Bolehkah Haiwan Ini Di Makan?
Category : Fakta Umum, Fiqh Islami, Wacana Ilmiah

Dubuk
Dubuk adalah sejenis haiwan berwajah bengis seakan-akan anjing dan serigala. Dalam bahasa arab, Dubuk dipanggil Dubu’.
Hukum Memakan Dubuk
Ulama’ telah berselisih pendapat mengenai hukum memakan dubuk kepada dua pendapat:
1. Harus memakan dubuk bagi pendapat Imam Syafie, Hanabilah, Zohiriyyah dan jumhur fuqaha’.
Pendapat ini berdasarkan kepada hadis Abdul Rahman Bin Abi Umar. Beliau telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah r.a berkenaan dubuk. Katanya: Adakah engkau makan? Berkata Jabir: Ya. Kata Abdul Rahman: Adakah engkau memburunya? Kata Jabir: Ya. Beliau berkata: Adakah engkau mendengarnya dari Rasulullah SAW? Kata Jabir: Ya. (Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam sunannya)
2.Tidak boleh makan dubuk bagi mazhab Abi Hanafiah, Abi Yusof Muhammad Ibn Hassan dan pendapat mahsyur dari Imam Malik.
Ini berdasarkan hujjah umum dari kata-kata baginda SAW: “Memakan setiap binatang bertaring daripada binatang buas adalah haram.” Dan Dubuk ini adalah haiwan buas.
Berkata Al-Auza’ei: Sesungguhnya Ulama’ Syam tidak makan binatang buas dan makruh kita memakannya.
Dalam masalah ini, ulama’ telah mengeluarkan pelbagai pendapat samaada dari kalangan yang mengharuskan makan atau pun tidak. Namun begitu, di sana wujud pendapat rajih yang mengatakan bahawa harus memakan haiwan Dubuk mengikut pendapat yang pertama. Manakala pendapat yang kedua adalah dalil umum dan telah dikhususkan oleh dalil yang pertama.
Tidak ada masalah jika sesiapa mahu memakannya ataupun tidak. Wallahu a’lam.

Dhab
Dhab adalah sejenis haiwan yang menyerupai biawak, tetapi saiznya agak besar berbanding biawak biasa. Keistimewaan Dhab menurut penulis kitab ini ialah jangka hayat hidupnya boleh mencecah sehingga 700 tahun. Malahan ia mampu hidup dalam persekitaran panas dan boleh menahan daripada meminum air.
Haiwan ini juga dikatakan kencing selama 40 tahun sekali. Malahan giginya tidak gugur sebagaimana manusia yang bersilih ganti gigi susu kepada gigi kekal. Sungguh ajaib bukan ciptaan Allah SWT? Subhanallah, azim!
Hukum Memakan Dhab
Dalam masalah memakan Dhab, ulama’ pelbagai mazhab telah mengeluarkan tiga pendapat:
1.Mazhab pertama dari kalangan jumhur ulama’ mengatakan bahawa harus memakannya.
Ini berdasarkan hadis Syu’bi dari Ibnu Umar katanya: Sesungguhnya sahabat Nabi Muhammad SAW memakan Dhab, salah seorang isteri Nabi Muhammad SAW memanggil mereka dan menjamu Dhab, dan Nabi Muhammad SAW berkata: “makanlah, (Dhab) ini bukan makananku..” (Dikeluarkan oleh Muslim)
Menurut riwayat lain, baginda SAW tidak memakannya dan tidak mengharamkan para sahabat memakannya. (Rujuk hadis yang dikeluarkan Ahmad dalam kitab Musnad)
2.Mazhab kedua dari kalangan setengah ulama’ mengatakan bahawa haiwan Dhab haram dimakan.
3.Manakala mazhab ketiga pula mengatakan bahawa makruh memakan haiwan Dhab. Pendapat ini menurut pandangan Abi Hanifah, Abi Yusof , Muhammad, Ali bin Abi Talib, Jabir bin Abdullah.
Kesimpulannya, pendapat rajih ialah pendapat mazhab jumhur iaitu pendapat pertama yang mengatakan bahawa memakan Dhab hukumnya harus. Ini berdasarkan hadis yang menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW tidak melarang sahabat memakan Dhab. Wallahu a’lam.

Arnab
Arnab atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Rabbit merupakan sejenis mamalia kecil yang comel. Nama saintifik arnab adalah Oryctolagus. Di dalam bahasa arab pula ia dipanggil arnabun.
Arnab adalah benda hidup dari alam haiwan filum kordata dalam kelas mamalia dalam order lagomorpha. Arnab adalah haiwan yang makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan.
Saya yakin ramai yang tahu haiwan bernama arnab ini. Tambahan pula cerita dogeng kanak-kanak juga menyebut perihal haiwan bernama arnab. Rujuk kisah ‘Perlumbaan arnab dan kura-kura’.
Hukum Memakan Arnab
Baiklah, hukum memakan arnab adalah harus menurut keseluruhan pendapat ulama’. Ini berdasarkan dalil hadis di bawah:
Daripada Anas r.a berkata: …aku tangkap arnab dan dibawa kepada Abi Talha dan disembelihnya lalu dibawa dua peha arnab kepada Nabi Muhammad SAW, dan Nabi SAW menerimanya.
Wallahu a’lam.

Gajah
Gajah adalah mamalia dan merupakan haiwan darat terbesar di dunia. Terdapat 2 spesis gajah di dunia iaitu:
1.Gajah Asia (dulu dikenal dengan nama Gajah India)
2.Gajah Afrika
Tempoh kehamilan gajah adalah 22 bulan. Berat anak gajah pada umumnya 120 kilogram. Seekor gajah boleh hidup selama 70 tahun. Dalam bahasa arab ianya disebut dengan gelaran fiil. Istilah saintifik bagi gajah pula ialah Elephantidae.
Hukum Memakan Gajah
Telah dirwayatkan dari ashab, sesungguhnya tidak mengapa memakan gajah. Berkata Ibnu Hazam: Adapun gajah bukanlah sejenis haiwan dikalangan binatang buas dan tidak didatangkan dalil tentang keharamannya. Ianya halal dimakan menurut pendapatnya. Manakala menurut Al-Hassan ianya makruh kerana mempunyai taring. Wallahu a’lam.

Musang
Musang adalah nama umum bagi sekelompok mamalia pemangsa (bangsa karnivora) dari suku Viverridae. Hewan ini kebanyakan merupakan hewan malam (nokturnal) dan pemanjat yang baik.
Bahasa arab menyebut musang dengan gelaran Sa’labun. Manakala bahasa inggeris pula menggelarkan musang sebagai fox.
Hukum Memakan Musang
Harus memakan musang menurut pendapat Asy-Syafie’ dan Ashabnya. Manakala menurut Abu Hanafiah dan Abu Yusof tidak memakan Dubuk serta tidak memakan Musang kerana keduanya daripada kalangan haiwan liar dan gigi bertaring. Wallahu a’lam.

Kera atau Monyet
Monyet adalah haiwan mamalia. Menurut sumber, kini telah ditemukan lebih kurang 264 spesies monyet di dunia. Kera juga mempunyai persamaan fizikalnya dengan monyet. Terdapat beberapa jenis kera seperti simpanse dan gibbon kadang-kadang disebut juga sebagai monyet. Dalam bahasa arab ianya dipanggil Qardun.
Hukum Memakan Kera atau Monyet
Berkata Abu Umar bin Abdul Birr: Telah disepakati muslimin bahawa tidak harus memakan kera berdasarkan larangan Rasulullah SAW.
Syeikh ad-Damiri menyatakan bahawa:
Makan kera adalah haram disisi kami (ulama Syafie). Ini adalah pendapat ikrimah, ‘ata, Mujahid, Hasan dan Ibnu Habib.
Kesimpulannya hukum memakan kera adalah haram didalam mazhab Syafie berdasarkan ayat:
“Dan Allah mengharamkan perkara-perkara yang menjijikkan.” (56: al-‘Araf)
Wallahu a’lam.
Sumber rujukan:
Fiqhu Hadis Sanah Rabi’ah, Doktor Khaleed Syakir Athiah Sulaiman, Ustaz hadis bikuliyyah Usuluddin Dakwah Al-Islamiyyah Tanta.
Wikipedia
3:53 AM, 6 Mei 2009,
Siberbay, Tanta.





salam…ermm..’bergelora’ je tekak tgk binatang yang bukan makanan kita nie..rupanya gajah pun boleh makan ekk..tak tau pun..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Hehehe..makanlah gajah kalau boleh. Bagi saya, tak mahu makannya. Agaknya kalau dapat makan gajah berapa bulan mahu habiskan dagingnya?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
makan gajah?..erm..selagi ada ayam..saya pun tak kan makan gajah kot..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Ya, makanlah makanan selagi mana ianya membawa manfaat.
Lainlah kalau bumi ini sudah kehabisan makanan, hanya tinggal gajah dan binatang-binatang seperti di atas. Tentu selera makan gajah
Saya sebenarnya sedikit geli mahu makan arnab. Terbayang kucing..
Oh ya, di sini banyak Dhab juga. Mahu makan? hehe.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
He he…. kalau bagi percuma pun Tie tak makan dubuk tu..hu hu… loya rasa, tengok dubuk tu makan bangkai lagi.
Banyak lagi makanan yang lebih baik dan berselera. Tak tahu laa, elok makan sayur je kalau tak ada daging….
Tie’s menulis entri terkini..Letih
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Ya, saya rasa dubuk makan bangkai. Tengok dalam National Geografi. Bunyinya juga sangat pelik bukan?
Dalam kes darurat manusia pernah makan orang tau. Jadi?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
selera makan gajah?bunyi ust ckap cam sodap je..hehe..saya pun sama bile tgk arnab terbayang kucing..tu yang tak leh nak makan arnab..dhab?uik lagi bahaya…nak tgk pun tak leh je..nak makan apatah lagi…ke ust teringin?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Errkk, saya pun tak pernah makan gajah lagi. Itu kalau dalam keadaan darurat. Harapnya manusia taklah sampai kehabisan makanan dan makan gajah ya..hehe.
Saya pernah tengok video klip di China. Mereka buat nasi goreng kucing. Sangat meloyakan!
Dhab? Untuk pengetahuan, Dhab dibuat ubat. Banyak khasiatnya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
kata orang dhab itu mujarab dibuat ubat..
Mohd Hafifi’s menulis entri terkini..Mana Butang Submit Komen
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Ya, mujarab sekali. Sesuai untuk mereka yang berumah tangga.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
tolak arnab, yg lain tu sumer macam makanan eksotik jer… klu bukan darurat, idak le tetelan nk mkn sume tu…
org mkn org? baru jer tgk dlm national goegraphic.. mmg ade…
azmamusa’s menulis entri terkini..ternak aedes besar-besaran..tapi x kena saman..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Ye, orang makan orang memang wujud suatu ketika dahulu. Ianya dipanggil canibal.
Sewaktu Stalin memerintah Russia juga rakyatnya terlalu miskin dan kelaparan sehinggakan ada keluarga sanggup memakan anak sendiri buat alas perut. Dahsyat bukan manusia kafir?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
masyaallah..brutal sungguh..kalah bapak lion mkn anak lion… tu stalin le tanggong dosanya…jadi batu api d neraka sampai bila-bila…
azmamusa’s menulis entri terkini..ternak aedes besar-besaran..tapi x kena saman..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Na’am, sungguh brutal tahap maksimum mereka itu. Sampaikan manusia dan haiwan tidak lagi dikenalnya.
Rasanya lion juga sayangkan anaknyakan..:)
Cuma bapak haruan saja yang makan anak haruan..hehe.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam..ustaz bintang kt mlysia x da kot…hu3…tp hari manusia tidak tahu,,,ambil riba sama seperti makan khinzir…dosa dia…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
Ada juga, gajah, arnab, kera dan musang ada di Malaysia. Mungkin dhab dan dubuk tak ada.
Ya, riba sangat berleluasa sehinggakan manusia sudah tidak dapat membezakan lagi antara yang haq dan bathil. Khinzir kata mereka haram, riba tak haram pula? ohh..apa sudah jadi?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Minyak dhab pernah dengar..arnab tu sgt cute, rasa kesian pula nak makan..dulu heboh org komplain tentang org2 Nepal kat sini makan anjing, melanggar tatasusila masyarakat M’sia..hee..kembang urat tengkuk..
nohas’s menulis entri terkini..Chemical Romance
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Ya, minyak Dhab memang mujarab. Di sini banyak terjual. Sesiapa mahu menempahnya, bolehlah hubungi penulis.
Dubuk itu bukan anjing, tetapi rupanya seperti anjing.
Ada lebih dahsyat lagi. Orang china memakan bayi yang keguguran. Mereka buat sup! ohh..sungguh ‘mereng’.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Farid…
Binatang-binatang yang Farid sebutkan di atas tu…kak tirana pernah makan arnab aje…hehehe..sedap daging arnab..macam daging ayam.. Binatang2 lain tu rasanya tak tergamak kot nak makan selagi ada pilihan lain.. Kalau dah darurat..terpaksa la gamaknya..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Ohh, pernah makan arnab? eerrr…manis dan sedap macam daging ayam? saya seperti ‘loya’ pula.
Orang putih tak darurat pun mereka sanggup menelannya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Bagaimana dengan Tupai dan ulat sagu?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Tupai harus menurut pendapat sesetangah ulama’.
Ulat haram kerana termasuk perkara menjijikkan, melainkan ulat yang berada dalam buah atau sayur. Itu tidak mengapa.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…
antara dua daunia bisa ku pilih.. tetapi,antara dua hukum, bisaku pilih untuk keliru. namun antara dua pilihan,ku pilih yang terbaik untuk menjadi yang terbaik.. menjauhi yang was-was lebih baik ..
lagipun, binatang buas dan liar selalunya menjadi agen kepada sesetengah penyakit dan apa yang haram itu ternyata membawa keburukan…
Tronx013’s menulis entri terkini..Artikel 41- Jangan Pilih Jalan Kegelapan
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Tentang dua hukum tidak perlu keliru akhi. Itu lebih memudahkan kita. Tidak semestinya perlu ikut satu pendapat. Seandainya kita tahu hujjah mereka, boleh saja mahu ikut yang mana satu.
Contohnya: Babi haram. Tetapi ramai yang memakannya. Akhirnya Allah SWT turunkan bala, baru sedar agaknya. Betulkan?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
manusia ni pernah sedar ke? kalau sedar pun still akan meneruskan perjuangan memenuhi nafsu.. apa saja akan dilakukan.. huhhhhhhhhhhhhh…..
Tronx013’s menulis entri terkini..Artikel 41- Jangan Pilih Jalan Kegelapan
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Nafsu ini seperti candu..ia akan sentiasa ketagih dan ketagih…ia tidak kira tua atau muda. Sentiasa berbunga-bunga.
Tentang babi itu, saya tak rasa mereka akan sedar. Tengoklah, pada mulanya di sebut selsema babi, lalu ditukar pula dengan nama yang kononnya lebih sopan.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
ooo..dubuk tu boleh dibuat makan rupanya.. heheheh
agak2 rasanya ada mcam ayam KFC ker?
hmmm
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Boleh dibuat makan kalau rasa ‘lalu’…saya juga fikir dua kali nak memakannya. hehe.
KFC? KFC juga saya jarang makan.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam buat yang memberi ilmu tentang makanan..
wah,terkejut juga bila baca yang dubuk dan musang boleh dimakan…selama ini,ingatkan binatang buas memang haram langsung untuk dimakan….benarlah kata orang,lagi banyak membaca dan lagi banyak ilmu dikumpul,terasa banyak benda yang diri tidak tahu….terima kasih buat penulis atas ilmu berguna ini ^^
Damai pernah tengok orang china yang goreng nasi berlaukkan kucing itu…entah apalah rasanya ya huhu
~~ hendak makan sotong pun,ibu Damai perlu menerangkan bagaimana rasa sotong itu…apatah lagi,haiwan2 di atas ~~
damai’s menulis entri terkini..baiki,baiki dan baiki kelemahan….
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Doktor,
Sebenarnya dalam masalah ini melihat masyarakat Malaysia tidak memakan musang mungkin kerana mengambil pendapat Imam Hanafi. Tidak ada masalah.
Sama-sama. Teruskan membaca lagi dan lagi ya.
Rasanya? Kucing juga termasuk haiwan yang mempunyai gigi taring.
Tak makan sotongkah?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
dulu2 tidak makan…tapi,setelah ibu ‘tipu’ kata rasanya seperti rasa ayam baru makan hihi
ya,kucing tidak boleh dimakan…^^
dalam usaha untuk membaca…moga mata terus terbuka tanpa kekeringan dan kepenatan….^^
damai’s menulis entri terkini..baiki,baiki dan baiki kelemahan….
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Nampaknya seperti kamu baru saja mengenali rasa sotong ya. Sotong sangat lazat, teringat saya kalau sewaktu di belajar di Terengganu dahulu. Selalu juga saya dan rakan-rakan ke bazar tepi pantai Teluk ketapang membeli sotong goreng celup tepung. Makan bersama sos cili yang enak!
Terkenang sehingga kini.
Semoga kamu terus mampu membaca, bukan buku membaca mata.
Satu lagi spesis yang halal, tetapi geli. ‘Belut’.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
wah,itu memang kesukaan Damai…sotong goreng tepung…tak sabar nak balik Malaysia…huhu
tengok belut teringat ikan keli…sedapnya…nak balik Malaysia cepat…oh,julai..cepatlah datang ^^
damai’s menulis entri terkini..baiki,baiki dan baiki kelemahan….
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Selamat kembali ke Malaysia.
Doakan kami di sini turut dapat menyelesaikan pengajian tahun ini ya.
Tengok belut macam ikan keli? sedapkah? aduhh..agak geli.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
maaf mencelah, ustaz orang kedah kan? bukan kedah kaya dengan sawah padi yang juga kaya dengan Belut dan ikan keli..heheh.. just try ustz.. saya yg tak makan ikan keli pun dah makan,belut pun masa kecik siap saya yang tangkap guna kail…lagi2 kat kelantan ni, makanan berasakan ikan keli banyak je, belut? huh.. senang sangat nak dapat.. soal geli no 2, yang penting halalan toiban..
nikmati nikmat Allah yang indah, bersyukur pada nikmat yang melimpah.. perbedaan juga suatu nikmat, kelemahan pula suatu hakikat yang perlu difahami..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
silakan mencelah akhi. Tiada halangan.
Na’am orang kedah. Err…ya, ikan keli, belut, sepat, haruan, ‘bong’, talapia memang menjadi kenangan indah berada di kampung yang ada sawah. Saya sememangnya pernah bergelumang dengan lumpur sawah dan sungai. Malah waktu kecil selalu menggunakan mata kail untuk memancing ikan di paya dan tali air sawah.
Ikan keli saya makan…belut pun boleh kot, cuma agak geli..hehe. Jangan tak tahu, di Mesir juga ada ikan keli dan ikan talapia. Banyak dan lazat!
Ya, halal.
Sebab itu indahnya ciptaan Allah SWT. Menciptakan manusia pelbagai jenis dan rupa. Haiwan juga berlainan bentuknya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
kiranya, tiada beza sangat la ikan di Mesir dan ikan di Malaysia?…
ada tak haiwan pelik yg xda di Malaysia yang dijadikan makanan di Mesir?…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Ada juga perbezaannya. Ikannya agak besar dan lazat rasanya. Boleh dikatakan setiap hari kami berlaukkan ikan. Cumanya di sini boleh bilang spesis ikan yang popular. Antaranya talapia, keli, sardin, shaukah, tuna dan ikan bilis.
Haiwan pelik (tidaklah terlalu pelik) antaranya Dhab, unta, khoruf, towwuk, hamamah. Mahu terjemahan?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
asalamualaikum…
rasanya selagi mampu (tidak dlm darurat dsb) elokle kita makan makanan yg tidak menimbul was-was, keraguan dsb. apala yg kita selalu sgt nak ‘memuaskan’ kehendak rasa 2 inci di leher tu…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
wa’alaikumussalam,
Jadinya, seandai kita ditakdirkan tiada makanan dan hanya ada binatang di atas untuk kita makan.(nauzubillah) Maka kita sudah tahu hukum halal haramnyakan.
Dulu saya pernah tengok fear factor sewaktu di Malaysia. Ohh, apakah manusia itu normal bila sanggup menelan najis, ulat dan anggota babi yang busuk?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam wbt..
bljr bhs arab, sains, geografi, fiqah di sni..
semua haiwan di atas perlu disembelih trmasuk gajah yer?
*selagi ad mknn yg menyelerakn, elk mkn haiwan yg hmpir pupus.. hehe..
selamatkan haiwan yg diancam kepupusn..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Belajarlah selagi boleh belajar
Tidak semua haiwan di atas boleh makan. Yang harus makan semestinya perlu disembelih.
Ya, betul juga ya. Sudah semakin pupus
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
hehe..hmm..paling penting..yang pasti makan makanan dari sumber yang halal..
makan untuk hidup bukan hidup untuk makan..
k.yong’s menulis entri terkini..Nape tak bersemangat nie??
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Makanlah apa saja yang halal, semoga ianya memberi kekuatan untuk terus beribadat dan berkelana di muka bumi ini.
Artikel ini sebagai suatu info untuk pengetahuan umum. Mana tahu kita ditanya tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya dapat menjawabnya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam.
buat komen baru,ruang makin kecil je..
” Haiwan pelik (tidaklah terlalu pelik) antaranya Dhab, unta, khoruf, towwuk, hamamah. Mahu terjemahan?
” +shaukah?
Yes!! nak tau? nak imagine pun tak leh langsung..
(tetiba saja flight of idea,keluar dari tajuk artikal)
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
Menjawab kepada persoalannya, jadi saya terangkan satu-persatu. Shaukah adalah sejenis ikan seakan ikan kembung atau ikan sardin. Gabungan kedua-dua ikan tersebut.
Dhab dan unta sudah tahukan?
Khoruf seakan kambing tetapi berbulu tebal. Bukan biri-biri.
Towwuk ialah ayam belanda. Kebiasaan arab menjadikan dagingnya sebagai inti roti, burger atau lain-lain. Sangat sedap!
Hamamah pula ialah burung merpati. Banyak dijual di pasar-pasar tempatan.
Ada rezeki jemputlah datang ziarah sendiri ke sini. Semua perasaan pasti wujud.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
inshaAllah boleh sampai, saya menanti tiket kapal terbang dari Ustaz dan ustaz bawa saya melawat seluruh Mesir.. hehe gurau je..
wah,lagi beberapa hari lagi ustaz nak exam..seramnye dengar exam.. saya dah sebulan habis,sekarang cuti panjang.. bolehlah lawat blog ustaz dan semuanya sepenuh masa..hehe..
selamat study dengan tenang.. May Allah bless US…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Adeehh, saya rasa mahu melayang ke udara denfar tiket free.
Ibu bapa saya juga sedang bertungkus lumus mengumpul duit untuk tiket kapal terbang saya pulang nanti.
Ya, seram tapi elakkan tension dan tertekan. Bimbang kucar kacir fikiran. Selamat bercuti ya Tronx013!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
waduh, terasa kesusahan keluarga yang bekorban demi diri ini juga… namun, duit bukanlah apa sangat, keberkatan dalam beharta adalah penting,duit yang sedikit pasti kan cukup andai Allah memberkati dan mencukupkan nikmatnya pada kita.. inshaAllah.
(rasanya dah terlalu jauh menyimpang komentar saya.)
1. berbalik pada topik asal,
yang saya faham, segala yang ada dilaut boleh dimakan melainkan yang beracun dan memudharatkan… andai ada hidupan laut atau ikan yang serupa macam khinzir sekalipun,binatang laut itu boleh dimakan.. betul x ustaz? saya macam pernah baca artikal ni,tapi dah berkurun lama tak belajar fiqh.. rasa was2 pula,atau saya dah keliru balik.
2. Binatang seperti ayam yg dijual pada orang bukan muslim untuk tujuan penyembahan adalah haram kan?walaupun binatang itu disembelih oleh kita,hukum menjual binatang seperti ayam yang disembelih kepada orang bukan muslim adalah haram andai tujuan untuk penyembahan?
Tetapi,andai kita tidak tanya orang bukan Islam tentang tujuan pembelian binatang tersebut,sebab kita khuatir pembeli bukan Muslim menggunakan binatang jualan kita untuk penyembahannya,maka hukum jual beli haram,makruh atau harus?
maaf ustaz,i’m a complicated person..
p/s- ustaz xsiarkan jadual exam ustaz dalam blog ni kan? xjumpa jadual penuh.. yg ada,11mei imtihan takhaluff alquran,16 mei … yg sepenuhnya xjumpa.. kalau ada,inshaAllah,tunjukkan pada saya, inshaAllah ada je soalan yg saya nak tanya..
(setiap amalan itu bermula dengan Niat,…- peringatan dalam Hadis 40,untuk saya juga)
semoga Allah memberkati kita semua, Allah wustur alaik. Moga Allah mempermudahkan segala urusan ustaz dan kita semua..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Izayyak?
Mafish musykilah alas su’al.
Benar, betapa besarnya pengorbanan ibu bapa mendidik dan memberi sebarang keperluan sehingga kini. Teringat kata-kata Mak Ngah saya. “Mahu dapatkan satu sen juga merah biji mata”.
Hargailah ibu bapa kata. (Saya juga sudah melencong dari bicara tentang haiwan..hehe).
Selamat Hari Ibu! setiap hari adalah hari ibu bapa.
1.Ikan serupa khinzir? ikan apa tu? boleh detailkan sedikit rupa bentuknya. Atau boleh tunjukkan gambarnya.
2.Tidak ada masalah kita mahu menjual ayam kepada orang kafir. Pada lazimnya kita tahu orang membeli ayam untuk makan, Jadi juallah. Lainlah kalau kita tahu ayam itu bertujuan digunakan perkara khurafat maka jika kita syubhat hukumnya boleh jatuh haram.
Begitu juga jika ayam digunakan untuk upacara sembahan seperti penamat silat dll. Semua itu adalah suatu bentuk kesyirikan yang wajib dijauhi.
Saya sudah letakkan jadual di Twitter. Tengoklah.
Ana tahta amrak, bil aks wana basy kurak.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
maksud ayat di bawah apa?saya xda kamus,kalau ada kamus arab pun xtau nak cari sebab tulisan rumi,sukar diterjemah kepada tulisan jawi kerana xfaham nahu arab:
1.Ana tahta amrak, bil aks wana basy kurak.
soal ikan berupa khinzir tu sekadar perumpamaan andai suatu masa terjadi mutasi pada ‘gene’ ikan dan akhirnya membiakkan generasi ikan berwajah khinzir,maka hukum memakannya saya tak ingat.. kawan saya selalu tanya pelik2 dan saya pun tanya ustaz soalan yang pelik2.
tiada yang mustahil kat dunia ni…
Arigatogozaimas tentang jadual yang dipaparkan, harap perkongsian pengalaman membuatkan saya terasa suasana Mesir. Nak tanya tentang subjek ustaz ambil tu,tapi terlalau banyak tak tau. So,next time,kalau saya ingt,saya tanya.. inshaAllah.
“semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan merahmati kita semua.”
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Ibnurashidi.
Tak sangka para ulama’ ada membahaskan pasal memakan dubuk/hyena, monyet, musang dan gajah. Yang dhab dan arnab tu biasa dengar. Agaknya kalau dharurat kot baru ada yg makan haiwan2 tu. Si dubuk tu kakchik tengok dlm national geo memang lah sangat ganas, macam anjing hutan.
Yang monyet tu biasa dengar kat Siam tu org suka makan otak dia, geli-geleman la juga.
Terima kasih ya, dapat lagi ilmu.
KakChik’s menulis entri terkini..Sarapan Nasi Bungkus
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Itu menunjukkan bahawa ulama’ Islam dahulu sangat luas pengetahuan dan ilmunya sehingga sekecil-kecil perkara juga dilihat mereka. Bila ilmu melingkungi kehidupan harian, maka hari-hari kita menjadi mudah.
hehe, mujur orang siam tu tak buat pizza monyet ya..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
subhanalLah,
info yg bmanfaat..
tu la,xtau lak gajah leh mkn..
ish,klo la kat kajang nie ader sate gajah,agk2..saper la yg rela hati nk order..hehe
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Bukan setakat gajah nak dibuat sate, malah nak menyembelihnya juga menjadi satu hal yang besar untuk dilakukan. Bayangkan betapa tebalnya kulit gajah sehingga perlu ditembah berkali-kali baru rebah.. hehe.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
waa
bnyk yg baru tau
mekasyyy
joegrimjow’s menulis entri terkini..hot latina
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
ilmu tak pernah kering..lagi banyak tahu lagi terasa sikit mengutipnya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam..
salam kunjungan kmbali..
thx sbb visit my blog..
subhanallah..
errk…gajah bole makan ek..?
apela rasanye agaknya..
huhu..
emm..info yg sgt2 bmanfaat…
[ayu]’s menulis entri terkini..+ Contest + ayu sayang momo+
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Silalah makan kalau kepingin. Saya sendiri tidak bercita-cita untuk makan gajah
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
dhab tu ce mana rupanye?
inas’s menulis entri terkini..kite kadang-kadang suke cari pasal..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Sudah saya tuliskan rupa bentuk bersama gambarnya di atas. Baca dan perhati elok-elok ya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…
kupasan yang menarik! lg menarik kalau ust. boleh selitkan haiwan-haiwan yang banyak terdapat di asia tenggara terutamanya di malaysia:) cthnya seperti penyu, tapir, ulat sagu(popular di kalangan orang pantai barat), dll…
atulasca’s menulis entri terkini..Tinggal Kenangan..[cik, i luv u]
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
Kalau perihal penyu dan ulat sagu dah makruf hukumnya. Ulat sagu menjijikkan, ia termasuk haiwan yang haram dimakan kerana menjijikkan. Penyu bintang dua alam.
Saya pernah tengok ‘mereka’ goreng ulat sagu dan makan dengan kicap tanpa rasa loya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Harap2nya tidak lah diri ini berada dalam keadaan yg begitu terdesak untuk terpaksa makan haiwan2 ini. Hatta, nak makan sate arnab (pernah popular satu ketika dulu) rasa macam loya tekak jer..hehehh..
K Kin’s menulis entri terkini..Saya suka makan nasi
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Ohh, ada sate arnab juga ye. Ingatkan sate lembu, ayam saja. Ya, saya juga seperti tak tergamak mahu makan arnab. Satu lagi haiwan yang boleh dimakan ialah Landak.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
daging kancil sedap rasanya..lebih sedap dari ayam…~pernah makan sekali beberapa tahun dahulu kala…~
atulasca’s menulis entri terkini..Tinggal Kenangan..[cik, i luv u]
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
ya, kata orang daging kancil sedap. Saya pernah menjamah daging kijang, rasanya subhanallah manis!
P/S: Kijang hasil buruan Pak Su saya di hutan Grik.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum wbt,
Hai, bersyukur ada ayam, daging lembu, kambing, unta, sotong, udang, ketam, lala, siput sedut, kupang, udang galah, dsb…
Tapi kalau darurat?
Er, mungkin terpaksa makan tapi tolong jangan bagitahu yang sebenarnya saya sedang makan daging dubuk, gajah, musang ataupun daging dhab! (Kecuali kalau ia daging babi/anjing!)
Masak lomak pun sodap!Kan?
(^_^)
Balqis’s menulis entri terkini..10 Minit
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Wa’alaikumussalam,
hehehe, kalau saya melihat kamu makan gajah. Saya hanya mengucapkan “bisihhah wal hana wal afiah…”
Tak tahulah pula, tetapi ada rakan bercerita katanya buat sup dhab enak sekali. Ohh, saya belum pernah merasanya lagi.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…
first time tau y bleh mkn hyena rupa2nye erm erm
igtkn xleh mkn..yela sbb die dlm kategori bertaring n makan daging
info y bgs tuk d share..pape pn kn avoid mkn haiwan2 exotic nie huhu..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
Memang kalau ikutkan dalilnya begitu. Tetapi disebabkan ada dalil khusus akan keharusannya maka jadi boleh makan.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
terkezut tgk gajah boleh makan.biar betul.agak2 bpe org ler nak guna untuk tangkap gajah.pisau plak saiz besar mana la agaknya.tapi kan b4 kita sembelih gajah sure kita yg mati dulu kene lenyek.kih..kih…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Tak semestinya Pisau. Kalau ada senjata, kita baca Bismillah dan tembak lalu ianya terus mati. Halal dimakan.
Takut kena lenyek, tak payah susah-susah tangkap gajah dan makan ye
Farid Rashidi’s menulis entri terkini..Bahasa Inggeris Syarat Kemajuan?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam…saya pernah makan arnabn..daging dia sgt sedap,mnis n keras sikit compare to ayam..tapi, kalau nak mkan arnab ni,lbih baik xtahu yg tu daging arnab…kalau tak..nanti xsanggup nak makan..
saya makan sekali tu je, itupun sebab atuk ‘tipu’ cakap tu daging ayam, sbb dia tau cucu dia takkan makan if dia cakap ‘daging itu arnab yg punya’
hurin´s last blog ..Lorong – lorong di Canterbury
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@hurin: Salam,
Kelakar juga kisah kamu. Saya juga seperti kamu, tak sanggup nak makan arnab. Dan belum pernah rasa dagingnya lagi.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
merujuk kepada masyarakat Malaysia terumata sekali yang beragama islam, suka memakan binatang terang-terang adalah haram tetapi membuat hukum sendiri menyatakan ia adalah ubat dan sekali gus menjadikan ianya halal dimakan. Antara binatang-binatang tersebaut adalah Harimau Belang, Tapir, Tengiling, Ular dan sebagainya.
Apa pendapat tuan mengenai budaya masyarakat islam sekarang…?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Fauzul Azim: Menurut kaedah qawaid fiqh, jika memakan benda haram di bolehkan jika darurat. Misalnya hanya haiwan yang saudara sebutkan itu sahaja yang mampu mengubati pesakit jika memakannya. Jika tidak ubati boleh memudharatkan pesakit, maka ianya menjadi harus.
Tetapi kalau saja-saja makan, itu yang ditegah.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
adess satuhari adalah seekor gajah tu terjatuh ke jurang then drang lapah dan makan..nmpak sedap ejr..ai ingt kan haram makan gajah..so tengok sajalah..rugiNya kalau kita tak tau hukum hakam nie..so pasNi insyaalah ai akan berusaha menuntut ilMu ALLAH
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@kampungboy76@yahoo.com: Wah, gajah mana pula yang jatuh dalam lubang dan dilapah orang? Kamu ‘lalu’ ke nak makan?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
hehe..jumpa juga kamu ya
Itu bahasa arab ammiyyah, dalam kamus tak jumpa punya.
Maksudnya seperti, ada apa-apa hajat aku sedia berkhidmat, terima kasih.
Waahh, sangat maju kedepan kalian. Sehinggakan sudah membicara ikan khinzir dan hukumnya. Ya, tetapi melakukan seperti itu boleh mengundang negatif pula kepada manusia. Mutasi pada manusia haram kerana cuba mengubah dan mereka-reka manusia.
Boleh silakan tanya. Hukum hakam di atas saya ambil dari kitab Hadis Ahkam.
Ameen.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0