Contoh Pertama
“Mat Jenin, tadi masa naik bas ana kena seluk saku. Habis lesap LE500…sedihla, orang tua baru je masukkan duit” Luah Meon.
“Nampak sangat manusia masih tak memahami erti hak sesama muslim.” Tambahnya lagi.
“Ish enta ni Meon, sepatutnya enta kena bersyukurlah. Enta nasib baik lagi hilang LE500, ada yang hilang berjuta-juta ringgit rilex aje..takkan tu pun nak sedihkan.” Jawab Mat Jenin bersahaja tanpa berfikir hujung makna.
Contoh Kedua
“Rumah ana kena dimasuki pencuri semalam..handset, duit semua hilang!” Terang Khaleed sambil menahan sedih.
“Lihatlah bagaimana jika Islam tidak dipraktikkan dalam kehidupan..bukankah Nabi SAW berpesan haram berbunuhan sesama muslim, mengambil harta ke atas muslim yang lain dan maruahnya?” Khaleed menyuarakan isi hati agar sahabatnya mengerti.“Allahhu Akbar! Sabarlah Khaleed, tabahkan hati. Kuatkan jiwa. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran kembali. Betul, apabila kejahilan melingkungi diri maka dua pedoman itu sudah dilupakan manusia. Nampak jelas dakwah kita belum sampai ke sasarannya. Kita harus teruskan usaha menyampaikan kebenaran.” Sambung Iskandar menenangkan jiwa sahabatnya.
Dua contoh respon di atas menunjukkan secara jelas bagaimana tahap berfikir seseorang apabila dihidangkan sesuatu. Jika dilihat dari sudut emosi, ternyata manusia bukan malaikat yang tidak mempunyai sebarang perasaan. Perasaan sedih, gembira, ceria, berduka, marah, tenang, bahagia dan bermacam jenis perasaan itu sememangnya Allah SWT sematkan dalam jiwa insan bernama manusia. Rasulullah SAW sewaktu menghadapi saat kematian orang yang disayanginya, Siti Khadijah binti Khuwailid turut merasai tempias kesedihan. Inikan pula insan biasa yang serba kekurangan.
Memahami Cara Fikir
Pengamatan kita apabila terbentang sebuah analogi dihadapan, minda akan berputar memikirkan sesuatu yang biasa. Konklusi dibuat berdasarkan zahir cerita yang berkisar secara Jahri. Bukan sesuatu yang luar biasa. Kita hanya melihat sebuah cerita dengan konsep jalan cerita semata-mata. Tidak berfikir mengapa diadakan watak itu, mengapa jalan ceritanya sedih, apa yang boleh diperolehi daripada sebuah cerita untuk aplikasi dalam kehidupan untuk masa kini dan akan datang. Jika ceritanya sedih, sekotak tisu di sisi bakal basah seiring tamatnya cerita. Lalu hilang begitu saja ditelan gelak tawa pula. Maklumat Sirri lesap entah kemana tanpa sempat untuk diadun dengan rapi.
Apakah itu sesuatu yang luar biasa?
Tidak.
Manusia yang luar biasa apabila dihidangkan sesuatu, beliau akan terus mengadun, menguli, mengolah, berfikir, membina secara kreatif bagi melahirkan sesuatu yang lebih baik dan berkualiti. Cara itu bakal mencetuskan suatu anjakan yang tiada taranya lagi.
Lihat, bagaimana Sang Panglima Salahuddin Al-Ayubi membina kekuatan. Matlamat jelas diletakkan dihadapan, perangkaan dibuat bertahun-tahun, strategi dirangka dengan ketelitian. Bermula mendapat kekuasaan di Mesir, beliau terus mara menggabungkan empayar Islam yang terpecah bagi membentuk sebuah ketumbukkan merampas kembali Baitul Maqdis. Beliau telah merealisasikan sebuah kisah sejarah lampau menjadi realiti di zamannya. Bukan terus membiarkan suhuf sejarah hanya sekadar lampiran berdebu!
Respon Entri Sudah Dua Kali Dipatuk Ular
Niat menulis entri itu dengan harapan ia akan melahirkan sesuatu yang berbekas dikolong jiwa-jiwa yang membaca. Bukan sekadar melayan sebuah cerita naik bas dan membuat bingkai kaca.
Di dalam kaedah Qawaid Fiqhiyyah ada menyebutkan berkenaan penggunaan konsep Al-Umuru Bimaqasidiha, yakni kaedah berdasarkan hadis انما الأعمال بالنية . Iaitu sesuatu perkara itu berdasarkan niat. Niat membezakan sesuatu perkara samaada untuk dinaik tarafkan menjadi sebuah ibadat. Ia bergantung kepada individu itu bagaimana keperihalan asas ini menjadi tonggak utama atau tidak. Segalanya terserah kepada Allah SWT untuk dinilai, bukan manusia.
Point utama jelas saya catitkan di penghujung entri mengingatkan kita tentang hakikat sebuah perubahan pada sikap, mentaliti dan tindakan dalam umat Islam. Apabila nilai sebuah perjanjian kita tidak laksanakan, bagaimana mahu melakukan yang lebih besar. Keadaan ini persis sebuah rumah yang bertiangkan sebatang kayu dimamah anai-anai menunggu masa untuk roboh. Tiang seri yang kuat dan kukuh perlu untuk membentuk sebuah rumah atau bangunan yang betul-betul tahan.

Kamu Perlu Bersyukur!
Ya, saya perlu bersyukur. Bahkan semua umat Islam muslimin muslimat, mukminin dan mukminat perlu bersyukur. Secara relevannya, tidaklah perlu saya dedah serta canangkan kepada umum berapa besar syukur saya pada Pencipta.
Apa itu syukur? Syukur dipinjamkan daripada kalimah arab iaitu kata akarnya شكر، يشكر، شكرا، وشكورا yang membawa maksud berterima kasih. Manakala dalam Kamus Dewan Edisi Keempat pula menyebut makna syukur ialah: Terima kasih/untunglah, mujurlah/beruntung, mujur.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu.” (Surah Ibrahim: 7)
Seorang insan tidak memadai hanya mengucapkan syukur meniti di bibir sahaja, akan tetapi perkataannya mestilah turut disertai dengan perbuatan. Menurut kitab Al-Wafi, Imam Nawawi ada menyebut tentang pembahagian syukur. Kesyukuran yang wajib dan kesyukuran yang sunat:
1. Kesyukuran yang wajib. Iaitu dengan melakukan segala kewajipan dan meninggalkan semua yang diharamkan. Semua ini cukup untuk merealisasikan kesyukuran terhadap nikmat kesihatan, kesejahteraan anggota tubuh badan dan nikmat-nikmat yang lain.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa al-Asy’ari daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sekiranya dia tidak mampu melakukan (kebaikan) maka dia hendaklah menegah dirinya daripada melakukan kejahatan. Sesungguhnya itu adalah sedekah baginya.”
2. Kesyukuran yang sunat (digalakkan). Kesyukuran yang sunat ialah dengan melakukan perkara-perkara sunat selepas menunaikan yang wajib dan menjauhi perkara haram. Ini adalah darjat yang dicapai oleh mereka yang terdahulu dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersungguh-sungguh di dalam solat, baginda solat tahajjud sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Apabila baginda disoal: “Kenapa kamu melakukan semua ini sedangkan Allah SWT telah mengampunkan segala dosa kamu yang terdahulu dan yang terkemudian?” Baginda SAW menjawab: “Apakah aku tidak mahu menjadi hamba yang bersyukur?”
Saya rasa sudah cukup jelas penerangan yang diberikan untuk dihadam lumat buat mereka-mereka yang mahu berfikir.
Konklusi mudah, marilah berfikir secara luar biasa agar ERTI SYUKUR PADA PENCIPTA lebih menyerap di lubuk atma!
8:17 AM, 6 Jun 2009,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


salam ust…erm ni ulasan dari entri yg lalu ke? seperti da yang kurang senang je?… apa pun setiap orang lain cara penerimaan dan pemikirannya…bagi saya kalau positif kita ambik maka positifla jadinya..kalau negatif kita terima maka negatifla dapatnya… sepatutnya sesama Islam kita bantu menbantu,tegur menegur kearah kebaikan dan tak eloklah hendak merendahkan sesama saudara seislam…
p/s: niat yang baik selalu disalah tafsirkan..lihat saja role model paling agung junjungan besar kita Rasullullah saw pun menerima setiap dugaan.. namun istiqamah dalam melakukan perkara yang baik adalah sebaik2 jalan… teruskan menulis ye ustaz
nur_syahadah(Quote)
Salam,
Saya cuba mengulas agar kita terus berfikir dengan lebih baik. Kurang senang? Wallahhu a’lam.
