Header image

Sekufu Dalam Perkahwinan: Satu Perspektif

Posted by Farid Rashidi in Fiqh Islami | Wacana Ilmiah

“Ustaz, saya ingin tahu tentang masalah sekufu?”

“Mudah saja masalahnya..tetapi jawapannya perlu kepada sedikit huraian.”

Memandangkan persoalan pernah dijadikan perbincangan umum maka saya cuba membawakan sedikit penjelasan menurut perspektif syara’.

Apa itu sekufu?

Sekufu ialah persamaan di antara calon suami dan isteri daripada beberapa sudut:

1. Beragama dan baik. Maksudnya lelaki fasik tidak sekufu dengan perempuan solehah.

Dalam masalah ini, syara’ menganjurkan supaya mencari pasangan yang sekufu dari sudut beragama dan baik akhlak budi bicara.

“Bagaimana pula seseorang berkahwin kerana mahu berdakwah dan mendidik pasangannya?”

Sekiranya seorang lelaki yang kuat agama, alim dan tsiqah perilakunya mahu menjadikan seorang perempuan yang cetek agama bertujuan untuk mendidik. Ianya tidak menjadi kesalahan besar. Alhamdulillah jikalau itu matlamat dan niatnya.

1

Tetapi seandainya perempuan yang baik dan beriman mahu berkahwin dengan lelaki fasik atas dasar kerana mahu mendidik lelaki itu. Adalah tidak digalakkan.

“Kenapa?” Muncul persoalan.

“Bukankah lelaki itu pemimpin wanita? Wanita itu sifatnya lemah lembut? Cuba lihat sejauh mana seorang perempuan mampu mengubah seorang lelaki dengan sifat keegoannya yang tinggi? Mampukah?…”

“Saya bimbang perempuan yang solehah pada asalnya, solat menjadi tiang hidupnya, puasa menjadi makanan jiwanya, Quran menjadi penawar hatinya, hijab menjadi pakaiannya akan lenyap, terhakis lalu tenggelam ditengah-tengah perilaku si suami fasik..”

Saya kurang setuju dan syara’ juga mengambil kira hal ini.

Imam Ghazali pernah membicarakan mengenai faedah bernikah antaranya ialah petunjuk dan satu pengislahan jalan beragama.

Sekiranya berkahwin dengan seorang lelaki fasik menambahkan kefasikan, bagaimana mahu mendapat petunjuk melalui agama Islam dan beroleh barakah?

Sabda Baginda Rasulullah SAW:

Daripada Abi Hatim Al-Muzanni katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sukai agamanya dan perangainya maka nikahkanlah olehmu akan dia jika tidak lakukan nescaya jadi fitnah dibumi dan kebinasaan,” kata mereka itu: “Ya Rasulullah dan jika ada padanya sekalipun?” Sabda Rasulullah SAW: “Apabila datang akan sekalian kamu orang yang kamu sekalian sukai agamanya dan perangainya maka nikahkan akan dia, tiga kali.”

2. Pekerjaan. Lelaki yang mempunyai kerja yang rendah seperti tukang sapu, tukang kebun, pencuci tandas tentulah tidak setaraf dengan anak perempuan Mufti, lelaki alim, Qadi dan tokoh korporat.

“Kalau begitu, nampak seperti wujud kasta dan darjat keturunan?”

Perlu difahami, bukanlah sekufu itu mahu membezakan darjat dan keturunan seseorang sehingga menganggap pekerjaan sedemikan rupa sebagai suatu pekerjaan yang hina dina. Akan tetapi sekufu adalah bertujuan memberi kelebihan dan kebebasan pihak wanita dan wali untuk memilih bakal menantunya.

Sudah tentu wali mahu melihat pilihan jodoh anak perempuannya adalah yang terbaik.

3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.

Contoh lelaki yang mempunyai penyakit Aids HIV, gila, sakit kusta atau sopak sudah tentu tidak sama ataupun setaraf dengan perempuan yang sihat.

Selain mendapat malu, dibimbangi juga akan berlaku kemudharatan kepada wanita bilamana berkahwin dengan lelaki berpenyakit sebegitu.

Adakah sekufu antara syarat wajib?

Tidak, cuma dalam masalah sekufu ianya merupakan hak seorang perempuan dan hak walinya.

Sekufu bukanlah antara syarat sah perkahwinan, ia hanya sebagai langkah mengelakkan wanita dan walinya menanggung malu ataupun berlaku kekeruhan rumah tangga kelak. Di antara tujuan sekufu ialah supaya pihak wanita tidak perlu mengubah kebiasaan hidup mereka.

Nabi Muhammad SAW meraikan hak sekufu sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis bermaksud:

“Pilihlah bagi permata-permata kamu (anak-anak perempuan kamu) dan kahwinkanlah dengan yang sekufu dan kahwinkanlah mereka kepadanya.”

(Riwayat Hakim: 2/163)

Oleh kerana ianya bukan menjadi syarat sah perkahwinan, maka pihak wanita dan wali boleh saja menggugurkan syarat ini mengikut pandangan sendiri. Dengan kata lain, sekiranya wanita dan pihak wali meredhai lelaki yang bakal berkahwin tanpa melihat syarat sekufu maka nikahnya adalah sah.

Wallahhua’lam.

Rujukan:
Muhadharat fi Fiqh As-Sadah As-Syafi’eyyah, Doktor Khalifah Abdul Basit Shahain, Kuliah Tahun 3, Universiti Al-Azhar, Tanta.
Fiqh Al-Manhaji, Oleh Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.
Bahrul Mazi Syarah Mukhtasor Sohih At-Turmuzi, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi Al-Azhari.


4:10 PM, 9 April 2009,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

78 Responses

  • myfahmi™ says:

    salam..

    satu posting artikel ilmiah yang baik..
    teruskan usaha anda..

    saya no 1 dlm comment ke?
    hehehe

      (Quote)

  • pencinta bahasa says:

    salam..
    topik yang menarik. teruskan menulis..=D

      (Quote)

  • sonata anak kancil says:

    kelihatan hari ini , tahap / taraf pendidikan sebagai antara penentu sekufu…

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Sonata anak kancil…

      Iya, benar. Nampak penghalangnya ialah dari sudut pendidikan. Ramai perempuan yang taraf pendidikannya lebih tinggi berbanding lelaki. Sehingga lelaki sendiri malu untuk mencari perempuan begitu.

        (Quote)

      • cidimidi says:

        Salam tuan..

        Terima kasih berkunjung ke blog sy sebelum ini.. =)
        Web ini sangat berinformasi dan berguna.. saya melewati beberapa entri menarik yang ingin saya tahu dan mempunyai persoalan tentangnya.. Semoga tuan terus berkongsi di sini.. Memang sangat bagus..

        Mengenai topik di entri ini.,. sepertinya saya juga mengalami masalah. Kerana perbezaan yang sangat ketara dari segi pendidikan dengan rakan lelaki.. Dia juga menyedari hakikat ini dan membuat dirinya berasa rendah diri. Bagi saya, tiada masalah andai dia berusaha memajukan dirinya sendiri dan memperbaiki kekurangannya serta bersedia menghadapi risiko. Cuma bimbang pertembungan keluarga saya dan keluarganya nanti. Saya melihat tiada keserasian di antara keluarga kami. Bimbang pihak sebelah akan memalukan pihak lagi satu sehingga menimbulkan masalah antara kami kelak. Sememangnya sukar untuk mengawal orang lain..

        Jadi setakat ini saya cuma berkawan biasa dengannya. Siapa pun jodoh saya suatu hari nanti.. saya terima dan cuba menyesuaikan diri untuk hidup dengannya. Dan dengan dia, kami berbincang.. Diharap andai dia meneruskan niatnya untuk memiliki saya, dia juga sudah benar-benar bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. =)
        .-= cidimidi´s last blog ..Buasir dan Puncanya. =-.

          (Quote)

        • @cidimidi: Salam,

          First, kenal pasti dahulu sebelum berkawan dengan mana-mana lelaki. Kadangkala bermula kawan itulah timbul bibit cinta. Bimbang sudah bercinta barulah kita berasa menyesal kerana ketidakserasian.

          Second, jika sudah pun kenal.. dan masih wujud jurang tidak sekufu, rujuklah kepada keluarga. Jika mereka terima, itu bermakna tidak menjadi masalah. Bagi kamu sudah tentu tidak ada masalah bukan?

          Sebaiknya kamu sebagai wanita, carilah lelaki yang soleh. Itu yang terbaik, nescaya kamu tak akan menyesal.

            (Quote)

          • cidimidi says:

            W’salam.

            Terima kasih kerana membalas komen saya.

            Ya, begitulah kira-kiranya. Keluarga merupakan tempat rujukan utama. Kerana itu saya tidak pernah keluar dan berkawan rapat dengan mana-mana lelaki setakat ini.

            Teman yang saya maksudkan itu telah menunjukkan kesungguhan dengan datang ke rumah berjumpa dengan ibu bapa kerana mahu saya menerimanya. Sememangnya itu juga kali pertama saya menemuinya secara berdepan. Dia mengenali saya melalui kawan. Dan setelah ibu bapa menilainya serta mengenal keluarganya, saya dapat menilai tiada keserasian dengan keluarga saya walaupun saya selesa dengannya. Ibu dan bapa hanya bersetuju walau siapapun pilihan saya asalkan dari keluarga yang baik dan akhlaknya juga baik. Dalam masa yang sama, ibu seakan keberatan.

            Saya pasti keluarga mahu yang terbaik buat saya memandangkan saya juga mempunyai masalah kesihatan. Bukan bimbang masalah pada saya. Tapi bimbang membebankan dia nanti mempunyai saya sebagai pasangan kerana pekerjaannya dan taraf pendidikannya. Saya sudah menerangkan semua padanya dan meminta dia berfikir baik-baik. Kami masih berhubung seperti biasa kerana dia. Semoga suatu hari nanti dia menemui insan yang terbaik buat dirinya. Amin~ =)

            Terima kasih sekali lagi.

              (Quote)

  • Wafiq says:

    Informasi yang sangat berguna bagi yang ingin segera mencari pasangan hidup, seperti saya ;) )

      (Quote)

  • ~*puding caramel*~ says:

    salam,

    selain yang 3 perkara ini, ada lain tak ciri-ciri sekufu itu?

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      ~*puding caramel*~…

      Tiga ciri diatas adalah berdasarkan kitab Fikh Manhaji…ciri-ciri lain boleh rujuk kitab lain. Insya’Allah saya cuba letakkan jika kelapangan nanti.

        (Quote)

      • yana says:

        salam ustaz..

        saya mempunyai masalah. saya ingin bertanyakan pendapat ustaz tentag masalh yang saya hadapi ini.
        izinkan saya memulakan bicara mengenai kedudukan saya sebagai isteri. adakah perkahwinan antara saya dan suami sah mengikut hukum islam kerana kami telah pun berkahwin di thailand kerana keluarga saya tidak mengizikan sya untuk menikahi nya kerana disebabkn tohmahan dan fitnah dari mulut2 manusia saudara seislam kita terhadap suami sy. namun kbenaran yg allah tnjukkan mgatasi segalanya. namun keluarga masih tidak berpuas hati. jadi kini orang tua saya mengatakn perkahwinan kami tidak sah krna wali msh hidup. dan ketika kami di sana bapa saya berada di golok. Jadi sy ingin tahu adakah perkahwinan sy sah.? jikalau sah saya ingin kembali ke pangkuan suami kerana kini saya ‘ditahan’ di dalam rumah dan tidak boleh berjumpa atau menghubungi suami sy. Kononya saya telah dibuat orang dan berada dlm keadaan tidak sedar skarang(kononnya).

          (Quote)

  • DAMAI says:

    salam dari mata yang membaca buat tangan yang menulis…^^

    indahnya Islam..setiap segi dititikberatkan…bukan untuk menyusahkan tetapi untuk mengelakkan kesusahan di masa hadapan…

    memilih yang sekufu itu perlu kerana pasangan yang sekufu itu lebih memberi ketenangan pada diri untuk sama2 mengharungi setiap badai yang bakal berkunjung….tetapi,jangan pula bersedih hati berdukacita andai ditaqdirkan Allah seseorang yang tidak sekufu dengan kita….boleh jadi itulah ujian yang mana akan menempatkan kita ke dalam syurga Allah di akhirat nanti…insyaAllah…

    apa yang penting,Islam tidak sesekali mengambil mudah soal pernikahan…ramai yang tersalah anggap,kononnya anak perempuan tidak berhak menyatakan isi hatinya…semuanya terletak pada wali…inilah yang harus kita fahami ^^

    ~~ jangan sesekali mengabaikan soal sekufu ini hanya kerana mata sudah dikaburi dengan cinta…^^ ~~

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Ada yang membaca menggunakan hati. Saya juga sedang mencari formulanya:-)

      Iya, Islam sangat indah sehingga perkara kecil juga diperhalusi.

      Kawan saya juga pernah mengalaminya begitu. Dia pasrah walau bersedih hati.

      Sebab itu perlu ada perbincangan antara semua pihak supaya wali dan anak gadisnya tidak bermasam muka. Bukankah begitu?

      Benar kamu.

        (Quote)

  • MaRdHatILLah(Fatahiyyah) says:

    salam..farid,

    blh x one day nnt kalo anta ada masa tulis pasal perkahwinan misyar..apa pndapt anda ttg perkhwinan misyar&kalo kt m'sia ni setengh ulama mgtakan perkahwinan misyar tu haram..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Perkahwinan misyar pernah kecoh suatu ketika dahulu. Kalau tak silap saya dalam tahun 2006. Saya juga pernah berbincang dengan pensyarah saya ketika itu. Sebenarnya perkahwinan misyar jika cukup syarat dan rukunnya adalah sah. Cuma yang jika muncul perjanjian tertentu itulah yang tidak dibenarkan.

      Insya’Allah kalau kelapangan.

        (Quote)

  • Anonymous says:

    Salam, alhamdulillah..
    Ilmu yg ustaz brikan sgt b’mkna.
    Smg ustaz dapat menghuraikan perkra ini dgn lebih lanjut. :)
    syukron.

      (Quote)

  • kayteeze says:

    Alhamdulillah…

    Segala2 diatur utk kebaikan bersama, terutama melindungi wanita.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Sudah tentu, kerana Islam itu mementingkan soal maruah, kesucian dan keturunan. Jika maruah perempuan dan keselamatannya terjaga, alangkah bertuahnya badan.

        (Quote)

  • Nur_syahadah says:

    Salam.. Bagi saya sekufu penting supaya tak timbulkan pertelingkahan di kemudian hari(lepas kahwin)..banyak dah contoh kat luar sana.. Pe2 pun time kasih ats info berguna..

    P/s: mengharapkan seorg yg boleh memimpin..

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Itulah hikmahnya mengikuti sunnah baginda:-) bukankah sudah mendapat keuntungan dunia dan akhirat jika mengamalkannya?

      P/S: Jadilah yang terbaik nescaya kamu akan perolehi yang terbaik juga. Segalanya ketentuan Allah belaka.

        (Quote)

  • tronx013 says:

    salam..

    rasa macam masuk kelas tingkatan lima je, dengar Ustaz kat sekolah mengajar.. membicarakan soal hukum dan isu semasa.. moga dakwah Usatz MDfarid teruskan artikel sebegini..

    saya percaya ramai yang keliru soal sekufu dan ambil mudah je… lastly, famili juga yang susah kerana ikutkan nafsu,membutakan mata,menulikan telinga dan menggelapkan hati.. itulah Cinta zaman era globalisasi yang sebijik mcam zaman jahiliah… masalah anak jangan disangka buruknya anak itu,tetapi ada kaitan dengan genetik keturunannya.. -hanya komen dan pandangan…

    arigatogozaimas daripada TRONX013

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Maafkan saya kerana berlaku sedikit masalah teknikal sehingga terpaksa menggunakan wajah empunya blog:-)

      Sebenarnya sewaktu tingkatan 5 dahulu saya juga pernah belajar namun tidaklah sedetails sekarang. Insya’Allah.

      Ramai merasakan cantik, pangkat dan harta itu ukurannya bukan?
      Komen yang menarik. Teruskan berkomentar ya.
      Syukran.

        (Quote)

  • DR. ALIA says:

    monsieur farid~

    mcm mne klu doktor kawen ngn ustz?
    mgkin skufu dr segi agama dan akhlak
    tp dr segi pkerjaan tu..

    mgkin ada pndgn dr pihak ustaz selaku azhari~

    p/s: gaji guru/ustaz skrg bknnya tinggi kan~ mgkin boleh ubah dasar kjaan kot untuk lebihkan gaji guru…hehe

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Ohh, monsieur itu apa bendanya? bahasa Peranciskah?

      Hehe..kelakar ya. Tidak ada masalah jika sudah serasi. Ramai juga Doktor yang baik-baik bukan?:-)

      Pandangan saya, silakan kahwin. Soal pekerjaan itu bukan masalah yang besar tambahan pula Ustaz ada kelebihan dan Doktor juga ada kelebihan tersendiri.

      P/S: Ustazkan ikhlas mengajar:-)

        (Quote)

  • BalQis says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Begitu rupanya, selama ini menjadi persoalan juga. Sudah jelas sekarang. Terima kasih kerana berkongsi. Yang penting, terpulanglah kepada yang ingin berkahwin, kalau tak sekufu tapi tatap bahagia, alhamdulillah. Iya, terpulang…
    (^-^)

      (Quote)

  • damai says:

    salam…

    cantik rumah baru kamu…tahniah ya ^^

      (Quote)

  • nohas says:

    Salam, Allah yg mencipta manusia dan Dialah Maha Mengetahui kehendak, kemahuan & kelemahan hamba2Nya..

    Sekufu dalam beragama yg paling penting bagi perempuan sebab nak menegur, membimbing lelaki ni sangat payah, egonya tinggi (berdasarkan pengalaman)dan perempuan kadang2 kurang sabar dan lastly, naik malas pulak…

    *tukar nama lagi,merbahaya guna nickname yg biasa:)

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      ALhamdulillah, tentu boleh berkongsi pengalamannya. :-)

      Oleh sebab naik malas itulah kebanyakkan perempuan akhirnya kecundang dengan keegoan lelaki.

      Bahaya bagaimana?

        (Quote)

  • suara says:

    Salam Farid…

    Baru berkesempatan untuk menyelongkar secara teliti setiap n3 yang Farid masukkan kat domain baru ni. Maaf ya atas kelewatan…

    Lama dulu, bila sebut pasal sekufu, kak su ingatkan sepupu. Kenapa lah nak kena cari sepupu utk kawin… Persoalan anak kecil yg tak faham bahasa. Hehe…

    Sekufu adalah panduan untuk memastikan tidak akan ada masalah mengungkit kekurangan pasangan di masa depan. Kalau bukan pasangan yg mengungkit, mungkin keluarga atau org lain.

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Tidak mengapa. Silakanlah selongkarnya.

      hehehe..aduhai, kelakar benar bunyinya ya. Sepupu dan sekufu. Mujur tak faham begini. “Kena kahwin sepupu dulu baru bakal suami”. Tentu tergolek bakal suami mengalami tekanan mental nanti.

      Ya, supaya masing-masing tahu kedudukannya.

        (Quote)

  • atulasca says:

    salam…artikel yang sangat berinformatif ustaz..syukran!

      (Quote)

  • princess says:

    sekufu..sngt penting..untk kemaslahatan sume gak kn.. Anatar syarat ssorg ayah nk khwinkn anak gadisnya pn adlh sekufu..
    Sy x brapa ingt sngt. Btulkan klu sy tersalah ye. Btul ke ssorg ayah 2 blh khwinkan anak prmpuannya biarpn tnpa perstjuan anaknya?

    syukron..

      (Quote)

  • mardhiyah says:

    Salam,

    Bagaimana pula dengan umur? kalau perempuan lebih tua dari lelaki 3 atau 4 tahun? sekufu umur pun penting juga kan?

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Soal umur tidak menjadi masalah sebenarnya. Buktinya Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Khadijah bezanya sangat jauh.

      Asalkan kedua-dua pihak bersetuju, maka soal umur sudah tidak menjadi perkara utama.

      Yang bahaya ialah, wanita solehah berkahwin dengan mat dadah.

        (Quote)

  • mardhiyah says:

    Salam,

    Maknanya kalau lelaki sanggup terima keadaan wanita tersebut 20 tahun akan datang boleh la ye?

    Sukar juga nak cari sekufu ni…dari segi agama, pendidikan, latar belakang keluarga, pekerjaan…lastly yang lambat kahwin di katakan memilih…betil ke?

      (Quote)

    • Farid Rashidi says:

      Salam,

      Terpulanglah kalau ada yang sanggup. Tetapi bagi yang masih muda, janganlah kerana berfikir begitu sanggup membiarkan diri andartu pula. Ada peluang, kahwin awal. Itu lebih baik dan sunnah.

      Kalaulah dia memilih dalam hal agama, misalnya ramai lelaki datang meminangnya. Tapi semua lelaki itu tidak ada asas agama langsung, maka seharusnya dipilih lelaki yang lebih baik dari itu.

      Moga faham.

        (Quote)

      • mardhiyah says:

        Salam ya akhi,

        Saya tak faham ayat ni …”tetapi bagi yang masih muda janganlah kerana berfikir begitu (berfikir apa?) sanggup membiarkan diri andartu pula.

        Maksudnya berfikir apa?

        Syukran

          (Quote)

        • mardhiyah: Saya tak faham ayat ni …”tetapi bagi yang masih muda janganlah kerana berfikir begitu (berfikir apa?) sanggup membiarkan diri andartu pula.

          Maksud saya berfikir untuk menunggu lama sehingga andartu. Enti sebutkan “lelaki sanggup terima keadaan wanita tersebut 20 tahun akan datang boleh la ye”

          Jadi kalau sudah bertemu jodoh lelaki baik, tak perlulah ditangguhkan lagi. Faham?

            (Quote)

    • syasya says:

      betul tu saya setuju…

        (Quote)

  • mardhiyah says:

    Sorry…typing error.. betul ke?…

      (Quote)

  • cidimidi: W’salam.

    Terima kasih kerana membalas komen saya.

    Ya, begitulah kira-kiranya. Keluarga merupakan tempat rujukan utama. Kerana itu saya tidak pernah keluar dan berkawan rapat dengan mana-mana lelaki setakat ini.

    Teman yang saya maksudkan itu telah menunjukkan kesungguhan dengan datang ke rumah berjumpa dengan ibu bapa kerana mahu saya menerimanya. Sememangnya itu juga kali pertama saya menemuinya secara berdepan. Dia mengenali saya melalui kawan. Dan setelah ibu bapa menilainya serta mengenal keluarganya, saya dapat menilai tiada keserasian dengan keluarga saya walaupun saya selesa dengannya. Ibu dan bapa hanya bersetuju walau siapapun pilihan saya asalkan dari keluarga yang baik dan akhlaknya juga baik. Dalam masa yang sama, ibu seakan keberatan.

    Saya pasti keluarga mahu yang terbaik buat saya memandangkan saya juga mempunyai masalah kesihatan. Bukan bimbang masalah pada saya. Tapi bimbang membebankan dia nanti mempunyai saya sebagai pasangan kerana pekerjaannya dan taraf pendidikannya. Saya sudah menerangkan semua padanya dan meminta dia berfikir baik-baik. Kami masih berhubung seperti biasa kerana dia. Semoga suatu hari nanti dia menemui insan yang terbaik buat dirinya. Amin~ =)

    Terima kasih sekali lagi.  

    Alhamdulillah. Saya setuju dengan cara kamu jika tidak keluar sebagaimana pasangan lain. Mahu keluar tidak ada masalah jika ada urusan tertentu, tetapi mestilah bertemankan mahram.

    Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya, lebih-lebih lagi anak perempuan. Itu adalah sebaiknya, berbeza dengan lelaki.

    Jika tidak berniat untuk kahwin, elakkan kerap berhubung dan bicarakan hal penting-penting saja. Bimbang sukar membendung perasaan andai tidak berjaya disatukan kelak. Semoga anda juga mendapat pasangan terbaik nanti.

    Jangan lupa jemput saya :)

      (Quote)

  • Pingback: “Saya Mahu Kahwin” @ Faridrashidi.Com

  • MaizaC'Joe says:

    Salam..
    Sekufu dalam perkahwinan sememangnya di tuntut..
    lelaki baik untuk wanita baik… juga sebaliknya..
    tapi.. ada juga lelaki… kurang ketemu dengan wanita baik.. juga sebaliknya.. sebab maiza pernah dan tahu cthnya: seorang ustazah baik sangat2 ketemu jodoh dng suami kaki dadah, mencuri… Ya Allah, kesian ustazah dugaan demi dugaan dia terima.. dengar2nya dugaan yang di tempuhi sehingga sekarang… (kesian, apa khabar ustazah di sana..)
    jodoh ke tentuan yg maha esa, kalau boleh sentiasa mahukan terbaik, jika itu sudah tertulis.. redha, bukan senang nak lalui seperti apa yang di tanggung ustazah..

    semoga kita sesama di ketemukan yang terbaik.. InsyaAllah..
    moga sihat selalu di sana ya……
    .-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Betul-betul nak marah nie ~*~ =-.

      (Quote)

    • @MaizaC’Joe: Salam,
      Saya sebenarnya kurang bersetuju jikalau perempuan baik berkahwin dengan lelaki kurang baik seperti penghisap dadah, pencuri, kaki arak dan perempuan. Kerana perempuan lebih cenderung untuk mengikut telunjuk lelaki dan perempuan lemah sifatnya. Lelaki boleh menggunakan kekerasan jika kehendaknya tidak dipenuhi.

      Ini yang serin terjadi.

      Oleh itu, carilah lelaki yang sebaik-baiknya.

        (Quote)

  • Pingback: mencari hikmah II « What I chOOse to…

  • starch says:

    mmg btl sekufu 2 utk elakkn mslh..sy pn mgalami msh itu dahulu..sy sudah pun bertunang dgn org yg boleh di kira tidak sekufu dengan sy.pada mulanya agak sukar tp apabila kita menjadikan faktor lain seperti agamanya budi pekertinya perbezaan pangkat atau darjat tidak wujud.apa yang penting ikhlas menerima kekurangan dan kelebihan pasangan..jgn mengungkit apa2 yg berkaitan dengan kekurangan dirinya takut berlaku perselisihan faham dan rendah diri.apa yg sy tanamkan dlm hati sebesar mana pangkat atau darjat seorg isteri dirumah,tetap suami sbg ketua keluarga.

      (Quote)

    • canary says:

      salam.jadi starch tlh jd tunangan org?tahniah.alhamdulillah.saya cemburu kerana anda sgt berani dan iklhlas.saya juga punya mslh sama.saya ditemukan dgn lelaki yg saya sgt senangi akhlaknya.menjaga agamanya.antara sebab membuatkn ibu berkenan nk buat menantu.tp sy msh ada sikit ragu.si dia orang jawa.hanya penduduk tetap.namun dia tlh lama bmastautin di sini.hampir 20 thn.saya sering terfikir kata2 orang jika benar saya memilhnya.apatah lg dikalangan rakan sekerja warga pendidik.namun saya juga takut kehilangan lelaki baik ini.soalnya,bagaimanakah mau mendidik hati ini??saya mahu jadi yg benar ikhlas dan berani seperti anda.huhu….

        (Quote)

      • starch says:

        canary,bagi saya kata2 org dan pandangan org lain bkn menjadi penghalang utk kita melakukn sesuatu yg kita rasakan terbaik utk diri kita,sebab yang hanya mampu menilai cume hati kita sendiri.tabahkan dan tetapkan hati jika sudah membuat pilihan kerana org hanye mampu melihat dan bercakap ketika kita senang atau susah..yang penting org yg sanggup bersusah dan bersenang dlm apa keadaan sekalipun adalah pengubat utk segalanya..jika kita menerima org yg hebat berpangkat menjadi isteri kepada hartawan mmg org lain akan mengatakan betapa beruntungnya dpt berkawin dengan org sedemikian namun hakikatnya bile kita dimadukan atau ditinggalkan org hanya mampu berkata “tidak mengapalah suaminya org yang hebat dan mampu beristeri dua”..hati kita akan menanggung semuanya..jadi jgn pikirkan ckp2 org lain..anggaplah itu satu cabaran utk mencapai kebahagiaan yang kekal suatu hari nanti insyaallah..sentiasa ingat nasib manusia boleh berubah hidup ini mcm roda.tidak semestinya org yg dibawah akan sentiasa berada dibawah..
        semoga dapat membuat keputusan yang terbaik!

          (Quote)

        • Canary says:

          salam…
          terima kasih untuk sebuah pandangan iklas dr starch. saya amat memerlukan & menghargainya.tiada yg lebih berharga dr kata2 semangat dan pandangan yg positif utk membantu sy skrg.jujurnya sy mmg x sekuat anda.sentiasa berbelah bagi.antara ibu yg merestui sepenuh hati, dan sorang abang yg menentang habis2.tersepit diantara insan2 penting dlm hidup sy.namun,jodoh yg tiba pun x mudah ditolak kerana terpaut pd akhlaknya.tentang cinta & sayang,sy percaya semuanya akn menyusul usai disatukan dgn ikatan yg sah.terima kasih kerana membantu sy melihat dr sudut berbeza,bkn hanya dr prejudis sy yg takut pd kata2 org.insyaallah,sy sentiasa berdoa untuk kesudahan yg baik.somoga bahagia itu sama2 menjadi milik kita.syukran jazilan.

            (Quote)

      • Warga atau bangsa bukan menjadi persoalannya jika agamanya sudah jelas dan teguh.

        Saya bagi beberapa contoh, Syeikh Nuruddin al-Banjari seorang warga negara Indonesia berkahwin dengan seorang wanita anak negeri Perak. Tiada masalah.

        Guru saya, seorang yang berasal dari Indonesia tetapi akhlak dan agamanya baik. Dia berkahwin dengan seorang gadis dari Kedah, Alhamdulillah selesa. Suaminya sudah melanjutkan PHD dan isterinya pula mendapat pangkat Jayyid Jiddan di al-Azhar! Subhanallah.

          (Quote)

  • canary says:

    assalamualaikum…
    terima kasih atas pandangan ustaz.alhamdulillah.saya telah selamat ditunangkan.dalam suasana serba sederhana.ibu ternyata insan paling bahagia.calon menantu pilihan hatinya.benar kata ustaz,agama & akhlak adalah ukuran terpenting.sbb tulah mak sanggup ketepikan pandangan org.namun sedikit terkilan,kerana tak semua ahli keluarga yg memahami.demi ibu saya gagahkan juga.sedihnya hati tuhan saje yg tahu.lumrah dunia mmg nama dan pangkat jd ukuran.sy berdoa agar diberikan kesabaran dan hati yg tabah utk menempuhi masa depan.syukran jazilan ustaz,sungguh pun hanya sebuah perkongsian cerita tapi impaknya besar buat saya.jazakumullah…

      (Quote)

  • Pingback: "Thousands of Memories" | ~*~ Sekufu, Darjat atau keturunan ~*~

  • Salhamida says:

    salam ustaz..
    mngenai artikel ustaz yy ade mngatakan bahawa wanita yg alim xskufu dgn lelaki yg kurang didikan agama..
    ada btulnya apa yg ustaz sampaikan itu krn dr pngalam sy sndiri,mmg btul,wanita yg ckup didikan agama smemangnya tidak mampu utk mbimbing lelaki yg kurang didikan agama dek krn tingginya ego lelaki…
    wpun mampu utk mbimbing dr soal yg bkaitan solat namun utk meninggalkn sifat-sifat negatif amat payah,memerlukan kkuatan dn ksabaran yg tinggi..
    sk sy nyatakan,sy amat bterima ksh dgn artikel yg tlh ustaz smpaikan ini krn ia mbuka mata sy mngenai isu ini…smpai kapan pn,wanita smemangya tidak boleh utk mbimbing insan yg bnama lelaki melainkan lelaki itu sorg yg btul2 nekad utk menerima teguran, nasihat dn bsedia utk brubah….

      (Quote)

  • IbnuNafis says:

    Assalamu’alaikum tuan,

    mohon diambil artikel ini untuk diletakkan dalam KOLEKSI SOAL JAWAB AGAMA ya..
    IbnuNafis´s last [type] ..Kesimpulan Penjelasan Tentang As-Sawad Al-A’zhom Bab 5

      (Quote)

  • mawar says:

    salam ustaz,,
    saya ada masalah berkenaan sekufu ni..saya pemegang ijazah dan seorang guru…manakala kwn lelaki sy ni hanya ada sijil dan kini bekerja di sektor swasta.dan untuk pengetahuan ustaz kwn lelaki sy ni berpendapatan sama dgn sy…adakah ini dinamakan x sekufu??sy pernah beritahu pada ibu sy mengenai perkenalan sy dgn lelaki ini tapi mak sy marahkan sy sebab lelaki ni xsetaraf dgn sy…katanya nanti msg2 ada ego…yelah sy ada ijazah tp dia xada…tapi bg sy pendidikan tu xpenting…xsemestinya yg xberpendidikan tu bodoh dan xboleh berjaya,,,dari segi amal ibadat pula sy akui yg sy bukan lah baik sgt…maksudnya sy bukan la wanita alim atau warak dan dia juga bukan lelaki yg alim..kami sama je dari segi amal ibadah…jadi saya nak tanya pendapat ustaz adakah kami ni dikira sbg xsekufu dan apa yg patot sy buat sbb sy sudah benar2 boleh menerima dia dan menghormati dia asalkan dia bekerjaya dan mampu menyara hidup sy apabila berkahwin kelak..

      (Quote)

    • @mawar: Wa’alaikummussalam,

      Bagi saya, soal pekerjaan dan taraf kedudukan jika tidak membawa kemudharatan tidak ada masalah. Namun yang menjadi masalah utama, adakah si lelaki itu mengerti apa itu Islam? Dan tahu mendidik kita ke arah yang diredhai Allah Ta’ala. Itu yang lebih utama untuk diambil kira.

      Pokok pangkalnya, kerja kutip sampah sekalipun, jika soleh berbanding lelaki bekerja besar tetapi tidak menyembah Allah, yang soleh itu lebih utama.

      Apa yang dimaksudkan sama dari segi amal ibadah? Macammana kamu tahu? Apa ukurannya? Sedangkan belum berkahwin.

        (Quote)

  • miss ask says:

    salam ustaz,
    saya ada sdikit kemushkilan di sini dan perlukan pandangan ustaz….
    tentang masalah sekufu ni jugak..sekarang saya berumnur 28thn n berkawan dengan kawan yg berumur 30thn dan kami tidak sekufu….terutamanya dari segi agama dan pendidikan..walaupun demikian,saya amat menyenanginya walaupun saya tidak pernah berjumpa dengannya…untuk makluman ustaz saya mempunyai sijil master dan kawan saya itu hanyalah lepasan SPM sahaja..manakala dr segi agama pula,dia dalam proses belajar untuk mendalami ilmu agama…dipihak keluarga saya ayah n ibu menunjukkan respon yang tidak menyenangkan tp tetap mengatakan yang mereka bersetuju untuk saya berkawan dengan kawan saya itu….adakah itu tandanya ibubapa saya tidak merestui hubungan kami?..apa pandangan ustaz….saya masih belum memberikan kata putus tentang hubungan kami.

      (Quote)

  • aida says:

    salam ustaz,,saya ingin bertanya apakah cara mengatasi perkahwinan tidak sekufu?

      (Quote)

  • ASMA' says:

    kelihatan hari ini , tahap / taraf pendidikan sebagai antara penentu sekufu…  (Quote)

    salam ustaz,,saya ingin bertanya apakah cara mengatasi perkahwinan tidak sekufu?  (Quote)

      (Quote)

  • Lia says:

    Sy berkawan rapat dgn seorg lelaki ini, pendidikan berbeza, sy kelulusan degree dia hanya ada diploma, umur juga berbeza, dia muda dari sy. Sy sudah bekerja, dia baru nk mula bisnes sendiri, dari segi agama, die agak kurang di situ, sehingga sy yg mengingtkannya ttg solat. tp cara dia yang menghormati sy, sikap die yg penyabar menarik perhatian sy. tp, sy masih ragu2 utk menerimanya kerana byk perbezaan yang ketara. Sy hanya mampu berdoa, moga jodoh sy dikalangan org2 yg soleh. InsyaAllah,kerana sy tahu agama adalah perkara yg penting dlm perkahwinan.

      (Quote)

  • furqan says:

    Salam….ustaz saya ada pertanyaan sedikit….zaman sekarang wujud lagi ke perkahwinan sekufu sebab zaman sekarang ramai yang berkahwini kerana tidak sekufu…..contohnya dari soal umur…..dan pekerjaan

      (Quote)

  • Suzy says:

    Assalamualaikum ustaz, nak tanya sekufu ni bole jadikan argument for fasakh ke? Im married for nearly six yrs n suami n saya takde communication langsung. And he does not treat my son from a previous marriage well. I guess i earn more than him but for me that is not the basis of marriage. It’s just the absence of the basic ‘how did ur day go today?’ or ‘u sehat or not?’ N the fact that i hv to buat every decision sendiri makes me feel lonely n di abaikan. Can i ask a dvorce thru fasakh?

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge