“Jadual ta’yin dah keluar, jom pi tengok tarikhnya.” Sapa Husni Mubarak usai keluar dewan menjawab soalan madah Fiqh Muqaran.
Tertera tarikh 24 Jun 2009 dalam senarai jadual yang tertempek di cermin tingkap kuliah.
“Boleh teman pi Medan Sa’ah sat?” Saya mengajaknya ke Medan Sa’ah. Salah satu nama tempat yang terletak di Bandar Tanta.
“Boleh..”
“Nampaknya kita kena berhimpit dalam baslah tengah-tengahari ni..” Kata saya apabila muncul sebuah bas berwarna biru lembut.
Kami terus melompat naik ke dalam bas yang sesak. Rempuhan demi rempuhan adalah sesuatu yang biasa.
“Yaallah, khus guwwah ya gama’ah!” Konduktur bas menjerit-jerit sambil menyuruh penumpang masuk ke dalam. Walhal sudah ketiadaan tempat.
Menaiki bas di negara darurat Mesir harus tabah. Anda membayar tiket bukan hanya untuk duduk selesa, tetapi membayar tiket untuk menaiki bas. Berdiri, bergantung tepi pintu atau apa jua keadaannya adalah sama harga tiketnya. Uruf setempat di sini begitu.
“Sardin wala ehh..” Rungut seorang penumpang lelaki membuatkan saya tersenyum. Memang benar apa yang dikatakannya. Bas seperi ‘Ikan sardin’.
Bas terus bergerak mengharung hawa panas dalam keripuhan kota. Menurut kaji cuaca, tahap kepanasan sudah mencecah 36-37°C. Suasana sesak dan panas membakar ditambah hiruk pikuk suara yang tak pernah berhenti dari berkata-kata itu sudah kalis dirasa. Mangli telinga mendengar.
Kisah Sebingkai Kaca Mata
Kaki melangkah masuk ke sebuah kedai kaca mata. Kelihatan beberapa orang pelanggan sedang berurusan dengan pekerja di dalamnya. Kedainya tidaklah terlalu besar. Sengaja saya memilih kedai yang agak kecil, pada hemat saya mungkin ianya lebih mudah berurusan kerana sebelum ini saya pernah ditipu hidup-hidup oleh peniaga dari gedung kaca mata yang lebih besar.
Dua hari sebelum itu saya ke kedai tersebut menempah kaca mata baru. Kaca mata lama sudah pecah berderai dan bengkok.
“Khallas?” Soal saya sambil tersenyum.
“Lissa nahar dah..keda wa keda..” Pekerja itu memberikan pelbagai alasan itu dan ini. Senyuman terukir hilang dihembus angin panas yang menyusup masuk ke celahan pintu.
“Leh ya amm?? keda yaumul thalasa’. Ana gai marratain! Leh mush khallas? fi musykilah eh?” Pandangan mata tajam tepat ke wajahnya. Saya mengetap bibir kegeraman. Tangan sudah terketar menahan marah yang semakin membuak-buak di dalam.
Sudah dua kali saya ke kedainya untuk menuntut tempahan kaca mata tempohari. Wang pendahuluan juga sudah dibayar hampir separuh. Mengikut perjanjian yang tertulis, hari Selesa kaca mata itu akan siap dan boleh dituntut. Namun pelbagai alasan pula yang datang menjengah.
Saya merapati ke wajahnya.
“Qala Rasulullah sallallallahhu alaihi wassalam, “Man ghasshana falaisa minna!” Secara spontan hadis Rasululluh SAW terpacul dibibir saya. Dia diam sebentar.
Nabi SAW telah bersabda dalam hadis ini dengan maksud: “Barangsiapa menipu kita, maka dia bukan dikalangan kita.”
“Sollu alan nabi! sollu alan nabii!” Lelaki itu menyuruh saya bersabar. Menyuruh saya menahan marah bila janji dikota tidak berkunjung tiba.
