Header image

Ujian Itu Kembali

Posted by Farid Rashidi in Karya Kreatif

doa

Badai silam bergemercak
menerpa wajah
Ku sendiri mencari-cari arah
Memercik resah

Tatkala dhaif melingkari tubuh
Diulit lesu
Merenung jauh langkah berderap
Luasnya di hadapan

Serasa longlai terkadang
Di empat persimpangan
Kiri, kanan, depan belakang
Memenuhi ruangan

Tiada senang tanpa perit
Tiada mudah tanpa derita
Tiada senyum tanpa duka
Tiada lapang tanpa sempit

Berselirat segunung pengorbanan
Tatkala sendiri jiwa berdiri
Harapan tergantung
Pada nur yang SATU

Dalam menaakul suara jiwa
Mendamba sebuah nusrah
Sesungguhnya ku berharap
Naungan cinta-Mu mendakap

6.00 PM, 26 April 2009,
Siberbay, Tanta.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

51 Responses

  • Tirana says:

    Memang hidup kita dipenuhi dengan ujian.. Selamat cekal menghadapi ujian yang bakal mendatang dan semoga berjaya..

    p/s Cantik puisi dan gambar di atas…

    Tirana’s last blog post..Alhamdulillah..mood datang kembali…

      (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam…cubaan dan dugaan lumpah hidup..semua orang melaluinya..tanda cintaNya pada kita…
    semoga kita sabar menempuhinya…

    selamat berjuang ye ustaz..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Insya’Allah. Selamat berjuang juga buat kalian semua.

      Sebenarnya mode menulis puisi kali ini disebabkan oleh hampirnya imtihan@exam akhir pada tahun ini. Saya harapkan kalian semua terus mendoakan kejayaan saya di sini ya!

        (Quote)

      • nur_syahadah says:

        ooo..patutla ada idea berpuisi…rupanya sedang menuju perjuangan sbgai student… insyaalah..buat yang terbaik ye.. saya Doakan smga ustaz berjaya dan balik M’sia cpt2…

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Biasanya kalau kita lihat gaya penulisan seorang penulis, dia pasti akan selitkan kehidupan sehariannya dalam hasil karya tidak kiralah apa jua bentuk. Kalaupun tidak secara jelas, mungkin secara tersirat.

          Amin Ya Rabb!

            (Quote)

  • “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (al-Ankabut : 2)

    “Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu. Kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan : “Ini adalah dari sisi Allah”, dan sekiranya mereka ditimpa sesuatu bencana, maka mereka berkata :
    “Ini datangnya dari sisi kamu (Muhammad).” Katakanlah : “Semuanya datang dari Allah.” Maka mengapa orang-orang yang hampir tidak memahami nasihat sedikitpun?” (Al-Nisa’ : 78)

    salam..
    masakan ada kehidupan tanpa ujian..kehidupan itu sndr merupakan ujian..

    pencinta bahasa’s menulis entri terkini..Bulan kesedaran autisma

      (Quote)

  • anis says:

    Syukur alhamdullilah, di kala kepala saya sangat serabut memikirkan kerja yang bertimbun, badan terasa sangat letih tanpa rehat yang cukup, Allah datangkan ustaz untuk mengingatkan saya bahawa Allah sentiasa dengan saya. Walaupun ketika saya susah atau senang.

    Ya Allah Ya tuhankan, aku memohon keampunan di atas dosa-dosa yang lalu. Moga kami sentiasa di bawah rahmatMU

    anis’s menulis entri terkini..Bila fikir pasal study..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Kepala manusia hebatnya boleh menyimpan dan menangung bebanan memori yang tinggi mengalahkan server google yang besar itu. Namun, Allah hadirkan rasa tenang dalam jiwa kita dengan bermacam cara. Ada yang dengan cara berbincang, meluahkan, menulis, membaca atau menyanyi alunan indah.

      Oleh itu, cubalah cari ketengan jika dilanda serabut. Bila menulis, saya mampu menyerapkan tekanan. :)

        (Quote)

  • iliana says:

    salam ustaz…
    salam imtihan..bittaufiq wan-najah ^^

    saya pun semakin hampir juga. tapi, semakin hampir dengan tamatnya musim imtihan hehe ;p nampaknya turn ustaz pula ya..

    buat yang terbaik ya, demi agama terutamanya..

    iliana’s menulis entri terkini..AMARAN BUAT SI MUSLIM

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Allah wustur alaikk. :-)

      Patutlah nampak seperti sedang menggoyang kaki sekarang. Biasalah, kalau sudah imtihan pasti bunyi laungan merdeka selepasnya. Ohh, sudah banyak kali merdekakkah? :-)

      Insya’Allah. Agama itu matlamatku.

        (Quote)

  • Tronx013 says:

    salam..

    nak tanya:
    1.nusrah tu apa maksudnye??
    2.wustur alaikk pula apa maksudnye??

    xtau bahasa arab sangat..

    sebagai pelajar juga,saya baru sedar how to manage stress pada orang lain iaitu,dengan menulis.. cara yang bagus juga..

    Ujian itu mencabar, bersabar dan tenang itulah mesej yang patut difahami…

    All the best ust!!!

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      1.Nusrah: Pertolongan
      2.Wustur alaik: Semoga Allah memayungimu

      Sebenarnya ia bergantung kepada cara bagaimana seseorang itu ingin menghadapinya. Terkadang jika seseorang itu mampu menghilangkan stress dengan melakukan sesuatu yang baik, lakukanlah. Pelbagai cara. Saya menulis seumpama meletakkan bebanan pada tulisan lalu diluahkan pada kalian. Selesai.

      Kalau bagi pihak perempuan perlu lebih berhati-hati kerana waktu stresslah mudah dirasuki JIN.

        (Quote)

  • Assalamualaikum wr.wb ya Akhi…

    Sihat yer?mudah2an sentiasa di bawah lembayung rahmat Illahi..
    Maataufik wanajah…
    Moga diberi ketenangan nanti…yang penting fokos yer:)
    ehem-ehem…pesanan penaja ” Selamat berjuang sehingga dakwat pen habis”

    Salam manis dari kota pawana:)
    wassalam

    srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Koleksi Bunga….

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumussalam wr.wb.

      Alhamdulillah sihat walau terkadang sedikit selsema bermain-main di rongga hidung.

      Rabbuna wustur alaik aidhan.

      Fokus. Ya, titik fokus yang tepat. Habis dakwah tetap saja perlu berjuang lagi, beli pen baru pula.. :D bukankah begitu?

        (Quote)

      • Yea..oleh itu, jangan loper bawa pena lebih na..:)
        Tak perlu beli pen baru…beli dakwatya sahaja…bukankah begitu?

        “Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi…
        Bukan mudah memiliki mutiara kasih tanpa diselami hati nurani..
        Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang dilangit..
        Dan rendahkan hatimu serendah mutiara dilautan aspirasi..”

        wassalam..:)

        srikandi kasih suci’s menulis entri terkini..Koleksi Bunga….

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Pen mesti bawa lebih. Tetapi sedikit kecewa kerana pen di sini kualitinya agak rendah. Tulis 2,3 kali sudah beku dakwat.

          Mahu beli jenis berdakwat tentulah lebih mahal harganya bukan?

          Lukislah pada kanvas di bumi,
          Kerana luasnya langit tiada ukuran,
          Azam dan semangat biar meninggi,
          Biar langit mengukir senyuman.

            (Quote)

  • Tronx013 says:

    Maaf, terhantar bebrapa kali mesej yang sama..xpaham lagi dengan tmplate ustz yg baru ni..(waduh gawat saya)..

    apa2 pun template Ust,semuanya tetap menetapkan pandangan hatinya di sini.. :)
    inshaAllah..

    Tronx013’s menulis entri terkini..Solat yang Bersempadan??

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Maaf, saya cuba testing theme sejak dua menjak ini. Maklumlah masih dalam fatrah bersuai kenal dengan Dot Com.

      Baiklah, saya terangkan sedikit. Komentar baru boleh tulis di bawah. Jika mahu reply terus klik saja reply pada kotak bawah setiap komentar. Quote itu pula digunakan untuk mengulangi ayat penulis komen.

      Dibawahnya terletak tajuk baru entri kalian.

      Bahagian about, saya belum isi lagi sesuatu. Nanti saya usahakan bersama pages lain. Semoga sedikit kefahaman memberi faedah.

        (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Dalam apa jua hal selagi mana ianya tidak sampai peringkat haram, ambillah yang positif tolak negatif.

        (Quote)

  • nahmy says:

    sayu dlm pengabdian….bila mmbacanya

      (Quote)

  • Kak Hani says:

    Salam Farid Rashidi,

    Sungguh terror anda berpusi.. Satanjah fil imtihan.. Chayyok! Chayyok!

    Salam Ukhuwah,
    Kak Hani
    Shah Alam
    Malaysia

    Kak Hani’s menulis entri terkini..Diari- Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Sivil Syarak : Part II

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam alaik,

      Ukhuwahfillah…aminn ya rabb. Sebenarnya saya tercari-cari juga makna chayyok sebab ramai bila exam sebut tentang itu. Jadi apa maknanya ya? :)

        (Quote)

  • Tie says:

    Salam….

    Wah…berpuisi pulak… he he..

    Ada sesuatu untuk dikongsi kan ?

    Tie’s menulis entri terkini..Hidung tak mancung, pipi disorong-sorong

      (Quote)

  • nohas says:

    Salam..

    “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kelapangan”

    Puisi lambang manifestasi hati & perasaan – gembira, gundah gelana, sedih, resah, etc – wah, sungguh bertuah mereka yg pandai mengungkapkannya dgn kata-kata yg puitis…juga mendekatkan lagi kepadaNya..mabruk!

    nohas’s menulis entri terkini..Panas Hati

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Sudah tentu jikalau kita fikirkan hikmahnya.

      Saya rasa Puan/Cik Nohas juga boleh berpuisi. Buktinya? di sana ada sebuah blog yang menulis info-info berguna. :)

        (Quote)

  • Farid Rashidi says:

    lucu??
    bkn soal malas nak type.hmm..ssh nk ckp.btul ckp akhi idea banyak tp xleh
    nk curahkan dalam bntuk ayat.

    Ya, terasa lucu dengan ayat itu. :-)
    Biasanya bila dapat idea terus taip. Kalau tangguh tentu sukar untuk menaipnya. Apapun, semoga mendapat manfaat dari pembacaan blog. Teruskan membaca ya.

      (Quote)

  • ilina says:

    Tiada senang tanpa perit
    Tiada mudah tanpa derita
    Tiada senyum tanpa duka
    Tiada lapang tanpa sempit

    kerana perit..derita..duka dan sempit adalah didikan Allah untuk mereka yang sabar…redha ..dan tabah..

    teruskan menulis dan berkarya ..utk manfaat semua..

    ilina’s menulis entri terkini..Barakallahu Fi kum…

      (Quote)

  • Balqis says:

    Ya, selamat menghadapi ujian-ujian itu semua – badai rintangan takkan pernah pergi selagi kita masih hidup. Maka, teruskanlah melangkah walau sudah parah berdarah.

    Balqis’s menulis entri terkini..Consequence

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Selamat menghadapi ujian-ujian juga untuk kalian di sana. Sesungguhnya manusia itu berkait rapat dengan ujian. Kalau tiada ujian tentu boleh dikategorikan alien. Adakah alien tiada ujian? :)

        (Quote)

      • Balqis says:

        Huish, alien pun ada ujian juga. Dia pun kan makhluk Allah juga. Cuma ujiannya dalam bentuk apa? Ha, yang itu yang kita tak tahu, iyer?

        Balqis’s menulis entri terkini..Consequence

          (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Baru saya tahu alien itu ada ujian..hehe.

          Tetapi menurut pembacaan saya, alien itu tergolong dalam golongan Jin. Yang mana mereka wujud dan boleh merupakan wajah dengan pelbagai bentuk. Tidak mustahil Jin mempunyai kapal yang canggih kerana mereka sememangnya mempunyai teknologi lebih canggih dari manusia.

          Wallahu a’lam.

          P/S: Ada penambahan?

            (Quote)

        • Farid Rashidi says:

          Tak mengapa, nanti boleh saja membaca kisah-kisah mengenai jin pula ya. Andai tak faham, tanyalah pada yang tahu. :)

            (Quote)

  • damai says:

    salam kejayaan dari Damai…

    meneliti dari ayat pertama entri sehinggalah hujung ayat komentar…wah,dari perihal ujian sudah sampai bab alien,jin dan kapal angkasanya…hihi

    apa2 pun..semoga berjaya ya ustaz…ramai yang menanti ilmu dari kamu di Malaysia nanti…ikhlaskan niat..jadilah pendidik yang cemerlang agar anak murid kamu juga akan cemerlang seperti kamu…ameen ^^

    damai’s menulis entri terkini..baiki,baiki dan baiki kelemahan….

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Itulah kelebihan berbincang, bila masing-masing mengeluarkan pendapat maka akan muncul banyak pandangan dan info-info lain.

      Ramai menantikah? Ohh, sangat menakutkan bila fikir tentang itu. Tanggungjawab menggunung tinggi. Doktor juga ada tangungjawabnya jugakan.

        (Quote)

  • laila says:

    ujian mendekatkan kite dengan Allah..

    laila’s menulis entri terkini..Selamat Hari Ibu..

      (Quote)

  • elmubarok says:

    sebelumnya aku belum pernah mengalami fenomena seperti sekarang..
    bencana yang ku alami semakin membuat aku jadi lebih mengerti arti kehidupan
    thanks 4 the articl
    Nice post frenz..
    keep share :)
    salm kenal untuk semua sobat muslim
    .-= elmubarok´s last blog ..Giliranku yang kena bencana =-.

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge