Header image

Melangkah Bersama Pada Tanggal 3 Mei

Posted by Farid Rashidi in Aktiviti | Diari Penulis

“Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..” Berpuluh ucapan menerjah ruangan Yahoo Messenger semalam (3 Mei). Tidak semua saya mampu membalasnya.

Walaubagaimanapun, saya berbesar hati kerana kalian masih mengingati makhluk Allah SWT bernama ‘Farid Rashidi’. Apa yang pasti, saya bukanlah sesiapa. Bukanlah seseorang yang selayaknya mendapat sebarang keistimewaan di mata manusia.

Saya juga tidak mampu memberikan apa-apa melainkan hanya sekadar mencoretkan beberapa baris kata mengungkap rasa di ruangan weblog buat kalian. Entah baca entah tidak itu terpulang kepada seseorang individu.

Harapan saya hanya satu, semoga weblog ini mampu dijadikan medan menyumbang ilmu Allah SWT walau sekadar setitis dakwat pena. Justeru, dapat pula bertukar-tukar info dan thaqafah demi kemanfaatan umum.Jauh di lubuk hati, saya bersyukur kerana dikurniakan sahabat dan rakan-rakan yang menghargai nilaian ukhuwwah fillah walaupun ada tidak diketahui identitinya di sebalik alam maya. Sebuah penghargaan naïf ditujukan buat kalian.

2

Jutaan Terima Kasih, Syukran Jazilan dan Thank You Very Much. Semoga Allah memberkati hidup kalian dengan lembayung rahmat dan kemanisan Iman yang tiada taranya!

Selangkah Melangkah Sedetik Bersama

Hari ini juga selangkah saya melangkah kaki kanan ke hadapan meninggalkan hari semalam. Ini bermakna saya telah meninggalkan umur semalam tanpa dapat mengembalikan detik itu walau sesaat.

4

“Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..”

Sejujurnya saya begitu takut dengan ucapan singkat seperti di atas.

Mengapa?

Saya cuba perlengkapkan ucapan itu. Bunyinya begini:

“Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur lalu umur itu diberkati dengan Ilmu, Iman Takwa dan Amal. Agar umur yang panjang itu tidak disia-siakan dengan kemaksiatan pada Allah Jalla Wa’ala, tidak menjerumuskan diri dengan syirik khafi atau jali dan juga diakhir usia tidak mengidap penyakit nyanyuk yang menjatuhkan keaiban sendiri. Begitu juga jika dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Biarlah rezeki yang halal itu disalurkan pada jalan fi sabilillah persis jutawan mulia Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Abdul Rahman Bin Auf. Bukan pada jalan yang salah bagai hikayat purba Qarun dan hartanya.”

Setiap ucapan kita diumpamakan doa. Oleh itu, berdoalah dengan permohonan yang baik hatta kepada musuh kita sendiri. Sukar bukan?

Firman Allah SWT:

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).”  (An-Naml: 62)

Sedetik Bersama Mengeratkan Ukhuwwah

Terkadang manusia tidak mampu mengingat sesuatu perkara biasa melainkan perkara itu dibungkus dengan sebuah lakaran memori segar. Ini bermakna kita lebih menghargai detik berharga jika wujud suatu peristiwa terbina padanya.

5

Bersempena dengan imtihan yang bakal menjengah tiba, saya bersama ahli rumah bersepakat mengadakan majlis solat hajat dan bacaan yasin memohon nasrullah disaat genting begini. Ianya berlangsung juga pada tarikh 3 Mei.

“Tujuan utama saya memanggil kalian pada malam ini ialah untuk mengadakan solat hajat memohon pertolangan dan kejayaan buat kita semua di dalam peperiksaan dunia mahupun akhirat. Di samping itu memohon agar selamat daripada bala Allah SWT (menolak bala) dan mengeratkan ukhuwwah sesama kita. Juga bersempena hari lahir.” Ucapan ringkas saya usai menunaikan solat hajat disambut senyum tawa.

6

Hadiah istimewa dari siapa?

Selesai solat hajat, bacaan yasin dan doa tetamu dihidangkan dengan nasi putih berlaukkan daging masak merah, sup kentang dan acar timun. Hidangan ala kadar hasil masakan ‘orang bujang’ kepada ‘orang bujang’.

Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillahhi Rabbil Alamin.

12:28 AM, 4 Mei 2009,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

72 Responses

  • nur_syahadah says:

    salam…wah dapat coklat..em..dari yg istimewa ke? hehe.. ape2 pun semoga ust selamat dan dimurahkan rezeki,panjang umur untuk melaksanakan perintah Allah..amin..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Yer, coklat pertama menggantikan kek. Tertunggu-tunggu kek dapat coklat bulat-bulat. Apapun, alhamdulillah. Terima kasih kepada pemberi hadiah. Jazakallahhu khairan kasira.

      Pemberinya? silakan teka. :)

        (Quote)

  • nur_syahadah says:

    “masakan org bujang buat org bujang”..menarik sekali..mesti sedap nie..teringin gak nak rasa..hehehe
    emm..besanya orang akan bagi coklat buat yang special,sebagai tanda ingatan..emm..so orang yang beri ust coklat tu pun mesti mesti dikalangan orang yang rapat..btl tak? :-)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Masakan orang bujang tak setaraf masakan mak-mak, mak cik-mak cik kita..mereka masak lebih ‘power’ dari kami di sini. Nak rasa? seganlah pula. :)

      Jadi agak-agak siapa? :D

        (Quote)

  • Tirana says:

    Happy birthday to Farid Rashidi… Semoga kehidupan di mukabumi akan membawa manfaat kepada umat Islam dan mudah-mudahan akan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah…

    Hmmm…sedapnya Ferrero Rocher…my fav chocolate… Jauh sangat la kak tirana nak hantar kek..hehehe..

    Tirana’s menulis entri terkini..Kisah biji gandum…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Ringkas tapi padat ucapannya. Terima kasih ya!

      Ohh, saya dapat belum sempat buka dan makan. Terus lena kepenatan semalam.

      Tak apa, tengok kek pun dah kira memadai..hehe.

        (Quote)

  • Tie says:

    Wah…kak tie tercicir pulak.

    Selamat hari lahir… semoga terus bersemangat dalam menempuh kehidupan yang mendatang.

    Tie’s menulis entri terkini..Kerja Kosong

      (Quote)

  • nahmy says:

    alhamdulillah ke atas kesempatan yg Allah berikan utk menjamah usia yg ke..?. semoga terus istiqamah dgn ‘perjuangan’..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Segala puji bagi Allah SWT yang menciptakan sesuatu dan sesuatu.

      Yang ke berapa rasanya…rahsia kot..ma’alish ya amm alasyan keda. :)

        (Quote)

  • kuina says:

    salam… moga panjang umur murah rezeki.. bahagia selalu

      (Quote)

  • ilina says:

    Alhamdulillah..syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan…semoga “usia” yang dikurniakan itu mendapat keberkatan dan manfaat untuk semua..saat yang indah ini pasti jangan dilupakan insan yang sangat-sangat teristimewa…IBU dan AYAH… tanpa mereka siapalah kita…

    ilina’s menulis entri terkini..Barakallahu Fi kum…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Aminn, terima kasih Ustazah mengingatkan tentang ibu bapa. Saya dikesempatan ini juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayah saya Md Rashidi, ibu Rohani kerana sudi membesarkan saya, mendidik, menjaga dan semuanya demi melihat anaknya membesar.

      Tak terhitung jasa mereka buat saya walaupun saya mahu berikan mereka segunung emas dan permata. Terima Kasih ibu bapaku!

        (Quote)

  • Balqis says:

    Assalamualaikum ustaz!

    Lah, hari lahir ustaz ke semalam? (Punyalah panjang tajuk itu, kufikirkan apa?)

    Maka, inilah ucapan selamat hari lahir buat ustaz:

    Selamat Hari Lahir. Yang ditinggalkan itu umur (yang lalu). Yang mendatangi itu umur (yang baharu). Yang berbaki itu umur (yang tidak diketahui berapa lama lagi). Umur itu adalah sekain, sekian masa yang diberi Allah kepada hambaNya. Pandai-pandailah guna. (^_^)

    Wallahua’lam. Semoga yang mengingatkan pun diingatkan juga. isk, isk, isk…

    Balqis’s menulis entri terkini..Consequence

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumussalam,

      Ya, tarikh masehi 3 Mei itu hari lahir saya. Kalau ikut kiraan bulan Islam lebih tua lagilah. :)

      Apa yang kamu fikirkan? haa..

      Alhamdulillah, syukran atas peringatan dan ucapan.

        (Quote)

  • nohas says:

    Selamat hari lahir…semoga istiqamah dengan ucapan yg lengkap itu. “Manfaatkan waktu muda sebelum tua”

    Ferrero Roche..hmmm..melt in the mouth, not in the hand. Selamat berimtihan, semoga nasrullah itu hadir sentiasa..

    nohas’s menulis entri terkini..Chemical Romance

      (Quote)

  • salam..
    alamak!!tertinggal..walaupun trlambat 1 hari, sy juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir @ ‘happy belated birthday’..semoga kehidupan akhi FARID RASHIDI mendapat keberkatan dan rahmat Allah swt selalu..Allah wustur alaikk wasyafakallah!!

    p/s:tengok,sy ade entry baru walaupun x baru sgt xp..huhu..

    pencinta bahasa’s menulis entri terkini..sekular

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Tidak tertinggal. Kerana doa kalian tetap saja saya inginkan biarpun bila waktunya. Syafakallah? :)

      Ya, saya tahu kamu punya entri baru. Maaflah belum berkesempatan meletakkan sesuatu di sana. Tunggu kelapangan ya!

        (Quote)

      • Farid Rashidi: Syafakallah? :)

        hehe..sajeje..benda yg baik x smestinya prlu waktu yg sesuai..salah ke??:)

        Farid Rashidi: Maaflah belum berkesempatan meletakkan sesuatu di sana. Tunggu kelapangan ya!

        xpe..x yah susah-susah..huhu..tgh musim exam kan?

        p/s:mintak la kek dekat mr coklat..xp

        pencinta bahasa’s menulis entri terkini..sekular

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Boleh saja, cuma kebiasaannya penggunaan perkataan itu digunakan ketika mengucapkan kesembuhan ataupun ucapan kesejahteraan kepada pesakit. Tetapi ada benarnya, mungkin saya sedang sakit akibat bahang imtihan semakin menghampiri. :D

          pencinta bahasa: tgh musim exam kan?

          Ya, tengah musim imtihan sekarang. Doakan ya!

          Mr.Coklat pun exam juga..hehe. Beli kek arab lagi murah. LE3 sebiji.

            (Quote)

          • Farid Rashidi: kebiasaannya penggunaan perkataan itu digunakan ketika mengucapkan kesembuhan ataupun ucapan kesejahteraan kepada pesakit.

            kalau jwb soalan al-hiwar dlm periksa BA komunikasi mesti dapat pangkah besar..xp

            Farid Rashidi: mungkin saya sedang sakit akibat bahang imtihan semakin menghampiri. :D

            samelah kita..:D

            Farid Rashidi: Ya, tengah musim imtihan sekarang. Doakan ya!

            pasti akan sy doakan..doakan sy juga!!

            pencinta bahasa’s menulis entri terkini..sekular

              (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Tak mengapa, sebab itu pentingnya kita belajar dan terus belajar. Kerana kita terkadang tidak tahu apa orang lain tahu. Begitu juga sebaliknya.

          Saya juga begitu. Masih kekurangan di sana-sini.

          Insya’Allah, bittaufik wannajah! Innallahha ma’ana.

            (Quote)

  • alkhadra' says:

    Assalamualaikum…

    alhamdulillah rezeki. Berkata hamka;

    ‘bila di lihat sedalamnya, antara yang rugi untuk sesuatu di dunia adalah, apabila ada hari berlalu yang bermakna kita sedang merapati masa kematian kita, tetapi tiada manfaat dalam setiap langkahan kita.’

    hakikatnya, setiap perjalanan itu menandakan kita semakin menghampiri hari di mana janji buat kita bertemuNya. Moga setiap hari akan ada bekalan iman, amal dan taqwa.

    Bittaufiq

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumussalam,

      Segalanya rezeki dari Allah Azza Wajalla..

      Sungguh terkesan pada yang akhir itu..saya menginsafinya. Teruskan saling nasihat menasihati. Alfu syukran.

        (Quote)

  • aie says:

    Salam ‘alaik

    Hepi belated bezday.

    Moga allah permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

    Semoga dengan pertambahan umur kali ini memeri kite peluang utk kite terus beribadah kpdNya.

    Insya allah.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumussalam,

      Moga kamu juga begitu aie..agar ibadah kita diterima lantas dijadikan saham untuk dikutip akhirat kelak. Jangan lupa jika ingin saya linkkan blog kamu, terus saja letakkan sesuatu di LINK BLOGGER.

        (Quote)

  • iliana says:

    eh, kek yang saya pos minggu lepas tak sampai lagi ke ustaz? alamak..bukan rezeki ustaz la nampaknya hehehe ;p

    apa pun, semoga ustaz dan semua juga masih kekal dilindungi-Nya~

    p/s : berusaha nak meng’update’ blog..semput~

    iliana’s menulis entri terkini..AMARAN BUAT SI MUSLIM

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Agaknya kamu tersalah alamat.. ke Mesir atau Afghanistan? :)

      Ia, juga buat kalian di sana. Semoga menjadi Mujahidah agama.

      Silalah updates, bukankah sudah bergoyang kaki sekarang :D

        (Quote)

  • K Kin says:

    Ooo…bertambah lagi angka umurnya….. selamat ulangtahun. Semoga diberkati atas umur yg telah berlalu, dan juga yg akan datang.

      (Quote)

  • semalam says:

    wah dah tua la ustaz yer…
    so..bila nk kawen?kesian ‘si dia’ menunggu lama..

    apa pun selamat melayari bahtera hidup.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Aduhaii..soalan cepu emas tiba-tiba muncul pula. Apa saya mahu jawab ya?

      Saya kahwin bila sampai seru. Tunggulah serunya ye… hehe.

        (Quote)

  • cikMilah says:

    oh no..! makcik tak nak ketinggalan keretapi…Selamat Hari Lahir.. belated pun tak pa lah, janji dapat ucapkan selamat sejahtera semuga sentiasa dalam peliharaan Allah, berjaya dunia dan akhirat. Amboi .. dapat coklat…hmmm…nanti balik M’sia makcik tolong buatkan coklat ya, kita raikan pulak pemberi coklat tu.. :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Terima kasih ya kerana sempat lagi naik keretapi di stesen Sungai Petani..hehe.

      Lama benar tak nampak makcik ke sini. Ingatkan sudah lupa.

      Hahaha..ramai juga yang salah faham ni. Saya perlu jelaskannya. Baca komen dibawah ya. :)

        (Quote)

  • salam wbt.. sanah helwah.. +umur, +iman, +amal, +ilmu.. di ruangan kecil ni, ucpn pun kecil la yeh..
    Ferrero Rocher.. psti dr org trsayang la kan? :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Terima kasih ye, haa sebenarnya ruangan ini tak kecil. Besar je..boleh komen panjang. :)

      Oleh kerana ramai yang salah faham, maka saya ingin mengistiharkan bahawa ramai yang salah meneka..hehe. :)

      Jawapan siapa pemberi Ferrero Rocher itu ialah dari sahabat saya. Ustaz Efizi. :D Terima kasih kerana meneka.

        (Quote)

  • Tronx013 says:

    salam..

    mmm.. patut la ada komen wish birthday 3 mei lalu.. saya blur..

    ” Semoga Allah Merahmati Ustz buat selamanya dan juga kami”

    salam ulang tahun kelahiran… :)

    p/s- study hard and smart for your exam.. berjihad sebagai mujahid!!

    Tronx013’s menulis entri terkini..artikel 40- Fitnah

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Perasan juga kamu tentang wish di artikel itu ya..hari 3 Mei saya belum berkesempatan menulis kerana sibuk ke pasar dan ke sana sini menyediakan masakan.

      Alhamdulillah..Moga kejayaan juga milik akhi!

      Bila tarikh kelahirannya?

        (Quote)

      • Tronx013 says:

        salam..

        saya lahir 8 April,sama dengan sultan Johor.. tapi study di USM cawangan Kelantan.. x merasa cuti birthday..

        Curious tntang pengajian Ustaz., ustaz dalam bidang Ijazah Peng. Islam Fakulti Syariah Islamiyah- Universiti Al-Azhar,cawangan Tanta..

        syariah tu sama ke dengan syari’ah? syari’ah tu ada kaitan dengan akhlak x?.. maaf, saya dah lama tak mengaji dalam bidang agama.. lupa la plak,lost of short term memory. yang saya tahu tauhid,ibadat(fiqh),akhlak..

        yang keduanya, tak mengganggu ke berweblog ni time exam.. harap ustaz dapat fokus exam ustaz, bimbang nanti terleka berweblog,exam terabai. :)
        kami semua ada mendoakan(inshaAllah kalau ingat).. :)
        p/s- jangan lupa jawab soalan saya.. arigatogozaimas… :)

        Tronx013’s menulis entri terkini..Artikel 41- Jangan Pilih Jalan Kegelapan

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          8 April sudah berlalu. Apapun, saya doakan kamu juga selamat dunia akhirat dan diberkati oleh-NYA. Lebih utama, Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan ibu bapa kita.

          Berasal dari Johor ye? tak apa, bersama rakan-rakan juga mampu melakar kenangan maniskan.

          Ya, syariah itu syari’ah. Ada juga. Tetapi kalau mahu yang takhasus dalam bidang akhlak ia lebih kepada ilmu Tasawuf. Nak belajarnya lebih afdhal mantapkan aqidah dan syariah dahulu. Kenapa? bimbang tersesat nanti.

          Tak, saya berweblog ketika waktu selepas study atau ketika mahu melepaskan tekanan. Membaca komentar kalian menghiburkan saya juga.

          Terima kasih ya.

            (Quote)

  • Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
    Pohon melambai tanda sokongan,
    Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
    Dihari lahirmu sahabatku,

    Dedaun berguguran,
    Membuktikan kedewasaan,
    Walau tanpa madah dan hadiah,
    Namun cukup untukmu sekadar ucapan…

    Selamat Hari Lahir,
    Iringan doa kuhulur,
    Bersyukur kepada-Nya,
    Atas nikmat usia,

    Usiamu ibarat mutiara,
    Tiada berganti lagi,
    Hiaskan iman bersulam taqwa,
    Agar sempat menuju haruman syurgawi:)

    Teringin nak wish orang yg ke 100…tercapai ke hajat.hehee
    Salam hormat…wassalam.

    srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Koleksi Bunga….

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Beburung berkicau dipagi hari,
      Terbang meninggi riang sekali,
      Terima kasih ucapan diberi,
      Semoga Allah turut memberkati.

      Gerak awan berambal,
      Langit terbentang biru warnanya,
      Marilah kita terus beramal,
      Agar kelak selamat selamanya.

      Err, agaknya dah sampai 100 dah kot. Cuba kira.. :D

        (Quote)

  • cLoVer says:

    salam..

    sy xtahu pun ada ucapan versi pnjg.. bagus gak.. pasni bday sape2 leh bg ucapan ni :D

    cLoVer’s menulis entri terkini..Setiap Saat Yang Berlalu…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Kalau tak silap saya, kamu juga salah seorang yang memberi ucapan dalam YM tempoharikan?

      Apapun terima kasih di atas doa itu. Saya terbalikkan doa itu kepada kalian pula. Amin.

      Ya, silakan guna.

        (Quote)

  • Saffa says:

    Salam..
    semoga pertambahan umur seiring dengan pertambahan amal..

    Saffa’s menulis entri terkini..Ayuh, sertai!!!

      (Quote)

  • Az says:

    Cokelat fevret saya tu…
    Maaf..lambat ucap ulangtahun…apa hadiah istimewa dari Malaysia?

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Ohh, begitu ya. Sedap juga merasa penangan coklat buatan Itali itu.

      Terima kasih juga kerana sudi meng’invite’kan blog.

      Hadiah dari Malaysia? Hanya sekadar kuntuman doa dari ibu bapa tercinta di Kampung. Itu hadiah yang tiada nilainya di dunia ini.

        (Quote)

  • en_me says:

    salammms bro dari me dikejauhannns..

      (Quote)

  • leenoh says:

    Salam.
    Setiap hari saya melihat entri anda tetapi entah macam mana tidak terklik, hari ini saya klik untuk membacanya rupanya Ulangtahun Kelahiran telah tiba.
    Semat Hari Lahir semoga dipanjang umur, dimurahkan rezeki dan hidup di dalam keredaan Allah.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Saya sudah tahu Encik Leenoh telah menyenaraikan blog saya di blogroll. Tak mengapa, mungkin saya perlu mempertingkatkan lagi mutu tulisan supaya ianya mudah sampai ke pembaca.

      Syukran.

        (Quote)

  • sonata says:

    selamat hari lahir…lewat, beri peluang yang lain dulu… moga panjang umur,murah rezeki…sentiasa beroleh kejayaan cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dihadapi…

    sonata’s menulis entri terkini..Cameron Highland lagi……

      (Quote)

  • zareda says:

    salam ulangtahun kelahiran.. moga tercapai semua yang dihajati.. InsyaAllah

      (Quote)

  • damai says:

    salam buat ‘birthday boy’…

    uwaa….Damai tidak tahu tentang ini…almaklumlah sudah lama tidak ke sini….(rumah sendiri juga sudah senyap sunyi) huhu

    selamat hari lahir ya ibnurashidi…

    semoga terus tabah menghadapi pengembaraan di dunia ini…

    insyaAllah,didoakan kamu akan jadi pengembara yang berjaya…ameen…

    selamat berjaya untuk imtihan yang hampir tiba…

    ~~ wah,sudah dapat hadiah istimewa…hati meronta2 hendak tahu siapa gadis misteri itu?…mahu alamat rumah Damai kah?…untuk dikirimkan kad kahwinnya ^^ ~~

    damai’s menulis entri terkini..baiki,baiki dan baiki kelemahan….

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Birthday Boy? :D

      Tuannya tidak mengemas rumah maka bersawanglah ia.

      Terima kasih ya. Haa, sudah salah faham nampaknya. Saya dah jelaskan siapa pemberinya. Lihat komen di atas.

      Farid Rashidi: Jawapan siapa pemberi Ferrero Rocher itu ialah dari sahabat saya. Ustaz Efizi.

        (Quote)

  • salam…wah…sudah bertambah usianya….hehe..selamat hari lahir ya..baru hari ini berkesempatan singgah di sini… sedang bahang final exam juga..moga usia yang bakal dinikmati hari demi hari di rahmati oleh-Nya…

      (Quote)

  • ratusyahadah says:

    salam ziarah kembali
    semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki

      (Quote)

  • “Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur lalu umur itu diberkati dengan Ilmu, Iman Takwa dan Amal. Agar umur yang panjang itu tidak disia-siakan dengan kemaksiatan pada Allah Jalla Wa’ala, tidak menjerumuskan diri dengan syirik khafi atau jali dan juga diakhir usia tidak mengidap penyakit nyanyuk yang menjatuhkan keaiban sendiri. Begitu juga jika dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Biarlah rezeki yang halal itu disalurkan pada jalan fi sabilillah persis jutawan mulia Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Abdul Rahman Bin Auf. Bukan pada jalan yang salah bagai hikayat purba Qarun dan hartanya.”

    ameen..

    maaf saya tidak begitu alert dengan post terbaru anda.. ^^
    happy belated birthday :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Ulang tayang ucapan ya. :)

      Terpulanglah pada kalian mahu alert atau tidak, apa yang penying isi artikel sampai dan faham untuk dicerna pembaca.

      Syukran.

        (Quote)

  • Farid Rashidi: Salam,Terima kasih ye, haa sebenarnya ruangan ini tak kecil. Besar je..boleh komen panjang.
    Oleh kerana ramai yang salah faham, maka saya ingin mengistiharkan bahawa ramai yang salah meneka..hehe.
    Jawapan siapa pemberi Ferrero Rocher itu ialah dari sahabat saya. Ustaz Efizi. Terima kasih kerana meneka.

    ha2.. btul la.. insan yg dekt di hati..
    insha Allah..smga persahabatn kalian mndapat naungan di akhirat kelak.. amiin..

      (Quote)

  • sinar says:

    terlambat ana rupanya..tertinggl gerabak :)

    Slmt hari lahir..mga..hari yang berlalu diberkati..mga hari2 yg mendatang Allah beri yang terbaik dalam rangka mengingatinya..dan akhirnya..mga nikmat iman dan islam itu dirasai hingga menghadapNya..

    ps:: ustz, syukrn ats doanya, mga najah juga.. :) kenapa terigt ayat2 cinta..buku habibur rahman? tak mau berkongsi rasa..??

    sinar’s menulis entri terkini..“Past was passed and present is a gift.”

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Tak ada masalah, gunakanlah keretapi express untuk mengejarnya :)

      Terima kasih atas doa.

      Oh, sebabnya saya baca entri diblog kamu seakan sama bunyi tajuknya. Itu saja. Sekarang ni KCB pula sudah terbit. Tahu?

        (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge