Header image

Bicara Faridrashidi.Com

Posted by Farid Rashidi in Diari Penulis | Pemberitahuan

Segala puji bagi Allah SWT yang menciptakan makhluk bernama manusia yang mampu berkata-kata dengan komunikasi yang baik. Demi mata pena yang menitipkan tinta permata pada lembaran Al-Quran yang agung. Jua merakamkan kalam mulia Habibullah Al-Mustofa. Segugus selawat buat pesuruh Jalla Wa’ala.

Saya menerima serangkap kata-kata dari seorang rakan alam maya.

“If you have a clear vision, you will have no time to take breakfast.” –Bill Gates

Ianya memberi kesan di geluk jiwa dan pemikiran saya untuk bergerak ke arah satu tujuan yang lebih terkehadapan. Saat itu sememangnya saya sedang dilema. Alhamdulillah berkat pertolongan dan cetusan pandangan seorang rakan merangkap pemilik blog Ahmadrushdi.com dalam komentar telah merintis jalan untuk saya sampai ke dimensi baru.

Menulis Itu Berbakti

Pada asal kemunculan blog pertama saya, langsung tidak terlintas mahu pergi lebih jauh. Saya hanya memandang blog sebagai sebuah diari harian.

Namun kini bila direnung sejenak, dikaji, difikir lalu ditafsirkan saya dapat merasakan menulis sudah menjadi tanggungjawab saya dan mungkin juga buat kalian. Kerana ianya telah menjadi medan baru untuk menabur bakti dan meneruskan kesinambungan berdakwah.

Justeru, atas dasar itulah saya mengambil keputusan bermula hari ini Rabu (15 April 2009) dengan rasminya saya akan menulis seiring berbakti dalam sebuah domain sendiri. Saya memilih motto ‘Kembara Sufi Mencari Aspirasi’ sebagai permulaan blog berbayar saya.

Kembara Sufi Mencari Aspirasi

Merujuk kepada kita sebagai manusia yang sentiasa akan terus mengembara. Bermula daripada alam roh, alam rahim, alam dunia, alam kubur dan alam akhirat. Mengembara dan terus mengembara mencari sebuah aspirasi daripada suatu peringkat ke peringkat yang lain.

“…maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur- ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya…” (Al-Hajj: 5)


Dalam pencarian itu, teruskan gerak kerja berdakwah dan berbakti demi Islam tercinta. Biarkan cahaya ilmu Allah SWT menyilap lalu menerobos zarah zulmat yang hitam kelam itu. Supaya pencarian aspirasi berjaya digenggam erat.

Semoga istiqamah melingkungi kita!


1:08AM, 15 April 2009,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

39 Responses

  • myfahmi says:

    salam..

    tahniah bro farid..
    dah maju melangkah setapak.. ( yeke setapak..dah banyak tapak tinggalkan orang lain).

    pepon istiqomah penting.. nanti takut bersawang berhabuk bila tak diteruskan..

    tak pe kan… komitmen bro tinggi dengan benda² camni..

    pe pon.. congratulation.. keep it up..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam teman seperjuangan…

      Tapak melangkah biar jauh ke hadapan, namun jangan pula melupakan mereka dibelakang..kerana kita juga bermula dengan belakang untuk bergerak ke hadapan. Motivasi buat kita selaku Mahasiswa..biarkan kejayaan milik bersama!

      Komitmen harus selalu tinggi walaupun di ambang kekusutan sekalipun.

        (Quote)

  • Tirana says:

    Salam Farid..

    Syabas dan tahniah kak tirana ucapkan..kerana berjaya membuat perubahan…Semoga penghijrahan ini membawa keberkatan kepada diri sendiri dan diri insan lain juga. Teruskan menyebar ilmu melalui penulisan-penulisan yang bermanfaat..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam Kak Tirana,

      Selaku senior saya dalam bidang penulisan blog saya turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan diberi. Bermula ibnurashidi.blogspot. mdfarid.blogspot dan kini faridrashidi.com. Hasil gabungan anak dan ayah:-)

      Terima kasih, Syukran Jazilan dan Thank You very much!

        (Quote)

  • Farid (ooo.. baru kutahu namamu..)

    Moga bertambah mantap. Saya sukakan kelainan blog ini. Selainnya, info keagamaan yang tuan sampaikan agak santai, tetapi bermanfaat.

    Syukran. Moga sentiasa dalam rahmat Allah.

      (Quote)

  • TIE says:

    Salam,

    Wah…. tahniah !!

    Blog satu lagi tu, ditutuplah, ya…..

    Teruskan menulis. Kak tie sokong !! :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Kak Tie sokong sokmo. Bagus, berikan sokongan selalu ya!
      Blog satu lagi mdfarid.blogspot.com ditutup, hanya tinggal ibnurashid.blogspot.com saja saya kekalkan supaya mereka yang tak tahu boleh ke sini.

        (Quote)

  • ckg rash says:

    Wa’alaikumussalam wbt,
    tk, bagus la tu…

      (Quote)

  • Assalamualaikum..

    Tahniah atas kelahiran blog baru ini…saya doakan semoga akhie terus menulis di layar maya ini dan moga2 kita semua mendapat manfaatnya..insyaAllah…;)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Syukran jazilan. Insya’Allah biiznillah. Selagi mana Allah SWT izinkan dengan kudrat-NYA yang gagah perkasa tak mustahil saya terus menerus dapat menulis.

        (Quote)

  • nahmy says:

    assalamualaikum…

    baru ada sedikit kesempatan utk menjengah ke ‘tempat baru’ ni. tahniah & semoga tulisan akan terus jd lebih ‘mengancem’ gituuu…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikumsalam,

      Baru saya nak menziarahi En.Nahmy tentang blog saya, nampaknya dah tahu ya. Terima kasih banyak-banyak.
      Tegurlah supaya terus dapat mencapai matlamat ‘mengacem’ itu.:-)

        (Quote)

  • K Kin says:

    Tahniah! dah maju setapak lagi…dah bertapak2 pun, kan? hehhe… Hmm, bagus la. Mudah2an ada manfaat untuk org lain dan untuk farid sendiri (1st time panggil farid nih..heheh). K Kin ada juga ‘perasaan’nak jadikan blog sebagai wadah untuk ‘menulis’..menulis yg ada manfaat untuk org lain juga, bukan setakat berkongsi aktiviti seharian, yg mungkin takde manfaat untuk org lain pun, sekadar untuk kepuasan sendiri. Tapi, ye lah…tak cukup ilmu dan tak pandai pulak mengarang. Mungkin suatu hari nanti, kalau diizinkanNya, mudah2an k kin juga berpeluang menjadi seperti Farid! :) .

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Masih setapak. Yang bertapak-tapak itu orang lain mungkin. Tak mengapa, Kak Su dan Kak Tirana pun selalu panggil ‘farid’ walau tak diwar-warkan sebelum ini.

      Insya’Allah, bab ilmu itu sebenarnya umum dan luas. Kak Kin pandai masak itu juga satu ilmu yang boleh dikongsikan, begitu juga tentang pengalaman menziarahi tempat-tempat orang itu juga boleh diaplikasikan menjadi ilmu baru. Asalkan kreatif dan ada kemahuan, bila-bila saja boleh terus belajar.

      Cubalah ya..saya yakin kalian juga boleh!

        (Quote)

  • salam wbt..
    lagi teratak baru..mambruk alaika..Alhamdulillah..seronok dgr org berpindh dr kebaikn kepd lebih3 baik..smga sy jg akn kearah yg lebh baik mmbaiki ap yg kurg..mga dgn adanya teratak baru ini menmbahkn lg artikel2 trbaik utk dkongsi lg3..serta mnmbahkn lg ketaqwaan kpd-Nya..hurm, nmpknye kurg la shbt blogspot..hehe..tahniah lg skali, dan mga akhi akn lbh kental mengendalikn teratak bru ini..
    trus fighting~ temui aspirasi~

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Saya juga seronok. Banyak artikel mahu ditulis tapi terkadang terpaksa berkejar dengan masa. Maklumlah kami sekarang dalam fatrah imtihan fasal thani.

      Sahabat blogspot boleh saja terus ke sini. Tak ada masalah. Nanti saya linkkan url sahabat sahabiah semua.

      Ameen.

        (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam… nampaknya ust bermula dengan tapak yg lebih selesa..tahniah byk2 di atas kelahiran ni.. teruskan menulis ye… ramai yang dapat manfaatnya…

    p/s: tetap menyokong jgk! :-)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Insya’Allah selesa. Alfu syukran di atas sokongan bermula dengan blogsot dahulu sehingga sekarang. Rasanya kamu antara pembaca terawal blog saya semenjak Tinta Permata, Ibnurusyd305, Ibnurashidi, Mdfarid dan kini faridrashidi.com.

      Tahniah pula diatas sokongan!

        (Quote)

  • salam..
    tahniah kerana melahirkan blog baru ini(berbayar lagi tu) xp..dah maju =D..
    bukankah kemajuan tu benda yang baik.. teruskan menulis dan berdakhwah..
    semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan semoga ummat Islam bersama-sama mencapai kemajuan..=D

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Pada mulanya saya hanya membeli domain ketika pulang ke Malaysia kelak. Tapi setelah kawan syorkan, saya tak teragak-agak untuk beli sekarang.

      Semoga manfaat itulah sama-sama dapat dikutip.

        (Quote)

  • syahidah says:

    Salam ustaz..

    blog percuma banyak halangan juga..maksud saya terbatas terutamanya kalau tak pandai nak ubahsuai blog..warna biru masih dikekalkan nampaknya..
    laman berbayar ni lebih lagilah komitmen yang diperlukan..moga terus istiqamah..mungkin boleh jadi seperti saifulislam.com suatu hari nanti..

    ~saya pun baru tahu nama ustaz Farid..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      salam,

      Blog percuma agak terhad dari segi pengubahsuaian. Selain itu, kita terikat dengan tapak domain percuma tersebut.

      Warna biru belum diputuskan lagi penggunaanya. Saya masih mencari theme yang sesuai.

      Insya’Allah. Mohon selalu istiqamah.

        (Quote)

  • arynet says:

    errr.. terdiam sebentar. Betul ke nih? :D

      (Quote)

  • salam perjuangan buat ust Farid (saya pun baru tahu juga nama ust :D )

    semoga istiqamah. teruskan perjuangan bekerja untuk islam. jangan sekali-kali berpatah. Allah Melihat tulisan kita. semoga tulisan-tulisan di sini mampu dibanggakan di hadapan Allah kelak sebagai salah satu medium dakwah untuk kita sebarkan Islam. semoga Allah meredhai usahanya. mabruk ‘alaik!

    bak kata ust Hasrizal, “teruskan menulis.. sampai mati…!” :)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Ramai yang baru tahu nama saya ya. Tapi belum penuh lagi. Hanya separuh saja.

      Wardatul Shaukah: jangan sekali-kali berpatah. Allah Melihat tulisan kita.

      Gerun membaca kata-kata ini. Rasa macam sedang memikul sebuah gunung yang besar.

      Insya’Allah!

        (Quote)

  • suriapelangi says:

    salam ya ustaz…

    tahniah di atas perkembangan blog ustaz ini. diharap blog ini berjaya membawa pembaca ke arah yang lebih baik…semoga kita semua sentiasa diredhai dan dirahmati Allah hendaknya. TERUSKAN PERJUANGAN !!!

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Terima kasih suriapelangi..itu yang saya harapkan. Redha Allah SWT mengatasi segalanya.
      Teringat saya lagu Brothers. Tajuknya ‘Teruskan Perjuangan’.

        (Quote)

  • suara says:

    Menulis melalui blog… maksudnya berkongsi ilmu atau boleh juga dikatakan berdakwah dgn cara menulis di blog.

    Bagi kak su itu adalah permulaan untuk satu perjuangan yang panjang. Tapi kita tak harus terhad dgn menulis saja, kan? Kerana mungkin dakwah melalui penulisan hanya sampai kepada yang membaca, yang mencari. Tapi juga perlu berdakwah pada yang tak mencari. Dengan kata lain, pendakwah juga perlu turun padang untuk menarik mereka yang mungkin tersalah jalan.

    Sekadar luahan… tersentak juga bila baca tulisan seorang blogger nih. Pedih, tapi dari satu sudut mmg ada kebenaran ttg apa yg dikata.

    Apapun Farid… kak su percaya setiap orang ada peranan masing-masing dalam masyarakat. Hanya Allah yang tahu apa yang ada dihati, apa yg kita niatkan bila kita menulis… Semoga Allah sentiasa memimpin hati agar hanya cahaya Dia yang kita cari.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Permulaan sesuatu yang panjang itu memerlukan semangat dan usaha yang terus menerus. Sebab itu saya memerlukan istiqamah yang tinggi.

      suara: Tapi kita tak harus terhad dgn menulis saja, kan? Kerana mungkin dakwah melalui penulisan hanya sampai kepada yang membaca, yang mencari. Tapi juga perlu berdakwah pada yang tak mencari. Dengan kata lain, pendakwah juga perlu turun padang untuk menarik mereka yang mungkin tersalah jalan.

      Saya boleh bersetuju dengan kenyataan itu jika saya berada pada situasi yang betul. Kedudukan saya sekarang jauh dari masyarakat sendiri, berada jauh nun di sebarang. Namun tetap saja cuba untuk memasyarakatkan diri. Sesuai dengan diri saya sebagai seorang pelajar.

      Insya’Allah padang yang luas pasti ku turuni jua. Terima kasih atas peringatan.

      Berdakwahlah di mana saja, ia bukan paksaan. Tetapi kewajipan. Yang mana lebih baik, manusia bergoyang kaki atau mindanya berputar untuk tujuan dakwah?

      Pahala dan nilaian hanya diharapkan pada Allah SWT semata. Bukan pada manusia yang serba dhaif dan naif.

      Saya sudah ke sana. Setiap manusia ada pandangannya. Saya hormati pandangan sesiapa saja.

      La Tahzan Wala Takhaf, Innallahha Ma’ana.

        (Quote)

  • Balqis says:

    Ehem… ehem…

    Assalamualaikum ustaz!

    Akhirnya dapat juga saya menyisip masuk demi untuk mengucapkan tahniah kepada ustaz atas perpindahan ke ‘rumah’ baru ustaz ini. (cekodok pisang + air teh takder ker? eheh..)

    Apa pun, kepada ustaz, teruskan perjuangan, ya! Bittaufik wannajah…. nanti dah habis belajar pun, terus menulis lagi, InsyaAllah…. selagi hayat dikandung badan~

    p/s: best menulis kat blog baru ustaz ni, almaklumlah, canggih dah! Eheh…

    Good luck ustaz yer….

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Wa’alaikummussalam,

      Terima kasih kerana mampu berusaha menyisip masuk. Masuklah, rumah terbuka selagi mana pintu tak tertutup. Cekodok Ukrine sedap lagi kot:-)

      Insya’Allah, saya rasa bukan saja blog saja akan menjadi medan penulisan saya. Uslub lain juga bakal digunakan. Ulama’ dahulu juga menjadikan tulisan sebagai cara menyampaikan ilmu.

      Silakanlah tulis, tiada caj dikenakan.

      Syukran Jazilan.

        (Quote)

  • Assalaamu’alaykum wa rohmatullah …

    1st time bg komen kt blog ustz ni… smlm msa ust promote blog ust, ana try buka blog ust tp x dpt … Page Load Error…

    Ana sgt brsetuju seandainya blog mnjadi salah satu alternatif dlm mnyampaikn da’wah… seandainya kita sakit, yg menyukarkn utk kita bergerak ke sana sini mnyampaikn da’wah, maka blog boleh mnjadi alternatif, insha’Allah.

    Sebagai peringatan utk diri ana sendiri dan sekalian shbt2:

    1.Sentiasa mentajdidkan niat menulis dlm blog lidda’wah ilallah… Tiada yg d harap mlainkn redho Allah, membawa manusia mengenal dan mencintai Allah dan Rasul-Nya serta mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

    2. Hendaklah kita sentiasa berhati-hati dlm penulisan kita. Apa yg kita tuliskn ibarat sampai ke seluruh dunia. Berjuta manusia membaca jika dikehendaki Allah. Baik yg dtulis maka baiklah natijahnya, buruk yg kita tulis maka buruk juga natijahnya… na’uzubillaahi min zalik…

    3. Motivasikan diri kita, bahawa penulisan yg berunsur da’wah ilallah, insha’Allah boleh menjadi “bekalan” utk kita “d sana”…

    Alangkah indahnya, seandainya penulisn yg kita tulis yg brmanfaat d cc Allah dpt d baca dan d ‘amalkn oleh smua manusia. Ia akan mnjadi “bekalan” kita d akhirat kelak insha’Allah.

    Boleh jadi, seandainya kita meninggal dunia satu hari nanti yang PASTI akan tiba juga saat itu… Blog kita )insha’Allah masih lagi berlegar-legar d alam maya…Moga apa yg kita tulis d dlm blog tetap subur d hati sekalian pembaca bahkan turut d ‘amalkn … bukankah ianya sbg 1 cabang ‘ilmu yg bermanfaat?

    Semoga kita diberi kekuatan, kesungguhan dan keikhlasan dlm menyusuri jalan da’wah ini. aameen.

    Tidak mampu kita berda’wah jika x dgn bantuan rahmat dr Allah Subhanahu wa Ta’ala.

    Mohon maaf dunia akhirat atas sgala tutur bicara yg mungkin ada mnguris hati mana2 pihak….Mohon teguran dr shbt2 saudara se’aqeedah, seandainya ana ada mlakukn ksilapan apatah lg jika ksilapn yg ana lakukn bercanggah dgn syariat.

    “Saat engkau dilahirkan, engkau menangis org lain tersenyum. BERJUANGLAH!!! Agar d saat engkau menghembus nafas terakhir, engkau tersenyum dan org lain menangis”
    (PROF.DR.HAMKA)
    ana al-faqiroh wad-dhoifah ila Robbihi
    http://al-syahidah.blogspot.com/

    BAROKALLAAHU FIIKUM

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge