“Ustaz, saya ni budak sekolah agama..kalau orang tengok dari luar memang orang cakap budak baik punyala..tapi saya dah ada masalah dalaman yang kritikal..lepas abis sekolah agama selama 5 tahun tu, saya terlibat dengan kes cinta..saya tahu benda tu salah tapi bila dah start susah nak berhenti..”
“Saya rasa macam nak tempat bergantung.. saya tak boleh tak ada lelaki dalam hidup saya..tapi saya boleh kawal lagi perasaan saya.. saya tak buat perkara tak elok.. pasangan saya pun orang baik-baik..yang paham pasal agama..malangnya, saya dah dikotori..”
“Dia ambik kesempatan, dia tak dapat kawal perasaan dia.. dia dah cium bibir saya untuk pertama kalinya…”
Emel ini masih saya simpan hingga sekarang dan telah saya jawab persoalannya mengikut kemampuan sekelumit ilmu. Cuba membantu, walaupun hakikatnya saya bukanlah seorang pakar kaunseling dan cinta.
“Apa cerita kat sana?” Saya bertanyakan perihal kampung halaman kepada Ayah.
“Baru-baru ni ada satu kes dekat kampung….(kampung sebelah), seorang perempuan budak sekolah menengah dia mengandung 3 bulan..”
“Lepas tu?”
“Dia berzina dengan seorang lelaki bukan pelajar sekolah tu, dia dok kampung lain..bila dah mengandung perempuan tu pun jumpa dengan teman lelakinya untuk bertanggungjawab…tapi mungkin sebab malu, lelaki tu bunuh perempuan tu..” Ayah menceritakan apa yang berlaku.
Rupanya kes pembunuhan ini sudah pun tersebar di sini. Buktinya, saya bertanya kepada salah seorang mahasiswa Al-Azhar yang semukim di tanahair.
“Laki tu bunuh kemudian belah perut perempuan tu..dan ada juga kata lelaki tu dalam proses nak kahwin dengan perempuan lain..” Cerita Imran menguatkan lagi plot penceritaan versi ayah saya.
Tersentak seketika mendengar khabaran berita. Medulla oblagata dan cerebellum bergegar bagai dihentam meteor. Cuba menarik nafas panjang lalu melemparkan perasaan pada konkrit keras.
Peristiwa yang terasa jauh didengari semakin lama semakin dekat pula menghampiri corong telinga. Berdesing. Cerita-cerita yang memenuhi ruang media cetak, elektronik dan dunia tanpa sempadan sudah mengambil tempat di kampung pedalaman.
Hiwar diatas sudah mencukupkan bukti bahawa kebobrokan sosial telah merudum jatuh ke tahap yang mendukacitakan.
Cinta Yang Menzalimi Jantina
Cinta satu istilah yang sangat popular. Bermula zaman purbakala sehinggalah era moden kini. Kerana cinta manusia sanggup berkorban segala-galanya. Cinta membuatkan manusia tersenyum sentiasa, berduka nestapa, bermuram durja, bahagia selamanya.
Kisah cinta membuatkan manusia sanggup berkata-kata diluar jangkauan minda. Merasa sejuknya api, terasa panasnya air, bahkan lautan luas sanggup direnangi. Hebat penangan cinta!
Sepinya Nabi Adam a.s di syurga kerana menginginkan cinta seorang Hawa. Hikayat pembunuhan antara Habil dan Qabil juga kerana berkaitan cinta. Kasih dan cintanya Nabi Muhammad SAW kepada Siti Khadijah membuatkan baginda selalu memuji jasa bakti isteri pertamanya. Malah terbinanya mahligai Taj Mahal juga kerana disebabkan cinta seseorang lelaki kepada wanita.
A’rabi berkata kepada Asmu’ei:
“Demi Allah! Sebuah cinta sangat agung untuk dapat dilihat, ia lupa dari penglihatan manusia. Ia ada di dalam dada bersemayam sebagaimana api bersemayam dalam batu, jika dinodai ia akan membakar dan jika dicuba untuk ditinggalkan ia akan selalu membayangi.”
Diceritakan tentang kisah masyhur Laila Majnun:
Kata Majnun: “Daku lihat pintu-pintu kota Baghdad semuanya tergambar wajah-wajah Laila.”
Pada suatu hari, Majnun masuk ke masjid waktu itu orang sedang solat. Kemudiannya dia melanggar orang yang tengah bersolat. Lantas orang itu menghalangnya. Majnun yang pada itu dalam keadaan fana’ terus saja melanggar sambil berkata:
“Laila..Lailaa..Laila!”.
Orang yang bersolat tadi menolaknya. Selepas saja bersolat, orang tadi bertanya kepada Majnun:
“Wahai Majnun, kau tak nampakkah aku tengah solat?
Lalu Majnun berkata: “Astaghfirullah..aku tak sangka, cintaku kepada Laila lebih khusyuk lebih khusyuk dari cintamu kepada Allah SWT.”
Begitu dahsyatnya episod fana’ cinta seorang lelaki terhadap wanita sehingga ia tenggelam dalam dunia fantasi tak berpijak dibumi nyata lagi.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum: 21)
Setiap manusia dihadirkan rasa cinta pada pasangannya. Ia sudah menjadi fitrah manusia mempunyai naluri seksual (gharizah an-nau’) dan menginginkan pasangan samaada lelaki mahupun wanita. Melanggar fitrah bererti membuka jalan kepada golongan umat Nabi Luth a.s merajalela dan membiarkan bercambahnya budaya Lesbian.
Jikalau kita melihat takrif zalim dari segi bahasa pula ialah bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi (seseorang) walaupun seberat zarrah (debu).” (An-Nisa’: 40)
Adakah ingin mendapatkan cinta suci itu dengan berpegangan tangan sebelum nikah? Berpeluk erat di atas motor persis belangkas? Cumbu mesra bersaksikan bulan bintang dilangit? Atau berdua-duan dalam kenderaan sambil nafsu meratah rakus segenap inci tubuh si gadis?
Malah lebih dahsyat lagi menyatakan cinta itu buktinya menyerahkan jiwa raga termasuk tubuh badan si dara! Suatu teori songsang penangan suntikan pemikiran freesex!
Ahli falsafah Barat Sigmud Freud menyatakan: “Libido (sex) adalah pendorong aktiviti manusia..”
Tiada kata selayaknya untuk diucapkan melainkan kezaliman cinta telah berlaku. Dinodai dengan noda yang menjahanamkan kesuciaan cinta sebenar.
Hilangnya Nikmat
Bagaimana mungkin mahu mengecapi sebuah erti kenikmatan sebenar jikalau tiang rumah sudah bergoyang sebelum didirikan binaan di atasnya? Usah fikir tentang rumah dan tangga jika tiang sudah menanti hari menyembah bumi.
“Kalaulah pasangan tu dah tiap-tiap hari jumpa, dating, pengang tangan, naik motor berpeluk sakan dan macam-macam dah pernah rasa agaknya lepas kahwin apa yang tinggal..” Bicara seorang rakan.
“Dah tak ada nikmat lagi..” Balas ringkas.
Ironinya, manusia bijak pasti akan membuang jauh sebiji kelapa yang ditebuk tupai berbanding kelapa yang dipenuhi isi santan lemak manis dan air kelapa menyegarkan.

Penyelesaian
Punca berlakunya fenomena ini tidak lain tidak bukan ianya bermula dengan temu janji setentang mata setelah segunung rindu dendam terpendam. Bila sunyi dan gelap menemani dua insan, syaitan menjadi pemandu setia mengemudi pelayaran hitam.
Hati tidak keruan, akal menjadi tidak waras. Minda fikir tidak mampu lagi menafsirkan antara kaca dan permata, antara hitam dan putih, antara bahagia dan duka, antara dosa dan pahala. Semuanya boleh berlaku sekelip mata. Bahananya selama-lamanya. Nauzubillahhi minzalik.
Jauhilah berdua-duan. Bertegaslah wahai kaum hawa. Gentlemanlah wahai adam!
Jikalau benarlah lelaki dan perempuan itu saling sayang menyayangi di antara satu sama lain, mengapa tidak difikirkan suatu ikatan yang lebih kukuh. Bahkan mampu membina sebuah mahligai permata sehingga ke syurga? Bukankah itu lebih berbaloi melakarkan sebuah episod cinta.
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Wahai golongan pemuda! Barangsiapa di kalangan kamu yang telah mampu berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin akan lebih menjaga pandangan dan kemaluannya akan terpelihara. Barangsiapa yang belum mampu, maka hendahlah dia berpuasa kerana puasa itu adalah pelindung baginya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Percayalah wahai insan bernama hawa. Lelaki dayus yang meluahkan kata-kata manis lalu merampas maruah kalian itu bukanlah 100% mencintai tetapi hanya berahi pada hubungan kelamin semata. Jika benar lelaki itu mencintai, mengapa perlu melanggar fitrah? Mengapa perlu menzalimi cintanya?
Sedarlah, bukan itu caranya seandainya mahu membuktikan cinta. Sesekali jangan dicuba. Sekali candu menguasai tubuh, berkali-kali ia mendesak saraf rasa untuk terus mencuba.
Hindarkanlah dating dan ikhtilat itu. Bertaubatlah selagi mana pintu rahmat pengampunan-Nya masih terbuka luas.
Lalu buktikannya selepas termeterai sebuah ikatan yang halal lagi murni. Tentu ganjaran pahala sebesar gunung menanti kelak.
Saya tidak dapat menggambarkan betapa indahnya jika semua manusia mengetahui hakikat bahagia sebuah perkahwinan dunia berkesinambungan ke syurga nanti.
Tetapi itulah JANJINYA!
6:25 AM, 9 Mei 2009,
Siberbay, Tanta.



salam…
bagi saya tiada yang lebih bermakna dan diidamkan dari seorang perempuan melainkan seorang yang bergelar suami supaya hubungan yang terbina halal dan dapat menjaga serta memimpinnya di dunia dan akhirat…
sesungguhnya benar kata pepatah..penantian itu suatu penyeksaan..semoga kesabaran yang ada terus tersemat kukuh.. nur_syahadah(Quote)
Salam,
Ahlan wasahlan washiy tina awi
Bizzab keda!
“Pernikahan menyingkap tabir rahsia. Suami isteri inginkan keluarga bahagia, dan mengharapkan sebuah bahtera indah. Untuk bersama berlayar ke mutiara. Pernikah menginsafkan kita, perlunya Iman dan Takwa merintis sabar dan redha…” In-Team.
Begini, penantian itu suatu ujian adalah lebih manis bunyinya. Farid Rashidi(Quote)
maaf..saya hanya menulis kata pepatah dan itu bukan kata2 dari saya ye ust..
memang penantian itu penuh dengan ujian..pelbagai warna..ermm.. orang cakap..nie orang ckap tau,tahap kesabaran manusia ada hadnya..camne tu? nur_syahadah(Quote)
Assalamualaikum ya ukhtil kareemah (nur_syahadah)
Kata-kata Imam Hassan Al-Basri,
“Aku membenci perangai buruk seseorang itu, bukan dirinya, lalu yang aku marah adalah perangainya, bukan dirinya. Tetapi ketahuilah, perkara yang aku marah adalah perkara yang ALLAH swt marah, yang membawa murkaNya. Aku marah keranaNya.”
Marah tidak semestinya melepaskan tindakan di luar kawalan, malah marah itu perlu punya hemah. Sabar tetap perlu bersabar. Had bagaimana yang kita letakkan, maka had itulah kayu pengukurnya. Jika had sabar yang kita letakkan rendah, maka sampai suatu kesakitan dan ujian itu melebihi dari had itu, maka tindakan kita terproses berdasarkan apa yang kita set kan sedari awal.
Sabarlah kerana ALLAH swt. Tetapi, kesabaran ALLAH swt itu tiada taranya, jika tidak mana mungkin manusia selemah kita masih merasa nikmatnya dunia.
wallahua’lam
“sesungguhnya orang yang paling kuat itu adalah orang yang mampu menahan marahnya (masih mampu bersabar saat marah)” nahwanNur(Quote)
salam… ermm..terima kasih atas jawapan tersebut.. saya pun masih tertanya2 camne had kesabaran seseorg..namun setelah diterangkan dapatlah celik mata hati ini..
memang benar..hanya org yang betol2 kuat menahan amarahnya yang boleh dikatogerikan sebagai plg kuat/plg sabar..
p/s: semoga diri ini dapat menjadikan kesabaran adalah yang tertinggi nur_syahadah(Quote)
Benar katamu, cuma dalam keadaan tertentu kita boleh bersabar dan dalam keadaan yang lainnya sabar juga ada hadnya. Namun seharusnya dalam batas-batas syariatullah. Terima kasih atas jawapan.
Farid Rashidi(Quote)
Rasanya tidak menjadi kesalahan kalau kita cuba menukar perumpaan mengikut kesesuaian. Contoh macam: ada yang berkata “Biar lambat asal selamat” ada pula yang kata “Biar cepat asal selamat”.
Tentang had kesabaran itu, dalam kes-kes tertentu mungkin boleh. Misalnya kalau orang kafir sentiasa memijak kepala kita maka had kesabaran itu patut ditukarkan menjadi defensive. Oleh kerana umat Islam terlalu bersabarlah Ghazzah diserang hendap.
