Kenapa Perlu 1, 3, 7 Dan 40?
Category : Fiqh Islami, Wacana Ilmiah
“Eh, Haji Samad tak buat kenduri arwah ke malam ni?” Tanya Zubaidah (bukan nama sebenar) kepada jirannya.
“Entahlah, sepatutnya kena buatlah kenduri arwah hari ketujuh malam ni..kanke adat kita tu.” Jawab Nurul Adilah (bukan nama sebenar) pula tanpa berfikir panjang.
Persoalan begini sering bermain di kotak fikiran masyarakat kita apabila berlaku kematian. Kelazimannya, masyarakat akan berhukum berdasarkan taqlid buta tanpa merujuk dasar sesuatu hukum.
“Majlis tahlil merupakan aktiviti atau ibadah yang biasanya dibuat di semua tempat rasanya (khusus masyarakat melayu Islam). Boleh tak ustaz terangkan hukum, cara atau metodologi majlis ini. Sebab saya ini umpama orang yang baru mengenali Islam, masih banyak yg tak tahu pasal hukum, adat dan ibadat.” Saya menerima emel dari seseorang bertanyakan hal majlis tahlil atau lebih dikenali sebagai kenduri arwah.
Apa Itu Kenduri Arwah?
Merujuk kepada persoalan tersebut, adalah lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan kenduri arwah menurut perspektif masyarakat melayu khususnya.Dalam masyarakat melayu, tentatif kenduri arwah kebiasaanya diadakan sempena memperingati serta mendoakan kesejahteraan dan keselamatan ahli keluarga yang meninggal dunia. Bagi warga utara lazimnya ia dipanggil majlis ‘Qulhu’ iaitu singkatan daripada awal ayat 3 surah, surah An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas.
Selepas sahaja bacaan zikir-zikir dan doa untuk si mati, pihak tuan rumah akan mengadakan jamuan buat santapan para tetamu atau dalam loghat kelantannya ia disebut ‘bekwoh’.
“Kenapa kena buat kenduri malam 40 puluh?” Saya bertanya masyarakat kampung suatu ketika dahulu.
“Katanya sebab hari yang keempat puluh mayat ‘pecah perut’, jadi kena buatlah tahlil.” Jawapan itu membuatkan perasaan saya bercampur-baur kebingungan serta merasa kelakar. Apa kaitan ‘pecah perut’ dengan tahlil pula?
Majlis begini akan terus berlanjutan sehinggalah beberapa malam mengikut kepercayaan yang diamalkan. Pada malam keempat puluh, para tetamu yang hadir akan dihadiahkan pinggan atau bekas yang mengandungi pulut kuning, daging atau ayam goreng, tebu dan kuih temberang serta dibalut oleh sehelai sapu tangan. Bahkan jika tidak dilakukan, pasti suara-suara sumbang akan nyaring berlagu disekeliling.
Bagaimana Pula Hukum Kenduri Arwah?
Melihat kepada masalah ini, para ulama’ khilaf berkenaan kenduri arwah yang dilakukan oleh keluarga si mati. Ini kerana tidak ada nas yang jelas samaada daripada Al-Quran mahupun Hadis dalam penganjuran kenduri arwah ataupun melarangnya.
Namun sekiranya kenduri arwah ini dilakukan oleh orang lain yang bukan dikalangan keluarga si mati maka ia digalakkan oleh Rasulullah SAW. Imam Syafie’ menyebutkan hal ini:
Maksudnya: “Dan aku menyukai bagi jiran atau kerabat menyediakan makanan kepada ahli keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya dengan makanan yang mengenyangkan kerana yang demikian itu adalah sunnah dan juga merupakan pekerjaan orang yang baik sebelum kami.”
Terdapat sekelompok kumpulan berpendapat bahawa penganjuran kenduri arwah ini adalah salah satu daripada perkara bid’ah yang sesat.
Namun begitu sebahagian ulama’ lain pula berpendapat bahawa ianya tidaklah tertolak kerana perkara sebegini tergolong dalam masalah khilafiyah dan ianya adalah digalakkan oleh Islam serta dapat menambahkan pahala kepada si mati.
Berkata Imam Al-Ghazali di dalam ihya’: “Bukanlah semua perkara bid’ah adalah dilarang tetapi perkara yang dilarang ialah bid’ah yang bercanggah dengan sunnah yang tetap dan thabit dan membuang segala arahan syara’.
Ibnu Athir berkata di dalam An-Nihayah: “Bid’ah terdapat dua bahagian iaitu bid’ah petunjuk dan bid’ah kesesatan, sesuatu perkara yang bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW maka ia adalah perkara yang tercela, manakala perkara yang berada di bawah arahan Nabi secara umum maka ia adalah terpuji.” (An-Nihayah oleh Ibnu Athir jilid 1 muka surat 80)
Justeru, untuk melaksanakan kenduri arwah ini ulama’ telah menggariskan beberapa syarat supaya kenduri arwah ini menjadi harus dan selari dengan syariat Islam:
Pertama
Segala hutang yang bersangkut paut dengan si mati telah pun dijelaskan semuanya termasuklah perbelanjaan dalam urusan menguruskan jenazah si mati.
Kedua
Perbelanjaan untuk menguruskan kenduri arwah tidak boleh menggunakan harta peninggalan si mati melainkan setelah terlaksananya pembahagian harta fariad kepada waris. Jika sekiranya semua waris redha (tidak ada waris yang belum baligh dan tidak ada yang cacat akal) maka boleh diadakan majlis tersebut sebelum selesainya pembahagian harta faraid.
Ketiga
Pelaksanaan kenduri arwah bebas daripada iktikad mengatakan bahawa sunat mengadakan pada hari pertama, ketiga, kelima, ketujuh dan keempat puluh. Maka sebarang penetapan bilangan hari adalah dilarang dan ianya termasuk dalam perkara bida’ah.
“Jadi kenduri arwah bukah satu kewajipanlah ye?”
Bertanya seseorang.
“Ye, bukan begitu. Janganlah kerana nak adakan kenduri arwah sampai sanggup berhutang dan bersusah payah, buatlah sekadar termampu dan bila-bila masa sahaja..” Lokman (bukan nama sebenar) menjawab tenang.
“Oh macam tu rupanya..”
“Satu lagi, niat juga memainkan peranan penting..usah anggap ianya sebagai tuntutan wajib yang perlu dilakukan waris sehingga mendatangkan mudharat..”
Apa Maksud Tahlil Arwah Dan Bagaimana Hukumnya Pula?
Tahlil bermaksud suatu ungkapan atau kata-kata yang bertujuan memuji dan membesar-besarkan Allah SWT serta iringan doa agar si mati diberikan pengampunan oleh Allah SWT.
Menurut Doktor Sayyid Sabiq, amalan kebaikan yang dilakukan oleh keluarga si mati dan kerabatnya yang memberi manfaat ialah:
1. Doa dan Istighfar
Imam Ar-Ramli di dalam Minhaj dan Ibnu Silah mengakui bahawa bacaan orang hidup kepada roh si mati diterima sebagaimana kita berkata:
Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala apa yang kami baca kepadanya!”
2. Sedekah
Imam Muslim menegaskan berdasarkan kepada Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bermaksud:
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Sesungguhnya ayahku telah meninggal dunia dan meninggalkan harta. Beliau telah mewasiatkan harta tersebut kepadaku. Apakah patut aku bersedekah dengan harta tersebut? Sabda Rasulullah SAW: “Ya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Nasai’e)
Amalan ini turut disokong oleh Ibnu Taimiyyah dan Imam Nawawi.
3. Haji
Ibnu Abbas meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW maksudnya:
Telah datang seoarang wanita kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Ya Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan tidak sempat melakukan ibadah haji. Apakah boleh aku mengerjakan Haji untuknya?” Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerjakanlah Haji untuknya.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmizi)
Imam Nawawi berkata di dalam kitab Syarah Muslim bahawa kebanyakan ulama’ termasuk Imam Syafie’ berpendapat harus mengerjakan Haji ke atas si mati samaada Haji Fardhu atau Haji Nazar.
4. Membaca Al-Quran
Imam Syafie’ menyebut di dalam kitab Al-Fiqhi Mazahib Al-Arba’ah bahawa pahala membaca Al-Quran sampai kepada mayat. Begitu juga Ibnu Qudamah di dalam kitabnya Al-Mughni menyebut bahawa pahala bacaan Al-Quran itu sampai kepada si mati berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bacalah surah Yasin kepada orang mati di kalangan kamu.”
Beliau menyebut lagi, bahawa ijma’ ulama’ bersepakat bahawa pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mati dan mereka sentiasa melakukannya dan tidak ada di kalangan mereka yang mengingkari.
Manakala di dalam Nihayah Al-Muhtaj menyebutkan:
“Disunatkan membaca Al-Quran dan berdoa setelah selesai membacanya. Sesungguhnya ia memberi manfaat kepada si mayat dan doa selepas membaca Al-Quran lebih cepat dimakbulkan.”
Sekian, Wallahhu a’lam.
Sumber rujukan:
Al-Fiqhi Mazahib Al-Arba’ah, Bab Wasiah bil haj wal qira’ah, Abdul Rahman Juzairi, Juz’ Salis, Darul Fikr.
Siri Kefahaman Bid’ah, Dr. Umar Abdullah Kamil diterjemahkan oleh Fauwaz Fadzil Noor, PMRAM.
Kubur Hukum dan Permasalahan, Dr. Umar Abdullah Kamil diterjemahkan oleh Fauwaz Fadzil Noor, PMRAM.
Panduan Lengkap Kehidupan Muslim, Haji Nik Azran Muhamed dan Warnidah Wan Abdul Razak, PMRAM.
5:24 PM, 7 Jun 2009,
Siberbay, Tanta.





ilmu yang sangat berguna untuk saya yang kehausan ilmu..terima kasih di atas perkongsian ini…(^_^)
PermataNusantara’s menulis entri terkini..Mengapa Berkecil Hati….
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Moga Allah SWT memberkati setiap untaian kata-kata yang terbit..agar secebis amalan ini mampu menjadi hujjah kelak. Ameen Ya Rabb!
Sama-sama.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Saya juga pernah mengikuti perbincangan akan hal ini semasa di sekolah dahulu. Terima kasih akhi atas tulisan ini. Setidak-tidaknya menambah kembali pengatahuan saya yang semakin terhakis.
SangMentari’s menulis entri terkini..MENGAPA BERKECIL HATI?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Afwan ya shamsun…
Harapan saya, biarkan umur yang terhakis jangan sesekali ilmu yang terhakis.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Menurut apa yang saya fahami dan belajar, sememangnya saya termasuk di kalangan kelompok yang tidak menyetujui diadakan kenduri arwah. Lebih-lebih lagi ianya sudah menjadi sesuatu yang wajib pula jika berlakunya kematian. Maka apa yang saya lihat, ada anak lelaki jenazah sibuk mengangkut plastik beras untuk dibuat kenduri tahlil malam nanti berbanding mendahulukan urusan jenazah. Dan kaum wanita pula sibuk memotong sayur dan daging untuk dibuat kenduri sambil membiarkan orang lelaki menguruskan jenazah.
Namun,
Di atas logika hidup bermasyarakat dan diri yang hidup di tengah-tengah masyarakat. Saya memandang amat sukar untuk dihidupkan kembali bagaimana sunnah yang diajar oleh Nabi SAW kepada keluarga Jaafar tatkala menghadapi kematiannya. Sifirnya mudah, masyarakat tidak lagi bersatu-padu seperti dahulu. Ada dikalangan keluarga si mati tidak pernah nampak pun di dalam aktiviti masyarakat di masjid. Untuk membalas kesudian masyarakat yang menguruskan jenazah si mati. Walhal, urusan jenazah adalah fardu kifayah, dan ibadah seperti ini hanya layak mendapat pembalasan daripada Allah SWT sahaja.
MS Rizal’s menulis entri terkini..Perlumbaan kehidupan, beranilah untuk gagal!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Saya pula lebih menyokong pendapat mengharuskan kenduri arwah dengan syarat-syarat tertentu.
Seandainya ini yang berlaku, maka saya juga berhak untuk tidak setuju. Kerana sepatutnya kita berteleku hiba menghormati kematian. Bukan menyibukkan diri untuk mengadakan kenduri. Bayangkan pihak keluarga kehilangan ahlinya, riak wajah kesedihan masih bermain di minda, wajib pula buat kenduri. Selesai kenduri yang menanggungnya pihak keluarga, bukan tetamu yang kekenyangan.
Masyarakat sudah disekularkan pemikiran sebab itu susah mahu mengikut seperti hati ini:
Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far. Sesungguhnya telah datang kepada mereka suatu perkara yang menyibukkan mereka daripada menyediakan.”
Bukankah masyarakat melayu kini hanya menganggap Islam itu pada Hari Raya, Puasa, Kematian, Berkhatan, Cukur rambut dan Kahwin? Selebihnya kita boleh fikir.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Memang bagus artikel ni. Saya sering berdepan dengan golongan ‘cerdik pandai kampung’ yang memperttahankan bidaah begini.
Dengan adanya artikel ini, ia membantu saya mempertahankan pandangan berkaitan bidaah kenduri yang menyusahkan keluarga si mati.
Farid, bongkar lebih banyak bidaah yang selalu masyarakat kita lakukan, dan selitkan dengan hujah padat berserta nas yang tepat.
Saya copy entry ni. Makaseh bebanyak.
brahimnyior’s menulis entri terkini..Melayan Anak Di Pantai Batu Rakit
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Begini, kalau mereka berdegil kita gunakan cara hikmah.
“Pak cik buat boleh, tapi pak cik selesaikan dahulu apa-apa yang patut dan ikut syarat-syaratnya..” Maka masa itu bolehlah tunjukkan syarat-syaratnya.
Biar adat itu menjadi ibadat. Jangan terus jadi tersesat.
Insya’Allah, namun tak semua bida’ah itu menyesatkan. Silakan copy, moga Allah memberkati dengan kecerahan ilmuNYA.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam… masyarakat melayu lebih banyak berpegang pada adat berbanding ajaran islam sendiri.. seolah2 adat lebih berkuasa dari agama…
p/s:ust…’bekwoh’ bukan ke utk kenduri kahwin?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Pada asalnya unsur-unsur adat sebegini datangnya dari agama-agama hindu dan kepercayaan kuno. Maka unsur mistik ini telah sebati dalam jiwa orang melayu. Hadirnya agama Islam ke tanah melayu, unsur begitu terhakis sedikit demi sedikit..namun ianya tetap masih diamalkan lagi.
Kenduri kahwinke? teman serumah selalu sebut kalau kenduri ada makan-makan dipanggil ‘bekwoh’. Ke macammana?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
a’aa..orang melayu memang agak percaya unsur yang berkaitan mistik ni.. bila dah besa disogokkan dengan adat/kepercayaan lama2 jadi cam sebati..kadang2 diri ini jugak tidak terlepas..tapi kena check jugak..yang bertentangan patutlah dijauhi..
gituke..kat tempat saya bekwoh tu hanya untuk kenduri kahwin je..’lain tempat lain adatnya’ kan?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Oleh itu, kita perlu berhati-hati dan muhasabah kembali. Bimbang mahu buat ibadat tetapi dosa mengambil tempat. Pentingnya ilmu dalam beribadat.
Begitulah, saya pun kurang pasti. Tapi biasa rakan serumah selalu menyebut kenduri dengan perkataan itu. Mungkin di tempat cikgu lain panggilannya. Wallahu a’lam.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
maaf mencelah, bekwoh tu bukan asal daripada perkataan ‘big work’.. iaitu kerja besar yang melambangkan sesuatu kerja yang dilakukan bersama-sama. hehe.. kalau tak silap la, saya duduk kelantan ni, budak2 klate yang ghoyak(beritahu) macam tu..
jadinya,bekwoh boleh dipakai untuk kerja-kerja kenduri la tak kira kawin atau pun tak. Kat surau USMkk pun selalu sebut bekwoh bila ada kenduri.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
pembetulan komentar di atas, ‘bekwoh’ tu asal daripada perkataan ‘big work’…
p/s- disoriented to the time ,place and person..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
ooo…big work asalnya… tapikan kat kg saya guna utk kerja kahwin je..agaknya dulu2 keje kahwin je kot yg ‘big work’..
jadinya tak biasa guna untuk kenduri arwah..
p/s:lain padang lain belalang dan lalang nye..hehe
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Kiranya ‘bekwoh’ itu ialah ‘bigwork’ ya.
Betullah apa yang abuyon sebutkan.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
terima kasih untuk penjelasan ini… kami sekeluarga pun agak kurang jelas ttg ini.. buat juga tahlil baru2 ni, sambil berkumpul ahli keluarga.. mmg tahu majlis macam ni adalah adat saja tapi x tau pula bidaah… astagfirulllahalazim..
azmamusa’s menulis entri terkini..burung
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Begini kak azma, tak semua bid’ah itu menyesatkan. Kenduri arwah adalah bid’ah hasanah. Iaitu bid’ah yang baik. Oleh itu untuk menjadikannya harus, maka saya tulis apa yang ulama’ tetapkan seperti di atas. Nak buat tahlil silakan, sebab dalam bacaan tahlil itu juga bagus kerana ada selawat, bacaan quran dan zikir.
Tetapi jangan niatkan, hari 1,3,7 40 dan hari-hari lain itu kena wajib buat. Ikut syarat yang saya tuliskan di atas. Moga kak faham.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam..
ooo begitu rupanya hukum bertahlil dan membuat kenduri arwah..sebelum ini memang faham ianya dilarang kerana dikatakan membazir,menyusahkan ahli keluarga si mati dan sebagainya…
tapi,ada juga di sesetengah tempat,perkara ini seolah2 suatu kewajipan…yang kadang2 menyakitkan telinga mendengarnya…benda yang wajib tidak pula mereka bising2kan ( contohnya solat jemaah di masjid) huhuhu
terima kasih buat yang bertanya dan terima kasih juga buat yang memberi penjelasan…semoga Allah memberkati kamu…ameen ^^
damai’s menulis entri terkini..3 dalam 1
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Maka bolehlah tambah kefahaman itu dengan apa yang ditulis, agar kita semua beroleh pencerahannya.
Itulah yang saya katakan, masyarakat kita hanya mengislamkan hal yang bukan wajib. Berapa ramai yang tak solat jemaah? solat juma’at? surau kampung hanya golongan tua saja yang solat. Golongan muda ke mana?
Afwan, Allah yuftah alaik!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam semua. Pada saya kenduri arwah ini dimulakan oleh ulama Melayu dulu-dulu. Mereka adalah ulama yang genius yang menyatukan dakwah dan syariat dengan adat dan budaya masyarakat setempat. Jadi, kenduri arwah termasuklah di dalam kaedah ini. Sebagaimana wali songo berdakwah di Jawa menggunakan wayang kulit sebagai platformnya yang isinya Islam dan Iman. Dalil-dalil boleh mengadakan kenduri arwah adalah semua di atas. Tetapi cara mengadakannya mestilah betul. Dalam masyarakat kita, bila ada kematian kita melawat. Dan kita hulurkan sedikit sumbangan. Dengan sumbangan tadilah kenduri itu dilakukan. Jadi, tidaklah menyusahkan tuan rumah. Dan menjadi adat orang Melayu bahkan akhlak Islam apabila orang bertandang diraikan. Ini adalah program masyarakat sebenarnya tetapi bersendikan syariat Allah. Inilah aktiviti yang mempertemukan masyarakat, majlis ramah mesra, majlis gotong royong majlis bertanya khabar selain solat Jumaat dan lain-lainnya. Cuma masyarakat kita perlu diberitahu hukum dan bagaimana cara dan apa yang berlaku sebenarnya apabila kita mengadakan kenduri arwah. Perkara khurafat dan persepsi yang entah apa mestilah dibuang jauh-jauh dan digantikan dengan penjelasan syariat.
abuyon’s menulis entri terkini..Tundukkan Pandanganmu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam alaik Ya Abuyon,
Syukran di atas penerangan tambahan.
Saya bersetuju dengan pandangan ini! Kena apa yang ditulis.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Adat yang baik yang tidak bercanggah dengan syariat Islam adalah boleh dan dibenarkan di sisi Islam. Kalau ada adat yang bercanggah apa yang perlu ialah digantikan dengan syariat Islam. Itu sahaja. Jangan sampai kita menafikan apa yang boleh. Umpama berhibur dalam Islam, boleh tetapi hiburan tersebut mestilah selaras dengan syariat. Demikian juga di dalam sistem politik, sistem beraja di negeri Arab tidak pernah dinafikan oleh Nabi, bahkan diraikan serta diberi nafas Islamiyyah, re-brand.
abuyon’s menulis entri terkini..Tundukkan Pandanganmu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Itu indahnya Islam!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
mmmm.. macam tu rupanya kenduri arwah. Jadinya, boleh jadi ibadat selagi tak bertentangan dengan Islam. Selamatlah di kampung saya ni,kebanyakkannya dah sedar dan menjauhi adat yang pelik macam makanan pulut kuning. Itulah tugas pendakwah yang berjaya menyedarkan semua..
Saya pun dulu pernah terfikir, kenapa bila majlis kahwin,kenduri selalu ada pulut kuning dan kari?? Fikiran saya masa kecil dulu, ” nabi Muhammad dulu buat ke macam ni, pulut kuning dan kari? jadinya, kat negara arab pun makan pulut kuning juga ke? “.. Masa kecil,memang perasaan ingin tahu tinggi, tapi tak semua persoalan mendapat jawapan yang tepat. bila ditanya kenapa ,pastinya orang tua-tua marah..hehe.. Sekarang dah mudah sikit mendapat jawapannya. inshaAllah.
Arigatogozaimas atas perkongsian ilmu . Semoga Yang Maha Kuasa permudahkan segala urusan dan dakwah ustaz dan juga mereka di jalan yang benar .
May Allah bless us
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Moga akhi faham apa yang saya tuliskan.
Kalau buat pulut kuning dan kuah kari sedap boleh saja bagi saya makan. Tak ada masalah mahu buat pulut kuning atau hijau. Tetapi kita perlu tengok apa tujuan mereka buat. Cuba tanya. Jika mereka anggap ini wajib dalam agama, atau kerana ada unsur-unsur khurafat. Hindarkanlah hatta memakannya!
Negara arab makan nasi perang, daging rebus yang empuk, ayam panggang yang lazat
Teringat saya ceramah Ustaz Ismail Kamus. Katanya adat-adat sebegini kalau boleh kita tanya dan tanya, kenapa itu dan kenapa ini.
Syukran, Innallahha ma’ana.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
Islam itu indah, tetapi selalu dicemari dengan adat yang menjadikan ISLAM di pandang payah. Ada pula yang suka mencari kelemahan atau kesilapan dalam islam agar pandangannya tentang ISLAM itu susah dan kebenciannya menyala-nyala. Hakikat sebenarnya ditimbusi dan tidak ada pintu yang terbuka untuk memberi peluang memahami kebenaran…
Afwan,InshaAllah, saya tengah memahaminya melalui artikel dan komentar semua pelawat dan penulis.. hehe..bagus sungguh pengetahuan kalian.
Daging rebus? Nasi Perang? Ayam panggang? ..mmm.. tak dapat bayangkan kelazatannya, nanti saya search rupa hidangannya.. heheh
Syukran!!.. Semoga Allah merahmati kita semua.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Islam itu tidak terlalu mudah dan tidak terlalu susah.
Alhamdulillah kalau itu yang akhi cari. Semoga Allah memberikan kemudahan. Rabbuna Yusahhil.
Ya, daging rebus bersama kuah dan ayam panggang yang menyelerakan. Kalau tak silap saya, saya pernah siarkan gambarnya dalam artikel lepas.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam ..
ooo.. gambar yang dulu ke?? macam ingat je.. pernah terbaca… inshaAllah saya cari..
syukran..
tronx013’s menulis entri terkini..Artikel 62- Ziarah Dari Semerah
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Saya cuba tunjukkan gambarnya di sini. Ini ayam bakar versi Iskandariah:
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
wah … menyelerakan kecur liur saya … ayam organik ke tak
abuyon’s menulis entri terkini..Tundukkan Pandanganmu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Atau enta boleh tengok gambar ni pula. Gambar Ayam Bakar versi Tanta bersama roti, acar timun, nasi bakar dah kuah kacang putih:
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Farid…
Ish… satu roti dan sebelah ayam tu untuk sorang makan ke? Teringin nak rasa kuah kacang putih tu. Ganti sos agaknya. Ini versi masak sendiri ke, atau kedai punya?
suara’s menulis entri terkini..Bila Izrail datang memanggil….
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam. Bekwoh tu diambil dari Bahasa Inggeris. Big Work, kerja besar dan memang kenduri dikategorikan dalam kerja-kerja besar. Jadilah bekwoh atau bewoh. Atau boleh kita kata orang putih yang ambil dari Bahasa Melayu, depa tak pandai nak sebut bekwoh, depa sebut la big work.
Apapun yang kita buat, selagi menepati 5 syarat ini akan jadi ibadah. Mohon ustaz huraikan.
abuyon’s menulis entri terkini..Tundukkan Pandanganmu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Oh, begitu rupanya. Teringat saya satu lagi perkataan. Asal dahulu orang putih sebut ‘No Road’, bila orang tua kampung saya dengar langsung jadi ‘Pintu Nerok’ merujuk kepada pagar rumah.
Boleh saya tahu huraian tentang apa? 5 syarat yang mana?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
ya syeikh, orang yang ditanya itu lagi faham dari yang bertanya
abuyon’s menulis entri terkini..Tundukkan Pandanganmu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Susah juga soalan begini ya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Alhamdulillah, satu entri yg sangat tepat masanya. Sebab nenek saya baru meninggal pada 30 Mei lalu. Saya menyaksikan perkara ini berlaku. Paginya bersedih-sedih, menangis-nangis sebelum pengebumian. Petangnya sudah sibuk berkira-kira nak beli barang2 utk kenduri arwah, nak masak mee rebus, langsung lupa dgn jenazah yg sdg disoal di dalam kubur. Malam berikutnya masak nasi campur pelbagai jenis lauk-pauk.
Saya rasa bersalah juga sebab tak hadir kedua-dua majlis tu, cuma hadir pada malam kematian sahaja tapi pujuk hati..nak buat tahlil, baca yasin ke, lepas solat pun boleh, takde hari-hari yang khusus. Dan satu lagi adat kebiasaan orang Melayu ni ialah baca surah yasin di kubur, mengadap kubur. Saya cukup anti tengok adegan ni dalam drama2 Melayu. Entahlah, mungkin hal ni sangat sinonim dengan orang Melayu..
nohas’s menulis entri terkini..Kisah Lembu Betina
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Sebagai tambahan, terdapat dalil khas yang membolehkan membaca Al-Quran di kubur menguatkan dalil umum:
Sabda Rasulullah SAW:
اقرأوا يس على موتاكم
Maksudnya: Bacalah Yasin kepada orang-orang mati di kalangan kamu.
Berkata Imam Sayuti di dalam Syarh Al-Sudur bahawa Imam Qurtubi berkata mengenai hadis di atas, ia mungkin bermaksud ke atas mayat ketika kematianya atau ia juga bermaksud ketika di kubur.
Ibnu Muflih berkata di dalam kitab Al-Furu’: “Sebahagian daripada ulama yang membolehkan membaca Al-Quran di kubur berhujjah dengan hadis di atas dan logiknya orang yang mati lebih perlu dibaca Al-Quran ke atasnya daripada orang sedang nazak.”
Berkata Ibnu Al-Mulaqqan:
“Para ulama’ menyatakan sunat membaca Al-Quran di kubur seperti dinukilkan oleh Imam Nawawi daripada para ulama’ berdasarkan hadis ini (Hadis Bukhari bernombor 218, Hadis Muslim bernombor 292 yang bermaksud: “Mudah-mudahan diringankan seksaan kedua-dua kayu tersebut sebelum kering.”). Ini kerana kalaulah diharapkan keringanan ke atas mayat dengan tasbih daripada kayu pokok maka Al-Quran lebih aula dan afdal.”
Maka, tidak ada masalah dan diharuskan untuk membaca Al-Quran kepada si mati dikubur. Wallahu a’lam.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
hal ini perlu diperjelaskan dgn halusnya. masakan para ulama terdahulu terpelas pandang perkara2 bid’ah (spt yg diutarakan). Dan pada masyarakat yg baru mendekati semula islam (spt ramai antara kita) jgnlah cepat menghukum perkara itu ini sebagai bid’ah dalalah dan perlu ditinggalkan. memang betul byk perkara wajib tidak dititikberatkan spt solat berjemaah, tetapi jika kita nak tinggalkan majlis tahlil kerana solat jemaah tidak dpt sambutan adalah perkara berbeda. amalan kemasyarakatan yg tidak melanggar syarak adalah boleh malahan harus. usahlah dibangkang hal2 sebegini tetapi kita selesa dgn perkara2 mungkar dlm masyarakat yg berleluasa…tengok je bab aurat wanita sebagai contoh.
Aykay’s menulis entri terkini..Marah Tahap Gaban
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Sebab itu saya menulis artikel ini, tidak bias mana-mana pihak. Gunakan neraca ilmu agama dan akal dalam melihat kebenarannya.
Membiarkan aurat terdedah itu lebih besar kesalahannya jika kita fahami.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
kadangkala uruf setempat lebih diutamakan daripada syariat…bila ada kematian, seakan “pelik benar” jika tiada kenduri arwah….
atulasca’s menulis entri terkini..Believe in your Intuition…!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Dalam ilmu usul fikh, uruf setempat boleh diterima pakai selagi mana tidak bercanggah dengan syara’.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam..
satu informasi yang sangat dibutuhkan buat masyarakat Islam kita. Saya baru sahaja menerima e-mail yang juga menyatakan tentang amalan kenduri arwah adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah. Antara potongan dr e-mail tersebut:
> 1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh
> keluarga simati
> selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga,
> ketujuh dan seterusnya)
> adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di
> mana Rasulullah
> telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk
> keluarga simati untuk
> meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga
> tersebut telah ditimpa
> kesedihan,
> terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka
> yang datang
> membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri
> tersebut khuatir
> kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang
> ditinggalkan oleh simati atau
> harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang
> berhak menurut
> Islam?
Secara amnya masyarakat Melayu sememangnya amat berpegang kepada adat. Sesetengah adat banyak dipengaruhi oleh agama hindu dan masih dikekalkan hingga kini. Mungkin kita perlu pendedahan secara besar-besaran tentang adat-adat yang boleh menyebabkan aqidah kita terpesong. Barulah masyarakat boleh menerimanya. InsyaAllah..
p/s:terima kasih kerana sudi meniggalkan komentar di blog saya..=D
pencinta bahasa’s menulis entri terkini..buku, buku dan buku
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Bunyi seperti bahasa Indonesia ya?
Tapis dan saring mengikut kesesuaian syarak. Jika tak melanggar syara’ tak perlu kepada menghapuskannya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Yup syeikh. Teruskan penerangan, sebab masih ada yang tak faham meski berulang kali diceritakan
Ada perkara yang molek diteruskan selagi tidak bercanggah dengan syarak. Kalau pun ada bercangggah, kita usahakan supaya selaras dengan syarak. Adat yang baik tak perlu dibuang. Islam sesungguhnya sempurna seperti sepohon kayu, sentiasa bergerak dan fleksibel, bukan sempurna umpama seketul batu.
abuyon’s menulis entri terkini..Tundukkan Pandanganmu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Itu kepentingan ulama’ dalam mentadbir masyarakat, kerana setiap detik dan setiap perubahan zaman masyarakat akan berubah-ubah perilaku dan adatnya. Bila adanya ulama’ mereka itu menjadi petunjuk. Al-ulama’warisatul anbiya’.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
arwah abah sy sempat bpesan beberapa tahun sblm dia ke rahmatullah. dia tak benarkan kami buat kenduri arwah – cukup sekadar tahlil saja, itu pun hanya sesama keluarga.
Masy’s menulis entri terkini..405: aku tak paham ape masalah dorg ni
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Pada saya, kenduri arwah kalau menyusahkan tak payah buat. Tetapi kalau buat, kita seolah-olah bersedekah, beri makan pada orang. Kita guna duit sumbangan yang dihulurkan. Ini kita kena terangkan pada masyarakat. Itu sahaja. Dan memang orang kita suka beri-beri makan pada orang ini. Ia pun amalan yang disuruh Nabi. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan.
Banyak lagi sebab, antaranya bila ada kematian, tuna rumah bersedih, dengan adanya kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan pada waktu itu terhiburlah juga dan tersambung lagi tali silaturahim sesama kita. Sebab ada juga orang kita, bila ayah dan ibunya meninggal, putus pula hubungan saudara dengan yang lain, rumah pun tak diziarahi orang lagi.
Jadi, dengan adanya program seperti ini, kenduri arwah, dapatlah kita bertemu muka. Sebab itu saya kata inilah antara program yang diadakan hasil geniusnya ulama kita dulu-dulu, tapis dan saring mengikut kesesuaian syarak.
Macam orang sekarang, buat majlis sambutan hari lahir atau majlis koktel ke apa ke. Cumanya kita buat di rumah, barangkali orang sekarang buat di hotel, nampak class la sikit, siap ada kad jemputan ya tak …
Kita anggap majlis tahlil dan kenduri arwah ini majlis makan-makan, majlis beramah mesra dan juga masjlis zikir kerana disulami dengan tahlil dan doa. Sebab jiwa kita orang Melayu ini sudah dibasahi dengan roh Islam. Makan-makan juga, ingat Tuhan juga. Ramah-ramah juga, ingat Tuhan juga.
abuyon’s menulis entri terkini..Tundukkan Pandanganmu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Terima kasih atas penerangan tambahan yang bagi saya ianya sudah cukup jelas untuk difahami oleh kita. Pendapat tuan seiring padangan saya dalam hal ini. Jazakallahhu khairan kasira.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Like or Dislike:
0
0
Salam..ya sheikh. Izzayyak? Amil eh dil wakti? kullu miyyah miyyah? kuwais?
(Tak payah jawablah, confirm saya tak faham punya nanti =p)
‘Biar mati anak, jangan mati adat’
Ya, yang namanya Melayu memang selalu terbalik. Seperti yang diberitahu sahabat-sahabat di atas. Kalau mahu ditambah apa lagi yang terbaliknya – itu, salam kaut sewaktu kenduri kahwin. Wah, yang datang pula yang perlu memberi wang. Benar, pihak tuan rumah telah bertungkus lumus mengadakan majlis. Tetapi yang sebenarnya, walimah diadakan sebagai jamuan kesyukuran kerana putera/puteri mereka selamat diijabkabulkan, maka dijamulah para hadirin-hadirin yang datang meraikan tanda bahagia serta bersyukur atas nikmat yang Tuhan berikan. Ini, tetamu yang hadir seakan pula perlu membayar sepinggan nasi minyak serta segelas air sirap. Huhu, ya bukanlah wajib, tetapi telah bernama adatkan, datang tangan kosong, aduhai malulah den! Maka dihulur jugalah sehelai dua. (Tapi, nak bagi hadiah tidak mengapa, hehe…) Terbalikkan? kenduri kahwin org beri duit, kenduri kematian tuan rumah yang beri makan. Ley? (sudahlah baru menjadi yatim – kalau kematian ibu/ayah, perlu pula menjamu orang. Lagi pula macam ustaz cakap, sebelum pembahagian harta faraid itu, juga dikira harta anak yatim kan? Tidak baik kan makan dari harta anak yatim? Sekadar bertanya)
Bicara tentang bid’ah. Suatu hari yang tenang, saya dan kawan2 bertanya kepada murabbi kami. Apa itu bid’ah sebenarnya, ustaz? Jawabnya ringkas sahaja. Bid’ah? Ma haza? La yujad bid’ah. Khalas.
Wah, mudahkan kefahamannya. Tambahnya lagi yang berasal dari Palestin, sesungguhnya hukum-hukum telah jelas. Kamulah yang telah menambah-nambah. Di dalam Al-Quran telah disebut begini, di dalam sunnah begitu. Juga sedikit ijma’ ulama ttg perkara-perkara khilaf. Jelas.
Ya, dan pada fikiran saya yang serba dangkal ini, saya berpendapat orang-orang kitalah yang telah mencipta bid’ah dan menambah haru birunya. Sengaja bertanya soalan itu dan ini menambah kekeliruan, menjadikan sukar lagi kefahaman, walhal Islam itu datang sudah lengkap dengan garis panduan. Janganlah menjadi seperti Bani Israil yang bertanyakan soalan yang bukan-bukan dari Nabi Allah Musa sehingga akhirnya mereka tidak buat pun apa yang diperintahkan patut dibuat.
Kami bertanya lagi, jadi kalau begitu yang sering ditambah-tambah itu apa namanya? Jawabnya lebih ringkas, itu namanya a’dat. Benar juga. Katanya lagi kalaulah semua yang ditambah itu namanya bid’ah, menyambut hari jadi sebagai tanda kesyukuran dipanjangkan umur dimurahkan rezeki bid’ah jugalahkan? Ya tak ya juga. Padanlah sewaktu kami mengadakan majlis Maulid Nabi, mereka yang datang dari tanah Arab tertanya-tanya mengapa ada sambutan besar-besaran. Barangkali tertawa lucu berkata, ingat pula tarikh lahir baginda junjungan, tetapi sunnah baginda tidak pula beria-ria mahu ikut? A’ha, terkena!
Kami juga sempat berlucu apabila memikirkan kata-kata ustaz kami. Memanglah Melayu ini paling banyak bid’ahnya. Agak-agaknya Muslim di tanah afrika – di Ghana, Rwanda, Burundi ada tidak istilah bid’ah ini. Muslim di celah-celah hutan Amazon, Brazil atau di pergunungan Tibet, Himalaya ada tidak istilah bid’ah ini? Dan Muslim dimana-mana sahajalah. Ya, mungkin ada tetapi itulah, namanya adat setempat jugakan? Wallahua’lam. Sekadar buah fikiran kami yang cetek tetapi cuba kami panjang-panjangkan akalnya.
Ya, barangkali juga ustaz kami itu tidak pernah mengenal bid’ah. Ah, manakan sempat mahu berbid’ah-bid’ah itu ini, tatkala sibuk mempertahankan tanah suci ketiga Umat Islam itu. Dan barangkali juga dari situ kita dapat memahami, betapa banyaknya masa kita di Tanah Melayu ini terbuang memikirkan hanya tentang bid’ah sahaja semata-mata mahu memuaskan hati semua pihak serta memberi kefahaman jelas kepada masyarakat kita. Sampai bila agaknya harus kita ulang bicarakan? Sedangkan yang utama, yang patut kita fikirkan, sama-sama kukuhkan dan jadi target matlamat utama adalah keadaan umat Islam serata dunia sekarang serta keadaan Islam dan Iman diri kita sendiri. Bagaimanakah?
(Saya arif bahawa kita perlu selalu diberi peringatan demi peringatan, almaklumlah yang bernama manusia itu banyak kelemahannya)
Terkenang tahlil untuk arwah opah yang kami buat. Masak-masak juga. Tetapi tidak panggil orang, cukup kami anak menantu, cucu-cucu berkumpul, solat jemaah dan baca yassin serta tahlil sama-sama. Sampai pun (InsyaAllah) sampai pada arwah opah, kepala pun tidak pening. Ringkas, alhamdulillah.
Seterus-seterusnya kalau mahu disedekahkan pahala dan doa, boleh teruskan sahaja dengan bacaan yassin tia-tiap kali usai solat maghrib. Sama jugakan? Wallahua’lam. (Andai salah, betulkan)
Haha, janganlah pula ingat saya anti-bid’ah. Sekadar sedikit perkongsian kecil hasil perbincangan kami dan apa yang sepatutnya kita utamakan. Buatlah tambahan apa pun, asalkan tidak melanggari syariat, maka silalah.
Wallahua’lam. Sungguh-sungguh kalam saya ini kalau baik diambil, kalau buruk dijauhi. Jangan dipening-peningkan kepala, ya!
Teringat ceramah Ustaz Ismail Kamus, perkataan ‘arwah’ itu sebenarnya salah satu dari nama jin. Jadi lebih elok dan molek kalau disebut Allahyarham/mah. Huhu, macam-macam. Wallahua’lam.
p/s: Melintas lalu, menghirup ilmu sampingan selepas ditimbun buku-buku dan nota. Terima kasih atas perkongsian. Teeerrrrpanjanglah pula komentasr saya. Maaf, ya. Entri lagi satu itu saya simpan dululah. =)
Wassalam.
Balqis’s menulis entri terkini..A Post-it
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam. Boleh saya komen komen ini ya. Pertama, kalau baca komentar saya di atas-atas, saya ada menulis, ulama Melayu kita ini genius. Sebab itulah adat disesuaikan dengan syarak. Tak jadi hal dalam Islam. Adat diraikan selagi tidak bercanggah. Kenduri kahwin, kita kena ngelang/ngele [pantai Timur] atau salam kerok [pantai Barat] atau hulur duit kepada tuan rumah, sebenarnya adat yang baik kalau kita berfikir ikut syarak atau berfikir positif. Kalau kita sendiri yang rasa malu, kalau tak hulur atau rasa terpaksa, itu kita kena tanyalah hati dan iman kita.
Macamana tu adat yang baik? Sebab adat itu sebenarnya menggalakkan kita bersedekah, memberi hadiah. Bayangkan tuan rumah buat bekwoh, berapa ribu habis menjemput keluarga, jiran dan rakan-rakan. Tak jemput, nanti ada yang berasa hati, putus silaturahim. Jemput, terpaksa berhabis tetapi kena ikhlas sebab bekwoh ini pun ibadah, nak beritahu orang bahawa anak kita anak dia dah berkahwin. Jadi, kita yang dijemput ini pakat-pakatlah meringankan tuan rumah. Dapat makan, alhamdulillah. Dapat pula bersedekah, meringankan beban tuan rumah. Tak ke bahagia kalau kita ini orang yang beriman dapat membantu saudara kita dengan hanya RM10.
Yalah orang Melayu kita ini bab-bab sedekah payah sikit, sedekah masjid pun seringgit saja. Sebab itulah adat-adat yang bersendikan syarak ni macam ada unsur terpaksa sikit tetapi terkandung di dalamnya hikmah, yang telah difikirkan oleh ulama dulu-dulu. Mereka dah faham sangat feel orang Melayu ni. Sebab orang Melayu ni bak kata pepatah, dah terantuk baru terngadah. Disuruh-suruh, baru dibuat. Ala, macam orang sekarang la, nak bersedekah nak beramal kena buat konsert, jualan amal, barulah menghulur, ya tak. Macam tu la juga kenduri ni.
Adapun yang kenduri arwah, pernah tak pergi melawat ada kematian. Kita biasa menghulurkan sumbangan yang diletakkan di dalam bekas. RM itulah yang digunakan untuk kenduri.
Satu lagi, yang jadi banyak bidaah timbul, sebab ada golongan yang suka membidaahkan apa yang kita buat. Sebab ada golongan yang suka menghukum, bukan mencari penyelesaian macam ulama dulu-dulu.
Sebab itu orang macam tuan/puan berfikir, wah banyak betul bidaah di alam Melayu ini. Padahal ulama kita dulu lebih dahulu berusaha menghapuskan apa yang bidaah digantikan dengan yang selaras dengan syarak, yang bersendikan roh Islamiah.
Adapun arwah tu perkataan Melayu yang diambil dari roh-roh, jamak Arab, arwah betul ke syeikh. Tak jadi hal pun. Macam solat, dalam BMnya sembahyang. No hal. Kita ada bahasa kita sendiri.
Kita tanya sesiapa yang suka bab-bab bidaah ini, bagaimana dengan hukum tajwid, bidaah ke tak bidaah. Macam juga di Johor, baca Yasin malam Jumaat. Itu adalah perkara yang baik, sebab sekurang-kurangnya orang kita ni bacalah juga quran seminggu sekali. Tetapi yang perlu kita jelaskan ialaha itu bukan amalan yang wajib. Jadi, jelaskan, jangan marah dan jangan membidaahkan.
abuyon’s menulis entri terkini..Tundukkan Pandanganmu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum wbt pak cik (izinkan saya panggil pak cik, ya =)
Maaflah andai komentar saya di atas disalah fahami.
Andai ia seperti yang pak cik terangkan, berbanggalah saya menjadi anak Melayu yang kaya dengan adat, pemurah serta baik hatinya. Alhamdulillah.
Sekadar sedikit penerangan;
Pertamanya ttg salam kaut, bukanlah saya memandai-mandai mengunjurkan. Saya mendengarnya dalam satu ceramah menerangkan ttg bid’ah. Yang mahu disampaikan – asalnya memang niat bersedekah dan malah digalakkan demi membantu sesama tetangga, kemudian entah bagaimana menjadi adat sehingga sampai satu masa tuan rumah pula yang seperti mengharap dihulur duit ketika bersalam. Niat asal mahu menjamu makan atas kesyukuran bertukar sebaliknya. Dan tentang kenduri arwah, benarlah orang-orang kita, andai ada tetamu datang menjenguk, molek benarlah berjamu berhidang tidak kiralah dalam situasi apa pun demi menjaga kerukunan dan keharmonian masyarakat setempat. Tetapi yang menjadi terbaliknya adalah yang datang berziarah kadang kala mengharap adanya makan-makan kerana namanya pun ‘kenduri’ arwah. Niat asal mahu berziarah bertukar sebaliknya. Jadi tuan rumah yang dalam kesedihan kerana memikirkan perkara ini, hendak tidak hendak berusaha juga mengadakan barang apa yang ada. Disebabkan hal-hal di ataslah maka dalam ceramah tersebut dibicarakn perkara ini kerana ia telah mengkomplekskan agama dan disalah erti menjadi perkara yang sepatutnya kita lakukan dan utamakan. Padahal tidak disuruh pun oleh agama. Sebab itulah ada suara-suara kata kononnya bid’ah. Kerana ia telah menjadi susah. Kita lakukan kerana kita memikirkan kemaslahatan dan susah payah saudara-saudara kita asalnya, tetapi menjadi sebaliknya. Wallahua’lam, saya yang mendengar hanya menyampaikan.
Tentang bid’ah pula, saya amat bersetuju dengan pak cik.
Dan akhirnya, kisah yang saya tulis panjang lebar sebenarnya cuma berkongsi secebis ilmu dan pengalaman bersama Muslim lain yang rupanya tidak tahu/kenal pun apa itu bid’ah. Saya melihat dan belajar suatu sisi lain. Hidup mereka tidak disusahkan dengan bid’ah. Sedangkan kita sepanjang masa asyik membicarakan dan memikirkan mana betul mana salahnya amalan kita sehingga kurangnya masa kita memikirkan tentang kemajuan ummah dan saudara-saudara Islam lainnya. Itu sahaja.
Terima kasih atas penerangan pak cik. Alhamdulillah dapat bertukar-tukar dan berkongsi buah fikiran. Apa pun, bukanlah layaknya saya yang masih anak-anak, masih pucuk rebung ini bertingkah bicara dengan pak cik yang terlebih dahulu merasa asam dan garam. Saya yang hanya baru beberapa dekad menjengah dunia ini sekadar menyampaikan apa yang yang saya terima untuk sama-sama kita fikirkan. Selebihnya terpulang kepada persepsi serta penerimaan kita masing-masing mahu melihat sesuatu perkara itu bagaimana. Saya sangat hormat dan juga bersetuju dengan penerangan-penerangan pak cik tentang bid’ah.
Terima kasih juga atas penjelasan pak cik tentang perkataan ‘arwah’. =)
Sesungguhnya hidup saya juga dikelilingi adat dan tidak dapat lari dari adat. Seperti akhirnya saya katakan, buatlah apa pun asalkan tidak sampai melanggar syariat serta membuat orang rasa susah. Maka buatlah. ^_^
Wallahua’lam.
Wassalam.
Balqis’s menulis entri terkini..A Post-it
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Alahai balqis, merendah diri pula dia. Itulah, setiap amalan itu bermula dengan niat. Jika semua syarat dah dipenuhi, tiba-tiba niat pula kelain, habis. Macam solat, dah nak bagi salam, tiba-tiba niat kelain, habis.
Apa-apapun, kata Imam Ghazali, hidup ilmu kerana muzakarah, dan inilah yang kita buat sekarang. Alhamdulillah.
Pakcik pun pakcik lah …
abuyon’s menulis entri terkini..Tundukkan Pandanganmu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Teringat saya kisah Saidina Ali dan Rasulullah SAW. Suatu ketika, Rasulullah SAW berkata pada Saidina Ali. Jika kamu mampu solat khusyuk 100% akan dihadiahkan sehelai baju. Lalu Saidina Ali solat 100% khusyuk, namun diakhir ketika hampir salam. Beliau jadi teringat jubah. Maka kuranglah 100% itu.
Alhamdulillah, muzakarah begini menghasilkan pandangan yang berbeza dari insan yang berlainan.
Selama dua hari saya jadi senyum sendiri membacanya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Wa’alaikumsalam, Alhamdulillah khair. Kullu kuwais, kullu miyyah-miyyah bardu, mafish musykilah. Wenti kaifahaluki? Ana fi manzil dilwakti, mumkin ba’de keda ana ruuh ila bet sadiqi aw rehlah ila ayyi makan. Kef hal imtihan? tamam wala lissa? Rabbuna Yusahhil Insya’Allah.
Walaupun Abuyon sudah menjawabnya, namun saya mahu menambah sedikit di sini. Begini, konsep asalnya ia bersedekah. Lalu, ia jadi meluas bila masyarakat umum mula melaksanakan sehinggalah menjadi sebuah adat. Bila adat ini berkembang biak, maka segelintir masyarakat tidak lagi menganggap sedekah. Ia seakan-akan sudah kewajipan, jadi saya melihat di sini kecelaruan telah berlaku.
Nabi SAW mengadakan walimah bertujuan untuk meraikan hari perkahwinan dan menjamu makan buat hadirin-hadirat (walimah selepas berlaku persetubuhan adalah sunnah). Kini ada masyarakat mewajibkan bayaran jika mahu ke walimah, ini yang salah konsep. Kalaulah bayaran diminta seakan-akan kita pergi restoran dan memesan sepinggan nasi berlaukkan daging/ayam. Tiada beza.
Jalan penyelesaian, dua pihak perlu perbetulkan niat. Tuan rumah jangan niat pemberian sebagai wajib, anggap sebagai sedekah. Jika tetamu tak hulurkan wang, diam-diam saja usah merungut. Merungut nanti hilang ikhlas. Tetamu juga begitu, mahu beri niatkan sedekah, tak mahu beri diam-diam saja.
Benar, harta anak yatim haram dimakan. Itu juga termasuk syarat dalam syarat yang saya sebutkan. Mahu berkenduri lihat dulu punca hartanya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Jika ini berlaku, maka umat Islam tak mampu kemana-mana. Sekadar mulut berbicara, anggota lain diam saja.
Sebenarnya ditempat lain juga ada contohnya di Mesir dan Arab Saudi. Isu bid’ah masih menjadi topik hangat perbincangan. Ianya bermula bila kumpulan bernama Wahabiyyah yang mempopularkan isu ini.
Seperti yang saya sebutkan, bid’ah itu ada dua iaitu hasanah dan saiyiah. Antara contoh yang dinamakan hasanah ialah pembahagian juzuk-juzuk Al-Quran, keterangan ayat-ayat Makiah dan Madaniah pada setiap awal surah, penulisan ilmu-ilmu usuluddin, usul fiqh dan lain-lain lagi. Semua perkara ini berlaku selepas zaman Nabi SAW dan selepas zaman tiga peringkat umat Nabi SAW tanpa ada seorang pun yang menganggap ini adalah bid’ah yang menyesatkan.
Ada perbezaan di sini, tak semua adat setempat itu bid’ah dan tak semua bid’ah itu adat. Contoh adat melayu memakai kain sarung, ianya tidaklah dikatakan sesat kerana menutup aurat malah boleh dibuat solat pula. Begitu juga contoh saya sebutkan di atas, majlis tahlil kalau tidak mengikut syarat dan menganggap ianya wajib dalam Islam itu barulah dinamakan bid’ah dan sesat.
Ringkasnya,i’brah dalam penolakan bid’ah adalah perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan nas atu usul syarak dan kaedah istinbat. Perkara-perkara yang bercanggah dengan usul syara’ adalah tercela kesemuanya dari segi syara’.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Sudah menjadi lumrah seorang pendakwah perlu berhadapan semua perkara samaada kecil atau besar.
Perkara utama sekarang ialah, bagaimana penyatuan umat Islam boleh dilakukan dan pembinaan semula Daulah yang terabai berkurun lamanya.
Tidak ada masalah. Nak baca satu quran tiap-tiap malam juga tidak ada masalah
ada berani? saya juga belum mampu lagi. Kalau surah Al-Ikhlas 3 kali Insya’Allah mampu.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Alhamdulillah satu entry yg sangat bagus…kerana ia menjadi isu yg agak hangat juga di malaysia terutamanya. Ada golongan yang menolak terus kenduri ini sehingga berlaku pertembungan dengan golongan tua yg taasub dng amalan ini dan akhirnya mencetus perbalahan – dari entry akhi ini – satu pendekatan yang seimbang – majlis diadakan dengan niat, cara dan syarat-syarat yang betul dan yang penting ia berlandaskan hujah…terima kasih banyak2
ilina’s menulis entri terkini..Penghargaan..Nikmat atau Ujian?…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Saya merasa berat untuk menyebut ’satu jemaah’ yang menentang amalan sedia ada dan mereka katakan ianya bid’ah menyesatkan.
Saya tidak melihat sesuatu perkara itu tanpa kajian dan pertimbangan sewajarnya. Adalah menjadi kesalahan jika berkata-kata tanpa petunjuk nyata.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam syeikh. Janganlah keberatan kalau ianya kebenaran dan memang wujud (bukan X-Files pun
). Berkata benar meski pahit. Itu ujar Nabi dan itulah prinsip enta. Am I right?
Teringat kata-kata Imam Hanbali, Kalau ulama lesu, sampai bilakah umat akan … lupa pulak ni, enta tolong.
abuyon’s menulis entri terkini..Tundukkan Pandanganmu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam, Saya sudah terbayang-bayang siri perdebatan hangat ditanahair yang belum berkesudahanan. Itu padahnya bila perkara furu’ terus menerus dijadikan isu. Namun, hadirnya kita bukan untuk mengeruhkan keadaa, tetapi cuba menjelaskan agar kekusutan tidak terus mengasak minda umat Islam.
Saya lebih risaukan ‘Ular dalam semak’ bunyi seakan ‘ulama’.
Orang yang lupa itu lebih mengingati barangkali
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam..very2 nice article^-^
info yg bermanfaat..
izinkn sy copy artcle ni..tq
shahirah’s menulis entri terkini..Tanda Tanda sakit
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam, silakan. Jazakallahhu khairan kasira.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
sykran ats entry ni..
waa..sudah lama bersarang persoalan ttg knduri arwah ni dlm minda
sama2x dlm redha Allah..:)
imtiazsofea’s menulis entri terkini..Mati tu macam… kita pergi sekolah!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Afwan,
Moga sedikit sebanyak memberi info berguna buat anda.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Like or Dislike:
0
0
Like or Dislike:
0
0
salam.. adakah adat perlu diutamakan berbanding ibadah???
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
gembira betul la ana rasa dapat masuk laman ni
syukran kepada penerbit laman ek…maassalamah
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
yup, saya baru perasan Abuyon ada sebut dalam komentar…heheh..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Agaknya kalau ’small work’ nak jadikan istilah apa pula ya? Mungkin sesuai untuk kenduri arwah yang agak kecil
Lain juga tukang kebunnya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
ermm..boleh jadik ‘mekwoh’ plak..hehe…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Saya sudah menjangkakan perihal itu.
Ayam di sini seperti juga di Malaysia, ada yang kampung dan bandar. Organik seperti HPA itu saya belum tahu adakah sudah diperkenalkan di Mesir atau tidak.
Otak ayam bagus untuk ingatan.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Agaknya perlu mengaku atau tidak ya..hurm..
Sebenarnya memang sebelah untuk seorang. Biasalah, kawan belanja sempena Hari Lahir baru-baru ni.
Kuah kacang itu kena tabah dan sabar untuk cuba merasanya kak. Kalau tak tahan, kecundang nanti..hehe.
Ini versi kedai, tak mampu lagi rasanya nak bakar ayam selembut masakan arab. Di Mekah ada?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
hehe :} maklumlah dah jadi ahli HPA sekarang. Rasanya sejak bulan 11 tahun lepas, dah tak makan ayam bandar, ayam organik je. Ada ana tulis tentang ayam-ayam ni di blog ana.
abuyon’s menulis entri terkini..Tundukkan Pandanganmu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Wah wah rasa nak ke Mesir la pulak. Lagi-lagi sejak baca novel Kang Abik, AAC dan KCB, terbuak-buak di hati nak pergi sana.
Ya syeikh, ana cadangkan anta tulislah novel macam Kang Abik, ana doakan dengan sepenuh hati, Insya-Allah. Hati ini berdetik agar anta diberi ilham menulis novel berlatarbelakangkan Mesir-Malaysia dua tiga hari lepas sewaktu sekilas pandang membaca entry anta bertajuk “Blank yang menakutkan”. Membaca intronya, ana pun berfikir, eh molek ni minta syeikh tulis novel semacam KBC. Moga-moga jadi, moga-moga Allah memberkati.
abuyon’s menulis entri terkini..Tundukkan Pandanganmu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Sebenarnya bila saya perhati suasana yang digambarkan Kang Abik, ianya sama dengan realiti dan tempat. Hampir 90%.
Tahun lepas lagi sudah ada orang mencadangkan begitu, saya sekarang dalam proses membaca, mengkaji, memahami sebelum merangka sesuatu yang MEGA. Ada juga terlintas dalam hati.
Kini, saya sedang menyusun siri pengembaraan saya untuk dikemaskinikan. Mana tahu mungkin boleh dijadikan Travelog sendiri pula. Doakan ya!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Ya, saya sudah ke sana. Insya’Allah akan ada sedikit pendapat nanti.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0