Header image

MANIS ’09 Melabuhkan Tirai EMINENT ’09

Posted by Farid Rashidi in Aktiviti | Diari Penulis

Wo kia hey jo nehi milta khuda sey, jesey tum mangtey ho auliya’ sey.
Apakah perkara yang kamu tidak dapat daripada Tuhan, sebagaimana kamu minta daripada wali-wali.

Ghir haq ra har key khuan a per, kis dar alam az wakhumrah ter.
Selain kebenaran (jalan allah) kesemuanya paling menyesatkan.

Zinda or marna sab khudai rabbil ‘alamin key liy.
Hidup dan mati kesemuanya kerana allah rabbil ‘alamin.

Saya tertarik dengan lontaran kata-kata dalam bahasa urdu oleh salah seorang sahabat seperjuangan di sini. Pada majlis Malam Kesenian & kebudayaan Islam (MANIS ‘09) beliau telah berucap atas taklifan sebagai Pengarah program mega EMINENT ’09. Malam penutup penuh gilang-gemilang itu berlangsung di Dewan Markaz Mu’tamarat Jami’ah Tanta.

Sebagaimana tahun-tahun sebelum, program tahunan ini turut dihadiri oleh Ustaz Muhammad selaku wakil amnu daulah (ketua polis bahagian Tanta). Turut bersama pada malam itu ialah wakil Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Abdul Muiz Muhammad selaku Timbalan Presiden PMRAM 2008/2009 sebagai perasmi program penutup EMINENT ’09 dan Konsert MANIS ’09.

Alhamdulillah, segalanya sudah pun selesai. Sesungguhnya manusia merancang tetapi Allah SWT jua yang menentukan segalanya. Walaupun menghadapi sedikit masalah teknikal audio visual dan kekalutan akibat lari waktu ketika berlangsungnya tentatif, itu bukanlah penghalang untuk mematahkan semangat penganjur dan barisan ad-Hoc meneruskan program di malam itu. Saya bersyukur kerana ‘kontroversi’ yang berbangkit kembali jernih selepas berjaya dinyahkan kembali oleh pihak-pihak terlibat.Tentu sekali muhasabah memainkan peranan penting.

Ilham penulis skrip pentomen kali ini iaitu Efizi menampakkan kematangan dalam mempersembahkan sesuatu yang segar. Biarpun terlibat dalam ‘kontroversi’ pada malam itu, namun team pentomen mampu menggamatkan suasana dan menghiburkan penonton. Dalam memberi kesan audio yang menarik ketika persembahan pentomen, saya telah menggunakan Software CUBASE SX3 untuk merakamkan suara watak dan muzik latar. Terima kasih atas kerjasama kalian.

Selain persembahan pentomen turut terlibat sama ialah persembahan nasyid Al-Irsyad I&II Tanta, dikir barat, sajak dan wayang kulit. Artis jemputan pada malam itu saudara Bazli UNIC turut hadir mendendangkan beberapa lagu nasyid popular di tanahair.

Majlis berakhir lebih kurang jam 12:30 AM atas arahan tegas pihak keselamatan Mesir.

Akhirnya, saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada pihak yang terlibat sekiranya wujud kekeruhan dan ketidakselesaan ketika berlangsungnya perjalanan program EMINENT ’09 dan Malam MANIS ’09. Semoga gerak kerja Islam terus menerus bertebaran tanpa henti berlandaskan prinsip ‘Satu Fikrah Satu Amal’.

Naratifnya bakal menyemat memori di perdu atma. Terima kasih kalian!


12:41 AM, 22 Mac 2009,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

18 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge