Usai membeli tiket di kaunter Mahattah Tanta, kami terus menuju ke tempat menunggu. Sesekali mata mengerling melihat jam yang tertera pada skrin telefon bimbit.
“Ermm, pukul 9:30 pagi.” Getus hati.
Keretapi mula bergerak laju. Gerabak sentiasa penuh dengan penumpang pelbagai arah. Saya mengambil tempat bersebelahan seorang gadis Mesir. Di hadapannya pula duduk seorang pemuda Mesir. Ustaz Nazri betul-betul bertentang mata dengan saya. Kelihatan dia sedang asyik mendengar MP3.
“Tak kisahlah dok sebelah sapa, lagipun tempat penuh dah..bukan nak kacau sapa-sapa pun..” Monolog sendiri.
Saya membuka beg kecil hitam berlambangkan Universiti Al-Azhar. Lalu mengeluarkan MP3 untuk didengari. Sudah menjadi kebiasaan jika bermusafir MP3 dibawa bersama. Jika tertinggal mengundang sunyi pada diri walaupun hiruk pikuk luar membingitkan telinga. Seakan menjadi kelaziman pula.
Zuusss!! Zuusss!! Deruan angin diselang-seling putaran roda menghentam landasan.
Angin deras itu menampar wajah sesekali. Menerjah masuk melalui tingkap gerebak usang yang terpampang luas. Tak tertepis lagi. Entah tahun bila keretapi ini tercipta sehingga lapisannya besinya menampakkan karat. Nisbah pada manusia seperti kedut dimuka. Mungkin sudah berusia puluhan tahun agaknya. Atau sudah lahir semenjak era peperangan tiga serangkai melibatkan kerajaan Mesir dahulu.
Waktu yang ada saya cuba manfaatkan dengan membaca sebuah buku kecil bewarna coklat. ‘Analogi Cinta Dan Rona Kinanah’ tertera tajuk besar di luar kulit buku. Saya ketinggalan untuk mengkhatamkan buku senipis itu. Entah mengapa tergerak hati saya meminjam buku dari Ustaz Zaki tempohari. Sesekali menjamah hidangan ringan tidak ada salahnya setelah berselera dengan jamuan berat.
“Sttreettt…”
Bunyian hasil geseran brek keretapi setiap kali berhenti singgah diperhentian. Anak mata dibundarkan menolak pandangan ke panorama luar. Penumpang turun naik menyesakkan keretapi yang sentiasa sarat dengan manusia. Tidak mustahil bagi sebuah negara darurat yang menjadikan keretapi antara pengangkutan utama menghubungkan muhafazah seluruh Mesir.
“Aiiyyi haggah bigenihh..Aiyyi hagah begenihh!!” Beberapa orang penjual berulang-alik dilalui tengah keretapi.
“Halawiyyatt!!”
“Sim simm!” Antara makanan masyhur dijual atas gerabak besi waja. saya hanya memerhati.
Tangan terus membelek-belek buku. Alunan lagu berputar mendendangkan irama digegandang telinga saya. Mendamaikan walau ripuh bersuara.

Keretapi telah pun melewati perhentian bandar Damanhur. Sebuah muhafazah yang turut menempatkan cawangan Universiti Al-Azhar. Saya melontarkan pandangan melangkaui batas-batas ladang menghijau. Tenang disapa bayu deras. Nafas ditarik sedalam mungkin. Cuba merasai hirup udara segar. Biar udara itu menerobos ke dasar peparu batin.
Kelihatan dua orang remaja perempuan arab mengambil tempat di sebelah kiri saya. Manakala di sebelah kanan saya kedudukannya seperti tadi sewaktu diawal permusafiran. Saya mengerling seimbas lalu.
“Ketat..sendat! Wajah tertempek solekan di sana sini..aduhh!!” Jiwa yang diselubung damai tiba-tiba seperti diragut. Ya, diragut secara kasar! Jiwa tenang seakan menderu berlalu dibawa rempuhan angin. Meranap dan mencantaskan puing-puing ketenangan.
“Kalaupun tak bermekap memang kalian sudah dianugerahi kecantikan wajah wahai wanita arab!” Tiba-tiba lava kegeraman seakan mahu berhamburan percik di kolong hati.
“Apa nak jadi gadis Islam sekarang..tak kira bangsa apa sekalipun ternyata agama yang dianuti Islam. Bukankah Islam melarang tabarruj? Menyuruh menutup aurat? Tidak menyerlahkan benda tersirat? Adakah kalian tidak memahaminya? Ayat apa lagi mahu disusun kemas menyatakan itu halal ini haram.” Saya seakan berperang dengan lontaran persoalan dalaman. Kacau bilau. Sela-seli urat jiwa dirusuhi gundah. Gundah yang entah bila akan berkesudahan. Alangkah bahagianya jika mereka mendengar bisik nubari ini.
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (An-Nur: 31)
Belum pun hilang kekacauan penjarahan emosi, situasi lain pula mengambil tempat. Kelihatan gadis Mesir berkedudukan disebelah kanan saya seronok bertepuk tampar manja pemuda Mesir setentangnya. Saya cuba husnul zhon walau sedikit terbias pesimis.

“Mungkin suami isteri barangkali..arrghh abaikan!” Mata terus menekuni helaian buku biarpun kotak minda sesak berfikir, bidang dada senak menghirup asap karbon dioksida yang memenuhi ruang gerabak. Cukup sifat sebagai sebuah keretapi ayam. Gelaran masyhur dikalangan azhariyyin buat pengangkutan awam ini.
“Steerrrttt..” Bau hangit menerpa deria hidu lagi. Setiap kali keretapi berhenti pasti bau itu turut bersama. Mungkin geseran kuat mencengkam landasan laluan menatijahkan bunyi dan bau hangit persis tayar terbakar.
Alhamdulillah. Akhirnya destinasi menjengah tiba setelah berlalu 3 jam perjalanan. Bandar Iskandariah yang indah!
10:30 AM, 20 April 2009,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


Salam…. begitulah keadaan bila ramai2, ya….macam2 fesyen manusia. Dah lama tak naik keretapi.
Dulu pernah tersalah naik, ternaik yang kelas ekonomi, tersendat, tak de tempat nak duduk, terpaksa dok dalam gerabak. Kelakar betul, masa tu anak sulong baru 8 bulan. Kami dok atas longgokan kotak sementara sampai ke stesen yang berdekatan utk tukar keretapi…he he…
Tie(Quote)
Salam,
Sesak nafas juga. Mujur musim sejuk. Saya tak dapat bayangkan kalau bersesak sewaktu musim panas. Mengerikan sekali
Laa, macammana boleh tersalah naik keretapi. Tapi keretapi di Malaysia Insya’Allah tenang. Saya pernah KTMB naik dari Penang ke Kuala Lumpur. Selesa.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum ustaz!
Yang pertamakah saya ini? Ahaha…
Sollu a’lan nabiy, sollu a’lan nabiy….
Allahumma solli a’la Muhammad…
Situasi begitu di mana-mana juga boleh jumpa. Mahu kata apa lagi? Bahkan di sebuah negara yang punya Universiti tertua di dunia pun, yang melahirkan sekian banyak ulama’ juga begitu jadinya. Apatah lagi di negara-negara yang hidupnya berhibur libur sahaja saban waktu. Semoga Ustaz tabah dan sabar sentiasa. Kalau di Ukraine, musim sejuknya memang menyejukkan mata, almaklumlah semua pun menutup aurat berlapi-lapisan pakaian. Musim panas yang akan tiba inilah yang memang panas dan menghangatkan. Kasihan kaum muslimin di sini. Berjalan ke sana tak senang, berjalan ke sini tak senang. Terpaksa menunduk pandangan sampai terlanggar tiang, wallahua’lamlah. Semoga Allah bukakan pintu hati mereka agar mereka sedar, mereka sedang menyiksa kaum Adam. InsyaAllah, mudah-mudahan.
Ada apa di Iskandariah?
p/s: Andai saya sudah punya buku di tangan, jangan haraplah nak pandang kiri kanan. Perdana Menteri duduk sebelah pun saya tak perasan (melampau sungguh).
Balqis(Quote)
Wa’alaikumussalam,
Oh, kamu sudah jatuh ke tangga nombor dua. Cuba lagi di lain waktu ya..
Kalau masyarakat Mesir mahu bertenang, inilah ubatnya.
Lavanya sudah meletus sebelum ini. Hari sudah membeku kembali. Berbicara soal pakaian pada musim sebenarnya di sini pun sama. Kalau musim panas ketat bukan main. Ada juga yang nipis-nipis. Tak sampai separuh berpakaian purdah@niqab.
Mahu saja mengelak berebut naik bas pada musim panas.
Di Iskandariah? Ada macam-macam..:-D
Saya pegang buku mesti sesekali menyedut oksigen supaya tak lemas dan tenggelam ke alam lain.
Farid Rashidi(Quote)
teringat perjalanan Fahri dalam Ayat-ayat Cinta! Ingin ku ulangi bacaan ini, tetapi tetap tidak berkesempatan lagi …
sonata anak kancil(Quote)
Fahri dia naik keretapi Metro yang lebih bersih dan canggih sedikit daripada yang ini.
Saya naik ‘keretapi ayam’ saja. Maklumlah murah.
Farid Rashidi(Quote)
tak kisah la…janji sampai ke destinasinya! Jauh perjalanan banyak pengalaman – boleh buat novel la, ala2 Ayat-ayat Cinta gitu…he he he. Kalau dah siap, i’ll be the first to have it…
sonata anak kancil(Quote)
Ya, alhamdulillah sampai sudah. Keretapi ayam ni laju tapi banyak berhenti. Nak yang laju tanpa henti, kena naik keretapi line merah. Harga tiket dalam LE20 lebih jugalah.
Ohh, saya kena buat Ayat-ayat lain pula kot..cari identiti sendiri.
Tunggulah, perancangan semacam ada..hehe.
Farid Rashidi(Quote)
assalamualaikum…
seronoknya dpt mengembara camni yek. mengenali budaya, cara & corak kehidupan negara org bersama penduduknya. saya pun wlu tak dpt ke sana terasa juga keseronokannya dgn catatan pengembaraan tuan. lebih2 lagi dgn ‘sound effect’nya yg tersendiri…hehe..
nahmy(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Sememangnya saya suka mengembara seandai sumber kewangan kukuh. Kalau kekeringan kocek, sekadar bertenggek setempat sahajalah.
Sound Effect itu perlu supaya telinga turut terasa berdesing bila membaca..
Farid Rashidi(Quote)
salam ustaz..
aduhai, akhirnya, boleh kembali menatap tulisan ustaz..
kenapa ya gemar sangat pakai ketat? bukankah lagi panas? sebabnya. jika pakai pakaian yang longgar, sistem pengudaraan itu lebih menyamankan. ohh~ terfikir pula saya, betapa indahnya ajaran Islam itu. malangnya, mereka tetap mahu mengikut idea sendiri yang belum tentu keberkesanannya..
ya, sekarang semua sibuk dengan isu pemanasan global. bukankah mereka gemarkan berpakaian terbuka? kini, Tuhan makbulkan permintaan mereka. diberi-Nya kepanasan setara lalu mereka bisa berterusan berpakaian sedemikian. jadi, jangan mengeluh panas~
iliana(Quote)
Salam,
Alhamdulillah, tahniah kerana sanggup berusaha untuk sampai ke sini. Saya juga sedikit kelam kabut membetulkan apa yang patut. Ada sedikit masalah code menyebabkan IE tak dapat membaca blog saya.
Itu sangat pelik, bukankah pakai ketat musim itu melemaskan badan. Rasa rimas. Longgar lebih selesa.
Alhamdulillah jika sudah berfikir begitu.
Itu adalah sebahagian bala dari Allah SWT. Ingatlah api neraka berjuta kali lebih panas daripada api dunia.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
cetusan perjalanan yg menarik..
perjalanan yg cukup membangkitkn persoaln yg sama..
realiti yg berlaku tak seperti yg kita harapkn..
first tym menjejakkn kaki di bumi mesir ini..
beraggapn perempuannya litup tpi sebaliknya..
keluhn ni saban hari…renungan baik agr kita sendri terus istiqamah dalam menjga maruah sbg muslimah…
sinar(Quote)
Salam,
Dalam penyampaian dakwah terkadang kita tidak boleh terlalu direct perlu juga ada uslubnya. Serampang dua mata antara kaedah.
Semoga muslimah tahu menjaga dirinya dan lelaki tahu kedudukannya sebagai pemimpin.
Farid Rashidi(Quote)
Semakin hari semakin ramai yang dilihat begitu di sini, faridrashidi. Sakit mata memandangnya. Aduh!
SangMentari(Quote)
Semakin hari semakin ramai yang begitu di Malaysia juga. Ya, sangat menyakitkan mata hati. Mengundang dosa percuma.
Kalau di Malaysia perempuan bertudung suka mendedahkan lengan sehingga bahu, di Mesir pula mereka suka mendedahkan betis sampai ke lutut walaupun bertudung.
Ahhh, apakah jenis fesyen begitu?
Farid Rashidi(Quote)
salam..
di tanah air sendiri berlaku masalah yang sama, bak kata SangMentari, memang sakit mata memandang ,geram hati memendam. Mengapa masalah berkaitan perempuan semakin menyerlahkan keseriusannya.begitu juga lelaki yang kononnya berlagak macho.
Harga diri dilaburkan, maruah yang terpelihara dicemari nafsu ke’artisan’ yang dipuja-puja.
Ibu bapa yang dahulunya menjerit-jerit kemarahan dengan sikap mereka,kini seolah-olah meredhakan perbuatannya.
manakala media masa yang dahulunya ilmiah pengisian, kini mengundang sengsara kerana ‘Tarbiyah KeArtisan’ mendapat tempat yang istimewa di jiwa penonton..
Tugas pendakwah? kini menjadi sukar. Pendakwah juga mahu mengikut rentak masa kini.. hilang jati diri,hilang Islam, digantikan pengisian oleh ‘ulama Shahwat dan amarah..
Tentangan yang hebat masa kini,–>>pastikan diri juga dibekalkan kekuatan rohani dan emosi yang kukuh, moga diri akan selamat dunia akhirat..!!
sekadar pandangan…
Tronx013(Quote)
Salam,
Dua perkara ini saling kait mengait antara satu sama lain sebenarnya. Jika lelaki runtuh perempuan juga runtuh, begitulah sebaliknya.
Ia lebih sinonim dengan panggilan budaya ‘Hedonisme’. Sudah deras menyerang umat!
Nauzubillah, itu yang sangat saya takutkan. Syukran atas pandangan Akhi.
Farid Rashidi(Quote)
salam,,saya baru balik dr masjid sri petaling naik lrt di bukit jalil,masyaAllah dalm LRT tu,Allah sja yg tau…kitaorang student baru tangguh dari khuruj ustaz,,tp smpi di stesen dah kene uj…rasa2nya mgkin 10 atau 20 thun lgi,,lebih dasyat…doa la,,sempena ijtimak bulan julai nie,mampu melenyapkan semua kebathilan2 nie…
fuad(Quote)
Salam,
Dasyat ya kamu..kasihan. Khuruj kemana tu akhi? Dan ijtima’ apa bulan julai ni? Maklumlah saya jauh dari Malaysia.
Hanya Islam sahaja yang mampu memberikan penyelesaian sebenar-benarnya. Sebut tentang 10 atau 20 tahun akan datang saya jadi takut dan risau. Tak tahulah kenapa..
Farid Rashidi(Quote)
salam ya akhi…cantik sungguh blog baru ni…dan menarik sungguh catatan perjalanan hidup saudara….terbuai seperti membaca novel pulak…u have the talent…bole hasilkan sebuah novel yang menarik. Catatan perjalanan itu juga mengingatkan saya tentang Cairo yang pernah saya jejaki suatu masa dahulu..masih boleh lagi merasai suasana dan kebetulan masa tu bulan ramadhan.
arsaili(Quote)
Salam,
Err, pujian yang melambung tinggi nampaknya. Saya sebenarnya tak tahu mahu menulis novel apa, tetapi sudah imagine jalan ceritanya.
Rupanya pernah datang ke sini ya. Bila ya? Bulan puasa sangat meriah disambut.
Farid Rashidi(Quote)
Dugaan..dugaan..pejam mata dan palingkan muka ke sebelah lain..menolak dengan hati..itulah yg selalu dibuat, nak tegur..alahai, kena ada kekuatan yg tinggi…mana2 yg masih ada segan silu tu, akan berhenti bila ada yg memandang tajam…kebanyakannya ibarat ‘dunia ana yang punya..’
Dah lama tak naik keretapi ni..dulu yg famous kat M’sia.. Senandung Malam, Express Rakyat.. yg anta naik ni kira OK lagi.. tak macam kat India or Indonesia, sampai ke bumbung, muatan terlebih..
nohas(Quote)
nohas,
Saya tak pejam mata. Tetapi membuka mata untuk terus membaca, sesekali melontar pandangan ke luar gerabak. Itu lebih menenangkan jiwa daripada melihat ‘mereka’. Tabarruj ini dosanya pada dia dan orang yang melihatnya. Double secara automatik. Wallahua’lam.
Perlu cari kekuatan yang tinggi itu. Semoga kita temuinya.
Sini pun hampir-hampir nak naik bumbung, mujur bumbungnya jenis bulat jadi susah nak panjat atas. Ada ramai yang bergayut pada tepi pintu dan antara penghubung gerabak. Sungguh berani!
Farid Rashidi(Quote)
salam…inshaAllah, diri ini telah menanamkan tekad yang begitu dalam…untuk menjejaki bumi iskandariah suatu hari nanti…penulisan begini telah saban waktu menggamit hati ini ke sana…bertuah ust, dikurniakan kemudahan olehNya untuk menerima ilmu di bumi mesir…
atulasca(Quote)
Salam,
Kalau begitu Alhamdulillah. Pergilah mengembara mencari keagungan Allah SWT supaya menatijahkan berkembang bunga keimanan.
Banyak tempat yang menarik seperti Maktabah Alex, Maqam, Masjid, binaan tinggalan rom, benteng Istana Sultan Qatbai, Mumtazah dll.
Bertuah juga buat semua mahasiswa/wi yang belajar di sini.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz,
akhirnya dpt jua membaca entry ustaz. Sebelum ini web ustaz seperti hang menyebabkan webpage x dpt dibuka. Membaca komen dr kak Balqis,membuat diri geli hati sebentar.
Hihi… mcm2 ya ragam manusia. Fesyen pun mesti kena pd hukum agamanya. Oh ya, sperti pertanyaan dari kak balqis juga, ada apa di Iskandariah??
salam,
anum
anum(Quote)
Salam,
Saya sudah pun cuba menyelesaikan masalah teknikal itu berkat tunjuk ajar saudara Rushdi tempohari. Segalanya kembali normal.
Geli hati? err…:-)
Semestinya setiap perkara kita wajib meletakkan syariat di hadapan. Itu sepatutnya. Bukan di lutut atau hidung.
Sudah 2 kali pertanyaan. Nanti saya cuba ceritakan ya.
Farid Rashidi(Quote)
ttg bila membaca buku dh x nampak org kiri kanan dan ironi pelajar perubatan di Ukraine. Di Malaysia, ada yg x cukup kain.mcm-macm…
anum(Quote)
Ooh, benarkah begitu? mungkin khusyuk membaca agaknya. Tetapi harus berhati-hati juga.
Farid Rashidi(Quote)
salam… baru dapat menjengah.. mahu pergi kemana ye ust? rasanya coretan belum berakhir lagi kan?…
di mana2 pun sama ust..kalau la kat Mesir suasana dah macam tu, apatah lagi di sini (M’sia)..ust pun faham kan..
p/s: ust duk sebelah perempuan ekk…teringat kawan saya yang sangat2 marah kalau saya duk sebelah lelaki..walaupun kdg2 situasi sama cam ust..penuh,takde tempat
nur_syahadah(Quote)
Salam,
Wah sudah 3 pertanyaan. Saya mencari sedikit ketenangan di sana
Ya, belum.
Sebab itu suka saya bawakan kisah ini ke blog. Tujuannya untuk memberi pengajaran kepada semua wanita mahupun lelaki akan hakikat ini. Moga semua dapat berfikir dengan baik.
Saya duduk di sebelah bukan dalam keadaan rapat seperti menaiki bas express. Sebab tempat duduk keretapi agak luas. Jauh, ALhamdulillah. Lagipun tiada tempat dan padat.
Farid Rashidi(Quote)
1001 perhatian gak kena bagi bila dalam gerabak tu. tak boleh relax macam dok tramco, nak tidur, nak tenang, nak rehat.
dalam ketapi taniah atau talitah mumayyazah tu kena hadapi macam2 dugaan. bau, cuaca, karenah, paling susah asap.
pengalaman tu semua, untuk hadapi life yang akan datang.
tanto tanto(Quote)
Saya suka tramco pelancong berbanding biasa. Tak terhangguk ke sana ke sini
Asap yang dimaksudkan saya dalam entri ialah bau asap rokok. Sangat tidak tahan. Sesak nafas!
Farid Rashidi(Quote)
Salam Farid…
Pakaian menjolok mata kadang tu bukan hanya dipakai oleh mrk yg kurung langsing, tapi juga oleh mrk yg agak berisi. Kak su pernah terserempak dgn seorang perempuan yg berbadan gempal kat klinik, memakai baju ‘baby’ (baju kecik dan sendat). Bila dia bangun dari kerusi, bajunya terangkat sehingga boleh menampakkan bahagian pinggang dalam sejengkal. Aduh… berpinar mata kak su melihatnya. Masa tu terlintas difikiran… apa yg ditunjuknya dgn memakai pakaian sebegitu? spare tyre? Astaghfirullah… Fikiran jahat kak su tak daya nak menghalang lintasan sebegitu. Kecewa sbnrnya. Kecewa melihat masyarakat kita dah semakin hilang rasa malu…
suara(Quote)
Ternyata saya tak mampu bayangkan hal ini. Sukar bukan?
Mata wanita kak su juga berpinar inikan pula mata-mata lelaki di luar sana. Saya juga sebelum datang ke Mesir pernah turun ke KL membeli kamera digital di Lok Yatt. Terasa seperti berada di negara ‘Mat Taleh’ bukan ‘Salleh’
Insya’Allah tidak menjadi jahat jika niat tujuan hanya kerana Allah SWT untuk membanteras dan membenci maksiat.
Masyarakat Malaysia masih menebal budaya ‘Jaga tepi kain sendiri’…masalah!
Farid Rashidi(Quote)
Salam Farid…
Di mana-mana pun sama aje..Islam sekarang hanya pada nama..ajaran yang sepatutnya dipatuhi telah dilontar ke tepi.. Itulah keadaannya manusia di akhir zaman
Tirana(Quote)
Salam Kak Tirana,
Nauzubillahhi minzalik..terima kasih.
Farid Rashidi(Quote)
assalamualaikum
sudah beberapa kali saya ke sini tapi tidak meninggalkan sebarang komen di rumah baru ini. ^^
berkaitan dengan post di atas, sudah menjadi satu fenomena di mana saja begitu.
ketidaksedaran, apabila telinga di kalahkan oleh mata, lebih peka kepada trend dan mode yang dilihat berbanding ayat suci Ilahi yang di perdengarkan.
p/s: terima kasih kerana meniggalakan jejak di rumah saya
puding caramel(Quote)
Wa’alaikummusalam,
Terpulang kepada pembaca. Suatu kelebihan dan kemanfaatan jika perkongsian minda dilakukan.
Ayat yang ada nilai sastera. Harap kita jangan jadi seperti orang munafik yang memekakkan telinga membutakan mata bila datang kebenaran. Talam dua muka sangat berbahaya.
Sama-sama. Sila bertandang lagi.
Farid Rashidi(Quote)
Saam farid, kali ini cerpen kisah benar
.
Ya, situasi anak2 muda perempuan hari ini seperti yg farid gambarkan berlaku di mana2. Dulu masa kecik2, saya bayangkan keadaan wanita Arab di Mesir sungguh ideal. Dengan wanita yg menutup aurat sepenuhnya. Sehinggalah saya menonton drama arab yg pernah ditayangkan di tv dulu, barulah saya tau..ooo…kedaannya tak jauh beza dengan di KL (bukan di KL sahaja, malah di ceruk2 kg juga!)
Begitulah natijahnya, bila ‘artis yg sesat’ menjadi idola. Cara hidup mereka menjadi ikutan. Fesyen pakaian mereka menjadi kegilaan. Tambah menyedihkan bila media kita tanpa segan silu menggembar gemburkan ‘kehebatan’ golongan tersebut. Kononya ‘up to date’. Sedangkan hakikatnya ia semakin memunah dan meranapkan peribadi seorang muslim.
K Kin(Quote)
Salam,
Lebih kuranglah bunyinya.Senang-senang ambil kisah sendiri buat cerpen tak perlu fikir panjang.
Ya, kalau tengok filem-filem arab dah lebih kurang macam filem barat.(Tetapi masih dalam budaya arabnya).
Berjaya Yahudi dan Nasrani. Mereka didik para artis, kemudian artis itu menjadi idola pula kepada remaja kini. Kesannya budaya kebaratan mudah masuk dan mengalir tanpa susah payah lagi.
Yahudi dan Nasrani tak akan duduk diam selagi mana Muslim tak ikut mereka.
Farid Rashidi(Quote)
sebagai seorang perempuan, kiter adalah insan yang unik dan tersangatlah istimewa… disebabkan keistimewaan yang dianugerahkan kepada kiter, kiter diperintahkan untuk menjaganyer dengan sebaik-baiknyer.. perlu dilindungi sehingga tidak dibenarkan untuk dipamerkan pada yang tidak layak.. bukankah itu menandakan betapa istimewanya kiter. tetapi malangnyer, kiter semakin tidak mengerti akan keistimewaan itu. alangkah ruginyer kiter..
ctrahayu(Quote)
Alhamdulillah, jika mengerti kedudukan sebenar. Harapannya bila sudah faham praktikal pula terlaksana. Supaya tidak rugi.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum…
Situasi yg kerap dialami…
Bab aurat…
Kalau di sini, kawan2 kerap menghighlight bahawa betapa teruknya moral wanita bertudung…
Mereka ni semua ibu2 yg muda dr saya tetapi pemakaian sedia maklumlah…
tapi saya berkata kembali, perilaku itu itu hal individu, yg pasti yg halal tetap halal and yg haram is definitely haram…
and aurat itu wajib ditutup. mereka tersentap dgn saya…
kecewa juga saya… what’s the best way to advice these girls?
kawaii desu(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Lama tak bertandang ke blog saya ya.
Sangat kerap berlaku. Mendedahkan aurat dan bermekap adalah termasuk tabarruj.
Persekitaran semasa sudah membuktikan kata-kata kamu.
Cuma dalam Islam perilaku sememangnya hak individu namun umat Islam boleh menegur, menasihati dan mencegahnya.
Caranya dengan menunjukkan akhlak yang baik sebagai seorang bertudung dan menutup aurat. Nescaya mudah menasihati mereka. Dengan berhikmah.
Farid Rashidi(Quote)
Slm,tertarik bila bc pnglmn ust.kdng2 bl pk bab2 pnddahan aurat mmng rasa kshan pd kaum adam..mg dgn niat yg baik ingn m’jg pndngn n bencikn mksiat tu dpt gnjrn drpd Allah.apa2 pun bmi alex mmang indah:-)
ana(Quote)