“Lau muslim keda, ala thul fi musykilah!!” Saya menyambung hujjah. Seorang muslim bila ia berjanji harus mengotakan janjinya. Bila janji dimungkiri sampai bila akan bermasalah. Muslimin akan terus bermasalah, umat Islam akan terus lemah.
Saya mengambil resit, lalu keluar dari kedai tanpa berkata sepatah kata. Hati bagai dihempas batu yang menyakitkan. Saya perlu ketenangan untuk menempis amarah yang berlebihan. Amarah yang diselubungi bisikan syaitan durjana. Biarlah marah itu bertempat. Bukan sekadar menegakkan benang yang basah. Saya berdiri betul-betul dihadapan kedainya sambil menarik nafas sedalam mungkin. Istighfar menjadi penawar menghilang redanya panas luar dan dalam. Sahabat saya Husni Mubarak terdiam tanpa berkata apa-apa.
Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “Rasulullah SAW tidak pernah marah dengan sesuatu sebab. Tetapi apabila apa yang diharamkan oleh Allah dilakukan, maka ketika itu sesuatupun tidak boleh menundukkan kemarahannya.”
Imam Ahmad, Tirmizi dan Abu Daud telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: “Apabila salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia diam.” Rasulullah SAW mengulanginya sebanyak tiga kali.
“Farid, jom kita pi minum ayaq dulu..” Ajak beliau bila melihat saya berkeadaan begitu.
“Jom..” Kami melangkah ke seberang menuju ke kedai Asir. Ustaz Husni memesan dua gelas asob sejuk. Saya meneguk air tebu sejuk itu sambil menyatakan ketidakpuasan hati tentang sikap segelintir di kalangan umat Islam. Air tebu sejuk serasa segar mengalir ke kerongkong menghilang dahaga dan panas membahang.

“Sebab itulah umat Islam susah nak maju..tak kiralah Melayukah, arabkah..bila meniaga payah nak maju, berjanji tak pernah tepati!”
Ustaz Husni hanya tersenyum mengiyakan.
“Tengok masyarakat cina, cara layanan depa kat pelanggan, sebab tu cina mudah maju..” Saya terus menyambung kata. Pengalaman lalu ketika berurusan jual beli dengan masyarakat cina di kampung membuktikan kebenarannya. Ketika itu saya hanya memintanya tempoh selama sejam untuk menyiapkan tempahan mencuci gambar. Tepat sejam pemilik kedai itu mampu menyiapkannya!
Masalah ini bukan sahaja dalam ruang lingkup sebingkai kaca mata. Tetapi lebih dari itu buat sebuah umat Islam yang bertamadun. How can we develop an Islamic country if such simple thing as keeping promises can’t be manage well? Is this a good beginning?
Usah berbicara tentang kemajuan jika MENTALITI kita tidak diubah!
Usah berkata-kata tentang kehebatan jika SIKAP kita masih di takuk lama!
Usah mendamba sebuah kekuasaan jika TINDAKAN sekecil perkara tidak mampu terlaksana!
Ayuh muhasabah!
4:17 PM, 4 Jun 2009,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


Assalamualaikum semua,
Nampaknya kali ini saya terpaksa komen dahulu. Atas sebab apa?
saya tersenyum memikirkannya. Begini.
Pertama kali saya menulis kata-kata BI itu berbunyi begini:
1. How can we manage Islamic country if that smaller things cannot handle well..it’is a good beginning?
Lalu muncul komen pertama membetulkan ayat itu berbunyi begini pula:
2. How can we build an Islamic empire if even such a small thing, we fail to handle?
Setelah beberapa saat, muncul komen ketiga berbunyi begini pula:
3. How can we develop an Islamic country if such simple thing as keeping promises can’t be manage well? Is this a good beginning?
Jadi saya tukarkan ke pendapat yang ketiga. Nampaknya di sini telah berlaku khilaf. Saya tersenyum lagi dan lagi. Terima kasih semua atas teguran membina! Jazakallahhu khairan kasira.
P/S: Usah segan menegur jika tujuan baik.
Farid Rashidi(Quote)
Ingatkan tadi kena patuk ular betul2…atau mimpi ke? Itu fasal la orang macam yang dinyatakan susah nak maju. Tapi walau sape pun jika ikut cara orang cina – insyaAllah boleh maju!
sonata anak kancil’s menulis entri terkini..Nasi Lemak ……
sonata anak kancil(Quote)
Hehe. Tajuk itu perlu juga untuk melariskan jualan entri. Cuplik cara cina berniaga katakan
Tajuk itu hanya kiasan saja.
Tapi jangan diikut cara mereka menipu!
Farid Rashidi(Quote)
oh bukan cerita tentang ular..
pergi sahaja ke kedai cina berdekatan..setiap kali pelanggannya selesai berurusan di kaunter, ucapan terima kasih pantas keluar, bukan sekali untuk setiap pelanggan, malah berkali-kali..lengkap dengan senyuman dan layanan yang baik..(berdasarkan kekerapan saya mengunjugi kedai tersebut)..rajin sungguh, seolah-olah tak penat untuk senyum..mula-mula kita masuk..sampai kita keluar..
cerita ni bukan wujud sekarang, dah lama sebati…
itu belum restoran dan kedai makan yang meletakkan bungkusan kuning pada papan tanda kedai mereka..
awal-awal tak ikhlas dalam berniaga, teknik yang bukan Islam ajar..
syahidah’s menulis entri terkini..Jom McD
syahidah(Quote)
Ramai yang terkeliru…itu kiasan bahasa saja.
Tengah sibuk macammana pun, mereka pasti bertanya. “You apa mau?..mau beli apa?” yang tak niat nak beli pun tiba-tiba terbeli.
Satu lagi nak tawar menawar juga mudahkan.
Saya agak kebingungan memahami ayat ini. Apa itu bungkusan kuning?
Farid Rashidi(Quote)
pelaris.
syahidah(Quote)
iya
mmg benar orang Islam akan susah maju jika berkelakuan begitu
jika di malaysia,seperti sudah ada pepatah
“itulah janji melayu”
orang melayu yg sering pelupa,mungkir janji,melambatkn sesuatu perkara,
maaf,bkn niat d hati utk mengaibkn kaum melayu,wlaupun ana sendiri melayu
sekadar menegur,betul kata akhi,tidak kira melayu,arab atau bangsa2 lain,
perlulah menepati janji kerana ianya perkara paling asas untuk maju
salam maju untuk Islam
^_^
abdullah.fahri@gmail.com(Quote)
“Janji Melayu” Sangat sinonim dengan masyarakat melayu. Itulah mentaliti kita.
Semua bangsa di dunia kalau kita kaji, bila masuk saja agama Islam. Semuanya sempurna. Segala sifat negatif hilang tenggelam dengan sikap positif.
Janji. Cubalah untuk kita menepati janji. Tak boleh lakukan, cakap awal-awal. Atau bagitahu tempoh yang sebenar-benarnya.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
artikel yg mudah sy fahami..
smga kita dijauhkn dr sift mgkir jnji yg merupakn tnda2 munafik..amiin..hati manusia, spa thu.. ~
bak kata guru saya, org yg rabun ni berteman baikan cermin mata.. nmpk sggh impak n kesukrnnye..
awrapurnama(Quote)
Salam,
Alhamdulillah kalau mudah dan faham pointnya. Jangan segan untuk bertanya jika tak faham ya.
Oleh itu, jagalah mata elok-elok supaya tak rabun.
Farid Rashidi(Quote)
mgkin kita rasa cina suka tipu, tp cina xkn tipu cina..
hmm..
awrapurnama(Quote)
Assalamualaikum, ustaz.
Nah, ini dua situasi yang berbeza di kawasan yang sama;
Melayu: Datang minggu depan dik, InsyaAllah siap dah. Minggu depannya; Oh, alamak yang mana ya adik tempah? Oh, yang ni yer? Alamak, sorrylah dik hari tu, kena balik kampung, sedara meninggal. Dtg minggu depan yer, kami cuba siapkan. Minggu depannya lagi; Eh, ada lagi separuh belum siap dik. Sorry. Isteri bersalin, so tak dapat nak siapkan cepat. Esok dtg ambil, ya!
Cina/India: You mau bila? Sikalang juga boleh siap. You tunggu a… u pigi jalan-jalan dulu, satu jam nanti u datang balik. Sudah siap punya.
ATAU – No problem adik, sekarang saya buat itu design, u tgk dulu, kalau u suka, saya boleh siapkan hari ni, tapi u dtg ambil esoklah sebab warna belum sampai lagi. Esoknya; sudah siap dan boleh ambil bawa pulang.
Bukan tak sokong orang melayu. kedai pertama pergi kedai melayu dulu. tapi bila hantar kereta sempurna, ambil balik jer, ada spare part hilang lah, ada scratch lah. wah, wah wah… Jadi?
Fikir-fikirlah sendiri.
Maaf ustaz. banyak lagi kesimpulan mahu buat. tetapi waktu tidak mengizinkan. Setakat ini sahaja.
Wassalam.
Balqis’s menulis entri terkini..Yakinlah
Balqis(Quote)
Wa’alaikummusalam,
Saya setuju!
Sangat kena, tepat!
Jadi, kita mengembalikan apa yang hilang. Insya’Allah, akan ada banyak kelapangan masa nanti.
Farid Rashidi(Quote)
salam… memang betul..kadang2 saya pun sengaja pilih melayu untuk berurusan sbb nak bantu dan tolong melayu..tapi masalhnya apa yang diperolehi selalu tak puaskan hati..kadang2 jadi feed up je..
p/s: ramai pembantu ustaz dalam men’translate’ ayat ye..baguslaaaa…
nur_syahadah(Quote)
Salam,
Itulah yang saya sebutkan di atas. Bukan tak suka, tetapi sikap itu perlu tukarkan. Sebab itulah orang kafir mudah menguasai ekonomi. Negatifnya bila si kafir menguasai, makanan ada unsur-unsur haram. Ada kod babi dan macam-macam lagi.
P/S: Alhamdulillah. Moga Allah SWT berkati atas usaha baik. Syukran semua!
Farid Rashidi(Quote)
orang islam kena ubah la cara… kalau macam tu sampai bile pun takkn maju..makin jatuh adela
nur_syahadah(Quote)
Nak berubah, kita perlu fahami Mentaliti, Sikap dan Tindakan. Semoga tak tersasar jalan lagi.
Farid Rashidi(Quote)
salam,
“Usah berbicara tentang kemajuan jika MENTALITI kita tidak diubah!
Usah berkata-kata tentang kehebatan jika SIKAP kita masih di takuk lama!
Usah mendamba sebuah kekuasaan jika TINDAKAN sekecil perkara tidak mampu terlaksana!”
mmm.. ‘terbakar’ jiwa raga mendengar kata-kata yang tak berbunyi ni..
heheh.. walau apa pun, nak tanya:
apa maksudnya ayat di bawah,
)
1.khus guwwah ya gama’ah!”
2.“Lissa nahar dah..keda wa keda
3.Leh ya amm?? keda yaumul thalasa’. Ana gai marratain! Leh mush khallas? fi musykilah eh?”
(kalau ada yang tertanya balik, maaf ye, dah tua dah..heheh
berkenaan dengan tempahan,orang melayu atau org islam ni bukannya tak leh siapkan pada masanya, tetapi, kebanyakkannya tak tau budget masa dan rancang masa. ada juga yang tak fokus masa melakukan kerjanya. entahlah, mengapa terjadi begini.
orang cina biasanya dah dilatih sejak kecil agar ada disiplin dalam melakukan apa sahaja kerja. apa2 pekerjaan mesti mereka yang akan datang awal. biasanyalah.Ada juga yg tidak termasuk dalam golongn mereka.
Tajuk memang tidak boleh dipercyai,hehe..,sebab itulah saya tidak suka baca tajuk.. tetapi kalau study tak baca tajuk,ibarat berjalan tanpa peta,susah nak dapat apa yg dipeljari..
.. walau apapun, kita kena baca tajuk juga, kena tipu pun,xpe la, asal kita faham isi kandungan.. 
kalau orang tua2 tafsir mimpi , mimpi seseorang kena patuk ular ialah akan dapat jodoh, tapi kalau dah kena dua kali, dapat 2 jodoh la kot.. heheh.. gurau je..antara kepercayaan terpesong orang dulu2 dn juga sekarg…
Tronx013(Quote)
Sebagai suatu cabaran buat kita..buat muslim seluruhnya. Tak begitu akhi?
1.Masuk dalam bas semua!
2.Bukan hari ini..’ini dan ini’ merujuk kepada alasan.
3.Kenapa? ini hari selasa, saya dah datang dua kali. Kenapa tak siap lagi? ada masalah apa?
Mungkin kita perlu dilatih untuk fokus dan berdikari
Membaca tajuk walaupun bunyinya lain tetapi ianya berkaitan dengan isi cerita. Cuma ia perlukan sedikit masa untuk memahami dan berfikir. Terkadang saya suka menulis supaya maksud itu boleh kita berfikir. Bukan tentang jodoh atau pinangan, tetapi muslim tidak harus dipatuk ular dua kali dalam lubang yang sama bukan?
Farid Rashidi(Quote)
salam.
inshaAllah, kemahiran berfikir untuk pemikir .
Arigatogozaimas…
May Allah bless us.
Tronx013(Quote)
Afwan, pemikir yang kritis akan berfikir secara mustanir.
Farid Rashidi(Quote)
salam,
itulah perlu pucuk kepimpinan dikuasai dahulu
Aykay’s menulis entri terkini..B2B Nota : Hal – Hal Solat
Aykay(Quote)
Salam,
Pucuk juga bermula daripada sebiji benih, baru menghasilkan pucuk yang baik.
Farid Rashidi(Quote)
salam buat kamu yang perlukan cermin mata ^^
mudah2an segala pengalaman bekerja dengan orang sekeliling ( arab,cina,melayu atau india) menjadi pengajaran buat kita…tidak perlulah kita asyik terus menerus memuji,sedangkan diri tidak mengambil contoh pada kebaikan itu…dan elakkanlah diri dari terus merungut2,kerana boleh jadi,kita juga akan diuji atas kata2 janji yang kita lafazkan ^^
apa2 pun,buat kamu ibnu rashidi,bersabarlah ya…sabar itu kan indah ^^
~~ memang susah bila mata yang sepatutnya ada 4 terpaksa menjadi 2…Damai sudah banyak kali mengalaminya…tak nak cuba pakai kanta lekap ke ibnu rashidi? ^^ ~~
damai’s menulis entri terkini..3 dalam 1
damai(Quote)
Salam,
Benar sekali apa dikata. Itu tujuannya, mengambil istifadhah dari apa yang berlaku. Setiap perkara ada hikmahnya. Apa yang penting akal bijak berfikir. Berdoalah supaya kebaikan terus mengelilingi selalu.
Keindahan sabar itu terletak pada hiasan luar dan dalamannya
Oh, dengar khabarnya kanta lekap itu lebih berbahaya. Saya juga pernah diberitahu seorang Doktor Mata lelaki dahulu, katanya kurang elok menurut perubatan mata. Hanya untuk komersial sahaja. Wallahua’lam. Tentu kalian Doktor2 tahu hujahnya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam, nak exam gini pun sempat dtg komen. Sakit pale bc buku, rehat jap.
Setuju benor dgn kak maya. Setiap kejadian ada ibrah dan teladan. Kesimpulan yg x sempt sy nak buat. haha…
Kak Maya, saya menyokong dr belakang – (eh takde kena mengena)
Doakan saya exam, ye kak. (lagi xde kena mengena dgn entri ni)
p/s: Ustaz, maaf. Bahasa Melayu saya agak kurang elok kali ini.
Sesungguhnya, alwaajibatu aktharu minal auqati…
(wah, memandai jer guna alasan ini sedapkan hati)
Balqis’s menulis entri terkini..Yakinlah
Balqis(Quote)
salam singgah untuk kali ketiga ^^
balqis sayang…terima kasih atas sokongan ^^
ya,doa akak sentiasa untuk kamu dan adik2 akak yang lain…
jangan tension2 sangat…insyaAllah pemeriksa2 peperiksaan untuk tahun 5 semuanya baik2 belaka…kamu pasti berjaya dengan cemerlang …ameen…
semoga setiap langkah kamu dan setiap titis usaha kamu diberkati-Nya…
sayang kamu ^^
~~ terima kasih ya ibnu rashidi…tumpang berkasih sayang dengan adik saya di sini ~~ ^^
damai(Quote)
Assalamualaikum, sahabat….
Berkias tajuk pada kali ini…
Mudah2an sabar la yer dengan kerenah pak arab kat sana..begitu la ragam manusia.
Untuk kali ketiga di patuk ular..habaq kat ana ye.hehee
Disebabkan 2 minggu ni ana sibuk…ana tinggalkn pantun.
Pergi memburu di pulau banding..
nampak pula ular dan kucing..(hehe)
jangan sampai amarah meruncing..
harap tercapai impian di gading..
Jaga diri bebaik…wassalam.
bawang putih(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Berfikir sejenak itukan lebih baik bagi seorang muslim.
Insya’Allah, akan terus berhati-hati. Moga Allah SWT mempermudahkan urusan dan menjaga kami di sini.
Silakan untuk melakukan pekerjaannya.
Masak gulai ikan bawal,
Semoga segalanya terkawal.
Farid Rashidi(Quote)
oh,lupa pulak nak komen tentang tajuk tu…
hmm kalau untuk perempuan,sensitif bab2 dipatuk ular ni…ada yang masuk meminang maksudnya ^^
damai’s menulis entri terkini..3 dalam 1
damai(Quote)
Saya sudah menjangkakan akan hal itu. Bukankah muslim tak sepatutnya dipatuk dua kali?
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum,
Itu hadis ke? “Seorang muslim tak sepatutnya dipatuk ular dua kali di lubang yg sama”. Sangat berkias & sangat mendalam nasihatnya.
Kalau quote ayat Al-Quran atau hadis Nabi sebagai amaran kpd org Arab,mereka mudah rasa gentar, tapi yang ni tak jalan juga, mengambil mudah. Sikap mengambil mudah & mencipta alasan ni memang sangat menyakitkan hati..
Begitu banyak slogan..Melayu Baru, Melayu Glokal, Towering Malays..kaya dengan slogan..
nohas’s menulis entri terkini..Kisah Lembu Betina
nohas(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Kalau tak silap saya, iya. Tapi saya akan cuba selidik kembali. Ingat-ingat lupa di mana letak duduknya.
Sebenarnya untuk kali ketiga saya ke kedainya. Alhamdulillah dah dapat cermin mata. Tapi dia juga ada beritahu yang agak terasa dengan kata-kata itu. Namun kami sudah saling maaf-memaafi. Sebagai pengajaran bersama tidak ada salah.
Slogan tanpa isi tak ada faedahnya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz,
Alhamdulillah sudah dikirim emel mengikut apa yg disrankan ustaz 2 hari lalu. Mohon maaf atas kelewatan memberitahu kerana kesihatan terganggu sedikit. Ustaz sudah terima kah?
Mengenai artikel terbaru sudah 2 kali dibaca dan anum sgt bersetuju. Untuk mengupas tidak layak pula rasanya. Cukuplah dgn pendapat yg anum tonton dalam rancangan ad-din ceramah oleh seorg pensyarah UKM ttg isu mentaliti umat Islam.
Ia perlu kepada PERUBAHAN YG DINAMIK. Ada ACTION. (maaf terspeaking pula). Generasi skrg masih tidur walau berpotensi besar melakukan perubahan. Ini kerana generasi lalu masih ingin menguasai atau berada dlm stigma lapuk.Lalu wujud percanggahan,tiada titik persamaan. Kdg2 mentaliti sudah berubah cuma actionnya tidak menyeluruh.
Mohon undur diri dari medan perdebatan. Kesihatan masih kurang.
sekian,
anum
anum’s menulis entri terkini..he ended it with simply; He Died.
anum(Quote)
Salam,
Shafakillah ya ukhti. Saya sudah terima. Insya’Allah akan saya usahakan apa yang termampu. Namun saya perlukan maklumat lanjut tentangnya.
Tak apa, mungkin kamu boleh cuba berfikir maksud saya.
Teringat saya akan kata-kata seorang pemimpin kafir: “Umat Islam umpama giant yang sedang tidur.”
Moga Allah menyembuhkan kamu.
Farid Rashidi(Quote)
Dugaan tu ustaz. Janganlah amarah bertukar menjadi benci. Nafsu dan syaitan ada peranan. InsyaAllah ada hikmah pada setiap kejadian. Jazakallah.
Nota: Saya doakan agar segala pengalaman yang di lalui ini dapat diterjemah dlm bentuk buku suatu masa nanti. Ustaz punyai bakat yang baik untuk berkarya. Sebuah true story yang punyai pengajaran, humor, pahit, manis, dsb ala-ala “Rindu Bau Pohon Tin” karya Ustaz Hasnizal(saifulislam.com).
sot’s menulis entri terkini..Tazkirah Pagi Rabu
sot(Quote)
Insya’Allah dalam kawalan rapi. Ya, saya anggap dugaan. Moga Allah SWT ampunkan dosa saya.
Oh, travelog ya? Insya’Allah. Saya akan kumpulkan segala pengembaraan saya di Bumi Mesir sebagai kenangan terindah.
Farid Rashidi(Quote)
mula2 baca tajuknya, ingatkan ust ‘bakal walimah’…hehe…rupa2nya ular manusia.. apo nk dikata…bersabar jela ust…lumrah..manusia ni, bila dah terbiasa dengan perangai macam tu, susah la nak buang…didoakan mg perkara tersebut xberulang lg buat kesekian kalinya…
negara islam xmampu tertegak tanpa insan muslim yang benar2 menghayati isi2 ajaran islam yang sebenar…tanpa keluarga islam yang sebenar..tanpa masyarakat islam yang sejati…
atulasca’s menulis entri terkini..Penyesalan [ bahagian 1 ]
atulasca(Quote)
ehem, ehem. Kurang jelas bunyinya
Moga itu termakbul. Aminn.
Pokok pangkalnya, tanya diri masing-masing. Muslim yang berkualiti akan membentuk komuniti yang cemerlang Insya’Allah.
Farid Rashidi(Quote)
Pingback: Entri Sudah Dua Kali Dipatuk Ular: Kamu Perlu Bersyukur!
tajuk n3 mmg memancing…. ingatkan pasal mimpi patuk ular ke…. farid le yg mematuknye, baru le boleh kata ade org nk masuk minang….
n3 ni ade kaitan ngan n3 ketam-ketam kak.. kesungguhan org cina dalam berniaga, dlm belajar mmg boleh dijadikan contoh… kita melayu perlu ikut saranan farid, mesti ubah mentaliti dan sebagainya tu. ‘janji melayu’ mesti kena tukar jadi janji cara islam…
azmamusa(Quote)
Oh yakah? jika kelapangan Insya’Allah saya ke sana membaca kisah ketam-ketam itu. Kalau disertakan urlnya dari sini tentu lebih mudah.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum ust. farid,
Saya kagum dengan semua hasil penulisan ust walaupun saya tidak membaca kesemuanya. Teruskan ya, indahnya islam kalau mampu berkongsi walaupun dengan hanya perkataan-perkataan bisu.
Semoga berjaya dalam apa jua urusan hidup.
Senjahati(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Saya merasa sedikit pelik, macammana cikgu boleh kagum sedangkan tidak membacanya? atau di sana ada ukuran lain barangkali?
Amiiin.
Farid Rashidi(Quote)
salam….bakal tunang saya mimpi kene patuk ular dua kali….dalam pukul 4 pagi..spesis ular yang same (ular tedung selar n ular tedung itam) ape maksunyer ?
eima(Quote)