Harapannya begitu. Biasalah, tak selalu keretapi api bergerak dilandasan. Sekali sekali terbabas jugakan.
Bukankah manusia tidak dapat membaca niat manusia lain? (Kecuali mereka-mereka tinggi maqamnya) Tak tahulah kalau ada yang boleh. Insya’Allah, syukran.
Farid Rashidi(Quote)
keretapi tak berada di landasan?bukan selalu tu ust..accident je
…saya bergurau je.. a’aa,memang manusia tak dapat baca niat org lain.. tapi akal kan da mentafsirlah secara positif…
nur_syahadah(Quote)
Erm, sekali sekala terbabas accident juga. Hati-hati dalam perjalanan itu adalah yang terbaik. Selebihnya serahkan pada Yang Maha Esa.
Yang membezakan antara manusia dan haiwan ialah akal.
Farid Rashidi(Quote)
Entri ini; kata-kata datang dari hati selalunya menusuk ke hati juga! (penggunaan bahasa serta olahan isi yang amat baik!)
Emosi mengatasi warasnya akal adalah normal. Proses marah perlu ada demi melahirkan sebuah kesedaran; bahawa – manusia itu sifatnya lemah dan yang menguatkan manusia adalah kebergantungannya kepada Allah, Tuhan yang mencipta dan memberi ujian.
Dalam melalui proses itu ada kalanya akal gagal mengawal amarah justeru sabar perlu menjadi keutamaan dalam membuat pertimbangan. Marah tidak apa, tetapi menangkanlah akal dalam bertindak, InsyaAllah tidak kesasar.
Faham makna ujian, faham hikmah, akan fahamlah ibrah dan teladan. Kutiplah secebis pengalaman itu. Persepsi perlu diubah dan akan sentiasa berubah. Lihat gelas separuh penuh, bukan separuh kosongkan?
Sometimes, we don’t have an attitude problem but some people do have a perception problem. Apo nak dikato?
Wallahua’lam. Semoga tabah hadapi rencam global pemikiran manusia ustaz!
Balqis’s menulis entri terkini..Yakinlah
Balqis(Quote)
Allah SWT jua berhak memberi kefahaman kepada manusia sekaliannya. Moga kita faham dan tidak salah faham. Kritik kena pada tempat baru mudah saya menghadam dengan baik.
Benar kamu, itu gunanya akal. Apa akan jadi jika umat Islam tiada perasaan marah? Senang lenang sahaja si Yahudi menjajah tanpa belas kasihan. Sedangkan sudah marah juga mereka masih lagi menjajah, inikan berdiam diri.
Ya, kiasan yang baik. Mungkin perlu sedikit penjelasan daripadanya?
“Each perception has their own reason, it depends on how people see and think, but of course only Allah knows the truth…”
Syukran Jazilan. Moga Allah merahmati kita.
Farid Rashidi(Quote)
Kadang-kadang bukanlah kita yang bermasalah tetapi orang yang melihat kita menganggap kita bermasalah sedangkan sebenarnya mereka yang punya masalah persepsi (yakni masalah penilaian dan penerimaan sikap terhadap orang lain, berkemungkinan bertentangan dengan nilai dan dorma prinsip hidup mereka). Begitu. Harap jelas, ustaz.
You are right. Couldn’t agree more, but whatever the reason that make up your perception, it should be a good one or the perception would be wrong and invalid. Sebab untuk sesuatu persepsi itu perlu baik dan berlandaskan jalan yang betul, jika sebabnya salah, persepsi juga akan menjadi salah. =)
Weh, selamba jer komen-komen sini, pergi baca bukulah, Balqis!
(…lari dan bergegas ke meja belajar)
Balqis’s menulis entri terkini..Yakinlah
Balqis(Quote)
Saya perasan kamu pernah menulis tentang gelas separuh itu. Maksudnya berbunyi begini bukan?
Kalau orang yang pesimis dia melihat gelas itu separuh kosong, tetapi kalau orang yang optimis dia melihat gelas itu separuh penuh dengan air. Dengan kata lain, bila kita melihat sesuatu perlu kepada cara fikir yang pelbagai sisi. Sempit cara fikir akan jelas terpampang pada fokus pesimis yang dibawa.
Ingat lagi, ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang penulisan majalah suara kampus. Ketua editor menyuruh kami menulis apa-apa saja berkenaan gelas.
Err, petang-petang baca buku kurang bagus. Nanti terpaksa tempah cermin mata pulakan.
Apapun, semoga berjaya!
Farid Rashidi(Quote)
Balqis ni memang la… Puas kak su kejar dia nak suruh masuk bilik baca buku, tapi sudahnya depan pc jugak dia sembunyi. Adeh…
suara’s menulis entri terkini..Bila Izrail datang memanggil….
suara(Quote)
Kak Su!!!! Hehe… ^_~
Balqis’s menulis entri terkini..A Post-it
Balqis(Quote)
salam ust,
kekadang intro n3 or title n3 sesajer nak memikat org datang baca dan tak de kena mengena ngan isi n3, so ade lah yg kurang senang.
apa2 pun bergantunglah pada niat peribadi
Aykay’s menulis entri terkini..Rediscovery Diri Siri #6 – Kikis Sifat Kikir
Aykay(Quote)
Salam,
Begini, lihat perumpaan ini:
1. Semangkuk mee kuah yang hanya ada mee dan kuah sahaja tanpa apa-apa bahan.
2. Semangkuk mee kuah yang ada ayam, daging, telur, sayur, cili, bawang, tomato dan segala hiasan yang menggiurkan.
Agak-agak kamu yang mana manusia lebih teringin untuk makan? Uslub dalam berdakwah tidak ada salah jika tak lari dari syariat.
Farid Rashidi(Quote)
Saya selalu berpesan kat anak lelaki saya supaya meletak dompet dalam poket sisi/depan bukan kat poket belakang. Kerana kat poket belakang tu, satu mudah jatuh especially bila duduk atas bangku atau dalam bas. Kedua masa berimpit2 nak naik bas/LRT/komuter ke, senang sangat nak di seluk penyeluk saku. Tapi biasa la org muda ni payah nak dengar cakap kita. Biar papa asal bergayo.
Jadi hikmah dari pengalaman jadi mangsa penyeluk saku ni ialah, berhati2 di jalanan. Jangan lagi simpan dompet kat poket belakang. Bila dompet ada kat depan, rajin2lah pegang bila dok berebut2 tu ye…insyaAllah selamat. Kena pro-active. Allah pun suruh kita usaha dulu sedaya upaya, barulah bertawakkal kepada-Nya.
sot(Quote)
Sebab itu pentingnya berusaha sebelum kena. Andai sudah usaha, berdoa, maka tawakal sahaja. Selebihnya aturan Allah SWT menentukan segalanya.
Usaha itu penting, sekurang-kurangnya kita tak menyesal bila mendapat hasilnya. Setimpal dengan usaha.
Farid Rashidi(Quote)
saya juga kerap terlupa untuk bersyukur.. ermm..
koishieku’s menulis entri terkini..~ KETIKA CINTA BERTASBIH ~
koishieku(Quote)
Oleh itu, biasakan bersyukur. Mudah sahaja.
Farid Rashidi(Quote)
SALAM,
segala pujian hanya bagi Allah,tuhan sekalian alam.
.. Semoga penulis dalam keadaan tenang dalam mengharungi kehidupan.
Kuatkan semangat dan berani menghadapi ujian dengan bijak walaupun ia susah tapi
moga Allah merahmati kita semua.
p/s- mmm… andai kami(terutama tronx013) terlibat dalam perkara yang menyinggungkan ketenangan hati, maafkan kami.
Apakan daya, perkataan dan kata-kata yang tidak berbunyi sering kali disalah tafsir.. Moga kita terus husnuzan…
Tronx013(Quote)
Salam,
Na’am ya Akhi, tidak lain tidak bukan hanya Allah SWT semata-mata yang layak dipuji.
Terima, kamu yang banyak memberi sokongan saya dahului ucapan jutaan terima kasih. Teruskan memberi sokongan agar pengembaraan kita sentiasa dipayungi rahmat ilahi.
Akhi, sama sekali saya tidak maksudkan kamu. Semua komentar di blog ini tiada yang menyebabkan saya menulis entri ini dua kali. Apapun, syukran.
Farid Rashidi(Quote)
salam.
sekadar yang termampu dilakukan yang terbaik sebelum kemampuan hilang keupayaannya.
andai ustaz ada 40 orang students di kelas,dan semua tanya soalan.. inshaAllah ustaz jawab.. hehehe.. berdasarkan kajian diblog ustaz yg semua komentar dijawab walaupun dah ‘berkurun’ dan jauh di artikel lama..
Study hard and smart.. (sebenarnya memang hard to be smart)..
MAy Allah bless us!
Tronx013(Quote)
Salam,
Saya merasakan setiap persoalan yang dilontarkan pembaca tak harus diabaikan begitu sahaja. Itulah caranya saya menghargai kalian. MOga Allah memberkati hidup kita semua.
Nak menyampaikan dakwah ini perlukan pengorbanan segala-galanya. Apalah sangat secubit pengorbanan kita berbanding rahmat Allah yang meluas saujana mata memandang.
Farid Rashidi(Quote)
Kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada hari ini…Allah swt akan menambahkan lagi bila kita besyukur , betul ya ustaz?
sonata anak kancil’s menulis entri terkini..Susun Strategi…
sonata anak kancil(Quote)
Ya, sangat betul. Syukurlah. Bagaimana mahu bersyukur? boleh rujuk entri seperti yang saya tulis di atas. Moga segalanya memberikan kebaikan.
Farid Rashidi(Quote)
Salam..berbicara tanpa suara ni memang mengundang banyak tafsiran. Alhamdulillah, apa yg ustaz nak sampaikan pada entry yg lepas,memang difahami iaitu bukan sekadar naik bas nak pergi ambil cermin mata yang ditempah. Ada perkara yang lebih besar yg tersirat. Tapi bila nak bagi komen tu, lebih suka komen perkara2 yang trivial (yg lebih senang ditangkap oleh minda). Mungkin ‘analytical mind’ tu kurang..
-great minds discuss ideas; average minds discuss events; small minds discuss people-
nohas’s menulis entri terkini..Kisah Lembu Betina
nohas(Quote)
Salam,
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih ada yang memahami. Biarlah membaca itu dengan faham daripada membaca sekadar melepaskan batuk ditangga. Benarlah, statistik menunjukkan masyarakat kita kurang membaca.
That’s right but different situation give different meaning..
Farid Rashidi(Quote)
assalamualaikum, beberapa hari tak jengok blog, banyak yg tertinggal… nk kena baca dulu, baru boleh digest ape yg dihidangkan.
azmamusa’s menulis entri terkini..TiGA
azmamusa(Quote)
Silakan
Farid Rashidi(Quote)
ingin melaksanakan perubahan itu seolah-olah sangat menyesakkan dada. mahu ditegur, ditengking kembali. mahu dihukum, dipersalah kembali. maka benarlah kata satu jari ke orang lain, empat jari ke diri sendiri.
apa sekalipun, manusia itu sentiasa dituntut untuk sentiasa mencuba menjadi yang terbaik, ke arah kesempurnaan.
iliana(Quote)
Memegang panji Islam kini dianggap sebagai memegang bara api. Itu belum melaksanakan apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang. Hati oh hati..tetapkanlah.
Ya, setiap manusia itu tidak sempurna namun menuju kesempurnaan itu adalah sebaiknya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam Farid,
Bila tengok tajuk, kak su ingatkan Farid mimpi kena patuk ular dua kali. Org tua-tua kata, kalau anak dara mimpi patuk ular, ada org nak meminang. Tapi sbb Farid ni lelaki, ingatkan Farid nak mintak mak ayah pegi meminang. Bila baca, baru faham kisah sebenarnya. Hehehe…
Ujian atau musibah yang berlaku pd seseorang, bukan sj menguji org yg terlibat, tapi juga menguji orang di sekitarnya. Bagaimana reaksi kita bila tahu apa yg berlaku, adakalanya membuatkan satu hubungan terputus oleh rasa kecil hati. Kak su dah lihat sendiri situasi begitu. Sayang sekali bila keadaan begitu berlaku. Sebaiknya berhati-hatilah bila berkata… Lidah/pena itu kan ibarat pedang… Err… keyboard pun boleh jd mata pedang gak skrg ni.
suara’s menulis entri terkini..Bila Izrail datang memanggil….
suara(Quote)
Salam,
Iyalah tu Kak Su…nanti sampailah waktunya Insya’Allah. Tak perlu saya berkias lagikan.
Ye, keyboard pun dahsyat juga. Bak kata BalQis, “sekali tekan..Kaboomm!”..hehe.
Farid Rashidi(Quote)