Hak Penjagaan Allah SWT
Posted by in Mutiara Hadis
Dari Ibnu Abbas r.a berkata: Aku duduk di belakang Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Aku ajarkan kamu beberapa kalimat. Hendaklah kamu jaga Allah SWT nescaya Allah SWT jaga kamu, sekiranya kamu jaga hak Allah SWT nescaya kamu dapati Allah SWT berada di depanmu, sekiranya ingin meminta apa-apa mintalah dengan Allah SWT, sekiranya kamu mahu minta bantuan, mintalah dengan Allah SWT. Dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berhimpun untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak dapat memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu melainkan sekadar yang telah dituliskan oleh Allah bagimu. Dan ketahuilah sekiranya berhimpun umat untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat memudharatkanmu melainkan sekadar yang telah ditulis oleh Allah atasmu, pena-pena sudah diangkat, buku-buku sudah kering.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
Latarbelakang Perawi Hadis
Beliau ialah Abu Abbas Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutollib dan anak saudara kepada junjungan besar Rasulullah SAW. Baginda pernah mendoakan kepadanya sehinggakan beliau diumpamakan lautan ilmu kerana banyaknya menghafaz hadis Rasulullah SAW. Beliau telah meninggal dunia di Thoif pada tahun 68H.
Makna Lughawiyat
(Ghulam): Budak kecil dalam lingkungan umur 10 tahun (hampir sampai umur baligh). Ia merupakan panggilan Rasulullah SAW kepada anak kecil.
(Kalimat): Ialah himpunan kalimat. Jumlah mufidah, iaitu jumlah yang boleh difahami. Rasulullah SAW mengurangkan kalimat kerana memadai dengan Ibnu Abbas yang masih kecil.
(Jaga Allah): Mengawal diri. Iaitu menjaga sesuatu dengan mengawalnya. Jikalau berjanji hendaklah menunaikan janji tersebut. Tidak mengkhianati akan janji tersebut itulah dinamakan menjaga janji. Begitu juga dalam perihal menjaga ilmu. Apabila hendak menjaga ilmu maka haruslah ditulis (dhobit). Samaada menulis di dada yakni hafaz kalimat ilmu itu ataupun menulis di dalam kitab beserta faham mengenai apa yang ditulis. Sesungguhnya hakikat menghafaz itu ialah bertujuan untuk mengelakkan daripada hilang dan lenyap begitu sahaja.
(Berada di depan): Bukanlah yang dinamakan menjaga Allah SWT itu adalah berhadapan dengan Allah SWT secara berdepan (face to face) kerana ianya adalah mustahil. Akan tetapi yang dimaksudkan Allah SWT berada di depan kamu itu ialah Allah SWT akan menurunkan bantuan kepada hambanya yang selalu memohon kepadaNYA. Jaga agama Allah SWT, nescaya Allah SWT akan jagamu.
(Apa yang Allah SWT tulis): Iaitu Qadar Allah SWT sejak azali terhadap manusia.
(Pena-pena sudah diangkat, buku-buku sudah kering): Ialah kinayah, iaitu selesai suruhan tentang perkara-perkara yang dinasihati Rasulullah SAW lalu tidak boleh diubah lagi dan bertukar ganti.
Kefahaman Umum
Pertama
Hadis ini merupakan pokok pangkal bagaimana mahu memahami tentang penjagaan terhadap hak-hak Allah SWT. Ia menerangkan kepada kita bahawa sifat lemah makhluk bernama manusia lalu sangat berkehendakkan kepada Penciptanya yakni Allah SWT. Kita sebagai manusia usahlah mendabik dada penuh kesombongan mengatakan berkuasa atas sesuatu kerana yang demikian itu boleh mengundang syirik dan kemurkaan Allah SWT.
Kedua
Dalam menasihati umat Rasulullah SAW telah menunjukkan tauladan yang baik dengan menasihati secara baik, penuh kasih sayang dan berhikmah. Baginda selaku orang yang berpengalaman daripada Ibnu Abbas memberikan wasiat berguna sebagai petunjuk kepadanya. Baginda juga memberikan kalam taujihat supaya Ibnu Abbas menyayangi kepada perkara-perkara yang baik.
Ketiga
Rasulullah SAW menasihati supaya tidak melakukan maksiat. Bahkan pengajaran hadis ini bukanlah dikhususkan kepada Ibnu Abbas sahaja, tetapi ianya merangkumi kesemua umat Islam sehingga kini.
Keempat
Kekuatan wasiat ini mempunyai bilah-bilah pengajaran yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Ini terbukti dengan suruhan menjaga hak Allah SWT serta perjanjian Allah SWT ke atas manusia ketika di alam roh semenjak azali lagi. Sebagaimana firman Allah SWT:
“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman):”Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”,“atau agar kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?” (Al-A’raf: 172 & 173)
Kelima
Menjaga hak Allah SWT adalah merupakan suatu kaedah berwasiat yang mengandungi kefahaman ketauhidan, keesaan. Ia juga mempunyai makna yang pelbagai antaranya ialah:
1. Tidak mensyirikkan Allah SWT.
2. Hanya semata-mata mengharapkan pertolongan Allah SWT bukan selainNYA.
3. Beriktikad secara halus yang sesungguhnya Allah SWT sahaja berhak memiliki manfaat dan kemudharatan.
Sekiranya kita meminta pertolongan manusia misalnya sewaktu mengalami kesulitan dan tidak melupai akan kepercayaan Allah SWT jualah yang menentukan segalanya. Maka perihal tersebut dinamakan takdir Allah SWT. Pertolongan manusia itu hanyalah merupakan jalan dan wasilah yang telah ditakdirkan Allah SWT. Dengan maksud lain, ia dinamakan ‘asbab’ kita melakukan sesuatu benda untuk mendapatkan sesuatu namun masih dalam ruang lingkup takdir Allah SWT.
Konklusi yang boleh diambil daripada kandungan wasiat Rasulullah SAW:
1. Kalam ini ditujukan dari seorang yang lebih tua kepada kanak-kanak dengan perasaan kasih sayang dan lemah lembut.
2. Kalam ini mengandungi butir-butir pengajaran dari seorang yang berpengalaman.
3. Terpancar keikhlasan dan kebenaran pada setiap kalimah yang dituturkan oleh Rasulullah SAW.
4. Manusia yang mendengar wasiat Rasulullah SAW ini hendaklah sedar lalu seterusnya mengambil input berguna buat pedoman hidup mendatang.
5. Menjadi intipati kepada ketauhidan hanya semata-mata kepada Allah Jalla Wa’ala.
Rujukan:
Kitab Jaulah fi dauhah Al-Adab, Dr.Muhammad Ahmad Abu Lufa, Tahun Tiga, Kuliah Syariah Islamiyyah, Tanta.
1:34 AM, 6 April 2009,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



Salam,,saya nak tanya,ibnu abas r,huma ini salah satu anak muridnya iqromah bi abu jahal kan,,,
Anak Pendang Sekeluarga(Quote)
Salam Anak Pendang Sekeluarga…
Beliau tergolong dalam golongan sahabat dan ahli bait Rasulullah SAW. Perihal anak murid atau tidak Wallahua’lam. Cuma mengikut riwayat beliau sememangnya seorang yang alim dan Hafiz Hadis.
Farid Rashidi(Quote)
Salam Anak Pendang Sekeluarga…
Beliau tergolong dalam golongan sahabat dan ahli bait Rasulullah SAW. Perihal anak murid atau tidak Wallahua’lam. Cuma mengikut riwayat beliau sememangnya seorang yang alim dan Hafiz Hadis.
MDFarid(Quote)
Salam…..
Ingat berpindah ke platform lain tadi..he he…
Semoga terus maju…….
Tie(Quote)
Salam K.Tie…
Pada asalnya memang niat begitu. Sebab itulah sampai wujud entri sebelum ini. Tetapi ramai pula yang menyokong blogspot:)
Amin.
Farid Rashidi(Quote)
Salam K.Tie…
Pada asalnya memang niat begitu. Sebab itulah sampai wujud entri sebelum ini. Tetapi ramai pula yang menyokong blogspot:)
Amin.
MDFarid(Quote)
Adoi…Kak tie mintak maaflah kerana sama2 sokong blogspot tu…kak tie baru tahu yang wordpress dah ada threaded comment…tak payah guna disquss pun… Farid tahu ke ?
Kak Tie(Quote)
Kak Tie…
Ehh, tak ada salah pun. Biasalah pendapat masing-masing. Saya memang mahu minta pandangan umum.
Ya, tahu. WordPress menggunakan format baru yang telah ditambah plugin threaded comment.
Farid Rashidi(Quote)
salam,
teruskan berblog…
info yg berguna
DzuLagiL(Quote)
Salam,
Insya’Allah. Teruskan juga mengunjungi ke sini ya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam..ada yg melepaskan hak Allah kerana mengejar redha manusia.
Ada riwayat mengatakan Ibnu Abbas adalah sepupu, ada juga mengatakan bapa saudara kpd Rasulullah s.a.w. Wallahu’alam..
shida(Quote)
Salam.. Time ksh ats info yg sgt b’guna terutama yg kurang mengetahui spt saya.. Teruskan menulis:-)
Nur_syahadah(Quote)
Salam Nur_syahadah…
Sama-sama. Moga mendapat manfaat hasil daripada secebis pengajaran. Insya’Allah.
Farid Rashidi(Quote)
Wah.. sudah berwajah baru ya.. selamat2..
SangMentari(Quote)
Wajah baru, isinya masih mengekalkan yang lama bersama yang baru..:-)
Farid Rashidi(Quote)
tak tahu mengapa, membaca entri ini, saa jadi sebak..terfikir, adakah selama ini saya menjaga Hak Allah..dan adakah kita, melakukannya?
ustaz, dalam usaha saya untuk lebih mencintai Islam, semakin banyak cabaran yang saya terima..tapi, itulah pemangkin saya untuk bergerak lebih ke hadapan..
saya sedang mempertimbangkan tawaran seorang pensyarah dari Indonesia untuk bersama-sama beliau menjalankan kajian mengenai politik Islam..saya masih lagi tiada kata putus..terlalu berat tawaran itu~
Iliana(Quote)
Salam Iliana…
Terima kasih kerana memahami entri. Semoga kefahaman itu lantas menggerakkan anggota untuk melakukan. Ya, itu muhasabah terbaik buat kita semua.
Memang lumrah begitu. Setiap kebaikan, ada keburukan. Setiap perkara baik pasti ada musuh mahu menghancurkan. Oleh itu, berhati-hatilah. Istiqamah dengan penderian yang teguh.
Kajian politik Islam? Sangat bagus. Ternyata politik Islam lebih baik dari segala politik yang ada di dunia.
Farid Rashidi(Quote)
salam buat yang sudah berpindah ke rumah baru ^^
hmm jujurnya,Damai suka rumah baru kamu ini…tahniah untuk kamu^^
setakat ini,memang hadis Rasulullah SAW yang satu ini yang paling Damai suka (yang paling pun suka juga) kerana permulaannya sangat menarik perhatian Damai…”Jagalah Allah,Allah menjagamu”…menyebutnya sahaja sudah cukup menenangkan hati,apatah lagi jika diamalkan….^^
selamat menulis lagi ya….^^
DAMAI(Quote)
Salam DAMAI…
Terima kasih. Saya harapkan apa yang disampaikan itulah menjadi manfaat berguna biarpun blog ini berwarna apa sekalipun:)
Menenangkan hati dan apa yang pasti ianya juga mendamaikan jiwa jika memahaminya.
Syukran.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ziarah
~PakKaramu~(Quote)
Silakan ~PakKaramu~ …tafaddhal.
Farid Rashidi(Quote)
assalamualaikum…
selamat berhijrah ke tempat baru. sekali lagi syukran atas tazkirah & info. payah rupanya klu nak ditafsir & difahami yg benar2 tersirat di sebalik satu-satu hadith itu.
nahmy(Quote)
Wa’alaikumsalam nahmy…
Terima kasih juga di atas sokongan. Memang sukar..terkadang ada nilai sastera yang tinggi di sebalik tutur kata Rasulullah SAW di samping syariat Islam.
Farid Rashidi(Quote)
Terima kasih atas perkongsian. “Hablum MinAllah wa Hablum Minnas” Aw Kama QalaNabiyyu saw.
alQasam(Quote)
Sama-sama. Aiwah, sohh keda. Bizzab!
Farid Rashidi(Quote)
Kak Tie…
Ehh, tak ada salah pun. Biasalah pendapat masing-masing. Saya memang mahu minta pandangan umum.
Ya, tahu. WordPress menggunakan format baru yang telah ditambah plugin threaded comment.
MDFarid(Quote)
Salam Nur_syahadah…
Sama-sama. Moga mendapat manfaat hasil daripada secebis pengajaran. Insya’Allah.
MDFarid(Quote)
Silakan ~PakKaramu~ …tafaddhal.
MDFarid(Quote)
Wa’alaikumsalam nahmy…
Terima kasih juga di atas sokongan. Memang sukar..terkadang ada nilai sastera yang tinggi di sebalik tutur kata Rasulullah SAW di samping syariat Islam.
MDFarid(Quote)
Saya terasa mahu benar dekat dengan bacaan sperti ini .Saya ini asyik membaca dan menulis politik.
Dan, blog ini cepat muat. Banding yang dulu.
Isma Ae(Quote)
Isma Ae…
Alhamdulillah..terkadang sekali sekali bergemulang kehidupan politik kita perlu mencari secebis ketenangan pula. Ketenangan itu tidak lain tidak bukan hanya ada pada ayat-ayat suci Allah SWT dan mutiara kata Rasulullah SAW.
Agak cepat loading.
Farid Rashidi(Quote)
Isma Ae…
Alhamdulillah..terkadang sekali sekali bergemulang kehidupan politik kita perlu mencari secebis ketenangan pula. Ketenangan itu tidak lain tidak bukan hanya ada pada ayat-ayat suci Allah SWT dan mutiara kata Rasulullah SAW.
Agak cepat loading.
MDFarid(Quote)
Dan satu lg,blog dah cepat loading.. Tahniah atas peningkatan kualiti blog..makin bertambahla pembaca
Nur_syahadah(Quote)
Syukran. Insya’Allah kita akan pertingkatkan usaha MEMBERI walaupun berlaku kerumitan. Semoga dakwah terus menerus berjalan.
Farid Rashidi(Quote)
Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Mengaplikasikan Maklumat Awal Ke Minda Kanak-Kanak
Pingback: Confuse Juga Kuliah Kali Ini – Kitab Hikam « Sebaik-baik Cahaya
Pingback: Perkongsian Ilmu dan Pendapat Peribadi