Tetapi dalam kes lain, sabar menjadi keutamaan. Farid Rashidi(Quote)
seolah menjawab komen ringkas shout box di blog saya…
eheh, kupasan menarik…agak2 boleh copy tak?
haha…
imtihan da makin hampir,
blog smakin aktif~ mantopp dan tahniah~!!
hebat la ust farid nih..eheh
~yang indah itu bahasa, yang cantik itu budi pekerti~ M.S Siti Nur Alia(Quote)
Dipersilakan copy wahai Dokturah..tafadhali, musyakir awi alasyan keda. Allah Yu barikfik.
Tiada perkara yang lebih hebat daripada penciptaan Azza wajalla ke atas otak manusia yang boleh berfikir-fikir. Kullu haza min fadhli rabbi. Farid Rashidi(Quote)
salam..
topik yang menarik untuk dibincangkan..masih ada waktu untuk update blog walaupun sdg musim imtihan ye..XD..xleh nak komen banyak sebab xde pengalaman dalam percintaan dgn lelaki ajnabi ni..huhu..xp..tp saya ada kawan yg terlibat (ingat x??)..tapi saya boleh jamin 100% yg bercinta dgn Allah berganda2 nikmatnya..itu yg selalu sy cakap kpd kawan2 saya..kalau dh x tahan sangat kahwin..tp ada pulak pandangan serong masyarakat kepada pasangan yang kahwin dalam usia yang muda..tak faham,tak faham..
pencinta bahasa’s menulis entri terkini..Malaikatmu.. … pencinta bahasa(Quote)
Salam,
Saya menulis entri ini bukan secara berperingkat-peringkat. Jika tidak ada exam sekali harung saja menulisnya
Ohh ya, bagaimana dengan rakan itu? sudah selesaikah masalahnya?
Persepsi masyarakat sangat berbeza. Farid Rashidi(Quote)
Alhamdulillah..ada ‘improvement’..terima kasih sekali lagi atas nasihatnya..
pencinta bahasa’s menulis entri terkini..Malaikatmu.. … pencinta bahasa(Quote)
Syukurlah jikalau segala nasihat dan tunjuk ajar kamu kepadanya mendapat respon yang positif. Apapun, teruskan menasihati dan membimbingnya ya. Farid Rashidi(Quote)
salam,
Kisah cinta yang terlarang ini sudah menjadi perkara biasa,sehingga ada yang kata orang yang tidak berpasangan adalah mandul atau tiada nafsu.. huh.. mantapnya manusia zaman ini menempah kunci neraka awal-awal lagi. Malah,bukan sebuah neraka ditempah,tetapi neraka yang bertaraf 7 bintang menjadi idaman mereka.
Sehingga,ibu bapa juga gembira anaknya sudah memiliki pasangan dan “kalau boleh,datanglah tidur di rumahnya sekali”,ada juga yang biarkan anak mereka tidur bersebelahan dengan bakal suaminya,belum nikah lagi.. Maaf, ada kala golongan ustaz mendapat ‘pas’(pelepasan) yang paling mudah kerana bagi ibu bapa,ustaz tahu apa yang dia lakukan..(maaf, ini realiti bukan saya reka, saya menghormati golongan yang mentaati dan menyanjung Islam…)
“Ya Allah,ampunilah kami yang lemah”
Cinta songsang pula menjadi-jadi ketika ini, golongan lembutlah yang memonopoli cinta ini rasanya. Cuma, apa yang saya faham, muncul golongan lembut ini ketika KASIH SAYANG seorang AYAH tidak dapat hadir dalam dirinya… sangat rumit mentafsir mereka. Gejala ‘GAY’ ini sering mempromosikan atau menyiarkan iklannya di tempat yang sangat strategik iaitu di pintu-pintu tandas awam terutamanya di setiap perhentian bas serta di tempat awam. Bijak sungguh melaburkan saham dosa yang sudah pasti tiada ruginya jenis saham sebegini…
Sudah pasti mencintai manusia akan menghasilkan cinta manusia.
Cinta Allah akan mendapat rahmat ilahi. DIAlah cinta hakiki kita semua … Tronx013(Quote)
Salam,
Izayyak ya akhi? sobahul khair.
Perkataan ‘sudah menjadi biasa’ itu yang saya geruni. Sangat bimbang. Aduhai umat Islam.
Neraka tujuh bintang? ohh, baru kali pertama dengar.
Ustaz mana yang mendapat pas tidur bersama wanita sebelum nikah? kitab mana yang dikhatami? Tok guru mana mengajar beliau? sangat kasihan kalau begitu jadinya. Moga Allah mengampuni.
Ohh, ini lagi satu problem. Bercinta sesama jenis jantina. Tak tahulah kenapa sama jantina menjadi nalurinya. Semakin tua, semakin nyanyuk dunia.
Benarkah golongan ‘mak nyah’ akan lebih galak bila berjumpa sesama jenisnya? Farid Rashidi(Quote)
salam..
apa maksud ayat di bawah:
1. “Izayyak ya akhi? sobahul khair.”
2. tafadhali, musyakir awi alasyan keda. Allah Yu barikfik.
3. Ahlan wasahlan washiy tina awi ,Bizzab keda!
maaf,ana lafham(saya xfaham,betul ke ayat tu???)…
otak yang lambat ni sering meninggalkan ilmunya, selamatlah ada naluri yang mahu bertanya untuk memahami..
Bercerita pasal ustaz yg dapat pelepasan tu,bila cintanya pada seorang pelajar kesayangannya membutakan hatinya. Kesian dia,dia juga manusia,lemah dan tak berdaya. mungkin dia hanyut. Moga Allah membantu dia dan juga kita semua.
Golongan lembut ini yang tiada kekuatan untuk berubah, bukan setakat mengada-ngada bertambah bila bertemu rakan seumpamanya, ajaran Islam pastinya menjadi permainan utama. kononnya mahu mengajar orang jadi baik dengan beri tazkirah,tetapi caranya sangat melampau dan sifat sebenarnya juga terlampau menghina ISLAM. Hanya Allah yang memahami insan sebegini. Sungguh sedih. Tronx013(Quote)
Salam,
Sempat lagi kamu memerhatinya ya..bagus..bagus
1.Apa khabar saudara? selamat pagi.
2.Silakan (bagi perempuan), terima kasih kerana itu. Mengucapkan tahniah.
3.Selamat datang (kepada tetamu selalu datang@rapat). Tepat sekali!
Bukan lafham, tapi al afham. Kalau dalam bahasa amiyyah disebut ana mush fahim. Jangan begitu, kalau lembab tak mungkin kamu jadi motivator yang baikkan?
Saya turut bersimpati, tetapi sebaiknya dia perlu lari dari fitnah terlebih dahulu. Wanita akhir zaman bahaya. Ramai ustaz jadi begitu sekarang. Moga dijauhkan.
Siapakah orang yang akhi maksudkan? saya pernah menonton suatu ceramah dakyah kristian dari seorang lelaki. Gayanya lemah lembut, tetapi menghina terang-terangan Islam!
Aduhh..:( Farid Rashidi(Quote)
salam,
emmm, susahnya nak faham arab..
motivator tu kerja sampingan je ustaz, bukanlah bagus sangat,sekadar memenuhi permintaan pihak sekolah, ramai lagi yg bgus2..mungkin kami pelajar perubatan, jadi mereka memandang tinggi kepada kami, walhal, kami ni hanyalah insan biasa..
Yang saya maksudkan, golongan lembut ni sememangnya ada yg bagus ilmu agamanya, tetapi, mungkin ilmu skadar di intelek,bukan di hati untuk di’imani’. lagipun,golongan ini bila bercakap, memang tak akan mudah berputus asa. ibarat kita memeberi tajuk karangan, dia buat novel..
tetapi, alangkah bgusnya,jika mereka ini cekal, dan kuatkan hati dan fizikal untuk menjadi hamba Allah yang hebat.. Tronx013(Quote)
salam,
Tidaklah susah akhi, belajar apapun mulanya memang agak susah. Lama-lama akan ‘masyilah’
Baguslah, sekurang-kurangnya ada juga memberi manfaat kepada umat Islam. Tambahan sekarang ini, pelbagai masalah muncul. Jadi ianya amat memerlukan motivator bagi tujuan sesi kaunseling. Berkhidmatlah kerana Allah.
Iya, saya melihat perkara ini bukan sahaja berlaku di kalangan mereka yang tidak berpendidikan agama. Tetapi yang beragama juga terjebak dengan gejala jantina songsang ini.
Tidak mensyukuri nikmat ‘lelaki’ ibarat melawan penciptaan Allah. Sangat dahsyat bunyinya bukan? Farid Rashidi(Quote)
salam,
yup,superduper dahsyat.. Moga Allah membantu kita semua mencapai redhanya.. Tronx013(Quote)
wa’alaikummussalam,
Ameeen, ameen ya Rabbal Alamin. Innallahha ma’ana.
Tak mahu tanyakah maksud masyi? ok, saya jawabkan
maksudnya ‘ok’. Farid Rashidi(Quote)
kenapa kan kalimah masyi?? tentulah ana tau maksudnye.. ana pun gunakan juga kalimah tu akhi di jordan ni..
NoRuLLiSzA(Quote)
NoRuLLiSzA´s last blog ..…MaaFKaN DaKu…
@NoRuLLiSzA: Oh, enti salah faham tu. Bukan saya reply komen enti, tapi itu komen yang lain. Mesyi ya aneesa?
Farid Rashidi(Quote)
bila cinta manusia melebihi cinta kepada ALLAH..
moga kita dijauhkan dari perkara2 macam ni..
makin hari,makin rasa tak selamat..lagi2 kalau lihat suasana di Malaysia sekarang..
hurm…
baru hari ni saya tau kisah laila majnun ..hehe
“berikan hatimu sepenuhnya kepada Allah..kelak akan dipertemukan dengan pemilik terbaik” uraihan(Quote)
Insya’Allah akan selamat jika manusia ikut secara tafsili apa yang diajarkan baginda. Laisa juz’ei. Haza khata’.
Banyak lagi versi kisah Laila Majnun sebenarnya. Syair-syairnya juga ada dan saya pernah pelajari di tahun 3 dahulu. Farid Rashidi(Quote)
kini, Cinta sering dibutakan perosak cinta…
atulasca’s menulis entri terkini..Tinggal Kenangan..[cik, i luv u] atulasca(Quote)
Kasihan kepada cinta ya…
Mahu berkata-kata tentang cinta, mahu mengharap cinta suci, tetapi diri menodainya. Adakah sungai yang tercemar ada manusia sanggup menghirup airnya?
Haiysshh..menggeleng. Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum wbt,
Tiada sebarang komentar memandangkan ustaz sudah menerangkan dan berkongsi mutiara-mutiara berharga dengan panjang lebarnya. Mahu berkongsi cerita pun rasanya sama sahaja dengan kisah-kisah yang selalu kita dengar.
Bukan salah mereka sepenuhnyakan? Sayang tarbiah agama sewaktu sekolah dahulu tidak berbekas di hati. Tersilap di mana, ya? Aduhai, nau’zubillah…
Daripada keluar dating banyak lagi benda berfaedah lain boleh buat. Serious! Hidup kita bukanlah untuk bercinta sahaja!
p/s: Kisah Laila dan Majnun versi mana ni ustaz? Tak pernah dengar pun. Apa pun memang hebatlah cinta si Majnun/Qaisy ini yer? Tentu Laila ini lawa orangnya. Kalau tak takkan si Qaisy gilanya sampai begitu, kan? Hai, dunia, dunia…
pp/s: Gambar itu memang cantik!
Balqis’s menulis entri terkini..10 Minit Balqis(Quote)
Wa’alaikumussalam,
Itu risikonya kalau semua point sudah tercatit. Aduhh..
Tetapi mungkin boleh saja panjang-panjangkan entri ini untuk kesedaran remaja.
Hal bukan salah atau tidak ini perlu dilihat terlebih dahulu. Kerana ada yang terlibat itu jenis yang belajar sekolah agama, IPT Islamik dan tahu semuanya. Jadi ia melibatkan banyak faktor juga.
Silapnya? banyak sekali silapnya.
Oh, kisah Laila Majnun sangat banyak versinya. Geledah saja kitab-kitab syair arab dan kisah-kisah tentu banyak tertulis. Ya, sangat hebat tahap fana’ mereka. Enta cinta peringkat ke berapa mereka telah harunginya.
Orang arab ini bukan saja permaisuri, malah penjual sayur di pasar juga lawa-lawa.
tidak mustahillah Majnun tergila-gila sepanjang malam.
Adakah sama versi kisah Romeo and Juliet?
Gambar itu saya ambil dari internet lalu gabungkan dan design sendiri. Farid Rashidi(Quote)
Wallahua’lam Ustaz. Tak belajar pula sastera English. Hehe. Tidak sama barangkali jalan ceritanya. (Romeo sanggup membunuh orang lain demi cintanya kepada Juliet, kemudian masing-masing bunuh diri, supaya cinta mereka tidak terhalang lagi. Apakah?) Tetapi pastilah yang sama adalah tema cinta sejati membawa ke mati. Keh keh keh…
Wallahua’lam.
Balqis’s menulis entri terkini..10 Minit Balqis(Quote)
Haah, tak tahu pun bukan main juga jawapannya ya.
Baru saya tahu kisahnya. Sangat kejam kisah percintaan begitu, sama-sama terjun ke neraka.
Temanya perlu ditukar, ‘Cinta bahaya membawa malapetaka’. Boleh? Farid Rashidi(Quote)
Alhamdulillah……….
Suka baca nukilan ustat kali ini… he he…
Kak tie dulu masa muda2 (sekarang pun muda lagi), tak de la kemaruk cinta ni. Mungkin kerana sifat pemalu yang menebal. Selalu cuba elakkan diri dari melayani cinta . Walaupun kak tie ni jenis rock sikit, tapi kak tie rasa, sifat pemalu telah memelihara kak tie dari kemungkaran. Syukur sangat2…
Tie’s menulis entri terkini..Awards dan ular Tie(Quote)
Allah yikhallik…
Alhamdulillah kalau begitu kisah mudanya, dulu muda versi anak dara. Kini muda versi apa ya?
Apapun, sifat malu harus ada setiap muslimin dan muslimah. Itu yang terbaik. Farid Rashidi(Quote)
salam,
thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww.. muger2 kiter leh jadikk rakan siber yg baik2 ghitewww en_me(Quote)
Salam,
Afwan.. rakan yang baik membimbing rakannya menjadi baik bukan?
Farid Rashidi(Quote)
salam…
hmm, masalah yang begitu ketara dan bahaya dalam masyarakat kita nih…
“tidakkah pelik jika ada pasangan hangat bercinta tetapi tidak terfikir untuk bersama selama-lamanya-Bercinta sampai ke syurga”- saifulislam.com…
ade kawan saya ni… di jage betol perhubungan sebelum kahwin (*sms pon xleh)… lepas jer nikah, pergh bercinta sakan…~ x sabar2 balik rumah lepas keje…hehehehe…
hmm, nasihat kepada remaja kita “Bercintalah selepas kahwin…”
Isn’t that beautifull?
***
sepohonkayu’s menulis entri terkini..Bangun Subuh… Kejar Bas sepohonkayu(Quote)
Salam,
Memang ketara dan sudah dikatakan ‘biasa’.
Baguslah kawan kamu sepohonkayu. Semoga kita jadikan role-model perkara begitu ya.
Terima kasih atas nasihatmu. Bagaimana pula dengan kamu? sudah berkahwin atau masih solo?
Farid Rashidi(Quote)
salam…
InsyaAllah… 2011 ni… doa lah untuk saya…
Azam x nak berhubung langsung dgn bakal Istri…
semoga perhubungan ini diberkati dan di redhai-Nya…
*** sepohonkayu(Quote)
2011 untuk apa ya? kalau tak keberatan boleh saya tahu?
Saya ingatkan kamu akhawat. Maaf salah perhitungan.
Dalam hal-hal tertentu perlu berbincang spt pertunangan dan sebagainya. Moga Allah merahmatimu.
Farid Rashidi(Quote)
2011 untuk membina masjid… (grad UPSI 2010…)
Hmm, betul tu… syariat agama perlu kita patuhi…(muka & tapk tgn)
Moga Allah jua Merahmatimu…
Hanif…
*** sepohonkayu(Quote)
Ohh, mabruk Ya Akhi! moga dipertemukan dengan wanita solehah dan permaisuri yang kekal ke syurga abadi.
Abang saya baru sahaja grad UPSI tahun ni, dia agak kelewatan masuk UPSI sedangkan umurnya dah sepatutnya kahwin. Semoga dia cepat bertemu jodoh.
Muka dan tapak tangan boleh dilihat, terutamanya ketika majlis pertunangan. Jikalau memakai purdah boleh dibuka untuk dilihat.
Salam ukhuwwah Akhi Hanif. Farid Rashidi(Quote)
assalamualaikum..
cinta? persoalan yg rasanya sampai akhir dunia pun masih belum dpt dirungkai. apa yg kita perlu buat rasanya ialah menuruti apa yg telah agama gariskan. taat & ikutilah peintahNya dan ikutilah sunnah. jika kita nak layan ‘cinta’ ikut fikiran – fikiran pun hanyut. nak layan ikut perasaan? – terus karam rasanya kita. sbb bila kita citer psl cinta – ada nafsu terlibat sama di situ. jadi kena ‘berwaspada’….wallahualam. nahmy(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Maaf terlewat balas kerana sibuk menghadapi imtihan.
Benar, cinta tidak dapat dipisahkan daripada manusia kerana itu adalah fitrah dan Allah jadikan fitrah bercinta sebagai suatu nikmat untuk disyukuri. Jangan jadikan fitrah itu fitnah. Farid Rashidi(Quote)
asslamualaikum
pd sy cinta tu x salah…yg salah cara 2 individu berkenaan mempamerkan cinta…
INTAN’s menulis entri terkini..mak INTAN(Quote)
Seperti yang saya sebutkan di atas, sememang cinta tidak salah. Tetapi pemilik cinta yang merosakkan cinta. Rugi bukan? Farid Rashidi(Quote)
cinta kepada Allah kekal abadi…cintailah manusia/suami/isteri kerana Allah.. azmamusa(Quote)
Benar, tetapi bagaimana cara untuk mendapatkan cinta Allah itu? ramai manusia terkeliru tentang ini. Tahu bercakap tentang cinta Allah tetapi tidak tahu mengaplikasikannya. Ayuh muhasabah! Farid Rashidi(Quote)
nak belajar cara utk cinta pd Allah… tolong tunjukkan..
azmamusa’s menulis entri terkini..anak-anakku azmamusa(Quote)
Cinta pada Allah mudah saja, mengenali akan ketauhidan Allah SWT, mengaplikasikan dalam beribadat, mempraktikkan dalam muamalat sesasama manusia. Amar ma’ruf nahi munkar.
Jadikan suami/isteri/anak-anak sebagai wasilah menuju cinta Ilahi.
Harap dapat membantu. Farid Rashidi(Quote)
Salam Ziarah dihulurkan,
Entry yang sangat menarik, boleh dikatakan kesinambungan dari entry saya.
Cinta tidak pernah kenal pencintanya,kecuali Pencipta nya sendiri.. memang selarang ni dah banyak gejala yang tidak sihat, ada juga hubungan yang terlarang dan HARAM di sisi Allah,
Saya berminat dengan komen ,TRONX013,
Mungkin Ustaz yg dimaksudkan hanya gelaran semata yang di pegang bukan dari hati serta imannya. dikatakan agak keterlaluan andai benda ini berlaku.
sama juga apa yang nak saya katakan ini, kalau seorang ustaz sanggup melakukan sedemikian, apatah lagi pengikut ustaz tersebut. Itu seorang ustaz, dan saya juga punya cerita yang dikatakan boleh dikatakan seorang yang “warak” tapi mulutnya amat manis sekali. selalu memberi usrah namun tidak mengamalkannya. sering menegur kesalahan orang tapi payah untuk menerima teguran orang.Sering sahaja menyukai orang yang membenarkan kata-katanya tapi sering menyalahkan orang yang tidak menyokongnya.
mungkin ini dikatakan lumrah manusia, bukan ingin memburukkan tapi seorang yang beriman sepatuynya tidak berlaku kejadian sperti ini, andai ini terjadi, tidak mustahil satu hari Agama lain boleh menindas kita semula. kerana kita sendiri tiada lagi sesuatu yang boleh dipertahankan.
Bercinta itu, perlukan pengorbanan. pengorbanan yang dimaksudkan “korbankan” diri kerana Allah semata-mata, andai jodoh Allah dah tentukan pastinya nikmat dikemudian hari lebih TERASA. Bercinta bagai nak rak, tapi kahwinnya tidak. andai diri terasa bersedia memikul tangunggjawab berkeluarga, teruskan “ta’ruf” ke peringkat seterusnya, teruskan niat untuk berkeluarga dan jangan tunggu lagi. berdoa, tawakal dan usaha untuk mencapai yang terbaik. asam garam dalam hidup, sentiasa ada. bersabar dan hadapi dengan tenang,andai ada dugaan yang besar..
Maaf andai komen ini panjang, sekdar berkongsi pendangan. Diri sendiri belum cukup ilmu hanya menyampaikan apa yang dirasai. kerana diri sendiri belum lagi merasai NIKMAT berkeluarga itu..cuma mendengar dari orang yang dh berkeluarga..
nurulhuda’s menulis entri terkini..Aku Terima Nikahnya 2 nurulhuda(Quote)
Tuan Rumah, saya mohon link ke blog yer..
nurulhuda’s menulis entri terkini..Aku Terima Nikahnya 2 nurulhuda(Quote)
Dipersilakan me’link’kan blog dengan segala hormatnya..
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Saya mengakui perenggan ini. Memang ramai sekarang ‘ustaz’ yang merosakkan nama ‘ustaz’. Bila gelaran ustaz sudah diberikan, jagalah sebaik mungkin. Orang melihat dan menilai kita. Itu mengecewakan sekali. Saya minta jauh dari perkara begini. Nauzubiillahiminzalik.
Pandangan yang bernas dan wajar untuk diikuti semua pihak yang masih berstatus bujang. (termasuk penulis)
Tak mengapa, kamu boleh menulis sepanjang mana kamu mampu. Dipersilakan. Farid Rashidi(Quote)
cinta…bercinta & dicintai…lumrah hidup manusia…
bgntung kpd individu y bercinta tersebut…
pRincEsS_N’s menulis entri terkini..CAR~bDay giFt pRincEsS_N(Quote)
Tidak boleh bergantung kepada individu tersebut seandainya perkara itu bathil. Membiarkan manusia tanpa syariat adalah suatu perkara yang tidak benar sama sekali. Farid Rashidi(Quote)
salam, setiap insan mahu mencintai & dicintai sesama insan…tapi janganlah sehingga keterlanjuran begitu! sonata anak kancil(Quote)
Keterlanjuran begitu mengundang kesengsaraan hidup pula…ya, bercinta itu tidak ada salahnya. Jika kena cara yang betul… Farid Rashidi(Quote)
salam saudara..
adalah sangat berat untuk saya membicarakan soal cinta setelah apa yang berlaku. Apapun, cinta hanya kerana cinta semata-mata belum cukup ampuh. Cinta adalah rasa tanggungjawab…
semoga kamu baik-baik sahaja ye.
srisufi’s menulis entri terkini..♥ KOMUNIKASI LAMBANG BUDI BICARA ♥ srisufi(Quote)
Salam,
Saya alhamdulillah baik sentiasa.
Mengapa sangat berat untuk membicarakan soal cinta setelah apa yang berlaku? Agak tergantung di situ. Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Salam ziarah Ibnurashidi… terima kasih ziarah blog saya yang tak seberapa itu… Atikah(Quote)
Tidak ada masalah…Ahlan Wasahlan Wa marhaban bik..Selamat Membaca! Farid Rashidi(Quote)
Salaaam. alhamdulillah , satu entri yg cukup bermakna lebih2 lagi kepada remaja yang sedang bergejolak dengan pelbagai cobaan dan godaan dan pengaruh. Tak ketinggalan juga tua-tui yang masih merasa diri ini muda, kerana syaitan berbisik kepada tak kira tua muda, selagi kita digelar manusia, selagi itu lah ada pendamping istimewanya
jaazakallahu khoirol jazaa’, baarokallahu lakum , Allah ma’ak ya syeikh Farid
neeZhom(Quote)
Salam,
Nafsu syaitan tidsk mengira tua atau muda. Selagi mana nyawa dikandung badan selagi itulah nafsu dan syaitan memainkan peranannya.
Syukran ya akhi!jemputlah datang lagi..
Insya’Allah, innallahha ma’ana. Farid Rashidi(Quote)
‘Intailah fitrah manusia bhw ingn dcintai dn mnyintai..namun tahukn wahai hati..bmastautinnya cnta mahal dlm hatimu hny pd yg halal..stlah t’lafz sah.maka b’mulalh p’juangn cntamu dn dia utk lebih mncintai pencipta hati dn makhluk cinta… Anugerah jihad ini pasti ada jwpnnya’mg t’ampun dosa dgn chy hidyh.ameen ana(Quote)
Dalam mengembara ada persinggahannya. Dalam bekerja ada rehatnya. Dalam kesunyian ada pedampingnya. Mencari permastautinan yang halal adalah antara terbaik diantara terbaik. Namun sedarkah jiwa, mahu mendapat yang baik harus menjadi baik terlebih dahulu?
Seringkali jiwa-jiwa melupakan proses ini. Farid Rashidi(Quote)
Salam…apabila perasaan malu itu sudah dicabut dari hati, maka tiada apa lagi yg dapat menghalang dari melakukan perkara mungkar ni…dari yg muda belia, bujang hinggalah ke tua, suami/isteri orang..biarlah dianggap kolot, ketinggalan zaman, zaman batu, etc, asal syariat & maruah diri dipelihara..
nohas’s menulis entri terkini..Teloi Kanan nohas(Quote)
Salam,
Sangat takut bila malu sudah tercabut. Kerana bila malu tercabut persis haiwan tidak berakal. Saya sangat-sangat kasihan mereka yang separuh abad tetapi ketawa terbahak-bahak memeluk kemungkaran. Ohh, apakah tiada cucu dan cicit untuk merasa malu? atau sudah bercawat kembali ke era Paleolitik dan Neolitik? Farid Rashidi(Quote)
bila bincang isu cinta ini dengan pelajar2 sekolah menangah…soalan cepumas dari mereka..” ala..ustazah tak pernah ke bercinta masa sekolah ke universiti ke?” …bayangkan kalau kita pun terjebak dlm isu ni, susahkan nak jawabkan?..Alhamdulillah ustazalina jawab..”perasaan suka pd seseorang tu mmg ada (hu…respon pelajar)dan itu adalah lumrah..tetapi bila kita fikir semua tu adalah dosa dan maksiat…dan kita tak mahu permulaan rumahtangga kita dimulai dengan dosa ditambah dengan sifat malu..kita pendamkan semua perasaan itu dan mohon pada Allah agar dikurniakan pasangan hidup yg baik…Alhamdulillah…sekarang ustazahlina sedang mengadakan sesi perbincangan bersama couple 2 yg terdapat di sekolah
ilina’s menulis entri terkini..Semoga berjaya… ilina(Quote)
Baguslah ustazah, semoga pekerjaan ustazah diberkati hendakNya. Didiklah, bimbinglah mereka sebaik mungkin. Sangat malang jika tidak ada lagi remaja harapan agama. Sangat rugi.
Kalau saya, jawab saja. Bercintalah era kahwin
Farid Rashidi(Quote)
Seorang pemuda telah menemui Raslullah saw dan memohon, “Izinkan saya melakukan zina.”
Para sahabat rahum tidak dapat bersabar lalu memarahinya.
Nabi saw berkata kepada pemuda itu, “Hampirlahke sini.”
Kemudian Baginda saw bersabda, “Adakah kamu ingin orang berzina dengan ibumu?”…
***
sepohonkayu’s menulis entri terkini..Izinkanlah saya… Tidak!! Semoga… sepohonkayu(Quote)
Terima kasih ya sepohonkayu atas peringatan sabda baginda Rasulullah SAW. Kalau lelaki-lelaki sedar hakikat kata-kata baginda sudah tentu mereka merasa malu semahu-mahunya. Farid Rashidi(Quote)
erm…kalau cinta dan kasih pada ibu sudah menyebabkn kerinduaan..
agaknya bertambah2 lagi la kalau berlainan jantina..( oh tidak pandai la pulak ana nk gmbrkn)lagi2 bila janji manis dituturkn..
dan wujudnya 3rd party iaitu syaitan..bertmbh indah la segalanya-Mga dijauhi dari cinta terlarang..
=) renungan dan kisah2 menarik ust bentangkn utk peringtn..
manusia mudah tertarik dgn cinta dunia berbanding cinta KhaliqNya.Mahu neraka ke syurga..sng kata takut Allah ke tidak sebenarnya? Ya Rabb peliharalah hati ini juga.. sinar(Quote)
Rindu sangat bahaya bila ada ‘dendam’ dan ‘berahi’. Ramai yang terlanjur kerana dua perkara inilah. Bayangkan kalau terlalu rindu, lalu jumpa pula berdua-duaan tempat gelap. Senangkah mahu mengawalnya? syaitan pula mencucuk tajam.
Pokoknya, bagaimana yang dikatakan cinta Allah? Farid Rashidi(Quote)
ye dua perkara itu sgt2 ditakuti..rindu biar tmpt dan cara pada hemat ana..peringtn keras perlu diambil..kalau tidak kecundg jwbnya
cinta pada Allah..ana rasa ust mampu huraikn dgn lebih kemas..ana jg igin thu pdgn dan olahan ust~ana jga gen Y yg sllu abu saif perkatakn..ingin tahu..
cuma pada pengamatan anak kecil ini…
Jika syariat Allah di sakiti..hati sakit sbb Allah yg dicinta dibuat endah x endah
Jika daku sendiri melakukn dosa..hati menyesal dan menangis hiba..terleka dgn dunia ciptaanNya jua…tapi sejurus mengadu ibarat ada hembusan ketenangan..
Pandangn Allah tu adalah world view yg berasaskn tauhid..masakan cara hidup yg terbaik dan cinta agung kita tak nk..Dia ja the only one yg bila kita layarkn ingatan hati tenteram..tapi kalau manusia byk sungguh kerisauan..Wallahu3alam msh cuba mengenal satu ciptaan bernama hati dan perasaan..berusaha utk mendidik jiwa ini ats landsn yg benar…dan mencariNya sungguh menuntut kesabaran..dan macam dugaan hadir..mga tak lemah dan kalah oleh ujian.. sinar(Quote)
Insya’Allah jikalau saya kelapangan dan diberikan masa oleh Allah SWT untuk menulis tentangnya.
Allah SWT Maha Pengampun dosa hambanya, selalulah beristighfar dan bertaubat. Semoga kita di kalangan hamba yang diampunkan Allah SWT.
Oleh itu, kita cari puncanya. Tahan dahulu punca sebelum merebak. Kerana penyakit bila merebak sukar untuk diubati bukan? Farid Rashidi(Quote)
terangguk-angguk ana mengiyakan.. syukrn ustz
sinar’s menulis entri terkini..Allah on our side sinar(Quote)
Terhangguk-hangguk ya
mujur tak menggeleng.
afwan… Farid Rashidi(Quote)
salam ziarah…menarik entri ni..buat nasihat kepadapara remaja yang semakin di buas keasyikan cinta palsu mereka..
Semoga terus berdakwah…
=) s.azimah.r(Quote)
Ameen, semoga anda juga selalu ke sini
Farid Rashidi(Quote)
Mantap akhi tulisan ini. Semoga setiap cinta itu terus mekar suci mengikut lunas dan syariatNya.. amin SangMentari(Quote)
Ameenn, usahlah selalu memuji wahai sangmentari. Saya ‘takut’ dengan pujian.
Kamu juga apa kurangnya bukan?
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum akhie…
Artikel yang hensem mcm orgnya.hehee.
-petikan-
“Saya tidak dapat menggambarkan betapa indahnya jika semua manusia mengetahui hakikat bahagia sebuah perkahwinan dunia berkesinambungan ke syurga nanti.”
Tetapi itulah JANJINYA!
Melakar cinta di syurga sangat menarik jika tahu inti patinya. Menganyam cinta bertatarkan Iman. Cinta perkataan yang indah dan suci..sekiranya takwa menjadi benang dalam menyulam cinta..falsafah cinta yang harus dipegang dalam perkahwinan. Bukankah indah jika begitu?
Tanggunjawab tanpa cinta adalah beban dan derita.Indahnya jika bercinta selepas akad..baru merasai kemanisan cinta itu.Sebaik-baik iktilat..ikatla dengan ikatan yang diredhai supaya batas syariat dihormati.
Salam Kalam Cinta Ilahi
srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Koleksi Bunga…. srikandi kasih suci(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Artikel saja, bukan orangnya ya.
Bermasalah jika sulaman itu disimpul pada kain yang kotor, carik pula dengan noda, maka inti patinya hilang ditelan mekar si bunga hitam.
Cinta dan tanggungjawab saling berkaitan. Lalu menghasilkan amanah, lantas berbuah rasa perhambaan pada sulaman cinta sesama manusia. Farid Rashidi(Quote)
nikmat cinta dan kasih sayang yg haram hanyalah sementara.. tp ramai yg memilihnya.. cLoVer(Quote)
SEmakin ramai yang tahu betapa haramnya menzalimi cinta, semakin ramai pula yang terus mengikuti. “Bagai himar ditarik tali.” Farid Rashidi(Quote)
salam buat penulis cinta…
hmm sudah baca entri ini pada hari2 yang lepas…tapi,baru hari ini nak letak komen…sudah ramai orang yang memberi komen,tak tahulah komen yang sedikit ini terlihat atau tidak ^^
cinta memang indah….cinta memang menyeksakan…hatta cinta itu bisa membutakan…namun,yang dikatakan cinta itu jugalah yang dicari…tanyalah siapa sahaja,sehebat mana pun dia,pasti resah hatinya andai tiada cinta hadir dalam diri…oh,hebat sungguh makhluk ciptaan Allah ini…
semoga ibnurashidi dikurniakan isteri yang solehah…yang akan memudahkan kesusahan…menyinar setiap hari2 yang harus ditempuh…menjadi punca kegembiraan tatkala dilanda kemurungan….ameen ^^
~~sudah tempuhi imtihan kah…rasanya belum kan….16hb kan? ~~
damai’s menulis entri terkini..last day… damai(Quote)
Salam,
Setitik tinta yang tertumpah di lembaran blog ini sesekali tidak akan terabai, walau terkadang lewat membalasnya. Terima kasih atas pembacaanya.
Suatu persoalan, adakah cinta itu makhluk? Mengapa orang masih menelan ubat walau tahu ianya pahit? itu jawapan kenapa manusia mencari cinta.
Ameen Ya Rabb!!
Baru selesai satu madah, menanti lagi 7 dihadapan. Kalian tolong doakan ya! Farid Rashidi(Quote)
hmm tertinggal pula…bak kata balqis,gambar itu sangat cantik….memang cemburu pada orang yang hebat seni ni ^^
damai’s menulis entri terkini..last day… damai(Quote)
Tak semua manusia itu ‘tahu’,
Tak semua manusia itu Doktor,
Tak semua manusia itu alim,
Tak semua manusia itu pemerintah,
Tak semua manusia itu saintis..
Usahlah cemburu pada sekeping lakaran yang entah apa-apa itu, bukankah setiap manusia ada kemahirannya?
Farid Rashidi(Quote)
moga kita dlindungi dpd perkara keji spt ini..
emrullah’s menulis entri terkini..Hari yang Panjang emrullah(Quote)
Ameen, ya moga dijauhkan daripadanya.
Saya mengalukan sebarang perkongsian cerita dan perbincangan ilmiah dari kalian. Farid Rashidi(Quote)
Semua sudah ada dlm huraian…..tidak ada yg tidak setuju, melainkan sgt bersetuju belaka!
.
K Kin’s menulis entri terkini..Award dari Bradford K Kin(Quote)
Waahh, satu kesimpulan yang mudah sekali.
Agaknya kalau ditanya semula setuju tentang apa, mesti kelam kabut juga nak menjawabnya..hehe. Farid Rashidi(Quote)
setuju tentang indahnya bercinta lepas kawen la!
.
K Kin’s menulis entri terkini..Award dari Bradford K Kin(Quote)
ohh, ingatkan setuju apa tadi
Apapun, terima kasih kerana menapak ke sini ya. Farid Rashidi(Quote)
salam..erm ssh nk cari some1 y mau bercinta lepas kawen…
skrg ni dh semacam trend kena bercinta sblm kawen..for me kawan sblm
kawen tp becinta lps kawen..itu lebih mendapat nikmat n berkat..
when we do sumthin for d first time only with our husband/wife n_n..
itu lagi terasa kemanisanny..first kluar datin berdua as a husband n wife..
wow tat is sweet n_n ….mau itu..tp skrg ssh nk cari some1 y paham m_ _m spekmataku(Quote)
salam,
Memang susah sebab persekitaran begitu. Apapun, sebenarnya point saya nak sebutkan di dalam entri saya di atas ialah ‘cinta yang menzalimi jantina’. Merasa sebelum kena masanya. Farid Rashidi(Quote)
Kes ni mudah..
Puncanya sebab berjumpa tanpa berteman (mahram lain). Sebab tu setan duk jadi teman diorang. Ini bukan orang tu kuat agama ke, atau apa. Iman tu bertambah dan berkurang. Time jumpa tak berteman tu lah iman berkurang, time berjumpa berteman tulah iman maintain..
Kepada kaum hawa dan adam diluar sana.. Kita kita kne ubah cara kita! Kita kene letak matlamat jelas bila “berkenan”. Bukan main larung jer.. Bila main larung tu.. sebab tu lah.. jadi macam2.. dari kenan, kepada saya, pastu jumpa, then ngadung, buang bayi, last sekali bunuh.. berapa banyak jenayah hudud nak kena nih? ibnu ali(Quote)
Ya, semudah melakukannya.
Main larung itu apa ya akhi?
Itulah akibatnya, bila dakwah tidak berkesan, hukum hudud terabai. Segalanya lingkup dan jahanam. Farid Rashidi(Quote)
salam akhi..
kef halak.. lama xsinggah disini.. maaf, kerna urusan thesis yg perlu diselesaikan.. doakan ana najah fasal jay.. akhi pun.. mg najah hendaknya.. ma’a taufiq wan najah..
yislamu kithir ala hazihi tazkirah.. teringat zaman2 kecil2 dulu.. cerite2 monyet yang didengari.. n sebagainya.. ya, klu dah dilamun cinta, mmg terkadang nafsu menguasai segala.. jd.. sebolehnya, jika dapat dihindari rasa itu, maka hindarila selagi tiada niat untuk berumahtangga..
sedih mendengar berita2 yg melibatkan cinta durjana.. merosakkan malah menghancurkan.. cinta suci yg sepatutnya dibina.. dicemari kerna nafsu semata.. mg diselamatkan kita dari kemaksiatan yang semakin beraja..
NoRuLLiSzA(Quote)
NoRuLLiSzA´s last blog .... RiSaLaH ohh RiSaLaH ..
@NoRuLLiSzA: Salam,
Alhamdulillah kher. Insya’Allah, di mana ada usaha.. di situ ada kejayaan.
Ya, saya setuju kenyataan itu. Manusia yang bercinta, monyet dapat nama. Cucur buat dari tepung, badak dapat nama – cucur badak. Farid Rashidi(Quote)