Header image

Citra Expert Games 2009

Posted by Farid Rashidi in Aktiviti | Diari Penulis

Eksperesi Keluarga Tanta atau singkatannya “Expert Games 2009″ menjadi nama program sukan yang dianjurkan oleh Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta pada kali ini. Ia merupakan agenda tahunan Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan (UKKS) yang mana telah pun berlangsung pada 31 Januari hingga 2 Februari.

Di kesempatan itu, saya bersama warga Tanta yang lain turut serta dalam beberapa aktiviti bagi memeriahkan program. Program itu telah dirasmikan oleh Ustaz Abdul Muiz Muhammad mewakili Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mendapat sambutan yang menggalakkan dari Mahasiswa Al-Azhar cawangan Tanta dan Pelajar Perubatan Tanta.

Objektif Program

“Program sebegini diadakan memandangkan ia merupakan salah satu wasilah untuk merapatkan hubungan kemesraan di kalangan ahli, ia juga diadakan untuk menghayati semangat persaudaraan seperti mana yang dianjurkan oleh agama. Penglibatan ahli ke Expert Games dikira sebagai latihan menuju perjuangan sebenar di masa akan datang..” Kata Ustaz Abdul Muiz ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Sebagaimana umum mengetahui, kebiasaan program melibatkan masyarakat sudah tentu tidak terlepas dari meletakkan objektif ukhuwah, persaudaraan dan kemesraan menjadi salah satu tujuannya. Begitu juga matlamat Expert Games diadakan. Di samping menyihatkan badan dengan aktiviti kesukanan, dengan berprogram kita dapat mengelakkan masa terbuang tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah.

Bola sepak antara permainan mendapat sambutan ramai…

Sukaneka acara basikal lambat…

Acara tarik tali…

Ikat kain pelekat dan lari…

Tentatif Program

Pelbagai acara menarik mengisi tentatif Expert Games yang diadakan selama 3 hari antaranya ialah bola sepak, tampar, takraw dan sukaneka. Pada kali ini penganjur telah membahagikan kepada 4 buah kumpulan iaitu kumpulan Abu Bakar, kumpulan Umar, kumpulan Uthman dan kumpulan Ali masing menghantar wakil untuk setiap acara yang dipertandingkan. Saya merupakan salah seorang peserta dalam kumpulan Saidina Ali turut serta menyertai beberapa acara sukaneka.


Kumpulan Saidina Ali juara keseluruhan…

Peserta yang hadir…

Pada akhir program, upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penasihat DPMT Ustaz Wan Hadiyuddin Wan Mahmood. Acara perlawanan bola sepak menjadi acara paling menarik dan tumpuan sepanjang Expert Games. Tempat pertama telah dimenangi oleh team Sungai dari kumpulan Umar. Tempat kedua pula dimenangi oleh team Muthaqqaf daru kumpulan Ali. Sementara team Teman dari kumpulan Abu Bakar berpuas hati dengan memenangi tempat ketiga.


Majlis penyampaian hadiah…

Bagi juara keseluruhan, kumpulan Ali telah dinobatkan sebagai juara dengan. Tempat kedua ialah Umar seterusnya Uthman ketiga dan Abu Bakar keempat. Alhamdulillah, perjalanan program agak lancar walau sedikit terganggu dengan putaran ribut pasir.

Selesai.

Sumber: Edmpt


8:28 PM, 20 Februari 2009,
Siberbay, Tanta.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

19 Responses

  • Nur_syahadah says:

    Salam..wah,nampknya pengomen pertama ni:-).. Meriah sunggh nampknya..dapat juara keseluruhan.hebt2!tahniah wt smua..wlaupn di perantau da gak sukan pengerat ukhwah kan..pe2 pun smoga sukses selalu!

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Salam Nur_syahadah…

    Terima kasih kerana menjadi komentator pertama. Alhamdulillah, meriahnya boleh tahan. Penulis sempat berniaga walaupun hanya sehari.

    Syukran. Tidak kira di mana kaki berpijak, ukhuwah dan jemaah tidak boleh terpisah. Dengannya kita mampu melakukan sebarang bentuk aktiviti yang berfaedah.

    Kalau di Malaysia pun biasanya awal-awal tahun banyak aktiviti sukan dibuat. Terutamanya sekolah.

      (Quote)

  • Nur_syahadah says:

    A’a,memg pun..skrg kat sek tgah giat acara sukan..esok kejohanan sek..bdk2 yg ambk bhgian,tp sampai cikgunya pening duk fikir semua :-) ..

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Nur_syahadah…

    Oh begitu rupanya. Harapan saya sukan itu biarlah dijadikan salah satu dari ibadat bukan perkara sia-sia. Mahu menjadikan sukan itu ibadat, mudah saja.

    Niatkan kerana Allah SWT lalu tinggalkan perkara yang dilarangnya dalam bersukan seperti mematuhi syariat menutup aurat, pergaulan lelaki perempuan, menjaga akhlak dan elakkan pembaziran. Solat juga perlu dijaga, supaya ada keberkatannya.

    Selamat bersukan!

    P/S : Cikgu jangan pening pula. Bimbang anak murid naik kepala.

      (Quote)

  • Tirana says:

    Salam Farid..

    Tahniah!!! Kumpulan Farid jadi johan keseluruhan. Farid ambil bahagian dalam permainan apa? Dalam acara menembak ke? hehehe… Semoga terus aktif hendaknya.

    p/s Kak tirana khabar baik,alhamdulillah

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Salam Kak Tirana…

    Berkat semangat berkumpulan:)
    Banyak juga yang join, antaranya menembak, tiup belon, lari ikat tali, pakai kain pelekat dan lari, pemain simpanan bola sepak dan peniaga:)
    Peniaga tu tak termasuk pertandingan..hehe.

    Alhamdulillah.

      (Quote)

  • MaRdHatILLah(Fatahiyyah) says:

    salam..

    menarik ya..tambahan pula bersukan di negara orang…semoga terus sukses

      (Quote)

  • nurhuda_cahayapetunjuk says:

    Assalamualaikum..

    Wahh tahniah.. sungguh meriah sekali nampaknya aktiviti yang dianjurkan..:)tentu seronok dengan aktviti yang sesekali diadakan, lebih-lebih lagi boleh mengeratkan ikatan ukhwah jauh di rantauan..

    Semoga tersu ceria di bawah lidungan Allah..:)

      (Quote)

  • Nur says:

    Salam,

    Wah! matahari memancar dengan begitu indah sekali, terasa cemburu begitu, matahari disini begitu malu sekali mahu muncul! Moga-moga esok matahari itu bersinar tanpa dibaluti awan.

    Tahniah kerana menjadi juara..

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Salam MaRdHatILLah(Fatahiyyah…

    Iya, menarik dan menghiburkan. Kalau kita bijak mencari peluang, bukan sahaja di sini malah di sana juga akan menjadi menarik.

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Wa’alaikumsalam nurhuda_cahayapetunjuk…

    Semestinya begitu. Ukhuwah yang terjalin perlu selalu dibajai dan disemai supaya ianya kukuh ke akhirnya.

    Amin Ya Rabb..

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Salam Dr.Fakhzan Marwan…

    Oh, sangat indah pancaran matahari yang memancar. Biar terik mentari menyimbah bumi namun hawa sejuk tetap saja terus menerus menghembus riang. Di sana mungkin kerana matahari malu melihat gelagat Mat Saleh tidak berbaju jika musimnya berubah panas bukan?

      (Quote)

  • Nur says:

    Salam Ustaz Farid,

    Jangan di panggil saya Dr. deh, segan saya, belum jadi lagi (insyaAllah akan jadi), tapi nya, ya, saya planning tidak mahu ada yang memanggil saya Dr selain di majlis rasmi (sebab itu formality, karang MC tak pasal2 kene marah sebab saya!), mohon ya….jangan di panggil lagi begitu….:D

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Fakhzan Marwan…

    Oh, minta maaf ya! saya hanya mendoakan saja. Baiklah tak akan panggil lagi.

      (Quote)

  • Nur says:

    Syukran….nga apa2…cuma nya saya segan…:)

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Nur…

    Syukran lillah…Oh, saya merasakan telah melakukan kesalahan. Ma’alish!ana asiif giddan..wallah!

      (Quote)

  • Nur says:

    hahhahaha…ngga apa2…sudah saya nyatakan…nah..lupakan sahaja ya…wah! apa itu makna “Ma’alish!ana asiif giddan..wallah!” ? wallah = demi Allah bukan?

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Nur…

    Terima kasih atas penjelasan. Baru saya mengerti hal sebenarnya.

    Maksudnya “Minta maaf, saya minta maaf sangat..demi Allah!”

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Alhamdulillah..kotak komentar sudah berjaya dipamerkan. Silakan terus berkomentar ya!

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge