Buli: Krisis Identiti Remaja

On April 16, 2009, in Bicara Semasa, Tazkirah, by Farid Rashidi

“Macam mana masuk sekolah baru ok tak? Ada orang dok pukul tak?” Saya cuba bertanya khabar lewat telekomunikasi berbayar internet.

“Masa mula-mula masuk sekolah hari tu ada juga yang kacau, pelajar tingkatan tiga..dia tendang adik..” Adik bongsu saya bercerita tentang keadaan di sekolahnya. Dia baru sahaja memasuki tingkatan satu di sebuah sekolah menengah agama berasrama.

Saya sedikit gusar mendengar.

“Tak bagitau pengetuake, warden atau Ustaz?”

“Ada bagitau kat penjaga asrama, tapi perempuan. Dia buat tak peduli ja..” Suara serak basah kedengaran di corong speaker. Sesuai dengan badannya yang agak berisi.

Line internet kelihatan laju bergerak. Alhamdulillah.

“Tak apalah, nanti bagitau kat sapa-sapa. Kat ayah, mak, warden, Ustaz, atau kat Abing Din, jangan diam-diam pula.” Saya cuba cadangkan agar lebih berani dan tegas bila berhadapan masalah buli, pukul dan sebagainya.

Bukan mahu terus lemak bermanja. Tidak sama sekali. Perkara ini perlu dibendung supaya tidak berlarutan turun temurun sebagai warisan.

Perbualan petang itu diakhiri dengan ucapan salam.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya mendengar peristiwa sebegini. Baru-baru ini ada seorang ibu kepada anaknya yang bersekolah menengah Tahfiz turut menceritakan hal yang sama.

“Kenapa ada yang dah hafaz 30 juz masih buli-buli junior?” Dia bertanya soalan perihal anaknya yang baru sahaja memasuki alam sekolah menengah. Soalan itu seperti memerangkap fikiran saya untuk berputar mencari penyelesaian.

“Begini, soal ini bukan masalah 30 juz atau tidak. Masalah ini ialah bila belajar teori, mesti ada praktikal. Jadi apalah guna kalau menghafaz 30 juz tetapi tidak praktik apa yang dihafaz..”

Belajar wajib beramal.

“Satu lagi sebab remaja sekolah menengah masa itu dalam keadaan krisis identiti. Masih belum dapat berfikir secara matang..tindakannya kurang bijak.” Saya cuba menambah point.

buli

Perilaku Warisan

Teringat saya ketika bersekolah menengah suatu masa dahulu. Beberapa pelajar lelaki terpaksa digantung pengajian kerana terlibat dengan kes buli dan pukul pelajar junior. Kes sebegini kebiasaannya terjadi dikalangan pelajar yang tinggal di asrama.

Sebenarnya bukan sahaja sekolah menengah biasa, tetapi yang beraliran agama (arab) juga tidak terlepas daripada menghadapi kes buli dan bergaduh. Mungkin kurang dipopularkan oleh media massa akibat masing-masing menutup mulut mengelakkan nama sekolah tercemar.

Pada saya, sewajarnya perkara ini dipanjangkan ke peringkat seterusnya. Memandang jika ianya terus menerus membisu dibimbangi suara-suara kebenaran akan tenggelam hanyut begitu saja. Memekakkan telinga, membutakan mata itu bukan jalan penyelesaian yang bijak.

Biar perilaku turun-temurun dibungkus menjadi memori pahit dengan bernoktah.

Psikologi Remaja

Baru-baru ini media massa sekali lagi mengkhabarkan berita perihal buli.

“3 Mac 2009: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Pahang, Mohd Azwan Md Ribi, 15, melecur teruk lengan kanannya diseterika senior di asrama hanya kerana enggan membelikan rokok.” Lapor sebuah akhbar Internet.

Melihat kepada laporan berita mereka yang terlibat menjadi mangsa dan pemangsa adalah seorang yang bergelar remaja.

Justeru, selain kesan didikan ibu bapa di rumah sedari kecil, faktor psikologi remaja itu sendiri mencetuskan kesan dalam jiwanya. Kebiasaannya selepas melalui peringkat akhir kanak-kanak manusia akan menempuh alam baligh atau alam remaja.

Pada peringkat ini perkembangan akhlak mula berakar dalam sanubari remaja. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak mula berkembang lalu membesar. Sosio emosinya cuba mengakses keperibadian yang unik. Remaja itu mula merasakan ’sense of belonging‘ terhadap kelompok yang lebih besar.

