Header image

Seraut Kasih Ibu

Posted by Farid Rashidi in Diari Penulis

“Bangunn subuh..ceghah dah!!” Mak mengejutkan saya dan adik-adik lain.

Bau aroma lazat nasi goreng kampung semerbak menusuk hidung. Itulah rutin harian mak, bangun seawal pagi sebelum subuh dan menyiapkan juadah sarapan. Seandainya nasi goreng kampung tidak menjadi hidangan, tentu saja cekodok pisang atau cekodok bawang tersedia.

Usai solat subuh berjemaah diimamkan oleh ayah, saya dicuit ajakan mak.

Sat lagi boleh tolong mak kutip sekerap dak?” Mak mengajak saya ke kebun getahnya. Biasanya selang 3 atau 4 hari gumpalan getah sekerap berketul-ketul akan dikutip untuk dijual. Kebun getah yang terletak lebih kurang 2 km dari rumah kami itu bukanlah milik kedua orang tua saya. Hitungan hanya  berdasarkan kaedah pawah.

Saya mengangguk setuju walau terkadang hati terarah lesu kemalasan. Culas.

Adik-adik siap bergaya memakai uniform sekolah. Biasanya mereka akan dihantar oleh ayah saya ke sekolah. Terkadang juga sistem giliran dipraktikkan.
Saya memanaskan enjin motosikal EX5 jenis buatan Jepun. Motosikal yang dihadiahkan ayah dan mak ketika saya belajar di IPT dahulu. Bukan kerana manja tetapi kerana satu keperluan ketika itu. Diari hidup saya terasa janggal jikalau perkataan ‘manja’ tertulis bersama.

family

Kelihatan ibu ralit mengasah pisau menoreh getah. Segala kelengkapan pakaian telah disiapkan dalam bungkusan beg sandang merah berbunga. Beg itu memang telah sedia tersangkut di lebihan kayu sandang pondok usang yang dijadikan tempat pemprosesan produk kerepek pisang.

“Boleh kot kita gerak, matahari naik cerah dah..bimbang hujan pula nanti” Mak mengambil tempat membonceng di belakang. Saya hanya mengenakan baju lengan panjang, seluar lusuh yang dikutip dalam guni lama. Kaki bersarung sepasang kasut getah yang dipinjam dari atok.

“Haa, lumur kasut dengan tembakau atau spry dengan bygon..baru pacat tak naik.” Pesan nenek pula ketika bersiap-siap memakai pakaian ala-ala seorang penoreh getah professional. Lebih camca daripada bubur lagaknya. Mujur tak disedut rokok daun sambil menyandar di tiang rumah. Kalau tidak tentu saja sudah complete saya menjadi warga kampung tegar.

“Pacat?..err..geli geleman juga rasa” Saya berbisik sendiri. Merayap-rayap dalam kasut lalu menyedut darah muda. Tidak panaskah kamu menyedutnya wahai pacat? Itu belum bicarakan tentang gerembolan nyamuk bukit yang seringkali hinggap dikepala. Bayangkan tangan sudah bersalut getah melekit, peluh mula memercik di dahi, bagaimana mahu menampar muka jika nyamuk gatal mengigit?

“Sebab tu kena bawa ubat nyamuk..pakai kat pinggang barulah nyamuk lari..” Terang mak ketika sampai di puncak bukit yang menjadi lokasi mencari rezeki.

Saya termengah-mengah mendaki. Mak tenang tanpa mengeluh. Ketika itulah saya  baru mengerti erti pengorbanan.

“Tak penatkah mak..tiap-tiap hari panjat bukit menoreh getah, berhadapan pula dengan bahaya ular sawa atau tedung selar, babi hutan tunggal yang ngeri wajahnya, pacat-pacat dicelahan dedaunan kering dan ranting patah menanti mangsa, nyamuk gergasi menggigit dahi..” Persoalan itu terus bermain dalam benak. Dalam diam hati sebak mengenang budi.

Pokok-pokok getah muda berbaris lurus dilereng bukit yang ditarah. Saya capai guni lalu mendaki bahagian lereng-lereng itu. Tercungap-cungap keletaian.

“Fariiid, kutip mula dari atas..lepas tu terus ikut lereng. Dah penuh ikat guni dan golekkan turun ke bawah ya..mak kutip kat lereng bawah..”

“Ok mak..” Saya menjerit dari atas bukit.

Unggas tua rancak menjerit-jerit bagai terkena histeria. Beburung kecil berkicauan mesra sambil terkumat-kamit mengalun zikir. Deruan angin sepoi bahasa menghayunkan pucuk dedahanan getah. Seakan-akan menari, meliuk ke kanan dan kiri. Ripuh suara kenderaan lalu-lalang kedengaran jelas di atas puncak bukit. Sungguh tenang dan mendamaikan.

Saya asyik berlari-lari anak dari satu perdu ke perdu yang lain. Tangan berlumuran susuh putih. Melekit dan berbau busuk.

Perrkkk!!” Penampar sulung saya hinggap di dahi. Gatal tak terkira.

“Hah..amik kau nyamuk..ketik sangat!” Membebel sendiri sambil mata merenung tajam nyamuk yang terpenyet.

“Nampaknya boleh tiga guni hari ni..” Mak mengikat kemas guni seberat 40Kg-60Kg. Saya melabuhkan punggung di tongkol kayu mati sambil memerhati.

“Agak-agak boleh banyak mana ya mak?..” Saya asyik mengaru-garu kegatalan. Merah berbintik.

“Ahhh..pacat juga sudah mencuri darahku!” Kelihatan anak pacat mengigit betis. Entah macammana pacat itu menyelinap masuk ke dalam seluar lusuh yang berselimut kemas.

Mak hanya menguntum senyum melihat anak lelaki keduanya seakan resah dan gelisah menunggu.

“Adalah dalam 2,3 ratus jugak ni..tupun kena bagi dua dengan tuan tanah kebun ni..dapatlah dalam seratus..” Mak tetap saja tersenyum walau kepenatan tergambar diraut wajah menampakkan isyarat.

“Tu tak kira lagi kes kena curi getah sekerap..baru-baru ni kat kebun sebelah hilang getah kena curi. Sudahlah nak motong getah pun payah, kalau hujan tak boleh motong dah. Harga getah pula rendah. Senang-senang ja kena curi..”

“Ishh, teruk betullah.” Geram merayap di jiwa paling dalam. Sampai hati betul pencuri getah! Mahu menoreh getah juga sudah punya ujian menggunung tinggi, senang-lenang pula merampas hasil titik peluh golongan tak berada.

“Nak buat camna, letih penat motong macammana pun kenalah usaha kerja juga. Nak sara mengaji anak-anak mak, nak bantu ayahmu tambah pendapatan…” Saya mencenung garisan kedut wajah mak. Seraut wajah terkadang kelihatan pucat menahan perit kehidupan. Tersimpan 101 rahsia.

Pengakuan ikhlas mak membuatkan saya terkedu. Jiwa tersentak hiba menahan tangis. Walaupun pada hakikatnya saya terlalu sukar untuk menitiskan airmata. Diam sejeda. Gamam yang amat.

Saya mengimbau kembali memori yang terlakar tiga tahun yang lalu.

Erti Kasih Seorang Ibu

Pengorbanan, tanggungjawab, kasih sayang, derita berpadu kukuh dalam sanubari seorang insan bernama ibu. Besar sekali pengorbanan. Biar apa jua gelarannya ia tetap ibu saya, ibu-ibu kalian.

Seseorang telah bertanya kepada Said bin Musayyab r.a, ia berkata: “Aku telah memahami semua ayat tentang berbakti kepada kedua orang tua kecuali firman Allah SWT maksudnya:

“Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia..” (Al-Isra’: 23)

Bagaimana perkataan mulia?” Said menjawab: “Maksudnya, berbicaralah dengan keduanya sebagai mana hamba berbicara dengan tuannya.”

Ibnu Sirin r.a berbicara bersama ibunya dengan suara yang perlahan, seakan-akan suara orang yang sakit kerana hormat padanya.

Atas dasar memahami pengertian kasih seorang ibu, bagi saya tidak releven untuk menyambut hari ibu setahun sekali. Setiap hari itu adalah hari ibu saya tanda pengorbanannya melahirkan, membesar, mendidik, menyara hidup. Begitu juga kalian.

Kasih sayang bimasakti ibu tak akan terbalas walau anak-anak berjaya menggenggam bintang di langit tertinggi!

11:31 PM, 13 Mei 2009,
Siberbay, Tanta.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

65 Responses

  • Assalamualaikum syeikh…

    Artikel kali ini nampaknye rindu benar pada kampung halaman(sabar-sabar…walaupun dalam hati bergelodak nak balik cepat).

    Seronoknye pabila beramah mesra dengan nyamuk dan pacat sebab jarang-jarang orang dapat merasainye:)hehee..

    Syurga itu di bawah tapak kakimu
    Secangkir kasih umpama terangnya bimasakti
    Seraut kasih ibu tanda ingatanku
    Semailah kasih setiap pengorbanannya yang terpatri

    Salam takzim :)

    srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Koleksi Bunga….

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikummussalam,

      Sebenarnya begini, rindu pada kampung halaman itu memanglah. Tetapi entri di atas bertujuan untuk mengingatkan kita akan pengorbanan seorang ibu. Ya, seorang ibu. Bila kita ingat jasa ibu bapa, maka secara automatik kita akan bersemangat untuk belajar atau melakukan sesuatu.

      Di samping itu, memberitahu kepada umum bahawa jangan jadikan sehari saja masa untuk menyatakan kasih sayang kepada ibu, sedang hari-hari lain juga tidak terlepas. Kewajipan seorang anak. :)

      Ya, boleh tahan juga peramahnya nyamuk dan pacat.


      Kasih ibu usah dilupa,
      Mata bersengkang siang dan malam,
      Kasih ibu membawa ke syurga,
      Andai syariat penunjuk jalan.

        (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam…

    penuh kesyaduan penaku menitip disini..rindunyaa pd keluarga di kampung..
    moga kita sabar dan tabah dalam kejauhan ini :-( ..

    P/s: tiada yang lebih membahagiakan kecuali sekuntum doa ibu penyeri hidup…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      salam,

      Nampaknya seperti sudah terbalik ya.. :)

      Sepatutnya saya yang perlu sentimental, tetapi tempiasnya pula terkena pembaca. hehe. Tak apa cikgu, duduk kat Malaysia boleh jenguk keluarga selalu, tak macam saya kat sini. Mahu balik juga perlu fikir masak-masak. Hatta bercuti sekali pun. Sebab itulah saya tak pernah balik bercuti. :)

      Ya, sangat berharga. Kerana itu ada kes terkena sumpahan ibu sendiri. Pernah dengar anak menjadi ikan pari?

        (Quote)

      • nur_syahadah says:

        anak ikan menjadi pari? a’aa..saya penah dengar dan penah tgk gambar kat internet,kwn bagi tgk…tapi wallahualam btul ke tak…
        kalau betul cerita tersebut,begitu hebat kasih sayang seorang ibu dan Allah tunjukkan terus balasaan akibat derhaka..

        sayangilahh ibuuu kitaa selagi nyawanya masih dibadan..

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          ehh, bukan anak ikan menjadi pari. Tapi anak orang menjadi ikan pari yang betul.. hehe.

          Kalau betul, ini menunjukkan bahawa menderhaka kepada ibu bapa adalah perbuatan dosa yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Bukan sahaja di akhirat, malahan di dunia juga Allah SWT dah tunjukkan.

          Ada lagi, manusia jadi musang. Katanya juga kerana derhaka kepada ibu. Aduhh, menakutkan!

            (Quote)

          • nur_syahadah says:

            hehe…maaf..kesilapan teknikal..bukan anak ikan..mau ditulis anak orang menjadi ikan pari tersasul tulis anak ikan..nasib baik tak tulis anak ikan jadi orang ekk…

            ermm..memangpun..menakutkan..jagala ibu kita yang satu tu..tak da dua tiga dalam dunia..org yang tlh kehilangan ibu sangat mendambakan kasih ibu yang tiada..kita yang ada sayangilah dia selamanya..jasanya tak terbalas..

              (Quote)

            • Farid Rashidi says:

              Ya, atau tersasul menjadi anak ikan menjadi anak orang.. :)

              Kesilapan dimaafkan.

              Ada juga yang mempunyai ibu dua, tiga dan empat.. tak percaya? :D

                (Quote)

  • arsaili says:

    salam…saya terperasan ‘complete’ perlu di italic sebab bahasa inggeris kan…ehehe. Satu entry yg menarik…mari kita teruskan perjuangan di rantau dgn harapan bila balik nanti, bole kita membalas jasa ibu bapa. Yea..hari ibu sepatutnya setiap hari..berusaha untuk mengembirakan ibu setiap waktu di akhir usia mereka…selamat hari ibu

    arsaili’s menulis entri terkini..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Ohh, terima kasih ya Encik Arsaili di atas pembetulan. Insya’Allah akan diperbaiki.
      Faktor-faktor yang disebutkan antara tujuan saya menulis entri ini. Bukan sekadar sebuah cerita di waktu pagi, tetapi lebih bersifat umum kepada pembaca.

      Hargailah ibu bapa kita.

        (Quote)

  • azmamusa says:

    begitu detail mengisahkan ttg sepagi sebagai penoreh… dpt kak bayangkan dan ‘hidu bau harum duit tu.(husband kak kata bau getah tu wangi…bau duit!)’ dpt juga dibayangkan suasana hiruk pikuk di kebun getah…kicauan burung, suara lotong sahut menyahut… nyamuk berlegar di kepala… ranting-ranting patah… bimbang kut pak ular menjelma, risau juga tok harimau muncul tiba-tiba.. dpt dikongsikan keperitan dan kesukaran hidup menyara keluarga, sehingga semuanya mampu berjaya hari ini..
    kak x pernah menoreh, tp arwah tok opah, parents kepada arwah yb roslan shaharom tu hidup dgn menoreh getah.. pernah sekali mengikut bapa saudara bermain melalui kebun getah.. selalu juga tgk tok opah membuat getah skrap ngan getah buku.. masa tu tau sronok jer… tolong pijak2 buat getah keping sebelum disidai/jemur bg kering…buat praktikal ape yg belajo dlm geografi…

    azmamusa’s menulis entri terkini..kena tag…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Pada mulanya mahu cerita ringkas-ringkas saja. Tapi tiba-tiba mode cerpen datang. Itulah jadi entri semacam cerpen :)

      azmamusa: ‘hidu bau harum duit tu.

      Hah, macam kenal kata-kata begitu. Orang kampung saya selalu juga kata. :D
      Mujur kampung saya tak ada harimau.

      Kalau di kampung saya biasanya hanya getah skrap yang dibuat. Mungkin sebab lebih mudah kot. Tak perlu pijak-pijak. Lagipun kilang getah juga tak jauh dari kampung. YB Roslan Shaharom tu siapa ya?

        (Quote)

  • nahmy says:

    salam..
    mmg besar pengorbanan ibu kpd anaknya. hampir putus nyawa semasa melahirkan…dan bersabung nyawa membesarkan anaknya. jgn ditinggal walau seketika doa utk kesejahteraan ibu & ayah…(sekadar pesanan utk diri sendiri). doa utk mereka pastinya tidak boleh kita kata kita tak termampu…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Benar Encik Nahmy. Hanya ibu-ibu yang tahu apa yang mereka rasakan. Sebagai seorang lelaki, kita patut menghargai kerana ibu telah melahirkan jutaan lelaki hebat di dunia (Kecuali Nabi Adam a.s).

      Berdoalah pada setiap akhir solat kita.

        (Quote)

  • Farid,

    Gejolak jiwa bermusafir dan mengembara di negeri orang, benar-benar dapat difahami dalam entry kali ini.

    Yalah, siapa yang tak teringat kenangan lalu bersama mak dan ayah? Saya pernah menjual buah nangka yang dicucuk lidi sate, semata-mata nak bantu mak tambahkan pendapatan.

    Ironinya, itulah yang menjadikan saya bersemangat mengubah nasib keluarga.

    Kalau balik bercuti, gunakanlah sebaik-baiknya untuk bersama mereka yang banyak berjasa.

    Jaga diri.

    brahimnyior’s menulis entri terkini..Spaghetti dan Pizza

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Itu menjadi tujuan nombor dua, yang pertama telah saya sebutkan dalam komentar balas di atas. Entri ini bertujuan menaikkan semangat saya menempuh imtihan dan seterusnya mengingatkan kita akan peri penting ibu bapa serta jasa mereka.

      Buah nangka dicucuk lidi sate? ohh, belum pernah ketemu lagi. :)
      Orang pernah menempuh kesusahan, dia lebih menghargai erti kehidupan. Biasanya kesusahan menyebabkan manusia lebih bermuhasabah.

      itulah yang menjadikan saya bersemangat mengubah nasib keluarga

      Benar. Terima kasih cikgu.

        (Quote)

  • assalamualaikum…

    Redha dan doa bonda dan ayahanda adalah segalanya buat insan yang bernama anak..
    Maka dalam setiap detik masa dan waktu, doakan mereka moga2 sentiasa diberkati Allah.. pengorbanan mereka tiada tolok bandingnya..

    Semoga akhie berjaya di rantauan dengan berkat doa drpd bonda dan ayahanda..insyaAllah

    nurhuda_cahayapetunjuk’s menulis entri terkini..Ibu Ratu Hatiku..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      wa’alaikumussalam,

      Ramai yang tahu redha ibu dan bapa membuka jalan ke syurga. Namun masih terdapat ramai manusia mengeji, mencaci, memarahi, menendang ibu bapa sendiri. Apakah sudah dirasuki syaitan?

      Ameen.

        (Quote)

  • K Kin says:

    Terasa asyik dan syahdu mengikuti pengalaman di kebun getah di pagi hari. Dulu, masa kecik2 ayah k kin penah juga menoreh getah, tapi, tak dapat ingat sgt camane suasananya. Mengenang dan mengalami sedetik kesusahan mak ayah membanting tulang utk membesarkan anak2 , pasti terasa benar pengorbanan mereka. Setuju ‘hari ibu’ adalah setiap hari. Sbb tu k kin tidaklah begitu ghairah utk memikirkan hadiah apa utk ibu di hari yg dikatakan ‘hari ibu’ ini. Elok sahaja kita hadiahkan apa2 sahaja utk ibu bila2 masa dlm sethn! Bukanlah hadiah sgt yg dinanti oleh seorg ibu, perhatian dan kasih sayang yg ditunjukkan oleh seorg anak sudah memadai.Dan, rasanya ingatan yg tulus ikhlas, terutama di dalam setiap doa kita setiap hari adalah lebih utama. Tapi, ye…mungkin juga kita perlukan ‘satu ketika’ buat kita mengutip dan mengenang kembali jasa2 ibu kepada kita. Bukan bermakna hanya di ‘satu ketika’ itu ibu bertakhta di hati, tapi sebagai kemuncak kita menyatakan penghargaan terhadap mereka.

    #

    bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbnnbbbbbb bvbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb bbbbbbbbbbbb bbbbb nbbb bv b bbbbb bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb vvvbbbb bbbbbbbbbbbb bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb

    K Kin’s menulis entri terkini..Award dari Bradford

      (Quote)

    • K Kin says:

      Opppsss…. ada extra pulak kat bawah tuh…tadi berebut ngan nabhan nak taip… terlepas pandang, lupa plak nak delete yg hujung2 tuh….sori… :) .

      K Kin’s menulis entri terkini..Award dari Bradford

        (Quote)

      • Farid Rashidi says:

        hehe, macam-macam fe’el budak zaman sekarang ya. Dah pandai memicit punat komputer pun.. :) oh, Nabhan ya namanya? Hamdan tak nak join sekali komen? :D

          (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      K Kin: Bukanlah hadiah sgt yg dinanti oleh seorg ibu, perhatian dan kasih sayang yg ditunjukkan oleh seorg anak sudah memadai.Dan, rasanya ingatan yg tulus ikhlas, terutama di dalam setiap doa kita setiap hari adalah lebih utama.

      Benar k.kin, ibu tidak sama sekali mengharapkan hadiah ataupun harta anaknya. Hanya kasih sayang dan penghargaan dari seorang anak itu lebih utama. Mereka-mereka yang menjadi ibu sahaja yang mengerti. :)

        (Quote)

  • nohas says:

    Salam…

    Sedih membaca entry ini, yelah cuma mereka yg pernah melaluinya yg dapat merasainya..ibubapa saya pun begitu juga,bermacam-macam kerja dilakukan utk menampung keluarga. Anak2 dikerah menolong walaupun kadang2 membantah juga sebab nak main lebih…dan malu juga..nak jalan kaki ke kedai, ambik dulang kuih/nangka cucuk ngan lidi kelapa, nak ambik kambing yg terlepas kat rmh org..hehehe

    Pengalaman adalah guru yg terbaik..- Selamat Hari Ibu -

    nohas’s menulis entri terkini..Duduk

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      nohas: Sedih membaca entry ini,

      Mereka yang mengalami tentulah lebih merasa sedih.

      nohas: kuih/nangka cucuk ngan lidi kelapa, nak ambik kambing yg terlepas kat rmh org

      Komennya sama seperti Cikgu Brahimnyior. Kuih dan nangka cucuk lidi? kuih atau buah nangka? Kambing kami dah tak bela. Masa saya kecil-kecil dulu adalah juga ayah bela kambing. Ayam kampung banyak. Siap cina datang beli lagi. Kenapa cina datang beli ayam kampung?

        (Quote)

      • nohas says:

        Buah nangka yg besar dibelah dua, yang kecil tidak dibelah, dicucuk ngan lidi. Kmdian jual 20sen satu, zaman dulu thn 70′an. Cina beli ayam kpg? Mungkin dia nak buat pati ayam kot atau dia pemborong ayam. Cina pun suka makan ayam kpg..yelah ayam yg tidak tercemar, organik lagi..

        nohas’s menulis entri terkini..Duduk

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Oh macam tu rupanya. Biasanya kami makan free buah nangka, maklumlah masing-masing baik hati nak bersedekah :)

          Memang, cina tahu akan khasiat ayam kampung walaupun terkadang ayam kampung makan benda yang pelik-pelik. Tetapi kalau perasan, setiap pagi ayam kampung akan makan seperti rumput waktu pagi. Mungkin ada ‘herba’ rahsia di sebaliknya. Wallahu a’lam.

            (Quote)

  • damai says:

    salam buat yang kena gigit pacat ^^

    hampir2 menitis airmata ini…tulisan pengalaman kamu begitu menusuk kalbu sehingga Damai merasakan seolah2 Damai yang terkena gigit nyamuk itu ^^

    sungguh tidak berperikemanusiaan orang yang mencuri getah itu huhuhu

    semoga terus tabah ya wahai kamu si anak nombor dua ^^

    ~~ aduhai,soal ibu2 ini memang sensitif bagi Damai….mudah sahaja airmata mengalir…aduhai,aduhai,aduhai ~~

    damai’s menulis entri terkini..last day…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      salam,

      kamu yang membaca pun terasa begitu, inikan lagi yang menulis. (tetapi tidaklah menitiskan airmata, entahlah terlalu keras hati ini mungkin)..err, begitu menusuk sehingga terasa seperti digigit nyamuk ya? :D

      Memang tak berhati perut, limpa, jantung dan paru-paru betul. Biarkan harta haram menjadi darah dagingnya. Supaya menjadi bukti dihadapan Allah kelak.

      Tak apa, bukankah sudah di tahun akhir dan mahu berjumpa ibu?

        (Quote)

  • nk nasi goreng!!

      (Quote)

  • ‘Setiap hari itu adalah hari ibu…’

    Hari ini jika sesiapa yang masih mempunyai ibu, buatlah satu panggilan, tanya

    khabarnya…

    Kita hadiahkan Al-Fatihah kepadanya… Al-fatihah…

    SEMOGA SETIAP HARI YANG MENDATANG KITA TIDAK LUPA UNTUK BERDOA UNTUKNYA…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Kepada saya dan kalian, selalu dan perbanyakkanlah berdoa kepada Allah SWT supaya ayah dan ibu kita diampunkan dosa-dosa dan diberkati hidup dunia akhirat.

      Bagi sesiapa yang tiada ayah atau ibu, boleh saja hadiahkan doa dan bacaan Al-Quran kepada mereka. Moga tenang dan aman di sana.

        (Quote)

  • Tronx013 says:

    salam,

    Indahnya hidup ini andai dapat merasai dan menghayati kesusahan mencari rezeki. sedangkan saya, juga hidup agak susah, memang tak ada tanah atau kebun,hanya menumpang di tanah pusaka nenek angkat, tetapi, jarang sekali menghayati kesusahan. Biasalah,bila adik beradik lelaki semuanya,memang sayalah yg akan ambil takhta untuk berehat terutamanya bila ayah minta tolong tebang buluh untuk buat lidi ayam percik,kami jual lidi ayam percik sahaja.. Pasal kerja rumah dan tolong ayah, sesekali je,ikut mood.. tapi, kalau dah ada mood,memang semangat waja membara-bara siap buat overtime tunjuk rajin. Masa kecil susah nak hayati pengorbanan ibu bapa,tak matang lagi kot. sekadar kongsi pengalaman. :)

    (nampaknya,penggunaan bahasa arab dah kurang dalam artikel kali ini.. xdapat belajar bahasa arab. )

    Kepayahan juga ada kala memerangkap diri bila kejayaan dicapai dengan usaha sendiri tanpa mengiktiraf usaha orang lain. Keegoaan dan kesombongan adalah sifat yang bakal menakluk hati. Oleh yang demikian, berusahalah bersama-sama agar kita merasai susah dan senang bersama.

    Semoga dipermudahkan dalam segala urusan, May Allah Bless Us..

    16 Mei ada exam rupanya,ingatkan 15 Mei.. salah tengok la..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam ya akhi kareem,

      kaifahaluka? Izayyak? amil eh dil wakti? maza ta’mal alyaum? :)

      Ya, ramai yang jarang menghayati kesusahan dan erti hidup. Maka pengalaman berguna itu disia-siakan begitu sahaja. Rugilah begitu. Saya faham, biasanya anak sulung lebih suka menjadi Pengarah kedua bukan? :)

      Ego, riak, sombong, takabur adalah sifat mazmumah yang harus dijauhi seorang muslim.

      Tronx013: (nampaknya,penggunaan bahasa arab dah kurang dalam artikel kali ini.. xdapat belajar bahasa arab. )

      Insya’Allah, akan ada. Tunggulah :D

      Semalam imtihannya. Segala puji bagi Allah SWT.

        (Quote)

      • Tronx013 says:

        salam,

        Alhamdulillah,ana bikhair. soalan pertama sahaja yang saya dapat jawab. Yang lain xtau nak jawab apa. izayyak- apa khabar juga kan?
        seperti biasa, soalan pertama adalah Vocabulary filaghaohArabiyah:

        1. Apa maksud ‘akhi kareem’? macam nak faham,tapi biarlah ustaz beritahu. :)
        2. amil eh dil wakti?
        3. maza ta’mal alyaum?(nak teka ayat ni,maksudnya- apa yang kamu buat hari ini?,betul ke?) :)

        saya ke anak sulung? saya anak kedua atau ketiga,kembar tak seiras,maka secara rasminya diumumkan kami berdua memang berbeza. saya dilahirkan dahulu,jadinya saya abang ikut hukum hospital,tapi kalau ikut cerita nabi yang pernah saya dengar masa kecil,saya adik. ustaz nak komen?
        Pengalaman hidup dahulu amat beharga untuk mencari jalan penyelesaian masalah bagi masa hadapan. Allah maha adil memberi jawapan bagi setiap soalan kehidupan. Cuma kita yang tidak memahaminya.

        Actually, gambar kat atas tu gambar ibu bapa ustaz ke?
        .. macamana exam ustaz? harap-harap semuanya berjalan lebih baik daripada biasa. Saya tengah bercuti di kampung,baru sampai pagi ni,setelah berbiro tatanegara,BTN di Besut,Terengganu.Di samping,mengharapkan internet in a good ‘mood’. kalau internet dah ‘koma’,xdapat jengok blog ustaz . :) Rancangan nak ulang kaji pelajaran yang hampir memadamkan dakwat ingatannya. Semoga kita diberi kekuatan untuk terus istiqamah meningkatkan kualiti sebagai seorang muslim yang hebat.
        (maaf la, komen saya selalu panjang2 ,xtau nak control tangan.)

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Salam,

          Baguslah. Cuma saya mengalami sedikit selsema selepas imtihan semalam. Moga ianya disembuhkan Allah.

          Na’am, kalau dalam bahasa arab ammiyyah disebut izayyak, dalam fushah disebut kaifahaluka. Amil eh dil wakti juga sama maksudnya dengan maza taf’al alyaum. Apa yang kamu lakukan hari ini. Nampaknya enta pun dah pandai berbahasa arab ya :) Alhamdulillah.

          Sebut tentang kembar nampaknya ia seperti adik saya. Adik saya juga kembar seiras lelaki. Seorang sedang menuntut di KUIN dlm bahagian grafik komputer dan seorang lelaki kursus kemahiran di UUM. Kedua-duanya lepasan sekolah menengah agama arab seperti saya dulu. Alhamdulillah.

          Ya, hukum adat juga berkata begitu. Abang yang keluar dulu. :)

          Na’am, gambar mak dan ayah berserta atuk dan nenek. MOga mereka sihat di kampung.

          Imtihan saya semalam alhamdulillah wa syukurillah. Al’an, uzkur bismillahhi tawakkal tu alallah. Mesyi?

          BTN, apa pandangan enta tentang BTN? adakah -/+ ?

            (Quote)

          • Tronx013 says:

            salam,

            Biasalah,musim exam,mungkin stress sikit,tu yang selesema. Stress biasanya boleh lemahkan sistem pertahanan badan. :) Vitamin C pula,yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur antara fungsinya meningkatkan sistem pertahanan badan. Kalau tak silap la. Jadinya, makan kena jaga semasa exam.

            Baguslah kalau ahli keluarga dapat pendidikan agama yang melimpah. Andai mereka tergelincir,yang lain dapat memaut tangannya daripada terus jatuh. Kembar seiras ni biasanya senang memahami dan difahami. Saya pernah dapat tawaran ke Maahad Muar,Johor,tapi atas sebab tertentu xjadi pergi. Lagipun, semuanya adalah baik bagi saya. tak kisah ke mana saya pergi, yang penting Islam di hati. :)

            BTN? soalan panas ni. Secara jujurnya,saya dapat ‘revise’ subjek sejarah yang makin lupa. Saya dapat belajar berkawat dan beri ‘koman kawat’,sesuatu yang paling saya tak suka dan sering kali berjaya mengelak,tapi,masa BTN,xdapat elak.hehe. Apa yang cuba mereka sampaikan adalah untuk menyayangi negara,menyahut seruan 1Malaysia yang dibawa oleh PM baru kita. Mereka tayangkan perjuangan orang Melayu dulu. Tetapi yang menjadi persoalan,orang kerajaan dulu selalu sebut ‘Allahhu akhbar! Hidup%2

              (Quote)

            • Tronx013 says:

              Maaf, sepatutnya ada sikit lagi komen,tapi dah hilang. Allah tak izinkan kot.. xpe la.. yang penting BTN tu mengingatkan kita agar cintakan tanahair sepertimana Islam ajar.

              Tanya lagi,
              ayat:
              Al’an, uzkur bismillahhi tawakkal tu alallah. Mesyi?

              -uzkur bismillahhi tawakal tu alallah maksudnya sebut/ingat dengan nama Allah, aku bertawakal padaNYA. Betul ke? :) Bahsa Arab ada berapa banyak pecahan? ammiyah,fushah tu kira loghat ke? macam bahasa melayu juga ke ada loghat kelantan,kedah dan lain-lain. Maaf, banyaknya saya xtau.

              (harap tak bosan melayan soalan bahasa arab je tiap-tiap komen saya) :)

                (Quote)

              • Farid Rashidi says:

                Tentang BTN saya ada masukkan dalam entri baru. Cuma saya bimbang, cintakan tanahair menyebabkan kita tergolong dalam golongan asobiyyah.

                Jawapannya, “Sekarang, saya sebut bismillah dan bertawakkal kepadaNYA. Betul dah tu :)

                Ya, banyak juga. Kalau Mesir ada ammiyahnya (bahasa rojak atau loghat) sendiri, begitu juga negara lain seperti Jordan, Syiria, Arab Saudi, Yaman dll.

                Fushah ialah bahasa baku. Ia digunakan dalam semua media berbahasa arab, pembelajaran bahasa arab komunikasi dan tinggi. Ianya bahasa arab asli sebagaimana bahasa al-Quran dan Hadis.

                Silakan tanya.

                  (Quote)

  • Ns says:

    salam..kerinduan pada bonda dan ayahanda di kampung…tidaklah motong getah..cuma menjaga ayam di reban..dan kambing di kandang..

    Ns’s menulis entri terkini..Kes pertama selsema babi..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Menjaga ayam di reban dan kambing di kanding juga adalah sebahagian pengelaman hidup yang merumitkan. Fikirlah kesusahannya supaya hikmah sentiasa bersama..

        (Quote)

  • atulasca says:

    Bila berbicara tentang ibu, hati ini sering merintih….betuah benar bagi sesiapa yang masih punya ibu…sayangilah ibu n bapa kalian selayaknya kerana apabila mereka telah tiada, anda akan berasa betapa anda menyesali ketidak’caknaan’ anda pada mereka…

    apabila membaca artikel ni, ana terkenang pada ayah ana di kg…betapa penatnya dia mendaki bukit2 kebuh getah, semata2 nak menampung hidup…emm, balik rumah baru2 ni pun ana sempat kutip getah ngan ayah…penat! & ana xdapat imagine penat ayah yang dah berusia 64tahun tu mengerjakan kebun berseorangan…sahabat2, doakan ana berjaya dalam baki pengajian ye..ana nak ubah taraf hidup ayah…doakan ana…

    atulasca’s menulis entri terkini..Tinggal Kenangan..[cik, i luv u]

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Maafkan saya jika bicara itu mengguriskan hati sesiapa. Cukuplah perbualan di atas sebagai peringatan akan pengorbanan ibu-ibu kita dalam mendidik anaknya. Agar ‘penderhakaan’ tidak berlaku sewenang-wenangnya.

      Ya, walaupun mereka letih dan penat. Namun mereka tidak pernah mengeluh. Minta saja wang ringgit, pasti mereka akan cuba hulurkan. Itulah nilai kasih sayang ibu dan ayah.

      Semoga perubahan itu diberkati Allah hendaknya.

        (Quote)

  • iliana says:

    salam ustaz…
    aduh, entri ini membuatkan saya kangen sama bonda tercinta..
    kasihnya, pengorbanannya, jika dikenang kembali..tak terbalas rasanya..
    besar sekali pengorbanan seorang ibu..

    iliana’s menulis entri terkini..C.I.K.G.U

      (Quote)

  • yanafia says:

    terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya yg tidak seberapa itu..

    ayuh..mari kita bertukar2 ilmu..
    =)

    yanafia’s menulis entri terkini..Apa sudah jadi hai Ustaz Akhil….?

      (Quote)

  • Kak Tie says:

    Salam….

    Hadiah yang paling berharga buat seorang ibu ialah kebahagian anak2 dan doa dari mereka……

    Kak Tie’s menulis entri terkini..Mokcik dah balik !!!

      (Quote)

  • Balqis says:

    Assalamaualaikumwbt, ustaz…

    (Eh, bila masanya naik entri ini?)

    Tersentuh baca kisah ustaz. Saya memang tidak punya pengalaman sebegini. Paling susah pun pernah tolong kutip dan kumpul kotak buruk, kertas surat khabar, tin kosong, botol kosong. Tetapi kutip dengan adik-adik, seronok juga, naik basikal pusing keliling. Aduh, waktu susah kadangkala memang indahkan? Walau terasa kepayahannya namun itulah sebenarnya nikmat menjadi menusia, menjadi sekadar hamba Tuhan.

    Tapi pengalaman ustaz lagi bestlah, sebab dapat kutip getah sekerap. Hehe. Teringin juga nak cuba. Sekurang-kurangnya ustaz masih ada nenek. Isk, isk, isk…

    Sungguhlah pengorbanan ibu itu tidak terungkapkan. Saya sampai tiada kata-kata nak buat entri untuk hari ibu. Simpan dalam hati sahajalah kasih sayang saya pada bonda. Seraut wajah bonda mekar segar di ingatan sepanjang masa. Apa pun, saya suak baca entri kisah2 kampung begini sebab ayah selalu ceritakan pada kami adik beradik orang dulu2 susahnya bagaimana. Ya, suapaya kami semua tidak lupa diri bila berjaya nanti.

    Apa pun ustaz, pengajian hampir tamatkan? Tentu tak sabar mahu memeluk cium ibu ustaz, mendakap ayah, nenek dan atuk…. kan? Wah, bagaimanalah rasanya setelah bertahun2 tidak berjumpa.

    p/s: bagaimana exam semalam? Haha. InsyaAllah mesti blh buatkan? Bittaufiq wannajah!

    p/s: Bususk sgt ker bau getah sekerap tu ustaz? macam teruk sangat jer gayanya…

    Balqis’s menulis entri terkini..Guru pembina negara bangsa!

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumusalam,

      Aik, baru perasankah?

      Balqis: Saya memang tidak punya pengalaman sebegini. Paling susah pun pernah tolong kutip dan kumpul kotak buruk, kertas surat khabar, tin kosong, botol kosong. Tetapi kutip dengan adik-adik, seronok juga, naik basikal pusing keliling.

      Ohh, untuk dijual ya. Oklah tu, dapat juga merasa bagaimana perasaan pengutip sampah sarapkan. :)

      Nak kutip getah kena ada daya tahan juga, silap haribulan boleh demam seminggu..hehe.

      Ya, masih ada nenek dan atok sebelah emak. Tetapi atok sudah semakin uzur. Separuh badannya lumpuh. Kasihan.

      Doakanlah supaya ianya selesai tahun ini. Risau juga bercerita tentang imtihan di sini. Segala-galanya boleh berlaku. Minta jauh yang tidak baik. Rasanya orang tak dapat bercuti sahaja tahu perasaannya. Yang boleh bercuti setiap tahu rasa macammana pula? :D

      Balqis: p/s: bagaimana exam semalam? Haha. InsyaAllah mesti blh buatkan? Bittaufiq wannajah!

      p/s: Bususk sgt ker bau getah sekerap tu ustaz? macam teruk sangat jer gayanya…

      Ini pun soalan killer seperti exam. Alhamdulillah, seperti yang dirancangkan.

      Kalau nak tahu dan hidu, cubalah nanti pulang ke Malaysia pergi ke kilang getah atau kebun getah. Hidulah sebaik mungkin peluang yang ada. Nescaya tak akan menyesal seumur hidup. :)

        (Quote)

  • Salam akhi.. pilu saya baca entri ini.. ibu, tanpa beliau.. siapalah insan bernama manusia.

      (Quote)

  • Baguslah anta ni, semua mesej sempat dibalas. Selalunya belajar di luar negara pasti rasa rindu, namun kerinduan mak ayah pada kita lagi tinggi kerana mereka menunggu, sedangkan kita seronok menempuh sesuatu di dunia baru. Jadi jangan lama-lama di sana tanpa sebab.

      (Quote)

  • Atikah says:

    Salam ziarah kembali…

    Membaca entry kali ini mengimbau kembali kesusahan hidup dahulu…
    akak pun pernah ke kebun getah menemani ibu dan nenek…
    Betul ler kata kata farid, kadang2 walaupun kemalasan melanda, tapi tak sampai hati menghampakan permintaan ibu… turut juga ke kebun getah menolong ibu dan nenek…

    Tapi seronoknya, time pungut getah sekerap, dapat ler upah menolong… walaupun tak banyak… tapi kira besar juga ler nilainya bagi budak sekolah…

    rindunya memori lalu… rasanya dah tak dpt ulangi lagi… pokok getah pun dah ditebang, diganti dengan kelapa sawit…

    Atikah’s menulis entri terkini..Peringatan Buat Diriku Yang Terlupa

      (Quote)

  • Farid Rashidi says:

    Salam,

    Bukan setakat tak sampai hati, saya bimbang kalau menjadi anak derhaka. Itu lebih parah.

    Oh ya, pasal upah saya lupa nak tulis. Memang, saya juga selalu dapat upahnya. :)

      (Quote)

  • suara says:

    Kak su mmg lupa hari ibu tahun ini… :(
    Namun, kalaulah hari ibu itu hendak diraikan dan dihadiahkan dgn sst yg berharga, rasanya tahun ini paling bermakna. Segalanya kak su lakukan semasa berada di Madinah dan Mekah. Semoga Allah menerima ibadat dan doa kak su buat mereka….

    suara’s menulis entri terkini..Pelajaran sebelum ‘terbang’…

      (Quote)

  • Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Kartun (2): Tiada Faedah Menderhakai Ibu Bapa



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge