainan pedang namun diganti dengan kayu tongkat. Mungkin atas faktor keselamatan.
Tengah ralit memerhati gelagat mereka, kami dihidangkan minuman bergas yang diagihkan secara percuma. Saya mengambil masa hampir setengah jam untuk menghabiskan sebotol kecil minuman bergas itu!
“Ana minta diri balik dulu..” Saya mengundurkan diri kerana jam ditangan sudah menjangkau ke separuh malam. Majlis begini tak akan selesai sehinggalah habis semua lagu diputarkan.
Saya kepeningan.
Begitu juga yang berlaku dalam masyarakat melayu ketika meraikan majlis perkahwinan. PA System jenis paling kuat berdentum dipasang bermula malam sebelum kenduri diadakan keesokan harinya. Irama lagu yang popular atau kurang popular siap sedia tersenarai untuk dikaroakekan bersama. Lebih parah, golongan separuh umur juga turut gembira bernyanyi sehingga fajar menampakkan diri. Sudahlah menganggu jiran tetangga dengan bunyian kuat ditengah malam, berdendang sayang pula lagu-lagu yang tidak mencerminkan kesyukuran pada Pencipta.
Mahu berhibur tidak ada salahnya. Ini terbukti berdasarkan hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Ahmad:
Dari Saidatina Aisyah r.a, bahawa ia pernah membawa pengantin wanita ke rumah pengantin lelaki dari kaum Ansar, maka Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Aisyah, tidak adakah hiburan pada mereka? Sebab orang-orang Ansar itu menyukai hiburan.”
Selain itu, Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia berkata:
Saidatina Aisyah pernah menikahkan salah seorang wanita dari keluarganya dengan lelaki Ansar, maka Rasulullah SAW datang dan bertanya: “Apakah kalian sudah memberi hadiah pada gadis itu?” Mereka berkata: “Ya (sudah).” Nabi SAW berkata: “Apakah kamu sudah mengirimkan bersamanya seseorang yang dapat menyanyi?” Saidatina Aisyah r.a berkata: “Belum”, maka Rasulullah SAW bersabda:
Orang-orang Ansar itu masyarakat yang menyukai hiburan. Alangkah baiknya bila engkau kirim bersamanya seseorang yang boleh mendendangkan syair:
Kami datang kepadamu,
Kami datang kepadamu,
Sejahtera bagi kami,
Sejahtera pula bagi kalian.
Justeru, sekali lagi saya ulangi. Mahu berhibur ketika majlis walimah tidak ada salahnya. Jumhur fuqaha’ sendiri bersepakat mengatakan walimah itu hukumnya sunat muakkad. Menghadirinya fardhu ain. Apa yang penting saringan adat bersesuaian syariat yang turut diperhatikan. Wallahu a’lam.
11:31 AM, 9 Jun 2009,
Siberbay, Tanta.





Bila tengok tajuk entry…ingatkan penulis sendiri yang kawin..hehehehe…rupanya penulis menceritakan pengalamannya menghadiri acara perkahwinan orang arab mesir..Seronok juga bila dapat melihat sendiri budaya orang asing kawin. Nanti kalau ada peluang, Farid intai juga bagaimana orang arab mesir mengadakan majlis cukur jambul anak yang baru lahir…:)
Tirana’s menulis entri terkini..The power of a smile…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Sudah saya agak akan perkara itu. Apapun, terima kasih kerana Kak Tirana sudah kembali menitipkan sesuatu di sini. Penulis kahwin? ehem..ehem. Susah nak menjawabnya.
Oh, insya’Allah akan saya intai di celahan majlis mereka. Tak pun sekadar bertanya saja barangkali.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam… tengok sahaja dari tajuk ingatkan penulis yang kahwin..baru sahaja berlegar diminda untuk sampaikan ucapan selamat wat pengantin
..
nampaknya seronok sekali dapat melihat arab kahwin ekk..teringin je nak tengok jugak.. nanti bolehla paparkan gambar pulak yee..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Tunggulah beberapa purnama lagi untuk ucapan itu
Sebenarnya gambar perkahwinan itu sudah saya dapatkannya dari anak tuan rumah, tetapi malang sekali bila diselidiki entah kemana menghilang. Puas selongkar petisyen yang ada. Malu agaknya.
Apapun, i will try.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
erm..beberapa purnama?dah dekat ke ust..hihi..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Insya’Allah. Rabbana hablana min azwajina wazurriayatina waqurrataa’yun..
Ini sedikit gambar yang disnap ketika majlis perkahwinan berhampiran rumah saya, tapi bukan yang dalam kisah entri di atas:
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam akhi..
Hebat juga org Arab dgn majlis perkahwinan mrk yea…jauh berjalan luas pengalaman. Persembahan permainan tongkat tu lbh kurang mcm acara pencak silat la klu kt negara kita.
asyiq’s menulis entri terkini..Kerajaan Langit (3)
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Ya, bunyi gendangnya juga seakan-akan memanggil saya berpencak silat bersama. Biasanya kalau kenduri kahwin di kampung silat pulutlah menjadi persembahan utama.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam…nampaknya orang Arab masih lagi mengekalkan tradisi masak bergotong-royong..kat KL ni dah susah nak jumpa suasana macam tu, majoriti guna khidmat katering & buffet style..
‘mentara’ atau ‘jurukaka’ tu ‘penanggah’ ke?
nohas’s menulis entri terkini..Harapkan Pagar
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Sekejap..gotong-royong dalam masyarakat arab saya kurang nampak sebenarnya. Sebabnya mereka tidak mengadakan majlis kenduri besar-besaran sebagaimana masyarakat kita. Seperti yang saya tuliskan di entri atas, hanya pekerja yang upah melakukan kerja-kerja masakan.
KL? no komen untuk itu.
Oh, apa pula penanggah itu? bahasa apa pula ya? mentara itu panggil manja kepada juru angkat dan hidang.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Kat kolumpo & johor, dipanggil penanggah,sama macam mentara,iaitu juru angkat dulang, hidang & bersihkan meja.
nohas’s menulis entri terkini..Harapkan Pagar
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Oh begitu, maknaya maksud mentara itu sama seperti penanggah. Hurmm, lain masyarakat, lain pula sebutannya ya. Indah sungguh penciptaan YANG MAHA KUASA.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
maksudnya pengajaran daripada entri ustaz kali ini ialah hiburan dalam majlis hendaklah bersederhana dan mengikut landasannya..
Kalau saya pergi malis kawin orang pun atas ajakan kawan atau pelawaan parents. Mengenai hiburan ni, pastinya ramai masih tak tau, tak nak ambil tau, buat-buat tak tau dan sengaja melampau batasan. Hiburan ini umpama gula, letak sikit, xsedap. nak enak perlulah berikan yang banyak dan melimpah ruah. kalau terlebih-lebih, tunggu sahaja bala yang akan menimpa.
Bila dapat jemputan, WAJIB pergi melainkan ada sebab yang tidak dapat dielakkan.
Ada suatu yang menarik untuk dikaji, iaitu, adakah kadar pencemaran udara terutama gas CFC meningkat mendadak ketika musim cuti sekolah iaitu ketika majlis kahwin paling kerap dilakukan? heheh..
sama-sama kita fikirkan… Pengajaran tambahan daripada saya, sayangilah Alam sekitar kita.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
erm..maaf mencelah… CFC sempena majlis kahwin?dahsyat tu.. plg glamour CFC kat peti ais
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Sebenarnya itu hanya maksud di hujung entri. Kalau diceduk daripada mula entri pelbagai ruang perkongsian pandangan boleh kita keluarkan. Gula kalau lebih jawabnya berkawan dengan DIABETISlah ya
Wajib itu sekiranya tiada maksiat. Kalau ada unsur-unsur maksiat tidak lagi menjadi wajib.
Hihihi..maafkan saya akhi, saya tak mampu menahan gelak itu ayat itu. Untuk meredakan senyuman ini mungkin enta boleh terangkan sikit apa kaitan CFC dengan kenduri?
Sayangilah alam, kurangkan pembakaran ketika memasak gulai kawah. Begitu slogannya mungkin?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
mmmm….
InshaAllah akan difahami.
Sebenarnya, baru-baru ini saya tolong kemas rumah kawan saya yang baru adakan majlis kawin.. hehehe..
Masa mengutip sampah, fuhhhh.. banyaknya polysterine, bag plastik dan tin. Ada dalam 10 bag plastik hitam besar atau mungkin lebih. Bayangkan dalam satu negeri ada 10 kenduri X 14 negeri=140 kenduri dan akan menghasilkan 1400 bungkus sampah dalam masa satu hari.. macamana agaknya nasib bumi ini..??
CFC tu memang ada dalam peti sejuk as refrigent agent, CFC juga ada dalam aerosol juga (eg-penyembur nyamuk).. CFC Vs kenduri?
MAsih dalam kajian sepertimana saya katakan di atas..hhehhe.. Saya tak pasti sama ada CFC masih digunakan dalam polysterine ke x?hehe.. Tetapi yang pasti gas rumah hijau seperti CO2,CO,NO, dan lain-lain pastinya akan meningkat mendadak jika pembakaran bahan buangan majlis kawin dilakukan dengan kurang bijak.. Masalh penggunaan polysterin yang keterlaluan juga sangat meragukan kita kerana bahan ini mengandungi carcinogenic atau agen penyebab kanser. Sebab itu alternatif untuk menggantikan bahan ini dibuat tetapi kurang mendapat sambutan mengikut pemerhatian saya. Bak kata orang, leceh la guna pinggan daripada bahn alternatif sperti daripda ubi kayu dan sebagainya kerana strukturnya yg kurang kuat..
Kempen Cintai Alam Sekitar
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Cuba kita terbalikkan isu pula. Di sini masyarakat miskin mencari sampah, di Malaysia masyarakat membuang sampah. Terkadang benda boleh pakai juga menjadi sampah. Apakah itu tandanya kita terlalu bermewah-mewah?
CFC mungkin berlaku sekiranya kebocoran peti ais rumah kenduri terus menerus tanpa sebarang baik pulih..mungkin
Alhamdulillah, kampung saya membakar untuk memasak nasi kawah menggunakan kayu getah. Mungkin ianya tidak terlalu membebankan atmosfera untuk menanggung bukan?
Memang wujudkah bahan yang diperbuat daripada ubi kayu?
Apa yang saya tahu, bahan seperti plastik amat sukar untuk diluputkan? betul atau tidak fakta ini?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
inshaAllah, tiada yang mustahil kat dunia ni melainkan yg dah memang mustahil.
Plastik daripada ubi kayu ?saya macam pernah dengar, rasanya ada diceritakan dalam majalah 3…. tapi tak mengkaji secara mendalam. Tapi ubi kayu dah dijadikan bahan membuat pinggan dan pembungkus makanan. andai tak da makanan, siap boleh makan pinggan ubi kayu tu.hehe..
sekarang ini pun api boleh dinyalakan daripada ais dan batu… pelik tapi benar.. ais yang mengandungi dan memerangkap methyne hydrate mampu menjadi bahan bakar dan batu yang mengandungi hidrokarbon pula boleh menyalakan api juga. Mantap juga alam sekitar ini.
itulah, Allah itu maha mengasihani.. masalah adalah nikmat yang kita sendiri jarang memahami. setiap masalah pastinya ada penyelesaian.. bersama susah ada kebaikan..
harap komentar ini masih berputar pada paksi entri ustaz kali ini…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Ibu kayu juga menjadi rebutan dikalangan haiwan bernama babi. Mahu menanam ubi kayu, harus ada pagar yang kuat agar bintang itu tidak mudah untuk merasa.
Saya merasa aliran ilmu baru telah menyerap secara tak sengaja. Terima kasih atas info ini akhi.
Paksi entri saya sentiasa berputar-putar bagai alam cakerawala dilangit. Sesiapa saja boleh mengemukakan apa yang difikirkannya asal tidak lari sumber yang empat.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
saya tengok berita terkini tv3,2 hari lalu yang memberitahu pasal ais dan batu itu.. untuk maklumat lnjut kena kaji la.. hehe..
ustaz, nama baru B.A.B.I ialah influenza ..heheh.. baru enak didengar.. kat belakang umah ni pun ada influenza tapi siang hari binantang ni sorok. tau2, habis semua disondol.. heheh.. kalau takut dirosak influenza,jangan lupa memagar tanaman…
So,sekarang,ustaz dah cuti kan? ustaz tahun akhir ke? berapa tahun di mesir ? maaf,kalau saya tak perasan ustaz dah nyatakan..
Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
maaf mencelah… bila dah da gabungan hidrogen dan karbon(HC) dapatla combustion berlaku.. sungguh hebat ciptaan Allah..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam..
HC tu hidrokarbon kan? benda inilah pnting untuk dijadikan bahan bakar penjana tenaga… sekarang ini, malaysia bercadang untuk menggunakan tenaga nuklear pula.. wah! dah nak maju malaysia ni walaupun agak lambat menggunakannya..hehe..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Mungkin cikgu boleh terangkan sedikit apa itu combustion pula? maklumlah saya kalau fizik, biologi agak kurang tahu.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Saya ada menjual pinggan mangkuk organik buatan Malaysia yang mesra-alam yg diperbuat dari sekam padi, sabut kelapa, ubi kayu, hampas tebu, habuk kayu, bagi menggantikan melamin. Sila lawat laman web saya di http://safglobalsolutions.blogspot.com/. Terima Kasih.
Saf´s last blog ..Completely Biodegradable and Compostable Tableware
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum ya akhi…(Alhamdulillah akhirnya dapat berjalan2 ke blog ini..nampaknya bnyk entry yg ustazahlina dah tertinggal)
Bila baca tajuk, Ingat nak ucap alfu mabruk..he2
Berhibur biar bertepatan dengan syariat- mesej yg bagus dari entry ni – moga lebih ramai masyarakat kita melaksanakan walimah dalam suasana yang “berkat dan di redhai Allah” satu yang jarang dilakukan oleh masyarakat kita ialah pengasingan tempat jamuan antara lelaki dan perempuan coz kita nak makan sama-sama with our family (apa pandangan akhi)
teringat entry terbaru anak sulong ustazahlina yg sekarang menuntut di Yaman menghadiri walimah di sana – http://ahmadnabilfikri.blogspot.com/2009/06/kenduri-kahwin.html
ilina’s menulis entri terkini..Penghargaan..Nikmat atau Ujian?…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Wa’alaikumsalam Ustazah,
Moga Allah mempermudahkan segala urusan. Ya, ramai yang terpedaya dengan tajuk. Namun ianya tidaklah bermaksud untuk memperdaya. Betullah walimah itu berlangsung di rumah saya.
Bagi saya begini. Mahu melakukan pengasingan boleh jika lelaki perempuan itu tiada kaitan hubungan halal. Namun, pengecualian boleh diberikan bagi mereka yang berkeluarga. Mungkin pihak tuan rumah memberi sedikit kelonggaran. Cuma, jika suami isteri makan bersama semeja adalah lebih elok lelaki atau perempuan lain tidak ikut serta bagi mengelakkan fitnah.
Saya sudah ke sana. Nampaknya dia merindui masakan ayam merah ibunya
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam.
Sekarang di Malaysia juga musim orang berkahwin, terkadang tidak selesa juga kalau terlalu bingit. Sakit + pening kepala, nak makan pun tercekik
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Mungkin enti perlukan tempat mencari ketenangan supaya tercekik itu tidak berlarutan lagi
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum, singgah lagi… terbaca dari blog rakan blogger suhazeli.. Supaya walimah tu lebih berkat…dicadangkan agar adat memberi duit kepada tuan rumah yg mcm2 panggilan tu “salam berkait” ” salam kaut” ” duit menyumbang” “angpau”??? dijadikan “Tabung kebajikan…” – tuan rumah sediakan tabung untuk para tetamu yang mmg bawa duit sumbangan bila setiap kali pi makan kenduri kahwin…baguskan?
ilina’s menulis entri terkini..Penghargaan..Nikmat atau Ujian?…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Wa’alaikumsalam,
Perkara ini telah dibincangkan oleh Balqis dan Abuyon dalam entri sebelum ini. Begini, daripada satu sudut saya melihat perkara bantuk membantu atau bersedekah ini bagus dan sememangnya dituntut oleh agama Islam.
Namun, menjadi kesalahan jika kita mewajibkan perkara itu sehingga keterpaksaan berlaku. Contohnya situasi bermasam muka akan berlaku bila duit tidak penuh baju melayu yang berpoket tiga itu. Maka ianya tidak wajar, seharusnya perkara itu biarlah ada landasan keikhlasan.
Ikhlas dalam beribadat itu manis. Usah memaksa adat menjadi wajib mengikut logikal minda semata-mata.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Farid…
Ingatkan, mula-mula kena patuk ular… pastu terus ada kenduri kawin. Memang berkait je tajuk tu. Ada alamat baik kot? Hint untuk majlis walimatul urus Farid lak ke…
Maaf la… kak su pening sikit hari ni. Bg komen pun macam merapu je… tak berisi langsung.
suara’s menulis entri terkini..Bila Izrail datang memanggil….
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Ah sudah ke situ pula Kak Su ye. Segan pula saya jadinya. Adeeh..menggaru kepala tidak gatal nampaknya.
Nanti selesai pening mungkin buahnya terlalu berat barangkali. Saya menerimanya dengan keterbukaan untuk muzakarah.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
from wakaf licong with love…or is it bunut susu?
ambo wakaf bharu by the way…enjoy your stay in the land of the firaun.
sot’s menulis entri terkini..Tazkirah Pagi Rabu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Err, maksud saudara saya ini ore kelate ko?
Saya berasal dari negeri Kedah sebenarnya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Sorry, misunderstood because of the ‘kelantan’ dialog in the article. Jazakallah.
sot’s menulis entri terkini..Tazkirah Pagi Rabu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam saudara.
lama tak menyinggah..
sesekli bersantap seketika di sni.
indahnya pengalaman:)
Arnamee’s menulis entri terkini..Macamana nak edit GAMBAR, nem?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Sebetulnya saya hampir-hampir lupa. Apapun, selalulah berkunjung..kalau tidak suka mungkin boleh kirimkan saja komentarnya di sudut atas blog. Kalau suka boleh teruskan berkomentar membina.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Pertama kali melihat budaya adat perkahwinan di sini, saya sendiri amat terkejut. Apa yang disangkakan sebelum jejakkan kaki ke sini amat meleset. Apapun, syukur juga belajar banyak budaya masyarakat setempat.
SangMentari’s menulis entri terkini..TANGISNYA CUMA SAYANG IBLIS 5
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Itulah yang dikatakan kejutan budaya. Namun segalanya boleh disesuaikan mengikut diri, anggap saja perkata itu suatu pengalaman berharga untuk mencari diri dan membina sebuah pembentukan syakhsiyah diri. Moga Allah selalu memberi petunjuk kepada kita ya sangmentari yang menerangi.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam ustaz farid,
Menarik betul entri ini. Namun anum mesti hadamkan betul-betul lagi. Entah kenapa budaya masyarakat seirng saja anum minat. Sejarah dan segala ttg perilaku manusia mmg menjadi bahan bacaan. Allah Maha Besar. Anum dapati banyak buku kupasan kehidupan,psikologi manusia selalu saja dikupas oleh penulis Non Muslim. Apa pendapat ustaz terhadap hal ini?
Memang anum akui terasa bacaan lebih lengkap jika Al-Quran dan Sunnah sebgai rujukan utama. Apakah penulisan seperti New Earth oleh Eckhart Tolle atau penulis yahudi Franklin Covey, man’s finding in life purpose mampu mencabar akidah? Lagi2 buku The Secret by Rhonda Bynes. Penulis dan pengkaji terkenal masalah rumah tangga Gary Neuman juga seorg Yahudi. Buku mereka amat releven malah mengupas dgn lengkap permasalahan kehidupan manusia. Dan anum rasa penulis Dr. Aidh Abdullah Qarni menuju ke arah itu cuma kajian mendalam masih perlu.
p/s: Cuba menghadam Ihya Ulumuddin, namun anum dapat rasa bacaan ini memerlukan kosentrasi dan fahaman yg tinggi. Tak mahu membuta tuli membaca dan tafsir suka2 hati.
Oh ya adalah ustaz menerima sebarang kunjungan dari empunya blog sufifaqir?
anum’s menulis entri terkini..Riang-Riang Corp. part I- putusnya cinta
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Hadamlah, moga terbit ilham dan manfaatnya Insya’Allah.
Sudah lama saya merenung perkara ini sendirian. Melihat akan tebalnya buku-buku barat yang menulis pelbagai genre. Ternyata mereka telah cuba untuk memonopolikan peringkat ilmu tertinggi yang mana pada suatu masa dahulu ilmu itu hanya dimiliki oleh orang Islam. Saya cuba pecahkan basicnya:
Positif: Dari sudut sebelah mata memandang, penglihatan saya tertumpu pada pengolahan bahasa dan vocub yang akan diperolehi jika pembacaan buku begini menjadi rutin. Kajian-kajian saintifik menurut pengkajian mereka juga turut terangkum sama membuatkan kita terlopong merasai kehebatan. Tempiasnya umat Islam juga beroleh manisnya madu yang sama walau sekadar beberapa titis.
Negatif: Bimbang unsur-unsur merosakkan pemikiran meredah masuk ke dalam benak-benak muslim yang goyah. Tidak kuat ketauhidannya bakal kecundang dengan kata-kata manis filosof barat. Apa yang penting, setiap perkara harus diletakkan syariat dihadapan agar landasan yang terbina tidak goyah dek hentaman pemikir-pemikir yang tak bertuhan ini.
Saya kini belum sempat mencapai buku-buku yang kamu sebutkan. Mungkin butir-butir katanya boleh cuba selitkan sedikit sini agar pencerahan apa yang berkabus dapat dirungkai bersama kami.
Ihya ulumuddin, sebuah khazanah yang memerlukan mata hati berbicara.
Saya belum menerima isyarat daripadanya, mungkin perlu kepada perkenalan agar mudah saya menyampaikan yang tersirat di dadanya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
* silap pula taip nama,Viktor Frankl, man’s search in finding Life Purpose.
anum’s menulis entri terkini..Riang-Riang Corp. part I- putusnya cinta
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
cemuih eh tengok arab kawin.
dok hingaq tak tentu arah.
orang nak duduk pun tak boleh.
depa buat lagu tu sebab guna konsep ‘ini hari, esok hari hampa lak’.
tu yang melalak satu kampung.
haha. tak penah pun sy pi tengok arab kawin.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Tak cemuih macammana, lagu sama depa dok putaq. Lepaih tu kalau kenduri time peksa, jenuh khetiaq..chegita dia, depa suka hingaq.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam perkenalan…
wah..ingtkan nk jemput makan keduri di rumah penulis!
aie’s menulis entri terkini..Rindu pada kalian datang lagi…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Semoga kita dapat bersahabat.
Insya’Allah
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam kenal dan kunjungbalas.
seronok dapat melihat adat resam kaum lain kan! hiburan dalam islam asalakan tidak bercampur lelaki perempuan yg bukan muhram dan aturcara yg mengikut lunas agama bisa saja. Apapun perbuatan kita jgn sampai membelakangkan hakikat keislaman kita, tak gitu ya saudaraku!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Iya, Alhamdulillah kalau itu yang anda faham.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…tumpang lalu..siapa minat konspirasi, sejarah nusantara yg hilang atau perbincangan sufi, boleh la ke http://www.nusanaga.blogspot.com
selain tu boleh eratkan tali persaudaraan…nilah zamannya untuk bangkitkan sesuatu…
wassalam
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Alhamdulillah… jazakallah khair ya akhi …
…ye ayam masak merah uminya…
ilina’s menulis entri terkini..JADIkan ia hari yang bermakna…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam
adat disanjungi, lebih dari hukum..
neem’s menulis entri terkini..wabak taun besar di Damsyik
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Itulah namanya adat VS ibadat.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Kat mesir pun, pengaruh barat meresap sebegitu sekali juga ya…
K Kin’s menulis entri terkini..Minggu tat lemon
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Ya, meresap sehingga menutup rongga-rongga kebenaran!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
post mengenai walimah sy baca habis, tapi bhgn komen tak mampu la nk abiskan..ramai betul yang berbalas.
cuma saya teringat cerita kawan saya(semasa di sek menengah dulu) mengenai perkahwinan bapa saudaranya di tanah Arab, kalau tak silap di Makkah. Family dia memang asal Malaysia, cuma ada yang berhijrah dan terus menetap disana sudah lama hingga kurang fasih berbahasa Melayu. Saya sendiri pernah bertemu dengan bapa saudara kawan saya ni memang muka melayu tapi tak reti cakap Melayu..he2.. skit2 blh la.
Mengenai majlis kahwin tu, pihak lelaki perlu menyediakan rumah dan sebagainya seperti entry di atas dan tambahan yg diminta ialah sebuah kereta Ferrari(mungkin keluarga yang agak berada juga). dan selain tu kena tampung kos dan belanja baju2 untuk saudara mara terdekat yang hadir majlis tu. Baju2 ala barat seperti gaun pengantin.
Menurut kawan saya, rumah kat sana ada beberapa tingkat dan ada tingkat akan dikhaskan untuk lelaki dan wanita.
Semasa berada ditingkat khas untuk wanita. masing2 akan memperagakan pakaian gaun tersebut. tapi kalau nak keluar tetap kena pakai Abaya. Aurat tetap dijaga. Cuma sambutan tetap ada ala2 barat.
Semasa mendengar cerita kawan saya ni, terpegun jugak mendengarkan cara sambutan majlis walimah di sana, mewah dan maybe agak membazirkan. tapi dah budaya sana.
Kat malaysia pun tak kurang hebat juga kalau bab membazir. yang jelas bila ada yang menempah kad kawin smpai RM10 sekeping malah ada yang lebih. memang kawin sekali seumur hidup-dengan andaian jodoh tetap (bagi perempuan la, lelaki mungkin boleh sehingga 4 kali kan
) tapi apa la sangat nilai kad kawin tu kepada yang menerima, lepas terima n mungkin ada yang simpan utk beberapa ketika, dan lepas tu musti buang punya.
Kalau menyentuh bab wajib hadir walimah, rasanya banyak kenduri kat malaysia ni tak wajib hadir kerana adanya hiburan melalaikan (siap ada DJ dan menyiarkan lagu yang melalaikan), tabarruj pihak perempuan, percampuran antara lelaki dan perempuan. macam2 lagi la..
Murnihati´s last blog ..Cupcakes
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam ziarah..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Walimahnya ustaz Farid sudah atau belum? dah nak masuk 2010 ni:)
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Masyarakat melayu sangat sensitif dengan perkataan khinzir, babi ataupun influenza. Sebab itulah jika dengar, terasa lain macamkan. Bagi saya untuk menulis tidak ada masalah berbanding menyebutnya.
Ya tahun 4, cuti dan senang menunggu keputusan. Harapnya ada rezeki yang indah nanti. Sudah masuk tahun ketiga sekarang.
Ameen.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam..
ooo… saya suka untuk tidak menyebut nama sebenar, sebab bila dah biasa sebut… mulalah perkataan tu keluar bila tengah marah.. siapa boleh jamin .. bak kata orang pandai2, prevention is better than cure..
InshaAllah, Allah Maha adil atas tiap apa yang Dia tetapkan..
Moga Allah mempermudahkan segala urusan kita…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Tenaga nuklear? baru nak start guna ya. Sedangkan Amerika sejak perang dunia dulu lagi dah pernah guna. Kasihan juga negara umat Islam. Segala-galanya mundur.
Saya jadi teringat pada kapal selam nuklear Russia yang pernah tenggelam dulu. Mati beratus orang juga.
Apa beza nuklear dan atom?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0