Peringkat ini juga merupakan satu peringkat yang amat komplikated (rumit). Ini kerana dalam proses itu remaja mula menterjemahkan pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Tanggungjawab pelbagai terutamanya daripada sudut pengajian turut bertambah mengikut aturan displin.

Ketetapan aturan dan displin harus mengikat remaja secara harmoni ketika itu.

Unsur-unsur Psikologi VS Islami

Bila mana seseorang remaja itu mengalami proses mencari identiti. Pengaruh alam sekitar serta perilaku rakan, media massa, unsur budaya dan peranan orang dewasa menjadi petunjuknya. Jika di sana wujud role-model yang baik pasti ia ketemu jalan penyelesaiannya yang lurus tanpa perlu terjun dalam gaung gelap atau melencong jalan yang bersimpang siur.

Ternyata norma Islami sudah menetapkan aturan bagaimana mahu mengawal emosi dan psikologi remaja mahupun kanak-kanak. Bermula tiupan suara azan dan iqamah di telinga bayi yang baru lahir sehinggalah remaja itu mengenal ayat-ayat suci Al-Quran semuanya mengikat peraturan dan akhlak mulia. Aturkan supaya aqidahnya tahu siapa pencipta alam. Firman Allah SWT:

Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!” (Al-Isra’: 111)

Seterusnya bila sudah mengenal soal ketauhidan dan aqidah. Semaikan pula syariat Islam merangkumi ubudiyyah dan ibadat pada jalur-jalur saraf minda. Taburkan kemurniaan akhlak berperilaku. Nescaya remaja itu tahu menghormati hak manusia, menyayangi, berukhuwwah, berkasih sayang sesama insan. Sudah terang lagi bersuluh peringatan Allah SWT:

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat: 10)

Baginda juga sudah berpesan perihal akhlak seorang mukmin yang baik. Waima statusnya kanak-kanak, remaja, dewasa ataupun hujung kedewasaan.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu dengki mendengki, jangan kamu meminta membeli dengan harga yang tinggi bukan dengan tujuan membelinya tetapi untuk menipu orang lain dan memudaratkan mereka, jangan kamu benci membenci, jangan kamu belakang membelakangi, janganlah sebahagian kamu menjual di atas jualan orang lain, dan jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang mukmin adalah saudara kepada mukmin yang lain. Dia tidak menzalimi saudaranya, tidak membohonginya dan tidak menghinanya. Takwa itu di sini – sambil menunjukkan dadanya sebanyak tiga kali. Seseorang itu sudah dianggap berdosa jika menghina saudaranya seIslam. Tiap-tiap orang muslim itu di atas saudaranya adalah haram: darahnya, hartanya dan maruahnya. (Diriwayatkan oleh Muslim)


Cukuplah Allah SWT dan RasulNYA pengubat kebejatan yang membelenggu.

7:21 PM, 16 April 2009,
Siberbay, Tanta.


Tagged with:
 

33 Responses to “Buli: Krisis Identiti Remaja”

  1. Tirana says:

    Salam Farid…

    Kak Tirana selalu berdo’a agar anak-anak kak tirana tak kena buli atau tak jadi kaki buli.Gerun dengar saban tahun ada remaja yang terpaksa masuk ward disebabkan kes buli.

    Kak Tirana percaya didikan dari kecil yang menjadi punca segalanya.. Maksud kak tirana punca samada anak jadi baik atau sebaliknya. Sekiranya anak diberi asas secukupnya ketika kecil dan terus mendapat bimbingan dari mak ayah sehingga mereka meningkat remaja, insyaAllah anak dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk. Anak-anak yang terlibat dengan gelaja yang negatif biasanya mempunyai low self esteem…  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Alhamdulillah kalau begitu. Doa ibu bapa yang baik pasti Allah SWT memakbulkan.

      Bila didikan secukupnya diperolehi, faktor kawan juga penting bila mana remaja itu sedang mencari identiti. Banyak juga kes yang berlaku bukan sebab salah ibu bapa mengajar, tetapi persekitaran. Tengoklah dengan siapa dia berkawan.

      Berkawan dengan penjual minyak wangi tentu harum baunya nanti bukan?  (Quote)

      ReplyReply
  2. insyirah says:

    Salam.
    Isu buli ni dah macam ‘trend’ yang dipopularkan. Betul kata Ummi Tirana, menakutkan. Bahkan perkara yang disuruh buat oleh senior terkadang langsung tak masuk akal contohnya tiup suiz lampu. (Huh?) Kalau tak padam juga, maka.. sesi pukul beramai-ramai bakal berlangsung. Hurm.  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Contoh diberi membuatkan saya terimbau kenangan lalu. Pernah disuruh menyanyi dan berlakon di malam hari oleh senior-senior. Ohh, apakah relevennya saya pun tidak tahu.

      Mahu orang lain menghormati kita tidak perlu paksaan. Rasa hormat itu datang melalui ‘respect’ bukan ‘suspect’.

      Pelajar perempuan pun begitu juga sekarangkan?  (Quote)

      ReplyReply
  3. Assalamualaikum..

    Masalah ini yang sangat membimbangkan, takut apabila memikirkan anak-anak remaja di zaman ini..

    Saya bersetuju dengan kak Tirana asas didikan daripada kecil tidak kukuh maka mereka goyah dalam membezakan antara yang baik dan buruk, pemantauan daripada ibu bapa juga kurang..jiwa remaja mudah memberontak dan mahu mencuba sesuatu yang baru..

    Mungkin pada saya , perkara ini berlaku juga disebabkan sikap pihak sekolah dan guru yang hanya sambil lewa dalam menangani masalah ini…

    walau apa pun kita tidak perlu menuding jari antara satu sama lain, apa yang pasti remaja-remaja yang bermasalah ini, harus dibantu supaya mereka tidak terus hanyut dalam kemelut itu..

    InsyaAllah..sama2 lah kita membantu dalam mengatasi masalah ini..;)  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikummussalam,

      Asas didikan dan satu lagi kasih sayang. Bila manusia didik dengan nilai kasih sayang kerana agama, saya rasa kakiknya tidak sampai hati untuk diletakkan di muka orang lain.

      Ramai ibu bapa menghantar anaknya ke sekolah dengan harapan guru itu sendiri yang mendidik dan membentuknya. Itu kaedah yang silap. Kalau ‘tok guru’ zaman dulu mungkin boleh.

      Apa yang boleh kita lakukan ialah, jika punya anak timbulkan kesedaran atau serapkan kasih sayang sebaik mungkin. Berdoalah semoga segalanya selamat. Begitu juga adik beradik yang lain.

      Bimbinglah remaja yang bermasalah sesiapa yang berkemampuan.  (Quote)

      ReplyReply
  4. suara says:

    Berasal dari orientasi, iaitu suai kenal semasa memasuki sekolah baru biasanya. Itu dulu… dan kak su juga penah disuruh macam-macam, termasuk yg tak masuk dek akal. Minggu orentasi sbnrnya tak panjang, hanya seminggu atau dua minggu. Kemudian hubungan jadi lebih rapat bila ada sikap pemaaf dlm diri. Tapi kalau dendam terus disimpan walaupun asalnya apa yg disuruh adalah gurauan, memanglah semakin parah jadinya.

    Tapi itu dulu… sekarang orentasi dilihat sbg pencetus masalah buli antara senior dan junior. Bertindak keterlaluan sehingga mencederakan. Malah berlarutan melebihi tempoh orentasi yang dijalankan. Itu yang tak seharusnya berlaku.

    Walaupun anak-anak dihantar kesekolah (berasrama atau tidak), tapi tanggungjawab untuk membentuk peribadi anak tak boleh diserahkan pada guru saja. Dan juga tak boleh terlalu memanjakan anak-anak sehingga tangan guru terikat untuk ‘memukul’ (dgn tujuan mengajar, tdk sehingga mencederakan).

    Erm… susah nak cakap pasal didikan anak-anak nih… sbb kak su tak memiliki title itu… tak ada pengalaman sbg ibubapa atau guru.  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      suara: Tapi itu dulu… sekarang orentasi dilihat sbg pencetus masalah buli antara senior dan junior. Bertindak keterlaluan sehingga mencederakan. Malah berlarutan melebihi tempoh orentasi yang dijalankan

      Saya tertarik pada perenggan orientasi itu.

      Memang benar sekali apa yang kak Su cakapkan. Saya juga pernah merasainya. Masih basah memori disuruh menyanyi lagu dan berlakon oleh senior sewaktu minggu orientasi tidak rasmi.

      Terasa juga di hati, tapi memaafkan itu menyelasaikan masalah. Namun saya orientasi begitu tidak relevan.

      Saya setuju pandangan Kak Su.

      Saya juga belum berpengalaman.:-)  (Quote)

      ReplyReply
  5. nahmy says:

    assalamualaikum…

    satu persoalan menarik. zaman ana mengaji (belajar) buli-buli bukanlah takde langsung, ada…dan ana bukanlah yg membuli ye. tapi buli dahulu tak langsung ‘hebat’ cam zaman sekarang. sekarang bebudak skrg dah melampau. mereka langsung tidak memakai pertimbangan akal hatta yg paling utama pertimbangan dosa, pahala & takutkan Allah sekalipun. yg sedihnye tu hampir semua adalah kes bebudak melayu beragama islam.

    mcmana boleh jd camtu? susah nak jawab…tapi yg pastinya bukanle krn mengaji 30juz dan sebagainya. zaman ana dulu…anak murid takutkan (atau hormatkan) cikgu, makbapak, org2 tua dan yg seumpama dgnnya. tiada karaoke, video game, internet, PSP & sebagainya…bila buat salah kena beduk setengah mati dgn mak atau bapak…tp bila besor bebudak dulu tu (spt ana) tak juga (atau belum) jadi manusia sempurna. inikan pula bebudak skrg…

    zaman skrg? cikgu takutkan anak murid, makbapak tak ambil pusing dgn anak2, video game, cyber cafe, snooker center, akedemi fantasia, one In a mIllion, PSP…dan ditambah tak kena beduk maka bayangkanle bebudak skrg ni…

    ana melihat bebenda ni terjadi krn 3 perkara (mungkin pendapat ana tak tepat maka maafla..).

    1. kerana faktor persekitaran…hiburan diTV, kawan2 dan mahukan kemodenan yg terlalu cepat.

    2. makbapak yg tak hiraukan sgt pasal mendidik anak..mereka lebih suka ‘melayan’ dr mendidik. mereka lebih suka terkinja-kinja memikul sepanduk klu anak dpt masuk tom-tom bak, AF, OIAM dan sbgnya. mereka dah tak hirau hantar anak mengaji quran ke, sekolah agama ke dan sbgnya.

    3. dah tentulah pasal mengenepikan hak-hak Allah melalui ilmu & keimanan yg perlu kita tanamkan pada anak-anak ini (kesinambuagn sikit dr no 2 di atas).

    itula saja..niat nak menulis & menambah lg tp tangan dah letih le syeikh….wallahualam.  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      nahmy: zaman skrg? cikgu takutkan anak murid, makbapak tak ambil pusing dgn anak2, video game, cyber cafe, snooker center, akedemi fantasia, one In a mIllion, PSP…dan ditambah tak kena beduk maka bayangkanle bebudak skrg ni…

      Faktor beginilah mengundang kecelakaan pada sistem sosial remaja. Hancur secara perlahan persis kayu yang dimamah anai-anai. Sedikit-sedikit akhirnya roboh rebah menyembah bumi.

      Alhamdulillah, pandangan enta tepat. Memang itu antara punca terbesar selain yang telah disebutkan. Jadi persoalannya, bagaimanakah kita mahu cuba menarik meraka ke jalan yang benar? atau dengan kata mudah cuba selesaikan masalah ini dengan sebaik mungkin walaupun tak semuanya selesai?

      Jawapannya ada pada kita. Peranan dan tugas sudah terpundak.  (Quote)

      ReplyReply
  6. SangMentari says:

    Pertama kali ke rumah barumu, faridrashidi. Wah, tahniah.

    p/s kirisis mencari identiti di kalangan remaja ini telah lama juga dibincangkan. Namun sehingga kini seolah tiada jalan hujungnya.  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Terima kasih kerana sudi menjenguknya walau rumah berpindah ke sana kemari.

      Itulah..penawarnya mungkin terlalu pahit sehinggakan manusia tak berani menelan barangkali. Kamu pasti mengerti SangMentari yang bersinar.  (Quote)

      ReplyReply
  7. Tronx013 says:

    salam..

    Masalah buli..??

    saya baru habis buat elektif di Maahad Tahfis Sains baru-baru ini.. saya kagum melihat adik-adik yang dapat menghafaz Al-Quran 30 juzuk dan ada juga yang dalam proses menghabiskan juzuknya,dtambah pula subjek sains tulen,memang berat tapi saya yakin,Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu hadapi…. mereka ini manusia biasa, walaupun menghafal al-quran,tapi hati mereka sama seperti kita,memerlukan bimbingan.. akan tetapi bila quran telah dihafal, inshaAllah mereka mudah menerima bimbingan kerana untuk menjaga al-quran bukanlah mudah,adik-adik hafiz sendiri beritahu saya,bahawa untuk menghafal lebih mudah daripada memastikan semua hafalan ‘maintain’ dalam ingatan.

    Bercerita pasal alam persekolahan, memang alam ini sangat sukar dan mengelirukan hati para remaja sekolah. Maklumlah, fikiran pun masih mematangkan dirinya. Jadinya, pelbagai masalah bakal dicipta dan pelbagai penyelesaian harus direka dengan strategi yang setanding dengan level masalah.
    Biasanya, manusia suka melakukan berdasarkan pengalaman atau apa yang dialaminya. Sesuatu yang dialami dalam bentuk kejahatan akan diekpresskan dalam bentuk kejahatan, melainkan kesedaran hati menguasai diri.

    kes pelajar sekolah membuli, sebenarnya,banyak faktor, akan tetapi yang paling penting ialah wujudkanlah suasana kasih sayang antara kita, kerana rasulullah sendiri mempraktikkan kaedah ini.
    rasulullah sentiasa mengambil berat tentang sahabatnya,umatnya,mendoakan kita. Batu yang dilempar sehingga mencalarkan tubuh baginda,tidak pernah melukakan hati nabi untuk membalas kejahatan, catuan makanan yang nabi hadapi,tidak pernah melaparkan baginda untuk berhenti meneruskan dakwahya. Kerana apa? kerana sayangnya baginda terhadap ummat. Rasulullah contoh terbaik, andai kita dibuli, cubalah untuk menyayangi saudara yang yang membuli kita dan niatkan di hati agar kita tidak akan mencontohi perkara buruk.

    Bagi saya sendiri, Motivasi ke arah pembentukkan sahsiah terutamanya daripada kalangan abang-abang dan kakak-kakak dari institusi pengajian tinggi amatlah membantu adik-adik. Kerana berdasarkan pengalaman, adik-adik sekolah sangat suka andai abang-abang dan kakak-kakk university dapat bersama mereka di sekolah.. bak kata mereka, hanya pelajar memahami peljar… :)

    p/s- rakan non-muslim saya ada beritahu saya bahawa dia tertarik dengan agama kristian kerana selalu menyentuh soal ‘LOVE’.. bagi dia,semua agama ada sentuh soal ‘LOVE’ tetapi yang paling menonjol adalah agama Kristian.mereka saling bekerjasama dan nasihat menasihati.. . pendapat saya, umat islam sekarang memang ketandusan kualiti aspek silaturahim.. akan tetapi masa akan berubah..islam terlalu indah dan lebih indah daripada keindahnya..  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Tronx013: bahawa untuk menghafal lebih mudah daripada memastikan semua hafalan ‘maintain’ dalam ingatan.

      Merujuk kepada ayat ini. Saya turut mengakuinya. Menjaga lebih susah dari mula memiliki. Terkadang ianya lari belum sempat diikat kemas.

      Saya kagum melihat anak-anak arab Mesir sudah 30 juz dalam ingatan. Sedang kita masih tergagap membaca Al-Fatihah.

      Tronx013: Sesuatu yang dialami dalam bentuk kejahatan akan diekpresskan dalam bentuk kejahatan, melainkan kesedaran hati menguasai diri.

      Saya jadi teringat kisah seorang budak mati terjun bangunan bila mahu meniru gaya superhero superman.

      Tronx013: Kerana berdasarkan pengalaman, adik-adik sekolah sangat suka andai abang-abang dan kakak-kakk university dapat bersama mereka di sekolah

      Sebab itu pengaruh senior sangat kuat pada junior. Kerana warisan perangai mereka sedikit sebanyak akan menjadi turun temurun. Kalau positif alhamdulillah. Kalau negatif nauzubillah.

      Tronx013: rakan non-muslim saya ada beritahu saya bahawa dia tertarik dengan agama kristian kerana selalu menyentuh soal ‘LOVE’

      Kerana LOVE juga ada wanita melayu Islam lari ikut bangla atau india yang beragama hindu. Konon mahu tiru seperti hindustan.

      Islam sudah jelas mementingkan LOVE dalam umatnya. Cuma sahaja yang tidak tahu menggunakannya dengan cara betul. Mereka menganggap LOVE menghalalkan zina. Oh, tunggang terbalik umat Islam sekarang.  (Quote)

      ReplyReply
  8. nur_syahadah says:

    salam.. bercakap pasal buli,saya selaku guru sgt2 bimbang sebab sekarang trend buli bukan macam dulu. sekarang dah sampai kes bunuh..bayangkan remaja kita seawal usia yang begitu muda dah dilabel sebagai pembunuh..nauzubillah! mintak dijauhkan..

    namun, yang paling ketara masalah buli berpokok pangkal daripada masalah dirumah(maaf)..saya berani menyataknnya sebab kebanyakkan pelajar yang bermasalah adalah disebabkan mereka ada masalah dengan parents di rumah.. kebanyakkan mereka tak tahu mana nak dilepaskan dan yang jadi sasaran adalah rakan-rakan yang tak bersalah..

    saya mengajar di sekolah harian biasa, so kejadian seperti ini bukan perkara biasa. Pelajar sekarang terlalu dimanjakan, sangat2 dimanja.mana taknya, penampar seorang guru boleh mencecah RM5 ribu..fuhh!!mahal tu kalau nak bayar..silap cubit silap hari bulan datang surat saman.. dan sekarang nak himpunkan pelajar lama sikit (buat perhimpunan) dapat bantahan dari parents..aduan kat kementerian dan paling hebat boleh masuk paper.. saya tak cakap semua parents begitu tapi segelintir..yang tak faham istilah ‘mendidik’ untuk seorang guru.. sampaikan sekarang saya terfikir dimana hak seorang guru dalam menjadikan pelajarnya ‘menjadi’..

    ermm..maaf ye ust tersasar jauh lak :-)
    apa pun didikan agama utamakan supaya anaka2 ada guide dalam hidup mereka..  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Sangat dasyat ya cikgu. Bila sampai ke tahap membunuh bukan lagi kes kecil. Saya teringat ada satu kes dulu di terengganu, seorang pelajar sekolah menengah mati dibelasah oleh sekumpulan pelajar.

      Satu salah faktornya ibu bapa di rumah, sebagaimana saya sebutkan di atas. Ada juga kerana terpengaruh dengan filem pergaduhan secara berkumpulan, ini merangsang pemikiran mereka untuk meniru gelagat aksi filem.

      Fuss, sampai penampar juga mencecah rm5 ribu? Sangat banyak. Kaedah lain mungkin patut diajarkan.

      Hak guru saya rasa hanya pergi sekolah mengajar, ikut arahan majikan, diam diri lepas itu pulang ke rumah.

      Saya terbaca satu laporan mengatakan guru mudah tekanan jiwa. Kalau benar begitu, saya harap guru-guru sekelian perlu cari kedamaian selalu. Usah terlalu fikir ya.

      Ya, agama. Itu sebaiknya. Tak mengapa, apa-apa saja boleh diceritakan.  (Quote)

      ReplyReply
      • nur_syahadah says:

        nak menjawab sikit ye ust…

        kalau ikutkan memangla boleh buat camtu, g sekolah ngajar pastu balik..tapi disebabkan klien kite nie ‘orang’ jadi pe2 yang berlaku sedikit sebanyak mesti terkesan jugak..nak wat tak tahu je tak bolehla..memang taknak fikir tapi tula kena fikir jugak..sebab kalau boleh nak semua anak berjaya dunia akhirat…
        tapi tula cam tak dihargai jee…

        memang ramai kes cikgu mengalami tekanan emosi..bersabar cikgu2 semua ye..

        p/s: kalau boleh lepas je balik mengajar nak g satu temapt yang benar2 tenang :-) ..tapi boleh ke?  (Quote)

        ReplyReply
        • Farid Rashidi says:

          Silakan, tidak ada masalah.

          Ya, benar. Manusia ada perasaan, tambahan pula wanita emosinya agak menebal. Mana mungkin tidak tersentuh hati akan hal sebegini bukan.

          Insya’Allah cikgu, kalau kita tidak dihargai di dunia. Ingatlah Allah SWT lebih layak menghargai kita. Setiap perkara niat Lillahhi Ta’ala pasti ada ganjarannya.

          Juga buat kamu cikgu, banyakkan bersabar. Innallahha ma’assobirin.

          Boleh, banyak tempat yang tenang. Subhanallah Maha Suci Allah SWT yang menciptakan dunia yang indah. Syurga tentulah lebih istimewa! :-)   (Quote)

          ReplyReply
  9. Az says:

    Salam..
    Terima kasih saudara sebab share masalah ni bersama.
    Akak pun renung2kan jugak mengapa masalah buli ni boleh berlaku sehingga ke sekolah tahfiz.
    Satu lagi yg perlu kita didik, dan mungkin kita lupa untuk didik, cara untuk mengatasi perasaan atau rasa “marah”.
    Mungkin juga anak2 yg membuli yang dah hafal 30 juz, seperti yg saudara kata tu asalnya dari kalangan budak2 nakal yang dimasukkan ke sekolah tahfiz untuk berubah.
    Ataupun, akibat rasa marah, rasa untuk menjaga maruah sesuatu, mereka sanggup memukul untuk mengajar junior mereka.
    InsyaAllah esok akak akan ke sana berjumpa dengan mereka yang membuli anak2 akak. Sekadar perjumpaan seorang tua dan anak2 muda.
    Kerana bagi akak, memukul bukan cara terbaik untuk mengajar kawan2 mereka.  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Sama-sama. Masalah ada penyelesaiannya. Oleh itu, mencari jalan penyelesaian itu adalah sewajarnya.

      Mengawal marah itu sesuatu yang sukar terutamanya bagi mereka yang panas baran. Alangkah manisnya jika marah kita bersama senyum.:-)

      Itu punca selalu berlaku. Ibu bapa menjadikan sekolah sebagai medan mendidik. Bukan di rumah lagi.

      Benar, pukul akan memanjangkan masalah. Silakan berjumpa. Nasihatkan apa yang patut.  (Quote)

      ReplyReply
  10. tak nak komen banyak2, ibubapa kena prihatin tentang anak2, didikan agama, jati diri, ibubapa kena ajar / cakap kat anak2.

    apa2 yang berlaku di asrama / sekolah mesti beritahu cikgu / warden, agar dapat dibendung segala salah laku tu.  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Ya, itu antara usaha mengelakkannya berlaku. Cikgu pasti lebih tahu keadaan anak murid dan sekolahnya.

      Itulah sebaiknya sebagai satu kaedah mengelakkan kes buli berterusan.  (Quote)

      ReplyReply
  11. Balqis says:

    Salam ustaz,

    Masalah buli bukan lagi masalah baru, dibasmi pun masih tetap ada, dihukum pun masih tetap berlaku. Entah di manalah silapnya, ibu bapa? Guru? Rakan-rakan? Atau remaja sendiri? Semuanya terlibat dalam memainkan peranan. Ibu bapa dan guru, kalau tersalah mendidik, anak/pelajar akan kesasar. Rakan-rakan lagi pula punya pengaruh yang amat-amat kuat. Rasa mahu menguasai dan mahu dirinya dipandang sebagai seseorang yang perlu ditakuti. Mungkin kerana kurang mendapat perhatian, maka cara menarik perhatian khalayak lain, adalah dengan membuli. Remaja sendiri juga kadang-kadang tidak ada masalah apa-apa, sekadar hobi, minat atau sengaja suka menyakiti hati pelajar lain.

    Apa pun, yang membuli tidak boleh terus kita sisihkan atau pulaukan. mereka sebenarnya perlukan sokongan dan perhatian sewajarnya. Sayang, kita pandang mereka sebagai penjahat dan orang tidak baik. (Lainlah kalau sudah tua bangka masih lagi mahu membuat jahat, wallahua’lam). Ini yang masih muda remaja, kalau kita tidak tolong tunjukkan jalan, sesatnya entah sampai ke mana. Nau’zubillah…
    Jangan membenci mereka, sebaliknya sayangi mereka. Wallahua’lam.

    Saya belum pernah dibuli, jadi saya tidak tahu apa rasa dibuli. Untuk yang suka membuli, ingatlah lambat laun perbuatan kita kepada orang akan memakan menyusahkan diri sendiri. Kepada yang selalu dibuli, be strong, okay!!

    Wallahua’lam.  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Balqis: Remaja sendiri juga kadang-kadang tidak ada masalah apa-apa, sekadar hobi, minat atau sengaja suka menyakiti hati pelajar lain.

      Benar, ada juga spesis jenis ini. Membuli orang sebagai suatu hobi yang pelik. Terkadang bila diri sudah merasa kuat dan tangkas untuk bertomoi dan silat maka ilmu itu disalahgunakan. Tunjuk pada salah tempat. Akhirnya zalim mengambil tempat.

      Balqis: Sayang, kita pandang mereka sebagai penjahat dan orang tidak baik. (Lainlah kalau sudah tua bangka masih lagi mahu membuat jahat, wallahua’lam). Ini yang masih muda remaja, kalau kita tidak tolong tunjukkan jalan, sesatnya entah sampai ke mana. Nau’zubillah…

      Hahaha, saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang tua bangka cuba berlagak dengan kaya kaki pukul sambil memegang rantai basikal. Sangat kelakar bukan? lebih lagi turut berkacamata hitam lalu membuli pula orang sekeliling. Silap hari bulan ajalnya sampai ditendang beramai-ramai pula.

      Muda. Umurnya masih muda. Sayang kalau mahu biarkan hidupnya sehingga tua bangka (katamu) dengan gejala berlagak sombong ini. Ayuh tunjuki jalan. Kasihan cucu cicit nanti bila dapat tahu Datonya seorang kaki pukul.:-D

      Saya juga tak tahu ‘membuli’ tetapi tahu ‘menguli’.  (Quote)

      ReplyReply
  12. brahimnyior says:

    Farid, saya masih lagi warden, dan faham perasaan ibu bapa atau saudara mara mangsa buli.

    Ramai pihak kekadang menuding jari kepada warden, tapi biasanya kejadian buli berlaku di luar waktu warden bertugas. Maksudnya tengah malam, atau dinihari. Tapi, sewajarnya, warden memainkan peranan mencegah perbuatan ini daripada berlaku.

    Selalu saya beri tazkirah selepas solat kepada pelajar tentang bahaya buli.

    Mohon izin untuk menyampaikan isi entry ini kepada mereka.

    Insya-Allah, sehari dua ini, tiada gejala buli di asrama tempat saya bertugas. Moga-moga, tiadalah…  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Baru saya tahu Encik seorang warden.

      Alhamdulillah atas usaha sebegitu. Sekurang-kurangnya dapat menurunkan kadar kes sudah dikira baik. Kalau berjaya hapuskan lagilah baik.

      Saya lihat banyak pelajar berasrama tak sukakan warden. Tak tahulah apa sebabnya.

      Silakan, mana tahu terbuka hati mereka-mereka.  (Quote)

      ReplyReply
  13. K Kin says:

    Sungguh mencabar cikgu2 di zaman ini…kan?  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Sangat mencabar barangkali. Ramai guru telah saya tanyakan termasuk bakal guru yang sedang praktikal iaitu abang kandung saya sendiri. Katanya guru pada mulanya berwatak lemah lembut pasti berubah garang bila sudah mula memasuki alam pengajaran.

      Haisyy..macam dahsyat bunyinya.  (Quote)

      ReplyReply
  14. Farid Rashidi: Wa’alaikummussalam,Asas didikan dan satu lagi kasih sayang. Bila manusia didik dengan nilai kasih sayang kerana agama, saya rasa kakiknya tidak sampai hati untuk diletakkan di muka orang lain.Ramai ibu bapa menghantar anaknya ke sekolah dengan harapan guru itu sendiri yang mendidik dan membentuknya. Itu kaedah yang silap. Kalau ‘tok guru’ zaman dulu mungkin boleh.Apa yang boleh kita lakukan ialah, jika punya anak timbulkan kesedaran atau serapkan kasih sayang sebaik mungkin. Berdoalah semoga segalanya selamat. Begitu juga adik beradik yang lain.Bimbinglah remaja yang bermasalah sesiapa yang berkemampuan.

    Memang betul kata enta. Tok guru dulu mungkin boleh. Pengajian dahulu dilaksanakan mengikut kaedah talaqi. sekarang memang susah bertalaqi dengan guru secara berhadapan. Yang ada sekarang kebanyakannya hanya mengejar sillubus untuk menghadapi peperiksaan.  (Quote)

    ReplyReply
    • Farid Rashidi says:

      Kalau dahulu, tangan guru yang hinggap di badan anak murid.

      Sekarang mengajar untuk habiskan silibus dan guru-guru mengajar untuk mencari duit. Hanya beberapa orang guru sahaja yang betul-betul ikhlas mengajar.  (Quote)

      ReplyReply
  15. abdul hadi says:

    assalamualaikum….sye kne wt latihan ilmiah tentg kaunseling remaja islam…menjurus kpd remaja berstatus tahfiz….bley ustz bg sdikit pndgn bserta fakta berkenaan masalah serta penyelesaian…klu bley rjukan web skali…syukron ustaz….  (Quote)

    ReplyReply
  16. nashwa says:

    assalamualaikum wrh wbt

    sy juga kena wat artikel utk forum ttg buli berteorikan perkembangan moral pelajar. terima kasih krn menulis ttg ini.  (Quote)

    ReplyReply
  17. online says:

    Ya, mungkin karena itu  (Quote)

    ReplyReply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled